Inilah Susur Galur Bitjitram Syah (Sang Sapurba), keturunan Iskandar Zulqarnain yang turun dari Bukit Siguntang Mahameru (Palembang)…
"… asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain, nisab kami daripada Raja Nusirwan, Raja Masyrik dan Maghrib dan pancar kami daripada Sulaiman 'alaihis salam… " (Sejarah Melayu (SM), karangan Abdullah ibn Abdulkadir Munsyi, bait 2.2).
Bitjitram Syah (Sang Sapurba), diceritakan menikah dengan Wan Sendari anak Demang Lebar Daun, Penguasa Palembang (anak cucu Raja Sulan, keturunan Raja Nusirwan 'Adil bin Kibad Syahriar), kelak keturunannya menjadi cikal bakal raja-raja di Negeri Melayu.
Apa rahsia Saguntang berpiramid? Lambang ini dominan di takhta istana. Bentuk ini juga direalisasi daengan 7 tingkat pada panca persada tempat (mandi) bersiram DiRaja dan juga pada ukiran di kalangan Raja Raja Melayu yang keturunannya berasal dari Bukit Saguntang
Bitjitram Syah (Sang Sapurba), di dalam sejarah dikenali sebagai Raja Sriwijaya abad ke-13, yang bernama Sri Tri Buwana, yang mendirikan Kerajaan Keritang (Indragiri) dan Kerajaan Kandis di Kuantan. Salah seorang putera Sang Sapurba, bernama Sang Nila Utama, membangun Kerajaan Tumasik, yang saat ini dikenal dengan nama Singapura.
Silsilah Bangsa Melayu
Ibn Abd Al Rabbih di dalam karyanya Al Iqd al Farid, yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya "Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII" menyebutkan adanya korespodensi antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada sekitar tahun 100 H (abad ke-8M) (Kunjungi : Sriwijaya Pintu Masuk Islam Ke Nusantara), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah sebagai berikut :
"Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Andahadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya"
(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan seribu raja ?
(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan Iskandar Zulqarnaindan Nabi Sulaiman?
(?) Siapa yang dimaksud dengan Raja Nusirwan 'Adil, Raja Masyrik (Timur) dan Maghrib (Barat), seperti terdapat dalam Sejarah Melayu?
Berpedoman kepada Sejarah Melayu, sebagaimana diuraikan sebelumnya, diperoleh informasi Salasilah Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba bertemu pada Raja Nusirwan 'Adil.
Di kalangan ahli sejarah, memperkirakan Raja Nusirwan 'Adil indentik dengan King Anushirvan "The Just" of Persia (memerintah pada tahun 531-578 M, di Kerajaan Persia Dinasti Sassanid), beliau adalah putera Kavadh I of Persia atau dalam sejarah melayu disebut Raja Kibad Syahriar.
Melalui penyelusuran Genealogy, diperoleh Silsilah King Anushirvan (Khosrow I of Persia), dengan perincian sebagai berikut :
1. Susur Galur dari Cyrus II "The Great" of Persia (Zulqarnain)
Maharaja Nusirwan 'Adil (Anushirvan/King Khosrow I "The Just" of Persia) bin Maharaja Kibad Syahriar (Kavadh I of Persia) bin Firuz II of Persia bin Yazdagird II of Persia bin Bahram V of Persia bin Yazdagird I of Persia bin Shapur III of Persia bin Shapur II "The Great" of Persia bin Ifra Hormuz binti Vasudeva of Kabul bin Vasudeva IV of Kandahar bin Vasudeva III of Kushans bin Vasudeva II of Kushans bin Kaniska III of Kushans bin Vasudeva I of Kushans bin Huvishka I of Kushans bin Kaniska of Kushanastan bin Wema Kadphises II of Kunhanas bin Princess of Bactria binti Calliope of Bactria binti Hippostratus of Bactria bin Strato I of Bactria bin Agathokleia of Bactriai binti Agathokles I of Bactriai bin Pantaleon of Bactria bin Sundari Maurya of Magadha (menikah dengan Demetrios I of Bactriai*), keturunan Raja Iskandar (Alexander III "The Great" of Macedonia)) binti Princess of Avanti (menikah dengan Brihadratna Maurya of Magadha**), keturunan King Ashoka) binti Abhisara IV of Avanti bin Abhisara III of Pancanada bin Abhisara II of Taxila bin Abhisara I of Taxila bin Rodogune Achaemenid of Persia binti Artaxerxes II of Persia bin Darius II of Persia bin Artaxerxes I of Persia bin Xerxes I "The Great" of Persia bin Atossa of Persia (menikah dengan Darius I of Pesia***), keturunan Bani Israil) binti Cyrus II "The Great" of Persia
Sumber : Khosrow I `the Just' (Anushirvan) (Shah) of PERSIA dan Menemukan Zul-Qarnain, dalam Sejarah
2. Susur Galur dari Alexander III of Macedonia (Raja Iskandar Zulqarnain)
Alexander the Great
*) Demetrios I of Bactriai bin Berenike of Bactria binti Princess of Syria binti Laodice I of Syria bin Aesopiathe Perdiccid of Macedonia binti Alexander III "The Great" of Macedonia
3. Susur Galur dari King Ashoka
**) Brihadratna Maurya of Magadha bin Dasaratha of Magadha bin Kunala of Taxila bin King Ashoka (Asoka) Vardhana
4. Susur Galur dari Nabi Sulaiman
***) Darius I of Persia bin Meshar binti Salathial bin Tamar binti Johanan bin Josias bin Amon bin Manasses bin Ezechias bin Achaz bin Joatham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash bin Ozias bin Jehoram bin Jehoshapat bin Asa bin Abia bin Roboam bin Nabi Sulaiman
Apa yang diakui raja Sriwijaya (Sri Indravarman), sebagai keturunan seribu raja, ternyata bukanlah isapan jempol melainkan sebuah fakta, melalui Susur Galur leluhurnya, Maharaja Nusirwan 'Adil, telah membuktikannya.
Dan melalui penyelusuran Genealogy juga, kita dapat saksikan bahwa Raja Iskandar Zulqarnain (Alexander III of Macedonia), Zulqarnain (Cyrus II of Persia) dan Nabi Sulaiman sebagai Leluhur Bangsa Melayu, adalah sebuah kenyataan dan bukan sekadar angan-angan.
Sumber kanzunqalam -Ibn Abd Al Rabbih di dalam karyanya Al Iqd al Farid, -Khosrow I `the Just' (Anushirvan) (Shah) of PERSIA dan Menemukan Zul-Qarnain, dalam Sejarah -Abdullah ibn Abdulkadir Munsyi, bait 2.2).
Kelihatan YB Taufik (Pas) ADUN Paroi, hadir bersama memberi sokongan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan di Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina 2012 yang berlansung di bandar Seremban.
Seronok YB PAS ni... siap beri tepukan gemuruh kepada MB
Bak kata Dr Hasan Ali,"Politik adalah sesuatu yang tidak pasti, hakikatnya politik ini bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan".
Mungkin juga YB Pas ini sudah tersedar dari lamunan mimpinya dan mahu menjalinkan kerjasama Pas-UMNO... Jika benar syabas di ucapkan...
YB Taufik mengiringi MB
Selepas pemecatan Hasan Ali, jangan pula Pas pusat mengambil tindak terburu-buru untuk memecat YB Taufik yang mahu menjalinkan hubungan baik diantara Pas-Umno di Negeri Sembilan.
Pemecatan Hasan yang lalu sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.
Inilah bukti kerajaan PAS yang memerintah memberi air yang suci kepada rakyat baling, Jika rakyat tidak boleh menilai kerja-kerja Pas ni kita tak tau jadi apa la...Air keluar warna merah macam darah saja.
22hb Januari 2012, jam 8 malam, bertempat di Padang Permainan Blok 4/5 Desa Mentari DUN Seri Setia, Kelana Jaya, Nik Nazmi di kejutkan apabila 1,000 orang Ahli PKR beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
NGO Skuad Prihatin yang dipengerusikan oleh Dr Vikneswaran menyatakan bahawa beliau bersama 1,000 ahlinya yang kini telah meninggalkan PKR dan sertai BN !
Mereka telah membuat keputusan untuk bersama jentera BN di DUN Seri Setia Kelana Jaya untuk membantu BN memenangi PRU-13.
Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), semalam.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.
Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.
"Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.
"Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.
Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.
"Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat," katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.
Selepas Hasan Ali dipecat 24 jam oleh Hadi Awang pada 8 Januari 2012, ramai tertanya siapakah ahli PAS seterusnya yang bakal dibuang seperti Hasan Ali. Ramai jari menuding ke arah Nasharudin Mat Isa. Mengapa Nasharudin?
Beberapa sebab kenapa Nasharuddin, antaranya:
1) Nasharudin adalah dari team Ulama dan tidak sehaluan dengan DAP, tidak sehaluan dengan kumpulan Erdogan dalam PAS.
2) Nasharudin dilihat secara terbuka menyokong Hasan Ali selepas 8 Januari 2012.
3) Nasharudin dituduh bertemu secara senyap dengan beberapa orang pemimpin UMNO.
4) Nasharudin dianggap sebagai pesaing kepada aliran Erdogan dalam PAS. Sebab itu Nasharudin dilawan oleh Mat Sabu (aliran Syiah) untuk tempat Timbalan Presiden PAS.
Selepas Hasan dan Nasharudin, siapa lagi yang akan kena? Nama ketiga yang disebut adalah Haron Din atau mungkin dua orang lagi dari kumpulan Ulama. Atau Ketua Dewan Pemuda yang kena dulu. Sama-sama kita nantikan.
Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan ituterlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuranSaya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf),semalam.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidakdiberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukanoleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.
Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada PemudaUmno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, programbantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.
"Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah sayasendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.
"Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikandaripada datang ke program pembangkang," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaanbahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di DewanMajlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.
Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuhisu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.
"Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yangtelah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat," katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebihkurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerangorang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.
Satu pujukan politik daripada Ah Jib Gor, satu pukulan kepala UMNO Bahagian BTR yang tidak cukup kuat bekerja untuk menang PRU-13. Satu tamparan kepada gerak kerja KPTO BN-UMNO yang leweh di BTR.
Premis paling strategik untuk akses kepada MODEL KUASA, SAYANGI DAN KEMBANG ialah Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak. Kelihatan PKK BTR ini makin dimamah usia daripada rekahan dan lunturnya warna bangunan.
Tidak kelihatan penguasaan medan oleh UMNO-BN di BTR, melalui Agenda Tranformasi Rakyat. Nampaknya Ah Jib Gor berperang seorang diri, terpaksa melabur RM 2.5 juta kepada Sekolah Cina.
Apakah makna pulangkan BTR! Ahli Parlimen BTR ialah Abdul Khalid Gagap, Bendahari PKR menjadi Menteri Besar Selangor yang kini jago Agama Islam. Inilah resepi Ideologi Freemason melalui PKR, akhirnya disepak terajang Hassan Ali, disumbat Sijangkang seorang PAS, tanpa portfolio yang baik untuknya. Korban sebenarnya ialah kuasa eksekutif Islam dalam Negeri Selangor.
Gamaknya, mesej pulangkan BTR bermakna kembalikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada BN-UMNO. Ah Jib Gor dan Ah Din Gor akan terus dilanda serangan parasit politik di KL dan Selangor. Berkeliling turun padang dan gelanggang, namun, tiada kesan kepada rakyat dan pengundi sebenar.
Kepada Loyal Reader, juga blogger HORAS...kalian di Hulu Langat turut kena tempelak Ah Jib Gor dan Ah Din Gor ini. Bersantunlah dalam urusan UMNO Hulu Langat kerana anda sedang disatelitkan oleh PAS dan PKR yang setiap hari memasuki pejabat kalian sebelah pejabat Pos Kajang tersebut.
Pulangkan BTR samalah juga Pulangkan Selangor. UMNO masih butakah kalian?
Esok seluruh warga Malaysia khasnya yang berbangsa Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Yang jelasnya perayaan yang sememangnya menjadi sambutan kepada seluruh Rakyat Malaysia tetap meriah walaupun disambut dalam kesederhanaan.
Semangat NAGA.Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tahun ini merupakan Tahun Naga Air, iaitu haiwan kelima daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina, dan akan lahir pada 23 Januari.
Naga samawi ini merupakan lambang tersohor dalam mengecapi kejayaan serta kebahagiaan dan masyarakat Cina percaya tahun baru ini akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang dilahirkan pada Tahun Naga.
1AGENDA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua Masyarakat Cina di Malaysia. Semoga dengan datangnya tahun baru ini iaitu tahun Naga, didoakan agar negara kita akan bertambah harmoni serta terus maju seperti yang didasarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi.
Kepada semua Penggiat Media Sosial, jadikanlah semangat 'Naga' ini sebagai satu semangat yang baik dan hormatilah kebebasan media ini dengan menghormati hak sesama kita. Hentikanlah budaya cerca, maki hamun, mencarut serta fitnah yang jauh menyimpang dari adab budaya yang kita amalkan.
Tolak dan buang perselisihan ideologi. Ayuh kita bersama bersatu merayakan Tahun Baru ini dengan semangat bersatu dan jauhilah politik pecah belah yang boleh melemahkan Negara kita sendiri.
Bagi yang memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hati dan sentiasalah melakukan pemeriksaan kepada keadaan kenderaan anda.
Hasan Ali ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, Klang, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI
KLANG 21 Jan. – Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.
Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.
"Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.
"Ini tidak betul dan sekiranya kita selidik secara mendalam doktrin seperti ini boleh merosakkan akidah umat Islam," katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, di sini malam tadi.
Selain Hasan, turut menjadi panel pada program itu ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan Exco Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mukram Mohd. Taib.Hasan memberitahu, sebab utama beliau menyertai Pas pada 15 tahun yang lalu adalah kerana parti itu majoritinya dipimpin oleh barisan ulama yang merupakan pejuang Islam tulen.
"Namun pada hari ini hanya tinggal 23 peratus pemimpin di dalam Pas yang merupakan golongan ulama."Sebanyak 72.28 peratus lagi pemimpin di dalam Pas bukan daripada golongan ulama dan mereka itulah yang merupakan 'parasit-parasit' yang merosakkan parti itu pada hari ini," tegasnya.
Dalam pada itu, Hasan Basri menyelar pihak yang mengangkat perjuangan komunis dan menghina pejuang kemerdekaan, meskipun mereka bermati-matian berjuang untuk memerdekakan negara yang kesannya dapat dinikmati sehingga hari ini.
"Saya nak tanya, apakah Leftenan Adnan yang terbukti sanggup bergadai nyawa demi agama, bangsa dan negara juga mereka anggap sebagai pengkhianat negara," soalnya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian.
Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.
"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika diminta berbuat demikian.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
Menteri besar itu berkata, beliau akan membuka seluas-luasnya pintu kepada SPRM untuk menyiasat beliau.
Selepas Hasan Ali dipecat 24 jam oleh Hadi Awang pada 8 Januari 2012, ramai tertanya siapakah ahli PAS seterusnya yang bakal dibuang seperti Hasan Ali. Ramai jari menuding ke arah Nasharudin Mat Isa.
Mengapa Nasharudin? Beberapa sebab kenapa Nasharuddin, antaranya:
1) Nasharudin adalah dari team Ulama dan tidak sehaluan dengan DAP, tidak sehaluan dengan kumpulan Erdogan dalam PAS.
2) Nasharudin dilihat secara terbuka menyokong Hasan Ali selepas 8 Januari 2012.
3) Nasharudin dituduh bertemu secara senyap dengan beberapa orang pemimpin UMNO.
4) Nasharudin dianggap sebagai pesaing kepada aliran Erdogan dalam PAS. Sebab itu Nasharudin dilawan oleh Mat Sabu (aliran Syiah) untuk tempat Timbalan Presiden PAS.
Selepas Hasan dan Nasharudin, siapa lagi yang akan kena? Nama ketiga yang disebut adalah Haron Din atau mungkin dua orang lagi dari kumpulan Ulama.
Atau Ketua Dewan Pemuda yang kena dulu. Sama-sama kita nantikan.
Kecoh malam tadi di Kg Jln Kebun Klang yang mana sekumpulan anak anak muda menyerang dewan MBSA dimana program HINDRAF berlangsung.Jika dilihat dalam video yang ditayangkan memperlihatkan anak anak melayu Jln Kebun bertindak biadap keatas program yang dijayakan Pakatan DAP,PAS, PKR.
Anak melayu dilihat menyerang mereka yang berada dalam dewan MBSA. Itu yang dipaparkan dalam video tersebut.Tetapi apakah anda tahu bahawa Kg Jln Kebun merupakan kubu kuat orang Melayu yang mana 100% nya adalah orang Melayu dan tidak ada seorang pun bangsa India yang menetap di Kg Jln Kebun.
Mengapa Pakatan mengadakan program HINDRAF di Kg Jln Kebun sedangkan kawasan tersebut 100% orang Melayu? Dan mengapa program Hindraf diadakan pada waktu Maghrib? Apakah anda nampak motif utama mereka?Pakatan tahu Kg Jln Kebun lubuk Melayu dan Pure Melayunya.
Malah itulah kubu Kuat Melayu yang sememangnya tidak dapat ditembusi oleh pihak luar sama sekali sejak dulu dan sehingga sekarang ini. Jadi dengan membawa HINDRAF masuk ke dalam kawasan 100% Melayu dan mengadakan program waktu Maghrib adalah satu perbuataan yang sebenarnya dilihat untuk mencetuskan sentimen perkauman dan menyemarakkan semula HINDRAF di Malaysia agar menentang Kerajaan khususnya UMNO.
Sekarang ini Pakatan PAS, DAP, PKR melalui media upahan mereka memainkan video tersebut yang mana seolah olah UMNO dalang dalam pergaduhan tersebut.
Hakikatnya mereka Pakatan lah yang mencetuskan pergaduhan tersebut kerana dilakukan didalam sebuah penempatan yang 100% Melayu.Banyak lagi lokasi lain yang boleh pihak Pakatan mengadakan program HINDRAF.
Malah didalam Parlimen Kota Raja ada banyak lagi dewan dan di dalam kawasan masyarakat India juga terdapat dewan kerajaan Negeri.
Kenapa tidak diadakan program tersebut didalam kawasan penduduknya India dan mengapa perlu dikawasan yang 100% nya Melayu.
Suhaimi Shafie Adun Sri Muda dari PKR turut melahirkan rasa kecewa berhubung pekara tersebut dan meminta pihak penganjur iaitu Chegubard bertanggungjawap diatas apa yang telah berlaku.
Beliau juga turut menyatakan tidak mengetahui program Hindraf yang dianjurkan oleh Chegubard.
Chegubard juga tidak langsung meminta kebenaran dari beliau untuk mengadakan program malam tadi.Bagaimana Chegubard seorang yang telah Kalah dalam pertandingan PKR dan berlokasi di Rembau negeri Sembilan boleh mengambil alih tugas wakil rakyat Dun Sri Muda?
Semoga rakyat perlu jelas dalam pekara ini, Pakatan Rakyat Haram mewujudkan sentimen HINDRAF sekali lagi dalam memastikan sentimen perkauman timbul kembali sepertimana sebelum ini. Rakyat akan terus diperbodohkan oleh Pakatan DAP,PKR, PAS dalam meraih simpati masyarakat.
Apa pun yang diulas mengenai video Kejadian tersebut hakikatnya Kg Jln Kebun penduduknya adalah 100% Orang Melayu. Apakejadahnya HINDRAF mengadakan program didalam Kg Jln Kebun? Fikir fikirkan lah....
Ops lupa, apakah anda masih ingat yang HINDRAF pernah menyerang Sambutan Hari Raya kita umat Islam pada tahun 2007? Apakah itu akan kita lupakan yang mana hari kebesaran umat Islam diserang oleh Hindraf? Sumber: papagomo.
GEMPAR: Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws!
Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia :
Malaysia's laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.
Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a 'sensitive' issue in an interview.Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia's prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.
But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people's privacy needed to be protected. "In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted", he said. "Fair enough.
But here the question is, how do you use the law and intrude on people's privacy and their own private choices?" "This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended" ."The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law". "So I think while I endorse the general law against homosexuality.
I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians. I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at." Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar's cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister.
She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar's place as Mahathir's successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Anwar has said he bears no grudge against Mahathir.
"I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment and he is right in the sense of a very general sentiment against homosexual practices," Anwar said.
Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.
Some commentators have attributed Bush's re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals. "Gay marriages are going a bit too far," Anwar said. "I'm a liberal in many ways but I think that is going a bit too far."...????
Siapa Jejaka Misteri : Bunga Ros Unggu Di Hadiahkan Buat Anwar,lalu Anwar Tanpa Segan Silu Mencium Pipi Lelaki Tersebut !
Satu kejadian dramatik berlaku bertempat di Mahkamah jalan Duta apabila seorang lelaki di lihat telah memberikan 11 kuntum Bunga Ros Purple kepada beliau lalu Anwar merangkul dan mencium pipi lelaki tersebut. Kejadian ini di lihat sebilangan orang ramai yang lalu lalang di situ dan dan petugas media.
Laporan dari Malaysiakini memetik Anwar menyambut ulangtahun kelahirannya di Mahkamah. Namun yang menjadi ingatan pada semua yang ada apabila Anwar Ibrahim secara spontan mencium pipi lelaki tersebut. Siapa kah lelaki itu? Apa hubungan nya dengan Anwar Ibrahim ini?
Apakah Wan Azizah membiarkan sahaja perbuatan Anwar yang mencium pipi lelaki tersebut ataupun dalam diam Kak Wan marah dengan perbuatan suaminya yang tanpa segan silu melakukan perbuatan sumbang di khalayak ramai?
Jika lelaki tersebut mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim maka apa hubungannya? Sejauh mana hubungan tersebut sehingga dirinya rela di cium Anwar Ibrahim di khalayak ramai?
Semakin jelas siapa Anwar Ibrahim ini. Rakyat wajib menolak Homoseksual ini dengan keras, apatah lagi Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara kita ini.
Adakah kedua-dua cerita ini mempunyai pertalian? Semuga kita sedar siapa Anwar bin Ibrahim ini sebenarnya!!! Wallahuallam.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Karpal Singh akan dipenjara jika dia adalah rakyat Thailand.
Mahkamah Rayuan batalkan pembebasan Karpal, arah pembelaan isu hasutan
Oleh Clara Chooi
January 20, 2012
PUTRAJAYA, 20 Jan — Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Karpal Singh atas dakwaan mengeluarkan kata-kata hasutan kepada Sultan Perak semasa krisis perlembagaan negeri itu pada 2009.
Dalam penghakiman selama dua jam itu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Maarop bersama Datuk Clement Alan Skinner dan Datuk Mohamad Apandi Ali berkata rayuan itu berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Karpal, Pengerusi Kebangsaan DAP.
Beliau memberitahu mahkamah keputusan itu dicapai sebulat suara dan mengarah Karpal untuk membela diri.
Lihatlah gambar ini.
PM Thai pun terpaksa menyembah bila bercakap dengan istana.
Di Malaysia, kaum yang telah diberikan hak kewarganegaraan telah melampaui batas dengan mempersoalkan kuasa tertinggi dalam negara iaitu Raja-raja Melayu.
MyMassa suka untuk mengingatkan pembaca bahawa satu ketika dahulu, Cina dan India bukanlah rakyat tanah Melayu.
Ada di antara mereka pula rakyat Negeri Selat.
Apabila Tanah Melayu dilepaskan dari naungan British, salah satu asas pembentukan negara ketika itu adalah kontrak sosial. Orang Melayu memberikan kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India dan sebagai balasannya mereka mengiktiraf 'ketuanan Melayu'. Terma Jus Soli iaitu kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan digunakan untuk menakrifkan keadaan ketika itu. Kalau ada Jus Soli, apa pula maksud Jus Sanguinis? Jus Sanguinis adalah hak kerakyatan yang tidak mengambil kira tempat kelahiran sebaliknya asal usul ibu atau bapa atau kedua-duanya.
" Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara. Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata "ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain…." Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah" (KHOO KAY KIM, AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006)
Mungkin ada yang akan timbulkan isu dengan menuduh MyMassa sebagai rasis. Tetapi rasiskah kedua-dua tokoh bukan Melayu ini?
Kenyataan Tun Tan Siew Sin.
"The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities."
Kenyataan Tun V.T. Sambanthan.
"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma.
Nah! Inilah kata-kata pengasas negara ini. Tun Sambanthan sendiri mengakui bahawa kaum India tidak diterima di Sri Lanka ketika itu tetapi Tanah Melayu menerima mereka dengan tangan terbuka. Walaupun ada di antara kita sendiri tidak tahu membezakan antara orang Sri Lanka dengan India sehinggakan ada di antara orang Sri Lanka di Malaysia dipanggil orang India.
MyMassa tidakkan menyuruh mereka yang tidak bersyukur ini balik ke tanah asal tetapi MyMassa mengesyorkan mereka ini supaya berhijrah ke negara yang lebih terbuka menerima orang asing seperti Kanada dan Australia. Mungkin Malaysia tidak cukup baik untuk mereka. Dan mereka mungkin lupa bahawa ada negara sehingga kini tidak membukakan kerakyatan mereka kepada orang luar walaupun berpuluh tahun bermastautin dan lahir di negara tersebut seperti Brunei. MyMassa kongsikan bagaimana bangganya orang Melayu Brunei dapat mengawal kaum asing di sana:
Kami di brunei tidak memberi - kuasa penuh pada cina contohnya.
1) cina tidak boleh beli tanah hanya sewa.
2) 35peratus hasil keuntungan cina mesti di beri pada Goverment of Brunei.
3) Cina tidak boleh bina atau besarkan Kuil selain dari yang sudah ada.
4) Cina mesti masuk Islam jika mahu memperisterikan orang melayu.
5) Cina yang ingin jadi rakyat brunei mestilah tinggal lebih dari 4 generasi (200tahun) barulah boleh apply Permenant Resident dan seterusnya kerakyatan.
Kami di brunei tidak mempunyai masalah dengan cina kerana cina takut pada melayu brunei.
Artikel yang MyMassa tuliskan di atas bukan sahaja untuk mengkritik tindakan Karpal malah geng HINDRAF yang kembali cuba untuk membangkitkan sentimen perkauman. Kepada PAS yang tidak memahami perjuangan HINDRAF tetapi menyokong mereka atas sebab meraih sokongan politik, MyMassa tunjukkan kembali 18 tuntutan HINDRAF yang PAS kata tidak rasis:
menuntut agar dihentikan pelanggaran perkara yang termaktub dalam Perlembagaan;
menuntut agar dihentikan polisi perkauman, ekstremisme Islam serta menarik balik hak keistimewaan orang Melayu di negara ini sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara;
meluluskan draf undang-undang yang akan melindungi etnik India;
memastikan kesemua 523 sekolah vernakular Tamil di seluruh negara mendapat bantuan penuh Kerajaan (peruntukansebanyak RM 20 bilion setahun);
memberikan peluang yang seluas-luasnya atau setidak-tidaknya sama seperti yang diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pelajaran, ekonomi dan pekerjaan (peruntukan sebanyak 20 bilion setahun);
memastikan etnik India memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada ekuiti negara;
menuntut UMNO supaya tidak bertindak sebagai "Mandor" kepada MIC yang hampir tidak mempunyai suara dan kuasa di dalam Kerajaan;
memperuntukkan 20 peratus jawatan Ketua Setiausaha di jabatan dan agensi Kerajaan diperuntukkan kepada orang India untuk 15 tahun yang akan datang;
menuntut UMNO supaya lebih telus dalam setiap perancangan polisi pentadbiran, pembangunan dan ekonomi yang dicanangkan;
menghentikan perobohan kuil-kuil Hindu dengan ganti rugi sebanyak RM 10 juta bagi setiap 15,000 kuil yang telah dirobohkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan menuntut agar sebarang pertikaian di antara muslim dan bukan muslim hanya dirujuk di Mahkamah Sivil;
menghentikan tindakan berat sebelah polis terhadap etnik India, memperuntukkan bantuan guaman kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah;
menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat peristiwa Kampung Medan yang dikatakan sebagai pembunuhan beramai-ramai etnik India oleh orang Melayu dan pihak Kerajaan serta menuntut ganti rugi sebanyak RM 1 juta diberikan kepada setiap etnik India yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut;
70 peratus etnik India yang miskin diberikan pampasan dan tempat tinggal yang selesa;
skim rumah kos rendah adalah tidak boleh diterima sama sekali serta penetapan gaji minimum sebanyak RM 1000 bagi setiap rakyat;
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pelanggaran peruntukan Perlembagaan oleh UMNO;
meluluskan undang-undang bagi menghentikan penindasan etnik India di samping memastikan pentadbiran negara yang lebih telus;
meluluskan undang-undang menuntut kebebasan media dan tidak mengenepikan isu-isu mengenai kaum india di dalam media; dan
peruntukan sebanyak 20 peratus kerusi pembangkang kepada etnik India yang dilantik oleh komuniti etnik bagi membela dan mempertahankan nasib kaum mereka.
Pelik tak, antara tuntutan Hindraf adalah hapuskan ektrimis Islam. Tetapi kerana gila kuasa politik, ekstrimis Islam dan Hindu boleh bersatu menjatuhkan kerajaan yang moderate. Lupa pulak, PAS sekarang ni bukan parti Islam tetapi PARTI ADAT & SUKAN.
*Kadangkala kita perlu peringatkan diri kita dan kawan-kawan supaya memahami batas dan had. Agak-agaklah kalau nak bersuara pun.
Artikel dari salah seorang blogger otai masuk akhbar Utusan.
Klik untuk besarkan imej.
Kalau korang nak baca lebih banyak artikel yang berat-berat, sila ke blog beliau (http://kuda-kepang.blogspot.com/). Artikel mantap penuh dengan fakta dan hujah berbisa.
*Dulu waktu MyMassa rajin baca blog orang lain & belum memblog lagi, blog kuda kepang adalah salah satu blog wajib. Seronok baca analisa kritikan Datuk Ruhanie terhadap kepimpinan Pak Lah waktu tu.
KUMPULAN KERJA DAN TEAM SAHABAT MYMASSA DI SELURUH NEGARA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA. KUNJUNGILAH SAHABAT-SAHABAT CINA ANDA UNTUK SAMA-SAMA MEMBINA PPERPADUAN DI NEGARA KITA. SALAM PERPADUAN DAN SALAM 1MALAYSIA.
Semakin parah keadaan Islam di Selangor bila PKR yang jaga portfolio agama Islam.
Dahulu PAS berceramah bahawa UMNOlah punca Mufti Selangor dipecat. Kononnya sebab arwah Ishak Baharom larang pertandingan ratu cantik yang mengenakan syarat untuk gadis Melayu berbikini.
Hakikatnya bekas Mufti Selangor itu bukannya dipecat sebaliknya kontraknya tidak disambung. Adat orang yang bekerja kontrak, majikan mempunyai kuasa tidak menyambung kontrak serta melantik orang lain yang mungkin lebih muda mengikut perancangan majikan.
Fitnah tetap fitnah.
Sekarang ini fitnah itu dikembalikan kepada PAS. Sudahlah jawatan Exco Agama Islam diragut oleh PKR, malah di zaman pemerintahahan mereka perkara ini berlaku.
Klik untuk besarkan artikel.
Budak sekolah yang hendak menyertai sukan renang dilarang memakai pakaian yang menutup aurat. Ini ke pemerintahan Islam yang hendak diterapkan oleh PARTI ADAT & SUKAN (PAS)?
*Islam ketika PAS memerintah Selangor hanya tinggal dalam khutbah Jumaat sahaja. Itu pun disebut sebagai Negeri Berkebajikan dalam doa khutbah Jumaat.
Insiden kekecohan di Jalan Kebun dah heboh dibincangkan dalam media siber.
MyMassa sendiri telah buat 2 posting mengenainya hari ini.
Kali ini MyMassa ingin berkongsi satu fakta yang mampu membuka mata kita semua.
STATISTIK TERBARU PENGUNDI DI JALAN KEBUN.
DUN = Sri Muda
Parlimen = Kota Raja
Jumlah Pengundi = 2596 orang
Pengundi Melayu = 2383 orang (91.8%) Pengundi Cina = 132 orang (5.1%) Pengundi India = 73 orang (2.8%) Pengundi Lain-lain bangsa = 8 orang (0.3%)
Apa kejadahnya buat program HINDRAF di kawasan yang hanya ada 73 orang India sahaja?
Ini ke 73 orang pengundi berbangsa India atau pun orang luar yang diupah untuk buat kacau?
Nampak sangat PKR sengaja hendak buat PROVOKASI terhadap orang Melayu.
Satu lagi persoalan, adakah program ini mengambil kira sentimen penduduk setempat? Siapa pemimpin tempatan yang dirujuk?
MAT SABU TU PEMIMPIN TEMPATAN Jalan Kebun Ke?
Cikgu BARD TU PEMIMPIN TEMPATAN Jalan Kebun ke?
Tak payah cakap banyak, ADUN SRI MUDA SENDIRI TIADA KETIKA KEKECOHAN BERLAKU!!!
Pokok pangkalnya, program yang dibuat oleh PKR dengan kerjasama PARTI ADAT & SUKAN (PAS) sememangnya melanggar adat dan budaya Melayu iaitu MEMBERI SALAM APABILA BERTANDANG KE RUMAH ORANG.
MyMassa harap fakta ini disebarkan untuk menunjukkan betapa busuk dan buruknya kelaku orang PKR dan PAS untuk mewujudkan ketidak harmonian dalam negara.
Cuba korang tengok adegan ni. Adegan ini berlaku ketika kekecohan yang dicipta oleh Cikgu Bard dan rakan-rakan.
Macam pernah ku lihat tetapi di mana ya.
Kalau korang nak refresh, cuba tengok poster yang MyMassa sediakan ketika perhimpunan 901.
Sama tak? Bosan betul penulis skrip PKR. Aksinya tetap sama. Geng diorang kena pukul atau belasah sampai masuk hospital. Dalam insiden 901, skrip PKR gagal kerana bom yang meletop tak kena pada pelakon yang telah mereka upah.
Adegan yang wajib ada ialah adegan atas katil dengan muka macam nak MAMPOS.
Tapi hero tamil kat atas sekali tu memang patut Cikgu Bard bayar mahal. Korang tengok la aksi dia.
Overacting siot. Sampai terkeluar lidah.
*Woi PKR. Carilah pengarah propaganda yang best sikit. Asyik ulang skrip sama je. Bosan giler!!!
Kami sangat-sangat tidak bersetuju dengan tulisan Awang Selamat di atas. Pada kami Khalid Ibrahim telah membuat keputusan yang tepat.
Selama PAS memegang portfolio agama dan hal ehwal Islam, apakah ada satu pencapaian yang boleh dibanggakan?
Ayam yang dijanjikan berkokok pada pagi 9 Mac 2008 telah pun lama kena sembelih. Kilang Carlsberg masih lagi tersergam indah di Shah Alam. Malah Timb Pesuruhjaya PAS siap tawar lagi tanah untuk diperbesarkan operasi.
Arak masih lagi boleh dibeli secara bebas. Rumah urut dan premis maksiat? Makin subur bercambah bak cendawan selepas hujan.
Jumlah orang Islam yang dimurtadkan juga semakin bertambah. Jadi apa salahnya Khalid Ibrahim menarik portfolio tersebut daripada PAS? Pas ternyata gagal setelah diberi peluang selama lebih 3 tahun untuk membela orang Islam Selangor!
Betul tidak?!!
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pencapaian terbaik kerajaan Wali Selipar apabila berjaya meraih saman parking termahal di dunia! Pisau kata " salah satu cara kerajaan negeri PAS meraih keuntungan"
Isu ini harus diambil perhatian serius oleh Ds Najib,pengambilan tanah oleh pihak MRCB secara haram harus disiasat.
Menteri Wilayah jangan menjadi barua kepada buaya buaya yang melahap setiap inci tanah milik orang melayu.Apabila bantahan sebegini berlaku apakah kita perlu marahkan orang lain sedangkan penyangak dan penyamun sibuk menjarah hak rakyat didalam kerajaan sendiri.
Jangan rosakkan aspirasi perjuangan BN dan Umno membantu rakyat dengan ketamakan segelintir penyangak.
Kepada blogger BN,isu ini jangan dipandang ringan,kita jangan berlaku hipokrit apabila menyalahkan DAP menghalau orang melayu dalam masa yang sama penyangak didalam kerajaan merampas setiap inci tanah melayu .
Tuntutan geran oleh mereka ini sejak puluhan tahun diatas tanah lombong ditolak,kemudian tiba tiba MRCB menggunakan kabel orang dalam memohon geran terus dapat merampas tanah mereka.
Jangan khianati penyokong sendiri! Tindakan harus diambil dengan segera!
Update: Selanjutnya baca artikel Sanggah Tok Janggut :
Tapak tanah HSD 118118,No Lot PT 9311 pada keluasan 33112 meter persegi yang menjadi rebutan pemaju dan telah pun diluluskan pembermilikan telah mengundang kemarahan yang bukan sedikit kepada pengusaha terbabit hingga mereka melancarkan tunjuk perasaan menentang pengambilalihan tanah tersebut untuk tujuan pembangunan, yang mereka sifatkan sebagai satu rompakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan didalangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Tapak tanah tersebut telah diluluskan Lesen Menduduki Sementara pada tahun 1995 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan tapak bengkel bagi menempatkan bengkel-bengkel yang terlibat dengan projek Transit Aliran Ringan sehingga tahun 2007 dan DBKL memberikan alasan bahawa beliau mereka tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha bengkel selepas tahun itu sedangkan dalam memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri jelas menunjukkan bahawa mereka pernah memohon tetapi kerana tanah tersebut adalah tanah bekas tapak lombong,nombor-nombor lot gagal dikeluarkan tapi bila permohonan dibuat oleh syarikat,boleh pula dikeluarkan lot-lot dari tapak tanah itu.
Tanah tersebut diluluskan permohonan yang tidak sampai setahun kepada pemohon iaitu syarikat 59iNC Sdn Bhd tanpa mengambil kira kepentingan pengusaha terbabit yang mengusahakan tanah itu daripada lombong terbiar kepada satu kawasan industri dan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat guaman mewakili syarikat ini sebagai satu tindakan ala gansterisme walaupun tercatat syarat bahawa pengusaha ini perlu diberikan kawasan baru dan ganjaran setimpal hasil usaha mereka membangunkan tanah tersebut setelah diberikan Lesen TOL oleh DBKL.
Kemarahan pengusaha sukar dibendung
Kita tidak tahu atas sifat dan mekanisme apa yang digunakan oleh JawatanKuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan yang diPengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan,Raja Nong Chik semudah itu meluluskan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan kepada syarikat ini dalam keadaan yang dilihat cukup tergesa-gesa dan boleh menimbulkan prasangka dan kita hairan dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Menteri Wilayah Persekutuan bahawa mereka tidak boleh mencampuri urusan tanah tersebut kerana bukan berada di kawasan Parlimen mereka sedangkan kelulusan diberikan adalah pada zaman pemerintahan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan?Jawapan yang cukup bodoh serta meloyakan!:Klik sini
Pisau kata "gunakan kuasa sebaik mungkin,yang hak harus dipertahankan,Umno harus ambil perhatian serius dalam isu ni"
Pisau nak cerita perihal si lidah biawak ni,didepan rakyat berlakon kononnya beliau pemimpin marhain berjiwa rakyat pertama kali imej beliau ketika menjadi ketua menteri paling celaka apabila gambar tersebar menaiki pesawat di kelas ekonomi.
Berkokok sakan juak haprak khawarij PAS hingga ada yang bergelimpangan diatas jalan raya akibat terlalu gembira melihat khalifah kesayangan mereka begitu tawadhuk.
Pada 18hb Jun 2008, The STAR : Q: Does your flying economy class really work in terms of a significant and practical cost-saving measure? (Selvi, Bagan Ajam)
A: It is very tiring and I get a migraine but we must send a message that we must save and the only way to do it is leadership by example. If I could do it in the past, why not now? You are using the people's money, you should treat it as your own
Didepan rakyat Malaysia dia berlakon,sebaik saja memijakkan kaki di Singapura terus berubah,Lim Guan Eng bersama gerembolan keluarganya dilihat baru baru ini di Lapangan terbang Changi Singapura menaiki kapal terbang ke Itali menaiki pesawat SIA dengan tempat duduk kelas business.
Dikhabarkan Lim Guan Eng bersama keluarganya ditaja oleh seorang Tan Sri menaiki pesawat mencecah puluhan ribu ringgit untuk setiap orang.Apa kepentingan Tan Sri ini hingga menaja Guan Eng dan keluarganya menaiki pesawat SIA yang mencecah puluhan ribu ringgit?
Bigdog turut melaporkan kelibat Guan Eng di Changi Airport:klik sini
Pisau kata "economy class tak main dah,dia cuma naik yang mahal mahal,maklumlah dah jadi khalifah"
Hasan Ali sahkan didalam PAS terdapat lebih 70 peratus khawarij yang menguasai parti PAS. Beliau sifatkan khawarij ini adalah parasit yang merosakkan PAS dari dalam.
Dalam ceramah beliau di program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, semalam beliau memperlekehkan parti khawarij kerana menggangap PAS adalah agama. Ternyata kesesatan PAS sekarang sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan dan merosakkan akidah.
Sebab itulah kebelakangan ini kita dapat melihat bagaimana khawarij PAS mengangkat Nik Aziz setaraf dengan nabi dan didewakan sebagai keramat hidup.
Apa yang pemimpin khawarij PAS cakap akan dianggap sebagai fatwa.Jika segala macam perbuatan DAP dihalalkan maka seluruh khawarij PAS akan menyokong tanpa banyak soal.
Adalah tidak mengejutkan apabila ultra kiasu chauvanis rasis DAP menghina umat Islam,agama Islam dan Al-quran ,puak khawarij akan bertakbir menyokong,
Sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.
Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.
"Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.-Hasan Ali-Utusan
Pisau kata "PAS dah jadi sayap DAP"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sehingga hari ini PAS dan Pakatan masih gagal melekatkan imej buruk pada insan yang bernama YB Dato Dr Hasan Ali.
Pelbagai usaha dan label buruk telah dan sedang cuba dilekatkan pada batang tubuh Hasan Ali, tapi hingga kini PAS dan rakan pakatannya masih belum menemui racun perosak terbaik yang boleh membunuh keyakinan penyokong PAS dan pakatan terhadap insan ini.
Nak label Hasan Ali mengkhianati perjuangan PAS, tak boleh kerana PAS sendiri yang pecat hasan.
Alasan pemecatan juga sangat rapuh. Hanya atas alasan tidak mentaati persefahaman yang telah dipersetujui antara komponen pakatan.
Nak label Hasan sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam PAS langsung tak boleh sebab Hasan Ali lagi keras prinsip perjuangan Islamnya dari pemimpin PAS yang lain. Hasanlah satu-satunya pemimpin PAS yang begitu konsisten memerangi isu-isu yang menggugat Islam dan kesuciannya. Malahan Hasan menerima hukum pecat adalah disebabkan isu yang berkaitan murtad dan pembenterasan gejala maksiat di Selangor.
Usaha melabel Hasan sebagai agen UMNO juga kelihatan gagal sama sekali. Jika PAS berjaya menanam imej ini pada dahi Hasan Ali sudah pasti PAS dan pakatan akan berasa lega yang teramat. Mudahlah kerja-kerja untuk mempertahankan sokongan ahli PAS terhadap parti. Amat malang bagi PAS kerana pendekatan mencemar nama Hasan Ali melalui label sebagai agen UMNO tidak dapat meyakinkan penyokong PAS yang jujur kepada perjuangan Islam.
Pemimpin PAS terutamanya golongan erdogan dan yang dikatakan parasit oleh Hasan Ali tidak dapat membuktikan bahawa mereka lebih komited perjuangan dalam mendukung prinsip-prinsip Islam melebihi dari apa yang telah ditunjukkan oleh Hasan Ali.
Imej dan istiqomah Hasan terhadap perjuangan dan prinsip-prinsip Islam jelas lebih terserlah berbanding dengan keseluruhan pimpinan tertinggi PAS.
Pemisahan dan penapisan terhadap keikhlasan berpegang kepada prinsip dan perjuangan Islam yang selama ini dicanang oleh PAS telah dan sedang berlaku dengan ketara di dalam PAS ketika ini.
Tidak mungkin minyak dan air boleh bercampur. Begitu juga di antara perjuangan yang hak dan bathil atau di antara perjuangan para mukhlisin dan munafikin.
Jangan kamu sangka kamu sudah beriman selagi ia belum diuji. Itu kata Allah. Pejuang yang mengatakan membawa perjuangan suci itu tidak semudah mendapat cop "diluluskan" seperti mana SIRIM memberi pengiktirafan kepada sesuatu produk yang memenuhi piawaian tertentu.
Nasib setandan pisang, bukan semuanya baik. Ada juga yang rosak sebiji dua dan selebihnya baik. Ada juga yang baik sebiji dua dan selebihnya rosak semua.
Jika dibuat penilaian secara rasional, apakah keberanian Hasan Ali menentang usaha pemurtadan yang sedang giat dilakukan dan berleluasanya kedai arak dan rumah urut itu mahu dilabel sebagai pisang busuk?
Apakah pendekatan lunak pimpinan PAS terhadap segala perkara yang membawa kepada keruntuhan agama itu mahu dilabel sebagai pisang yang baik?
Atau apakah PAS hanya berpuas hati cukup sekadar menanam pokok pisang dan membiarkan saja pisang itu membusuk lembik kerana memikirkan jika busuk pun boleh juga dibuat jemput pisang?
Saya pasti, jika penilaian ini dibuat tanpa mengira kepentingan politik dan kuasa, semua kita dapat jawaban yang benar dan hak dari Allah.
Hanya mereka-mereka yang cuba menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia yang tidak lepas dari sifat lalai dan keliru saja yang akan terus berusaha menafikan hakikat kebenaran yang datang dan terus-terusan berusaha agar takdir dapat diubah sesuai dengan selera dan kehendak mereka.
Mana kita pernah termimpi bahawa PAS boleh berkompromi dan bersikap lunak dengan gejala murtad?
Mana pernah kita terbayang PAS akan tutup sebelah mata saja bila melihat pusat maksiat, arak dan judi berkembang pesat?
Tidak pernah termimpi PAS boleh diam membisu dengan berkembang majunya budaya LBGT yang telah menyebabkan bumi diterbalikkan di zaman Nabi Lut?
Suatu ketika dulu, program pertandingan musabaqah al quran pun ditentang keras oleh PAS keran ia dikatakan bertentangan dengan maksud pembacaan al quran yang sebenar.
Tapi mungkin disebabkan berkat bersahabat dengan DAP dan berkat mengagung-agungkan makhluk melebihi keagungan Allah, walaupun jelas terbentang makhluk itu telah dilihat tubuhnya oleh seantero dunia dalam keadaan tanpa seurat benang, maka Allah yang maha kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk menterbalikkan hati-hati para pemimpin PAS dari mengakui hakikat yang hak sehingga segala yang jelas bathil pun telah dikompromi menjadi sesuatu yang hak.
Apakah PAS itu Parti Islam Se Malaysia atau Parti Agama Se(1) Malaysia?
Kalau inilah caranya PKR cuba mendapatkan kuasa untuk menjajah Putrajaya, nampak gayanya tidak lama lagi akan tercetuslah Perang Saudara di Malaysia!!!
Buat kacau di kawasan bermajoriti Melayu, bising dengan ceramah pada ketika orang Melayu-Islam sedang bersolat pada waktu maghrib, kemudian, bila ada orang Melayu yang marah, katakan sahaja bahawa UMNO adalah pencetus rusuhan dan kekacauan!!!
Wakil daripada 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpuas hati dengan penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh perbadanan itu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mewakili NGO tersebut berkata, keputusan ini dicapai selepas mendengar penjelasan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dalam pertemuan selama dua jam setengah bermula pada pukul 9.30 pagi di Hotel Putra di sini hari ini.
"Sebelum ini kami turut keliru dengan isu NFC, tetapi selepas mendengar taklimat dan penjelasan daripada pengerusi eksekutif NFC sendiri, kami berpuas hati dan menerima penjelasan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat tersebut.
Antara NGO yang hadir ialah Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak Kelantan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan Malaysia dan Persatuan Pemikir Profesional Malaysia.
Ibrahim berkata, mereka juga akan menerima segala keputusan yang dibuat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes itu.
Isu NFC, yang terlibat dalam projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import, menjadi isu apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lepas menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Berikutan dengan laporan Audit itu, pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana tersebut, terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang.
1. MyVo1ce, kumpulan penggiat media sosial penyokong BN menganjurkan Konvesyen Media Sosial 1Malaysia peringkat kebangsaan pada 20hb. November 2011 lalu. Sambutan hangat diberikan oleh pengamal media sosial negara. Kehadiran pada konvesyen berkenaan menceceh 2000 orang. DS Najib berbangga dapat sertai program berkenaan yang menunjukkan sokongan rakyat kepada BN dan Kerajaan.
2. Pakatan Rakyat tidak ketinggalan untuk memenangi hati rakyat dan pengamal media sosial. Justeru, mereka juga mengadakan Konvesyen Media Sosial yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program sehari itu diadakan di Strait Quay Marina, Tanjong Tokong. Pakatan habis-habisan menurunkan pendekar-pendekar siber mereka; 'Tukang Tiup', 'Milo Sejuk', 'Topeng Berak', 'SuckKontol', namun kehadirannya hanya lebih 50 orang sahaja.
3. Pusingan ke-2 perang siber, nampaknya Pakatan Pembangkang tewas dan dimalukan oleh rakyat.
4. MyVo1ce akan mengadakan Konvesyen Media Sosial 1Malaysia Negeri Pahang dalam waktu terdekat. Sasaran adalah sebanyak 800 orang peserta. Selepas itu nanti, Negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan negeri-negeri lain juga akan mengadakan konvesyen yang serupa sebagai bukti sokongan rakyat pengamal medaia sosial terhadap kepimpinan DS Najib.
5. Selepas ini nanti Pakatan Pembangkang mungkin akan adakan program serupa untuk buktikan mereka disokong oleh rakyat dan kita pasti bahawa sokongan rakyat terhadap mereka sudah semakin terhakis. Pasti mereka akan kecewa dan termalu nanti.
6. Ranking blogger Malaysia, blogger penyokong BN masih menguasai dan berada di peringkat teratas dengan blogger Papa Gomo diatas takhta. Blogger pembangkang semakin disingkirkan dari carta. Inilah hakikatnya dimasa sokongan sudah berpindah arah.
7. Jika momentum ini dapat dikekalkan kita pasti PRU13 nanti keputusan akan memihak kepada BN dan UMNO. Imej Pas dan PKR semakin tercalar biarpun pemimpin mereka ada 'Nabi' dan 'Imam Mahadi' anu-gerah Tuhan, namun Allah lebih mengetahui dan berkuasa.
8. PRU13, Pas akan dimalukan, DAP akan dimalukan dan PKR parti kemaluan juga akan dimalukan dan ditolak oleh rakyat. Anu arr Ibrahim sudah tidak lagi releven sebagai calon pemimpin ke Putrajaya. Selamat jalan Anu arr.
Kali ni Mc nak cerita kisah ada seorang Pengarah Kerajaan di Pulau Langkawi. Walaupun cerita ini kes terpencil, tetapi ia melibatkan banyak keluarga dan ia perlu diberi perhatian. Sebenarnya dah lama tuan pun badan minta tolong Mc siarkan. Namun kali ni Mc tunaikanlah..
Beliau telah berkhdmat sebagai pegawai atasan sebuah kompleks Kerajaan sudah hampir 4 tahun. Dalam 4 tahun inilah kebanyakkan kakitangan mengadu yang beliau telah banyak kali menyalahgunakan kuasanya. Terbaru beliau telah cuba melambat-lambatkan arahan pertukarannya ke daerah lain.
Sebenarnya, kebanyakkan kakitangan yang bekerja dibawahnya berasa gembira dengan pertukarannya. Siap ada yang 'offer' hendak buat kenduri. Tetapi sayangnya, beliau ini seorang yang jenis tidak tahu malu, zalim dan menyalahguna kuasanya demi hendak berkuasa di Komplek Kerajaan tersebut.
Pegawai macam ni yang orang panggil syok sendiri, zalim tak kena tempat.
Kat bawah ni senarai perangai buruk Beliau :
1) Tender-tender kompleks diserahkan kepada kroninya sahaja. Sepanjang kariernya sebagai pengarah, tender-tender yang berjumlah bawah RM2,000 semuanya hanya diserahkan kepada pengampu-pengampu beliau. Memang notis tender dikeluarkan tetapi sudah pastinya tahu siapa yang akan dapat tender tersebut. Bukankah tertera didalam Pekeliling jabatan Kerajaan yang kakitangan jabatan tidak layak memohon tender jabatan yang sama? Tarak baca Pekeliling ka?
2) Cubaan meletakkan kesalahan ke atas bahu kakitangan. Sikap beliau yang menafikan kesalahan yang berpunca dari dirinya sendiri adalah amat dipuji. Baru-baru ini ada kakitangannya telah mengadu kepada Mc yang mereka telah dijadikan 'kambing hitam' di atas kesalahan kehilangan wang di jabatan tersebut. Mc juga dimaklumkan yang tahap keselamatan peti besi itu amatlah rendah sehinggakan ditegur oleh pihak audit. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepadanya tetapi tiada tindakan diambil. Akhirnya kehilangan wang tersebut diletakkan di atas bahu kakitangannya. Adilkah itu?
3) Pengesahan jawatan kakitangan dibekukan. Jika beliau tidak suka dengan kakitangan tersebut, beliau akan tangguh pengesahan jawatan staff yang beliau tak suka tu. Padahal kakitangan tersebut sudah sepatutnya disahkan kerana telah lulus semua tapisan JPA. Alasannya...tiada alasan..
4) Pertukaran kakitangan tidak dibenarkan. Di atas alasan yang tidak munasabah, beliau sanggup menahan seorang kakitangan daripada bertukar meskipun kakitangan itu sudah berkhidmat selama 5 tahun lebih. Bagilah alasan apapun hatta kecemasan. Jika tidak pandai mengampunya, lambat lagilah pertukaran tersebut.
5) Berniat untuk membuang kakitangannya sendiri. Ini salah satu penyalahgunaan kuasa beliau, dimana beliau berniat hendak membuang salah seorang kakitangan. Kakitangan itu dahulunya telah didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah tetapi telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Pada mulanya beliau menyekat emolumen, namun selepas diuji air kencing dan staff terbabit tak bersalah, beliau sekarang tetap mahu membuang kakitangan tersebut atas alasan memalukan jabatan. Logikkah alasan tersebut?
Setelah di selidiki, beliau ni sebenarnya salah seorang ahli tegar Pas. Patut la buruk benor kelakuannya, dah memang resam Pas akan memusnahkan segala pentadbiran, tak kiralah negeri atau syarikat. Hinggakan jaga persatuan bola sepak pun Pas lingkup, macam mana nak harap jaga negara?
Dah tau orang tu tak layak memerintah, buat apa nak pilih lagi?
McTheory: Tak payah harap apa dari Pas.. apa pun tak bolehh!
He he he.. ingat ada orang nak join la demo, rupanya kena baling dengan batu lagi ada la. Tajuk video ni kena tukar, bukan UMNO baling batu, tapi jemaah Masjid yang baling. Sebab menyampah dengan perangai buruk pendemo tu.
Semalam Mc ada posting secara ringkas mengenai sumber air di Kampung Lubuk Badak Baling Kedah. Nak baca boleh klik SINI.
Tengoklah gambar di atas. Warnanya tu dah serupa air teh dah. Teruk bebenor..kata orang N9, teruk nak mampuih kata orang Kedah. Kalau nak minum nak kena berapa kali tapis baru boleh minum.
Air tu, kalau nak basuh baju putih, kalau tak tapis dulu, baju putih jadi coklat.
Pakcik kat dalam gambar tu, berumur 73 tahun. Salah seorang penduduk di Kampung Lubuk Badak ni. Dulu dia kata, 4 tahun lepas, air tak macam tu, namun sejak ada aktiviti pembalakkan yang mengila tanpa di kawal. Air dah bertukar warna.
Itu tak teruk lagi tu, dia kata pernah dulu pernah air selut yang keluar. Kalau air selut nak buat apa? Cuba bayangkan macam mana agaknya penduduk kampung nak gunakan air untuk keperluan harian mereka?
Ini baru satu kampung Mc pergi. Ada banyak lagi cerita pelik-pelik dari hasil 'tidak bertanggung jawabnya' kerajaan negeri. Lain kali nak pilih kerajaan tu kena fikir elok-elok, fikir gunakan akal fikiran, bukan guna nafsu.
Bila dah jadi macam ni, siapa yang perlu kita salahkan?
Nak salahkan, Kerajaan Negeri Kedah, Pas? Jangan marah Pas, sebab Pas memang taktau buat kerja pun, marahkan diri sendiri. Sendiri yang pilih, dah tau orang tu bodoh, taktau buat kerja, yang dok pi pilih buat apa? Bagi yang cerdik la buat kerja.
Siapa yang mahu penjarakan Anwar? Kenapa Anwar dikatakan mahu dipenjarakan atas sebab Peguam negara membuat rayuan ke atas sodomi II? Salahkah? Takan proses pembicaraan yang memakan masa hampir 2 tahun dengan 87 hari bicara, kerana membicarakan tuntutan keadilan mangsa, kemudian mangsa merasa tidak mendapat keadilan, maka mempergunakan haknya sebagai rakyat negara ini.
Hak Saiful dan Anwar adalah sama, tiada bezanya.
Kenapa kah pihak pembangkang begitu skiptikal, bahawa apabila rayuan dibuat, maka Anwar akan didapati bersalah? jika demikian, maka ada sesuatu yang berlaku pada keputusan 9 Januari, semasa Anwar dibebaskan.
Ini lah yang perlu dicari oleh mangsa, sebab itu, mangsa dan bapanya merayu kepada pejabat Peguam Negara agar rayuan perlu dibuat.
Keputusan rayuan adalah supaya hakim yang membuat keputusan pada 9 Januari, dalam tempoh 14 hari perlu mengemukakan keputusan bertulis, asas apa kah yang digunakan untuk menolak fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.
Demi keadilan, keputusan tertulis itu perlu dikaji dan jika memang ada sesuatu yang berlaku, maka hakim2 di mahkamah rayuan akan menilainya.
Jika benarlah, Anwar bersih, apa yang perlu ditakutkan berhadapan dengan hakim2 mahkamah rayuan.
Yang jelas tiada yang mahu mempenjarakan Anwar. Anwar akan masuk penjara, jika memang dia melakukan liwat terhadap mangsa. Keadilan akan tetap muncul baik pada Anwar mahupun mangsa.
Kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja kerana didakwa pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Salleh Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
"Bila dia kena pecat, dah buat laporan polis, dah jadi kes CPT (pecah amanah), dia tak buat hati dia balas dendam. Balasannya, memang dia ada akses kepada pendrive, jadi dia jual maklumat," katanya.
Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai yang didakwa terlibat pecah amanah RM2.7 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan daging kepada pasar raya.
Jumlah itu, menurut Ibrahim lagi berjaya diperoleh kerana kutipan jualannya sehari mencecah RM150,000 dalam bentuk tunai.
Kebocoran maklumat syarikat itu sebelum ini pernah dimaklumkan dalam taklimat Salleh kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negeri Sembilan,
PERKASA bagaimanapun berkata, maklumat dalam pendrive itu tidak terperinci dan hanya memberikan gambaran sehala tentang sesuatu itu.
"Mungkin nyatakan jumlah (bayaran) saja, bayar untuk apa sekian-sekian tetapi tidak cerita apa dan untuk apa," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.
"Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi.
PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan Mohamad Salleh - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam.
Wakil Rakyat Pas untuk Shah Alam -Khalid Samad berkata, isu LBGT, murtad tidak akan mengurangi penyokong Pakatan Rakyat.
Melalui kenyataan tersebut, kini PAS sudah mengiktiraf bahawa masalah murtad, LBGT sudah menjadi fenomena dalam negara.
Bagi Parti-parti Pakatan termasuk PAS gejala seumpama itu perlu diterima sahaja, kerana fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam negara, tetapi secara global.
Di barat, perkahwinan sejenis merupakan hak asasi manusia, walaupun ianya ditentang oleh semua agama.
Atas sebab kecenderungan itu, maka pemimpin utama PKR Anwar Ibrahim mengakui, bahawa apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, maka undang-undang yang menghalang kebebasan hak ini dianggap sebagai lapuk.
Bagi parti PKR dan DAP menghalalkan LBGT atau murtad bukan merupakan isu penting, kerana parti itu bukan parti islam, akan tetapi, apabila PAS ikut sama, maka ianya meupakan perubahan total parti yang mengelar parti Islam SeMalaysia itu.
Sayang PAS yang diterajui yang menghanggap diri mereka ULAMAK, disebabkan merebut kuasa duniawi, maka prinsip akidah diketepikan.
Pada PRU, sesiapa sahaja umat melayu islam yang menyokong PAS, bererti mereka juga bersetuju dan bersengkokol dengan agenda para pemimpin mereka.
Mungkin ini yang dimaksudkan oleh PAS, masuk syurga cara PAS.
Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih 'wanita jadian'. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih 'jelita' dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen.
Kos itu termasuk melakukan pembedahan menukar alat sulit, membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.
Ia lebih murah berbanding sebelum ini sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu.
Perkara itu diakui Kis, 28, atau lebih mesra panggilan Nell dalam satu temu bual dengan wartawan Metro Ahad, baru-baru ini.
Sekali pandang, raut wajah, fizikal dan perwatakan Nell tidak ubah seperti wanita terutama di bahagian payudara apabila 'saiznya' boleh menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum Hawa.
Berasal dari ibu kota, Nell mendakwa Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan golongan sepertinya kerana memiliki kemudahan serta kepakaran melakukan pelbagai pembedahan diperlukan dari hujung jari ke rambut.
"Kalau 10 tahun lalu RM100,000 diperlukan untuk melakukan pembedahan alat sulit dan payudara, kini dengan hanya RM15,000, kedua-dua pembedahan penting itu boleh dilakukan.
"Justeru, tidak hairan kini makin sukar untuk membezakan mak nyah dengan wanita tulen kerana majoriti kami memiliki segala 'aset' mereka," katanya.
Nell berkata, selain payudara, dia menjalani beberapa pembedahan lain seperti dahi, rahang, dagu dan kening untuk kelihatan lebih cantik.
Setakat ini, katanya, dia menghabiskan hampir RM60,000 sepanjang melalui proses berkenaan dan hanya tinggal dua langkah lagi untuk melengkapkannya iaitu membuang alat sulit dan mencantikkan hidung.
"Jumlah itu tidak termasuk kos pembedahan, sebaliknya merangkumi segala aspek iaitu penjagaan, kelengkapan, aksesori seperti pakaian, alat solek, salun dan pelbagai lagi.
"Seperti wanita, saya menyediakan bajet khas RM1,000 sebulan untuk kos penjagaan diri bagi memastikan sentiasa cantik," katanya.
Dia berkata, antara ketiga-tiga negara terbabit, Thailand menjadi pilihan kerana selain memiliki ramai doktor pakar, ia turut menawarkan kos paling murah.
Katanya, untuk pembedahan membuang alat sulit, kos minimum sebanyak RM8,000 ditawarkan manakala payudara sekitar RM3,500.
"Ramai mak nyah, termasuk saya, memilih Thailand kerana kos untuk pergi ke sana juga murah dan mudah. Bagi pembedahan alat sulit, hanya bahagian batang dibuang.
"Buah zakar pula dimasukkan ke bahagian dalam. Melalui teknologi moden menggunakan kaedah 'kikis' (laser), sukar melihat kesan jahitan selepas pembedahan, sekali gus payah membezakannya dengan yang asli," katanya.
Nell berkata, perbezaan yang boleh dilihat hanya alat sulit mak nyah yang melakukan pembedahan berada atas sedikit berbanding kedudukan sebenar.
Bagaimanapun, katanya, satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah ialah alat kelamin 'baru' berkenaan tetap mengeluarkan air mani apabila mencapai klimaks.
Mengenai risiko pembedahan membuang alat kelamin, dia mengakui ada beberapa kesan sampingan yang perlu ditempuhi.
"Kesan jangka pendek ialah menjadi pelupa dan pemikiran tidak normal. Biasanya dalam tempoh beberapa bulan pertama, mereka rasa terasing daripada masyarakat luar dan berada dalam dunia sendiri.
"Perkara ini dialami semua rakan saya yang menjalani pembedahan terbabit. Bagi jangka panjang pula, masalah biasa dihadapi ialah tekanan jiwa, terutama apabila usia semakin lanjut," katanya.
Bagi memiliki payudara montok mengalahkan wanita, katanya, beberapa cara boleh dilakukan dan ia tidak semestinya melalui pembedahan.
Katanya, cara paling mudah dan tidak menyakitkan ialah melalui pengambilan pil dan suntikan hormon yang boleh didapati di kebanyakan farmasi seluruh negara.
"Pil perancang keluarga turut diambil bagi memiliki payudara sempurna. Ini menyebabkan kulit mereka menjadi halus dan cantik serta membesarkan bahagian dada," katanya.
Bagi yang mahukan kesan lebih cepat, mereka mengambil beberapa suntikan hormon.
Nell berkata, selepas mencuba pil dan suntikan, dia akhirnya nekad melakukan pembedahan pada 2009 kerana ia kaedah terbaik bagi memiliki payudara cantik seperti tulen.
"Saya menjalani pembedahan silikon dan ia juga pembedahan pertama dilakukan saya.
"Saya melakukannya di sebuah klinik di Thailand dengan bayaran RM3,500.
"Selain silikon, pembedahan lain boleh dilakukan ialah melalui pemasangan implan dan 'salt water'.
"Risiko pembedahan itu ialah perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah kerana selain boleh menyebabkan kecacatan kekal, ia membahayakan nyawa," katanya.
Anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, seperti wanita, mak nyah yang menjalani pembedahan transformasi keseluruhan tidak akan berhenti setakat itu saja dalam usaha menjadi cantik.
Nell mendakwa memiliki naluri wanita secara semula jadi sejak kecil dan merasai pengalaman pertamanya seawal usia 10 tahun.
"Saya kali pertama diliwat pada usia 10 tahun oleh seorang jiran.
"Namun ia bukan secara paksaan kerana saya memang menyukainya.
"Apapun, pengalaman pertama saya 'bermesra' dengan kaum sejenis dialami setahun sebelum itu bersama sepupu. Namun pada masa itu kami hanya 'ringan-ringan'," katanya.
Kerajaan Barisan Nasional (BN), dan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai "sangat teruk", menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Presiden MCA itu menjelaskan, Shahrizat telah "dinasihatkan dengan lemah" berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.
"Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut," kata Dr Chua (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.
Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC "mempunyai masalah", yang kemudiannya dimanipulasi pembangkang di media.
"Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.
"Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya," katanya.
Namun begitu, Dr Chua menyanggah dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak membisu berhubung isu tersebut tidak bermakna beliau mempertahankan Shahrizat atau mana-mana menteri Kabinetnya.
Beliau menegaskan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan kerajaan juga telah mengumumkan perjumpaan dengan firma perakaunan untuk mengaudit akaun National Feedlot Corporation's (NFCorp).
NFCorp diusahakan oleh suami Shahrizat dan anak-anaknya.
Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya..
"Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.
"Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu," tambahnya.
Shahrizat dilihat beroleh sokongan padu daripada perwakilan Umno ketika Mesyuarat Agung Umno baru-baru ini walaupun menerima kecaman hebat daripada masyarakat dalam pertuduhan skandal NFC.
Shahrizat juga memohon cuti selama tiga minggu daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, supaya siasatan penuh dapat dijalankan. Malahan, beliau turut memfailkan saman fitnah sejumlah RM100 juta terhadap penuduhnya dalam PKR.
Projek penternakan lembu menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Shahrizat tersebut.
Sejak itu, PKR telah membuat beberapa siri pendedahan termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.
Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.
Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.
Mereka turut menafikan tuduhan dana RM250 juta itu telah dipindahkan ke akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman tersebut dimeterai.
Tidak habis-habis perasaan busuk hati dan dengki beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir. Selepas insiden membakar poster wajah Menteri Besar di Kampung Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai dan simbah cat merah pada papan tanda dewan orang ramai Kampung Changkat Ibol, unsur sabotaj membabitkan pemimpin nombor satu negeri Perak itu kini menular pula ke bandaraya Ipoh.
Kain rentang tertera ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012 yang dipasang atas jejantas berdekatan SMK Sam Tet menjadi mangsa vandalisme di mana poster bahagian mulut DS Dr Zambry dan DS Saripah Zulkifli telah ditoreh dan dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perbuatan khianat itu menunjukkan ada pihak tidak senang duduk dengan kelantangan DS Dr Zambry bersuara khususnya membabitkan parti pembangkang PAS dan DAP. Ini ditambah dengan usaha yang tidak mengenal jemu kepimpinan DS Dr Zambry untuk membangunkan Perak. Kita boleh mengagak siapa di sebalik dalang di sebalik kejadian di atas, cumanya golongan terbabit tidak mempunyai telur untuk mengakui perbuatan dayus mereka.
Tertarik CTS dengan iklan penjualan rumah yang CTS rasa diiklankan oleh juak-juak PAS. Begitu taksub mereka dengan politik kepartian PAS sehinggakan mengiklankan kedudukan rumah berkenaan dengan Markas Tarbiah Taman Melewar dan kedudukannya berdekatan dengan Pejabat ADUN Gombak Setia sebagai satu daya tarikan. Punyalah fanatik!
CTS teringatkan kata-kata seorang tokoh PAS yang dibuang oleh PAS kerana menegakkan Islam iaitu Bekas Naib Presiden PAS Dato Dr Hassan Ali, orang yang sama seperti yang diiklankan di atas. Katanya ketika berucap pada Program Bual Bicara Mememurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, dua hari lepas, sesetengah pihak yang taksub di dalam PAS sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah Agama supaya ianya dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia. Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu akan membuatkannya terkeluar dari Agama.
Sedikit sebayak kesan itu sudah kita dapat lihat di dalam kehidupan juak-juak PAS seharian. Mereka terlalu taksub dan wala' dengan pemimpin mereka sehinggakan tidak berani bersuara. Iklan di atas walaupun nampak remeh, namun jika diteliti, ianya mengambarkan jiwa terpenjara seorang juak PAS yang mungkin menganggap kedudukan rumahnya berhampiran Markas Tarbiyah satu dorongan buat bakal pembeli mendapat syafaat untuk cepat ke syurga. Agak-agaknya selain juak PAS, ada ke yang berminat untuk membeli rumah berkenaan?
Seen at Changi International Airport a man who closely resembles Penang Chief Minister Lim Guan Eng, who boarded a flight to Italy. He flew in Singapore Airlines business class with a party which could easily pass of as a family unit. It is also said this trip and the stay at a 5 star accommodation, is being paid by a Tan Sri. Rumour has it he is in the gaming business.
Of course, this has yet to be confirmed. Sources believed to be persons known to the spitting image of the DAP Secretary General leaked the information out. KLIK DI SINI SETERUSNYA
Apa cerita ni ??? Betul ke Guan Eng pergi holiday di Itali disponsor ?? Lepas itu naik pulak Business Class Singapore Airlines yang mahal !!
Tapi beliau selalu cakap naik Economy class je ...konon nak jimat duit rakyat .. sekarang apa ni ?? Pergi pulak dengan family sampai ke Italy . Najib pergi Australia pun dah kecoh satu negara tapi apek chauvinis kaki pembelit ke Italy naik business class lagi !!!
Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.
Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.
"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.
Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.
Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.
Inilah budaya barat yang dibawa atas nama kebebasan akademik oleh budak mahasewel Adam Adli dan SMM.
Tak puas hati je buat topeng macam setan seperti ini dan hina mereka di tempat awam. Adakah ini yang Adam Adli dan geng mahasewel SMM cuba pejuangkan kepada seluruh mahasiswa dengan satu tindakan biadap seperti ini ? Dalam agama Islam pun tak diajar memakai topeng bagi menghina orang.
Apa pandangan pelancong bila tengok mahasiwa negara ini berkelakuan macam sarkas opera ini ?
Bagi GPB tindakan demo protes oleh mahasewel kepada keputusan jawatankuasa tatatertib UPSI adalah perbuatan paling bangang dan bahalol !
Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada umum untuk menafsirkan sama ada pelbagai bentuk bantuan yang diberikan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menandakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hampir.
"Itu bacaan masing-masing. Terserah kepada bapak (anda) semua, bacaan masing-masing," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Tanjung Lumpur, di sini hari ini.
Pada sidang akhbar berkenaan, Najib ditanya sama ada pemberian pelbagai bentuk bantuan sejak kebelakangan ini khususnya BR1M menandakan PRU-13 semakin hampir.
Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada 2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.
Katanya, perkembangan itu menunjukkan agenda transformasi untuk membawa negara menuju kepada sebuah negara maju diakui ramai.
''Kita telah buktikan dalam masa tiga tahun ini, begitu banyak pembaharuan yang telah kita lakukan, begitu banyak idea baru yang telah dapat kita cetuskan.
''Saya percaya ini akan banyak membantu ke arah memantapkan lagi keyakinan rakyat kepada kerajaan," jelasnya.
Menurut kaji selidik Umcedel, 43 peratus daripada 2,559 responden dari seluruh negara percaya BN akan terus berkuasa dan hanya 18 peratus berpendapat pembangkang akan mengambil alih kerajaan, manakala 39 peratus tidak pasti.
KOMEN GPB
- NAJIB SERAHKAN KEPADA RAKYAT MENAFSIR SENDIRI SEGALA MACAM BENTUK BANTUAN DARIPADA KERAJAAN SEPERTI BR1M , SARA , IHSAN SAMUDERA DI KETIKA RAMAI MENYATAKAN PRU 13 SEMAKIN HAMPIR ...
- SEMAKIN BINGUNG PUAK-PUAK PEMBANGKANG PERAH OTAK PIKIAQ UNTUK NAK FITNAH APA LAGI ...
-RAKYAT PULAK SEMAKIN SUKA APA YANG KERAJAAN BN BUAT SEKARANG INI . ITU YANG DITAKUTI ANWAR DAN DAP .... SILAP-SILAP UNDI KAUM CINA PUN BOLEH SWING ..
- CUMA ISU SPBA SAHAJA YANG BELUM SETTLE LAGI ......YANG LAIN-LAIN ISU NAMPAK DAH COOL DOWN SIKIT ... ...
- NAK TAHU BILA PRU 13, KENA RAJIN LA TENGOK ISU-ISU SEMASA & MOOD RAKYAT TAPI SEBENARNYA NAJIB DAH BERI HINT NYA PUN HARI INI !!
Beberapa blog mesra kerajaan klik sini & sini , sudah mengemukakan persepsi bahawa keberadaan YB Nasharuddin Mat Isa di dalam beberapa program rasmi kerajaan persekutuan menimbulkan banyak tanda tanya kepada PAS .Adakah YB mereka ini sedang mengorak langkah dalam mengukuh kedudukan untuk meletakkan PAS kembali di meja rundingan kerajaan perpaduan??
Walaupun,YB Nasharuddin sudah tidak lagi berada dibarisan hadapan kerusi kepimpinan PAS pusat,usaha ke arah perpaduan ini tidak pernah melemahkan semangat beliau untuk terus menyatukan umat melayu islam yang kini berpecah belah akibat berbeza parti.Bak kata pepatah,"patah sayap bertongkat dagu",itu jiwa sebenar perjuangan.
Hj Hadi - Ustaz Nasharudin hadir program kerajaan BN
Sebelum ini,beliau merupakan diantara jurutera terpenting dalam mempelopori kembali siasah perpaduan diantara PAS dan UMNO yang pernah diukir oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan Dr. Asri ketika dulu.Namun ,akibat perasaan hasad dan benci yang sudah ditanam di dalam benak orang-orang PAS oleh Nik Aziz untuk membuang terus UMNO,usaha ini hanya tinggal angan-angan ketika itu.
Semasa pemecatan Dr. Hassan Ali, Nasharuddin antara yang terkehadapan dalam membela Dr. Hassan Ali yang dipecat akibat gangguan parasit-parasit di dalam PAS.Beliau begitu menyokong dan memuji usaha Dr. Hassan Ali dalam memperjuangkan nasib Melayu ,Islam dan Raja-raja Melayu. Mereka berdua memang dilihat sebagai jambatan terpenting dalam membawa kembali PAS untuk meneruskan agenda perpaduan demi umat melayu dan islam.
Melihat daripada kehadiran YB Nasharuddin di Persidangan Global Movement Of Moderates yang duduk mesra bersidang bersama DS Hishamuddin sudah menggambarkan seribu satu maksud dan isyarat buat PAS memikirkan sesuatu terutamanya golongan parasit yang berselindung disebalik Nik Aziz.Tetapi ,Apakah YB Nasharuddin tidak gentar walaupun dipecat??Ini kata beliau"...Saya akur dengan Tariqud Dakwah yang saya lalui ketika ini yang lebih awal disusuri oleh para anbiya...".
Semua ini kekuasaan Allah,gerakan united goverment ini semakin lancar walaupun YB Nasharuddin di luar kepimpinan PAS(Bukan lagi Timbalan Presiden PAS).
Dia tunjukkan jalan kepada Dr. Hassan Ali ,Dia berikan kekuatan kepada YB Nasharuddin untuk teruskan usaha murni ini."Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin",parasit PAS tidak mampu lagi melawan takdir qada dan qadar Allah ,usaha itu dilihat ada namun tetap perlu kepada pembuat keputusan dalam PAS yakni kepimpinan PAS sendiri.Nilai-nilai kan lah sendiri... KERIS PUSAKA
Dulu semasa panas kes tanah Tan Hak Ju , si lidah biawak Guan Eng bukan main lagi menghentam kerajaan BN terutama Dr Teng Hock Nan sehingga digelarkan profesional putar belit & pakar silap mata. Bukan main gah lagi menuduh bahawa BN adalah punca kerajaan negeri rugi RM 40 juta di sidang medianya dan ceramah .
Semalam apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata bahawa Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 11 Januari lalu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar kerajaan membayar pampasan sebanyak RM40 juta kepada Hak Ju.Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu.
Jadi , di mana RM 40 juta yang didakwa skandal yang merugikan rakyat P.Pinang ? Siapa sebenarnya yang berbohong kepada rakyat dalam isu ini ??
Chegubard atau lebih dikenali Bardtuya semalam telah menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi.
Lebih gempak lagi manusia pembelit ini kata serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan kononnya bersifat rasis! Jelas satu permainan rasis dimainkan beliau untuk lagakan orang Melayu dan India .
Benarkan tuduhan Chegubard ini ??? Kalau benar geng -geng UMNO terlibat di mana buktinya ? Ada ke yang pakai baju UMNO ??
Mungkinkah Chegubard sengaja cipta provokasi sebab ceramahnya pun kerusi lebih banyak dari orang ..hahaha...
GPB cukup tertarik kreativiti iklan video MCA sempena Tahun Baru Cina 2012 ini . Budak lelaki berbaju merah itu digambarkan seperti parti DAP yang hanya pandai bercakap tetapi bila diminta buat kerja , terus melarikan diri . Tidak seperti budak lelaki berbaju putih yang menyokong MCA ini seorang rajin membuat kerja .
Hari ini pun yang banyak berjasa kepada masyarakat Cina adalah MCA yang juga komponen parti dalam BN yang sudah lebih 54 tahun memerintah negara ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan