DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA |
Posted: 09 Jan 2012 06:32 AM PST Dunia mengikut perkembangan Fitnah II DSAI yang mana berlarutan hingga ke hari ini. 9 Januari menjadi detik penentu karier politik DSAI dan rata-rata masyarakat dunia menanti keputusan yang akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi. Ribuan rakyat hadir ke Kuala Lumpur memberi sokongan terhadap DSAI dan akhirnya DSAI didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Semua rakyat bersyukur dengan keputusan ini.Persoalan yang bermain selama ini terlerai juga pada 9 Januari 2012. Adakah skrip sama akan berulang seperti kes Menteri Besar Perak apabila Mahkamah Tinggi memutuskan Dato' Seri Nizar Menteri Besar yang sah kemudian dinafikan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Kita Tunggu episod berikutnya... Apa pun kita mengharapkan Institusi Mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak baik di peringkat kerajaan mahupun sebaliknya. Mereka sebagai pengamal undang-undang sepatutnya melaksanakan tugas dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak yang ada berkepentingan. Lain pula ceritanya dengan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS. Sekian lama menjadi hero akhirnya terduduk dengan keputusan PAS Pusat. Semua ahli kena terima keputusan yang telah dibuat oleh parti. Di dalam parti setiap ahli dituntut mematuhi segala arahan demi memastikan perjuangan ini tidak dibazirkan dengan menyelesaikan perkara yang tidak septutnya. Semua jentera sedang bertungkus lumus bekerja untuk memenangi PRU13 didalam masa yang sama DDHA bermain caranya. Tanggal 8 Januari 2012 menjawab segalanya selepas DDHA menari mengikut lengguk tarinya. Jika benar-benar ikhlas tidak perlu mengungkit peristiwa 15 tahun dahulu. Buktikan dengan perbuatan bukan hanya dengan sebutan. Tunjukkan sikap rendah diri, tawaduk dan berlapang dada dengan segala keputusan yang telah dibuat. Perjalanan masih jauh, banyak kerja perlu dilakukan. Ayuh tumbangkan BN/UMNO dalam PRU13. PAStikan Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya Asal Bukan UMnO (ABU) |
You are subscribed to email updates from DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan