Ahad, 11 Disember 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 11 Dec 2011 04:05 AM PST

Politik Harian


Confirm Hasan Ali Digugur !

Posted: 10 Dec 2011 08:00 PM PST


Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (gambar).

Pengguguran Hasan sebagai calon Pas pada pilihan raya umum nanti sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan sejak semalam seperti MyKMU.net, brojinggo.blogspot.com dan darikakigunungjerai.blogspot.com.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu pada PRU13.

Shaari memberi alasan bahawa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Bagaimanapun, Mingguan Malaysia difahamkan pengguguran Hasan sebagai calon Pas ada kaitan dengan dakwaan yang mengatakan ADUN Gombak Setia itu menjadi duri dalam daging bagi Pas Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin Pas Selangor seperti Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Antaranya, isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran pendedahan terdapat gerakan tersusun kumpulan tertentu untuk memurtadkan orang Islam.

Selain Khalid isu itu turut kurang disenangi oleh kepimpinan negeri walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa berdasarkan siasatan JAIS terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Dalam isu tersebut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid sendiri telah memohon maaf kepada pihak gereja sebelum laporan penuh berhubung insiden itu dikeluarkan oleh pihak JAIS.

Begitu juga dengan DAP, parti itu dikatakan tidak begitu senang dengan Hasan berikutan beberapa tindakan antaranya kes rampasan arak di kedai 24 jam di Shah Alam hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara beliau dengan seorang lagi Exco Selangor, Ronnie Liu.

Akhirnya arak yang dirampas itu dikatakan dipulangkan semula kepada kedai tersebut dalam kejadian yang berlaku pada Julai 2009.

Ekoran daripada insiden itu, DAP dikatakan mula kurang menyenangi Hasan kerana pendiriannya yang begitu tegas dalam soal berkaitan memelihara kesucian agama Islam di Selangor.

Hasan juga kurang disenangi kepimpinan Pas negeri dan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat berikutan sokongannya terhadap usaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesan daripada sokongan itu pada Muktamar Tahunan Pas 2011, Jun lalu beliau digugur sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Hasan merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.

Ia ekoran komitmennya memelihara kesucian akidah umat Islam di Selangor dan contoh terbaik langkah JAIS mengadakan pemeriksaan terhadap DUMC selepas menerima laporan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di premis tersebut. -Utusan

Hasan Ali Disabotaj... Digugurkan Sebagai Calon...

Tiger Show: 7 Penari Bogel Di Tahan Di Selangor!

Posted: 10 Dec 2011 06:00 PM PST


Kepada yang berminat menonton 'Tiger Show', Khalid Ibrahim menjemput anda datang ke Selangor.. Mari-mari pilih saja yang mana anda mahu...

Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud seperti sekarang.

Ini bukti Kerajaan Selangor di bawah pemerintah Pakatan Haram sangat lemah... gagal membendung gejala tidak sihat seperti ini.

Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.

Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.

''Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,'' katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983.

Bosan Di Kudakan... Azizan Nak Serahkan Kedah Pada UMNO

Posted: 10 Dec 2011 07:00 AM PST

"Jib..Aku nak serah balik la Kedah ni kat hang...dah tak larat dahhh.."

MB Kedah Ustaz Azizan yang sering di pinggirkan oleh PAS Kedah, khabarnya mahu menyerahkan negeri itu kepada UMNO...  Betul ke story ni? Kalau betul Mahfuz Omar kena kerja keras siang, malam... kalau tak jual cendol balik la jawab nya....

Aku petik story ni dari blog dukeofumno

Aku dengar, marah sungguh puak-puak PAS Kedah apabila melihat Azizan Razak begitu akrab dan mesra dengan Najib ketika LIMA 2011 sedang berlangsung di Langkawi. Depa kata macam-macam kat MB Kedah tuuu...

Dengarnya, Azizan dikatakan bersekongkol dan rapat dengan Najib yang merupakan Presiden UMNO. Kalau ikut fatwa Khalid "gereja" di sini, Azizan boleh dikatakan "ultra-Najib"! Padahal, pada pandangan aku, puak-puak PAS ni memang tak tahu latar belakang hubungan Azizan-Najib yang sememangnya rapat dari dulu!

Sebenarnya, Azizan ni rapat dengan Najib sebab masa dia dok kat oversea dulu, dia dikhabarkan dok satu rumah dengan salah seorang adik Najib. Sebab tu la depa rapat sampai sekarang...

"Nanti sat..aku check dulu dengan Tok Bashah..Geng UMNO ready tak nak take over Kedah balik..."


Cuma, Azizan join PAS saja. Itu saja bezanya. Tapi perbezaan tu tak menjadikan mereka musuh atau putus silaturrahim, kan?

Tak macam puak-puak PAS yang dok guna fatwa haramkan kahwin dengan orang UMNO, tak boleh makan sembelihan orang UMNO, tak mau berimamkan orang UMNO, tak mau solat di masjid UMNO dan sebagainya. Tu semua belajaq dari "fatwa" Mursyidul Am dan Presiden PAS la tu...

Sebenaqnya, Azizan ni memang cool. Rakyat suka dia. Yang tak suka dia ialah Exco Kedah dan puak-puak PAS yang dok ligan projek kat negeri tu. Dia rasional dan tak jumud macam puak-puak PAS lain...

Cuma, totoknya pada PAS memang ada. Dia baran dan cepat naik hangin kat orang-orang PAS sendiri. Maklum laaa..perangai orang PAS kan buruk...lagi buruk dari orang UMNO. Sebab tu Azizan layan orang UMNO dan "bolayan" kat orang PAS di Kedah...heh!

Khabarnya, Azizan sendiri dah give-up untuk PAS terus memerintah Kedah. Buktinya,dia pernah bagitau kepada salah seorang "Datuk" di Kedah bahawa dia dah malas nak pikul tanggungjawab MB Kedah. Bukan pasal dia "pemalas", tapi pasal dia tension gila terpaksa mengadap kerenah puak-puak PAS sendiri!


"Ermmm..kalau ikut buku ni..UMNO Kedah dah ready..camana? Bila nak serah?"

"Kalah pun takpa, dah malaih (malas) dah nak layan depa (Exco dan puak-puak PAS Kedah)," kata Azizan yang di "off-record"kan.

Tak payah la tanya "Datuk" mana yang bagitau aku tu. Aku cuma boleh bagi "hint", "Datuk" tu memang agak rapat dengan Azizan dan selalu tolong settle masalah MB Kedah tu...hangpa cari la sendiri...lagi pun aku dah janji tak mau dedah identiti "Datuk" tu...

Berdasarkan statistik di sini, hangpa rasa BN boleh ambik balik Kedah tak? Heh? Nanti aku cerita pandangan aku...hahahahaaaaa...tunggu..!!!

Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Di Sini... #BR1M

Posted: 10 Dec 2011 05:00 AM PST





4Shared

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2


Kerajaan yakin peruntukan RM2.6 bilion untuk 5.2 juta ketua isi rumah yang layak memohon program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah mencukupi, sekiranya jumlah pemohon yang layak melebihi jumlah 5.2 juta, kerajaan sedia menambah peruntukan bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga.

Jumlah isi rumah yang layak itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Kerja memproses (permohonan) akan dibuat secepat mungkin secara dalam talian kerana mahukan sasaran awal mengagihkan bantuan ini dibuat pertengahan Januari 2012 mengikut jadual.

anakbukitgantang says

Posted: 11 Dec 2011 03:39 AM PST

anakbukitgantang says


Syeikh Imran Hossein discourse on economy at UIAM

Posted: 10 Dec 2011 06:53 PM PST

bumiyang

Posted: 11 Dec 2011 03:30 AM PST

bumiyang


Dapat Layanan Istimewa, Guan Eng Bakal Menyertai BN???

Posted: 10 Dec 2011 05:00 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 11 Dec 2011 01:59 AM PST

Taipingmali (tm)


USA dedahkan Anwar terima wang

Posted: 10 Dec 2011 07:07 PM PST

Sila baca Berita Minggu ms 34 tajuk Amerika Dalang pemusnah dunia--dana usd100m untuk jatuhkan kerajaan melalui NED dan IRI.

Laporan yang dipetik dari AP itu mendedahkan antara yang terima dana asing itu termasuk Anwar Ibrahim, perlu dimanfaatkan maksimum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gerhana Bulan dah nampak

Posted: 10 Dec 2011 07:52 AM PST

Bulan gerhana buat PAS

Hilang keyakinan kepada pemimpin; 80 ahli Umno masuk PAS

Posted: 10 Dec 2011 07:07 AM PST

Ini adalah laporan daripada blog PAS. Jika benar ia berlaku, Umno Terengganu kenalah jawab.

Umno Pusat perlu siasat samada laporan ini benar atau pun hanya gimik Pas sahaja.



KUALA NERUS – Lapan puluh orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung Banggol Donas Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu dekat sini semalam Jumaat, 9 Disember.

Sebahagian besar daripada jumlah tersebut iaitu kira-kira lebih 40 orang adalah bekas Pemuda dan Puteri Umno kampong tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menerima permohonan masuk PAS itu daripada bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Kuala Nerus, Salleh Embong sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan.

Salleh Embong berkata tindakan bekas ahli-ahli Umno menyertai PAS akan memberi tamparan hebat kepada Umno Kuala Nerus khususnya di Dun Teluk Pasu tersebut.

Ini kerana, katanya rakyat telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.

Menurutnya, selagi Umno-BN berkuasa penuh segala kepentingan rakyat terabai melainkan kroni-kroni tertentu dalam parti berkenaan.

"Kami cukup kecewa dengan kepimpinan Umno, wakil rakyat dan kerajaan BN Terengganu dalam menyelesaikan masalah rakyat.

"Rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan Umno-BN yang berkuasa penuh hari ini di Terengganu yang lebih mementingan kroni-kroni tertentu dalam parti (Umno)," ujarnya.

Katanya, masalah pengambilan balik tanah di Kampung Banggol Donas yang tidak selesai menjadi punca berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli Umno kepada PAS.

Menurutnya, projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut terdapat unsur salahguna kuasa.

Kata Salleh, laporan bantahan telah dibuat kepada semua pihak termasuk Perdana Menteri, Kementerian Jabatan Kerja Raya, pejabat Menteri Besar Terengganu, Suhakam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha Pas Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Felda

Posted: 10 Dec 2011 07:05 AM PST

Penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia akan menjadikan rahmat Felda yg melimpah selama ini turut dirasai oleh rakyat tebanyak dgn peratusan saham tertentu selain merupakan durian runtuh kpd pemegang saham Koperasi Permodalan Felada (KPF) yg majoritinya adalah peneroka. Tanah milik peneroka tidak akan terlibat dan segala nikmat yg diperolehi oleh peneroka selama ini akan diteruskan.

Usaha pembangkang menabur fitnah dan surat layang adalah sia2 saja krn apa yg nak dibuat adalah utk kebaikan peneroka & Felda, demikian dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan dlm satu pertemuan dgn 260 pemimpin peneroka di Melaka di sini ptg tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANEH MIANG

Posted: 11 Dec 2011 01:34 AM PST

PANEH MIANG


Apalah nasib Tentera Malaysia ni...

Posted: 10 Dec 2011 08:11 PM PST

Terkesima mendengar luahan hati para perajurit berpangkat PBT hingga Staf Sarjan daripada pelbagai Kor Perkhidmatan bermula yang paling tua, Rejimen Askar Melayu Di Raja hinggalah Kor Agama Angkatan Tentera.

Jika di amati keluhan mereka, ternyata terlalu banyak yang Kerajaan BN belum lunaskan janji terdahulu termasuk pulangan kasih sayang terhadap anggota ATM.

Apalah sangat dengan terkorbannya jurukamera Bernama yang secara automatis layak dianugerahi Pingat Keberanian Seri Paduka, iaitu Pingat Gagah Berani jika dibandingkan dengan pengorbanan anggota ATM. Lagipun ramai sudah anggota ATM yang menjadi korban dan mangsa peluru tidak bertuan dalam misi-misi PBB yang tidak pun diberi penghargaan yang setara.

Pelbagai tindakan tidak berpelajaran penghuni Mes Sarjan seperti di Kor Artileri Di Raja yang diberitakan mengenakan tol-tol sehingga RM20,000 untuk pelbagai hajat kepala Mes yang menyebabkan Sarjan-Sarjan yang baru naik pangkat terpaksa berhutang keliling pinggang. Rasuah mes berleluasa, pemaksaan wang ringgit kepada Mes makin membarah.

Ada juga Pegawai Pemerintah (Commanding Officer Kem) yang berkepala Zionis telah membebankan anggota dengan hutang-piutang. Besar sangatkah gaji seorang Sarjan? Atau besar sangatkah gaji seorang Pegawai Muda yang terpaksa bergolok bergadai untuk puaskan hati Pegawai-Pegawai Kanan dalam Kem?

Penyediaan betina jalang, arak, berjudi, masih menjadi resam jahiliyyah zaman ini di kem-kem tentera telah menjadi rahsia umum sejak sekian lama. Ini bukan aspirasi 1Malaysia tetapi aspirasi 1 Jahiliyyah Moden. Sedarlah bahawa dunia tentera Malaysia sifatnya demi Allah dan Muhammad. Inilah perlambangan pada "crest" Gagah Setia ATM.

Pak Sedaro fikir bukan perajurit bawahan yang bermasalah, tetapi yang menjadi Penyamun dan Penyagak ATM ialah para Pegawai ATM itu sendiri. Pegawai-pegawai ATM ini perlu diberikan Sekolah Ketatanegaraan Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli. Pegawai-pegawai ATM perlu diperdengar dengan wirid dan talkin yang boleh memberi kesan psikologi kepada mereka.

Daripada referendum yang boleh dikutip, 80% pegawai ATM di Kem merupakan pegawai bermasalah dan memberi masalah kepada ATM dan Raja-Raja Melayu. Cuba teropong apa yang dibuat oleh KAGAT.

Apakah Ahmad Zahid Hamidi terlena dengan perangai pegawai ATM ini?

APANAMA

Posted: 11 Dec 2011 12:08 AM PST

APANAMA


Peter Chin is SUPP President

Posted: 10 Dec 2011 11:54 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 10 Dec 2011 11:43 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAKWAT KEKAL untuk memastikan kemenangan fuckatan pada PRU akan datang.

Posted: 10 Dec 2011 10:30 PM PST



Majlis Fatwa Sahkan PRU-13 Boleh Guna Dakwat Kekal

KUALA LUMPUR,— Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat dakwat kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih sama.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.
"Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (pilihan raya umum ke-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (pilihan raya umum ke-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang," katan Abdul Shukor dipetik Berita Harian hari ini.

Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu.
Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.

Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam.

Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.

Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian.

Kadang-kadang rasa malu hendak mengaku yang bangsa Malaysia kita ini sudah mencapai taraf pemikiran kelas pertama. Apa tidaknya, hendak mengundi pun jari perlu kena calit dengan dakwat.

Apa sudah jadi dengan teknologi sistem maklumat yang semakin berkembang di seluruh dunia? Dan mengapakah kita perlu mengundi mengikut cara rakyat di negara-negara yang masih mundur? Di manakan standard kita sebenarnya?!!

Jikalau khuatirkan sangat kod program dan pangkalan data dimanipulasi, bagaimana pula dengan penyeludupan dakwat kekal oleh pihak selain SPR bagi tujuan memenangi pilihanraya?!! Dan apa jaminannya fuckatan tidak masuk ke kampung-kampung dan ulu banat untuk menanda jari pengundi BN bagi menghalang mereka daripada keluar mengundi?!!

Dan apakah mekanismenya bagi SPR untuk menentukan dakwat yang sudah ditanda pada jari pengundi adalah jenis yang sama dengan dakwat yang digunakan sekiranya pengundi tersebut bertegas mengatakan mereka masih lagi belum mengundi?!! 

Walau apapun, kami rasa isu ini sudah terlambat untuk dibincangkan lagi.   


*Siapa kata dakwat kekal boleh cegah penipuan pilihanraya??? -->> http://www.bbc.co.uk/news/world-south-asia-11358105.

Alhamdulillah! PAS sudah buka jalan kepada DAP untuk menggantikan mereka!

Posted: 10 Dec 2011 07:30 PM PST




Hasan Ali digugur
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (gambar).

Pengguguran Hasan sebagai calon Pas pada pilihan raya umum nanti sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan sejak semalam seperti MyKMU.net, brojinggo.blogspot.com dan darikakigunungjerai.blogspot.com.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu pada PRU13.

Shaari memberi alasan bahawa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Bagaimanapun, Mingguan Malaysia difahamkan pengguguran Hasan sebagai calon Pas ada kaitan dengan dakwaan yang mengatakan ADUN Gombak Setia itu menjadi duri dalam daging bagi Pas Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin Pas Selangor seperti Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Antaranya, isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran pendedahan terdapat gerakan tersusun kumpulan tertentu untuk memurtadkan orang Islam.

Selain Khalid isu itu turut kurang disenangi oleh kepimpinan negeri walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa berdasarkan siasatan JAIS terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Dalam isu tersebut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid sendiri telah memohon maaf kepada pihak gereja sebelum laporan penuh berhubung insiden itu dikeluarkan oleh pihak JAIS.

Begitu juga dengan DAP, parti itu dikatakan tidak begitu senang dengan Hasan berikutan beberapa tindakan antaranya kes rampasan arak di kedai 24 jam di Shah Alam hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara beliau dengan seorang lagi Exco Selangor, Ronnie Liu.

Akhirnya arak yang dirampas itu dikatakan dipulangkan semula kepada kedai tersebut dalam kejadian yang berlaku pada Julai 2009.

Ekoran daripada insiden itu, DAP dikatakan mula kurang menyenangi Hasan kerana pendiriannya yang begitu tegas dalam soal berkaitan memelihara kesucian agama Islam di Selangor.

Hasan juga kurang disenangi kepimpinan Pas negeri dan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat berikutan sokongannya terhadap usaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesan daripada sokongan itu pada Muktamar Tahunan Pas 2011, Jun lalu beliau digugur sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Hasan merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.
Ia ekoran komitmennya memelihara kesucian akidah umat Islam di Selangor dan contoh terbaik langkah JAIS mengadakan pemeriksaan terhadap DUMC selepas menerima laporan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di premis tersebut.

Seorang calon MB Selangor yang kini dipariahkan oleh partinya sendiri bagi memuaskan hati tuan mereka iaitu kafir harbi DAP. Inilah manifetasi terbaru layanan yang bakal diterima oleh mana-mana ahli PAS yang cuba memperjuangkan kesucian ISLAM.

Pasca PRU-12 lalu menyaksikan beliau yang ketika itu mejadi bintang utama politik pembangkang di Selangor diketepikan daripada jawatan MB semata-mata kerana usahanya untuk memastikan Selangor kekal di bawah kuasa orang Islam. DAP cukup berbulu apabila beliau mengusahakan usahasama untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Perpaduan dengan UMNO.

Memang dalam perundingan kerjasama tersebut, DAP dan PKR tidak mendapat tempat langsung. Kedua-dua parti tersebut bukanlah rakan yang ideal untuk mempertahankan kesucian Islam dan hak orang Melayu. Dalam perjanjian awal tersebut, PAS akan dapat jawatan MB dan Exco, dan selebihnya diuruskan oleh orang UMNO. Bukankah cantik kerjasama itu jika benar-benar ia menjadi kenyataan?!!

Namun demi ketamakan kuasa kepimpinan tertinggi PAS dan kelicikan DAP, perundingan murni itu gagal dan akhirnya Selangor mendapat MB paling hampas dalam sejarah. Bermulah kisah nasib malang Hasan Ali dalam fuckatan syaitan.

Persis Perjanjian Pangkor, beliau dan rakan-rakan seidelisme hanya diberikan peranan picisan yang tidak signifikan dalan Kerajaan Negeri. Sedangkan kes sekecil larangan penjualan arak kepada umat Islam pun tidak dapat dimeterikan, apatah lagi agenda agung murtad DAP.

Namun kafiruun DAP tidak pernah berpuas hati. Suara jihad beliau sangat membingitkan. Beliau mesti dimatikan sepenuhnya. Akhirnya jawatan Hasan Ali sebagai orang nombor satu PAS Selangor telah ditarik balik dan diberikan kepada pemimpin lain yang lebih mudah dikawal mereka. Hasan Ali semakin terpinggir.

Kini satu-satunya jawatan yang masih dipegang untuk bersuara mempertahankan hak orang Islam telah disahkan akan ditarik balik oleh partinya sendiri. PAS kini bulat hati tidak akan mencalonkan beliau lagi. Inilah berita yang paling gembira yang ditunggu-tunggu oleh DAP. Satu-satunya manusia yang menjadi penghalang kepada agenda anti Islam mereka telah dihapuskan oleh anjing hijau belaan yang patuh.


Jadi kepada Hasan Ali, tunggu apa lagi. Petunjuk Allah SWT sangat jelas kini. UMNO dan BN tidak pernah menutup pintu kepada saudara. Hanya UMNO dan BN sahaja yang dapat memastikan syiar Islam dan Melayu terus berdaulat!!!   

PANAS! Ada Pengkhianat Dalam BN Perak!

Posted: 10 Dec 2011 05:31 PM PST

Siapakah pemilik kilang yang dimaksudkan oleh Nizar?



Dalam UMNO dan parti komponen lain bertungkus lumus untuk mempertahankan PERAK dari 'dijajah' semula, ada pula segelintir yang secara mudah memberikan peluang kepada pihak lawan.

Awas. Musuh dalam selimut perlu dihapuskan terlebih dahulu bagi mengelakkan negeri Perak jatuh semula ke tangan DAP.

*Ada pembaca MyMassa kenal tokeh MCA tu?

Apa Guna Rakyat Lantik Wakil Rakyat Pembangkang?

Posted: 10 Dec 2011 02:15 PM PST

Gambar yang diambil dari blog ini (http://dhanyaraam.blogspot.com/)

Tempat duduk pembangkang di Dewan Rakyat.

Mereka selalu kata mereka pejuang rakyat.

Mereka selalu berceramah bahawa pemimpin BN tak buat kerja.

Sekarang ni siapa yang tak buat kerja?

Bukankah tugas wakil rakyat adalah berada dalam Dewan Rakyat dan membahaskan isu-isu rakyat?

Tiada gunanya rakyat memilih wakil rakyat pembangkang yang ramai tetapi ramai di antaranya kaki ponteng. Sebab itulah walaupun bilangan mereka hampir menyamai bilangan wakil rakyat BN (BN tak dapat 2/3 majoriti), tiada satu pun akta yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan berjaya mereka tolak melalui undi belah bahagi.

Kepada pembaca MyMassa, kalau berhujah dengan pencacai pembangkang, tunjukkan gambar ini. Inilah KPI wakil rakyat yang mereka banggakan. Bagi pembangkang, berada atas ceramah lebih penting dari datang kerja (ke Parlimen).

*Pergi ceramah masyuk....ramai pencacai bagi derma. Tiap-tiap malam boleh kutip beribu-ribu ringgit elaun penceramah.

Berita Lendir: Pusat Tarian Tiang Pun Ada Di Selangor

Posted: 10 Dec 2011 08:31 AM PST


Ada sesiapa orang Selayang boleh sahkan berita ini?


7 penari tiang menggelabah

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my

MALU...wanita warga asing yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong, kelmarin.
MALU...wanita warga asing yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong, kelmarin. 
 
Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.

Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.
''Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,'' katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983.

*Padanlah banyak bencana alam yang menimpa Selangor. Banyak tempat 'lendir' rupanya. Sumber : http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/12/tahniah-khalid-ibrahim-tarian-erotik.html

Lagu Baru Untuk Guan Eng. Yellow Rajah Dive In Submarine.

Posted: 10 Dec 2011 07:33 AM PST

Poster yang diedit khas untuk YELLOW RAJAH MALAYSIA.




*Poster yang diilhamkan dari lagu Kumpulan The Beatles, Yellow Submarine. Layann.

Bukti Kediktatoran Nik Aziz. Ustaz Azhar Idrus Diharamkan Di Kelantan.

Posted: 10 Dec 2011 06:35 AM PST

Takut juga Nik Aziz dengan pesaingnya. Pantang ada ustaz yang lebih muda dan lebih popular darinya, terus diharamkan dari beri ceramah agama.

Gambar dari blog Azli Shukri (http://azlishukri.blogspot.com/2011/12/isu-ustaz-azhar-idrus-dihalang-mengajar.html)

Bandingkan bagaimana Ustaz Azhar mendidik isteri dan Nik Aziz.




Pernahkah Ustaz Azhar bergambar seperti ini?



*Pandai jugak 'nabi' PAS ni dengki dengan pengikutnya ye. Sampai haramkan terus kuliah Ustaz Azhar di Kelantan. Ganas betul Nik Aziz.

PANAS! Filem Tamil Terbaru Dalam DAP. The Godfather.

Posted: 10 Dec 2011 05:34 AM PST

Filem terbaru terbitan DAP Pictures, The Godfather.
Rayer buat laporan polis, dakwa terima ugutan bunuh

ADUN Seri Delima, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi beberapa panggilan telefon sejak semalam.

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy.

Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran kepada saya agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang esok, jika saya sayangkan nyawa saya dan nyawa keluarga saya, katanya.

Bagaimanapun kata Rayer, beliau tidak gentar dan akan terus bercakap mengenai isu tersebut termasuk meminta Ramasamy memohon maaf berhubung kenyataannya mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai 'godfather'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

- Bernama

*Dah macam filem Tamil. Adegan ugut mengugut dengan bagi tau siapa yang mengugut. Tak logik langsung.

Terjemahan Akhbar Cina : MCA Johor Bakal Kalah Di Beberapa Kerusi.

Posted: 10 Dec 2011 04:32 AM PST


Nanyang Siangpau m/s A16
7 Disember 2011 (Rabu)

Lebih Bernasib Di tempat Sendiri (Du. Jia. Xiang)


Penulis: Tan Shao Lian

Siapa dapat pertahankan negeri Johor? Bagaimana Najib memasak Chua Sui Lek? Keadaan MCA apabila PRU di negeri Johor, Wee Kah Siong pula ada pandangan tersendiri, jika ada masalah Wee akan bertanya, sebaliknya dia ada hujah-hujah tersendiri.

Teo Nie Ching (DAP) pernah kemukakan pandangan, pada PRU akan datang DAP yakin dapat tawan parlimen Kulai dan Parlimen Kluang, sebaliknya DAP tidak yakin parlimen di Ayer Hitam dan Tanjung Piai, sekarang ini di kawasan mana pula yang MCA lebih yakin?

Tidak yakin, kerana mahu lihat kawasan DUN sama ada pada PRU 2008 kecundang ataupun tidak baru boleh lihat sama ada kerusi parlimen itu dapat dikekalkan ataupun tidak, ini adalah satu sudut suhu yang hangat dan sihat. DAP punyai keyakinan besar di Kulai, kerana mereka telah menang di DUN Senai; di Kluang juga DAP lebih yakin kerana mereka telah menang di DUN Mengkibol. Saya rasa MCA lebih yakin boleh menang di kawsan Ayer Hitam, Tanjong Piai, Labis dan Gelang Patah, 4 kerusi ini lebih seimbang bagi MCA.

Jika Chua Sui Lek tidak bertanding pada PRU kali ini, apakah yang berlaku terhadap MCA?

Keadaan PRU di Singapura memberi kesan pada pengundi di Selatan Johor

Jika ia dianggap begitu saya tidak dapat menjawabnya. Jika Chua tidak memimpin pasukan untuk bertanding, beliau masih boleh mengawasi pasukan untuk bertanding.

Adakah Chua akan bertanding di Kulai?

Harapan saya Chua bertanding di tempat kawasan asal beliau, di Ayer Hitam adalah kawasan tempat saya bekerja keras, saya berharap saya dapat berkhidmat seterusnya untuk penduduk di kawasan Ayer Hitam. Semasa MCA membincangkan dan mengupas PRU 2008, ada butir-butir yang mereka bincangkan, pihak pusat tidak sepatutnya kerana PRU sudah terlalu hampir baru sibuk mahu menukar calon.

Adakah Chua pernah memberitahu kamu yang kamu perlu bertanding di Kulai?

Tidak,

PRU di Singapura yang baru sahaja lepas boleh memberi impak kepada pengundi-pengundi di negeri Johor?

