Isnin, 7 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS sambut baik pemansuhan PPSMI

Posted: 07 Nov 2011 07:15 PM PST

KOTA KINABALU, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk memansuhkanPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketuanya,Lahirul Latigu berkata, langkah pemansuhan tersebut dianggap wajar  apabila memperlihatkan keadaan masyarakatluar bandar terutama kawasan pedalaman Sabah yang begitu daif dari strukturbahasa dan kemudahan yang banyak mempengaruhi potensi penggunaan PPSMI tersebut

"Keadaandi Sabah terutamanya, boleh dinilai secara mudah. Bagaimana kita mahumeneruskan PPSMI ini sedangkan pelajar-pelajar luar bandar masih lemahpenguasaan bahasa Inggeris dan kepakaran guru-guru menguasai PPSMI pun dilihatkurang.

"Lihatsahaja di kawasan pedalaman Sabah yang mana bukan sahaja keadaan sekolah yang usang,malah kemiskinan juga menghantui proses PPSMI tersebut," katanya.

Beliaujuga tidak menolak masih ramai guru-guru terutama dikawasan pedalaman yang bukansahaja berhempas pulas mendidik pelajar-pelajar pedalaman, malah terpaksa jugamelaksanakan pengajaran dua subjek berkenaan dalam dwi bahasa.

"Kitapercaya, masih ramai dikalangan guru-guru yang terpaksa menggunakan dwi bahawadalam proses pembelajaran dua subjek berkenaan. Ini sekaligus menyebabkanbebanan yang terpaksa ditanggung oleh guru-guru semakin bertambah," ujarnya.

Sementaraitu, Ketua Peneranganya Mohd Zulfikar Abd. Mijan berkata, Menteri Pelajaranharus mengotakan janjinya bagi memansuhkan PPSMI yang berkuatkuasa tahun 2012.

PAS Sabah sumbang 11 ekor lembu

Posted: 07 Nov 2011 06:27 PM PST

KOTA KINABALU, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) menyumbang 11 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidiladha tahun ini.

Sumbangantersebut telah disalurkan ke seluruh Sabah, antaranya Keningau (4 ekor), Putatan(2 ekor), Tawau (2 ekor) ,Sepanggar (1 ekor), Kota Belud (1 ekor) dan Beaufort(1 ekor).

KetuanyaLahirul Latigu berkata, hasil daging korban akan diagihkan ke kawasansekitarnya untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat setempat.

"Sumbanganitu akan diagih-agihkan kepada masyarakat Islam setempat," katanya.

Beliau,yang ditemui ketika mengedarkan sumbangan korban di Pulau Gaya bagaimanapunberharap agar seluruh masyarakat saling bekerjasama dan mengeratkan talipersaudaraan sepanjang masa.

"Setiapdaripada kita harus memperkukuhkan tali persaudaraan dan bersikap toleransidalam setiap tindakan. Amanah dan jujur dalam menguruskan hak rakyat mestitersemat dalam diri," jelasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut