Khamis, 15 Disember 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Keluarga miskin daif di Melaka tunggu jawapan Majlis Agama

Posted: 15 Dec 2011 01:34 AM PST



Tinggal dalam pondok usang
15 Dis 2011, TEHEL, Jasin - Hanya bergantung kepada pendapatan sekitar RM15 sehari menjual barangan­ kitar semula, hidup sebuah keluarga di sini ibarat 'kais pagi, makan pagi'.

Itulah nasib dihadapi keluarga Nordin Ahmad, 35, yang sebelum ini menumpang di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin, mengambil keputusan membina sebuah pondok kecil yang hanya ditutupi kanvas.

Pondok usang yang terletak bersebelahan rumah keluarganya itu dibina menggunakan kayu dan kanvas disumbangkan penduduk kampung serta orang ramai.

Nordin berkata, dia adakala pilu mengenangkan nasib keluarganya yang terpaksa berteduh di pondok usang bagi melindungi diri daripada cuaca hujan atau panas terik.

"Meskipun ianya kelihatan usang dan kerap bocor di sana sini, tetapi di sini umpama 'syurga' buat kami empat beranak untuk meneruskan kehidupan.

"Jika hujan lebat, kami sekeluarga akan bersiap sedia meletakkan baldi di kawasan yang bocor dan akan tidur secara berhimpit di satu sudut yang tidak dibasahi hujan," katanya.

Menurutnya, walaupun menetap bersebelahan dengan rumah keluarga, namun dia tidak mampu meminta sepenuhnya pertolongan kerana mereka juga hidup dalam serba kekurangan.

"Saya mempunyai empat anak, namun dua daripadanya dijaga oleh bekas isteri. Saya bertanggungjawab membesarkan dua anak lagi yang masih kecil iaitu Muhammad Afiq, 12, dan Muhammad Al-Hafiz berusia 1 tahun setengah.

"Bagi membesarkan mereka, saya memerlukan kewangan banyak memandangkan Afiq akan memasuki sekolah menengah tahun depan. Saya susah untuk bekerja kerana perlu jaga Hafiz yang masih kecil," katanya.

Dia berkata, setiap hari dia akan keluar mencari barangan terbuang untuk dijual.

"Kadangkala saya juga menjual petai yang diambil di Senaling dan Inas, Negeri Sembilan secara sambilan bagi menampung perbelanjaan kami sekelurga," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga pernah beberapa hari tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana pada masa sama, Afiq sedang menerima rawatan di hospital gara-gara sebahagian badanya melecur selepas terkena petrol.
"Pada masa itu, semua wang yang saya peroleh terpaksa digunakan untuk membayar rawatan Afiq," katanya.

Nordin berkata, kesan daripada kecederaan itu, anaknya tidak boleh mengangkat benda yang berat kerana akan merasa perit dan sakit jika permukaan kulitnya tegang.

"Oleh itu, saya berharap anak saya dapat dipertimbangkan untuk mendapat bantuan orang kurang upaya.

"Sebelum ini, saya pernah memohon bantuan daripada pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan­," katanya.

Katanya, kini dia risaukan segala kelengkapan persekolahan anaknya yang belum disediakan dan sesi persekolahan baru hanya tinggal beberapa minggu lagi.

"Tahun depan Afiq akan melangkah ke sekolah menengah tentu banyak yang perlu diganti baru, namun sehingga kini saya masih belum menyediakan kelengkapan tersebut," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tinggal-dalam-pondok-usang-1.12523

Guna senapang milik tentera dalam rompakan di KL

Posted: 14 Dec 2011 08:13 PM PST



Laporan akhbar mendedahkan perompak yang ditembak mati oleh pengawal keselamatan semasa rompakan bank di Kuala Lumpur pada 13 Dis 2011 telah menggunakan senapang otomatik Steyr milik abangnya yang merupakan seorang anggota tentera. Panglima ATM, apa komen anda, bagaimana senapang khusus untuk ATM terlibat dalam rompakan?

Apa sudah jadi dengan Strategi Lautan Biru?

Pada 1 Disember 2011 yang lalu, seorang pegawai polis adalah antara saspek yang ditahan dalam satu kes rompakan kedai emas di Kuala Terengganu. Kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2011/12/pegawai-polis-saspek-kes-rompakan-kedai.html

Thursday December 15, 2011
Gunned down robber used brother's rifle, say police

KUALA LUMPUR: The armed robber who was gunned down during a bank heist in Taman Muda, Ampang was believed to have used a Steyr assault rifle belonging to his elder brother.

Sources said the suspect's brother was a serving military personnel in his 30s.

Police had picked him up for questioning at his house in Ampang several hours after the suspect was shot dead in the botched robbery on Tuesday.

He was remanded for a week to assist in police investigations.

Police are trying to determine whether the rifle was taken by the suspect to commit armed robberies without his brother's knowledge.

Meanwhile, Federal CID director Comm Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said initial investigations showed the dead robber had no previous convictions.

"On our part, we are investigating how the suspect obtained the assault rifle as only certain enforcement agencies are authorised to use such firearms.

"We are also conducting a thorough investigation to ascertain if the suspect was involved in other bank robberies," he said during an event in Taman Tun Dr Ismail yesterday.

Police have identified the dead robber as Mohd Azlan Aziz, 29

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/15/nation/10098160&sec=nation

Perompak guna Steyr tersungkur

AMPANG JAYA - Seorang ahli perniagaan bagaikan tidak percaya bahawa kelibat seorang lelaki lengkap bersenjata raifal Steyr yang berada dalam sebuah bank di Taman Muda di sini semalam merupakan aksi rompakan yang benar-benar berlaku.

Semasa kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Mohd. Ayuhamdi Md. Hamdani, 25, yang sedang minum di sebuah warung yang terletak dalam jarak 50 meter dari bank menjadi sasaran perompak tersebut.

"Macam adegan dalam filem apabila saya tiba-tiba nampak orang berlari keluar dari bank sebelum saya menghampiri bank itu untuk melihat apa yang berlaku.

"Dari dekat saya kemudian nampak seorang lelaki memakai topi keledar, pakai sarung tangan hitam, menggalas sebuah beg dan bersenjata api memberi arahan kepada kakitangan bank supaya memasukkan duit dalam beg galas yang dibawanya," cerita saksi itu ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Pada masa sama, cerita saksi itu, suspek yang bengis sambil menghalakan senjata api (Steyr) itu secara rambang, mengarahkan semua pelanggan dalam bank tersebut menundukkan kepala menyebabkan ada antara pelanggan itu menangis kerana terlalu takut.

Namun Ayuhamdi berkata, ketika perompak itu mahu melarikan diri bersama beg galas, dia tiba-tiba rebah dalam bank tersebut akibat terkena tembakan yang dilepaskan seorang pengawal keselamatan menggunakan pump gun.

Pengawal keselamatan bank itu melepaskan tembakan dari sebalik tiang di bangunan bank berkenaan iaitu dalam jarak 50 meter dari suspek.

"Topi keledar yang dipakai oleh suspek tertanggal dan serentak itu banyak darah keluar dari kepalanya," cerita Ayuhamdi lagi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Banjir di KL, Terowong SMART yang dah tak SMART

Posted: 14 Dec 2011 05:07 PM PST









Nampaknya Terowong SMART yang menelan kos berbilion ringgit tewas dengan hanya air hujan yang Allah turunkan dari langit. Banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur semalam membuktikan kebesaran Allah swt dan kelemahan semua manusia.

Ribuan kenderaan terperangkap
14 Dis 2011

KUALA LUMPUR - Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk manakala berpuluh yang lain 'tersangkut' dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara di sini semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.40 petang itu telah menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya di Bulatan Pahang menuju ke semua arah.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, julat hujan kira-kira 5 milimiter yang berlaku petang semalam menjadi punca utama berlakunya banjir kilat itu.

Katanya, kuantiti air hujan yang banyak menyebabkan sistem saliran air di kawasan berkenaan tidak mampu menampung jumlah air tersebut sehingga ia melimpah dan berlaku banjir kilat.

"Berikutan banjir kilat itu, orang ramai dari kedua-dua arah yang tersangkut akibat banjir itu diberi laluan alternatif iaitu Jalan Ipoh bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Tun Razak.

"Polis trafik dan petugas DBKL turut bekerjasama bagi mengawal lalu lintas yang sesak akibat banjir berkenaan," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Tiada ulasan:

Pengikut