Isnin, 5 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rakyat Malaysia dibunuh oleh penembak tepat di Somalia

Posted: 05 Sep 2011 02:05 AM PDT



Dua askar kita yang terkorban di Somalia sebelum ini iaitu Staf Sarjan Azman dan Koperal Gani telah ditembak di bahagian muka. Peluru telah menembusi muka Staf Sarjan Azman di antara dua matanya, manakala muka Koperal Gani telah hancur.

Satu teori mengatakan Almarhum Noramfaizul telah ditembak oleh penembak tepat. Teori tersebut di http://militaryofmalaysia.net/2011/09/melihat-ke-dalam-insiden-tembakan-di-somalia/

************
When the bodies of Staff Sergeant Azman and Cpl Gani arrived safely at the Malaysian peacekeeping troops headquarters, all of the soldiers there regardless of their ranks wept to tears to see the two lifeless bodies of their fallen comrade. Staff Sgt Azman was shot right between his eyes while Cpl Gani was almost unrecognizable due to his shattered face.
http://malfly.blogspot.com/2011/09/eyes-wide-shut.html

Di masjid pakai jaket kalis peluru, zon perang pakai t shirt

Posted: 04 Sep 2011 11:12 PM PDT



Agaknya masjid di Kuala Lumpur ni lebih hebat zon perangnya daripada zon perang di Somalia. Hinggakan pergi masjid pun nak kena pakai jaket kalis peluru, sedangkan pergi zon perang di Somalia hanya dibekalkan t-shirt putih lengan panjang.

May 4th, 2011 - Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjelaskan beliau memakai jaket kalis peluru ketika upacara mengambil sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Sumber :
http://m.malaysiakini.com/news/163231
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mat-zain-datuk-t-defiled-mosque-with-bulletproof-vests/

Bas sekolah Malaysia makin maju, tahniah kerajaan BN

Posted: 04 Sep 2011 11:11 PM PDT



Pengusaha bas tutup operasi
Sinar Harian 5 Sep 2011

SEREMBAN – Persekutuan Bas-bas Sekolah SeMalaysia (PBBSM) Kebangsaan menjangkakan 10,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara menutup operasi gara-gara kecewa karenah birokasi yang berlaku sejak pengurusannya diambil ahli Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Timbalan Pengerusinya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, SPAD dan beberapa agensi terlibat secara langsung dengan pengangkutan awam sepatutnya lebih bersikap timbang rasa menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Sejak SPAD ambil alih pengeluaran permit sebelum ini dilaksanakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), isu lama bertambah rumit.

"Baru-baru ini beberapa pengusaha bas sekolah di Johor Bahru gagal memperbaharui permit kenderaan, berusia lebih 30 tahun sedangkan 80 peratus pengusaha bas seluruh negara menggunakan bas lebih daripada usia 30 tahun," katanya.

Beliau berkata, tindakan SPAD itu bukan sahaja menimbulkan keresahan kepada pengusaha tetapi ia nyata menyekat sumber pendapatan pengusaha bas sekolah.

Katanya, SPAD juga diharap mengetepikan faktor usia sesebuah bas ketika membuat penilaian keselamatan tetapi mengambil keputusan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Saya tidak pasti adakah ini sengaja atau ada pihak yang mahu menyusahkan pengusaha bas sekolah.

"Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Kita tidak mahu dalam tempoh beberapa tahun akan datang hanya tinggal lima atau 10 peratus sahaja pengusaha bas sekolah gara-gara karenah birokrasi ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9497156.asp

Bekas polis lawan komunis, hidup terabai, Umno sibuk Pentas Patriot

Posted: 04 Sep 2011 06:12 PM PDT



Daripada Umno , pemuda Umno dan Khairy Jamaluddin sibuk nak jelajah negara buat program Pentas Patriot beri ceramah mengenai sejarah bekas petugas keselamatan melawan komunis, lebih baik jelajah Malaysia cari bekas polis, bekas askar yang dulu lawan komunis, tapi kini hidup terabai dan melarat seperti Sarjan Emping Kijang dari Pasukan Polis Hutan di bawah ini, adalah sebahagian daripada ramai lagi yang hidup seperti dia.

