Jumaat, 23 September 2011

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun

Posted: 23 Sep 2011 01:40 AM PDT

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

"Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.
Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.
Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

"Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini," ujarnya.

Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.
Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.
Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.

Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.

Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.
Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.

"Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara," katanya.
Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.

"Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek," katanya lagi.

Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.
"Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar," katanya.

Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.

Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.

Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.
"Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta," katanya.

Edisi Siasat ntv7: Dokumentari tentang kemiskinan Sabah dipancung!

Posted: 23 Sep 2011 01:37 AM PDT


Sementara Perdana Menteri Najib Razak dipuji kerana menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011.  Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan  "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.

Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview.  Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.

Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".
Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi  MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut).  Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.
"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami.  Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.

Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.

"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia.  48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."

Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin.  Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan.  Apa masa depan anak-anak ini?  Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara?  Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini
."

Edisi Siasat pernah terima Anugerah Seri Angkasa 2005

Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung".  Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara.  Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis.  Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.
Edisi Siasat adalah rancangan hal ehwal semasa yang amat popular di kalangan masyarakat Cina, malah pernah menerima Anugerah Majalah TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa 2005.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

UMNO Tak Berani Pakai Hukum Allah - Mahyudin

Posted: 23 Sep 2011 01:34 AM PDT

Sebelum ni Bekas PM Celupar menyuruh Kelantan laksanakan Hudud sebab katanya dia dah tak jadi Perdana Menteri, jadi kelantan boleh terus dengan agendanya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," 
Semalam pula keluar lagi kenyataan dari seorang menteri sembam yang katanya Malaysia belum sesuai perkenal Hudud.

"Hukum Allah itu akan dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif (selesa) dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu, sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia memperkenalkan Hukum Hudud sepertimana dilaungkan Pas"

Masalah perlaksanaan hudud ni memang tak akan selesai selagi Pakatan Rakyat tak diberi kuasa memerintah. Zaman Nabi dulu pun berbilang bangsa, bermacam agama dan berbagai-bagai kepercayaan tetapi pelaksanaan Hudud tetap boleh dilaksana dan dipraktikkan. Sebagai ketua kerajaan dan pemerintah Baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang negara waktu itu tidak sesuai dilaksanakan hudud. Sesuai atau tidak terletak atas diri kita sebagai ketua pentadbir dan pemerintah. Kalau kita tak berusaha untuk mengkondusifkan negara, sampai bila-bila pun ianya tidak akan menjadi dan alasan tidak sesuai tu akan sentiasa terpakai.

Selama lebih 50 tahun mentadbir, adakah UMNOBN ini berusaha untuk menerang dan memperjelaskan kepada bukan Islam mengenai kebaikan hudud?? Adakah UMNO berusaha kearah itu? jawapannya tidak sama sekali, tapi yang pandai UMNO buat hanya merpelekeh, mengherdik, menghina dan merendah-rendahkan martabat hudud itu sendiri. "negara akan mundur jika manusia dipotong tangan", "Kalau nak makan sup tangan pergilah Kelantan" Siapakah yang keluarkan kenyataan tersebut? Siapakah yang keluarkan kenyataan memperlekeh tersebut? Siapakah yang keluarkan ayat menghina tersebut?? Siapa?? Manusia durjana tu sekarang ni masih lagi bernafas, masih lagi menghirup udara Allah, masih lagi berpijak atas bumi Allah ini. Sepatutnya manusia itu dan golongan yang menyokongnya tidak layak duduk di atas muka bumi ini, tidak layak menghirup udara Allah ini dan tidak layak makan makanan yang kepunyaan Allah ini.

Khazanah negeri dibalun lebih awal sebelum kembali jadi pembangkang

Posted: 23 Sep 2011 01:19 AM PDT

WarkahDaily – Dahsyat la puak-puak Umno-BN Perak sekarang ni. Dia orang kini tengah sibuk 'memunggah' khazanah negeri seberapa banyak yang mungkin sebagai persediaan akan tewas dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan dating.

Kerana memikirkan, inilah peluang untuk 'rembat' segala kekayaan negeri sebelum kembali jadi pembangkang di negeri Perak.

Patutlah beriya sangat merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, sehingga sanggup membeli ADUN bermasalah dari PR semata-mata dapat jadi kerajaan sementara sebelum PRU-13 agar segala kekayaan negeri dapat dipunggah dan diagih kepada kroni dengan seberapa segera yang mungkin.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham telah membuat satu pendedahan berkaitan skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri selain aktiviti pembalakan yang berleluasa dan mencurigakan.

Dipetik dari Roketkini, ahli Parlimen Beruas itu berkata, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa, kerajaan negeri Barisan Nasional telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak merampas kuasa dari Pakatan.

Menurut laporan mStar, Nik Mohd dipetik sebagai berkata, "Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu."

Manakala berdasarkan sumber dalaman Ngeh, Zambry dikatakan telah pun meluluskan sejumlah 68,503 ekar tanah sejak rampasan kuasa hingga Julai tahun ini yang mana 60,561 ekar tanah itu telah diluluskan untuk sektor industri atau pertanian.

Zambry sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar mendakwa beliau tidak mengetahui tentang perkara itu dan beliau telah memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut.

Bagaimana pun menurut Ngeh, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.

Tambah Ngeh yang juga Adun Setiawan, kroni-kroni yang terlibat dalam aktiviti itu dijangka mendapat keuntungan RM900 juta, melebihi bajet kerajaan negeri, iaitu cuma RM800 juta.

Menurut Ngeh, ketika Pakatan Rakyat memerintah, tanah-tanah simpanan hanya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah dan miskin sahaja, tanpa dilayan mana-mana kroni.

"Semua tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang semestinya akan meraih keuntungan yang tinggi bagi rakyat, bukan seperti apa yang terjadi pada Hutan Belum," katanya.

Ngeh mendakwa apa yang Zambry dan kroni-kroninya lakukan ialah meraih untung sebanyak mungkin kerana mereka tidak yakin BN akan mampu mengekalkan kuasa yang dirampas daripada Pakatan.

"Oleh itu, beliau dan kroni-kroni beliau cuba meraih sebanyak mungkin keuntungan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," katanya.

Namun, beliau menganggap Zambry tidak bertanggungjawab kerana akan meninggalkan pelbagai masalah kepada rakyat Perak dan kerajaan Pakatan selepas PRU ke-13 nanti semata-mata kerana sikap tamak mereka.

PANAS !!! KPN Alat Pertahanan UMNO

Posted: 23 Sep 2011 01:16 AM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.
Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

"Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi," kata beliau.
Justeru katanya, "jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang."

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk "Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju" dalam buku berjudul "1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020".
Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan 'pre-emptive' yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.
Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

"Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.
"Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang," kata Ismail.
Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.
Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.
Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Panas !!! MCA akan keluar BN jika Umno laksana hudud

Posted: 23 Sep 2011 01:12 AM PDT

PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.
"Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah," kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.
 
"Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar," kata beliau (gambar) lagi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
 
Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
 
"Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: "Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas."
 
"PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza," katanya.TMI

Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.
"Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din.
 
Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini.
"Jadi kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kelantan.
 
"Kita juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily semalam," ujar beliau lagi.
 
Menurut laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.
 
Beliau dipetik berkata, "saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.
"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir."
 
"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama," ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik dari Harakahdaily.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II).
 
Kemudian diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Hrkh

Anwar Sokong Perlaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan

Posted: 23 Sep 2011 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 SEPT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian menyokong perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dicadangkan kerajaan PAS Kelantan.

Menurut beliau Hudud dilihat sebagai aspek penting dari segi perundangan Islam sekaligus menjaga kepentingan hak masyarakat bukan Islam di negara ini.

Namun katanya kepada media ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kenyataan itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

"Buat masa sekarang pada dasarnya saya percaya ia dapat dilaksanakan. Melihat aspek tertentu bahawa ada jaminan pentadbiran yang adil.

"Ia tidak langsung melanggar hak-hak orang bukan Islam," kata beliau.

Nik Aziz terdahulu menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar beliau melaksanakan hukum Hudud pada era pemerintahan Najib sebagai melucukan.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara, mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman Hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum Hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum Hudud," katanya.TVS

Najib harus jawab penempatan Myanmar dan Kemboja jadi warganegara di Pekan, Pahang

Posted: 23 Sep 2011 01:00 AM PDT


Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)

Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.

Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.

Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.

Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.

Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.

Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.
 

