Jumaat, 14 Oktober 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda Pakatan Rakyat Sabah demo bantah penutupan jalan

Posted: 14 Oct 2011 01:11 AM PDT


KOTA KINABALU, 14 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) di negeriini menganjurkan demonstrasi bagi membantah penutupan jalan pintas ke SabahMedical Center (SMC) dari Jalan Lintas susur masuk melalui Jalan Bersatu 1,petang tadi.

Demonstrasi berkenaan diketuai Pemuda DAP Negeri Sabah, Jenz Wong dan diadakan dilokasi berhampiran persimpangan Jalan Lintas-Jalan Bersatu 1, dekat sini.


Mereka berbuat demikian selepas mendapat keluhan penggunajalan raya yang terpaksa melalui jalan utama untuk menuju SMC.


Kira-kira 50 pemimpin dan ahli parti-parti komponen PRmenyertai demonstrasi yang bermula jam 3 petang tadi dan berakhir setengah jamkemudian.


Antara barisan kepimpinan yang hadir adalah  Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu;Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Saudara Mohd Julfikar Abd Mijan; Pemuda DAPNegeri, Jenz Wong, wakil-wakil daripada Pemuda PAS Sabah, wakil Pemuda DAPSY, wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK)dan para penyokong ketiga-tiga parti.
 
"Pemuda PAS akan bersama-sama pemudaPakatan Rakyat dalam memperjuangkan hak-hak akyat terutama yang melibatkan isukemudahan untuk rakyat," kata Lahirul Latigu.

Demonstrasi aman itu bersurai tanpa sebarang insiden tidakdiingini berlaku.

Tiada ulasan:

Pengikut