SARJAN (B) EMPAGA KIJANG : PENGORBANAN SEORANG ANGGOTA PASUKAN POLIS HUTAN YANG DILUPAKAN

9 Jun 2011

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia pada masa dahulu pernah diwarnai dengan pelbagai peristiwa hitam yang turut membabitkan penduduk negeri Sarawak.

Ia termasuklah ancaman konfrantasi Malaysia – Indonesia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966, ancaman Parti Komunis Malaysia dari tahun 1948 hingga 1960 dan bersambung semula dari tahun 1968 hingga 1989 serta peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Penduduk Sarawak nyata tidak terlepas daripada ancaman ini apabila berhadapan dengan Konfrantasi Malaysia – Indonesia dan ancaman komunis oleh Pasukan Rakyat Komunis Kalimantan Utara @ PARAKU iaitu cabang bersenjata bagi Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) dari tahun 1971 hingga 1990.

Kemunculan PKKU yang dilihat bergabung dengan Parti Komunis Malaya @ PKM untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia bagi kali kedua ini secara tidak langsung telah menuntut pengorbanan pihak tentera dan polis bagi menangani ancaman pengganas itu.

Tekanan berterusan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi pengorbanan tentera dan polis ini akhirnya berjaya menamatkan ancaman pengganas komunis sehingga menjurus kepada Perjanjian Haadyai pada 2 Disember 1989 (Kerajaan Malaysia dan PKM ) dan PKKU pada 17 Oktober 1990.

Pengorbanan para tentera dan polis yang berjuang menentang keganasan komunis pada era waktu berkenaan telah mendapat penghargaan dengan pemberian pingat dan insentif kewangan daripada kerajaan.

Bagaimanapun cukup menyedihkan sekiranya masih terdapat anggota keselamatan yang masih belum menerima penghargaan sewajarnya daripada pihak kerajaan berhubung jasa dan pengorbanan mereka ketika berjuang menentang pengganas komunis di Sarawak pada waktu itu.

Ia terbukti apabila Sarjan (bersara) Errol Empaga @ Empaga anak Kijang dari Rumah Gimang, Basi, Batang Ai, Lubok Antu, iaitu salah seorang pesara polis dari unit Pasukan Polis Hutan @ PPH (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am) tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada kerajaan berhubung isu terbabit.
Dilahirkan pada 1 Januari 1945, Empaga buat pertama kalinya menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1963 dengan menjalani latihan selama sembilan bulan di PULAPOR, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja tamat latihan, beliau ditugaskan ke Pusat Latihan Polis, Bukit Siol, Petra Jaya, Kuching pada tahun 1964 sebelum berpindah tugas ke Kompeni F, PPH di Kem Lanang, Sibu pada tahun 1965.

Empaga mula menerima pengalaman pertama dalam operasi mengempur pasukan komunis (PARAKU) sebaik sahaja berpindah tugas ke Batalion Ke-15 PPH Kem Temudok, Sri Aman pada tahun 1968.

Pada suatu hari dalam tahun 1968, beliau bersama anggota dari tiga buah platun PPH yang diketuai oleh Inspektor Dimbut telah diarah ke Titok, Engkilili setelah menerima laporan mengenai pergerakan komunis di situ.

"Kami mengendap semalaman dalam hutan di Titok untuk menunggu kedatangan mereka dan keesokan harinya seorang anggota komunis mati manakala seorang lagi yang cedera bertindak melarikan diri setelah digempur oleh anggota dari kawasan kepungan lain pada malam itu," katanya ketika ditemubual Utusan Sarawak hari ini.

Empaga tidak bertempur dalam operasi itu sehinggalah peristiwa hitam pertama menghantui diri beliau ketika diarah untuk menyertai Program Jiwa Murni di sebuah perkampungan di Lachau, Pantu, Sri Aman pada 27 Disember 1970.

Pada waktu pagi hari berkenaan, beliau bersama 12 orang anggota PPH yang lain telah berangkat dari Kem Temudok, Sri Aman dengan menggunakan sebuah trak (konvoi pertama) dan kereta perisai (konvoi kedua).

Dengan bersenjatakan senapang automatik M-16, Empaga bersama empat orang anggotanya menumpang kereta perisai yang ketinggalan kira-kira 10 minit perjalanan daripada pasukan konvoi pertama berkenaan.

"Tiba-tiba pada jam 9 pagi, dipercayai seramai 18 orang anggota komunis yang terbahagi kepada tiga buah kumpulan bertindak menyerang hendap kenderaan perisai kami ketika sedang melalui kawasan antara perkampungan Ran dan Punggu, Sri Aman.

"Saya membalas tembakan menerusi lubang peninjau di kenderaan perisai ketika itu sebelum kenderaan kami terkandas di kawasan Bukit Begunan iaitu kira-kira 100 meter dari kawasan serangan setelah tayar pancit akibat serangan komunis terbabit," katanya.

Setelah mengambil posisi berkubu di tebing jalan, Empaga bersama Lans Kopral Tajau Siong terus menggunakan senjata Bren dari dalam kenderaan perisai itu dan menembak secara rambang ke arah kedudukan serang hendap musuh.

"Kemudiannya seorang rakan mendapati bahagian belakang kepala saya berdarah dipercayai terkena tembakan peluru musuh ketika berlaku serangan hendap berkenaan," katanya sambil menambah pasukan penyelamat kemudiannya tiba dan beliau dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Empaga yang dilantik ke pangkat Kopral pada tahun 1971 dan berpindah tugas ke Briged PPH, Kuching kemudiannya sekali lagi terlibat dalam pertempuran dengan komunis di kawasan Semenggok, Kuching bersama dengan Kompeni C dan A Batalion Ke-14 PPH.

"Saya masih lagi ingat apabila beberapa biji bom tangan tidak meletup setelah dilontar oleh anggota kita ke arah pihak komunis yang kemudiannya melarikan diri setelah satu jam setengah pertempuran," katanya.

Beliau bersama Kopral Dennis Sim kemudiannya dipertanggungjawab untuk menangkap seorang anggota komunis yang menyerah diri setelah terkepung dalam pertempuran itu dengan seorang lagi mayat masih tertinggal di tempat persembunyian.

Setelah berkhidmat selama setahun di Briged PPH, Kuching, Empaga kemudiannya berpindah tugas ke Batalion Ke-18 PPH, Miri sebelum berpindah tugas semula ke Batalion Ke-15 PPH di Kem Lanang, Sibu pada tahun 1977.

"Pengalaman paling berharga saya yang sebenar berlaku pada 25 Mei 1978 memandangkan pada hari itu kami telah ditugaskan ke Ulu Naman, Sibu setelah menerima laporan mengenai pergerakan komunis di situ.

"Saya bersama 13 orang anggota yang diketuai oleh Sarjan Ricky Muan tiba di Ulu Naman pada jam 4 petang dan hasil laporan penduduk, kami mendapati bahawa kumpulan komunis yang diketuai oleh Eei Poh Yap sedang berada di kebun lada milik mereka," katanya.

Mereka kemudiannya bertindak menyusup ke kawasan kebun lada sebelum bertembung dengan dua orang anggota komunis yang dipercayai menjadi sentri (pengawal) ke laluan masuk kebun lada berkenaan.

Tanpa melengahkan masa, Empaga bersama pasukannya terus melepaskan tembakan terhadap anggota komunis lelaki dan wanita terbabit sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terbunuh.

"Mayat komunis wanita kami temui pada keesokannya memandangkan hari semakin gelap ketika berlaku pertempuran...malang buat kedua-dua komunis terbabit apabila senapang buatan sendiri mereka gagal berfungsi," katanya.

Pasukan komunis yang diketuai oleh Eei Poh Yap dipercayai melarikan diri selepas itu dengan dua pucuk senapang patah buatan sendiri, empat butir bom, 15 butir peluru, ubat-ubatan dan makanan berjaya dirampas daripada kedua-dua mayat pengganas berkenaan.


"Saya bersama anggota yang lain telah menerima surat penghargaan berhubung kejayaan terbabit," kata suami kepada mendiang Sinda anak Gadoh dan bapa kepada tiga orang anak lelaki serta dua orang anak perempuan berkenaan.