PRU 13: Pakatan Rakyat Selangor selesai agih kerusi

Posted: 22 Sep 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 22 Sept: Isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Selangor bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang telah selesai yang mana masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut  pilihan raya umum yang lepas.
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar) menjelaskan isu perebutan kerusi seperti yang ditimbulkan itu tidak tepat malah PAS negeri telah menyenaraikan jumlah kerusi kepada Jawatankuasa Peringkat Pusat Pakatan Rakyat bagi tujuan pertimbangan.

"Kedudukan kerusi di Selangor masih kekal iaitu 20 kerusi untuk PAS, 21 PKR dan 15 DAP,  kita telah mengemukakan senarai kerusi yang dipertandingkan dan juga senarai calon ke peringkat pusat untuk diperincikan.

"Sehingga sekarang belum ada pemindahan kerusi antara ketiga-tiga parti dan jika pada peringkat akhir perkara tersebut ditimbulkan, maka penyelesaiannya akan dilakukan d iperingkat pusat dan saya harap ia diselesaikan dengan cara yang terbaik.

"Manakala mengenai calon buat masa ini kita tidak akan mendedahkannya," jelasnya.

Rani juga menegaskan sebagaimana yang diputuskan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri menyeru seluruh ahli pengerak PAS di akar umbi di seluruh peringkat untuk giat menggerakkan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke tiga belas (PRU13).

"PAS Selangor mendukung sasaran dan gerak kerja Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional di peringkat pusat dan PAS ganti Umno di Selangor.

"Selaras dengan konsep asas Negara Berkebajikan yang ditulis oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS Selangor menyeru bahawa tiba masanya bangsa Melayu Islam khasnya bersama PAS dan meninggalkan Umno dan seluruh rakyat amnya bersama Pakatan Rakyat membuat perubahan bersama PAS dalam wadah Pakatan Rakyat, gabungan baru memimpin perubahan.

"PAS menjulang perjuangan memartabatkan Islam manakala Umno mendukung perkauman sempit, Islam lebih unggul dan pasti berjaya," sambungnya lagi.

Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono

Posted: 22 Sep 2011 01:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.

"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Kucar-kacirkan Pakatan


Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini.

"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.

Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.

Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.

"Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.

Rashid daftarkan pengundi diragui, kata Malek

Posted: 22 Sep 2011 01:27 AM PDT

Abd Malek Hussin, orang yang disebut dalam kabel Kedutaan Amerika Syarikat sebagai berkata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah menjelaskan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengeluarkan dokumen-dokumen palsu.

NONESebaliknya, Malek, bekas ketua NGO Raya Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) berkata Abdul Rashid sebenarnya mengakui terlibat dengan kontroversi operasi 'Projek IC' pada tahun 1990-an, tetapi peranannya setakat mendaftarkan individu dengan kad pengenalan yang diragui itu sebagai pengundi.

"Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya," kata Malek ketika dihubungi Malaysiakini.

Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

abdul rashid abdul rahman"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

The New Straits Times hari ini melaporkan penafianRashid berhubung apa yang didedahkan oleh Wikileaks dan berkata beliau "tidak kena-mengena" dengan pengeluaran kad pengenalan itu.

Dalam artikel itu, Rashid juga menafikan memberitahu perkara-perkara yang didedahkan oleh Malek sambil menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

"Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Rashid dipetik oleh akhbar New Straits Times.

sabah illegal immigrantMalek bersetuju bahawa tidak mungkin bagi Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah jelas bahawa mereka bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.

Walau bagaimanapun, bekas ketua Mafrel itu berkata bahawa kabel jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi di Sabah adalah 80,000 orang, iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan oleh kabel berkenaan. -Malaysiakini.com

Mat Sabu kini hero-UMNO jadi gila babi

Posted: 22 Sep 2011 12:20 AM PDT

"Oleh: tun_telanai

"Sesiapa saja yang mengikuti isu Mat Indera yang dikontroversikan oleh babi, anjing-anjing dan pencacai UMNO menjadikan Mat Sabu seorang HERO baru dalam menghadapi PRU ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Mat Sabu diangkat sebagai seorang WIRA.

Tidak sesiapa yang boleh menafikan pendakwaan beliau di bawah seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam hanyalah alasan yang sengaja direka cipta untuk mencari kesalahan Mat Sabu dan babi, anjing dan pencacai UMNO mengharap sangat Mat Sabu didapati bersalah dan dihukum denda melebihi RM2,000 serta dipenjarakan bagi tidak melayakkan Mat Sabu menjadi calon pilihan raya akan datang (samalah juga dengan nasib Anwar Ibrahim)

Itu motif UMNO yang sebenarnya. Bermotifkan politik, bukan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran apa yang dibangkitkan oleh Mat Sabu sejak 27 Ogos sampai hari ini. Untuk itu, UMNO mengerakkan seluruh babi dan anjing-anjing peliharaannya yang bersedia menjadi pencacainya membuat 1,000 laporan polis seluruh Negara. Sebagaimana biasa, modus operandinya ialah memperalatan pasukan polis, pejabat peguam Negara dan mahkamah untuk mencapai matlamat politiknya itu. Tanpa bantuan dan sokongan 3 institusi ini, maka harapan UMNO untuk menewaskan musuh-musuh politiknya akan tetap gagal. UMNO pada hakikatnya sangat lemah dan ia memperlukan institusi-institusi kerajaan untuk terus survival.

4 persoalan yang perlu dijawab oleh babi-babi dan anjing-anjing peliharaan UMNO ( sekiranya nawaitu UMNO untuk keadilan dan kebenaran) kenapa 3 institusi yang saya sebutkan di atas TIDAK:

Pertama, kenapa tidak mengambil tindakan sebarang tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penangkapan PSM EO6 walaupun terdapat 424 laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam?

Kedua, kenapa 3 institusi ini tidak mengambil tindakan terhadap laporan orang awam mengenai kenyataan berunsur perkauman oleh Presiden Perkasa selaku ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali?

Ketiga, kenapa 3 institusi ini tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ezam Mohd Noor (tidak seperti ketika Ezam menjadi Ketua AMK dulu) yang mengugut untuk membakar pejabat Malaysiani, sedangkan laporan polis telah dibuat?

Keempat, kenapa 3 institusi ini tidak bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh Pemuda PAS pada 16 September lalu terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah. kenyataan itu mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah. Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain?

Bukahkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainai Kling itu menyamai isu Mat Indera yang diceramakan oleh Mat Sabu?

Silalah jawab wahai babi-babi dan anjing-anjing UMNO.

Tindakan UMNO ini seolah-olah ia mengangkat martabat Mat Sabu sebagai HERO rakyat Malaysia. Mat Sabu berdehem sahaja seluruh Negara kelam kabut. Saya amat tertarik dengan pandangan yang diutarakan oleh saudara Aspan Alias.

Pendakwaan Mohd Sabu Dikecam Banyak Pihak, PR Anggap Niat Jahat

Posted: 22 Sep 2011 12:18 AM PDT

NGO, parti politik kecam Putrajaya dakwa Mat Sabu

KUALA LUMPUR  – Sekumpulan 46 pertubuhan bukan kerajaan dan satu parti politik mempertikaikan tindakan pentadbiran membawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah pagi tadi berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa pihaknya kecewa dengan pendakwaan ke atas Mohamad di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

"(Tindakan) mendakwa Mohamad Sabu ini bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mempromosikan keterbukaan dan demokrasi ketika (perutusan) Hari Malaysia," kata pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik terbabit dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan-pertubuhan itu juga menegaskan perkembangan terbaru hari ini menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Najib, yang mengumumkan siri pembaharuan, sama ada beliau benar-benar ada kawalan penuh ke atas pasukan polis.

"Kami menggesa agar kerajaan dengan segera menggugurkan tuduhan bersifat politik ke atas Mohamad Sabu dan berhenti daripada menakut-nakutkan pihak yang mencabar kewibawaan fakta sejarah rasmi dan ideologi.

"Kami juga menggesa perdana menteri dan timbalan perdana menteri, daripada menggunakan jentera kerajaan untuk 'menjenayahkan' Mohamad Sabu, berhadapan dengan beliau dalam debat, menerusi TV berhubung isu Bukit Kepong,"
kata beliau lagi.

Kenyataan itu juga menambah, ahli-ahli politik, pegawai polis dan tentera yang sudah bersara selain Perkasa boleh berdebat dengan Mohamad ataupun mencabar pandangan di media atau forum-forum.

"Mereka harus menghormati hak Mohamad Sabu untuk memberikan pandangannya," kata kenyataan itu sambil menambah, menggunakan kuasa kerajaan untuk melenyapkan suara-suara yang berbeza adalah tindakan pengecut.

"Ia menunjukkan pendirian tidak selamat dan tidak yakin untuk menghadapi debat sceara fakta dan alasan kukuh," katanya lagi.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes. -TMI

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Zizan Raja Lawak Hina Islam

Posted: 22 Sep 2011 12:16 AM PDT


Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Dr Asri : PAS Kelantan Tidak Bersalah

Posted: 22 Sep 2011 12:11 AM PDT



Pas Kelantan tidak bersalah jika gagal melaksanakan hukum hudud seperti yang dikehendaki sejak 1993 kerana suasana kondusif masih tidak mencukupi selain kuasa Kerajaan Negeri yang terhad.

Sehubungan dengan itu, Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menyarankan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggiatkan kempen kebaikan undang-undang Islam itu terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat khususnya bukan Islam.

"Kerajaan Negeri tiada kuasa penuh untuk laksanakan hukum ini.

"Jika dibuat ia akan terdedah kepada eksploitasi dan ini bahaya. Bagi saya Kelantan elok kempenkan keindahan hudud itu dahulu, tidak payah fikir dan buat hudud kerana melaksanakannya bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja "Hudud suatu Perbincangan Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan" di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Kelantan yang dirasmikan Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, jika Pas Kelantan tidak melaksanakan hudud ia tidak melanggar syariat Islam kerana undang-undang itu gagal dibuat disebabkan suasana negeri itu yang tidak kondusif.

"Saya faham perasaan bimbang Menteri Besar Kelantan sebagai pemerintah untuk laksanakan hudud kerana beliau takut disoal Allah kelak, tetapi kuasa Kerajaan Negeri terhad dan ia ditentukan Kerajaan Pusat.

"Jika tidak laksanakan hudud, beliau tidak melanggar syariat Islam kerana faktor-faktor itu. Dalam isu ini ia harus dilihat dalam kerangka lebih luas," katanya.

Menurutnya, hukum hudud memerlukan ijtihad-ijtihad baru sebelum dilaksanakan kerana keadaan masyarakat majmuk di negara ini menyebabkan ia tidak boleh terikat dengan teks lama.

Dalam usaha itu, katanya, kerajaan perlu mempromosikan aspek keadilan dalam pemerintahan, kebajikan rakyat, kesaksamaan dan sebagainya secara habis-habisan supaya masyarakat benar-benar memahami syariat Islam itu.

Dr Asri berkata, Malaysia tidak kondusif melaksanakan hukum hudud setakat ini tetapi usaha ke arah itu perlu dilakukan supaya masyarakat bukan Islam dan antarabangsa mendapat gambaran jelas mengenai hukum berkenaan. -SH

Lagi bukti janji Najib tak boleh dipercayai.

Posted: 22 Sep 2011 12:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan janji perdana Perdana Menteri untuk melakukan pembaharuan politik tidak boleh dipercayai.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara janji Najib sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini ialah tiada tangkapan bersifat politik.


"Belum pun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.

"Kini, rakyat boleh menilai sejauh mana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bilamana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA," tegas Tuan Ibrahim.

Menurutnya lagi, tindakan itu memperlihatkan kepada rakyat bahawa Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan.

"Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa "kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat," kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera bukan cakap kosong kerana berasas beberapa sumber rujukan- iaitu pengukir nama Johor, kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim pada 1973 dan pengakuan kawan serta ahli keluarga Mat Indera.

"Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau – sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa 'negara pernah dijajah British'," tegasnya.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan kenyataan Profesor Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara yang menyatakan negara ini tidak pernah dijajah yang disifatkan lebih memberi kesan terhadap sejarah tanahair.

"Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?," tegas beliau sambil menyeru rakyat supaya melakukan reformasi total menolak Umno.

Tambahnya, Mat Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan media pro Umno, untuk mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

"Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik?,"

"Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=20676

Mengapa Tanah Melayu menggunakan Perlembagaan Suruhanjaya Reid?

Posted: 12 Sep 2011 04:23 AM PDT

Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Ahli Suruhanjaya Reid

Lord William Reid - Pengerusi
Sir Ivor Jennings - Britain
Sir William McKell - Australia
Hakim B Malik - India
Hakim Abdul Hamid - Pakistan

Petikan Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Melayu mesti di bincang di Parlimen British dan tidak diputus sendiri oleh kerajaan tanah Melayu pada masa tersebut? Kalau benar tanah Melayu tidak dijajah sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan tanah Melayu.

Kalau negara yang bebas dari penjajah sudah tentu mereka akan merangka perlembagaan sendiri tanpa perlu campur tangan atau kelulusan dari negara luar. Mengapa tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai perlembagaan Suruhanjaya Reid? Mengapa tidak dihapus sama sekali perlembagaan Reid dan kita rangka dan gunakan perlembagaan yang sesuai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan menurut syariah. Semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.

Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau benar tanah Melayu tidak dijajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan perlembagaan sendiri dan tidak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita. Jadi pemimpin Umno kena bersedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

Why Malayan Using Reid Commission Constitution?
The Reid Commission was an independent commission responsible for drafting the Constitution of the Federation of Malaya prior to Malayan independence from Britain on 31 August 1957.
Members of Reid Commission
Lord William Reid - Chairman
Sir Ivor Jennings - Britain
Sir William McKell - Australia
Hakim B. Malik - India
Hakim Abdul Hamid - Pakistan
Excerpt From Wikipedia, the free encyclopedia.
Now we want to ask the professor Zainal Kling and Umno leaders if the Malaya never been colonized by British why do the our constitution must be discussed in the British Parliament and not decided by the Malaya government at the time? If the Malaya were not colonized we should not get any permission from the British government and we do have our own constitutional drafting.

If the country free from occupation they would draw up its own constitution without interference or approval from another country. Why are the Malaya and Malaysia still adopting the constitution of the Reid Commission and was not removed completely from our constitutional framework and use the constitution to suit with the customs and culture of the Malay land / Malaysia or use constitutional framework in accordance with sharia law. All the Members of Reid Commission is from others countries not even one from local government or Malayan government. 

Here are some questions to be answered, and thought with, if true Malay land (Malaya) is not occupied we should have free use of its own constitution and is not dependent on other countries to draft our constitution. So Umno leaders to be prepared to accept the fact that this country was never been colonized by the British and fought against the government before independence was a freedom fighter.

Kata Bebas Tapi Guna Perlembagaan Penjajah!!

Penangguhan cukai 6% hanya sandiwara PRU 13

Posted: 12 Sep 2011 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.

"Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.

"Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya.

Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.

Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, Najib dalam pembentangan Bajet 2011 didakwa telah memasukkan kutipan cukai enam peratus tersebut dan Telco hanya melaksanakannya.

Baru-baru ini, telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.

Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.

Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.

"Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.

"Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya.

Mat Sabu lawan Zainal Kling

Posted: 12 Sep 2011 04:10 AM PDT

Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan  pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".

Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.

Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah.

Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa  Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja.

Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain).

"Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik.

"Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara."

Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN  dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan.

Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British.

Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau,  Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya?

Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam,  yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British.

Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik.

Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan  itu pada 1932.

Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.

Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."

Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis.

Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan  sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu.

Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan.

Implikasi perbahasan itu juga  menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar.

Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat.

Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan.

Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan.

Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu  mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang.

"Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik.

"Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya.

Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan.

Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan

yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'."   Ahmad Lutfi Othman

Kalau tidak dijajah, JWW Birch kawan kita?

Posted: 12 Sep 2011 04:08 AM PDT

 
GOMBAK, 12 Sept: PAS membidas sikap membisu pemimpin Umno BN berhubung kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pemimpin Umno perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan itu kerana Zainal adalah ahli Umno.

"Pemimpin Umno kena bertanggungjawab sebab Zainal Kling mewakili Umno. Kita nak tahu pendirian pemimpin Umno.

"Apa pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Kalau tak pernah dijajah semua buku teks kita perlu diubah semula," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM) semalam.

Ianya sebagai mengulas sikap 'senyap' pemimpin Umno terhadap kenyataan Zainal yang dianggap mengelirukan itu.

Zainal dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

Mengulas lanjut, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata sejarawan Umno seperti Dr Zainal hanya merosakkan negara kerana sanggup memutarbelitkan fakta untuk membolehkan Umno sentiasa menjadi juara setiap masa.

"Kalau kita angkat orang putih ini sebagai rakan kita, sehingga dilantik menjadi penasihat, kita telah menolak semua sejarah yang tersimpan dalam arkib di London sendiri.

"Bagi orang putih Tanah Melayu adalah Koloni, iaitu negara jajahan, bukan negeri perlindungan," katanya.

Tambah Husam lagi, British menjajah negara ini menggunakan cara sangat halus iaitu dengan tidak menghapuskan sistem beraja agar mereka tidak mendapat penentangan rakyat di Tanah Melayu.

Namun pada hakikatnya, perlantikan pesuruhjaya British di setiap negeri membuktikan bahawa Tanah Melayu adalah dijajah.

"Kalau kita tidak pernah dijajah, bermakna JWW Birch yang dibunuh oleh Maharajalela akan kita anggap sebagai kawan kita," katanya.

PKR dakwa program RM2b ATM tiada 'roadmap'

Posted: 12 Sep 2011 04:06 AM PDT

Kongsi 35
PKR mendakwa mendapat maklumat mengejutkan mengenai program Network Centric Operations (NCO) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM2 bilion dianugerahkan secara runding terus oleh Kementerian Pertahanan kepada sebuah syarikat terkenal.

Dua naib presidennya juga mendakwa, hingga saat ini, PKR difahamkan projek itu masih belum mempunyai 'roadmap' yang memuatkan program ini dalam keperluan kerangka pertahanan negara di masa hadapan.

tian chua nurul izzah 080911"Apakah keberkesanan program sebegini jika hala tuju tidak ditetapkan dari mula?

"Adakah ketiadaan 'roadmap' ini bermakna perbelanjaan projek akan melambung tinggi tanpa had, dan pihak mana yang bakal mengambil peluang keuntungan atas ketiadaan hala tuju mahupun had perbelanjaan buat NCO?" soal Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Menurut mereka, program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua aplikasi sistem, pengesan, sistem arah dan kawal serta persenjataan dalam tempoh masa dua atau tiga tempoh Rancangan Malaysia (10-15 tahun).

Beberapa perkara lagi yang didakwa berlaku dalam pengendalian projek itu, ialah:

  • 'Keperluan Staf Am' (KESAM) yang meliputi setiap keperluan perkakasan dan perisian yang termasuk dalam projek NCO tidak disiapkan mahupun diluluskan sebelum projek dilaksanakan. Ini menunjukkan projek itu tidak melalui proses pemeriksaan tata kelola atau tadbir urus yang telus dan rapi.
  • Kajian daya maju teknikal untuk sistem P4 (Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan & Perisikan), iaitu sistem 'Command and Control' (C2) sedia ada masih dalam kajian, tetapi PKR difahamkan pihak syarikat berkeras untuk membangunkan sistem C2 yang baru.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin itu menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan menghentikan projek NCO itu sehingga persoalan-persoalan ini terjawab.

Nik Aziz: Profesor tidur terlalu lama

Posted: 12 Sep 2011 04:04 AM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

NONE"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.

zainal klingPada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.

Menulis di laman Facebooknya, Nik Aziz juga berkata, beliau mahu mendengar pandangan pemimpin Umno berhubung kenyataaan yang mengundang kritikan hebat itu, terutamanya daripada pembangkang.

"Atau memilih untuk mendiamkan diri?" soal mursyidul am PAS itu.

Mahathir merepek, kata Aziz Bari

Posted: 12 Sep 2011 04:00 AM PDT

Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

NONEPensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".

"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".

"Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian).

"Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.

Pemuda PAS: Mengarah, bukan menasihat
Dr Mahathir hari ini berkata, secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.

Bagaimanapun, katanya, apabila sudah berada di sini, British akhirnya beroperasi seolah-olah negara ini dijajah, sekali gus tidak memberi nasihat, tetapi arahan.

NONESementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri) pula berkata, walau apa pun hujahnya, pada hakikatnya British bukan menasihat, mengarahkan sultan mengikut telunjuk mereka.

"Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," katanya sambil membariskan beberapa persoalan yang perlu dijawab Dr Mahathir dan sarjana sejarah.

Persoalan itu antaranya:

  1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British?
  2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?
  3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?
  4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
  5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda sultan?
  6. Apakah salah kita menanggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?

Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah

Posted: 12 Sep 2011 03:57 AM PDT

Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

mahathir pc 260608 01"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.

"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang hari ini.
Jumaat lalu, Zainal (bawah, kanan) berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

zainal kling"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.

Ulamak Pelapis PAS: Ulamak Muda UMNO akui terus dipinggirkan

Posted: 09 Sep 2011 11:12 PM PDT

"Kuala Lumpur, 2hb September 2011. Kenyataan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, AJK Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) dalam wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam baru-baru ini bahawa UMNO tidak mempunyai badan tertentu yang mengenengahkan suara Ulamak menyerlahkan lagi bahawa golongan itu dipinggirkan dalam parti tersebut. Biro agama UMNO yang wujud sekarang ini hanyalah untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dalam UMNO.

Kenyataan ini selari dengan kenyataan Ustaz Ahmad Tajuddin Idris, ketua iLMU dalam artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Jun 2011 bahawa UMNO seolah-olah tidak dipacu oleh Ulamak.

Kedua-dua kenyataan ini tidak menjadi perkara yang pelik kerana umum mengetahui bahawa perjuangan UMNO bukan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Golongan yang layak untuk merujuk dua sumber ini adalah para Ulamak. Jika mereka menolak kedua-dua sumber ini maka mereka dengan sendirinya menolak Ulamak.

Apa yang menjadi kepelikan sebenarnya ialah bagaimana mereka boleh terus kekal berada di dalam UMNO sedangkan mereka mengetahui suara mereka tidak didengari.

Hujjah yang dikemukakan oleh Ustaz Fathul Bari dalam wacana tersebut bahawa mereka akan terus menegur parti pemerintah dan memerlukan kesabaran dalam usaha tersebut dilihat terlalu rapuh.

Ini adalah kerana keberadaan mereka dalam UMNO lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan dan membawa fitnah kepada perjuangan untuk menegakkan agama. Rakyat akan berfikir bahawa UMNO adalah betul dan benar kerana didokongi oleh Ulamak sedangkan hakikatnya perjuangannya tidak berteraskan Islam. Mereka akan berhujjah bahawa jika UMNO salah maka kenapa ada Ulamak di dalamnya. Itulah sebenarnya tujuan UMNO menerima kemasukan para Ulamak dalam partinya agar dilihat Islamik sedangkan mereka pada hakikatnya meminggirkan Ulamak sebagaimana diakui sendiri oleh Ulamak Muda UMNO ini.

Ulamak tidak boleh menjadi umpama peribahasa Melayu; bagaikan anjing menyalak bukit. Kesabaran sememangnya dituntut dalam Islam tetapi tidak ada gunanya kesabaran tersebut jikalau kita menjadi umpama anjing yang terus sabar menyalak bukit yang diketahui tidak mempunyai faedah. Ulamak dalam UMNO perlu bijak memilih medium untuk berdakwah supaya akhirnya tidak menjadi alat kepada UMNO bagi mengekalkan kuasa.

Hujjah untuk 'membersih daripada dalam' adalah bertentangan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang melarang ummatnya bersama dengan jamaah atau kumpulan yang menolak Islam sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

Huzaifah bin Al-Yaman berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan terdapat golongan penyeru di pintu neraka. Sesiapa yang menyahut mereka akan dicampakkan ke dalamnya." Aku berkata: "Beritahu kepada kami sifat mereka wahai Rasulullah." Nabi bersabda: "Mereka adalah kaum daripada kulit kita dan bercakap dengan lidah kita." Aku bertanya: "Apa yang engkau akan suruh aku jika aku menemui golongan ini?" Nabi bersabda: "Lazimilah jamaah muslimin dan pemimpin-pemimpin mereka. Jika mereka tidak mempunyai jamaah dan pemimpin maka pisahkan diri kamu daripada kumpulan-kumpulan tersebut kesemuanya walaupun kamu terpaksa memakan akar kayu sehinggalah engkau mati dan kamu berada dalam keadaan demikian. (Riwayat Ibnu Majah)."

Tiada ulasan:

Pengikut