Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Bantah 'Kempen Bebas Anwar 901' tidak berasas
- Mashitah cuba mengampu jadi calon?
- Sepak Takraw Piala TMB : Machang Kandas Di Separuh Akhir
- Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah
- Pimpinan PKR edar risalah liwat II dibebas polis
- 6 program alternatif sambut tahun baru 2012
- PIALA TOK GURU : Machang Bergelar Naib Johan 2011
- Pemuda sanjung kepercayaan Pakatan kepada PAS
- Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno
- Ayuh Aspirasi bergabung, jangan jadi orang suruhan
Bantah 'Kempen Bebas Anwar 901' tidak berasas Posted: 31 Dec 2011 05:33 AM PST KUALA LUMPUR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis bagi membantah 'Kempen Bebas Anwar 901' dan menyifatkannya sebagai tidak berasas. Beliau yang dihubungi Harakahdaily menjelaskan penangkapan yang berlaku di Kelantan semalam ekoran mengedarkan risalah berkaitan dengan kempen tersebut juga menunjukkan kerajaan serta pihak polis tidak pernah berlaku adil serta bertindak di luar prinsip demokrasi. "Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidak adilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen," jelasnya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesabaran rakyat dalam campur tangan kerajaan dalam soal perundangan terutamanya kes Anwar sebenarnya sudah berada pada tahap yang tidak boleh dibendung lagi. Malah beliau memberitahu, jika sesuatu perkara yang dituntut terutama prinsip perbicaraan yang adil di mahkamah tidak diatasi dengan sewajarnya, maka tindakan itulah cara terbaik yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat kerajaan akan membuka mata bahawa kerajaan perlu akur dengan tuntutan rakyat. "Rakyat sudah mula muak dengan permainan yang dilakukan oleh kerajaan terutama dalam isu fitnah Anwar, cara terbaik adalah melakukan kempen agar kerajaan membuka mata dan dengar hasrat mereka. "Kerajaan harus memberi ruang kepada rakyat untuk menyatakan hasrat mereka bukannya menghalang kebebasan bersuara mereka, malah menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kempen tersebut juga satu yang tidak sewajarnya. "Pihak Polis boleh memantau tetapi tidak menggunakan kekerasan dan kita juga tidak mahu perkara yang sebaliknya berlaku jika polis bertindak diluar batasan kemanusiaan," jelasnya lagi. Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan kempen tersebut sebagai menghina keputusan mahkamah, beliau mempersoalkan di mana tindakan tersebut dilihat menghina mahkamah. "Kuasa keputusan adalah hak mahkamah, apa yang dilakukan adalah sebagai kempen bebas Anwar bukan memcaci keputusan yang dibuat oleh mahkamah. "Kempen desakan perlu dilakukan dan ia sebagai isyarat bahawa kita mahukan pengadilan mahkamah kali ini berlaku dengan adil tanpa campur tangan pihak tertentu," katanya lagi. Tambahnya lagi, secara simboliknya kempen itu bertujuan agar mahkamah yang akan memutuskan keputusan pada 9 Januari nanti dilakukan atas keadilan yang telus bukan dorongan mahupun desakan oleh pihak tertentu. Sebelum itu sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'. Laporan dibuat oleh Umno dan beberapa parti komponen Barisan Nasional dan juga Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat. |
Mashitah cuba mengampu jadi calon? Posted: 31 Dec 2011 05:33 AM PST KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian semalam sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya. Sambil membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu "paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih". "Tulisan Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat. "Tidak pernah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan ucapan yang mengkafirkan orang-orang Umno melainkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang telah menjaja isu 'takfir' ini setiapkali musim pilihanraya," ujarnya merujuk tulisan Mashitah itu. Hasbullah menjelaskan, ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanyalah menjelaskan tentang batas-batas Iman dan kufur tetapi telah diselewengkan fakta oleh Umno menjadi isu kafir mengkafir. Selain membidas presiden PAS dengan isu kafir mengkafir, Mashitah juga didakwa turut menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu tragedi Bukit Kepong yang hangat diperkatakan sebelum ini. "DPPNS merasakan tiada silapnya kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong malah ianya telah membuktikan berlakunya penyelewengan fakta di dalam sejarah Malaysia oleh Umno," tegasnya. Malah, ujarnya sehingga kini kenyataan dan ucapan pemimpin PAS adalah berdasarkan fakta dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta sangkaan jahat kepada pihak lain. Keadaan sama katanya tidak berlaku kepada pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat hanya melempar tuduhan dan fitnah berdasarkan emosi dan bukan fakta. Sambil menasihatkan Mashitah agar melihat kemungkaran pemimpin Umno, Hasbullah berkata tulisan timbalan menteri itu sepatutnya ditujukan kepada pimpinan parti yang dianggotainya itu. "Tutur kata pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas menghina hukum hudud dan sunnah Nabi Muhammad sepatutnya diberi lebih perhatian oleh Al fadhilah Ustazah Dr. Mashitah daripada menghentam pemimpin pembangkang secara membuta tuli semata-mata kerana ingin mengampu dan membodek untuk menjadi calon pilihanraya. "DPPNS menasihatkan Dr. Mashitah supaya jujur di dalam memberikan pandangan dan tulisan berdasarkan ilmu Islam yang sebenar dan bukan menjadi 'syaitan bisu' yang hanya pandai mengampu, membodek dan membiarkan pemimpin mereka melanggar hukum Allah Taala serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini," katanya. |
Sepak Takraw Piala TMB : Machang Kandas Di Separuh Akhir Posted: 31 Dec 2011 05:32 AM PST |
Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah Posted: 31 Dec 2011 05:25 AM PST KUALA LUMPUR, 31 Dis: Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. "Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya. Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman". "Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut. "Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong. "Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya. Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan. "Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar. Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. |
Pimpinan PKR edar risalah liwat II dibebas polis Posted: 31 Dec 2011 05:24 AM PST KUALA KRAI, 31 Dis: Ketua AMK negeri, Mohd Azihan Che Seman yang ditahan bersama tiga lagi di sekatan jalan raya di sini petang semalam kerana memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan liwat II dibebas polis sebentar tadi. Mereka ditahan ketika dalam konvoi penerangan AMK yang bermula di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV sedang dalam perjalanan menuju ke Gua Musang. Satu kumpulan lagi dikepalai Ketua Penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh pula ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar kira-kira jam 3 petang semalam. Mereka juga dibebaskan hari ini selepas dijamin pimpinan PKR cabang dan negeri setelah usaha membebaskan mereka dilakukan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Amran Abdul Ghani sejak petang semalam. Setiausaha AMK Negeri, Tarmizi Mohd Yusof berkata, Mohd Azihan dan tiga lagi anggota AMK iaitu Abu Bakar, Sukari dan Awang dibebaskan selepas dijamin beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. Menurutnya, dua kumpulan tersebut melalui jalan berasingan menuju ke arah Gua Musang dalam gerak kempen bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkembangan semasa yang berlaku sekarang. "Ketika itu mereka sedang mengedar risalah berkaitan isu liwat II membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu poster ceramah PKR di Machang 5 Januari ini," katanya di sini. Kata beliau tujuh anggota PKR yang ditahan di Tanah Merah dan empat di Kuala Krai dibawa ke ibu pejabat polis jajahan terbabit untuk disoal siasat mengikut seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak. Tarmizi juga berkata, kesemua risalah yang dibawa mereka diterbitkan ibu pejabat parti itu dirampas pihak polis. |
6 program alternatif sambut tahun baru 2012 Posted: 31 Dec 2011 05:24 AM PST KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia dan beberapa buah NGO Islam telah menyediakan enam program alternatif bagi menyambut kedatangan tahun baru 2012 malam ini. Program-program tersebut terdiri daripada Konsert Hibur Didik, Ekspedisi Dakwah Gamis, Himpunan 1,000 Jiwa Satu Hati, Soal Jawab Agama Antara Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak, Malam Eksperesasi Ikim.FM dan Program Indahnya Islam. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, daripada enam program tersebut, salah satunya dianjurkan sepenuhnya oleh pihaknya, manakala yang lain dianjurkan oleh NGO-NGO Islam. Menurutnya, program yang dianjurkan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dinamakan Konsert Hibur Didik yang akan diadakan di Dataran Greenwood, Gombak, Selangor, iaitu berdekatan dengan stesyen minyak Shell di Greenwood. Katanya, Konsert Hibur Didik akan menghidangkan pelbagai persembahan hiburan berunsur Islam kepada orang ramai termasuk nasyid daripada kumpulan-kumpulan nasyid, persembahan hiburan daripada beberapa orang rokers yang telah menjalani hidup secara islamik, pembacaan sajak dan puisi. "Konsert Hibur Didik akan bermula sekitar jam 9.00 malam ini sehingga awal pagi esok atau 1.00 pagi malam ini, dengan dihadiri saya sendiri dan Exco-exco Dewan Pemuda PAS Malaysia," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Program-program lain yang tidak kurang menariknya yang diadakan oleh beberapa buah NGO Islam pula, menurutnya, termasuklah Ekspedisi Dakwah Gamis, anjuran Gamis, di Masjid Jamek, Kuala Lumpur bermula awal malam ini hingga 1.00 pagi. Katanya, program Himpunan 1,000 Jiwa Satu Hati akan berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan jangka masa agak panjang bermula malam ini hingga tengah hari esok. "Satu lagi program yang menarik akan diadakan di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, Selangor, pada malam ini hingga jam 1.00 pagi yang dinamakan Soal Jawab Agama," jelasnya. Program tersebut akan melibatkan pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu dan Zizan Raja Lawak yang akan bersoal jawab mengenai pelbagai perkara termasuk yang melibatkan kehidupan muda-mudi. Malam Eksperesasi Ikim.FM pula akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, anjuran radio Ikim, bermula malam ini hingga pagi esok, manakala Program Indahnya Islam akan diadakan di Masjid As-Syakirin KLCC. Menurutnya, penganjuran program-program alternatif itu ternyata merupakan satu perkembangan baru di negara ini, khususnya bagi menyambut kedatangan tahun baru, memandangkan program-program seperti itu tidak pernah diadakan sebelum ini. "Sebaliknya yang sering kita dengar sebelum ini bagi menyambut tahun baru adalah program-program hiburan yang melalaikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab seperti konsert-konsert hiburan daripada artis-atis tertentu, pesta seks bebas, larian tanpa pakaian dan sebagainya," ujarnya kesal. Penganjuran program-program alternatif itu, katanya, pasti akan memberikan jalan keluar kepada anak-anak muda untuk memilih program terbaik kepada mereka bagi menyambut tahun baru. Beliau berharap agar anak-anak muda dapat membuat pilihan yang bijak untuk berhibur bagi menyambut tahun baru dengan adanya program-program seperti itu yang disediakan untuk mereka. "Ini juga sebenarnya selaras dengan tag line Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri, iaitu "Berhibur Tanpa Maksiat" dan diharap ia akan dimanfaatkan dengan baik oleh seluruh anak-anak muda terutama yang tinggal di Lembah Klang," tegasnya. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia pernah dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai program hiburan alternatif yang akan dianjurkan oleh pihaknya, setelah dewan tersebut sering mengadakan bantahan keras terhadap program-program maksiat yang merosakkan anak-anak muda yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. "Dengan adanya Konsert Hibur Didik yang diadakan itu khususnya, bermakna Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun menjawabnya dengan menyediakan program yang terbaik untuk pilihan anak-anak muda pada malam ini," tegasnya. Beliau juga menegaskan telah mengarahkan Dewan-Dewan Pemuda PAS negeri-negeri mengadakan tindakan yang sama di negeri masing-masing pada malam ini, dengan menganjurkan program-program hiburan yang bersesuaian dengan jiwa anak-anak muda seperti yang digariskan di dalam Islam. |
PIALA TOK GURU : Machang Bergelar Naib Johan 2011 Posted: 31 Dec 2011 05:23 AM PST |
Pemuda sanjung kepercayaan Pakatan kepada PAS Posted: 31 Dec 2011 05:17 AM PST KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan penghargaan kepada DAP yang sudi menyokong Adun PAS sekiranya Pakatan Rakyat menang di Melaka pada Pilihanraya Umum ke-13. "Bagi DPPM, ini merupakan suatu penghargaan dan semangat setiakawan yang tinggi ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. DPPM, ujarnya menganggap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, Lim Jak Wong merupakan tanda keikhlasan dan kejujuran DAP dan Pakatan Rakyat dan memimpin perubahan di negara ini. Ini, katanya bukan pula bermaksud DAP mengenepikan Parti Keadilan Rakyat sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia adalah manifestasi kebersamaan ketiga-tiga parti ini dalam mendepani kebangkitan rakyat. Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat berjaya membuktikan mereka tidak tamakkan kuasa dan jawatan malah sanggup berkompromi bagi memastikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Melaka menjadi realiti. "Kenyataan DAP juga menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat berjiwa besar dan sanggup berlapang dada antara satu sama lain," ujarnya kepada Harakahdaily. Bagi PAS pula, jelasnya sudah tentulah kenyataan itu tidak menjadikan PAS sebagai angkuh dan sombong sehingga tidak mahu menerima kehadiran rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Tegasnya, PAS sentiasa menganggap PKR dan DAP sebagai rakan komponen yang bakal menggantikan kerajaan Umno BN dalam PRU ke 13. Beliau menambah, DPPM melihat siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan datang bukan menjadi persoalan utama, yang lebih diutamakan adalah berjuang bagi memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Melaka. Menurutnya, isu siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan dibincangkan jika Pakatan Rakyat memperolehi mandat dalam PRU ke 13. Katanya, DPPM percaya, PAS Melaka akan berusaha merealisasikan harapan rakyat dan Pakatan Rakyat Melaka dengan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Melaka mampu dijelmakan dalam Pru ke 13 nanti. "Seterusnya pemimpin PAS Melaka mampu melahirkan kepemimpinan yang hebat dan mampu menggalas amanah kemenangan ini kelak. "Apa yang penting, Pakatan Rakyat menjunjung tinggi demokrasi serta berusaha menegakkan sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di negara ini dengan penuh keadilan, telus, berwibawa dan bersih," ujarnya. |
Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno Posted: 31 Dec 2011 05:16 AM PST TUMPAT, 30 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya. Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan. Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam. Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin. Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan. "Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan. Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir. "Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu 'diredakan'. "Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada," katanya. |
Ayuh Aspirasi bergabung, jangan jadi orang suruhan Posted: 31 Dec 2011 05:15 AM PST KUALA LUMPUR, 30 Dis: Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diajak berjuang untuk menghapuskan Akta niversiti dan Kolej Universiti (Auku). Demikian gesaan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor yang melihat Aspirasi akhir-akhir ini semakin lantang bersuara dengan mempamerkan diri sebagai kumpulan penyokong Umno. Baginya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin terdesak yang mana kekuatan kepada jentera Pemuda Umno sudah terhakis dengan adegan-adegan kurang matang ahli Umno. Beliau berkata, politik ludah dan politik lucah hanya semata-mata peluru mereka, ketajaman para pemuda dalam Umno sudah tumpul, mereka tidak lagi menjadi harapan Umno. Maka, katanya Aspirasi penjuru terakhir untuk menarik golongan anak muda. "Saya kira Aspirasi seolah-olah 'lembu ditarik hidungnya', sangat jelik apabila mereka menganjurkan demonstrasi untuk membantah demonstrasi. "Jika benar kalian perjuangkan keamanan dan keadilan, ayuh bersama-sama kita berjuang mansuhkan Auku, hapuskan akta-akta 'rimba', jangan jadi orang suruhan," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau juga mencabar pengerusi Aspirasi untuk mengemukakan hujah bernas berteraskan ilmu, apakah kesalahan Adam Adli kerana mereka mengecam pula himpunan membebaskan mahasiswa UPSI itu. Justeru, katanya jangan memberi hujah 'atas angin' kerana tiada dalam mana-mana peraturan mengatakan bahawa menurunkan bendera (gambar PM) dengan sengaja adalah bersalah. "Jika mahu bercakap soal adab dan akhlak, saya minta anda semua turun ke medan lapangan mahasiswa dan anak muda. Di sana masih ramai dahagakan adab dan akhlak daripada anda. "Paling penting, lihat ahli anda dahulu, apakah mereka sudah cukup beradab dan berakhlak dalam agama. "Mahasiswa bawahan sangat perlukan tunjuk ajar untuk mendayung sampan di laut, bukan doktrin Umno anda!" katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru Aspirasi supaya berubah. "Ayuh Aspirasi, sudah tiba anda berubah. Jika benarlah perjuangan anda adalah menuntut keadilan dan keamanan, bukan kerana Umno. "Saya menyeru kalian semua untuk bersama-sama Gamis, PKPIM, Kami, Dema, LMP dan sebagainya dalam satu solidariti yang kukuh, bebas daripada mana-mana anasir parti. Turun bersama menyokong kebebasan Adam Adli, bukan mengampu pihak atasan," ujarnya. Tegasnya lagi, sudah sampai masanya untuk anak muda berada dalam satu kumpulan yang kukuh, memahami tuntutan mereka terhadap negara dan menjadi golongan third force dalam menyemak dan imbang pentadbiran negara Malaysia, bukan menjadi kuda tunggangan pihak-pihak tertentu. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan