Rabu, 4 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 04 Jan 2012 03:48 AM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


BARBER ON WHELLS

Posted: 03 Jan 2012 08:37 PM PST





Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah menganjurkan Program barber On Wheels pada 31/12/2011 bertempat di hadapan Perhentian Bas Masjid Tanah, Melaka.

Program yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar Parlimen Masjid Tanah bertujuan untuk membantu golongan  ibu bapa membuat persiapan akhir bagi anak-anak mereka sebelum kembali ke sekolah pada 4 Januari 2012 nanti.

Seramai kira-kira 250 orang kanak-kanak sekolah rendah dan menengah tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut daripada seramai 20 orang tukang gunting yang didatangkan khas daripada semua Dun dalam Parlimen Masjid Tanah.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Puan Mas Ermieyati Samsuddin, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah sentiasa prihatin dan berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Selain daripada bantuan RM100 bagi setiap pelajar yang telah diberikan oleh kerajaan baru-baru ini, pihak kami turut memikirkan bantuan lain yang dapat disumbangkan kepada masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu kami memilih untuk mengadakan program Barber on Wheels ini.

Turut diadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak dan majlis penyampaian sumbangan beg sekolah kepada 20 orang kanak-kanak daripada Dun Kuala Linggi, DUN Tanjung Bidara, DUN Air Limau, Dun Lendu dan Dun Tabuh Naning. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Biro Pelajaran Exco Puteri Umno Malaysia, Saudari Seriwani Sabtu, YB Datuk Karim Sulaiman (ADUN Tanjung Bidara), YB Datuk Latipah Omar ( ADUN Tabuh Naning) dan YB Amiruddin Yusof (ADUN Air Limau) dan Saudara Hasnoul Hisham Mat Hasim, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Masjid Tanah.

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 03 Jan 2012 11:44 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


PROGRAM BACK TO SCHOOL PERINGKAT PUTERI UMNO WP

Posted: 03 Jan 2012 07:44 PM PST





Program Back To School peringkat Pergerakan Puteri UMNO WP telah berlangsung pada 29hb Disember 2011 bertempat di Dataran PPR Sri Semarak. Di dalam program ini seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim, kurang berkemampuan telah menerima sumbangan pakaian persekolahan, kasut, beg dan peralatan tulis. Bantuan telah disampaikan oleh Cik Huzry Fionnawatty Hussein, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.







Razlan's

Posted: 03 Jan 2012 11:31 PM PST

Razlan's


Suruhanjaya sudah adil

Posted: 03 Jan 2012 02:22 PM PST


Kerajaan BN senantiasa memperbahurui dasar kerajaan kerana mahu menberikan tang terbaik untuk rakyat.

Kerajaan telah memilih untuk melwtakkan badan yang berkecuali didalam Suruhanjaya yang mana badan ini akan bebas membuat keputusan tanpa dioengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pada awalnya, ramau juga pemimpin politik yang membantah kerana khuatir badan ini akab digunakan oleh anasir luar boleh dipantau oleh pihak kerajaan. Tetapi atas dasar mahu memberikan ketelusan kepada rakyat, kerajaan BN mengambil langkah ini walaupun berisiko.

Ternyata apa yang berkaku hari ini, melihat gerakan pembangkang yang mahu menjadikan mahkamah di atas jalan lebih cenderung kerana mereka mempubyai agenga untuk memerintah walaupun berperang dengan rakyat sendiri.

Sesiapapun tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada 9 Januari nanti, tetapi yang pastinya mereka sudah merancang untuk menurunkan seberapa ramai penyokong mereka dengan satu agebda iaitu memporakperandakan negara.

Tujuan mereka adalah untuk melumpuhkan keamanan negara dan akan berakhir dengan campurtangan luar dan dedakan dari PBB agar kita berlembut dengan sistem Suruhanjaya demi membebaskan Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, kerajaan telah berjaya menghalang perhimpunan bersih yang mempunyai sama agenda dengan 901. Kerajaab juga telah berjaya membendung pengaruh jahat daripada mempengaruhi para pelajar kuta walaupun terlepas 60 orang sahaja.

Apa yang berlaku terhadap Anwar dan Saiful adalah masalah peribadi mereka yang mana hak kepada keduanya didengar oleh Mahkamah dibawah Suruhanjaya. Tidak ada pihak yang boleh pengaruh keputusan para hakim.

Duduk lah rumah,jalankan kerja seperti biasa, bersama kita mengekalkan keamanan dwngan menolak agenda peribadi pihak yang merancang 901.

Saya percaya mejoriti rakyat mahukan keamanan.

Published with Blogger-droid v2.0.2

www.pemuda-enggang.org

Posted: 03 Jan 2012 11:37 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Wawancara Bersama Raja Petra Kamaruddin

Posted: 02 Jan 2012 07:59 PM PST

MINGGUAN: Boleh ceritakan sedikit tentang Penggerak Gagasan Kebebasan Awam (MCLM)? Raja Petra: Semasa kami wujudkan MCLM, ia diketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, Malik Imtiaz, Ivy Joseph – aktivis sosial. Ia sebagai satu pergerakan bukan politik yang bertujuan untuk … Continue reading

Tiada ulasan:

Pengikut