Pakatan Rakyat |
Posted: 09 Sep 2011 03:36 PM PDT | Khaled: Subjek Sejarah dikaji semula Posted: 09 Sep 2011 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR — Silabus subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (gambar) berkata sehubungan dengan itu satu kajian mendalam mengenainya akan diadakan oleh fakulti sejarah. "Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan silabus sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu 'what is the real' sejarah," kata beliau dipetik Bernama Online. Beliau ditemui pada majlis pelancaran buku karya Syed Naquib di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di sini, hari ini. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Sultanah Johor yang juga Canselor bagi universiti itu, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah. Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah. "Sejarah yang seperti dirujuk kita sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh barat, maknanya sebelum kedatangan mereka, tidak tercatat apa-apa fakta. "Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis. "Jadi dalam hal ini mungkin sejarah boleh dicungkil bukan semata-mata maknanya ada putar belit sejarah, tapi ia lebih kepada mencari kebenaran, ia telah ditulis secara tidak betul," katanya. Bagaimanapun, Khaled memaklumkan bahawa buku itu tidak akan digunakan bagi mengganti buku teks sedia ada di peringkat sekolah, namun akan dijadikan sebagai rujukan bagi kajian yang lebih mendalam. | MTUC simpati nasib pekerja MAS, sokong piket diputuskan 25 Sept Posted: 09 Sep 2011 04:09 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada dasarnya menyokong pendirian tiga kesatuan pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang mahu berpiket berhubung perjanjian kerjasama MAS-AirAsia dan keputusan akhir ke atas tindakan perhubungan industri itu akan dimuktamadkan akhir bulan ini. Presiden MTUC Khalid Atan berkata, isu yang dihadapi oleh kesatuan-kesatuan sekerja MAS akan dibincangkan pada mesyuarat majlis am kongres pada 25 September ini. Tiga kesatuan pekerja-pekerja MAS yang mewakili kira-kira 15,000 pekerja akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan dan berpendapat bahawa janji niaga MAS-AirAsia tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan. "Saya sudah dimaklumkan masalah mereka, sudah pasti ia akan dibincangkan pada mesyuarat majlis am MTUC, jika dipersetujui kami akan menyokong tindakan piket mereka nanti," katanya. "Keputusan akhir perlu diputuskan oleh majlis am, ia keputusan bersama, bukan saya seorang sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini. Khalid berkata, maklumat yang beliau terima menunjukkan pengurusan baru tidak merujuk kepada kepimpinan kesatuan-kesatuan sekerja sebelum mengambil tindakan, misalnya memindahkan 80 peratus tenaga kerja ke penerbangan baru yang dinamakan Sapphire. "Seramai 80 peratus pekerja MAS akan dipindahkan ke syarikat baru, tinggal 20 peratus dalam organisasi lama ... tindakan ini mengikut kesatuan sekerja adalah tidak sihat... mereka tidak gembira kerana perkara ini tidak dibincang dengan mereka, malah khuatir ia juga akan menjejaskan tahap kekananan seseorang pekerja," kata beliau lagi. Semalam, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), Abdul Malek Arif mendakwa kesatuan itu menjangkakan hampir 80 peratus pekerja syarikat itu akan dipindahkan ke syarikat penerbangan baru Sapphire. Katanya, langkah sedemikian akan menjejaskan keahlian kesatuan dan memberi kesan ke atas keupayaan mewakili tenaga kerja. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi, MAS melahirkan rasa kecewa ekoran laporan media bahawa kesatuan-kesatuan sekerjanya mahu mengadakan ancaman tindakan piket. Menurut MAS, Maseu, Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF). MAS berkata ia telah dan akan terus melibatkan kesatuan. Malah ia juga berkata pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai. Semalam tiga kesatuan itu mempunyai keanggotaan seramai 15,000 orang mengumumkan anggotanya akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia. Presiden Maseu Alias Aziz dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan. | Posted: 09 Sep 2011 04:08 AM PDT
| Laporan Utusan mengarut - Nik Aziz Posted: 09 Sep 2011 04:07 AM PDT
| Nik Aziz, Abd Hadi dan Mat Sabu ceramah malam esok Posted: 09 Sep 2011 03:59 AM PDT
| Status penduduk sementara 'lesap' selepas didedah Posted: 09 Sep 2011 03:57 AM PDT
| Mahathir kata sokongan Najib merosot kerana Bersih 2.0 Posted: 09 Sep 2011 03:56 AM PDT
| SPR daftar alamat pengundi tak wujud Posted: 09 Sep 2011 03:55 AM PDT
| Cukai prabayar 6%: BN terus peras rakyat Posted: 09 Sep 2011 03:54 AM PDT
| Pengguna tidak berhemah atau jalan raya bermasalah Posted: 09 Sep 2011 03:50 AM PDT
| Bakun: Najib digesa bela nasib orang asal Posted: 09 Sep 2011 03:46 AM PDT
| Anak mangsa Bukit Kepong akui Mat Indera selamatkan bapanya Posted: 09 Sep 2011 03:40 AM PDT KUALA LUMPUR - Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera atau dikenali sebagai "Mat Indera" ketika serangan enam dekad lalu itu. Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis. Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis, lapor The Malaysian Insider. Dia yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka di Melaka berkata, menurut bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950, Yusoff merupakan antara empat yang terselamat. "Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup. "Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai," katanya. Nazir menambah, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan. Sementara kaki kiri dan matanya turut cedera terkena serpihan bom. "Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata 'yang sudah itu sudahlah' kepada anggota komunis berkenaan," katanya lagi. Kelmarin, keluarga Mat Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan. Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan. "Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat. Katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya." Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan." Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua. Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi. Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat." "Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya. Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang selamat itulah yang diselamatkan... ramai." Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera. "Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.- Harakah Daily | 'Ugutan SMS terhadap keluarga Mat Sabu kejam' Posted: 09 Sep 2011 03:39 AM PDT Pemimpin kanan DAP Selangor tersebut turut menggesa polis menyegerakan siasatan. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang juga exco kanan negeri Selangor mengutuk tindakan pihak yang menghantar ugutan SMS kepada isteri dan anak perempuan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Sehubungan itu, Teresa Kok mengatakan bahawa ugutan tersebut merupakan kesalahan jenayah jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 di bawah Kanun Keseksaan. "Mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional. Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah," katanya. Kenyataan beliau timbul ekoran laporan media bahawa isteri dan anak perempuan Mohamad Sabu menerima SMS ugutan simbah asid. Menurut orang nombor dua PAS itu, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali. Mohamad menyifatkannya sebagai ancaman serius yang diterimanya berpunca laporan Utusan Malaysia berhubung ucapan yang dibuat dalam satu ceramah di Tasek Gelugor ada 21 Ogos. Utusan melaporkan bahawa Mohamad telah menghina pejuang kemerdekaan dan memartabatkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Pemimpin DAP itu turut menggesa polis untuk menyegerakan siasatan dan menangkap pihak terbabit agar masyarakat sedar bahawa ugutan dalam bentuk pesanan ringkas adalah jenayah. "Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman. Beliau turut menggesa pihak polis mengambil langkah untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya. | DAP sokong PAS kaji semula sejarah Posted: 09 Sep 2011 03:37 AM PDT Kaji semula sejarah perlu dilakukan agar mereka yang benar-benar menyumbang ke arah kemerdekaan dapat dikenali, dihormati dan diberi pengiktirafan sewajarnya. PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok menyokong cadangan PAS supaya Kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula sejarah pejuangan kemerdekaan negara ini. Dalam satu kenyataan media semalam, beliau berkata kaji semula sejarah perlu dilakukan agar mereka yang telah benar-benar menyumbang kepada usaha tersebut dapat dikenali, dihormati dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya. "Semua pelajar sejarah tahu pemimpin Umno bukannya satu-satunya pihak yang telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, sebagaimana disebarkan oleh pemimpin Umno selama ini," katanya. Pada hakikatnya kata beliau, mereka yang telah berjuang mencapai kemerdekaan pada ketika itu termasuklah gerakan persatuan perniagaan, persatuan pekerja, pihak media daripada pelbagai bahasa, golongan intelektual, kumpulan kebudayaan, golongan Islam dan pihak berhaluan kiri. "Namun begitu, media arus perdana tidak memberitahu orang ramai tentang sejarah yang sebenarnya selama ini. Sesetengah aspek sejarah yang tidak dikehendaki dipadamkan manakala sesetengah tokoh yang terpilih diagung-agungkan," katanya. Kok yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara menegaskan"sepastinya, sejarah sesebuah negara bukanlah sesuatu yang kemas dan rapi tetapi kompleks dan berkepelbagaian, apatah lagi bagi tanah air kita yang terdiri daripada berbilang etnik kaum. "Oleh itu, saya menyaran Kerajaan agar menerima cadangan PAS untuk mengkaji semula sejarah secara objektif, jujur dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak secara bersama. "Umno harus hentikan tuduhan "buta sejarah" terhadap pihak lain semata-mata kerana ingin mengagung-agungkan sumbangan Umno. Kalau tidak, pada akhirnya, Umno terbukti tidak berani mengakui hakikat sejarah," ujar beliau. | Kempen 'Bersihkan Najib' dalam Umno? Posted: 09 Sep 2011 03:36 AM PDT "Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya," kata seorang pemimpin Umno Selangor. PETALING JAYA: Satu gerakan tersusun yang dinamakan 'Bersihkan Najib' di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu. Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu. Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan. "Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur," menurut petikan entri dari blog terbabit. Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu. "Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini," tulis beliau lagi. Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda 'Bersihkan Najib' dari Umno ini. "Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya," tambah beliau lagi. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan 'Bersihkan Najib' tersebut. Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu. "Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya," ujar beliau ketika ditemui di sini. Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya. "Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang. "Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya. "Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri. "Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya," ujarnya. | Najib cuti di Australia, salah guna dana awam? Posted: 09 Sep 2011 03:33 AM PDT PM bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA. PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap salah guna dana awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bercuti di Perth, Australia serentak ketika negara merayakan Hari Kebangsaan dan Aidilfitri 31 Ogos lalu. "Laporan polis telah dibuat serentak oleh Penyelaras SAMM negeri masing-masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan," kata Presidennya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis berdasarkan maklumat yang dimuat oleh portal berita Malaysiakini.com pada 2 September lalu yang melaporkan Najib bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA. Menurutnya, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd. Ujar beliau, "saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Najib pergi bercuti ke luar negara pada Hari Kebangsaan. "Namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Najib bercuti dengan menggunakan kemudahan awam untuk tujuan peribadi," katanya. Tegas beliau, "pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-Ã -vis rakyat. "Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Najib untuk kepentingan peribadi," kata beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau. | Panduan melihat sejarah menurut Islam Posted: 09 Sep 2011 03:31 AM PDT Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu, history cannot lie. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau school of thought yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya. Ketulenan fakta Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik. Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab 'rijal al-hadith' iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat 'sahih'. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka. Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu. Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya 'Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu' (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan Kajiannya) menyebut: "Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syarie seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya" (ms 227, Mesir: Dar al-Wafa/1408H). Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu". (Surah al-Hujarat: 6). Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan. Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi SAW sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi SAW. Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut: "Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu'awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Mu'awiyah ibn Abi Sufyan, ms 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H). Begitu juga Khaliah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): "Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak - Allah memelihara daripada itu semua! - kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya". (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t) Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas. Mengkritik teks Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta. Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: "Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar". Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik. Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan. Riwayat ini ditolak. Pertama sekali, cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya, kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus. Ketiga, Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula. Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini. Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin perincian bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut. Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah. 'Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan: "Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks)". ('Abd al-Rahman Fakhuri, Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M). Tafsiran Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhinat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain. Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja Melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah - jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah - akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran. Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135 (maksudnya): Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. | MAS kecewa kesatuan ancam tindakan industri Posted: 09 Sep 2011 03:25 AM PDT Malaysia Airlines (MAS) menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS. Menurut MAS, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF). "MAS mahu menjelaskan bahawa CCF bukannya melibatkan pertikaian perdagangan dan menganggap CCF sebagai urusan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham yang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan terbaik syarikat itu. "Bagaimanapun MAS sentiasa meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam semua keputusan perniagaan," kata syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan. MAS berkata ia telah dan akan terus melibatkan kesatuan. MAS juga berkata pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai. Semalam tiga kesatuan itu mempunyai keanggotaan seramai 15,000 orang mengumumkan anggotanya akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia. Presiden Maseu Alias Aziz dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baharu syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baharu dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.- Bernama | Debat : PAS mahu siaran langsung, di stadium Posted: 09 Sep 2011 03:22 AM PDT PAS mahu debat yang dicadangkan antara Timbalan Presidennya Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu Mat Indera dan sejarah perjuangan kemerdekaan diadakan di stadium dan secara langsung di televisyen. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, "demi keadilan" kepada semua, debat itu dicadangkan disiarkan di RTM atau televisyen swasta dan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. "Bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini," kata Tuan Ibrahim (kiri). PAS sebelum ini mengutarakan cadangan itu selepas Mohamad diserang hebat bermula 27 Ogos apabila dilaporkan berkata Mat Indera dan penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukannya "polis British". Muhyiddin setakat belum menyatakan sama ada bersetuju atau menolak cabaran itu. Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengulangi keperluan debat itu menjadi kenyataan kerana ia penting merungkai polemik hangat dan menjawab semua persoalan berbangkit. "Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," katanya. Penceramah terkenal itu berkata, PAS juga bersedia menerima mana-mana NGO, persatuan akademik atau institusi pengajian tinggi yang bersedia bekerjasama menjayakan cadangan itu. "Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak," kata Tuan Ibrahim lagi. | Pengundi pos: 'Suami isteri' sama nama, jantina... Posted: 09 Sep 2011 03:17 AM PDT Susan Loone DAP mendakwa telah mengesan dalam senarai daftar pemilih tambahan suku kedua di mana terdapat dua kes pasangan anggota tentera didaftar sebagai pengundi pos dengan nama dan jantina yang sama dengan 'suami' mereka. Setiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kiri), berkata mereka adalah Zamzan bin Yahya dari Telok Ayer Tawar dan Visinga Ganer Anak Lawrence dari Padang Kota di Pulau Pinang. "Adakah ini bermakna mereka