Ahad, 20 November 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 20 Nov 2011 03:03 PM PST

Jahilnya Peserta Ratu Cantik Borneo

Posted: 20 Nov 2011 05:45 AM PST

Sedih bila tengok ulasan peserta Islam yang menyertai ratu cantik borneo.

Apabila mereka sudah berani mengulas seakan tidak takut akan hukum Allah, masih layak kah lagi mereka berada di atas nama islam?

Sudah terang-terang mereka menghina agama Islam dan pihak agama juga sudah mengaku tiada kuasa untuk buat apa-apa.

Ada peserta yang cakap rugi kalau tolak pertandingan ini. Mereka juga cakap tiada salah apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang.

Mana exco agama Sarawak? Bengong!

Tiada Tempat Untuk Zaid Di Kelantan

Posted: 20 Nov 2011 03:08 AM PST

Semalam Zaid Ibrahim telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam kawasan PJS dengan alasan sudah biasa dengan kawasan tersebut.

Ahli palimen PJS dari PKR mempersoalkan apa maksud "sudah biasa" yang dinyatakan oleh Zaid.

Untuk pengetahuan semua, tolong jangan paksa Zaid untuk masuk bertanding di Kelantan. Ini kerana tempat untuk Zaid di mata pengundu Kelantan sikit pun tidak ada ruang.

Zaid akan dihalau dan diajar seperti Ibrahim Ali. Sekarang YB katak ini sudah sibuk buat program di Pasir Mas.

Untuk makluman semua, setiap program Brehim tidak mendapat sambutan rakyat.

Orang yang hina Tok Guru Nik Aziz, kekalahan teruk akan dirasai.

Ibrahim Ali menunggu masa.

Kerabu Bersuara


Mulut Zul Nordin Semakin Busuk!

Posted: 19 Nov 2011 11:50 PM PST

"Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi timbalan presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin, Anwar menjanjikan dia jawatan senator," tulisnya.

Zulkifli juga mendakwa Syed Husin teringin untuk menjadi wakil rakyat tetapi apabila bertanding asyik kalah.

"Malah nak dicalonkan bertanding di parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai "anak kominis" oleh kepimpinan PAS pada masa itu.

"Jadi menjadi senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui pintu belakang!" tulisnya.

Kerabu: Seeloknya Zul patut diam. Jangan dok jadi kalut untuk bongkar atau nak buat penipuan pasal orang lain. Kebusukkan hang banyak lagi yang penyokong PKR dok simpan. Harap kopiah je putih, kahkahkahkah...

Awang Adek Semakin Mengarut Untuk Tonjolkan Diri

Posted: 19 Nov 2011 08:50 PM PST

Awang dalam kenyataan semalam menasihatkan Kerajaan Kelantan untuk berjimat cermat bagi mengelakkan defisit. Beliau juga bercakap pergantungan terhadap sumber semula jadi agak ketinggalan dan tidak relevan.

Mungking Awang sedang bermimpi, defisit yang dialami Kelantan adalah rendah berbanding Kerajaan yang dipimpin oleh Umno.

Awang juga dalam mimpinya bercakap, Kerajaan Kelantan agak ketinggalan dalam meneroka sumber ekonomi. Hello Awang, jangan melalut untuk menaikkan nama sebagai calon MB selagi lagi.

Kerajaan Kelantan yang ada sekarang lebih bersih berbanding kerajaan di bawah Umno. Duit hasil yang sepatutnya dapat kepada kerjaan Kelantan dirampas oleh pihak yang zalim.

Banyak projek di bawah BN lembab dan menyebabkan rakyat mengalami pelbagai masalah. Duit deposit lesap dan senyap tanpa berita.

Awang dan konconya tiada tempat di Kelantan. Rakyat Kelantan cerdik!

Muslimeen United

Posted: 20 Nov 2011 01:16 PM PST

Qubbatul Khadhra' (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul S.A.W yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq r.a, dan Umar bin Khattab r.a. Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul S.A.W kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah S.W.T dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah). Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi S.A.W adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi S.A.W.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2. Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi S.A.W dengan sabdanya menjelang wafat: "Selayaknya kita memperluas masjid ini".

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad S.A.W, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bangunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).

Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan. Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang.

Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan "Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i'tibar".

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google "Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi".

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul S.A.W adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.

Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111). Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?

Adapun maksud Nabi S.A.W, Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua'lam./tulahan

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Pengikut