Pertumbuhan ekonomi Singapura begitu baik, sebaliknya parti pemerintah masih tidak dapat pertahankan jangkaan sebenar bilangan tiket undi yang diperolehi, ini juga menyebabkan Pakatan Rakyat sedang dan mahu menunggu saat-saat itu. Ini boleh menunjukkan reaksi pengundi-pengundi di negeri Johor yang sebenar, kebanyakan pengundi di Selatan negeri Johor bekerja di Singapura, lebih banyak dimanipulasi oleh Singapura. Saya dapat jangkakan di Selatan negeri Johor akan ada sesuatu perubahan, tetapi peratusan yang boleh menggugat itu berapa kuat, ia masih perlu dikaji dan ditinjau lagi.

Apakah perbezaan masyarakat negeri Johor dan di negeri-negeri lain?

Orang-Orang Johor Lebih Pentingkan Ekonomi

Orang-orang Johor lebih suka bincang masalah bisnes dan ekonomi, contohnya satu ketika dahulu apabila Mahathir dan Lee Kuan Yew bertelagah kefahaman, ada setengah orang Johor berkata, tolong janganlah bergaduh, nanti tiada orang Singapura yang datang ke Johor Baharu. Orang-orang Johor lebih merealisasikan sesuatu yang ada di depan mata, orang-orang Singapura pula adalah pelanggan orang-orang Johor. Pada PRU 2008 tidak kira tiket undi Cina mahu pun tiket undi Melayu dari segi sokongan kepada kerajaan di sebelah Utara Johor MCA agak tergugat, dimana di sebelah Selatan Johor masih agak stabil.

Di negeri Johor MCA mempunyai 8 kerusi Parlimen, paling teruk sekalipun akan kalah berapa kerusi sahaja?

Mungkin kerusi parlimen MCA di negeri Johor MCA tidak dapat ditawan semula, di kerusi DUN pula jika mereka masih leka mereka juga akan kehilangan 2 kerusi DUN lagi. Saya tidak berani cakap kerusi DUN kawasan mana yang akan hilang. Kerana ada beberapa kerusi DUN yang tiket undinya terlalu hampir tewas.

Dalam pengiraan ini MCA sendiri telah faham keadaan itu, hidup mati MCA hari ini perlu lihat PRU di negeri Johor. -RA/STA

 
*Jikalau pembangkang menembusi Johor melalui DAP, tidakkah ianya ancaman bagi UMNO?

Gambar Guan Eng Berpelukan Disiarkan Oleh Media Pro Pembangkang. Mengapa?

Posted: 10 Dec 2011 03:05 AM PST

MyMassa pamerkan dua gambar.



Gambar pertama adalah gambar DS Zahid Hamidi peluk Guan Eng semalam dalam Malaysiakini. Gambar kedua pula adalah gambar DS Nazri Aziz peluk Guan Eng. Gambar yang kedua telah disiarkan dan dipolitikkan oleh akhbar Cina.

Apa yang MyMassa cuba sampaikan di sini adalah kedua-dua gambar ini telah dieksploitasi oleh media pro pembangkang (Malaysiakini dan Akhbar Cina).

Oleh kerana kedua-duanya telah dieksploitasi oleh pihak lawan, MyMassa ingin pembaca kami beri pendapat anda mengenai kedua-dua gambar ini. Apa pandangan anda tentang gambar tersebut?

Adakah ianya baik untuk BN atau pembangkang. Jika baik untuk BN, kenapa media pro pembangkang menyiarkannya?

Panglima Perang Cyber

Posted: 10 Dec 2011 11:42 PM PST

Panglima Perang Cyber


Harakahdaily Cuba Selamatkan @cmlimguaneng Yang 'Tenggelam' Kerana Kapal Selam

Posted: 10 Dec 2011 11:33 PM PST

Isu Lim Guan terus mendapat perhatian termasuk oleh suara rasmi Pas Harakah.
Lihat link berita Haramjadah opsss Haramkah opsss silap lagi Harakahdaily mereka di sini :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6984-kapal-selam-jangan-percaya-putar-belit-media-bn?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Rupanya tanpa kita sedar sebenarnya secara halus DAP dah berjaya memperalat Harakah untuk agenda jahat mereka burukkan negara melalui isu kapal selam tidak boleh menyelam.

Selepas kantoi mereka cuba alihkan isu lain seperti menunggu 21 bulan dan pembelian didakwa wujud unsur rasuah. Nampak perkataan mereka bahawa kapal selam tidak boleh menyelam yang cuba dialihkan dari sorotan kita, akhirnya dapat dilihat telah menjadi penipuan yang nyata kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kenapa isu lain pula yang dibangkitkan selepas Ketua Menteri dan dua Timbalannya menaiki kapal selam? Mereka sudah tentu sangat malu penipuan mereka akhirnya dibongkar tanpa sedar oleh Khalifah pujaan PAs Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang.

Dulu Harakah turut dijadikan suara PKR hingga isu Presiden Pas tenggelam berbanding isu Anwar sehingga menjadi isu dan membawa kepada kekalahan Husam Musa. Sekarang giliran DAP pula memperkosa kebebasan Harakah untuk nafsu kebinatangan politik keji mereka yang jelas mengancam keselamatan negara.

LGE berniat baik utk mengakui kapalselam boleh menyelam. Namun dia barangkali tidak menyangka tindakannya menaiki kapal selam telah merugikan Pakatan.

KD Tunku Abd Rahman sama seperti KD Tun Abd Razak mempunyai kapasiti yg sama. Apabila KD Tun Abd Razak boleh menyelam begitu juga KD Tunku Abd Rahman.

Tidak perlu dipertikai lagi kerana LGE & 2 lagi telah mengakuinya. Terlajak menyelam dan tenggelam itulah kesudahannya yang buruk untuk Pakatan dan sangat positif kepada Kerajaan.

YAB Perdana Menteri turut mengulas isu ini sila klik di sini :

http://flowersofnation.my/index.php/politik/30391-pembangkang-akhirnya-akur-dengan-kemampuan-kapal-selam-tldm-pm

Ini bukan terjerat dan menjerat, tapi soal realiti yg pembangkang sudah terkantoi kerana sudah terlajak perahu yg tidak boleh ditarik lagi

Apa gunanya memutar belit realiti? Jika ingin mencari undi sekalipun jangan digadaikan kebenaran demi kepalsuan. Akhirnya ia pasti dibongkarkan Tuhan.

Akuilah kebenaran walaupun realiti politik malu utk menerimanya.

Jgn menegakkan benang basah!

Berkata benar walaupun pahit dan setiap perkara yang pahit adalah ubat untuk semua penyakit.

Live : Gambar Kapal Selam KD Tun Razak Yang Berjaya Tenggelamkan Penipuan Pakatan Semalam

Posted: 09 Dec 2011 11:53 PM PST

Sekarang Panglima sedang menuju kapal selam KD Tun Razak untuk melihat kapal yang telah berjaya tenggelamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Di Pengkalan Awana Porto Malai Langkawi Kedah.

Melihat dari dekat menimbulkan kebanggaan kepada Panglima yang menjadi rakyat Malaysia yang sudah ada dua kapal selam setakat ini.

Ia boleh memuatkan 18 orang sekali belayar.

Nampaknya kapal selam berjaya melancarkan serangannya terhadap Pakatan semalam dengan menenggelamkan diri sekali dengan anak Lim Kit Siang.

Lihat wajah LGE yang malu merah padam menjawab soalan wartawan selepas selesai 'ditenggelamkan' semalam dalam artikel Panglima sebelum ini.

Check-mate untuk Pakatan dan syabas kepada Menteri Pertahanan atas 'perangkap' yang berjaya memerangkap mereka.

The Unspinners

Posted: 10 Dec 2011 11:28 PM PST

The Unspinners


Ulasan ringkas krisis Warlord DAP vs Godfather DAP

Posted: 10 Dec 2011 11:26 PM PST

Adakah kerakusan PKNS, dan bonus GM berkait dgn hutang Khalid?

Posted: 10 Dec 2011 07:30 PM PST

Penderhaka Felda kena pancah!!!

Posted: 10 Dec 2011 04:22 PM PST

Tanah untuk UiTM dirampas untuk sokolah Tamil dan Cina?

Posted: 10 Dec 2011 05:00 AM PST

AZLI SHUKRI

Posted: 10 Dec 2011 11:21 PM PST

AZLI SHUKRI


Rencana Yang Dibenci Ahli PAS : Panggilan Kematian Yang Tidak Kedengaran

Posted: 10 Dec 2011 10:32 PM PST

Oleh Abdul Rahman Malik. Mengapa PAS masih enggan memasukkan agenda melaksanakan hukum Islam dalam manifesto perjuangan Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir kini? Sebaliknya, mengapa pula di belakang DAP, PAS mengulang ikrar bahawa ia tetap akan melaksanakan hukum Islam keseluruhannya tetapi "mengikut peringkat"?

Di samping itu, mengapa pula DAP yang selama ini menjadi jaguh gerakan menentang pelaksanaan hukum Islam tiba-tiba bersikap lebih sopan dan tidak membantah ketegasan PAS? Apakah DAP bimbang ia boleh mengancam kerjasama kedua-dua parti itu dengan sebuah lagi parti kerabatnya, PKR?

PAS hanya memilih untuk mengisytiharkan ketegasannya di dalam kawasan kuatnya di Terengganu berhubung isu hukum Islam ini. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berkata, PAS tetap melaksanakan hukum Islam apabila Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang kini berada di ambang mata.

Selepas bersilang hujah berhubung isu hudud, PAS dan DAP kini kelihatan cuba menenangkan penyokong masing-masing dengan mengulangi pendirian tegas mereka dalam isu ini tetapi "tanpa perlu memasukkan isu itu dalam manifesto Pakatan Rakyat".

Selagi isu ini kelihatan tidak ada penyelesaian yang tuntas dan tegas ia tetap menjadi api dalam sekam perhubungan PAS dan DAP. Ia juga pasti mengelirukan pengundi dan secara langsung atau tidak akan meninggalkan kesan pada prestasi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum kelak. Apapun, kini nampak semakin jelas kecurigaan mulai menyelinap dalam gabungan Pakatan Rakyat, terutama di antara PAS dan DAP.

Sebab itu, kedua-dua pihak seolah-olah cuba menjarakkan diri daripada membuat sebarang komentar yang boleh melemahkan semangat serta mengecewakan penyokong masing-masing. Namun PAS bercakap lantang di hadapan khalayak penyokongnya bahawa ia akan tetap melaksanakan hukum-hukum Islam selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang. Hadi menegaskan pelaksanaan hukum Islam oleh PAS akan bermula setidak-tidaknya di Kelantan dan Terengganu.

Rasional Hadi, ialah, di kedua-dua negeri berkenaan enakmen mengenai perundangan Islam sudahpun diluluskan. Kini ia hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. Sekaligus kenyataan Hadi itu membayangkan tahap keyakinan PAS akan menambah sekurang-kurang satu lagi kerajaan negeri di bawah PAS selepas PRU ke-13 kelak.

Memang sewajarnya PAS menampilkan darjah keyakinan diri yang tinggi. Trend politik hari ini nampaknya condong pada mengatakan Pakatan Rakyat akan menang pilihanraya umum ke-13. Lantaran itu, kerajaan negeri Kedah yang kini di bawah teraju PAS dengan yakin menyatakan ia juga akan melaksanakan hukum Islam selepas Kelantan berbuat demikian. Ini bukan impian tetapi satu keyakinan.

Sementara itu DAP pula kini bersusah payah mengelak daripada berbicara tentang hudud secara terbuka. Maka ia pun lebih menumpukan perhatian untuk memberi penjelasan secara senyap pada pengikutnya sahaja. Ini kerana seperti PAS, DAP juga mahu tetap berusaha bersungguh-sungguh membuktikan ketegasannya bahawa ia tidak mahu pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri di Malaysia sekalipun menjadi realiti.

Persoalannya sekarang, apakah kempen penerangan DAP itu meliputi parti-parti bukan Melayu lain; termasuk yang di dalam gabungan BN? Sama ada sengaja atau tidak, sikap MCA, parti Cina dalam gabungan BN pula kelihatan seolah-olah mahu membuka jalan agar DAP dapat keluar daripada jebak politik hudud yang pastinya mengusik sensiviti rakyat Melayu-Islam di Malaysia.

Dengan bertindak menganjurkan forum khas berhubung implikasi pelaksanaan hukum hudud ke atas rakyat bukan Islam di ibupejabat MCA hujung minggu lalu, MCA benar-benar membantu DAP agar cepat-cepat undur dariu kemelut hudud yang dicetuskan oleh DAP sendiri.

Apakah ini satu sandiwara yang mahu menghalakan keresahan dan kemarahan orang Melayu-Islam terhadap penentangan keras DAP dalam pelaksanaan hukum Allah kepada MCA? Adakah ini satu kebetulan atau memang sesuatu yang diatur bagi memberi jalan mudah kepada DAP menjadi pola pilihan politik bukan Melayu-Islam? Kini, oleh kerana DAP dalam saf Pakatan Rakyat, tidakkah aktiviti MCA ini membantu menyelamatkan hubungan DAP-PAS?

Jika demikian tersasarkah spekulasi bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya adalah kuda tunggangan politikus bukan Melayu-Islam memperkukuh kuasa politik mereka. Silapkah tafsiran bahawa golongan politikus ini mahu DAP jadi pola dan tunggak politik bukan Melayu? Sejarah politik di antara kaum di negara ini menunjukkan bahawa gabungan dalam BN terlalu didominasi oleh Umno. Pengagihan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan di kalangan kerabat BN sentiasa berat kepada Umno. Rungutan akan keadaan ini sering disuarakan oleh komponen politikus India dalam BN.

Lantas pengalaman dalam BN menunjukkan agak sukar untuk mendapat suara lebih dalam BN bagi politikus bukan Melayu-Islam. Justeru adalah lebih bijaksana jika, sokongan bukan Melayu dipusatkan kepada Pakatan Rakyat. PAS boleh membantu mengurangkan sokongan orang Melayu kepada Umno sementara PKR dan DAP akan menghimpunkan undi bukan Melayu-Islam kepada Pakatan Rakyat.

Sekaligus Umno akan kurang berpengaruh dalam BN dan bukan Melayu-Islam akan lebih bebas bersuara melalui Pakatan Rakyat. Buat masa tidak perlu bersaing dengan DAP untuk mendapat undi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina. Cukup di peringkat ini jika kuasa politik mereka berpusat pada DAP. Isu hudud secara langsung atau tidak menyerlahkan sikap dua parti bukan Melayu-Islam ini yang kelihatan bersedia "bantu-membantu" demi mengukuhkan pengaruh politik dalam orde politik baru.

