Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
Ke mana wakil Sabah dalam Skuad Harimau Muda? Posted: 13 Dec 2011 06:01 PM PST PENSIANGAN, 13 Dis: PAS Sabah hari ini membangkitkanpersoalan mengenai ketiadaan pemain Sabah dalam skuad bola sepak negara,'Harimau Malaya' dan 'Harimau Muda'. KetuaPenerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman dalam kenyataan yang dikeluarkankepada Unit Media PAS Sabah melahirkan dukacita kepada pemain bola sepaktempatan Sabah yang tidak mendapat tempat bukan sahaja mewakili negeri malahnegara secara keseluruhannya. "Kami,diperingkat PAS Sabah melahirkan dukacita dengan perkembangan ini. "Bukanatas faktor layak atau tidak, tapi apa yang diusahakan barisan Menteri SukanSabah dan Ahli Parlimen Sabah untuk melihat situasi ini, dan jangan memandangianya suatu yang bersifat rasis," katanya. Beliauturut mempersoal kelibat wakil rakyat Sabah terutama ahli Parlimen dan MenteriSukan Sabah yang 'kurang berminat' dengan bola sepak dan lebih kepada isunasional yang lain. "Inihak anak Sabah yang perlu dipertimbangkan, sama ada baik mahupun sebaliknya. "Usahake arah ini perlu ada… bukan kita mahu mendabik dada kita ada pasukan danpemain terbaik. Tapi, perkembangan ini merupakan sesuatu yang tidak sihatberlaku. Tiada salah sekiranya gabungan antara negeri-negeri di Malaysia initermasuk Sabah membentuk pasukan kebangsaan muda negara," ujarnya. Katanyalagi, anak muda Sabah yang mempunyai potensi dan bakat dalam bola sepak tidakmempunyai jalan untuk mengetengahkan bakatnya untuk ditonjol dan diasahperingkat negeri. "Adadi kampung-kampung, mereka ini boleh pergi jauh. Tapi jauh ke arah mana… kitasendiri tidak tahu. Apawakil rakyat Sabah melihat ini satu cabaran atau satu peluang?" katanya. PASkatanya, bersama Pakatan Rakyat akan memberikan suntikan baru bukan sahajakepada anak muda Sabah mengetengahkan bakat dalam dunia bola sepak, malah akanmemberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik berbanding UMNO dan BarisanNasional yang ada pada hari ini. "Kitatidak mahu lihat lagi, Sabah berada seolah-olah dianaktirikan oleh kerajaanyang sedia ada," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan