Sabtu, 17 Disember 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 17 Dec 2011 03:49 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.

Merujuk acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara.

Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung.

Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach.

Apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak.

Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam.

Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?

Ianya juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.

Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini.

Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan.

Bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini.

wwwaizatlegendz

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 17 Dec 2011 03:36 PM PST

Saya Ahmad bin Kasim, kini Ahli Parlimen bagi Kawasan Kuala Kedah mewakili Parti Keadilan Rayat (Keadilan) mula mengenali DSAI sejak zaman menuntut di UPM sekitar tahun 80an. Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan ABIM, maka nama DSAI telah menjadi sinonim dengan gerakan ini. Seingat saya tidak pernah terlepas kami membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI samada dalam usrah, tamrin atau perbincangan tertutup mahupun terbuka. Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model "political experiment" dalam kerajaan pada ketika itu.

Kadang-kadang serangan dari sahabat-sahabat Islam (khususnya PAS) ketika DSAI dalam kerajaan, menjadikan tekanan minda yang sangat sukar untuk dipertahankan segala pendirian atau tindakan beliau semasa dalam kerajaan. Biasanya orang-orang ABIM yang menjadi 'punching beg' oleh sahabat PAS. Namum kami cuba mencari jawapan-jawapan yang 'significant' atau nas-nas yang ada untuk mempertahankan beliau. Ada kalanya amat memenatkan, namun terus bersangka baik, dengan harapan ijtihad yang beliau buat menyertai kerajaan adalah betul.

Beberapa bulan sebelum peristiwa hitam September 98, ketika belum ada pokok yang bergoyang dari tiupan angin yang belum nampak dari arah mana datangnya. Saya menerima panggilan dari pimpinan kanan ABIM pusat supaya bersiap siaga kerana DSAI akan di tangkap di bawah ISA. Saya binggung, amat binggung, kusut pemikiran, kaku pergerakan, mana mungkin seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri akan di tangkap di bawah ISA. Saya diminta untuk memaklumkan pada Dato' Ust Fadzil Noor (Presiden PAS) yang berada di Alor Setar dan pimpinan kanan ABIM Kedah. Ini arahan ABIM Pusat, suara itu mengarahkan saya. Demikian watak ABIM dalam isu berkaitan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim.

Tanpa melengah masa, saya yang dalam perjalanan satu urusan membuat pusingan U, untuk bertemu dengan Ust Nia'mat Yusof bersama dengan seorang rakan pimpinan ABIM. Hanya air mata sahaja yang membasai pipi Ust Niamat selepas kami menyampaikan maklumat tersebut. Kunjungan ke rumah Ust Fadzil Noor tidak berhasil kerana ia berada di Kuala Lumpur. Plan tindakan seterusnya adalah menunggu ketibaan Ust Fadzil Noor di Lapangan Terbang Kepala Batas. Saya yang menjadi pemandu dan Ust Niamat Yusof dan Ust Fadzil Noor menjadi penumbang mulia saya pada malam itu. Perbincangan hanya dalam kereta, arahan Ust Fadzil Noor saya akur, hampir sejam saya hanya memutar-mutar kereta saya sekitar Bandar Alor Setar, sambil membincangkan maklumat yang di terima siang tadi. Saya nampak Ust Fadzil membisu terlalu lama, saya tidak tahu samada itu 'stye' dia, atau dia memikirkan sesuatu untuk memberikan reaksi pada kami berdua. Saya tak berani menyampok walau sepatah, apatah lagi kedua-dua mereka adalah guru yang sering membimbing saya secara langsung.

Akhrnya dia bersuara " Mat kita kena siap sedia, Dr Mahathir pasti akan menangkap Anwar", kenyataan itu menyebabkan sendi lutut saya semakin longgar. Saya mengharapkan jawapan yang positif dari Ust Fadzil supaya boleh melegakan perasaan saya namun beliau memberikan jawapan sejujurnya. Perbincangan kami sekitar watak Dr Mahathir dan watak Anwar. Pesan Ust Fadzil pada kami berdua, kita mesti pertahankan Anwar dengan apa cara sekali pun. Selepas itu saya hanya mendengar perbincangan tertutup di buat banyak kali dengan Ust Fadzil dan Anwar dihadiri ramai kenalan ABIM pusat.

Segala-galanya berubah, menjelang 1998, saat gemilang nama beliau yang gah dipersada dunia, menjadi Menteri Kewangan terbaik buat Malaysia diakui seantaro dunia , kemahuan untuk melakukan islah (perubahan) dalam pentadbiran kerajaan, pelbagai dasar-dasar yang pro Islam khususnya dalam sistem perbankkan, dan dasar serta program yang mesra rakyat, selangkah menuju puncak kuasa, namun ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Dia dipecat dari jawatan dan disingkirkan dari tampok kuasa dan parti secara sadis dan amat memilukan.

Kami menjadikan rangkaian ABIM untuk meneruskan perjuangan yang dirintis oleh DSAI. Hajat DSAI untuk mengempur kubu kuat Dr Mahathir di Kedah disampaikan melalui Sdr Saufudin Nasution kepada saya untuk mencari tempat samada di Baling atau Kubang Pasu. Selepas berkubu lama di rumah beliau di Damansara Utama. tidak ada siapa yang berani memberikan tempat pada Anwar pada ketika itu. Namun saya tekad DSAI mesti dibawa ke Kedah. Hanya Pondok Ust Niamat di Derang, Pokok Sena yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang berani menawarkan premis buat beliau. Keputusan itu saya buat sendiri tanpa merujuk kepada Ust Niamat, kerana saya tahu Ust Niamat pasti akan setuju. Belum pernah saya mengendalikan majlis yang sebesar itu dalam sejarah umur saya. Kehadiran mencecah puluhan ribu orang dalam tempat yang sangat terhad.

Istiqamah memperjuangkan nasib DSAI oleh Ust Fadzil Noor pada saya amat luar biasa, walaupun pada saat awal beliau di kecam oleh pimpinan PAS di banyak peringkat, namun jawapan politik Ust Fadzil menyebabkan pandangan negatif pada Anwar Ibrahim berjaya di redakan, pada ketika itu. Saya tumpang bersyarah atas kapasiti sebagai Yang Dipertua ABIM Kedah , jawatan rasmi pada masa itu di pentas-pentas parti politik. Sifat ABIM yang 'non-partisan' sukar dibezakan bila bersyarah mengenai nasib rakyat dan apa yang menimpa DSAI.

Semasa DSAI dalam penjara, pelbagai versi yang kami terima, sumber-sumber dalaman dan luaran menyebabkan perjuangan kini semakin manis. Penjara bukan segala-galanya. DSAI mengajar kita untuk berjuang walau dari dalam tembok besi. Semasa beliau dalam penjara, sempat saya menghadiahkan sebuah buku yang telah saya khatam bacaannya ' Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyyun' oleh Sheikh Said Hawwa. Sebuah buku dari syarah kitab Hikam (Sheikh Ibnu Atil'llah As-Sakandari) yang saya tekuni membaca dan merasai kelazatan ilmunya. Saya hanya mampu menghantar pada DSAI yang berada di dalam penjara Sg. Buluh pada ketika itu dengan sedikit surat kiriman dari seorang adik kepada abangnya yang sedang menghadapi kesulitan di penjara. Hanya tawakal kepada Allah moga buku itu dapat sampai ketangan beliau.

Menghadiahkan buku itu adalah nazar saya, apabila saya habis membaca maka saya akan menghadiahkan kitab tersebut padanya. Alhamdulilllah, walaupun beliau tak mengenali saya dengan dekat, namun hajat dan hasrat saya termakbul juga akhirnya. Beliau membalas surat saya dengan mengungkapkan cacatan perjuangan bersama-sama rakan-rakan ABIM Kedah. Nama-nama Ust Niamat, Sheikh Azmi, Cikgu Ibrahim, Ust Azizan Hamid diungkapkan dengan sorotan perjuangan mesti diteruskan walau dimana kita ditempatkan.

Reformasi politik yang diketengahkan oleh Anwar sebelum beliau terhumban dalam penjara, digenggam kemas. Pilhanraya 1999 adalah cacatan manis apabila Ust Fadzil Noor Berjaya di bawa ke Parlimen sekaligus menjadi Ketua Pembangkang. Ramai pimpinan ABIM yang dihantar untuk bertanding atas tiket PAS termasuk Ust Nia'mat Yusof yang bertanding di DUN Tanjung Seri. Dato Sheikh Azmi Hj Ahmad bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu. Saya terlibat secara langsung dalam rundingan , mencadangkan nama-nama ABIM bersama pimpinan ABIM Pusat di rumah Ust Fadzil Noor.

Ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional, oleh kerana Dato' Sheikh Azmi menjadi pimpinan kanan di pusat dan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kedah , selepas meletakkan jawatan 24 jam dari jawatan Ketua Hakim Syare' Malaysia, kerana tidak setuju dengan pentadbiran Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim. Saya menjadi 'budak suruhan' Sheikh Azmi. Beberapa penubuhan Bahagian Keadilan di Kedah , saya terlibat dengan aktif dan agresifnya. Meminta rakan-rakan ABIM memegang jawatan atau menganggotai Jawatankuasa penaja, atau menjadi ahli parti. Saya sendiri menjadi ahli di Bahagian Langkawi.

Tahun 2008, ketika DSAI akan memimpin pilihanraya yang beliau tidak boleh bertanding, beberapa nama sahabat, dan pimpinan ABIM di ketengahkan. Saya turut di pinang pada ketika itu, Namun jawatan saya dalam pertubuhan menyebabkan keputusan perlu dirujuk pada Majlis Syura Negeri. Walaupun telah ada rundingan yang telah berlaku dengan DSAI untuk bertanding pada ketika itu. Namun keputusan Majlis Syura Negeri menolak cadangan saya. Saya terpaksa membuat rayuan pada Pimpinan Pusat yang lebih atas (Macam mahkamah rayuan pula), Alhamdulillah permohonan saya diterima, Pimpinan pusat merestui hasrat saya dan akan memaklumkan pada pimpinan Kedah untuk membantu saya sedaya mungkin.

Kini setelah bergelar ahli parlimen dan ahli majlis pimpinan pusat parti, saya berkesempatan mendampingi DSAI secara lebih dekat. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada beliau. Jauh pemikiran beliau dalam semua bab termasuk agama, politik, pentadbiran, kewangan, falsafah, siasah syare'yah, hubungan antarabangsa, bahasa, komunikasi, kebudayaan dan lain-lain. Menjadikan saya insan kerdil disisinya. Apa yang saya milik hanyalah kudrat tulang empat kerat bagi membantu beliau sedaya mungkin. Kita masih berhutang pada Anwar Ibrahim, demikian kata-kata Dato' Dr Siddiq Fadhil pada satu majis anjuran ABIM. Pada saya menjadi ahli parlimen pun belum terbayar hutangnya yang telah mengagaskan perjuangan dan fikrah murni Islam yang sedang kita nikmati ini.

Berhadapan dengan kes fitnah liwat siri I dan II, serta fitnah jahat video sex, sedikitpun tidak menggugat kepercayaan, penghormatan saya pada DSAI. Saya amat yakin berdasarkan tarbiyyah dalam perjuangan ABIM yang di asaskan oleh beliau bersama rakan-rakan pimpinan, bahawa hakikat perjuangan mesti menempuh mehnah, ujian dan cubaan. Kitab Ust Mustaffa Mashyur mengenai 'Tribulasi Perjuangan' yang dijadikan teks usrah dahulu masih relevan kini. Allah swt akan menempatkan kita pada posisi yang sesuai dengan tahap keimanan kita kepada Allah swt. Prinsip agama yang saya pegang menolak bulat-bulat fitnah jahat pada beliau.

Pada Allah juga saya berserah, padaNya juga saya mohon kekuatan, ketabahan, kesabaran untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku pada 9 Januari 2012 nanti. Di hadapan kita ada bahtera negara Malaysia yang perlu dikemudi dengan keperibadian unggul, pemikiran tinggi, akhlaq yang terpuji, kegigihan usaha, keyakinan diri dan memiliki integriti serta sejumlah ciri-ciri kepimpinan yang tiada tolok bandingnya untuk membawa Malaysia kemercu kejayaan. Siapa lagi yang perlu kita sokong dan kita tolong, kalau bukan insan itu bernama Anwar bin Ibrahim.

Catatan sanubari :

Ahmad bin Kasim,
(Ahli Parlimen Kuala Kedah).

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Pengikut