Biarlah buat masa ini, tuntutan tidak mahu hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat kerana itu mungkin akan menjerat kepentingan politikus bukan Melayu-Islam. Buat sementara ini biarlah PAS jangan berasa terlalu rimas DAP menyalak tidak mahu hukum Islam dilaksanakan.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Baru Karpal Singh Tahu...

Posted: 10 Dec 2011 10:10 PM PST


Konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang hari ini menjadi medan bagi Karpal Singh bagi membidas timbalan ketua menteri P Ramasamy berhubung kenyataan "godfather" atau "bapa angkatnya".

Pada ucapannya di konvensyen itu, Karpal yang juga adalah pengerusi DAP Pulau Pinang menuntut timbalannya, Ramasamy untuk memohon maaf atas keceluparannya dan menjaga akhlaknya serta menghormati sumbangan pemimpin veteran.

penang dap convention 111211 1"Siapa yang bina DAP? Pemimpin veteran yang membina parti dan jangan sekali-kali lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin ini.

"Parti ini tidak akan berada di kedudukan sekarang tanpa pengorbanan pemimpin-pemimpin veteran dan pemimpin-pemimpin hari ini tidak akan menjadi pemimpin tanpa pengorbanan mereka," katanya.

Karpal juga membidas Ramasamy kerana menyertai parti itu dan cuba melakukannnya mengikut caranya sendiri.

Katanya, tiada siapa pun yang boleh menjadi pangliman perang dalam DAP, termasuk Ramasamy dengan cuba menamakan nama calon-calon pilihannya.

Ramasamy telah berulang-kali menafikan dakawaan itu seperti yang disiarkan di akhbar berbahasa Tamil dan berkata beliau cuma menyatakan bahawa agihan kerusi adalah preregotif jawatankuasa pusat eksekutif DAP.

Karpal juga membidas Ramasamy kerana melabelkan dirinya sebagai 'bapa angkat".

LIVE !!! PROSES GERHANA BULAN !!!

Posted: 10 Dec 2011 08:25 AM PST

Ingatan Tengah Malam

Posted: 10 Dec 2011 08:08 AM PST

Tun Faisal...Ini Benar Atau Fitnah?

Posted: 10 Dec 2011 07:14 AM PST

Ada sesuatu yang menarik tentang Tun Faisal kali ini. Sama ada ia sekadar kata-kata yang tidak serius - saya tidak tahu. Namun demikian, saya kurang bersetuju dan amat tidak gemar dengan ideologi perniagaan atau politik seperti ini...Ideologi politik seperti inilah yang meranapkan UMNO dan para usahawan Melayu...Saya berharap para pemimpim UMNO, khususnya yang muda berubahlah segera. Jika tidak, kita sudah pun menempah batu nisan untuk diri kita sendiri. Wallahualam. Jas Salleh ada cerita tersebut cuba klik di sini...

Hidup Cikgu Bard!!!

Posted: 10 Dec 2011 06:06 AM PST


Elok sangat kita sokong gerakan Cikgu Bard yang dah tak tentu arah perjuangannya...Mereka dah tidak ada lagi modal politik untuk menjatuhkan UMNO. Sekarang mereka cuba timbulkan satu lagi slogan kebencian terhadap UMNO yang dipanggil "Asalkan Bukan UMNO"(A.B.U) - tetapi malangnya...ia tidak mendapat sambutan hangat, cuma hangat-hangat tahi ayam sahaja. Dan lebih malang lagi, akronim tersebut sudah bertukar wajah menjadi "Aku Bersama UMNO" atau " Asalkan Bersama UMNO".

Yang Sudah Isytihar Tarik Diri..Eloklah Tarik Diri Sahaja

Posted: 10 Dec 2011 05:25 AM PST

GOMBAK, 10 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta semua wakil rakyat yang mengisytiharkan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang bercakap secara ikhlas sebelum membuat sebarang kenyataan akhbar.

Katanya, tindakan menarik balik kenyataan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 amat memalukan.

"Saya berharap sebelum seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu membuat kenyataan mereka hendaklah berfikir secara mendalam," katanya selepas sidang akhbar ketika mengulas tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri BN Perak yang menarik balik kenyataannya ketika beliau ditemui di Universiti Islam Antarabangsa di sini pagi ini selepas seminar "Najib Razak's Thinking From the Youth's Perspective".

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar telah mengisytiharkan tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 setelah menjadi wakil rakyat selama 21 tahun.

Namun, semalam beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Beruas membuat sidang akhbar membatalkan penarikan diri itu yang jelas menunjukkan bahawa beliau masih mahu bertanding. Penarikan semula itu atas desakan penyokongnya yang mahu beliau terus bertanding.

Bagaimanapun, kata Hamdi, terpulang kepada pucuk pimpinan sama ada mahu memilihnya semula sebagai calon BN. Justeru, Zambry berharap selepas ini sesiapa yang mahu menarik diri berfikir habis-habis sebelum membuat kenyataan akhbar.

"Saya tidak mahu ulas panjang kerana sama ada Hamdi terpilih sebagai sebagai calon atau tidak terpulang kepada Pengerusi BN pusat, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Terdahulu pada sidang akhbar, beliau mengatakan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor King menggelar dirinya sebagai hitam metalik menggambarkan warna sebenar pembangkang yang sepatutnya menentang kezaliman dan bercakap tentang persamaan warna kulit dan agama tetapi dia lebih suka menghina musuh politiknya.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 10 Dec 2011 11:02 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Nik Ajis Haramkan UMNO Guna Perkataan JIHAD...

Posted: 10 Dec 2011 09:00 PM PST


Kahhh...kahhh...kahhh... nik ajis kata perkataan jihad hanya untuk pas sahaja, pasal pas perjuang islam, umno tak boleh pakai perkataan jihad pasal umno perjuangkan bangsa....


Menurut Nik Aziz, istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam. Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Kerana menurut Nik Aziz tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalam sistem pemerintahan.

Tak ke lawak bunyi nye apa yang nik ajis katakan tu, pusat maksiat hanya berberapa ratus meter je dari pejabat nik ajis, tapi nik ajis pejamkan mata dan biarkan pusat maksiat beroperasi, pas perjuangkan islam? ye lah tu... punya hebat pas perjuangkan islam sampaikan kalimah ALLAH pun pas gadai bagi kafir kristian gunakan, jadi masih lagi nik ajis nak kata pas berjihad ke jalan ALLAH? dah gila ke orang tua nie???

Mereka Bengang Tak Dapat Pangkat Datuk...

Posted: 10 Dec 2011 06:00 PM PST


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran sempena hari keputeraan ke-66 baginda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Sultan Selangor meneliti 2,068 permohonan yang diterima tahun ini, dengan keutamaan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya 113 penerima akan dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran, yang terdiri daripada sembilan dari istana, 82 penjawat awam, lima dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor swasta.

Ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri,katanya dipetik Bernama Online.

Katanya tidak ada calon daripada pakatan pembangkang atau Barisan Nasional yang akan dianugerah darjah dan bintang kebesaran kecuali satu anugerah kepada anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali dari parti PAS.

Penganugerahan kepada Hasan disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen PR (Pakatan Rakyat) kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS,katanya.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 10 Dec 2011 10:10 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


UPDATE CERAMAH DATO ZULKIFLI NORDIN

Posted: 10 Dec 2011 08:35 PM PST

JILATAN MELAMPAU PAS !

Posted: 10 Dec 2011 06:33 PM PST

TERBARU MENGENAI PALESTIN !

Posted: 10 Dec 2011 05:31 PM PST

CORAT CORET LIMA 2011. (KLIK PADA FOTO)

Posted: 10 Dec 2011 12:06 PM PST

JOM JOIN BBM GAP

Posted: 10 Dec 2011 06:49 AM PST

KRISIS DAP PENANG MERUNCING.

Posted: 10 Dec 2011 05:37 AM PST

JANGANLAH TERTIPU WAHAI ADIK KU.

Posted: 10 Dec 2011 04:30 AM PST

PAS..SUNGGUH GILA BABI.

Posted: 10 Dec 2011 02:00 AM PST

GERAKAN ANTI UMNO BUKTI PAKATAN GAGAL !

Posted: 09 Dec 2011 10:29 PM PST

tok gajah

Posted: 10 Dec 2011 09:24 PM PST

tok gajah


Nik Aziz kena 'penampar' DAP ....................

Posted: 10 Dec 2011 07:25 AM PST

Berdesing telinga Nik Aziz apabila terdengan hasrat DAP kemuka kan calun nya dari orang melayu/Islam. Ape salahkah DAP letak kan calun nya yang berbangsa melayu dan beragama Islam? Sebenar nya DAP sudah lama dulu letak kan calun melayu/Islam di kawasa DUN Pasir Berdamar, Teluk Intan, Perak.

Calun tersebut bernama Fazlan b Yahya. Pasir Berdamar kawasa majoriti kaum cina. Lawan nya dari MCA berbangsa cina. Fazlan menang dengan majoriti besar mengalahkan calun MCA. Seharusnya PAS terima baik jika DAP ada calun dari kaum melayu yang beragama islam.

Sekarang kita cuba sedikit renungkan kembali peristiwa malang negeri Perak pada PRU12 yang lepas. Kita terselamat dari bencana pemerintahan DAP kerana kesilapan DAP tidak letak kan calun nya dari orang melayu yang beragama islam.

Jika sekiranya DAP meletak kan seorang nya dari orang melayu yang beragama islam pasti PAS berputih mata untuk mendapat jawatan MB Perak. PRU13 akan datang DAP tidak akan buat kesilapan lagi, DAP akan meletak kan se kurang2 nya dua atau tiga orang calun nya dari kalangan pak lebai atau ustaz.

PAS jangan ber angan2 untuk jawatan MB jika Perak jatuh ketangan PR. Sebaliknya kaum melayu/Islam di negeri Perak harus sedar jahat DAP untuk menguasai negeri Perak. Sebenarnya Pemimpin2 PAS sedar tindak tanduk DAP untuk menjahanam kan melayu/Islam.

Malang nya pemimpin2 PAS ini semua nya busuk hati dan dengki terhadap kejayaan UMNO membela agama, bangsa dan negara. Dengki firasat dan busuk hati PAS harus kita tentang dengan sedaya upaya supaya negara kita terselamat dari pimpinan DAP yang anti melayu/islam.

Jauhi PAS yang bersengkokol dengan DAP. Jika PAS terhapus dengan sendirinya DAP akan jadi lemah dan hilang kuasanya.

PISAU.NET

Posted: 10 Dec 2011 09:05 PM PST

PISAU.NET


PAS Tiru 1Malaysia = 1Masjid 1Kelantan

Posted: 10 Dec 2011 04:55 PM PST


Khawarij PAS Kelantan melihat keberkesanan kempen 1Malaysia yang dilakukan oleh Kerajaan BN yang mendapat sokongan seluruh negara justeru Nik Aziz Menteri Besar khawarij Kelantan sedang giat berkempen 1Masjid.

Adalah tidak mengejutkan hanya 1 Masjid saja yang dibina oleh kerajaan khawarij PAS Kelantan semenjak 20 tahun menjadi kerajaan.Ini menepati slogan 1Masjid maka hanya sebuah masjid saja yang perlu dibina memandangkan rakyat Kelantan yang menyokong PAS sudah pun dijanjikan syurga, maka kerajaan khawarij Kelantan berpendapat tak perlu membina banyak masjid kerana ia satu pembaziran wang rakyat.

Langkah yang diambil oleh kerajaan pusat memberi peruntukan kepada masjid masjid di Kelantan sudah pasti akan menghalang dasar 1Masjid kerajaan khawarij negeri .

Kerajaan Pusat baik pulih beratus masjid di Kelantan - Mustapa

TUMPAT 10 Dis. - Kerajaan Pusat yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telah membantu memperbesar dan membaiki beratus buah masjid biarpun negeri itu diperintah oleh Pas sejak 20 tahun lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bukan itu sahaja, Kerajaan Pusat juga telah membina beberapa buah masjid di negeri itu.

"Amat dukacita di Kelantan tidak banyak masjid baru dibina oleh Pas, dalam masa 21 tahun, hanya beberapa buah masjid dibina oleh kerajaan negeri ini.

"BN amat komited dalam menegakkan syiar Islam terutama untuk menyediakan masjid atau surau untuk beribadat, sebagai contoh, Timbalan Perdana Menteri ketika melawat negeri ini baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta untuk memperbesarkan masjid Belimbing.

"Begitu juga ketika lawatan Perdana Menteri sebelum ini telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 untuk memperbesarkan Masjid Bachok," katanya ketika ditemui selepas Majlis Khatan Perdana di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas.

Bagaimanapun selepas laporan tersebut tersiar di muka depan Utusan Malaysia, Abdul Fatah telah menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, dua buah masjid baru telah dibina di Jeli dalam tempoh tidak sampai 10 tahun menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.-utusan

Pisau kata " keh keh keh 1Masjid 1Kelantan"

Anwar Cabar AMK Kumpul 10,000 orang!

Posted: 10 Dec 2011 12:06 PM PST


Dikhabarkan oleh seorang teman AMK, Ketua AMK – Sam Iskandar @ Ayam sedang pening kepala. Arahan dari Bukit Segambut secara jelas menginginkan agar jentera AMK mengumpulkan gerombolan anak muda untuk menemani Ketua Umum di mahkamah Isnin/Selasa nanti. Jangan tidak. Perlu tunjuk kekuatan rakyat. Jangan nak tinggalkan Ketua Umum secara sendirian. Jangan lupa, kes LIWAT Anwar akan bersambung minggu depan.


Arahan telah disampaikan oleh YB Azmin Ali. Pakai sms sahaja. Tak payah call pun. 10,000. Tak boleh kurang.


Sam katanya puas menelefon ramai taikun-taikun Cina Selangor yang sudah mendapat projek di negeri itu. List sudah disediakan Faekah. Memanglah sulit. Tapi, Faekah tahu dia boleh guna Sam dalam banyak hal kemudian nanti. Dalam politik PKR, terhutang budi akan membawa makna tergadai 'body'. Mudah sahaja sifirnya. Ada yang dah janji duit. Tapi belum bank-in ke akaun Sam. Ini yang buat Sam resah.


Walaupun Sam ada juga mengeluh, malahan mengatakan ianya sepatut menjadi tugas Setiausaha Agung. Bukan AMK. Tapi dia pun tak berani nak merungut lebih. Senarai akhir calon akan sampai ke tangan Setiausaha Agung. Melawan? Melingkup lagi nampaknya Sam dalam PRU akan datang.


Bayangkan, Yusmadi yang sebelum ini menjadi tukang angkat beg Sam pun boleh menang; tapi dia kalah. Pelik? Ini semua kerja orang dalam. Sam masih tak perasan. Bajet pilihanraya yang berjumlah RM300k tak pernah sampai ke tangan Sam. Mana perginya? Sam tahu game dan permainan ini. Tapi senyap.


Sam berharap sangat kali ini dia akan bertanding di DUN dan Parlimen. Negeri? Melaka. Kalau tak dapat Ahli Parlimen pun…Sam simpan angan-angan untuk jadi Ketua Menteri Melaka. Ada angan-angan. Jangan main.


Soalnya, semua akan bergantung kepada 'performance' Sam minggu depan. Kalau setakat 150 orang…Sam jawabnya akan kekal jadi Ketua AMK sahajalah…itupun kalau perwakilan AMK masih bengap dan tolol. -Sumber GelagatAnwar


Penjelasan tentang kriteria penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Posted: 10 Dec 2011 05:37 AM PST




KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.

Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Bagi membuat permohonan, katanya, ketua isi rumah perlu membawa borang permohonan BR1M, salinan kad pengenalan pemohon dan slip gaji terkini (jika berkenaan).

Bagi tanggungan, mereka perlu menyertakan salinan kad pengenalan sama ada suami, isteri dan anak, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.

Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai esok bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang). – Bernama
Related Posts Widget for Blogger

Selepas Guan Eng, Rafizi,Saifudin & Zuraida Tuntut Nak Tunggang Lembu NFC

Posted: 10 Dec 2011 01:48 AM PST

Guan Eng chauvanis ultrakiasu rasis DAP diberi keistimewaan menaiki kapal selam KD Tun Razak baru baru ini,bayangkan kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk kos menyelam hanya kerana nak memuaskan hati reject Melaka pujaan Nik Aziz ni.

Hentam sana ..hentam sini..fitnah sana fitnah sini..bohong dan pelbagai macam lagi dibuat.Suaram berarak dengan peguam Perancis.Semuanya bersungguh sungguh spin cerita agar rakyat percaya penipuan persepsi buruk terhadap pihak Tentera dan juga Kerajaan.

Haram jadah celaka DAP ni dibawa ke lokasi dengan menaiki helikopter kemudian MenHan jemput pula masuk kedalam kapal selam.Wah satu layanan istimewa buat haprak chauvanis .Tetapi itulah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat semata mata untuk menutup mulut si lidah bercabang ini.

Langkah Ds Zahid Hamidi dan kementerian pertahanan harus dipuji,walaupun menyedari Guan Eng berkiblatkan Singapura tetapi atas dasar keterbukaan dan telus mereka tetap menjemput semua ahli parlimen untuk melihat aset termahal kerajaan.

Pisau kata " tadi lepak dengan orang DAP Yb ahem ahem..,banyak isu mau keluar lepas ni..haha"

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 10 Dec 2011 03:38 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor Ke 66 - AMPUN TUANKU BERIBU RIBU AMPUN.., SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

Posted: 10 Dec 2011 03:00 PM PST

11 Disember 2011 – Ahad

15 Muharam 1433H

DIRGAHAYU Ke Bawah DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.

Patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kesejahteraan, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat di negeri bertuah ini, AMIN…

Patik turut ingin mempersembahkan bahawa Tuanku merupakan sumber aspirasi seluruh rakyat Negeri Selangor. Titah dan nasihat Tuanku akan sentiasa dijunjung dan disanjung menjadi pedoman rakyat di negeri ini.Semoga negeri yang dicintai ini senantiasa diberikan keamanan, kesejahteraan, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Patik dan seluruh rakyat akan terus mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan sebagai sumber perpaduan dan kekuatan orang melayu khususnya dan rakyat Negeri Selangor amnya


DAULAT TUANKU...!

DAULAT TUANKU...!

DAULAT TUANKU...!

Akma Pelakon "Dibawah Ketiak Isteri" Sebenarnya Seorang Lesbian...?

Posted: 10 Dec 2011 01:08 AM PST

Sebuah blog hiburan terkemuka, MediaMalaya.com, hari ini menyiarkan beberapa keping gambar panas yang didakwa memaparkan artis Akma Sahib bercium mulut ala-ala lesbian bersama seorang gadis yang tidak dikenali.

Blog tersebut memaparkan Akma bergambar dengan seorang lelaki yang tidak memakai baju yang dikatakan skandalnya yang berkhidmat sebagai anggota polis di Bukit Aman.

Menurut pemilik laman web itu, gambar-gambar panas tersebut diterima dari seseorang yang telah dikirim menerusi emel kepadanya baru-baru ini.

"Firstly, ini datangnye daripada pengirim email. Lame juga kite tak disajikan gosip Akma Sahib @ Akma Hisyam yang popular menerusi sitkom Di bawah ketiak isteri," kata pemilik laman web tersebut.

Akma Sahib yang juga dikenali sebagai Akma Hisyam popular menerusi sitcom Di Bawah Ketiak Isteri yang ditayangkan di Astro sebelum ini pernah beberapa kali dilanda kontroversi dengan beberapa keping gambar seksi yang hampir menampakkan buah dada, tahun lalu.

Sejak akhir-akhir ini, industri hiburan tanahair digemparkan dengan isu-isu kontroversi dan panas yang membabitkan moral golongan selebriti serta mendapat reaksi negatif dari ramai peminat di seluruh negara.

Antara artis dan selebriti yang sering panas dengan isu-isu menggemparkan itu adalah seperti Zarina Anjoulie, Fasha Sandha, Apex Harimau Malaya, Syella Kamaruddin, Miera Liyana dan ramai lagi.

melayuangkat

Posted: 10 Dec 2011 03:30 PM PST

melayuangkat


Baguslah..kalau korang nak tidur dengan DAP pun kita tak kisah..

Posted: 10 Dec 2011 09:17 AM PST

Cumanya ingat-ingatlah kamu semua ini "Malai", kalau Melayu tu pada mereka tetap Melayu juga..Depan mereka sengeh sengeh senyum simpul meleret..Belakang kamu mereka mengata juga mereka hina juga..sebab?  Kamu Malai..

Tapi tak pe lah...sayang punya pasal.  Orang bila sayang sanggup berkorban apa sahaja.  Kalau dulu orang Melayu berkorban untuk bangsa, agama dan negara.  Tapi sekarang ada segelintir kecil orang Melayu yang KORBANkan maruah yang sebangsa dan seAgama dengan mereka...

Amat menyedihkan..terasa malu pun ada..

Benci Bangsa Sendiri sampai macam ni sekali..

Posted: 10 Dec 2011 01:37 AM PST

Bangsa lain pun apa lagi...seronok tepuk tangan.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 10 Dec 2011 03:24 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


BARISAN NASIONAL BAKAL HADAPI MASALAH DENGAN PENEROKA FELDA?

Posted: 10 Dec 2011 06:59 AM PST

Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.

Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam. MI

DES : Macam tak best cerita ni. Ada sumber dok bersembang kata ini boleh jadi "bola tanggung" untuk Pakatan Rakyat.

Peneroka-peneroka juga sebenarnya sedang protes dalam diam...adakah UMNO akan kehilangan undi dari pihak peneroka

Benarkah berita-berita yang dimainkan di TV adalah wayang semata-mata? Kalau UMNO dok cerita geng2 PAS dok main chas keting...dalam Felda pun wujudkah?

Persoalan-persoalan ini harus dijawab kerana pilihanraya semakin hampir....

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 10 Dec 2011 03:17 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Posted: 09 Dec 2011 10:55 PM PST


Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)




Di sini eXception nak kongsikan borang BR1M kepada korang semua. Ramai yang mash dok menonggok depan laman web Kementerian Kewangan... Sori la... Isnin baru ada bai... Hari ni diorang tak update lagi... Hari ni hari Sabtu... Esok Ahad... Public holiday...

Di bawah ialah link untuk download borang tersebut. Wajib download kedua-dua bahagian borang...

Filesonic

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2

4Shared

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2

Mediafire

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2

Apa Yang Tersirat

Posted: 10 Dec 2011 01:38 PM PST

Apa Yang Tersirat


Nik Aziz sudi berkawan dengan syaitan- mandakwa pula Umno dipengaruhi Syiatan

Posted: 10 Dec 2011 05:38 AM PST

Nik Aziz tidak senang apabila Umno menggunakan jihad, untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Alasan yang digunakan oleh Nik Aziz, Umno tidak boleh menggunakan perkatan Jihad, kerana perkataan itu berasal daripada al-qur'an.

Umno kata Nik Aziz, tidak pernah memberitahu ahlinya berperang dengan nafsu dan bisikan syaitan, atas sebab itu tidak layak menggunakan istilah jihad.

Sebaliknya, hanya Pas sahaja yang boleh menggunakan jihad, kerana kononnya parti itu berjuang untuk meneggakan syiar islam.

Inilah masalah Pas, di Muktamar Parti itu, sudahpun menggugurkan perjuangan islam, sebaliknya digantikan dengan negara kebajikan. Namun, diluaran, Nik Aziz masih menggunakan pendekatan islam, agar supaya, apabila DAP marah, maka mudah bagi Datuk Hadi menjawabnya, bahawa itu pendapat peribadi Nik Aziz, bukan pendapat parti.

Pelik juga, kenapa Nik Aziz marah dengan syaitan, sedangkan sebelum ini, beliau berkata, Pas lebih senang berkawan dengan syaitan, berbanding Umno.

Nampaknya, Nik Aziz kepanasan apabila Umno meminta 3 juta lebih ahlinya berjihad untuk mempertahankan kuasa melayu di tanah air melayu. Mempertahankan melayu, sama ertinya mempertahankan agama islam, kerana majoriti ahli Umno adalah islam.

Pas sebaliknya, meminta penyokongnya dan rakyat yang simpati kepadanya untuk menyokongnya dalam pilihanraya untuk mendapatkan kuasa, agar supaya, pemimpin seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh boleh menduduki Putrajaya.

Pas juga bermati-matian meminta sokongan agar supaya Anwar Ibrahim boleh mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri. Perjuangan Pas,bukanlah demi memartabatkan kesucian islam, sebaliknya hanya mahu menolong rakan pakatannya daripada DAP dan PKR berkuasa.

Double Standard Pas terlihat di Selangor, apabila Datuk Hassan Ali tidak mendapat pembelaan daripada Pas, apabila exco kanan Kerajaan Selangor itu mencuba meneggakkan syiar islam di Selangor.

Dalam isu arak, serbuan ke atas gereja GMDU, Hassan Ali tidak mendapat "backing" daripada Pas, malah jawatannya sebagai Pesurujaya dilucutkan. Kini, tersebar luas, bahawa Pas tidak akan mencalonkannya pada PRU-13 akan datang.

Nampaknya pemimpin Pas, bersandiwara di mana-mana, apabila di negeri majoriti islam, maka akan bercakap soal islam, apabila bercakap di negeri-negeri yang bukan bermajoriti islam, akan bercakap soal negara kebajikan.

Sandiwara Pas ini bermula tahun 1990, apabila bergabung dengan S-46 membentuk Anggatan Perpaduan Ummah (APU) dan dilain pihak bersama dengan DAP dalam Barisan Alternatif.

Kita saksikan semua cara itu tidak berjaya, untuk merampas kerajaan Persekutuan. Kini, akibat keghairaan selepas PRU-12, mereka membentuk Pakatan Rakyat, dalam usaha merampas Putrajaya.

Yang peliknya, kenapa Nik Aziz tidak menggelar DAP sebagai parti Syaitan, kerana parti itu tidakpun memperjuangkan islam, malah Karpal Singh sanggup mati, untuk menghalang, pembentukan negara islam.

Dolak-dalik Nik Aziz, pada akhirnya akan memakan dirinya sendiri.

PRU-13 adalah penetuan, apakah double Standard Nik Aziz itu diterima rakyat.

Sodomi II: Siapa ambil alih tugas Mohd Yusof?

Posted: 10 Dec 2011 12:11 AM PST

Peguamcara II- Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden adalah orang ketiga dalam ranking di Pejabat Peguam Negara, selepas Tan Sri Gani Patil dan Datuk Idrus Harun.Beliau melepaskan jawatan kerana memilih bersara awal.

Datuk Yusof adalah Ketua Pendakwaraya dalam kes sodomi II Anwar Ibrahim, yang bersambung pada 12-13 Disember, 2011.

Walaupun Peguamcara II itu bersara awal, namun beliau masih mengetuai pihak Pendakawaan Isnin ini.

Ada kemungkin, kemunculan Datuk Yusof pada perbicaraan tersebut, merupakan penampilan terakhirnya sebagai ketua pendakwa kes sodomi II.

Siapakah bakal pengganti beliau?

Apa itu "projek IC" ? Tun Mahathir

Posted: 09 Dec 2011 11:24 PM PST

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan penglibatan beliau dalam 'Projek IC' - yang didakwa operasi rahsia pada tahun 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

Beliau bertegas bahawa namanya telah digunakan dalam operasi tersebut tetapi tidak menafikan menyedari kewujudannya.

Dr Mahathir berkata, ramai orang yang menggunakan nama saya, dan "itu tidak bermakna saya bersetuju (dengan program itu).

Katanya, beliau tidak dapat menghalang mereka daripada menyalahgunakan namanya.

Dr Mahathir (kanan dalam gambar) mempertahankan dasar kerajaan untuk membenarkan rakyat asing yang tinggal di sini selama lebih satu dekad, fasih dalam Bahasa Malaysia dan telah menunjukkan kesetiaan kepada negara - memohon kewarganegaraan.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan versi e-buku memoir beliau 'A Doktor in the House'.

Diminta mengulas mengenai cadangan menubuhkan suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat 'Projek IC', Dr Mahathir nampak terkejut dan berkata dia tidak tahu mengenai projek tersebut.

Ditanya sama ada beliau mengalu-alukan penubuhan RCI untuk membersihkan namanya, Dr Mahathir menjawab bahawa beliau tidak peduli (sama ada namanya) dibersihkan atau tidak.

Baginya, tegas mantan perdana menteri, ianya tidak relevan.

5.2 Juta Rakyat Dijangka Mohon BR1M

Posted: 09 Dec 2011 11:01 PM PST

Kementerian Kewangan mensasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 daripada program Bantuan Rayat 1Malaysia (BR1M).

Katakanlah setiap ISIRUMAH mempunyai keluarga 4 anggota, maka sekurang-kurangnya terdapat 20.8 juta rakyat negara ini hidup melalui pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Jumlah penduduk Malaysia (tidak rasmi) adalah 27juta, ini bermakna, kurang 7juta rakyat negara ini hidup dengan pendapatan di atas RM3,000 sebulan.

Pemberian BR1M bagi AYT adalah untuk melihat berapa ramai penduduk negara ini yang masih tergolong berpendapatan rendah.

Jika sasaran Kementerian Kewangan tersebut tercapai, maka mudahlahkerajaan merangka bagaimana meningkatkan pendapatan ISIRUMAH tersebut.

Untuk sementara, Kerajaan menentukan kumpulan sasaran adalah mereka yang terdiri daripada yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.

Malaysiakini persoal mengapa blogger boleh turut menyelam KD Tun Razak

Posted: 09 Dec 2011 10:12 PM PST

Malaysiakini persoal mengapa blogger pro-BN Papagomo boleh turut serta menyelam bersama KD Tun Razak.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama dua Timbalannya menyelam bersama KD Tun Razak selama 90 minit, untuk membuktikan bahawa kapal selam Malaysia itu, boleh menyelam.

Semenenjak Kapal Selam Malaysia diserahkan pada negara pada tahun 2007, pihak pembangkang mendakwa bahawa kapal selam jenis Scorpene itu tidak mampu menyelam.

Sebelum, menaiki KD Tun Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di lapangan Terbang Langkawi menaiki sebuah helikopter diiringi oleh blogger Zikri Mohammed, yang menulis di bawah nama 'Big Dog',.

Selepas kembali ke pangkalan, Lim Guan Eng sepatutnya memberi gambaran yang benar mengenai kemampuan kapal selam itu, untuk menepis dakwaan mereka selama ini, namun beliau langsung tidak memberi penafian mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya membuka isu baru, yakni mengenai "kos" pembelian.

Bagi pembangkang, apapun layanan yang akan diberikan oleh kerajaan, tidak akan dibalas dengan kebaikan, sebaliknya mereka tetap akan berperlikau seperti melepaskan anjing tersepit.

Pelawaan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid kepada Lim Guan Eng untuk menyelam bersama KD Tun Razak, adalah usaha sia-sia, kerana Setiausaha Agong DAP itu, tidak akan sanggup memberi gambaran yang sebenarnya mengenai kapal selam Malaysia itu.

Apa yang Sharizat tunggu lagi? Berundurlah

Posted: 09 Dec 2011 06:19 PM PST

Semakin ramai ahli dan pemimpin Umno meminta Sharizat Abdul Jalil berundur secara sukarela, sebelum diundurkan dengan paksa.

Tahun 2008, rakyat telah dengan paksa merehatkan Sharizat daripada menjadi Yang Berhormat, namun atas kuasa yang ada pada PM, maka beliau melantik Sharizat sebagai Menteri Kabinet dan Senator.

Peluang yang diberikan oleh PM itu, dimanafaatkan oleh Keluarga Sharizat, mengunapakai wang hasil pinjaman daripada kerajaan yang sepatutnya untuk menternak lembu, namun digunakan membeli kondo, M-Benz, lot rumah, makan angin.

Isu NFC tidak diboleh ditutup lagi. Sharizat sudah menjadi liabilti kepada kerajaan dan parti.

Kapal Selam Malaysia boleh menyelam: Guan Eng sudah buktikan

Posted: 09 Dec 2011 05:54 PM PST

90 minit dibawah dasar laut, dengan kedalaman 140 meter, Ketua Menteri Pulau Pinang, buktikan bahawa kapal selam Malaysia, boleh menyelam.

Apa kata Nurul Izzah selepas ini?

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 10 Dec 2011 01:36 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


PANAS SIHH!! 18SX TARIAN KECUR LIUR DI TENGAH MALAM!!

Posted: 10 Dec 2011 09:03 AM PST

Ini gambarnya..


Ini videonya..

Bagus la Pulau Pinang.. siap ada tarian separa bogel lagi tu. Macam ni la contoh kerajaan Islam ala Khalifah Umar.. Ini bukan Mc kata, tapi puak Pas yang kata.

Kalau macam ni punya menari, puak Pas yang pakai serban besar tayar pun boleh tanggal. he he..

Dengar cerita jangkitan virus hiburan dan tarian separa bogel ni dah berjangkit dengan Kedah. Kalau macam tu bagus la, ada lagi kami peluru nak tibai Pas.

Ada orang bagitau Mc, Pas Kedah sekarang ni dah mula panas pungkoq. he he.. Kami baru bagi mukadimah. Takkan dah panas kot.

McTheory:
sabaq sat.. banyak lagi nih..

PANAS!! PAS KEDAH KEJAM, RAKYAT KECEWA, NGO BERSAMA RAKYAT SUNGAI PETANI!!

Posted: 10 Dec 2011 06:31 AM PST

Kisah mengenai sistem bas tempatan di Sungai Petani terhenti bersambung. Pada yang belum mengetahui isu ini boleh rujuk SINI dan SINI.

Pada mulanya NGO merancang untuk mengadakan demo. Namun apabila dinasihatkan oleh pihak berkuasa, mereka membatalkan dan hanya bertemu rakyat untuk membawa perkara ini kepimpinan kerajaan negeri.

NGO dan rakyat bertemu..



Sempat lagi posing untuk ambil gambar..

Mereka cuba menerangkan nasib penduduk..

Niat mereka berkumpul, hanya satu. Mahu membela rakyat Sungai Petani yang terhimpit dengan masalah yang agak serius ini.

Bayangkan pengangkutan awam yang hampir 50 tahun wujud, tiba-tiba dibatalkan begitu saja. Tanpa ada gantinya. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat hal ini. Bukan dengan membiarkan rakyat derita baru bertindak.

makcik ni menangis memikirkan bagaimana caranya dia mahu pulang kerumah jika  bas tiada? Apakah ada teksi dengan bayaran RM 2?

Apa yang dihadapi oleh makcik ini (seorang warga emas) akan dihadapi oleh beribu-ribu lagi penduduk Sungai Petani. Mc malas nak mengulas panjang, video dibawah menjelaskan segalanya..



McTheory:
Kerajaan kebajikan? Celah mana kebajikan!!

KASI PANAS!! APAKAH UMNO PARTI SEKULAR!! - Jamil Khir

Posted: 10 Dec 2011 03:32 AM PST

KASI PANAS!! USTAZ AZIZAN NAK SERAHKAN KEDAH PADA UMNO??

Posted: 10 Dec 2011 12:12 AM PST

"Jib..Aku nak serah balik la Kedah ni kat hang...dah tak larat dahhh.."

Aku dengar, marah sungguh puak-puak PAS Kedah apabila melihat Azizan Razak begitu akrab dan mesra dengan Najib ketika LIMA 2011 sedang berlangsung di Langkawi. Depa kata macam-macam kat MB Kedah tuuu...

Dengarnya, Azizan dikatakan bersekongkol dan rapat dengan Najib yang merupakan Presiden UMNO. Kalau ikut fatwa Khalid "gereja" di sini, Azizan boleh dikatakan "ultra-Najib"! Padahal, pada pandangan aku, puak-puak PAS ni memang tak tahu latar belakang hubungan Azizan-Najib yang sememangnya rapat dari dulu!


Sebenarnya, Azizan ni rapat dengan Najib sebab masa dia dok kat oversea dulu, dia dikhabarkan dok satu rumah dengan salah seorang adik Najib. Sebab tu la depa rapat sampai sekarang...

"Nanti sat..aku check dulu dengan Tok Bashah..Geng UMNO ready tak nak take over Kedah balik..."

Cuma, Azizan join PAS saja. Itu saja bezanya. Tapi perbezaan tu tak menjadikan mereka musuh atau putus silaturrahim, kan?

Tak macam puak-puak PAS yang dok guna fatwa haramkan kahwin dengan orang UMNO, tak boleh makan sembelihan orang UMNO, tak mau berimamkan orang UMNO, tak mau solat di masjid UMNO dan sebagainya. Tu semua belajaq dari "fatwa" Mursyidul Am dan Presiden PAS la tu...

Sebenaqnya, Azizan ni memang cool. Rakyat suka dia. Yang tak suka dia ialah Exco Kedah dan puak-puak PAS yang dok ligan projek kat negeri tu. Dia rasional dan tak jumud macam puak-puak PAS lain...

Cuma, totoknya pada PAS memang ada. Dia baran dan cepat naik hangin kat orang-orang PAS sendiri. Maklum laaa..perangai orang PAS kan buruk...lagi buruk dari orang UMNO. Sebab tu Azizan layan orang UMNO dan "bolayan" kat orang PAS di Kedah...heh!

Khabarnya, Azizan sendiri dah give-up untuk PAS terus memerintah Kedah. Buktinya,dia pernah bagitau kepada salah seorang "Datuk" di Kedah bahawa dia dah malas nak pikul tanggungjawab MB Kedah. Bukan pasal dia "pemalas", tapi pasal dia tension gila terpaksa mengadap kerenah puak-puak PAS sendiri!

"Ermmm..kalau ikut buku ni..UMNO Kedah dah ready..camana? Bila nak serah?"

"Kalah pun takpa, dah malaih (malas) dah nak layan depa (Exco dan puak-puak PAS Kedah)," kata Azizan yang di "off-record"kan.

Tak payah la tanya "Datuk" mana yang bagitau aku tu. Aku cuma boleh bagi "hint", "Datuk" tu memang agak rapat dengan Azizan dan selalu tolong settle masalah MB Kedah tu...hangpa cari la sendiri...lagi pun aku dah janji tak mau dedah identiti "Datuk" tu...

Berdasarkan statistik di sini, hangpa rasa BN boleh ambik balik Kedah tak? Heh?

Duke Of UMNO

LAA EHH!! DAP TUNTUT KERUSI KAWASAN MELAYU, KAT KEDAH PUN ADA!!

Posted: 09 Dec 2011 10:11 PM PST



Cerita Dap nak tuntut bertanding di kawasan Melayu ni bukan hanya berlaku di Selangor. Tetapi berlaku juga di Pulau Pinang dan Kedah. Kedah sekarang ni, Dap hanya ada 1 kerusi. Dengar cerita depa dok cadang nak minta lagi 3. Bukan hanya nak minta kerusi di kawasan kaum cina. Tapi depa juga nak minta kerusi dikawasan kaum melayu. Bukannya apa, Dap nak cuba test power setakat mana sayap Dap melayunya dapat memainkan peranan.


Namun jika Dap Melayu dapat memainkan peranannya. Apa guna lagi peranan Pas dan Pkr dalam Pakatan? Selama ini pun Pakatan hanya harap undi dari kaum cina. Melayu tu ada tapi kurang.

Jika Dap boleh berdikari sendiri, nampak gayanya Pakatan ni tak lama la.. Golongan manusia tamak macam Dap ni, mana boleh langsung nampak rezeki terluang. Gerenti ada saja kerja jahat yang mereka akan buat.

Sekarang Dap baru nak minta kerusi lebih. Andaikata kalau menang nanti, apa pula yang depa nak mintak lagi gamaknya.

Nampaknya Pas dan Pkr bagai dipergunakan untuk kepentingan Dap.

Habis la kena jual Melayu pakatan..


McTheory:
Yang jadi anjing Dap tu, bukan takat kena jual, dah jadi pelacur dah pun..

TUDIAA LAA!! MAT SABU KATA DUIT RM500 TU DUIT HARAM!!

Posted: 09 Dec 2011 07:11 PM PST



Mat Sabu buat gila lagi. Kali ni dengan mengatakan duit rm500 yang kerajaan edarkan kepada rakyat Malaysia tu adalah haram.

Kenyataan itu dibuat semasa beliau berceramah di kawasan sekitar Baling, Kedah.

Haram yang dimaksudkannya ialah, beliau menganggap duit tersebut sebagai rasuah pilihanraya dari kerajaan pusat kepada rakyat Malaysia.


Sedangkan duit tersebut hanya untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Jika kerajaan pusat hendak merasuah, kenapa tidak semua diberikan. Kenapa hanya berpilih?

Ini kerana, rm500 tersebut bantuan dari kerajaan pusat untuk meringankan bebanan rakyat.

Lagi satu, siapa Mat Sabu yang mahu mengatakan duit itu haram? Ulamak besar mana Mat Sabu ni?

Jangan ingat bila jadi Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu boleh keluar fatwa ikut suka hatinya saja.

Namun kita semua dah kenal Mat Sabu, keceluparan dan jenis tak pakai otak ni. Memang dah trademark Mat Sabu. Kalau tak, takkanlah bini orang pun dia nak bantai. Betui dak?


McTheory:
Mahh.. bulu kat rengkong (tekak) Abang ni mahh.. he he..

PANAS NIH!! PAS KEDAH KEJAM, MAI PAKAT BACA MAI!!

Posted: 09 Dec 2011 04:11 PM PST

memo menunjukkan perkhidmatan bas dihentikan..

Satu demontrasi suara rakyat! menunjukkan ketidak puasan hati terhadap kerajaan negeri yang tidak mahu campur tangan dalam menangani isu bas tempatan di Sungai Petani.

Sedangkan kerajaan negeri di beritahu lebih awal tentang pengumuman ini. Langsung tiada tindakan dari Exco Jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan si Phahrolrazi.


Sepatutnya kerajaan negeri melalui exco kerajaan tempatan boleh menyelesaikan perkara ini dengan mengeluarkan tender mencari pengusaha bas yang lain. Bukan hanya dengan tengok saja.

Kalau depa kata ini kerja kementerian, mai sini Mc nak habaq. Kerja kerajaan negeri bukan hanya tebang balak dan korek pasiaq. Bantu rakyat susah pun kerja hangpa juga. Lani penduduk Sungai Petani takdak infrastruktur pengangkutan bas. Sampai nak ada yang nak pi kerja pun susah.

Takkan takdak cara lain yang boleh selesaikan perkara ini? Awat tunggu sampai rakyat dah memberontak baru ambil tindakan? Akai takdak ka?

Pada yang nak tunjukkan perasaan tidak puas hati tu, mai pakat ramai-ramai kita berkumpul di stesan bas Sungai Petani pada pukul 10.00 pagi ni. 10 disember 2011.

Lagi ramai datang, lagi besar suara kita.


McTheory:
Bagitau kerajaan negeri, jangan dok lena..

waadat

Posted: 10 Dec 2011 01:25 PM PST

waadat


gaji baru guru

Posted: 10 Dec 2011 08:52 AM PST

wang rakyat

Posted: 09 Dec 2011 09:59 PM PST

Demang masih di Selangor. Masalah air dah selesai. Sekurang-kurangnya di kampung Demang. Di KL, entahlah. Tak apa lah. Lagipun orang KL mengundi pembangkang pada 2008. Majoriti orang kampung Demang undi BN.

Semasa ke pasar pagi tadi Demang nampak ramai orang kampung di deretan kedai lama seperti mengerumuni  sesuatu. Rupa;rupanya mereka sedang mengisi borang untuk mendapatkan bantuan RM500 yang diumum kerajaan baru-baru ini.

Alhamdulillah. 

Demang rasa Khalid menangis lagi la. Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Jap lagi Demang update lagi. Nak makan dan solat.

JEBAT BERKOKOK

Posted: 10 Dec 2011 01:22 PM PST

JEBAT BERKOKOK


Apa yang anak Cina ni bebelkan?

Posted: 10 Dec 2011 02:26 AM PST



Melayu memang bangsa tak sedar diri. Benar sangatlah bila Tun Mahathir berkata MELAYU MUDAH LUPA.

Kenapa dalam negara Tanah Melayu masih ada anak Melayu yang begitu bangsat membiarkan anak Cina membelasah UMNO, parti keramat yang memperjuangkan kemerdekaan negara?

Kalau nak cakap Jebat racist cakaplah. Ye Jebat memang racist bilamana ada anak Cina yang mengutuk UMNO. UMNO yang telah memberi bantuan kepada Jebat dari zaman sekolah hinggalah ke zaman universiti.

Anak Cina kat atas ni tak pernah masuk UMNO pun..Apa yang dia tahu pasal kesusahan dan sejarah orang-orang Melayu. Jika orang Melayu tak sebaik orang-orang yang sedang bersorak semasa dia berucap tu tak taulah di mana dia berada sekarang.

Kalau kita berkata semua ini hanyalah politik..adakah kita mahu membiarkan anak Cina ni mengutuk pimpinan-pimpinan Melayu seolah-olah dia tahu semua perkara.

Tidaklah Jebat suka menggunakan perkataan yang tidak munasabah tetapi anak Cina ni sudah melampau. Sudah mahu mengajar Melayu untuk mendengar dan mengikut telunjuk dia yang selalu tersentuh daging babi.

Kepada orang-orang Melayu walaupun tak berapa nak Melayu, kalau nak berpolitik pun janganlah biarkan anak Cina ni mengutuk pemimpin Melayu.

Pernah dengar Najib mengutuk Nik Aziz dengan perkataan yang bangsat? Yang biasa kita dengar adalah Nik Ajis mendoakan pecah perut pada Najib.

Jebat malas nak bercakap panjang. Kepada Melayu yang tak mahu membela Melayu elok sambung semula kulit yang anda potong masa berkhatan dulu dan berkorbanlah dengan babi daripada anda membazir wang untuk membeli lembu korban!!!

Cucu Tok Selampit

Posted: 10 Dec 2011 01:13 PM PST

Cucu Tok Selampit


Sudahlah Madrasah Dirobohkan, Perkhidmatan Bas Di Sungai Petani Pun Diberhentikan?

Posted: 09 Dec 2011 11:00 PM PST


CTS amat terkilan dan bersedih apabila membaca posting rakan CTS di Kedah, McTheory mengenai penamatan perkhidmatan bas di Sungai Petani. Stesen Bas di Sungai Petani memberi banyak kenangan manis buat CTS. Walaupun stesen bas di atas amat daif dan kelihatan kotor, inilah perkhidmatan pengangkutan utama penduduk-penduduk di sekitar Sungai Petani terutamanya di sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan Teluk Nipah.



Walaupun sebuah terminal stesen bas ekspres bernilai RM10 juta (akan dikenali sebagai Dataran Usahawan) yang baru dan moden sedang dalam pembinaan, Kerajaan PAS Kedah seharusnya tidak lepas tangan di dalam mengatasi masalah Rakyat marhaen setempat, yang memerlukan perkhidmatan bas di sekitar Sungai Petani. 

Ambillah contoh Kerajaan Negeri Melaka yang menggabungkan perkhidmatan bas ekspres dan bas tempatan di dalam satu terminal, yang dikenali sebagai Melaka Sentral. Tentu agak sukar bagi Kerajaan Kedah untuk memberikan perkhidmatan bas percuma kepada penduduknya seperti mana yang dilakukan oleh negeri jiran mereka yang lebih kecil, Pulau Pinang. Setidak-tidaknya, Kerajaan Negeri Kedah juga seharusnya bekerjasama dengan SPAD untuk membantu penguasaha bas tempatan yang mungkin mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan mereka.

Ini bersesuaian dengan konsep "Negeri Berkebajikan" yang diamalkan oleh Kerajaan PAS Kedah. Apa nak jadi dengan Rakyat Sungai Petani. Negeri Kedah sudahpun maju semenjak 2010 namun Rakyatnya masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Kekadang betul juga pendapat sesetengah orang, kalau Kerajaan BN masih memerintah di Kedah, keadaan sebegini pastinya tidak akan berlaku. Ramai parti politik yang boleh mengkritik tetapi bukan semua parti politik berkebolehan untuk memerintah.

Azmin Ponteng PSC Untuk Memberi Ceramah Politik

Posted: 09 Dec 2011 06:00 PM PST


Inilah sikap dan cermin sebenar wajah-wajah pembangkang. Amanah yang diberikan dimungkiri. Bukan sekali dua kita mendengar Ahli Parlimen pembangkang gagal hadir Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen kerana menghadiri ceramah-ceramah politik dan jamuan-jamuan untuk mengutip dana parti politik.

Kes terbaru semalam, Azmin Ali, "madu" Kak Wan Azizah pula buat hal. Azmin telah ponteng sessi "Parliamentary Select Committee (PSC)" satu badan yang ditubuhkan oleh karbinet untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya yang sedia ada. Kalau sekadar sakit atau ada hal kecemasan tidaklah kita pertikaikan, sebaliknya ketidakhadiran beliau adalah disebabkan semalam, Azmin Ali telah menghadiri majlis ceramah di Kota Samarahan, Sarawak. 

Kurang asam sambal belacan! Bukankah pembangkang yang sibuk-sibuk hendakkan pilihanraya yang adil dan bersih. Bila Kerajaan komited untuk melaksanakannya, pembangkang pula endah tak endah dan ponteng bertugas. Inikah contoh wakil Rakyat Pakatan Haram?

Duke of UMNO

Posted: 10 Dec 2011 01:03 PM PST

Duke of UMNO


MENYEDIHKAN..KETUANAN MELAYU DAN ISLAM AKAN HILANG DI TANAH MELAYU INI...?

Posted: 10 Dec 2011 07:32 AM PST


Isu Ketuanan Melayu sekarang ini menjadi modal utama Pakatan Rakyat untuk menghentam UMNO. Boleh dikatakan semua pemimpin Pakatan termasuklah dikalangan melayu sendiri yang sanggup untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu untuk menarik undi kaum bukan melayu supaya menyokong mereka.

Sebelum ini, Azmin Ali sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat kerana mencadangkan Ketuanan Melayu dihapuskan. Begitu juga dengan Anwar serta anak beranaknya yang hidup mewah hasil dari faedah Ketuanan Melayu dinegara ini. Inilah yang dikatakan "habis madu sepah dibuang".

Tak perlulah kita bercerita panjang mengenai pendirian PAS berkenaan Ketuanan Melayu. Nik Aziz serta konco-konconya berkata hanya Ketuanan Islam harus didaulatkan dalam negara ini demi menjamin keadilan kaum. Nik Aziz sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan kenyataannya tersebut.

Persoalannya, bukankah melayu itu sendiri majoritinya adalah Islam? Jadi bukankah mempertahankan Ketuanan Melayu, bererti mempertahankan Ketuanan Islam itu sendiri?

Sebenarnya, semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu tak faham dengan konsep Ketuanan Melayu. Jika ada yang faham sekalipun, mereka akan pura-pura tak faham demi menjuarai politik peribadi mereka.

Apakah sebenarnya yang dikatakan Ketuanan Melayu? Berbezakah ia dengan Ketuanan Islam? Harus di ingat, apabila disebut sahaja Islam sebagai agama rasmi negara, ia bermakna kuasa politik negara ini adalah dimiliki oleh orang melayu. Ini bukti bahawa kuasa yang ada ditangan melayu itu adalah kuasa pemerintahan umat Islam.

Jadi, apakah Ketuanan Melayu itu sama dengan Ketuanan Islam? Jawapannya sudah tentunya ya! Dan selama berpuluh tahun negara kita merdeka, tak pernah Ketuanan Melayu menafikan hak kaum lain didalam negara. Malah, berlebih-lebih pula apa yang kita berikan kepada mereka sehingga ada melayu sendiri yang tak berpuas hati.

Ketuanan Melayu juga tak pernah menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama Islam. Dan konsep Ketuanan Melayu juga tak sewenang-wenangnya bertindak zalim kepada kaum lain demi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Hanya kini sahaja, kaum lain dilihat cuba untuk menggugat Ketuanan Melayu yang sejak sekian lama bertapak di negara ini.

Secara tak sedar, semua usaha untuk menghapuskan Ketuanan Melayu ini adalah hasil kerja jahat golongan sekular dan juga kaum kafir yang tamakkan kuasa pemerintahan bangsa melayu. Mereka tahu bahawa UMNO menjadi "penjaga" kepada Ketuanan Melayu, sebab itulah mereka berusaha untuk menumbangkan UMNO dengan apa cara sekalipun.

Tumbangnya UMNO, bermakna tumbanglah Ketuanan Melayu.. Tumbangnya Ketuanan Melayu, maka lenyaplah kuasa pemerintahan Islam di negara ini.

Ada yang mempersoalkan, PAS juga merupakan sebuah kuasa Islam selepas UMNO. Jika UMNO tumbang, PAS masih ada untuk bangsa melayu. Tapi harus diteliti juga, dimanakah PAS ketika ini? PAS kini sedang terperosok jauh dibawah tapak kaki DAP serta PKR. Mustahil bagi PAS untuk menjaga nasib orang-orang melayu jika didalam keadaan begitu.

PAS harus mendominasi Pakatan Rakyat jika mahu menjadi alternatif kepada UMNO. Tak mungkin PAS mampu berbuat begitu kerana PAS telah memisahkan bangsa dari agama didalam perjuangan mereka. Cuba lihat kini, yang jadi Ketua didalam Pakatan adalah Anwar Ibrahim, bukannya Hadi Awang ataupun Nik Aziz. PAS hanya kelas ketiga dalam Pakatan selepas DAP dan PKR.

Kita harus faham, konsep Ketuanan Melayu telah meletakkan kuasa bangsa melayu ditempat yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Ketuanan Melayu juga telah menyebabkan kita hidup tanpa rasa tergugat dengan kaum lain yang beranak pinak di negara ini. Tanpa Ketuanan Melayu, hilanglah jati diri bangsa serta kuasa untuk diwarisi kepada generasi seterusnya.

Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! TENGOK POMPUAN SEKSI SAMPAI EKSIDEN...!!!??? MACAM TU PUN ADA KAAAAA...

Posted: 10 Dec 2011 06:09 AM PST



Tu laaaa..!!! Suka sangat buat dosa tengok pompuan seksi! Sampai eksiden dibuatnya! Betul la hukum Islam yang melarang umatnya melihat aurat individu lain...kan?

So, aku nasihatkan supaya jangan la tiru penunggang motor tu, jangan tiru Anwar yang suka China Doll, jangan tiru Mat Sabu & Amiruddin yang rampas bini orang, jangan buat perangi huduh macam tu...!!!

GEMPARRR..!!! RIBUAN PENYOKONG PAS AKAN BANTU UMNO TAWAN KEDAH JIKA JAMIL KHIR JADI MB..???!!!

Posted: 10 Dec 2011 04:33 AM PST


Selaku seorang blogger dari Kedah dan mengikut perkembangan politik di negeri itu, ramai juga rakan yang bertanya saya sama ada BN mampu menawan kembali negeri Kedah dari genggaman Pakatan Haram, khususnya PAS Kedah.

Nak tahu jawapan saya? Lebih dari BOLEH..!!!

Pertamanya, dari segi kepimpinan, tidak ada sebab untuk UMNO-BN untuk tidak menawan Kedah kembali. Ketika zaman Pak Lah, ramai geng UMNO Kedah yang tak puas hati pasal calon PRU, kroni Pak Lah, dan segelintir Ketua Bahagian yang buat hal...

Namun kini, dengan diketuai oleh seorang loyalist seperti Tok Bashah, Mukhriz yang diminta ramai akar umbi menjadi penolongnya pun dah aktif, Tok Latt pun rapat dengan PM, pertikaian antara Ketua Bahagian pun dah makin reda, tak mustahil Kedah akan kembali ke pangkuan UMNO-BN.

Namun, bila ditanya mengenai MB Kedah dari BN, pemimpin yang paling tepat ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom! Itu pilihan aku. Pada aku, Jamil Khir ada command power. Dia tegas, biasa memerintah, cukup berpengetahuan pasal agama, rapat dengan Azizan Razak dan dilihat mampu mengawal beberapa Ketua Bahagian yang buat hal...

Keduanya, membandingkan statistik di sini, dengan hanya sebanyak kehilangan 1463 undi pada PRU ke-12 yang lalu, dibandingkan dengan sejumlah 1917 undi rosak, tidak mustahil Kedah mampu dirampas semula oleh UMNO-BN.
1) N.26 Tanjung Dawai kalah pada PAS = 79 undi
2) N.24 Jeneri Kalah kepada PAS = 167 undi
3) N.09 Bukit Lada kalah kepada PAS = 208 undi
4) N.27 Pantai Merdeka kalah kepada PAS = 503 undi
5) N.04 Ayer Hitam kalah kepada PAS = 506 undi

Jumlah Hilang Undi = 1463 undi
1) N.26 Tanjung Dawai = 618 undi
2) N.24 Jeneri = 256 undi
3) N.09 Bukit Lada = 395 undi
4) N.27 Pantai Merdeka = 296 undi
5) N.04 Ayer Hitam = 352 undi

Jumlah Undi Rosak = 1917

Sekiranya kehilangan undi dan undi rosak ini berjaya diatasi oleh UMNO-BN Kedah, maka BN akan memenangi pilihanraya dengan majoriti mudah 19 kerusi DUN. Kalau nak menang selesa dengan majoriti 2/3, perlu kerja kuat dapatkan lagi 5 kerusi DUN. Rasanya Pemuda dan Puteri di Kedah mungkin boleh tolong kot...

Bagaimanapun, UMNO-BN Kedah perlu berjaya memastikan 14 kerusi DUN Kedah dipertahankan terlebih dahulu. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

Ketiganya, PAS Kedah memang dah lemah, selemah-lemahnya. Dulu pun depa lemah, tapi pasal UMNO lagi lemah dari depa, depa menang la dapat Kedah. Tapi sekarang ni, UMNO-BN dah mangkit dari tidoq! Dah "koi-koi" kembali bersatu dahhhh..hangpa tak caya? hangpa tunggu laaaa...

Pasal apa aku kata PAS lemah selemah-lemahnya sekarang? Azizan Razak dah give-up. Phahrulrazi pulak dok terawang-awang nak jadi MB. Mahfuz pun nak jadi MB gak. Amiruddin pun nak jadi MB gak. Eh? Berapa banyak MB nih..? Sah berebut kuasa nihhh..!

Paling utama ialah bab ke-4! Rakyat di akar umbi golongan atas pagar dah hangin satu badan dengan PAS. Ada yang meluat kat Exco-Exco dan sayang kat MB yang cuba dianiaya. Ada pulak yang menyampah kat MB dan masuk belah Exco-Exco. Tapi paling parah, majoriti golongan atas pagar dah "bebai" kat MB, Exco dan puak-puak PAS Kedah!

Depa kata lebih teruk dari UMNO-BN..!!!

Bukan setakat geng atas pagar saja. Ada laporan yang neutral memberitahu bahawa orang PAS sendiri akan sabotaj beberapa kerusi di DUN parti itu. Depa hangin satu badan kat ADUN PAS yang depa pilih sebab tak buat kerja dan dok syok sendiri dengan jawatan yang ada..."YB" la kata kan...hebat sangat la gamaknya tuuuu...

Penyokong PAS sendiri akan bantu UMNO-BN tawan Kedah balik pada PRU ke-13 nanti, insyaAllah..!!! Takbirrrrr..!!!

Dan pada pandangan aku, sekiranya momentum ini berkekalan, Jamil Khir pandai atur gerakan, Tok Bashah pandai jadi 'jambatan', Mukhriz pulak bijak main peranan, aku rasa Kedah dah dalam tangan...

Apa pun, kita perlu berusaha. Dan kemudian, serah dan bertawakkal pada Allah SWT. Kalau Dia izinkan, jangankan Kedah, Kelantan pun boleh dapat balik aihhh..!!! Kita tunggu saja masa dan ketikanya. Bila dah sampai masa, KITA STRIKE HABIS-HABISAN..!!!

PENGUMUMAN..!!! KERJA KOSONG JADI CALON DAP DI KEDAH...!!!

Posted: 10 Dec 2011 02:08 AM PST


Tu diaaaa...!!! Kepada orang-orang Melayu di Kedah, sapa nak jadi ADUN atau MP segera? Sapa nak jadi YB, sila pergi ke pejabat DAP berdekatan dan mendaftar diri sebagai "Ahli DAP" di situ..!!!

Khabarnya, DAP sedang mencari calon Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon parti itu pada PRU ke-13 nanti. Ada mana-mana Melayu yang berminat nak jadi calon DAP di Kedah?


Setahu aku, dah ada dah sorang tu. Anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Dia dah jadi pengkhianat dah skang ni. Ada sesiapa lagi nak jadi pengkhianat Melayu Islam macam dia di Kedah?

Ada? Errr...sila mintak restu Kit Siang atau Guan Eng. Sila "kowtow" depan depa dulu, salah satu syarat jadi calon, kot? Heh!

GEMPARRR..!!! SAM KETOT HILANG TELUR TAKUTKAN GOMO..!!!

Posted: 10 Dec 2011 12:09 AM PST


Aku heran betul. Apa yang AMK takut sangat dengan Gomo? Semalam, diorang buat report polis di seluruh negara kononnya suruh ambil tindakan kat Gomo...apa yang diorang takut sangat kat Gomo?

Pasal Gomo serang "dewa" Anwar? Pasal Gomo serang Rafizi, Zuraidah "Mak Lampir", Izzah, Azmin, Chegu Bard dan puak-puak PKR yang lain? Atau Sam "ketot" sengaja nak cari publisiti murahan dengan membodek "boss-boss"nya?

Yang lebih aku heran, kenapa tak saman atau buat laporan polis pasal kenyataan Nallakaruppan, Umi Hafilda, Zulkifli Noordin, Zahrain dan banyak lagi pemimpin berprofil tinggi? Diorang lagi teruk "belasah" Anwar.. Kenapa Gomo saja yang kena?

Sebab Gomo hanya seorang blogger "nyamuk"? Kerana Gomo takde "GodFather"? Kerana Gomo hanya "nobody"? Heh? Nampak sangat diorang lebih takutkan Gomo berbanding pemimpin-pemimpin yang aku cakap kat atas tu...

Anyway, aku ucap tahniah kat Gomo! Memang dia hebat. Kalau tak hebat, takkan la sampai AMK naik takut kat dia? Sampai buat report polis seluruh negara tu! Heh! Caya la bro..kasi hantam sama diorang!

Aku rasa, report polis tu buat Gomo bertambah semangat lagi nak serang diorang. Aku dengar, Gomo dah mula buat "tour" keliling negara mencari bahan untuk terus menghentam puak-puak laknatullah tu.. Aku tengah tunggu Gomo keluarkan video Chegu Bard...heh!

P/s: Anwar...bila nak jawab pasal Omega? Heh?

GEMPARRR..!!! HASAN ALI BAKAL "DIBUNUH"..???

Posted: 09 Dec 2011 10:08 PM PST

hasan ali

Panas di dada media semalam apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib memberitahu bahawa berkemungkinan besar Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Hasan Ali akan digugurkan dari menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.

Memberikan alasan bahawa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan PAS yang menghantar 3 nama calon, Shaari cuba membayangkan bahawa Hasan Ali bagaikan tidak punya pengaruh atau penyokong untuk meletakkan dirinya sebagai calon.

Malah, dia meletakkan Hasan Ali diperingkat paling hina di dalam parti itu apabila menyatakan hanya pucuk pimpinan tertinggi saja yang dapat menyelamatkan nama Hasan Ali dari digugurkan, seolah-olah Exco yang jelas memperjuangkan aqidah umat Islam yang dicabar hebat Khalid "gereja" dan konco-konco musuh dalam politiknya itu perlu mengemis untuk menjadi calon PAS di Selangor!

Hebat benar kenyataan PAS Selangor tersebut. Nampaknya, ada udang di sebalik batu, dan saya percaya ada "dalang" di sebalik pengguguran nama Hasan Ali dari menjadi calon PAS pada PRU akan datang.

Percaya atau tidak, reputasi Hasan Ali teruk direnyuk-renyukkan seseorang yang menjadi musuh politiknya. Saya kira, saya tak perlu sebut siapa musuh politik Hasan Ali memandangkan ia menjadi "open secret" dikalangan para pemerhati politik di Selangor, umumnya di Malaysia.

Umum juga tahu bahawa individu dalam PAS itu teruk menghentam Hasan Ali ketika isu serbuan JAIS terhadap DUMC, gereja "belaan" individu itu. Malah individu itu dikhabarkan sanggup bersusah payah memburuk-burukkan Hasan Ali ketika dipanggil memberikan penjelasan berhubung serbuan tersebut.

Tanpa berselindung, individu itu sampai ke tahap "gaban" menggesa agar pucuk pimpinan PAS Pusat mengambil tindakan disiplin terhadap Hasan Ali dan melucutkan semua jawatannya di dalam PAS. Tanpa rasa malu, dia turut menekan Hasan Ali untuk meletak jawatan, berundur dari menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kemuncaknya, nama Hasan Ali pula cuba dilenyapkan dari menjadi salah satu calon PAS pada PRU akan datang. Ganas sungguh permainan individu itu. Mahu ditamatkan terus riwayat karier politik Hasan Ali.

Namun saya percaya, Hasan Ali tidak akan melawan. Hasan Ali yang saya kenal merupakan seorang yang sabar. Dia rela ditendang, disepak, dihina dan dituduh dengan sebarang kejian. Misalnya, walaupun teruk dikeji, dia tetap hadir ke majlis Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam tempohari.

Setahu saya, di dalam UMNO pun tidak sedahsyat ini. Kalau ada pun, individu yang bertelagah itu sudah tentu sudah ditegur dan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pucuk pimpinan. Namun PAS mengalahkan UMNO dalam bab ini. Teruk betul cara mereka. Itu cara Islam ke?


Sumber: klik sini

PANASSS..!!! PEMUDA PAS MARAH ORANG HINA GUAN ENG..!!!

Posted: 09 Dec 2011 07:29 PM PST

kek najis guan eng

Semalam, media melaporkan bahawa Dewan Pemuda PAS menggesa agar UMNO Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerana dikatakan bertanggungjawab menghadiahkan sebiji kek berwarna hitam dan empat set kek replika najis manusia!

Gesaan tersebut dilakukan oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS, Sany Hamzan, yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap dan tidak bertamadun serta memalukan "khalifah" kesayangannya, Lim Guan Eng!

Amboooiii mak aiiihh..!!! Sesedap mulut mak bapak mereka saja nak tuduh orang. Orang lain yang buat, tapi UMNO pula yang dituduh. Lepas tu, suruh UMNO Pulau Pinang minta maaf pula pada "khalipas" mereka? Sayang betul Pemuda PAS pada Lim Guan Eng! Ni bodek nak jawatan Timbalan Ketua Menteri ke?

Pertamanya, apa maksud Sany Hamzan mahu UMNO Pulau Pinang yang meminta maaf? Apa dia buta? Pekak? Atau tuli? Mamai ke apa? Tidakkah dia baca laporan berita yang menyatakan bahawa kek-kek tersebut dihadiahkan oleh NGO-NGO yang diketuai oleh Ghani Jiman? Ghani Jiman itu mewakili NGO dan UMNO bukanlah sebuah NGO.

Saya ulangi di cuping telinga Sany Hamzan, UMNO BUKANLAH SEBUAH NGO..!!! UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK..!!!

Keduanya, tidakkah dia meneliti laporan berita yang menyatakan bahawa kek-kek tersebut merupakan hadiah harijadi yang ikhlas diberikan kepada Lim Guan Eng? Tahukah Sany tentang makna dan erti hadiah? Meskipun hadiah itu tidak elok atau buruk, hadiah tersebut wajar diterima. Itu yang diajar Rasulullah SAW dahulu!

Sebagai contoh, ada seorang Yahudi yang datang ke rumah Rasulullah SAW dan membawa hadiah kepada Baginda yang berupa makanan. Bagaimanapun, dengan kelebihan dan kuasa Allah, Rasulullah SAW tahu bahawa di dalam hadiah tersebut tersembunyi dengan racun. Namun, demi memuliakan tetamu dan menghargai pemberian itu, Rasulullah SAW terima juga dengan wajah yang manis!

Justeru itu, sewajarnya Sany Hamzan menggesa agar Guan Eng menerima hadiah tersebut dengan muka yang manis dan mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ghani Jiman dan rombongannya atas hadiah tersebut! Macam tu baru cara Islam..!!!

Mengapa Sany mahu UMNO minta maaf pada Guan Eng? Pada ketika Chegu Bard menghantar bantal untuk Pak Lah di Putrajaya beberapa tahun lalu, mengapa tidak pula Pemuda PAS bingkas menggesa Chegu Bard meminta maaf kepada Pak Lah yang masih menjadi Perdana Menteri? Setahu saya, Perdana Menteri lebih besar jawatannya berbanding Ketua Menteri!

Sany perlu bermuhasabah diri dan tanya kepada NGO-NGO terbabit tentang sebab-sebab mereka menghadiahkan kek-kek tersebut dan apa simbolik maksud yang tersirat di sebalik pemberian itu. Tanyalah mereka kenapa dan saya yakin sudah tentu mereka punya jawapan yang terbaik buat Sany Hamzan.

Dewan Pemuda PAS perlu turun ke bawah akar umbi untuk mengetahui mengapa majoriti rakyat Pulau Pinang sangat membenci Lim Guan Eng meskipun anak Kit Siang itu mendakwa telah melakukan banyak "jasa" kepada rakyat negeri itu.

Rasionalnya, jika seseorang pemimpin itu memberikan perkara yang baik kepada rakyat, sudah tentu dia akan mendapat balasan yang baik dari rakyat. Sebaliknya, jika pemimpin itu melakukan kezaliman terhadap rakyat sudah tentu dia akan menerima "habuan" negatif dari rakyatnya sendiri.

Samalah juga dengan Guan Eng kesayangan PAS itu. Dia buat kezaliman kepada rakyat Pulau Pinang. Dia auta sana sini kononnya buat itu dan ini, padahal apa yang dia buat hanyalah "najis" semata-mata di merata negeri. Sebab itulah dia dihadiahkan kek hitam dan kek najis. Kalau dia buat baik di negeri itu, sudah tentu dia akan dapat kek putih berkrim dan set muffin yang enak dimakan!

Takkanlah itu pun Sany tak boleh fikir? Kalau inilah tahap pemikiran Pemuda PAS sekarang, alamat teruklah PAS pada masa akan datang. Sany patut belajar dengan Salahuddin Ayub untuk menjadi Ketua Pemuda PAS yang baik. Tapi belajar yang baik sajalah. Jangan ikut Salahuddin ke "Puduraya" pulak..!!!


Sumber: klik sini

LAWAK PAGI SABTU...KORANG KENAL NI ANAK SAPA..???

Posted: 09 Dec 2011 05:09 PM PST

Ni karikatur yang sempat dilukis yang dapat membantu sesiapa yang kehilangan anak. Korang kenal tak anak siapa kat dalam karikatur ni..? Rasanya macam kenal, tapi siapa ya?

Errr..dengarnya, mak bapak diorang ni mengamalkan dasar "Dinasti" dalam parti diorang! Sapa ek?

THE FLYING KICK

Posted: 10 Dec 2011 01:01 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut