Isnin, 14 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 14 Nov 2011 07:22 AM PST

www.telokkemang.blogspot.com/


SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS 10 November 2011

Posted: 14 Nov 2011 02:07 AM PST

SOALAN LISAN PARLIMEN

10 NOVEMBER 2011 KHAMIS

SOALAN 34

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

MENTERI KERJA JAYA menyatakan.

(a) Rancangan kerajaan dalam RMKe-10 untuk menaik taraf Tol Seremban – Labu dan Tol Seremban Port Dickson dengan menambah lebih banyak pondok bayaran tol bagi mengelakkan berlakunya kesesakkan di waktu puncak dan

(b) Jangka masa projek dan disiapkan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat prihatin dan mengambil maklum mengenai isu kesesakan trafik di Plaza Tol Seremban, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) khususnya pada waktu puncak dan musim cuti umum. Sehubungan itu, pihak kementerian telah merancang untuk membina sebuah lagi persimpangan baru di KM 267.5, PLUS iaitu kira-kira 4 kilometer sebelum Persimpangan Bertingkat Seremban sedia ada dari arah Kuala Lumpur bagi menampung keperluan trafik ke Bandar Seremban.

Anggaran kos bagi pembinaan persimpangan bertingkat baru ialah sebanyak RM 160 jut. Pembinaan fizikal dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 dengan tempoh siap 24 bulan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam RMKe-10.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dilaksanakan di Plaza Tol Port Dickson (Arah Utara), PLUS, reka bentuk plaza tol tersebut masih boleh menampung jumlah kapasiti kenderaan sedia ada iaitu 14,000 kenderaan dalam sehari di mana anggaran had maksima ialah 38,000 kenderaan kenderaan dalam sehari. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian akan mengambil langkah-langkah bagi membantu melancarkan aliran trafik di plaza tol berkenaan terutamanya pada waktu puncak dengan memaksimakan pembukaan lorong transaksi, pelaksanaan kutipan tol secara berlapis dan bantuan kawalan trafik.

Sekian, terima kasih.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 14 Nov 2011 01:14 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Koleks Ceramah Terbaru

Posted: 13 Nov 2011 10:51 PM PST

Nik Najmi (Adun Sri Setia)

Mat Sabu Part 1

Part 2
Part 3

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 13 Nov 2011 11:17 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Happy and Relaxed!

Posted: 13 Nov 2011 02:56 PM PST

After the successful conclusion of the Kuala Krau PACABA Election course yesterday, I feel happy and so relaxed. Never before that I witnessed the unity shown by the Kuala Krau PKR Division Committee in their desire to strengthen the party.

They made committment to do mass work, to go to the grass-roots, to meet the people and to engage the people to do party work.

I faced difficulties in the past to engage my Committee to go to the grass roots. The reasons for their inability were plentiful but upon final analysis they were not really committed to the party course.

Reaasons like "I have no time", "I have kenduris", "My mother is not feeling well," "I have other businesses to attend to", and one thousand and one reasons that they would not go to the grass roots.

As far as volunteers are concerned, the Penderas Branch Committee seemed to lead the others. They had already cut more than 100 bamboos for the purpose of putting PKR flags in the village and they are now cutting about 100 to 200 more to help the Kuala Krau Town Committee to put up the same in the town when the Nomination Day is annouced.

The Division Election Committee headed by our Deputy Head, Razak Hussain, has made the vow that he would call fot the Committee's meeting shortly and would conduct short courses for all the 16 branches in the Division so that party members and volunteers would understand everyone's duties and responsibilities in the face of the Election. He is given the helping hand from Azmi Zainun, our Vice Chairman.

PACABA is headed by our Division's Secretary, Comrade Hafez Harun and he is being assisted by two other deputy secretaries, Nieta Nasa dan Khalid. They too are going for the grass-roots together with the Election boss to ensure that party members at the Branch levels are properly guided to execute their responsibilities during the Election.

As the Head of the Division I must thank my Committee Members because I will be away until the end of the month ending November the 30th because of committments in other Divisions of the country. My PKR Felda Bureau taxes most of my time and I am having daily engagements outside my division .

With the new committments now undertaken by my Commitee Members I felt that Kuala Krau Division will surge ahead with new successes and we will deliver happy results during the Election.

UMNO Johor tidak berakhlak, sangat mundur

Posted: 13 Nov 2011 02:38 PM PST

Perkhabaran bahawa budak UMNO kena pukul didalam ceramah PAS kerana membuat kekacauan melampau bukanlah satu perkara yang memeranjatkan saya.

Sudah beberapa kali saya berceramah di Johor dengan mendapat gangguan melampau dari budak-budak UMNO yang berperangai macam syaitan. Mereka terjerit terlolong macam orang kena rasuk, dan suara kita melalui pembesar suara pun tidak berupaya nak mengatasi jeritan mereka itu.

Mereka menjerit tak henti-henti sehingga kita tidak dapat nak berceramah. Entah kebetulan atau tidak pihak Polis yang hadir menjaga keamanan langsung tidak bertindak tetapi membiarkan keadaan itu terus berlaku. Hanya kesabaran dari pihak penganjur ceramah sahaja yang mengelakkan pergaduhan besar.

Ini rasanya memang disengajakan kerana kalaulah pergaduhan tercetus maka yang akan disalahkan adalah kita yang mengadakan ceramah.

Mereka itu jelas semacam budak-budak suruhan dan upahan kerana daripada beberapa tempat ceramah yang diadakan kumpulan yang sama juga yang membuat kacau itu, ketua yang menjeritnya orang yang sama, jumlah kehadiran mereka pun sama, dan taktik yang mereka lakukan juga sama.

Tempat yang paling hebat gangguan ini dibuat adalah di kawasan Parlimen yang diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri, dan saya mengalami dua kali kegagalan ceramah kerana kehadiran anak-anak syaitan ini; penganjur terpaksa membatalkan ceramah kerana tidak mahu berlaku pergaduhan.

Jika berlaku pergaduhan, tidak semestinya pihak yang menganjurkan ceramah itu yang mendapat lebih kesukaran daripada puak pengacau kerana pihak penganjur mempunyai jumlah penyokong yang jauh lebih ramai dari puak pengacau itu.

Anak-anak syaitan dari UMNO ini langsung tidak diajar mengenai demokrasi, akhlak dan politik beretika. Mereka diupah untuk merasuk dan mengacau, maka itulah yang mereka lakukan.

Maka apabila saya mendapat tahu melalui laman beberapa blog dan facebook bahawa anak syaitan ini cedera dipukul, maka saya mengatakan kepada diri saya, "Sudah kenalah buku dengan ruas" dan jika anak-anak syaitan meneruskan rasukan mereka, perkara-perkara yang jauh lebih serius mungkin akan berlaku.

Dan didalam hal ini, UMNO dan pihak Polislah yang kena menanggung tanggungjawabnya, kerana anak-anak syaitan ini didatangkan dari UMNO dan pihak Polis yang terlibat menjaga keamanan tidak menyekat perbuatan jahat anak-anak syaitan itu.

Involvement in the struggle for Felda Settlers

Posted: 13 Nov 2011 08:24 AM PST

Chairing the Biro Masyarakat Felda and Orang Asal Meeting in Shah Alam - 12.11.11

The more that I am involved in this struggle for the Felda Settlers the more that I feel inadequate and helpless.

There are so much issues and problems faced by the Settlers and their younger generations. The settlers are facing mounting manipulations of their incomes by Felda. They owe so much debts to Felda to the tune of around RM100,000.00 each without Felda being answerable to them how the debts were accumulated.

They were never informed of the actual incomes that they could receive from their land holdings, and although unceasingly they requested for their accounts (income and expenses) from Felda, their requests were turned a deaf ear.

Those who surrendered their land to be replanted by Felda only received a meagre income of RM1500.00 per month and this amount is considered as debt owing to Felda, compared to their counterparts who planted on their own and who could muster an income of about RM7,000.00 to RM12,000.00 monthly

This manipulation by Felda has to end for otherwise more and more settlers will take into their own hands to grab their lands from Felda and manage their own land themselves for a better income, and this is the present scenario in the Felda settlements.

Another form of manipulation by Felda is the percentage of KPG, which Felda from the last 15 years or so, only recognised a percentage not exzceeding 20%, whereas the actual percentage could as well exceed 27%. Each percentage values at around RM33.00 per ton and if the differential is around 6%, then there is a manipulation of around RM198.00 to be multiplied by the monthly tonnage produced, say, 8 tons x RM198.00 = RM1,512.00, that's how much Felda and its mills have manipulated the monthly income of the settlers. This figure will come out with a hugh sum of money when one calculated for a period of 15 years i.e RM1512x12 months x 15 years = RM272,160.00. This is the amount that each of the Settlers were being manipulated by Felda. That's a big amount.

With other manipulations like kernel, ash and crude oil, and the so-called rejection of the palm oil by the mill in an effort to have a higher quality of oil, yet the palm oil were milled after the rejection, the total manipulations may come to a hugh figure of more than RM400,000.00 that can be laid claim against Felda by individual settlers.

Another area where Felda tried to manipulate the settlers income is on the question of the so-called debt. Upon proper calculation, it was Felda that owe the settlers of more that RM100,000.00 each but cunningly Felda issued statements the other way round.

The settlers paid RM4.00 per acreage to Felda for the purpose of replanting per month amounting to RM40.00 per a 10 acre land and calculated to amount the sum of RM17,000.00 for a period of around 15 years.

Yet this sum of money was not made available by Felda when the settlers venture to plant their plantation.

Felda also fail to honour their part of the bargain to advise the State Government to issue land title to the settlers who had adequately paid their debts (BK) and CAC (including land premium) through Felda.

These and other issues have not been settled by Felda and settlers are now taking Felda into Courts.

Heading the Biro Masyarakat Felda, I felt it was my duty to overcome the settlers' plight, but sometimes I felt hoping because most of the Opposition Lawyers are busy and have very little time to give their valuable time to take cases of this nature.

Lawyers are lawyers, and a tiny minority of them would consent their services to attend to the legal problems faced by the settlers. Anyway, that's what I call "struggle" and sooner or later there will be more lawyers who would get involved with the legal probelms of the settlers in a voluntary basis and the sooner they come forward the better would be for the settlers in heeding for their rights
!


Isu tidak membawa kemenangan didalam Pilihanraya

Posted: 13 Nov 2011 07:15 AM PST

Rata-rata aktivis-aktivis Pembangkang bersetuju bahawa isu-isu tidak membawa kemenangan kepada calon-calon didalam Pilihanraya.

Dari segi isu, UMNO/BN sudah kalah. Isu apa? Felda? UMNO Kalah! Isu korupsi? UMNO kalah! Isu Orang Asal? UMNO kalah! Isu ekonomi? UMNO kalah! Isu agama? UMNO kalah! Isu liwat DSAI? UMNO kalah! Isu Negara? UMNO kalah! Isu Negeri? UMNO kalah.

Jika pertandingan didalam Pilihanraya Umum di Malaysia ini ditentukan oleh Isu, maka tidak ada sebab PR tidak boleh menang!

Maka masalah isu adalah masalah kedua. Masalah utama adalah masalah jentera parti. Adakah PR mempunyai jentera parti yang kuat dan kukuh? Adakah PR mempunyai cawangan-cawangan disetiap kampong, lorong, pekan kecil dan bandar?

Sudahkah PR mempunyai Jawatankuasa Pilihanraya yang betul-betul kukuh dan kuat? Berapakah jumlah keahlian PR? Berapa banyakkah cawangan-cawangan yang ada dan berbanding UMNO/BN apakah kedudukan cawangan-cawangan itu?

Sudahkah PR bersiap-sedia dengan penubuhan PACABA dan Sukarelawan?

Tidaklah nak dinafikan bahawa isu juga ada peranannya, tetapi peranan isu itu lebih berlegar di kawasan bandar dan dikalangan mereka yang lebih terbuka minda, bukan di kampong, bukan dikalangan petani-petani yang hanya mempunyai Utusan Melaysia dan TV 3 sebagai sumber informasi.

Di kampong-kampong, pilihanraya itu sudah menjadi satu ritual bahawa sebaik sahaja pilihanraya berlangsung, calon-calon yang menang mestilah dari kalangan UMNO/BN, tidak mungkin mereka akan pilih pembangkang sehingga ada dikalangan pengundi-pengundi yang tua-tua (warga emas) yang berkata mereka mahu mati didalam BN, mereka tetap undi BN walaupun mereka sudah tidak tertahan dengan kos kehidupan hasil dari pemerintahan BN.

Seolah-olah, pilihanraya itu semata-mata untuk mengendorsekan hak kuasa kepada UMNO dan BN.

Adakah keadaan ini tidak boleh dipinda langsung? Jawapannya boleh! Tapi usaha dari Pembangkang mestilah lebih. Kalau hanya sekadar sebulan sekali ceramah besar-besaran, itu hanyalah sekadar program menghibur hati, bukan program menarik pengaruh.

Kerja yang boleh menarik pengaruh adalah kerja yang kadang-kadang dianggap remeh temeh seperti kerja-kerja yang dilakukan didalam majlis kenduri kahwin dan juga semasa menyempurnakan jenazah. Kerja-kerja gotong royong, kerja-kerja kemasyarakatan, kerja-kerja di kubur, kerja-kerja di sekolah, kerja-kerja di masjid dan kerja-kerja yang dianggap tidak penting ini kadang-kadang membawa kesan yang lebih baik.

Majlis ceramah memainkan peranannya juga tetapi untuk menjadikan Majlis Ceramah itu berfungsi untuk mempengaruhi penduduk adalah ceramah-ceramah kelompok, dialog-dialog, sesi soal-jawab, dibuat di kampong dengan kehadiran jumlah majoriti penduduk kampong itu.

Maka sebelum majlis ceramah kelompok itu, aktivis-aktivis parti hendaklah buat kerja yang bersungguh-sungguh di kampong itu, buat jemputan rumah ke rumah, edarkan risalah-risalah, dan buat ajakan yang acap supaya jumlah terbesar penduduk kampong dapat hadir, berceramahlah dengan tidak begitu menggunakan emosi, tetapi membentangkan fakta, maka fakta yang hendak dibentangkan itu mestilah yang boleh dibuktikan supaya pendengar terus mendapat maklumat soheh yang tidak dipertikaikan.

Ceramah bentuk inilah yang boleh menawan hati orang kampong. Ceramah besar-besaran hanya mengumpulkan ahli-ahli parti yang tentunya tetap menyokong parti samada diadakan ceramah atau pun tidak diadakan ceramah.

Ini bererti kerja massa menjadi tiang utama, dan meninggalkannya tidak boleh menanamkan pengaruh parti.

Election Course for DUN Jenderak PACABA

Posted: 13 Nov 2011 04:22 AM PST

Thisis Sdr Balasubramaniam, the PKR Cabang Kuala Krau Committee Member. He met with a road accident about a year ago, and is still not able to walk by himself. Although handicapped he is determined to struggle with his comrades in the Committee to fight against the BN Government that ignored the plight of estate workers.
Our special attribute to Sdr Mohd Saludin Omar, previously a Member of the Pahang State Assemblyman from UMNO representing DUN Kerdau for two terms. He is now the permanent chairman of PKR's Kuala Krau Division.
Our Mr Bala coming to our program and he tried climbing the steps by himself, could he?
He managed to climb the steps with so much hardship but he did it.
Mr Bala sat on the chair throughout the meeting
The participants in the Election Course
The participants
The participants
The participants
Women participant
The participants
Sdr Zaidi Ahmad, The Director of PKR Pahang State Election Committee giving the Course
The participants
The participants
The participants
The participants
The participants

Our first and initial PACABA Course was conducted by the PKR Pahang State Election Committee Director, Comrade Zaidi Ahmad. A total of about 52 participants took part in the 2-hour Course, exposing all the do's and the don'ts and the duties and responsibilities of PACABA.

What is PACABA? Pacaba is a combination of three combination of words denoting Polling Agent (PA), Counting Agent (CA) and Barong Agent (BA) commonly known as PACABA.

A meaningful participation in an election could only be engaged if a political party entering the poll has the right machinery without which it could be out-witted.

The General Election in Malaysia is just around the corner, it may be in December, January, February and the latest by March 2012.

The preparation for the General Election has to be done right now and the training of the party's machinery should not be delayed.

As far as PKR's DUN Jenderak, we are ready fot the election. We have now about 64 PACABA's to man the Election Centres and about more than 100 members as volunteers to conduct the Election, and with this machinery, trained machinery, it is felt that we are more ready to face the Poll evern it were to be called "snap election".


Anwar Ibrahim

Posted: 13 Nov 2011 07:41 PM PST

Anwar Ibrahim


Politik Pelajar: Jangan Cakap Lain, Buat Lain, Kata KAMI

Posted: 13 Nov 2011 06:41 PM PST

Malaysiakini

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menuntut penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Sahol Hamid Abu Bakar berhubung pertandingan pidato politik anjuran Pemuda BN di kampus universiti itu, semalam yang dikatakan secara terang- terangan berunsurkan politik.

Dalam satu kenyataan media, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata jika kerajaan benar-benar ikhlas tidak mahu mahasiswa berpolitik, sepatutnya kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus tidak seharus dikeluarkan.

"Mahasiswa merasakan keterangan naib canselor UiTM bertajuk "Tidak Perlu Pinda AUKU" hanyalah sekadar retorik semata-mata.

"Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.

"Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa," katanya.

Menurut Haziq Abdullah, kenyataan Sahol Hamid (kiri), Jumaat lalu bahawa politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depan, bercanggah dengan apa yang terjadi di kampus UiTM.

Sahol Hamid juga dilaporkan berkata bahawa universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.

“Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah,” katanya.

Kongkong mahasiswa

Bagaimanapun menurut KAMI, mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk meluahkan pendapat walaupun apa yang bakal diperkatakan itu mungkin bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh pihak universiti.

"Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan naib canselor UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.

"Kenyataan bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan,” kata Haziq Abdullah.

Beliau tegas mempertahankan bahawa mahasiswa mesti diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk bersuara.

"Tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir," katanya.
Menurutnya lagi jika "orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik."

"Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain."

Pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri peringkat saringan zon tengah di UiTM, Shah Alam, semalam,dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (dua dari kanan).

Khairy juga dipetik Bernama berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak.

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor

Posted: 13 Nov 2011 06:36 PM PST

DEMI RAKYAT

15 November 2011 (Selasa)

Program 1)

8.00 – 9.00 mlm – Solat Isya' – Surau Tmn Sri Penggaram, Batu Pahat

Program 2)

7.00 – 10.45 mlm – Jamuan Makan Malam KeADILan

Lokasi: Grand Sea View Restaurant, Jln Tanjung Laboh,  Batu Pahat

Program 3)

9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Markaz PAS Parit Bilal, Jln  Bukit Pasir, Batu Pahat

Penceramah:

1.   YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.   YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

3.   YB Tian Chua

4.   YB Dr Dzulkifli Ahmad

5.   YB Dr Boo Cheng Hau

6.   YBhg Syed Abdul Hamid Ali

Sikap Amanah Bawa Selangor Lonjak Agihan Kebajikan Rakyat

Posted: 13 Nov 2011 04:43 PM PST

Keadilan Daily

Pengurusan wang yang beramanah adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti di Selangor, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau berkata, ratusan juta ringgit berjaya dijimat dan dipulangkan kembali demi kebajikan rakyat, hasil pembasmian ketirisan dan rasuah.

Dalam kenyataan media, Azizah memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin.

"Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012 menunjukkan pengurusan ekonomi negeri menjana pembangunan pesat.

"Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun," katanya yang mengalu-alu Belanjawan Selangor 2012 bertema 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat'.

Memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin, Aziziah berkata, pimpinan kerajaan negeri meneliti setiap pengurusan wang rakyat dan mengenal pasti serta mengutip semula hutang sektor swasta kepada rakyat.

Contohnya, beliau berkata tiada rekod berkaitan hutang RM391 juta Talam Corporation kepada kerajaan Selangor ketika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada Mac 2008.

Untuk 2012, Selangor meneruskan program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan tambahan RM300 juta atau 15 peratus dari Belanjawan 2011 melalui geran untuk meringankan beban rakyat.

Sasaran program ialah menyalur bantuan kepada penduduk berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan serta orang kelainan upaya (OKU).

Menegaskan komitmen Pakatan Rakyat memastikan rakyat berpeluang memperoleh pendapatan encukupi setara dengan kos sara hidup, Azizah berkata, ia bukan bersifat 'one-off' seperti amalan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

DSAI Dialogue With More Than 200 Community Leaders From Some 65 Chinese Associations And Guilds in Subang Jaya, Selangor 08/11/2011

Posted: 13 Nov 2011 04:23 PM PST


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 13 Nov 2011 12:10 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bajet 2012, berita baik untuk perompak dan penyamun

Posted: 13 Nov 2011 12:01 AM PST



Nampaknya guru sekolah yang bawa duit tunai untuk diagihkan kepada pelajar RM100 setiap seorang kena pastikan ada insuran atau takaful nyawa, ada jaket kalis peluru, ada pengawal keselamatan bersenjata. Sedangkan duit beberapa puluh ringgit pun ada yang mati dek peragut, inikan pula tunai RM 200,000.00. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan untuk ….

GURU BESAR BOLEH MINTA POLIS IRINGI WANG BANTUAN

Utusan Malaysia, ALOR SETAR 12 Nov. 2011 - Guru besar dan pengetua sekolah boleh meminta bantuan anggota polis bagi mengiringi mereka membawa wang bantuan khas awal persekolahan yang dikeluarkan dari bank ke sekolah untuk diagihkan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu boleh diambil jika jumlah wang bantuan khas itu dibawa dalam kuantiti yang besar memandangkan jumlah pelajar yang ramai di sesebuah sekolah.

"Jika sebuah sekolah ada 2,000 pelajar, maknanya sekolah itu akan membawa pulang wang tunai RM200,000 ke sekolah jadi kementerian telah berbincang dengan pihak polis agar mengiringi mereka ketika wang itu dibawa," katanya.

Ka Siong mengulas langkah kerajaan mengagih wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 seorang kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara seperti diumumkan dalam Bajet 2012 melalui akaun sekolah masing-masing.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm


Pengawal baru 3 hari bekerja ditembak mati
Berita Harian 1 Nov 2011

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang baru tiga hari bekerja ditembak mati dalam rompakan nekad sebuah kenderaan pacuan empat roda, berhampiran Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, bersama dua rakan setugas dalam perjalanan ke sebuah bank di Universiti Malaya (UM) selepas mengutip wang tunai RM173,000 dan puluhan cek dari Unit Kewangan pusat perubatan berkenaan.
http://www.bharian.com.my/articles/Pengawalbaru3haribekerjaditembakmati/Article/

Samun duit RM20,000

SEREMBAN: Seorang wanita hanya mampu melihat dua penjenayah bertopeng melarikan wang tunai lebih RM20,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dalam kejadian samun di depan rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua penjenayah bersenjatakan objek tajam itu menyerbu kereta mangsa sebelum memecahkan cermin kereta itu lalu melarikan wang tunai yang diletakkan di dalam sebuah beg.

Menurutnya, mangsa segera memandu pulang ke rumah dalam usaha untuk menyelamatkan diri dan wang yang baru dikeluarkannya.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di depan rumahnya, dia diserbu dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam memecahkan cermin kereta dipandunya sebelum mengambil wang yang baru dikeluarkan dari bank.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SamunduitRM20_000/Article

Bayangkanlah betapa baiknya kerajaan BN ni, sampaikan kalau ada anak jutawan atau bilionwan yang berada di sekolah rendah atau menengah akan diberi RM100 setiap pelajar. Tapi ada syarat, iaitu terpulang kepada ibu bapa dan penjaga samada hendak menerima atau tidak mengikut kemampuan masing-masing. Apa punya syaratlah macam ni. Nampak sangat Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM separuh masak atau mungkin terlebih masak. Kisah selanjutnya di http://amkns.blogspot.com/2011/10/anak-jutawan-pun-dapat-rm100-dlm-bajet.html

Tiada ulasan:

Pengikut