berkahwin dengan diri mereka sendiri?" tanya ADUN Komtar itu berseloroh. "Mereka ini mempunyai keistimewaan mengundi dua kali. Kami mengesyaki mereka telah menggunakan nombor kad pengenalan tentera dan nombor kad pengenalan biasa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi pos," kata Ng. Di bawah Undang-undang pilihan raya sekarang, pasangan anggota polis dan tentera diberi pilihan untuk mendaftar sebagai pengundi biasa atau pengundi pos. | SPR cabar PAS tunjuk pengundi bukan warganegara Posted: 09 Sep 2011 03:13 AM PDT Sebagai menjawab dakwaan Dewan Pemuda PAS bahawa bukan warganegara diberi hak mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar dewan itu menunjukkan individu terbabit, sebelum membuat sebarang kenyataan media. "Tampilkan individu berkenaan kalau PAS mempunyai bukti yang kukuh, selain menghantar senarai nama dan dokumen berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) kepada akhbar Sinar Harian hari ini. Menurut laporan akhbar tersebut, Wan Ahmad memberi contoh 'kes Mismah' yang membuktikan bahawa dakwaan PAS adalah tidak berasas. Mismah, seorang pengundi di kawasan Parlimen Kuala Selangor, telah dikesan oleh PAS disenaraikan sebagai seorang penduduk tetap pada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Beberapa jam selepas laporan mengenai perkara itu diterbitkan, status Mismah bertukar menjadi warganegara Malaysia. JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah telah diberikan kerakyatan pada bulan Januari tahun ini selepas menjadi penduduk tetap selama 29 tahun, tetapi jabatan itu tidak menjelaskan percanggahan di laman webnya. | 'Bukan surau Al-Musyrikin, TV3 mungkin silap' Posted: 09 Sep 2011 03:03 AM PDT Salhan K Ahmad Ketua bahagian Umno Seputeh, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof berkata kekeliruan berhubung nama surau yang diwakilinya mungkin timbul akibat kesilapan dalam satu laporan berita TV3 berhubung satu dakwaan kegiatan kristianisasi yang berlaku di kawasan itu. Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mustapha menjelaskan bahawa beliau merupakan pengerusi surau Al-Imatun dan bukannya surau Al-Musyrikin seperti laporan TV3. Laporan berkenaan adalah berhubung dakwaan kegiatan Kristianisasi yang berlaku di sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. "Saya bercakap sebagai pengerusi surau Al-Imatun, di Jalan Klang Lama, kira-kira dua kilometer daripada pusat tuisyen itu. Mungkin (TV3) salah tulis. "Salah tulis itu kesalahan normal. Tapi cerita sekarang kita hendak tahu betul atau tidak betul kegiatan itu berlaku. Ya, memang betul berlaku." Beliau mendakwa, perkara itu boleh dilihat apabila beliau telah bertanya kepada seorang kanak-kanak Islam yang telah menyertai tuisyen tersebut, seperti yang disiarkan dalam laporan berkenaan. "Macam mana budak umur lima, enam tahun boleh menyanyi lagu Kristian? Kalau dibiarkan lima, enam tahun lagi mungkin dia betul-betul masuk Kristian," katanya lagi. Ketika ditanya, Mustapha berkata beliau tidak dapat memastikan sekiranya pusat berkenaan masih beroperasi dan sekiranya kegiatan tersebut masih berterusan sehingga kini. "Setakat ini saya tak tahu. Kita bukan nak pantau, itu kerja pihak tertentu," katanya yang tidak dapat memastikan siapakah pihak yang bertanggungjawab menjalankan kegiatan Kristianisasi itu. | Polis terima 74 laporan berhubung pusat jagaan kucing di Damansara Posted: 08 Sep 2011 09:54 PM PDT KUALA LUMPUR - Polis menerima 74 laporan berhubung sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini yang didakwa membiarkan kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga 12 ekor daripada kira-kira 300 ekor kucing dilaporkan mati. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu dibuat oleh para pemilik kucing yang menempatkan haiwan peliharaan mereka di pusat itu. "Walaupun kes ini disiasat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), polis berjanji akan memberi perhatian serius terhadap kes ini dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil ke atas pemilik kedai Petknode itu yang tidak dapat memberi perkhidmatan yang telah dijanjikan," katanya dalam laman sosial Facebook PDRM. Beliau juga berkata sudah tiba masanya akta sedia ada mengenai haiwan dikaji semula. Polis akan membantu pemilik kucing terlibat untuk mendapatkan kembali kucing yang masih hidup dan meminta sesiapa yang mengambil mana-mana kucing atas alasan menyelamatkannya supaya menyerahkannya kepada pihak JPV Selangor atau pihak polis, katanya.- Bernama | Guna dakwat kekal: JTP akan buat keputusan Posted: 08 Sep 2011 09:52 PM PDT PUTRAJAYA - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam memutuskan menyerahkan keputusan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) yang baru dibentuk. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata, cadangan penggunaan sistem biometrik turut diputuskan diserahkan kepada JTP. ''Laporan yang mengatakan Kabinet bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum seperti yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan dipetik oleh beberapa portal berita adalah tidak betul. ''Sebenarnya tidak ada keputusan, kita bincang secara umum perkara itu dan memutuskan apa-apa keputusan yang hendak dibuat diserahkan kepada JTP, ini termasuklah isu dakwat kekal dan biometrik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Nazri mengulas laporan akhbar yang memetik Kabinet yang bermesyuarat semalam bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya. Tegas beliau, tanggungjawab untuk membuat keputusan sewajarnya diberikan kepada JTP sejajar dengan matlamat penubuhannya. Jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.- Utusan | Teresa: Ambil tindakan tegas terhadap pengugut Mat Sabu Posted: 08 Sep 2011 09:51 PM PDT KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh dan Setiausaha Organisasi DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji pihak yang menghantar SMS mengugut akan simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu. Teresa Kok dalam satu kenyataannya berkata, mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional. Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah. Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali. Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. Ekoran itu, Teresa menggesa agar orang ramai diberi kesedaran bahawa ugutan nyawa sebegini bukan perkara kecil tetapi merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 dan 503 di bawah Kanun Keseksaan. "Saya menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk segera siasat dan tangkap mereka yang bersalah agar menghantar mesej yang tidak berbelah kepada mereka bahawa apa yang telah dilakukan itu adalah suatu jenayah. "Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman," kata Teresa dalam kenyataannya. Beliau juga menggesa PDRM untuk mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya. - Harakah Daily | ||||||||||||||||||
Posted: 09 Sep 2011 03:35 PM PDT | [Gambar] ROSMAH MANSOR Dapat Cucu Lagi! Apa Masalahnya? Posted: 09 Sep 2011 05:18 AM PDT Menurut portal GUA, penyanyi Fazley Yaakob menimang cahaya mata yang ketiga pada jam 9.30 pagi tadi. Berita gembira ini dimaklumkan oleh kenalan rapatnya, Imran Ajmain kepada GUA. Menurut Imran, bayi lelaki berlesung-pipit itu diberi nama timangan 'Piyush' dan dilahirkan di sebuah hospital swasta dengan berat 3.3 kilogram. Bayi ini ialah anak lelaki ketiga pasangan ini sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2006. - DCM Adakah si nenek gembira dengan berita ini? Soalan cepu emas!!! Reaksi si nenek (dakwaan) ketika mendapat cucu kedua: [SK]....Dalam menyambut kehadiran anggota baru dalam keluarga Azrene sudah tentu belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi cucu sulung dan juga bayi yang baru berusia seminggu ini. | [Gambar] Alamak, Ceramah Mat Sabu di Kamunting "KOSONG" Kerana Isu Mat Indera!!!! Posted: 09 Sep 2011 01:50 AM PDT Maaflah, kata "kosong" itu anda tukarkan kepada "meletop". Saya sengaja bikin saspens. Menurut keterangan, ceramah Mat Sabu yang dihadiri hampir 10 ribu orang ini berlangsung di Balai Islam Bukit Jana, Kamunting, Taiping semalam. Khabarnya, ada hadirin yang datang dari kuala Kangsar, Ipoh, Parit Buntar bahkan ada juga yang datang dari Lumut, dan juga Tapah. Tampaknya, penipuan pakar sejarah, TV dan akhbar pencacai tidak berjaya, malah "penipuan" membuka mata rakyat. WOW! Hebat Mat Sabu! - DCM P/s: Bila Khairy mahu bikin ceramah Mat Indera? Gebang sahaja yang lebih!!!! | Posted: 09 Sep 2011 01:00 AM PDT Saya petik: [KD] MELAKA: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950, Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya itu diselamatkan Mat Indera selepas serangan itu berlaku. P/s: Terburai tembelang UMCO dan geng! | [PANAS] Pengampu Sahkan PEMBELIAN Cincin RM24.4 Juta?? Posted: 09 Sep 2011 12:17 AM PDT Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). | Kes Buli di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, BUKTI Jelas, Mengapa Hanya BUANG ASRAMA? Posted: 08 Sep 2011 08:05 PM PDT Saya petik:
P/s: Saya memang pelik cara pihak sekolah, kementerian, pihak polis menangani masalah disiplin pelajar. Patutlah semakin banyak budak sekolah berkelakuan seperti penjenayah. Hukuman yang dikenakan terlalu ringan, terlalu banyak budi bicara tanpa memikirkan kesannya kepada persekitaran. Kalau Mat Sabu belasah orang sudah tentu mahkamah sudah memenjarakannnya! | Anak BUANG Bapa Umpama Menempah Bilik di Neraka Posted: 08 Sep 2011 06:18 PM PDT Saya petik:
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan