Isnin, 31 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengangkutan awam zaman BN lagi teruk dari zaman Jepun

Posted: 30 Oct 2011 06:41 PM PDT



30 Okt 2011 - KAUNTER tidak dibuka manakala mesin tiket rosak adalah antara masalah yang sering berlaku di beberapa stesen komuter di sekitar Lembah Klang. Rozita Mohd. Noh, 42, kelihatan tergesa-gesa menuju ke stesen komuter Batu Caves bagi menaiki komuter untuk ke tempat kerja. Dia perlu bergerak cepat kerana pada waktu pagi, perkhidmatan tren itu memang penuh.

Sebaik tiba di platform menghala ke Pelabuhan Klang, dia terus menuju ke mesin tiket tetapi mesin itu tidak berfungsi. Dia berpaling ke arah kaunter tiket, kaunter itu tidak dibuka.

Mahu tidak mahu dia terpaksa ke platform arah Batu Caves untuk membeli tiket walaupun terpaksa memanjat tangga dan berjalan jauh sebelum kemudian kembali ke platform Pelabuhan Klang.

Itulah masalah yang sering dihadapi oleh pengguna perkhidmatan komuter di beberapa stesen komuter di Lembah Klang.

Walaupun terdapat kaunter dan mesin menjual tiket di setiap stesen tetapi pada setiap masa, banyak mesin yang rosak, manakala kaunter tidak dibuka.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa stesen komuter di laluan Pelabuhan Klang mendapati rungutan tersebut memang berasas kerana beberapa mesin tiket rosak dan kaunter tidak beroperasi.

Rozita yang merupakan seorang pekerja swasta berkata, dia sudah beberapa kali berhadapan dengan keadaan tersebut dan tidak nampak ada usaha serius dibuat untuk mengatasinya.

"Jarak untuk membeli tiket di platform sebelah agak jauh dan semua itu membuang masa serta menyakitkan hati," katanya.

Suri rumah, Saodah Delan, 50, berkata, dia hairan kerana kaunter menjual tiket di stesen Pantai Dalam tidak beroperasi walau terdapat penjaga di situ.

"Mesin jual tiket pula kadang-kadang rosak. Saya pernah terlepas komuter gara-gara terpaksa membeli tiket di platform sebelah kerana kaunter tutup dan mesin rosak," katanya.

Pekerja swasta, Syanira Mohd. Sharif, 35, mengakui kaunter tiket di stesen komuter tidak dibuka manakala mesin tiket pula selalu rosak menyebabkan pengguna sering menghadapi masalah untuk membeli tiket.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

Nasib Melayu miskin di Pahang, negeri kerajaan BN, Bantulah

Posted: 30 Oct 2011 04:56 PM PDT



Anak sulung berhenti sekolah akibat kemiskinan.
CAMERON HIGHLANDS 31 Okt 2011 : Akibat kesempitan hidup, seorang pekerja kebun sayur di Kampung Melayu, Brinchang, di sini, terpaksa memberhentikan persekolahan anak sulungnya setakat tahun enam.

Rosli Shariff, 35, berkata, dia terpaksa berbuat demikian terhadap Intan Nursyahirah, 13, bagi mengurangkan beban sekali gus memberikan peluang kepada tiga lagi anak lain meneruskan persekolahan.

Menurutnya, dia yang bekerja dengan mengangkat kotak dan bakul sayuran untuk dipunggah ke atas lori dan cuma menerima upah harian antara RM25 hingga RM30 menyebabkannya sukar untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Katanya, bagi membantu menyara keluarga, isterinya, Fadilah Pelek, 36, pula bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah menengah di Tanah Rata. Namun, upah yang diterimanya rendah dan sekadar cukup untuk membeli makanan. "Pendapatan kami berdua tidak mampu menampung kehidupan seharian sekeluarga serta perbelanjaan persekolahan tiga anak yang masih belajar dalam tahun lima, tahun dua dan tadika di Pekan Brinchang.

"Jika masalah kesempitan kewangan ini masih berterusan, kemungkinan tiga anak saya bakal mengalami nasib yang sama seperi kakaknya apabila hanya belajar setakat tahun enam," katanya.

Sementara itu, Intan Nursyahirah berkata, dia berharap dapat bersekolah semula bersama dengan rakan sebayanya.

"Tidak ada apa yang kurang pada diri saya kerana saya boleh membaca, menulis dan mengira. Tetapi, disebabkan kemiskinan keluarga membantutkan hasrat saya untuk meneruskan persekolahan dan mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

"Saya merayu kepada pihak berkenaan yang sudi membantu dengan menampung perbelanjaan sekolah supaya saya dapat meneruskan pembelajaran sehingga peringkat tertinggi," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anaksulungberhentisekolahakibatkemiskinan/Article/index_html

Sambutan 60 PAS peringkat Negeri Sembilan

Posted: 30 Oct 2011 04:56 PM PDT


MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad)
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
YB Dato Husam Musa
YB Dato Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Nasarudin Hasan
YB Hj Mohamad Taufek

Kupon Makan Malam cuma RM 10 seorang

Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828

Untuk sumbangan boleh disalurkan ke :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Bank Islam No akaun : 05030010000462

- Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

- Layari Blog PAS N.Sembilan untuk maklumat terkini di http://pasns.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Pengikut