Bagaimanapun Empaga yang telah bersara dengan berpangkat Sarjan dalam perkhidmatan polis di Kem Temudok, Sri Aman pada tahun 2000 lepas seolah-olah merasai bahawa jasa dan pengorbanan beliau tidak dihargai kerajaan.

Beliau menjadi lebih terkilan apabila tidak dipanggil untuk menerima wang sumbangan bernilai RM1,000 yang diberikan oleh kerajaan terhadap mana-mana bekas anggota polis yang pernah berkhidmat ketika era darurat dahulu (1968 -1972) di Sarawak.

"Apa yang saya terima hanyalah surat penghargaan...tiada pingat dan tiada sumbangan wang penghargaan. Saya tidak meminta semua ini namun jika nyawa kami pertaruhkan untuk keselamatan hidup penduduk maka wajarlah pengorbanan ini mendapat balasan setimpalnya dari kerajaan," kata beliau dengan begitu kesal.

Empaga sudah memohon sebanyak dua kali daripada pihak atasan berhubung sumbangan wang berkenaan namun masih tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak terbabit.

Kini, dengan usia sudah pun mencecah 66 tahun, beliau hidup bersendirian di Taman Tiara dengan hanya menikmati baki pencen sebanyak RM540 setelah melalui potongan pembayaran rumah dan lain-lain belanjawan.

"Semua anak saya sudah pun berkahwin. Namun mereka tidak dapat membantu memberi belanja wang terhadap saya disebabkan oleh faktor kurang mampu berhubung kekurangan pendapatan," kata beliau yang telah kematian isteri pada tahun 2009 lepas.

Justeru Empaga merayu agar kerajaan menimbang semula jasa dan pengorbanan beliau ketika berjuang selama 34 tahun dalam pasukan polis hutan (PPH) selama ini dengan memberikan sumbangan sewajarnya terhadap kebajikan hidup beliau selepas ini.

Sumber : http://sriamannews.blogspot.com/2011/06/sarjan-b-empaga-kijang-pengorbanan.html


PENTAS PATRIOT KENANG JASA WIRAWAN NEGARA

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO akan melancarkan program Pentas Patriot bagi menghargai dan mengenang jasa wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, program tersebut adalah lanjutan daripada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama bekas perajurit, anggota polis dan waris mangsa tragedi Bukit Kepong.

"Sudah tiba masanya, suatu program ceramah umum berbentuk jelajah diadakan bagi menghargai dan mengenang kembali sumbangan wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas menggadai nyawa menentang pengganas komunis," katanya di laman web rasminya www.rembau.net.my.

Jelasnya, Pentas Patriot akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian yang mencakupi tayangan video dan multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato Pemuda UMNO serta bekas-bekas komando, askar, pasukan polis dan pakar-pakar sejarah.

"Program ini diharap bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan wira-wira negara bahkan meniup semangat patriotik di kalangan rakyat, terutama anak-anak muda.

"Melalui program ini juga, anak-anak muda akan didedahkan dengan peristiwa bersejarah yang menyoroti perjuangan wira-wira negara bagi mendapatkan kemerdekaan," katanya.

Jelas Khairy, Pentas Patriot akan menjadi medium bagi mendedahkan penipuan yang cuba diabadikan oleh Mohammad Sabu melalui teorinya yang secara jelas tidak mahu menerima hakikat bahawa kebebasan dan kemerdekaan negara dicapai tanpa sebarang pertumpahan darah.

"Pemuda UMNO menganggap kenyataan Mohammad Sabu itu bukan sahaja menghina dan mengkhianati perjuangan anak bangsa malah mengagungkan pengganas komunis semasa tragedi Bukit Kepong dan menampakkan belang sebenar Pas yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka.

"Malah sikap Muhammad Sabu serta kepimpinan pembangkang yang langsung tidak menampakkan kekesalan dengan menuding jari kepada UMNO amatlah memualkan," ujar beliau.

Tambahnya, Pentas Patriot yang akan bermula dalam masa terdekat adalah langkah terbaik bagi menangani isu berkenaan.

"Kami menyeru rakyat untuk hadir beramai-ramai bagi menyertai program ceramah umum berkenaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0904&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm&arc=hive

Tiada ulasan:

Pengikut