Pakatan Rakyat |
Posted: 06 Sep 2011 03:10 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 6 Sept: Pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah mangsa tragedi Bukit Kepong. "Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan. Jelasnya, bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, beliau telah berbincang dengan Mohamad Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Berikut penjelasan penuh Suhaizan. Pada 4 September 2011 (Ahad), saya telah memohon Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pulai, Johor, Saudara Zaba Bin Ibrahim untuk berjumpa Puan Jamilah Binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong di rumahnya di Skudai Kanan. Dalam pertemuan tersebut dia (Zaba) telah mendapat persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5 September 2011 dengan disertai bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu sebaik sahaja sidang akhbar di Johor Bahru. Zaba juga telah mendapat pengesahan dari Puan Jamilah bahawa Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang lalu. Tujuan utama pertemuan semalam adalah: 1. Untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia 2. PAS mahu menawarkan khidmat guaman kepada Puan Jamilah bagi menuntut ganti rugi dari Kerajaan British atas kematian ibu dan adiknya 3. Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung kejadian Bukit Kepong. Zaba telah membuat panggilan terakhir sekitar jam 2 petang semalam untuk mengesahkan kehadirannya di rumah Puan Jamilah manakala saya pula telah membawa Mat Sabu ke rumah Puan Jamilah dengan menggunakan kenderaan saya sendiri. Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah kelihatan lebih kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorang daripada mereka telah memberi isyarat menghalau perjalanan kami di lorong tersebut. Zaba mengesahkan kepada saya bahawa mereka adalah pemimpin Umno tempatan di situ yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah. Bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, saya telah berbincang dengan Mat Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Lagipun masa sudah agak lewat kerana Mat Sabu juga mempunyai jadual yang agak ketat di sebelah petang hari tersebut. Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merasa cukup kecewa dengan halangan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli-ahli Umno di Skudai Kanan dan meminta mereka membaca buku 'Pengukir Nama Johor' tulisan Ismail Adnan bertajuk 'Mat Indera' pada muka surat 109. Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Editor buku ini adalah Prof Datuk Abu Bakar Hamid dan prakatanya ditulis sendiri oleh Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Niat PAS yang baik ini telah disambut dengan halangan ala-ala penjajah. Saya tidak sangka setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan dan anak-anak muda juga sudah banyak terdedah kepada perkembangan isu-isu semasa melalui saluran media baru, rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah di zaman penjajah. Saya mendesak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku 'Pengukir Nama Johor' agar menasihatkan pemimpin Umno Skudai Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera ini. perangai macam ni buat malu kat puak laknat umno la wei! main politik cara bodoh dan samseng! |
Posted: 06 Sep 2011 01:55 PM PDT Haji Mohd Yassin Muhammad Mat Indera, Haji Mohd Yassin Muhammad (Bapa Muhyiddin) dan Sheikh Fadhil Banten Ada baiknya kita memahami susur galur aliran pendidikan ketiga-tiga tokoh ini sebelum melihat permulaan tercetusnya semangat perjuangan di dalam diri Mat Indera. Mat Indera pernah berguru dengan Sheikh Fadhil Banten. Sheikh Fadhil Banten adalah seorang ulama terkenal di Muar. Haji Mohd Yassin Muhammad pula mula berdamping dengan Sheikh Fadhil Banten selepas gurunya Kadi Abu Bakar Alam meninggal dunia pada 1938. Mat Indera sudah berguru dengan Sheikh Fadhil Banten sejak 1937. Hubungan Haji Mohd Yassin dan Sheikh Fadhil Banten amat rapat, mereka bersama-sama mendalami ilmu agama di pondok Bunut Payong, Kelantan. Mereka juga pernah ke Banten, Jawa Barat menziarahi ulama-ulama tersohor di sana. Ketika Jepun memasuki Tanah Melayu, Sheikh Fadhil Banten dititah untuk berkampung bersama-sama dengan Sultan Johor dan kerabat lain di Istana Pasir Pelangi, Stulang Johor Bahru. Haji Mohd. Yassin pula diarah memasuki kampung dan menenangkan rakyat yang benci dan takut kepada Jepun. Atas arahan gurunya, Haji Mohd Yassin berdakwah disamping mengawal kawasan-kawasan dan kampung Sheikh Fadhil Banten iaitu di Bakri, Serom, Bukit Gambir, Lenga, Bukit Kepong, Gersik dan Panchor. Bagaimanapun sebenarnya Jepun telah diarahkan agar tidak membuat kerosakan dan kesusahan yang besar di Johor kecuali jika terpaksa. Ini adalah sebagai tanda hormat Jepun kepada Sultan Johor, penerima Pingat Bintang Matahari Terbit Maharaja Jepun Kelas I yang bertaraf kerabat DiRaja Matahari Jepun. Perkara ini tidak diketahui ramai rakyat Johor dan Haji Mohd Yassin mengetahui hal ini daripada gurunya, Sheikh Fadhil Banten. Ketika zaman pemerintahan Jepun inilah Mat Indera mula berguru dengan Haji Mohd Yassin kerana Sheikh Fadhil Banten berada di istana bersama Sultan Johor. Saat-saat Mat Indera berguru bersama Haji Mohd Yassin ini yang menjadikan hubungan mereka akrab bagaikan sahabat. Askar Fiji di Tanah Melayu Secara sedar atau tidak, sebenarnya dalam keghairahan British untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada jatuh ke tangan Jepun, mereka telah membawa begitu ramai Tentera Gurkha dan Tentera Fiji ke Tanah Melayu bagi menguatkan barisan tentera mereka. Berbalik kepada isu Bukit Kepong yang dihangatkan oleh media utama ketika ini, tindakan membawa masuk Askar Gurkha dan Fiji inilah yang menjadi punca serangan di Bukti Kepong. Saya akan ulas lebih lanjut di dalamsiri selanjutnya. Perbezaan Haluan Mat Indera dan Haji Mohd Yassin - Kaum Muda VS Kaum Tua Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera mula bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian, ketokohan dan kebolehannya itu yang telah berjaya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan mereka. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Kesatuan Buruh Pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh yang tertindas. Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup dan aktif dalam gerakan kemerdekaan. Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik dengan pidatonya serta memberikan sokongan yang kuat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya. Ketika itu Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang terkenal, malah juga seorang pemimpin buruh yang hebat. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan layanan kerja yang baik daripada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengaut untung telah menolak tuntutan mereka. Kaum buruh yang marah telah mengadakan mogok besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan mogok besar-besaran itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Mat Indera dan menghumbannya ke penjara. Beliau akhirnya dipenjarakan beberapa bulan. Walaupun dipenjara Mat Indera menyemai semangat juangnya dengan meremehkan polis penjajah. Mat Indera sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Ada beratus-ratus buruh pelabuhan yang sanggup tampil untuk menjaminnya keluar dari penjara, tetapi sebagai memprotes tindakan memenjarakannya yang tidak adil ini beliau menasihati kaum buruh agar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau meniupkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih di luar ketika beliau berjuang dari dalam penjara. Mat Indera diarak oleh buruh-buruh pelabuhan dari Jalan Maharani ke Jalan Abdullah - Johan bin Indera Ketika Mat Indera dibebaskan, Pak Johan sendiri menyaksikan abangnya Mat Indera telah diarak bagaikan pembesar layaknya oleh kaum buruh dari Jalan Maharani ke Jalan Abdullah di Muar menurut Pak Johan.Dalam masa yang sama, Haji Mohd Yassin bersama 24 orang sahabat telah menubuhkan Persatuan Lujnah Pengembangan Pelajaran Igama Islam Muar. Haji Mohd Yassin lebih menumpukan kepada keperluan pendidikan agama dalam masyarakat Melayu di Muar. Haji Mohd Yassin melihat keadaan ketika perang dan selepas perang memperlihatkan bahawa pemuda yang berpendidikan agama lebih cepat menyesuaikan diri. Mereka yang kurang berpendidikan agama berhadapan masalah kekalutan dan kekacauan. Mereka perlu bergerak kerana masalah sosial yang teruk seperti pemuda yang berpeleseran, kaum wanita yang kerap ke bandar. Ramai orang melayu yang menghabiskan masa dengan berjudi dan meminum arak, tidak solat dan menjauhi masjid. Permasalahan ini timbul kerana sistem pendidikan ketika itu, pastinya dari penjajah British yang mengutamakan peluang pekerjaan kepada lepasan berpendidikan Inggeris dan Melayu. Bekas pelajar berpendidikan agama tidak dilayan dengan baik. Haji Mohd Yassin meneruskan perjuangan mengembangkan dakwah Islamiah mengikut fahaman Kaum Tua yang berpegang kepada amalan tasauf seperti Khaujakan dan kesufian yang lemah lembut melalui ceramah umum dan pendidikan. Beliau turut cuba menarik beberapa sahabat dan kenalannya yang berjuang mengikut fahaman Kaum Muda bersama Mat Indera. Sebenarnya ketika usianya belasan tahun, Haji Mohd Yassin juga seorang yang amat berminat mengikuti perkembangan dakwah Kaum Muda. Pendekatan Kaum Muda adalah dengan menggunakan pendidikan moden dan sastera serta bermotif anti penjajah di dalam objektif dan misi mereka. Haji Mohd Yassin sendiri pernah meminta izin daripada gurunya ketika itu Kadi Abu Bakar untuk menuntut ilmu di Siak, Sumatera. Bagaimanapun ia dihalang oleh gurunya kerana berdasarkan fahamannya, fahaman Kaum Muda yang dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dianggapnya terlalu agresif dan banyak mendatangkan salah faham ilmu dan mudarat. Bagi mengelakkan Haji Mohd Yassin terus belajar di sisinya tanpa memikirkan hal-hal lain dan terpengaruh dengan Angkatan Muda, Mohd Yassin telah dinikahkan gurunya dengan Cik Maznah binti Daud pada usianya 16 tahun. Akhirnya Haji Mohd Yassin ini menjadi anak murid kesayangan gurunya, Kadi Abu Bakar Alim. Masuk Hutan Berbaju Kuning Berseluar Pendek Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Mat Indera telah mengambil langkah untuk masuk ke hutan. Tindakan Mat Indera ini tidak diketahui oleh seorang pun ahli keluarganya ketika itu. Menurut Pak Johan, pada hari Mat Indera keluar diri dari rumah dan masuk ke dalam hutan hanya dengan berpakaian baju kuning dan berseluar pendek. Pada ketika itu usia Pak Johan baru mencecah 8 tahun. Pada sangkaan awal ayahnya-Indera bahawa anaknya itu sudah hilang dan dibunuh komunis. Kerana sebelum itu ada seorang ahli keluarga Mat Indera iaitu bapa saudaranya, Yahya telah dibunuh komunis. Setelah lama tidak berhubung dari pihak keluarga, akhirnya mereka menerima perutusan dari Mat Indera melalui surat. Di sinilah bermulanya cara Mat Indera berhubung dengan ahli keluarganya, di dalam surat itu hanya dinyatakan pesanan ringkas seperti 'Jumpa aku Pagoh', dan apabila bapanya berada di Pagoh barulah Mat Indera muncul menemui bapanya. Bersambung : Nantikan Siri seterusnya, 1. Punca Serangan Bukit Kepong |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan