Jumaat, 30 September 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 29 Sep 2011 01:07 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Hasrat Beberapa Orang Pemimpin UMNO Ketereh.

Posted: 29 Sep 2011 10:50 AM PDT



Sekiranya PM Najib jujur pada dirinya sendiri bahawa PRU 13 ini UMNO akan meletak calunnya orang yang boleh memberi kemenangan kepada parti, maka pemilihan pengarah pilihanraya olok-olok di Perlimen Ketereh hari ini adalah orang yang layak diletak menjadi calun.

Pengarah DUN Melor Cikgu Hadi Nawi adalah orang yang tidak banyak memberi ruang kepada PAS untuk mencari kelemahan dan bersesuai pula kerana beliau adalah anak kepada bekas penghulu (PPM). Begitu juga di DUN Kadok yang mana Cik Gu Sanusi menjadi pengarahnya. Cikgu Sanusi adalah bekas pengarah KEMAS yang anak buahnya bertabur didalam DUN Kadok termasuk Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ketereh iaitu Sabariah Hamzah seorang Penyeluia KEMAS dan ramai penyokong wanita.

Manakala di DUN Kok Lanas adalah seorang pengetua sekolah yang saya sendiri pun tidak begitu kenal jadi bolehlah diberi sebagai calun kerana orang yang tidak pernah dikenali yang akan memberi untung kepada UMNO kerana tidak akan ada isu yang boleh dibangkitkan. Manakala Pengarah untuk Parlimen Ketereh adalah Cikgu Mat Yani yang sememangnya layak diberi peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Inilah masanya untuk rakyat Ketereh bertukar angin kerana calun-calunnya muka baru dan nama Anuar Musa serta Alwi Che Mat tidak lagi disebut dimusim berkempen dalam pilihanraya yang mana sekiranya nama Anuar Musa dan Alwi Che Mat masih kedengaran didalam Parlimen Ketereh dimusim PRU 13 nanti akan mempercepatkan kekalahan kepada UMNO.

Apa yang saya tulis ini bukannya datang dari sanubari saya tapi itulah yang disampaikan oleh beberapa orang pemimpin UMNO Ketereh kepada saya melalui telepon. Mereka itu memberi amaran kepada saya bahawa PAS di Kawasan Ketereh tidak akan menang mudah pada PRU 13 nanti sekiranya PM Najib dan Ibu Pejabat UMNO mengotakan janji bahawa PRU 13 kelak, pemimpin UMNO Bahagian tidak semestinya dipilih menjadi calun.

Sekiranya harapan beberapa orang pemimpin UMNO Ketereh itu menjadi kenyataan, saya kira UMNO telah memecah rekod yang mana Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian tidak bertanding dalam Piliharaya di parlimen Ketereh dan terbukti bahawa PM Najib bukan berbohong dengan plan tranformasi dalam UMNO. Oleh itu PAS Kawasan Ketereh perlu juga bersiap dengan kemungkinan tersebut kerana nama-nama guru-guru yang menjadi pengarah pilihanraya olok-olok hari ini tidak pernah diuji.

Sekiranya perkara yang disebutkan ini benar-benar terjadi maka tidak sia-sialah Pengarah Pendidikan Kelantan berperanan menyokong UMNO kerana UMNO akan memberi kepercayaan kepada Cikgu-Cikgu sebagai calun dalam PRU 13.

Saya doakan supaya hasrat beberapa orang pemimpin UMNO dalam Parlimen Ketereh itu betul-betul berlaku pada PRU 13 kelak kerana Anuar Musa dan Alwi Che Mat tidak dipilih sebagai calun dan tumPAS sebelum bertanding.


PAS Kelantan perlu berhati-hati

Posted: 28 Sep 2011 12:14 PM PDT




Parlimen Malaysia sudah hampir bersidang, kali ini PM Najib Tun Razak akan bentang budget dan ada ura-ura mengatakan selepas budget dibentang Parlimen akan dibubarkan dan diikuti dengan pilihanraya umum ke 13.


Mahyuddin Yassin telah memberitahu bahawa senarai calun-calun Barisan Nasional telah siap hanya menunggu masa untuk diumumkan. Calun BN kali ini tidak semestinya dipilih dikalangan pemimpin ianya bergantung kepada keadaan setempat, sekiranya itu berlaku maka termakbulkan hajat dikalangan orang-orang yang tak ada jawatan dalam parti dipilih menjadi calun.


