Isnin, 2 Januari 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Insiden UPSI: PAS desak tubuh Suruhanjaya Diraja

Posted: 01 Jan 2012 08:54 PM PST

KUALA TERENGGANU, 2 Jan: PAS mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden berdarah akibat pihak polis menyurai perhimpunan mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. 

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata tindakan polis menyurai mahasiswa yang berhimpun membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) pada malam sambutan tahun baru 2012 sangat tidak wajar.
Katanya, suatu siasatan perlu dilakukan segera bagi mencari punca permasalahan hingga berlaku perhimpunan seumpama itu.

Menurutnya, jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden tersebut hingga mendatangkan kecederaan parah kepada mahasiswa terbabit.

"Saya minta suatu siasatan dilakukan yang menjurus bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang sedia ada dan bukan siasatan hendak cari siapa salah. 

"Apa puncanya berlaku permasalah (perhimpunan) itu. Jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan.

"Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri mesti bertanggungjawab. Pihak polis mesti bertanggungjawab, Kementerian Pengajian Tinggi mesti bertanggungjawab dan pihak Kementerian Pelajaran sendiri juga mesti bertanggungjawab terhadap insiden ini," tegasnya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi reaksi terhadap insiden Himpunan Kebebasan Akademik di hadapan UPSI yang menyebabkan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk serta seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala.

Suatu tindakan yang tidak sepatutnya apabila pelajar-pelajar yang hendak mempertahankan salah seorang daripada mereka yang hendak diambil tindakan oleh pihak UPSI diberikan layanan yang sebegitu buruk oleh pihak terbabit. 

Menurut Abu Bakar, tindakan tersebut telah menimbulkan keresahan yang sangat besar di kalangan rakyat serta mahasiswa di negara ini.

Katanya, pihak keselamatan terbabit bertindak mengikut arahan pimpinan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat.

Sepatutnya, kata beliau pihak pasukan keselamatan seperti polis bertindak menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai.

"Tidak padan pihak polis hendak berlawan dengan mahasiswa," ujarnya.

Abu Bakar berkata, pihak polis wajar membuat pertimbangan dengan memberi ruang dan masa kepada pelajar menyuarakan rasa hati mahasiswa. 

Katanya, biarlah mahasiswa menyuarakan rasa hati, berunding serta pihak berkenaan mendengar pendapat dari golongan tersebut.

"Tetapi dengan cara menunjukkan kekuatan, kehebatan dan kekerasan tidak mendatangkan kebaikan untuk rakyat dalam negara ini," ujarnya.

Beliau yang juga mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 70-an menyokong kebebasan bersuara mahasiswa serta menghapuskan Auku.

Menurutnya, sejak akta itu diperkenalkan dan dikuatkuasakan hingga sekarang pergerakan mahasiswa menjadi agak 'lumpuh'.

Ini kerana, katanya mahasiswa dan pensyarah dikongkong Auku yang begitu menekan golongan tersebut.

Sekitar Countdown 2012 kerajaan Selangor Harakahdaily

Posted: 01 Jan 2012 08:53 PM PST









Penjelasan Jamil Khir tak jawab soalan pokok

Posted: 01 Jan 2012 04:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada di golongan 'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat membayar kos guaman.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.

"Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris.

Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir,  Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat   sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut.

Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat.

"Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

"Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, " katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini.

Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim  dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:

- Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

- Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

Insiden UPSI: Kesemua mahasiswa dibebaskan

Posted: 01 Jan 2012 03:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang semalam.

17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Insiden malam itu menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam itu.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor

Posted: 01 Jan 2012 03:40 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Tiada ulasan:

Pengikut