Sabtu, 10 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 10 Sep 2011 01:23 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Jemputan Majlis Rumah Terbuka

Posted: 09 Sep 2011 04:56 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Cabang Bukit Gantang akan menganjurkan Majis Rumah Terbuka Aidil Fitri 1423 di Perkarangan Pejabat Keadilan Bukit Gantang yang beralamat di No 5 Lorong 1, Taman Molek Simpang, Perak.

Majlis akan diadakan pada 11 Sept 2011 bermula jam 8:00 malam.

Semua dijemput hadir.

Untuk memdapatkan keterangan lanjut sila hubungi En Thanga 017-5657594 atau En Faisal 017-5598674.

Suara Sri Andalas

Posted: 09 Sep 2011 11:40 PM PDT

Suara Sri Andalas


Lack of Progress In The Proposed Restructuring of The Selangor Water Industry By The Federal Government

Posted: 09 Sep 2011 09:09 PM PDT

PRESS STATEMENT
LACK OF PROGRESS IN THE PROPOSED RESTRUCTURING OF THE SELANGOR WATER INDUSTRY BY THE FEDERAL GOVERNMENT
 
The Selangor State Government is disappointed at the lack of progress in the proposed restructuring of the Selangor water industry and the reluctance of the Federal Government to continue with discussions to address the inefficiencies in the current  fragmented water industry in Selangor.

In April 2011, the State Government had agreed to implement a proposed restructuring with the Federal Government that would ensure the long term sustainability of the Selangor water industry through the treatment and supply of water by a holistic water operator, wholly-owned by the State Government. The proposed restructuring would not only ensure the long-term, sustainable supply of water to Selangor through the development of the Langat 2 Water Treatment Plant ("Langat 2 WTP") but would also address the inefficiencies of the current fragmented water business model in Selangor.

In a meeting held on 6 September 2011, despite the State Government's previous agreement to the proposed holistic restructuring, the Federal Government through the Ministry of Energy, Green Technology and Water had insisted on proceeding with the development of Langat 2 WTP on a stand-alone basis without implementing the remaining proposals under the previously agreed restructuring of the Selangor water industry. The Federal Government also appeared reluctant to proceed with any further discussions on the Selangor water industry restructuring without the State Government first agreeing to the development of Langat 2 WTP.

The Selangor State Government stands firm on its view that proceeding with the Langat 2 WTP without concurrently implementing an acceptable restructuring plan to address the failed business model of the Selangor water industry would not only perpetuate the current inefficiencies but effectively transfers the burden of unjustifiably high water tariffs to the rakyat. Without the proposed restructuring, the inefficiencies of the current fragmented business model such as the rate of non-revenue water (NRW), which continues to remain high at 32%, will remain unresolved and continue to burden the rakyat of Selangor. 

The proposed restructuring that the Selangor State Government had agreed to implement in April 2011, which following the meeting yesterday appears to be no longer acceptable to the Federal Government, would have ensured the long-term sustainability of the Selangor water industry via a holistic water operator model that has been so successfully implemented by the State of Penang and subsequently duplicated in the States of Melaka, Negeri Sembilan and Johor.

Nonetheless, the Selangor State Government remains committed to the restructuring of the Selangor water industry via a holistic business model, which has proven to be sustainable in the long run and will not unnecessarily burden the rakyat of Selangor. In fact, the Selangor State Government remains prepared to continue holding regular and concurrent discussions on an expedited basis on the development of the Langat 2 WTP and the restructuring of the Selangor water industry to arrive at a solution that is beneficial to the rakyat.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
Selangor State EXCO
10 September 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 09 Sep 2011 11:02 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jelajah Pahang oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR

Posted: 09 Sep 2011 04:49 PM PDT

Hari ini (10.9.11) bermulalah lawatan kerja (jelajah) Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat ke Negeri Pahang. Jelajah seperti ini telah digalas oleh Biro ini ke beberapa buah Negeri didalam beberapa siri dengan menfaatnya telah diperolehi oleh Cabang-Cabang Parti Keadilan yang terlibat dengan lawatan itu.

Kesan yang paling positif diperolehi hasil dari lawatan kerja ini telah dirasakan khususnya di Negeri Sembilan bila mana selepas satu ditubuhkan Ranting PKR ditubuhkan satu lagi dan dengan penambahan Ranting dan Keanggotaan ini memungkinkan Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya yang akan datang. Lawatan kerja ke rancangan-rancangan Felda di Negeri Sembilan telah dibuat bertali-arus.

Untuk Negeri Johor, Biro ini telah berjaya mengadakan 2 siri lawatan dan berjaya menubuhkan 2 buah Ranting baru iaitu di Felda Lok Heng dan Felda Nitar 2, dan berjaya memasuki perkampongan Orang Asal.

Di Perak, Biro ini telah membuat lawatan siri pertama ke rancangan-rancangan Felda Trolak dan Besaut; dan siri kedua lawatan ini akan bermula setelah tamat siri lawatan ke Negeri Pahang; manakala di Negeri Selangor, lawatan dari Biro ini dibuat dari masa ke masa memandangkan bahawa disana terletaknya Pejabat Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor.

Didalam siri lawatan kerja ke Negeri Pahang, Biro Masyarakat Felda akan mengadakan ceramah dan dialog di rancangan-rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal. Penetapan dari Biro ini adalah untuk mengadakan 6 majlis ceramah di waktu malam dan 6 majlis dialog diwaktu siang di setiap Cabang PKR yang dilawati.

Pada 10.9.11 iaitu hari permulaan lawatan kerja ini, sebanyak 6 ceramah akan diadakan di rancangan-rancangan Felda dan 6 dialog di perkampongan Orang Asal di kawasan Rompin dan akan dituanrumahkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Rompin.

Semua tenaga penceramah yang disenaraikan seramai 40 orang akan berkumpul di Rumah Sdr Rosni Haji Arshad, Naib Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang di Felda Keratong 6 untuk Majlis Taklimat dari Biro ini sebelum mereka dibawa ke destinasi dialog dan ceramah yang akan diadakan.

Lawatan ini sesungguhnya menjadi kayu pengukur kepada kemampuan dan kekuatan Cabang-Cabang PKR di Negeri Pahang. Cabang-cabang yang berjaya mengadakan program bagi menerima lawatan ini bolehlah dianggap sebagai Cabang-Cabang yang sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin menghampiri; dan bagi Cabang-Cabang yang tidak mampu mengadakan program untuk lawatan ini, masih perlu menjalani proses penyusunan organisasi bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum.

Bukan senang untuk mengadakan 12 Majlis Ceramah dan Dialog yang dilakukan serentak di setiap Cabang, dan hanya Cabang-Cabang yang kukuh dan kuat dengan organisasi yang tersusun dan tenaga kerja yang mencukupi sahaja yang mampu melakukan program seumpama ini.

Selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada usaha semua Cabang untuk menjayakan program lawatan kerja Biro ini.

Anwar Ibrahim

Posted: 09 Sep 2011 07:12 PM PDT

Anwar Ibrahim


Lawatan Kerja Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Munich,German,11-12 September 2011

Posted: 09 Sep 2011 08:07 AM PDT

Meeting for peace: “Bound To Live Together – Religions And Cultures In Dialoge”

Ahad: 11hb September 2011
Tempat: Residenz,Herkulessaal (opening assembly).

“Humanists And Believers: The Agenda Of Coexistence”

Isnin: 12 September 2011
Tempat: Halls In The City Centre

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Cukai Perkhidmatan 6%: Golongan Muda Terus Dibebankan

Posted: 08 Sep 2011 11:32 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
9 September 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini.

Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen.

Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan ‘cukai perbelanjaan’ adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah.

AMK difahamkan bahawa peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan ‘cukai perbelanjaan’ ini.

Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).

Justeru, AMK dengan ini mendesak pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia supaya mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Swasta IWK : Najib Ulangi Mahathirisme, Kata Dr Dzul

Posted: 08 Sep 2011 11:06 PM PDT

TV Selangor

Langkah kerajaan mahu menswastakan syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWk) kepada sebuah syarikat pelaburan strategik 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga, merupakan satu tindakan kurang bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mengulangi kegagalan regim Mahathir Mohamad kira-kira 10 tahun lalu.

Langkah itu menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Ini kerja kurang bijak. Kerja Najib yang mengulangi kerja “bodoh” regim Mahathir. Najib mengulangi Mahathirisme.

” Penswastaan begini dengan diberikan langsung, tidak dibuka tender, tidak dicari oang yang layak, tidak ditentukan kepakarannya, kebolehan kewangannya. Apa yang merseka lakukan ialah untuk beri kepada kroni kerana dalam waktu terdekat ini akan berlakunya pilihan raya,”kata Dr Dzul.

Portal The Malaysian Insider semalam memetik sumber-sumber dari Kementerian Kewangan memberitahu bahawa IWK bakal diambil alih oleh 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga.

Difahamkan juga, ia telah diberikan lampu hijau oleh Najib.

"Penswastaan dan berakhir dengan kegagalan… Dalam penswastaan yang kita saksikan (pada) zaman Mahathir, ia berakhir dengan cerita-cerita duka yang membebankan wang rakyat untuk syarikat-syarikat ini di bail-out. Hari ini setelah Najib membentangkan model ekonomi baru, ETP, EPP, NKRA, NKEA, berakhir dengan begini jugak, cara dan modes operandi urus tadbir sektor-sektor utiliti ini kembali kepada swasta. Esok bila gagal, ambil balik dan selamatkan balik. Jadi sampai bila kita harus macam ini?

" Sampai bila rakyat dan dana rakyat akan diperguna cara begini,”soalnya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Kira-kira 11 tahun lalu, kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.

Menurut Dr Dzul lagi, projek yang diberikan kepada 1MDB dan Puncak Niaga secara terus juga menggambarkan ketidaktelusan pihak yang terbabit dalam pemberian projek ini.

"Kenapa diberi kepada Puncak Niaga , pihak paling tak layak nak uruskan tentang pembetungan dan sebagainya. Sebab terbukti mereka gagal di Selangor ini dalam industri air Selangor, dalam Syabas . Jadi kalaulah Najib bercakap tentang merit daya saing, mengapa terus-terusan beri kepada 1MDB dan Puncak Niaga,”soalnya lagi.

Bagaimanapun menurut Dr Dzul, beliau memahami helah kerajaan di sebalik pemberian projek ini.

"Sebab inilah syarikat-syarikat yang didakwa memberikan dana politik kepada Umno-Barisan Nasional.

” Ini bukan saya cakap.. ini tokoh-tokoh akademik dalam buku-buku mereka mengenai ekonomi politik. Saya tak perlu mengungkap sendiri, saya tak perlu buat dakwaan kerana mereka telah banyak buat dakwaan tentang perhubungan sumbang antara orang bisnes dan elit politik tertinggi negara,” tegas Dr Dzul.

Malah ujar Dr Dzul, sehingga kini tiada sebarang pembaharuan dari sudut ekonomi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dengan kata lain, apa yang baru di Malaysia ni, apa yang dikatakan dengan nafas baru , ekonomi baru , model ekonomi baru. Apa yang baru? Tidak ada apa yang berubaha. Apa yang baru? Tiada. Dalam bahasa ekonomi di kata “doing more of the same thing”.Mengulangi kembali cara lama,”tambah beliau lagi.

IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru.

Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan.

Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.

Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air.

Rancangan itu boleh mencetuskan kontroversi pusingan baru ekoran kurangnya ketelusan berkaitan perundingan itu, dengan pengguna bimbang mengenai perjanjian membabitkan IWK.

Sejak dari hari pertama, IWK berhadapan dengan masalah menyakinkan rakyat yang skeptikal untuk membayar bil berasingan, yang sebelum itu diselesaikan bersama
bil air.

Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta.

Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Posted: 09 Sep 2011 03:11 PM PDT

Wee Choo Keong


Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia

Posted: 09 Sep 2011 01:27 AM PDT

Please look at the list of unreasonable charges imposed by AirAsia, hailed by Tan Sri Tony Fernandes as “No Frills Airline”. What a good lobbyist! Please look at the list of ancillary charges amounting to RM50 that a passenger had to pay for domestic and international travel by AirAsia not to mention the other charges [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 09 Sep 2011 11:12 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Ir Nizar 15 Sep 2011 Johol, N.Sembilan

Posted: 08 Sep 2011 09:30 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 15 Sept 2011 (Khamis)
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 1456, Kg Kabong (Jln Inas-Senaling) Johol, N.Sembilan
Penceramah
1. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang
2. Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/09/jemputan-ceramah-umum-bersama-dato-seri.html

Balu anggota polis tunggu pencen sejak 12 tahun

Posted: 08 Sep 2011 07:05 PM PDT

Kisah balu dan waris anggota keselamatan yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya bukan perkara baru. Mungkin ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti nenek Janainah Ngah Kassim seperti di bawah ini. Sudah-sudahlah menjadi juara membela rakyat umpama tin kosong. Pergilah cari bekas anggota keselamatan dan keluarga mereka yang hidup merempat, kudung kaki, kudung tangan.

Janainah Ngah Kassim dan Muhamad Anuar Kamaruddin menunjukan surat pengesahan jawatan Allahyarham Kamaruddin Awang Kechik sebagai Konstabel Khas sewaktu ditemui di Kampung Delek baru, Klang kelmarin.

BALU ANGGOTA POLIS TUNTUT TUNGGAKAN PENCEN 12 TAHUN

KLANG 8 Sept. 2011 - Pengorbanan anggota polis yang terlibat dalam memerangi pengganas komunis pada zaman darurat tidak perlu diragui oleh mana-mana pihak dan waris mereka juga perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Balu kepada seorang anggota polis, Janainah Ngah Kassim, 80, yang suaminya Allahyarham Kamaruddin Awang Kechik yang pernah berkhidmat pada zaman darurat memohon supaya dipertimbangkan tuntutan bayaran pencen suaminya yang tidak diterima sejak arwah meninggal dunia pada 1968.

Anaknya, Muhamad Anuar Kamaruddin, 50, berkata, ibunya pernah menyatakan dia kecewa kerana pencen arwah suaminya itu hanya diterima mulai 1980 dengan bayaran RM103 sebulan sebelum dinaikkan kepada RM375 beberapa tahun lalu.

Menurut Muhamad Anuar, bapanya yang merupakan anggota Konstabel Khas (SC) di antara 1948 dan 1951 sebelum meneruskan perkhidmatan dalam pasukan polis meninggal dunia akibat sakit jantung semasa berkhidmat di Pulau Pinang.

"Kami pernah menuntut semula pencen bapa yang tidak pernah diterima ibu selama 12 tahun kepada pihak bertanggungjawab di Putrajaya beberapa tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.

"Bagi pihak ibu, saya amat berharap kadar bayaran pencen arwah bapa saya dapat dinaikkan sehingga RM700 sebulan memandangkan tahap kesihatan ibu yang sedang uzur," katanya kepada wartawan di kediamannya di Kampung Delek Baru di sini, semalam.

Kata beliau, ibunya kini tidak berdaya lagi menguruskan diri sendiri kerana tidak mampu berjalan akibat sakit sendi dan terpaksa memakai lampin pakai buang.

Bagaimanapun, Muhamad Anuar berkata, pada 2004, ibunya pernah menerima wang sagu hati khas sebanyak RM1,000 daripada kerajaan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan bekas anggota polis yang pernah berjuang menentang komunis.

"Pada 1997, saya telah membawa ibu ke sini dari kampung halaman kami di Sungai Siput, Perak kerana mahu menguruskan segala keperluan dan makan minumnya selain membeli ubat-ubatan," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_07.htm

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 09 Sep 2011 09:30 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Keluar dari kelambu penipuan media Umno BN

Posted: 09 Sep 2011 01:47 AM PDT

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengajak rakyat supaya keluar daripada kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN. "Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, orang Melayu Islam bingkas menolak idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl [...]

6% caj prabayar sumber kerajaan Barisan Nasional mengumpul dana bagi menghadapi PRU ke-13

Posted: 09 Sep 2011 01:45 AM PDT

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kenaikan caj prabayar sebanyak enam peratus bukan sahaja membebankan rakyat malah ia adalah satu sumber kerajaan Barisan Nasional mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika ditemui pada satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat hari [...]

Pertemuan Najib-Hakim Dibimbangi Pengaruhi Kes Anwar

Posted: 09 Sep 2011 01:43 AM PDT

Keadilan Daily Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan para hakim hari ini, dibimbangi sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas pertemuan tersebut yang dikatakan untuk memberi taklimat bagaimana dana kerajaan persekutuan diguna untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah. "Dari [...]

Sambutan Pesta Tanglung KEADILAN Gopeng

Posted: 09 Sep 2011 01:29 AM PDT

Jemput hadir beramai-ramai ke program sambutan Pesta Tanglung anjuran KEADILAN Gopeng:   10-09-2011(Sabtu), 8:00pm, Padang Taman Chandan Desa, Simpang Pulai 11-09-2011(Ahad), 8:00pm, Padang Halaman Ampang Jaya, Simpang Pulai 14-09-2011(Rabu), 8:00pm, Padang Taman Bersatu, Simpang Pulai 15-09-2011(Khamis), 7:30pm, Depan Restoran Ka Ka Fatt Desa Lawan Kuda 17-09-2011(Sabtu), 8:00pm, Padang Taman Rapat Indah, Simpang Pulai   Pertanyaan: [...]

周六起务边巡回庆中秋佳节,人民公正党诚邀各界踊跃参与

Posted: 09 Sep 2011 01:29 AM PDT

随着中秋佳节脚步声渐进,人民公正党务边区部今日宣布,将于本周六(10日)开始巡回务边选区举办五场中秋晚会。务边区人民代议士务边国会议员李文材医生、新邦波赖州议员曾敏凯及迪遮州议员郑立慷诚邀各地居民,踊跃参与上述中秋晚会共同欢庆佳节。   李文材医生也是人民公正党务边区部主席。他呼吁人们在庆祝中秋节之余,尝试了解传统节日的由来和典故。他指出,元朝人民结合力量发动"八月十五夜起义"成功推翻暴政的精神值得我国人民效法。因此,他促请人民在欢庆国庆月及中秋佳节的同时,深思国家前途并且在关键时刻勇于作出改变。 上述中秋晚会活动目的在于延续和发扬华裔传统文化。此外,人民公正党也希望籍此促进友族同胞对于中华文化的了解,因而加强族群之间的交流和互动。因此,主办当局呼吁公众人士踊跃出席,与各族马来西亚人民一起度过饶富意义的传统佳节。   人民公正党务边选区中秋庆祝活动如下: 10-09-2011(六),晚上8时,成达花园草场(Taman Chandan Desa) 11-09-2011(日),晚上8时,安邦再也草场(Taman Ampang Jaya) 14-09-2011(三),晚上8时,相德花园草场(Taman Bersatu) 15-09-2011(四),晚上7时半,拉湾古打荣丰园家家发酒家前(Desa Lawan Kuda) 17-09-2011(六),晚上8时,荣达花园草场(Taman Rapat Indah)   主办当局届时将现场免费派发灯笼,并带领出席者一同提灯笼游行。一系列的庆祝活动,公众人士万勿错过。任何询问,欢迎洽询林汉权(016-4112570)和李盈颖(017-3233329)。

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 09 Sep 2011 09:09 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Kenyataan Rasmi : Isu 50 Ahli PAS Keluar Parti

Posted: 09 Sep 2011 06:29 AM PDT

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat.


Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : "DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP", sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama "ahli PAS" yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka.

Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut.

Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.

3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.

5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)


YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP."

Tiada ulasan:

Pengikut