Sabtu, 19 November 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 19 Nov 2011 03:45 PM PST

Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil, menerima RM250 juta untuk membangunkan industri lembu di Malaysia tetapi menggunakan dana tersebut untuk pembelian dua pangsapuri mewah di Bangsar.

Terperangkap dengan perbuatannya itu, beliau mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum akhirnya muncul hari ini bagaikan cacing keluar dari bawah batu yang lembap, cuba untuk mempertahankan diri terhadap penyalahgunaan ini untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai berikutan skandal NFC. Beliau dengan diiringi oleh peguam kegemaran Umno, Shafee Abdullah, yang mana kehadirannya itu menjadi 'tanda' beliau seorang yang bersalah.

Berdasarkan alasan dan logik Salleh ia mendapatkan pinjaman beratus juta ringgit dari dana awam, yang didakwa untuk menjalankan beberapa projek demi kebaikan awam. Kemudiannya ia berbelanja besar dengan sesuka hatinya.

Mengapa kerajaan Malaysia akan memberi kekuasaan penuh kepada NFC untuk mengeluarkan dana awam yang kemudiannya akan disalurkan kepada tujuan selain daripada tujuan asal ia dikeluarkan. Bukankah ianya merupakan jenayah pecah amanah?.

Terdapat fakta bahawa RM800,000 telah dibelanjakan untuk perjalanan 'pengarah' NFC, yang juga adalah anak kepada Shahrizat. Salleh Ismail mengumumkan bahawa mereka tidak menaiki penerbangan Kelas Pertama. Adakah ini bermakna mereka telah menaiki penerbangan Kelas Perniagaan dengan dana awam?. Ini menimbulkan kemarahan ramai. Eksekutif MNC yang berpendapatan berbilion-bilion ringgit pada hari ini juga menaiki penerbangan ekonomi. Sudah tentu, lebih banyak penyelewengan 'derma' kepada ahli-ahli politik Umno ini dengan wang yang dibayar oleh Shahrizat Jalil di antara mereka.

Salleh Ismail juga mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan projek NFC sebagai satu kegagalan. Walaubagaimanapun Salleh sendiri mengaku ia membeli lembu dari Australia dan kemudian menjualnya semula. Ini adalah apa yang NFC lakukan. NFC memberi lembu makan sebelum ia dijual. Inilah 'rahsia' kaedah untuk membangunkan industri lembu Malaysia.

Sepanjang Salleh memberikan alasan, dia turut membandingkan projek lembunya dengan pokok-pokok sawit. Beliau juga mendakwa akan berjaya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015. Sudah tentu boleh, dengan membeli lembu dari Australia, tidak syak lagi.

Lembu yang ditunjukkan dalam TV juga kelihatan bersesakan, berlumpur, kelihatan tidak selesa dan sengsara. Jelas jabatan perkhidmatan veterinar perlu menyiasat NFC terhadap penganiayaan haiwan, serta masalah kebersihan. Seperti mana SPRM sepatutnya perlu juga menyiasat NFC berkaitan isu rasuah.

Malah, ia seolah-olah hanya akan dapat diselesaikan dengan diwujudkan satu Suruhanjaya Siasata Diraja untuk menjawa semua persoalan yang dilemparkan oleh skandal NFC ini.

Sekali lagi, kita kembali kepada persoalan pengawasan. Bagaimana Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang semua skandal terhadap NFC ini?. Bagaimana Kementerian Kewangan tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku?

Menteri Kewangan adalah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau adalah dua kali ganda bertanggungjawab. Akhirnya Najib juga yang bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dilakukan ke atas pembayar cukai Malaysia.

Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai sedikit pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau jika masih mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang. Tapi nampaknya ia tidak akan berbuat demikian. Pernahkah anda dengar mana-mana Menteri BN yang mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan dan meletak jawatan?- Terjemahan Pulak Dah!, versi Inggeris boleh dibaca di sini. - DCM

Full content generated by Get Full RSS.

Biaqpila

Posted: 19 Nov 2011 03:39 PM PST

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan.

Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1) Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC

2) Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor

3) Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

4) NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)

5) Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

6) Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar

7) NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta

8) NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian

9) Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian

Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

2008 (tahun pertama) 2009

Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk 4,141 ekor -

Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 245 ekor -

Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 8 ekor -

Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 15 ekor -

Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 45 ekor 56 ekor

Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor

Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 11 ekor 3 ekor

Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor

Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor 137 ekor
(nisbah 1:1) (nisbah 1:11)

Anggaran kerugian akibat lembu mati RM542,201 RM613,897

Dalam temuramah dengan Berita Harian[2] pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan
Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.
Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

18 NOVEMBER 2011

jalanpulang1978

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Pengikut