Di Kelantan, Mustapha Mohamed begitu yakin bahawa UMNO dapat membentuk kerajaan dengan mengalahkan PAS dan PKR dalam pilihanraya umum nanti, manakala PAS pula tidak sedikit pun gentar menghadapi tentangan dari UMNO kerana sejarah telah membuktikan selepas saja Dewan Undanagan Negeri dan Perlimen dibubarkan maka akan adalah pos-pos atau pondok-pondok parti UMNO dibakar atau dirobohkan.


Yang membakar dan meroboh bukannya orang-orang PAS tapi orang-orang UMNO sendiri yang tidak berpuas hati kerana idolanya tidak dipilih jadi calun dan dendam itu akan berterusan sehingga kehari mengundi yang menyebabkan calun UMNO akan kalah kerana orang UMNO sendiri tidak memberi undi kepada calun yang tidak disukainya.


Ini berlaku dengan jelas pada pilihanraya umum ke 12 di Parlimen KETEREH, yang mana Anuar Musa kalah kepada Aziz Kadir sebanyak 400 undi manakala undi rosak sebanyak 999 undi dan ada pula peti undi yang mana Alwi Che Mat menang tapi Anuar Musa kalah, hakikatnya kekelahan Anuar Musa kerana ada ahli UMNO yang tak undi beliau disebabkan ada golongan yang tak puas hati kepada Anuar Musa kerana tidak meletakkan Alwi Che Mat bertanding dikerusi Parlimen.


Walau bagaimana pun PAS perlu berhati-hati, mungkin sejarah 2008 tidak akan berulang lagi di Kelantan kerana dengan jelas sekarang ini UMNO sedang menumpukan hanya kepada 23 kerusi untuk menang bagi membolehkan UMNO membentuk kerajaan. Sehingga kini daripada 23 kerusi yang diidam-idamkan oleh Musatpha Mohamed itu, UMNO sudah mengenal pasti sebanyak 19 kerusi untuk diberi perhatian termasuklah yang sudah dimiliki sekarang ini.


PAS hendaklah berkubu di 18 kerusi yang menjadi perhatian UMNO itu selain memperkemaskan yang selebihnya bagi memberi pukulan 'maut' kepada UMNO dalam PRU 13 ini sesuai dengan semangat menuju ke PUTRAJAYA. Yang ke 19 kami akan pastikan bahawa kerusi UMNO DUN Kok Lanas akan dirampas oleh PAS. Insya Allah.

THE FLYING KICK

Posted: 29 Sep 2011 01:04 PM PDT

THE FLYING KICK


HUDUD TAK BOLEH TURUNKAN HARGA MAKANAN!!!

Posted: 29 Sep 2011 05:30 AM PDT

PAS Patut Malu Kepada Allah Taala... Belajarlah Serius Sikit!

Posted: 29 Sep 2011 04:00 AM PDT

PAS TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA!!!

Posted: 29 Sep 2011 02:30 AM PDT

TEKA-TEKI TENTANG PEMBAYAR PELACUR THAILAND UNTUK ANWAR SEMAKIN TERJAWAB!

Posted: 29 Sep 2011 12:30 AM PDT

PAKATAN GAGALKAN RANCANGAN NIK AZIZ, UMNO JUGA JADI KAMBING HITAM?

Posted: 28 Sep 2011 11:30 PM PDT

TAK MAAFKAN MAHATHIR? MABUK PINANG KE MABUK ARAK MAMAT NI?

Posted: 28 Sep 2011 10:00 PM PDT

SEDEKAH RM3 JUTA KEPADA MENANTU NIK AZIZ... BAIKNYA HATI HUSAM MUSA!!!

Posted: 28 Sep 2011 08:30 PM PDT

SYED HAMID ALBAR RUPA-RUPANYA BERKONGSI SPESIES DENGAN ANWAR IBRAHIM!!!!

Posted: 28 Sep 2011 06:30 PM PDT

NIK AZIZ PATUT FAHAM SEKARANG, DIA HANYALAH SI NYANYUK MERABAN!!!

Posted: 28 Sep 2011 04:30 PM PDT

AWAL-AWAL LAGI, NIK AZIZ SUDAH BAYANGKAN HUDUD VERSI PAS ADALAH ZALIM!!!

Posted: 28 Sep 2011 07:45 AM PDT

BERANIKAH NAJIB SAHUT CABARAN AGAR TELURNYA DIKERASKAN?

Posted: 28 Sep 2011 06:00 AM PDT

LOGO HALAL: DAP MESTI MENGAMUK PUNYALAH!!!

Posted: 28 Sep 2011 04:27 AM PDT

HARGA RON95 DAH TURUN RM1.40 KE?

Posted: 27 Sep 2011 04:30 PM PDT

Rajahmas

Posted: 29 Sep 2011 12:33 PM PDT

Rajahmas


7 muka baru Kabinet Sarawak

Posted: 28 Sep 2011 10:35 PM PDT

Rombakan kabinet negeri yang diumumkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam menyaksikan pengekalan seorang Timbalan Ketua Men-teri, pelantikan tiga menteri kanan dan tujuh menteri muda yang baru.

Kabinet yang dirombak susulan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April lepas mengekalkan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sebagai Timbalan Ketua Menteri berbanding sebelum ini Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Taib dalam sidang media di pejabatnya berkata, adalah memadai untuk mempunyai seorang Timbalan Ketua Menteri dan diperkukuhkan dengan 13 kementerian.

Beliau menyifatkan struktur baru kabinet yang berkuat kuasa pada 30 September itu sebagai pendekatan baru kerajaan dalam merapatkan hubungan dengan rakyat.

"Keanggotaan kabinet ini merupakan satu bentuk proses peralihan kuasa menerusi pelantikan beberapa wakil rakyat yang baru dipilih menjadi menteri muda. Tidak banyak perubahan di peringkat menteri penuh," katanya.

Ditanya mengenai penggantinya, Taib berkata, ia ter-serah kepada parti.

"Ramai yang ada dalam fikiran saya," katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Hadir sama Jabu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing, Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom, Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Wong Soon Koh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Morshidi Ghani.

Tiga menteri kanan dilantik setiap seorang mewakili parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri kecuali daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu Masing daripada PRS, Mawan daripada SPDP dan Soon Koh daripada SUPP.

Masing juga mengekalkan jawatan Menteri Kemajuan Tanah, Mawan sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Soon Koh sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat merangkap Menteri Kewangan Kedua.

Tiga menteri muda baru ialah ADUN Sebuyau Julaihi Narawi sebagai Menteri Muda Pembangunan Perindustrian dan Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Perumahan), ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat (Menteri Muda Kebajikan), ADUN Belawai Datu Len Talif Salleh (Menteri Muda Alam Sekitar dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri), ADUN Bengoh Dr Jerip Susil (Menteri Muda Kesihatan Awam), ADUN Belaga Liwan Lagang (Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan), dan ADUN Bekenu Rosey Yunus (Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga).

Kabinet baru itu turut menyaksikan penubuhan Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga yang diketuai Datuk Fatimah Abdullah yang sebelum ini Menteri di Pejabat Ketua Menteri.

Manakala Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Sosial yang diketuai Mawan.

Turut diberi nama baru ialah Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam yang digantikan dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat, diketuai Soon Koh.

Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber dinamakan semula sebagai Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar diketuai Taib sendiri, Menteri Perumahan yang diketuai Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg adalah bagi menggantikan Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Kementerian Pelancongan juga diketuai Abang Johari, menggantikan Kementerian Pelancongan dan Warisan.

Rombakan dilakukan berikutan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang menyaksikan BN memperoleh mandat untuk memerintah semula.

Keputusan pilihan raya itu turut menyaksikan kekalahan beberapa anggota kabinet yang memerlukan ia dirombak bagi mengisi kekosongan.

Antaranya, Dr Chan yang tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, bekas Menteri Muda Peladang dan Koperasi Datuk Peter Nyarok Entrie di DUN Krian.

Dr Chan merupakan presiden SUPP manakala Nyarok timbalan presiden SPDP.

SUPP turut menyaksikan kekalahan bekas Menteri Muda Industri Makanan Datuk David Teng di DUN Repok manakala bekas Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Perumahan Datuk Dr Soon Choon Teck tidak dicalonkan semula di DUN Dudong.

Bagi PBB pula, bekas Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen tidak berada dalam kabinet selepas pilihan raya tersebut apabila mengundur diri daripada bertanding mempertahankan kerusi DUN Demak Laut.

Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem daripada PBB, yang dahulunya merupakan penasihat di Pejabat Ketua Menteri kini dilantik menjadi Menteri Tugas-tugas Khas.

Bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Larry Sng juga tidak dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi DUN Pelagus kerana beliau bukan ahli PRS.

Bagaimanapun, Larry kini memegang jawatan penasihat Hal Ehwal Belia di Pejabat Ketua Menteri.

-Borneo Post

MASTER DEDAH

Posted: 29 Sep 2011 11:57 AM PDT

MASTER DEDAH


POWER KOTE NUAR

Posted: 28 Sep 2011 11:19 PM PDT


KOTE CAP CEROK TOK KON
DEPAN BOLEH TEMBUS
BELAKANG BOLEH TEMBUS
CHINA DOLL BOLEH TEMBUS
DUA SEKALI DATANG BOLEH TEMBUS
CONFIRM TURUN DARAH LEPAS KENA

PEJUANG BANGSA

Posted: 29 Sep 2011 11:30 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Isu keselamatan mesti mengatasi hak asasi manusia & kebebasan

Posted: 29 Sep 2011 10:46 AM PDT



GPB bersetuju dengan kenyataan Tok Him bahawa soal keselamatan negara tidak boleh dikompromi malah ia hendaklah mengatasi hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.  Tiada guna jika sudah berlaku kejadian seperti huru hara dan  pengebomanan oleh pengganas seperti komunis  di negara ini  baru hendak bertindak .

Rakaman suara dah jelas , Guan Eng musibat masih lagi tak mengaku ...

Posted: 29 Sep 2011 09:45 AM PDT




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak mengaku atau menafikan hari ini bahawa beliau membuat kenyataan memburukkan Johor berhubung kadar jenayah di negeri itu, semasa lawatan kerja ke Singapura baru-baru ini.

Lim berhati-hati dan dengan sopan meminta seorang wartawan TV3 meninggalkan bilik sebelum menyentuh isu itu dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.



Beliau juga meminta apa-apa rakaman video kenyataannya, tidak diedarkan kepada stesen-stesen TV berkaitan kerajaan, kerana bimbang kandungannya akan "diputarbelit".

"Saya tidak mahu kenyataan saya mengenai perkara itu akan diputerbelitkan kerana ia pernah berlaku sebelum ini," kata Lim.

Lim yang juga setiausaha agung DAP kemudiannya menjelaskan bahawa beliau menghadiri satu ceramah majlis makan tengah hari tertutup dengan kira-kira 20 wartawan asing di republik itu, dan selepas itu salinan ucapannya telah diedarkan.


Ucapan yang disediakan itu, katanya, tidak menyebut apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah di negeri itu.




Ditanya mengenai rakaman audio yang disiarkan Buletin Utama di TV3 - yang mendedahkan beliau memburukkan Johor berhubung kadar jenayahnya, semasa majlis pada 12 Ogos itu, Lim berkata beliau perlu menyemak konteks kenyataan itu dibuat.

"Jika saya telah membuat kenyataan itu, mari kita lihat konteks ianya dibuat ... ia adalah perbualan tertutup," katanya.

Lim berkata, perkara itu ditimbulkan semasa beliau berada di Surabaya, dan beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui setiausaha akhbarnya, Wong Kim Fei, dengan menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat "untuk bermain atau menari mengikut rentak media yang dikawal BN".

Undilah : Nak tahu kenapa Malaysia banyak masalah , lihat video ini !

Posted: 29 Sep 2011 05:07 AM PDT

Kapal terbang Anwar ke Bangkok sudah dikenalpasti 12 & 13 Januari !

Posted: 29 Sep 2011 02:50 AM PDT






oleh: Sel 13

Semenjak kemunculan video yang menunjukkan Anwar Ibrahim bersama salah seorang trio Datuk T memasuki lif sewaktu hendak melanggan pelacur, satu persoalan baru pula yang timbul. Di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari 2011 ?





Semuanya kerana di penghujung klip video berkenaan memaparkan wajah Anwar Ibrahim beserta dengan tarikh dan waktu.

Perkara tersebut telah mula dibahaskan oleh media-media cyber sejak lebih seminggu yang lepas. Ada blogger-blogger yang dilihat seolah-olah cuba mengugut Anwar sambil bertanyakan soalan itu.

Pada pandangan sel13.com, blogger-blogger berkenaan telah pun mempunyai video tersebut di tangan mereka. Cuma mereka mereka mahu jawapan dari mulut Anwar sendiri yang menyatakan dimana beliau berada pada tarikh itu.

Beberapa blog serta facebooker yang menyokong Anwar menyatakan pada tarikh tersebut Anwar berada di dalam negara dan berada dalam sidang media pada jam 5.30 petang, 13 Januari 2011 di ibu pejabat Pas .

Memang benar pada tarikh tersebut Anwar ada dalam sidang media berkenaan. Tetapi sebelah pagi Anwar Ibrahim berada di luar negara.


Sisatan yang sel13.com lakukan,


Pada tarikh 12 dan 13 Januari didapati Anwar Ibrahim berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok sehinggalah beliau berlepas pulang dari lapangan terbang yang sama akan kami bongkarkan kemudian di dalam Edisi Bongkar Sel13.com.

Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk 'aktiviti-aktiviti' tertentu dan 'tugas-tugas rasmi' tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang. Manakala sidang media di ibu pejabat PAS diadakan pada jam 5.30 petang.

Isu Anwar Ibrahim terus menaikkan populariti blogger Pro BN !

Posted: 29 Sep 2011 01:00 AM PDT










Isu video berwarna Anwar Ibrahim dengan Datuk Eskay yang didedahkan Papa Gomo terus menjadikan ranking blogger Pro BN meningkat naik mendadak di dunia  perang cyber ini . Selain itu , isu Komunis Mat Sabu yang menaikkan kemarahan majoriti rakyat    juga menambah lagi pembaca baru di blogger pro BN .

Blogger terhebat P.Pinang ,  blog Dr MIM terus mencipta kejutan apabila melompat ke tangga ke 2 ranking di bawah Papa Gomo .

Kepada semua member blogger, teruskan membalun Pakatan Rakyat agar ranking anda terus meningkat ...haha

PANAS ! Safee Sali berang latihannya di Cardiff City dianggap makan angin

Posted: 29 Sep 2011 12:14 AM PDT




"SAYA bukan pergi makan angin ke sana," tegas penyerang sensasi Mohd Safee Sali, kurang senang dengan persepsi segelintir pihak yang menganggap kunjungannya ke Cardiff City bagi menjalani ujian percubaan selama dua minggu sebagai kerja sia-sia.

Malah dia yang tiba ke tanah air semalam juga menolak andaian dipergunakan pengurusan kelab Liga Kejuaraan itu untuk mendapat populariti di negara ini.


"Ini peluang yang amat bagus untuk saya, biarlah orang nak kata apa, janji saya dapat menjalani latihan di negara itu sudah dianggap satu penghargaan dan saya cukup berbangga. Saya bukan pergi makan angin ke sana.

"Saya rasa mereka tidak mengambil apa-apa kesempatan, sebab daripada reaksi pengurus Cardiff City (Malky Mackay), dia berminat dan terkejut dengan kemampuan pemain dari Malaysia. Bagi saya tawaran ini cukup berharga dan dapat menyertai latihan mereka adalah satu impian," kata Safee sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.


Safee, 27, selesai menjalani ujian pemilihan selama dua minggu bermula 12 September lalu bersama Cardiff City dalam usahanya untuk melakar impian selaku pemain Malaysia pertama beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris.


Namun ada yang menganggap ia sebagai kerja sia-sia memandangkan syarat ketat untuk pemain Asia untuk beraksi di United Kingdom khususnya membabitkan soal permit kerja.

Sehingga kini belum ada keputusan sama ada Safee berjaya ataupun tidak pada ujian pemilihan itu melainkan kenyataan Mackay yang mencadangkan supaya penyerang Pelita Jaya FC dari Indonesia itu mengikuti ujian sekali lagi selepas ini.


Ini kerana tempoh dua minggu ujian sebelum ini dianggap tidak cukup untuk Mackay membuat penilaian.

"Memang mungkin masa tidak cukup sebab saya tidak ada perlawanan persahabatan cuma hanya latihan. Mungkin mereka tidak puas melihat aksi saya ketika latihan dan saya harap dapat pergi ke sana lagi untuk membuktikan aksi sebenar," kata Safee.


Dalam tempoh terdekat dia dijangka mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab divisyen dua itu, Datuk Chan Tien Ghee bagi perbincangan lanjut.


"Selepas menjalani latihan dua minggu di sana memang ada tanda positif daripada pengurusan Cardiff City dan saya amat berminat untuk bermain di sana. Apa yang saya lihat, saya memang boleh bersaing di sana kerana boleh mengikuti latihan dan tidak berdepan masalah dengan cuaca.

"Saya harap akan ada perkembangan positif dan berharap bukan saya seorang saja yang akan pergi menjalani ujian pemilihan sebaliknya pemain-pemain Malaysia yang lain jika diberi peluang oleh mana-mana kelab," jelas Safee yang terus melapor diri bersama skuad kebangsaan semalam bagi persediaan menghadapi Australia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, 7 Oktober ini.

Isu Hudud : Nik Aziz macam orang gila talak merayu kepada DAP ...

Posted: 28 Sep 2011 10:31 PM PDT



KUALA LUMPUR, 29 Sept — Sementara Pakatan Rakyat malam tadi memutuskan pihaknya memerlukan konsensus dalam isu hukum hudud, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meneruskan usahanya meyakinkan bukan Islam dengan memberi jaminan undang-undang itu akan dilaksanakan dengan "telus" dan hanya membabitkan Kelantan buat masa sekarang.

Dalam mesej terbaru disiarkan menerusi laman sosial Facebook awal pagi ini, Nik Aziz (gambar) berkata, beliau mahu memahami kebimbangan bukan Islam dengan jelas dan menyediakan sebanyak maklumat yang boleh demi menjelaskan kerisauan mereka.

"Saudara-saudari bukan Islam, boleh saya tahu bahagian mana hukum hudud yang menakutkan anda?" kata beliau dalam mesej yang disampaikan kira-kira lima jam selepas kepimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian mereka di Kuala Lumpur.

"Saya berharap anda tidak takut dengan hudud hanya disebabkan salah faham, salah persepsi atau disebabkan anda tidak tahu atau tidak pasti," kata beliau lagi.

Mursyidul Am PAS ini menulis lagi, "saya memberi jaminan bahawa pelaksanaan hudud adalah telus kepada bukan Islam dan hanya terlebih dahulu dilaksanakan di Kelantan."


 Komen GPB 

Hudud Politik PAS yang bermusim ini hanyalah wayang mereka ... Hadi kan dah cakap hanya negara kebajikan.  Memang terbaik lah lakonan Pok Nik ....haha

Mat Sabu diburu Perkasa jika berceramah di Negeri Sembilan ...

Posted: 28 Sep 2011 07:33 PM PDT


Habisla penyokong kuat Komunis , Mat Sabu yang selepas ini tak dapat la cari makan dengan berceramah di Negeri Sembilan.

 Perkasa Negeri Sembilan  telah memberi amaran akan protes lagi jika beliau mengadakan ceramahnya di negeri itu .  Ini lah akibatnya keceluparan mulutnya dan taksub sangat kepada Mat Indera hingga mengakibatkan banyak pihak marah .

DIMENSI

Posted: 29 Sep 2011 11:16 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Drama dah abis..macam biasa, wally slipau sambung jilat kaki komunis

Posted: 29 Sep 2011 05:23 AM PDT








"Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan," kata beliau sambil menambah, pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.
Malangnya kata beliau (gambar), undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat, didukung oleh Umno, "menghalang kami daripada berbuat demikian." - mullah wally slipau
betul hudud dah 'tutup buku'??...neehhhhhhh!!..nak dekat2 pru nanti bukak balikk!..caye lerrrr kehkehkeh

Tiada ulasan:

Pengikut