Anak Muda Kampung Nak Senang |
Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting Posted: 30 Sep 2011 02:27 AM PDT Harakahdaily LUMUT, 30 Sept 2011 : Ekoran kegagalan pembinaan kapal NGPV (New Generation Petrol Vessel) akibat penyelewengan kewangan dan rasuah pada tahun 2006, bukan sahaja duit rakyat yang hangus tetapi menzalimi anggota tentera. Ini kerana, akibat kegagalan pembinaan 27 buah kapal tentera itu, ia telah menyebabkan lebih 1,000 pelatih TLDM yang dipersiapkan untuk bertugas dengannya sudah teraniaya. Inilah yang diajukan para lulusan Perantis Diploma Teknologi Marin (DTM) yang kini terus terkontang-kanting dan tidak tentu hala kedudukan mereka. Semua masalah ini berpunca dari rasuah dan pecah amanah dari skandal pembinaan 27 kapal NGPV ini. Skim DTM yang dimulakan pada tahun 1996 dijalankan di KD Pelandok yang berpangkalan di Lumut dengan kerjasama pihak UTM Skudai. Pembelajaran mereka dijalankan di bawah pengawasan Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Penganugerahan diploma pula dibuat di UTM Skudai, Johor. NGPV TLDM merancang pembinaan 27 kapal ronda dalam program Kapal Ronda Generasi Baru NGPV (New Generation Patrol Vessel) pada hujung 1990an. Namun Jawatankuasa Perakaunan Awam mendedahkan kegagalan PSC-ND menyerahkan semua kapalnya yang dianugerahkan dengan kontrak sejumlah RM5.35 billion ringgit kepada media massa. Dari 27 buah, hanya dua sahaja berjaya disiapkan. Selepas pasukan pengurusan baru ditubuh, projek ini berjalan semula namun hingga kini hanya empat buah sahaja berjaya diselesaikan. Dua kapal pertama dalam kelas ini, 171 KD Kedah dan 172 Pahang akhirnya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Jun dan Ogos tahun 2006. Kapal ketiga, KD Perak (gambar atas) dan kapal keempat KD Terengganu baru sahaja diserahkan kepada TLDM baru-baru ini. Akibat kegagalan pembinaan ini, lebih 1,000 anggota tentera laut yang dilatih untuk berkhidmat dengan kapal-kapal ini dan memiliki DTM ini terkontang kanting. Mereka tiada tempat untuk diperjawatkan setelah habis kursus DTM dan memakai pangkat Laskar Kanan. "Maka terjadilah lebihan anggota tetapi perjawatan tiada kerana kapal PV ini gagal disiapkan mengikut jadual," kata satu sumber kepada Harakahdaily. Kini, mereka mula menghadapi akibat dari penyakit rasuah yang menyelubungi pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak ini. Antara masalah yang mereka hadapi adalah penyambungan perkhidmatan, pemberhentian sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan tanpa pembelaan nasib anggota yang sewajarnya selepas berhenti di samping pemberian gaji yang tidak telus, adil dan saksama. "Untuk pengetahuan tuan, hanya cawangan kami (skim DTM) sahaja yang mengalami masalah yang dinyatakan. Nyatalah kami telah didiskriminasi berbanding cawangan kelasi, bekalan dan teknikal biasa," kata sumber itu. Mereka juga menghadapi pencabulan perjanjian pangkat cepat yang dijanjikan kepada mereka. Teraniaya "Skim kami dijanjikan pangkat cepat selepas lima tahun tamat kursus skim DTM, pakai pangkat Laskar Kanan selama setahun, selepas itu dinaikan ke pangkat Bintara Muda (petty officer). "Tetapi janji ini telah ditarik balik oleh bekas panglima tentera laut," kata sumber itu. Skim perantis DTM ini telah dimansuhkan pada tahun 2010 dan dihentikan pengambilan anggota sejak tahun 2009. Pengambilan terakhir iaitu intake 2001 paling junior sekarang masih dalam on job training untuk melengkapkan kursus DTM mereka. Mulai tahun lepas, mereka mula ditawarkan pemberhentian awal secara sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan yang tidak pernah diamalkan dalam tentera laut. Mereka hanya dibayar pampasan mengikut tahun berkhidmat. Kini, kira-kira 200 orang dari kesemua 1,000 anggota telah berhenti dari perkhidmatan melalui pendekatan ini. Yang menyedihkan mereka juga, akibat rasuah dan kegagalan projek ini merekalah yang menjadi mangsa. Bayangkan selama 5 tahun berkhidmat, gaji mereka masih RM1200.00 sebulan iaitu sama dengan anggota dari cawangan lain yag baru berkhidmat dalam setahun dua sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai cara telah mereka buat termasuk berbincang secara langsung dengan Panglima Angkatan Tentera tetapi gagal. Bahkan ada antara mereka telah cuba berbincang secara langsung dengan Perdana Menteri melalui facebooknya, namun pegawai ini telah diambil tindakan tatatertib oleh TLDM. Bagi mereka, inilah jalan terakhir untuk membela nasib mereka iaitu ke media. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5702-akibat-pecah-amanah-1000-perantis-dtm-terkontang-kanting |
Adakah tentera kita guna kereta perisai tua di Lubnan? Posted: 29 Sep 2011 08:21 PM PDT Sebanyak 31 buah kereta perisai akan dihantar untuk memperkuatkan lagi pasukan Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) di Lubnan mulai 18 Oktober 2011. Persoalannya kereta perisai jenis apa? Adakah jenis Condor yang digunakan sejak tahun awal 80an yang Panglima Tentera Darat kata Condor ini sudah terlalu tua dan tidak ekonomik untuk dibaik pulih. Adakah ahli politik kita, pembela bangsa kita prihatin akan tahap kesiapsiagaan anggota tentera kita yang bertugas demi negara di wilayah yang bergolak, yang memerlukan persenjataan yang baik dan tahap perlindungan kereta perisai yang boleh menghadapi serangan bom jalanan yang semakin canggih iaitu IED atau Improvised Explosive Device yang begitu mudah dapat merobek dinding Condor? ATM HANTAR 31 KERETA PERISAI PERKUAT MALBATT 4 DI LUBNAN PORT DICKSON 29 Sept. 2011 - Sebanyak 31 buah kereta perisai akan dihantar untuk memperkuatkan lagi pasukan Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) yang menyertai misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mulai 18 Oktober. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm Condor rempuh lori, anggota tentera cedera KUANTAN 29 Jun - Seorang pemandu lori getah sekerap terkejut apabila mendapati kenderaannya yang tiba-tiba meluncur laju adalah akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm&arc=hive Seorang Anggota Malcon Terbunuh, Lima Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Lubnan KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) terbunuh manakala lima rakan setugasnya cedera dalam kemalangan jalan raya di Srifa, 20 km di barat daya Kaokabah, Lubnan, pada Jumaat. http://beritamalaysiakini.wordpress.com/2008/05/18/ Program Beli Kereta Perisai Baru Ditangguh PORT DICKSON, 7 Nov (Bernama) -- Kegawatan ekonomi dunia dan kekurangan dana menyebabkan program penggantian kereta perisai Condor dan Sibmas Tentera Darat ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. KATANYA KERETA PERISAI YANG DIGUNAKAN SEJAK DARI 80AN ITU SUDAH TIDAK EKONOMIK LAGI UNTUK DIBAIK PULIH KERANA SUDAH TERLALU TUA. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=370025 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |