Selasa, 30 Ogos 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 30 Aug 2011 03:36 PM PDT

Najib Hilang Sokongan, Rakyat Mahu Kjaan Baru

Posted: 30 Aug 2011 03:00 PM PDT


SHAH ALAM 30 OGOS : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kemerosotan tahap kepuasan hati rakyat terjadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan tanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar akur Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat luar bandar yang masih di bawah pengaruh UMNO Barisan Nasional.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda Kerajaan. Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas Kajian Merdeka Center yang melaporkan kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan Jun tahun lalu.

Kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.

Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihanraya oleh Bersih 2.0.

Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk Ambiga memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong Pilihan Raya adil?"

Anwar turut memberi amaran bahawa sebarang perubahan polisi Najib sebagai terlewat kerana jelas beliau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan Pilihan Raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an. Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lihat Teks Penuh Ucapan Mat Sabu, Utuseks memandai..

Posted: 30 Aug 2011 05:00 AM PDT

SAYA terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

".....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas,

...padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong...."

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!!]

Rujuk juga...

By Ekele.Net

ibnuhasyim

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

Posted: 30 Aug 2011 03:00 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Pudurahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAhIeUEyCylPOfpUIqEF3jAXd3k2rIVZ-XLIYhERFEPeSDFO4KfGp5BPzbqtFIy_GzXdGBUR2CiKC3uzZ26Q3EyfpacjrWveFjrxot4RYaeWDe1zXjXSr1EtO2wV-hkCrYDL-2OOt3Csak/s1600/hentian-bas-puduraya-3.jpgya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah. 

Kalau dia seorang Melayu tulen sudah pasti dia akan mempertahankan nama lama yang lebih sesuai dan tepat dengan negara ini yang dihebuhkan sebagai negara berketunaan Melayu. Puduraya menunjukkan Pudu (hentian) yang besar dan lengkap. Nama Puduraya itu lebih lagi sesuai dengan kecanggihan dan kelengkapan yang disediakan setelah diubahsuai.

Kata Najib dalam mengulas kehebatan Puduraya itu ianya seperti sebuah lapangan terbang. Nah, makin sesuai sangat kalau nama Puduraya dikekalkan kerana orang Melayu khasnya boleh berbangga dengan nama itu. Kalau ditukar kepada Pudu Central ia tidak mempunyai apa-apa elemen keMelayuan lagi.

Najib sendiri juga tidak perlu bingkas sebegitu sekali kepada cadangan itu. Sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya peka dan peduli kepada elemen-elemen keMelayuan, sejarah, rupadiri dan juga memahami sentimen mengenai nama itu.

Lagi pun partinya adalah parti yang berjuang atas nama Melayu, kepentingan Melayu. Kalau perkara sekecil itu pun tidak dapat dipertahankan apalah hendak diharap kepada perkara yang lebih besar lagi.

Saya nak sebut dalam soal menjaga budaya, mempertahan budaya ataupun menyelitkan unsur-unsur budaya dan bahasa, orang Cina lebih peka berbanding dengan orang Melayu. Perhati saja kepada tulisan Cina dipapan-papan tanda. Walaupun sebesar mana tulisan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina tetap diselitkan di mana-mana sudut. Inilah kaum yang mementingkan kepada budaya dan citarasa mereka sendiri.

Terlanjur menyebut hal ini saya kagum dengan sikap Karpal Singh seorang sikh tetapi menghormati tulisan jawi. Dalam satu kad perniaga beliau yang diberikan kepada saya tercatat namanya dalam tulisan jawi. Apakah tindakan Karpal ini sebagai memerli orang Melayu atau memang dia merasakan tulisan jawi itu ada estitikanya tersendiri.

Berlainan dengan orang Melayu, nama yang sudah ada pun dicabut dan ditohok diganti dengan nama Inggeris yang menjadi kebanggaannya. Sebab itu saya katakan corak pentadbiran seseorang pemimpin ke atas negaranya bergantung atau dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya.

Kalau dia berpendidikan barat maka budaya baratlah yang dibawa dalam kehidupan dan gaya kepimpinannya. Kalau pendidikannya sekular maka sekularlah juga sistem yang digemarinya. Kalau dia berpendidikan budaya Arab Islam maka gaya dan corak itulah yang akan dilaksanakan. Pengaruh pendidikan dan ilmu besar sekali ke atas seseorang manusia.

Saya rasa Najib jangan sangat ghairah melakukan apa-apa tranformasi sehingga boleh mengikiskan budaya bangsa sendiri. Orang berkedudukan seperti beliau boleh melalukan apa saja kerana kuasa. Dan kalau beliau melakukan tidak ada siapa yang akan membantahnya, terutama orang Umno kerana mereka kebanyakannya berajakan kepada Najib. Siapa orang Umno yang berani membantah Najib?

Mungkin orang Umno akan mengatakan perkara itu remeh, apalah yang ada kepada nama. Tetapi kena ingat sesuatu yang besar itu bermula daripada perkara remeh. Bukan itu saja kalau perkara sekecil soal nama itu pun tidak boleh dipertahankan macam mana Najib dan Umno hendak mempertankan perkara-perkara lebih besar dari itu. Benarlah juga kata budak-budak Umno menjaul Melayu dan menjual negara.

Akhirnya selamat pagi kepada Najib bukan selamat hari raya di atas tindakan menukar nama Melayu kepada Inggeris itu. Titik tidak bernokhtah! 

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Derita model seluar dalam

Posted: 30 Aug 2011 12:00 AM PDT

NEW YORK: Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta?

"Menyakitkan," itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria's Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).

Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008.

Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta).

Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu.

Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.

"Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit," kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post.

"Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya," kata model berusia 28 tahun itu.

Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.

"Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka," katanya. -Agensi

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata

Posted: 29 Aug 2011 09:00 PM PDT


Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

azlanHasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

NONEHanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

azlan"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat

Posted: 29 Aug 2011 06:00 PM PDT

Hari Raya Aidil Fitri tiba lagi. Ia disambut pada setiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah."

Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran, ertinya: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda "Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir yang ingkar pada hari kiamat."

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah SWT hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Maksudnya :"Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid." dan daripada Anas r.a.:"Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis."

Walaubagaimanapun kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka yang merupakan pesta atau majlis hiburan.

Marilah kita hidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah bukan dengan gelaktawa dan hiburan. Bergembira di hari raya selalu disalah ertikan. Kita sepatutnya gembira dengan menunjukkan kesyukuran dan membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid. Bukan dengan muzik dan bunyian mercun.

Bagi meyambut hari kebesaran ini, ramai yang bertakbir tetapi tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid itu walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya. Penghayatan dan kemanisan lafaz-lafaz itu tidak dapat dirasai.
Maksud takbir :

"Allah maha besar. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyekutukan Allah. "

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."

"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."

hikmahcawangansibu

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 30 Aug 2011 03:28 PM PDT

Wan Ahmad: 'SPR tidak manipulasi pilihan raya, memihak BN'

Posted: 30 Aug 2011 04:32 AM PDT


Wan Ahmad: Kadangkala, terdapat cadangan yang dianggap baik untuk dilaksanakan, tetapi jika dihalusi dari sudut-sudut lain ia mungkin belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus berhadapan dengan kritikan pihak tertentu mempertahankan agensi itu sambil berkata, pihaknya tidak pernah "memanipulasi pilihan raya" dan tidak bertindak bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Dakyah pihak tertentu yang menuduh SPR memanipulasikan proses pengundian dan pengiraan undi adalah satu fitnah dan pembohongan," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Menerusi tulisan terbaru disiarkan oleh Utusan Malaysia, Wan Ahmad berkata, semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu, tohmahan dibuat mengatakan berlaku di beberapa kawasan penipuan dan perbuatan menukar kertas-kertas undi di tempat mengundi.

"SPR menyiasat dakwaan tersebut melalui pegawai-pegawai SPR dan anggota-anggota polis yang bertugas di tempat-tempat yang berkenaan, terbukti semuanya pembohongan dan cerita rekaan sebagai alasan kekalahan mereka yang terbabit," katanya lagi.

"Pihak yang membuat tuduhan tersebut telah terlupa bahawa setiap tempat mengundi dipantau dari awal hingga tamat pengiraan oleh ejen-ejen calon yang hadir. Manakala di tempat-tempat lain ada pihak yang kalah mendakwa berlaku rasuah 'membeli undi' dengan sogokan wang dan sebagainya. Yang peliknya mengapa mereka berkenaan tidak membuat laporan kepada pihak polis atau SPRM untuk disiasat dakwaan tersebut," katanya lagi.

Katanya, ada pihak yang bersikap prasangka dengan menuduh SPR mengamalkan sikap pilih kasih dalam hubungannya dengan parti-parti politik di negara ini.

"Tanggapan pihak-pihak berkenaan yang menuduh SPR berpihak kepada parti pemerintah adalah tidak benar. Dalam menjalankan tanggungjawabnya, fokus utama SPR ialah untuk mengadakan suatu pilihan raya yang bebas, telus dan adil," kata Wan Ahmad lagi.

Wan Ahmad memberi pandangan terbaru ini ketika jawatankuasa pilihan khas bagi pembaharuan pilihan raya bakal ditubuhkan Oktober ini.

Jawatankuasa itu dijangka akan mengemukakan syor kepada SPR untuk melaksanakannya.

Dilihat merujuk kepada syor-syor itu, kata Wan Ahmad, apa-apa cadangan ke arah penambahbaikan sistem atau proses yang dikemukakan oleh parti-parti politik dan pihak-pihak lain, SPR perlu mengkajinya secara teliti dari setiap sudut dan implikasinya.

Katanya, SPR perlu berhati-hati dan perlu mendapat pandangan dari pihak-pihak lain yang berkaitan. Jika perkara-perkara yang dicadangkan itu melibatkan pindaan Perlembagaan atau akta-akta berkaitan, maka SPR perlu mendapat nasihat pihak Jabatan Peguam Negara.

"Dalam bidang urusan pilihan raya, semua pihak harus faham bahawa sesuatu perkara yang difikirkan baik oleh satu pihak itu mungkin tidak dipersetujui oleh pihak lain.

"Kadangkala, terdapat cadangan yang dianggap baik untuk dilaksanakan, tetapi jika dihalusi dari sudut-sudut lain ia mungkin belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini," kata beliau lagi.

Wan Ahmad menambah, apa-apa perkara berkaitan urusan pilihan raya, semua pihak yang berkepentingan perlu positif dan berfikiran terbuka serta bersedia menerima penjelasan dan keputusan SPR.

Lazimnya menurut beliau,parti-parti politik membuat penilaian dan keputusan berasaskan kepada kepentingan masing-masing yang selalunya pendirian yang berbeza-beza antara satu dengan lain.

"Ini yang menyebabkan kedudukan SPR menjadi sukar dalam usaha untuk membuat sesuatu keputusan yang akan memberi kepuasan kepada semua pihak," katanya lagi.

Selain parti-parti politik, tambah beliau, SPR juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat selaku pengundi dalam pilihan raya.

"Justeru, apa- apa isu yang berbangkit atau cadangan-cadangan yang dikemukakan, demi untuk menjaga kepentingan semua pihak supaya keputusan yang dibuat itu adil dan saksama, SPR perlu melihat semua isu yang dicadangkan itu secara berkecuali supaya apa-apa keputusan yang diambil akan diterima baik dan memberi kepentingan semua pihak yang terbabit," kata Wan Ahmad lagi.

"Menang atau kalah dalam pilihan raya di negara ini bukan ditentukan oleh SPR tetapi rakyat selaku pengundi yang membuat pilihan. SPR menguruskan pilihan raya bersandarkan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan serta prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Misinya adalah untuk menguruskan suatu pilihan raya yang terbaik, lancar dan terkawal," katanya lagi.

Anwar: Populariti PM susut tanda pengundi beralih kepada Pakatan

Posted: 30 Aug 2011 04:27 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn


Anwar Ibrahim kelihatan mesra ketika menghadiri majlis rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Dataran Bangunan SUK, Shah Alam. – Foto oleh Choo Choy May

SHAH ALAM – Kemerosotan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan pengundi mula beralih kepada Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang, sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran "propaganda berlebihan kerajaan" Barisan Nasional.

"(Tetapi) saya optimistik jika Pakatan bekerja keras untuk menjelaskan isu dan melihat pada prestasi negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, saya percaya rakyat akan memilih (Pakatan)," kata Anwar kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di sini.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal bulan lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 – lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

"Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Najib, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata Merdeka Center.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

Najib Hilang Sokongan, Rakyat Mahu Kjaan Baru

Posted: 30 Aug 2011 04:26 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak

SHAH ALAM : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kemerosotan tahap kepuasan hati rakyat terjadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan tanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar akur Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat luar bandar yang masih di bawah pengaruh UMNO Barisan Nasional.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda Kerajaan. Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas Kajian Merdeka Center yang melaporkan kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan Jun tahun lalu.

Kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.

Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihanraya oleh Bersih 2.0.

Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk Ambiga memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong Pilihan Raya adil?"

Anwar turut memberi amaran bahawa sebarang perubahan polisi Najib sebagai terlewat kerana jelas beliau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan Pilihan Raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an. Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar.

MB: Laporan Serbuan Jais Siap Akhir September

Posted: 30 Aug 2011 04:25 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak

SHAH ALAM 30 OGOS: Laporan siasatan keatas serbuan Jabatan Agama Islam Selangor di Gereja Damansara Utama (DUMC) awal Ramadhan lalu dijangka siap akhir September ini.

Khalid berkata Jais kini dalam proses melengkapkan segala laporan-laporan yang perlu, berkenaan serbuan tersebut.

"Minggu lalu hanya perjumpaan awal, seperti yang anda tahu JAIS masih belum siapkan laporan, jadi kita beri masa. Saya fikir selepas hari raya kami akan memanggil mereka semula," jelas Khalid dalam sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

3 Ogos lalu, penguatkuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan. Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

Di Jawatankuasa Pendengaran Negeri Selangor 25 Ogos lalu, Jais berkata pihaknya mempunyai 'prima facie' dalam kes berkenaan.

Jawatankuasa yang dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Wahid dan Timbalan Mufti Datuk Abdul Majid Omar belum mahu membuat sebarang kesimpulan sehingga siasatan selesai.

"Saya tak boleh beri kesimpulan lagi, jika saya bagi ia tidak adil bagi JAIS dan komuniti Harapan tersebut, sebab itu saya tidak boleh buat kesimpulan lagi," tegas beliau

Aktivis A2G2 terkejut sambutan hangat di Gaza

Posted: 30 Aug 2011 04:22 AM PDT


a2g2

SEPANG – Misi Aqsa2Gaza2 yang dianjurkan aktivis Aqsa Syarif berakhir sementara apabila 11 aktivisnya yang berangkat ke Gaza minggu lepas selamat kembali ke tanah air semalam.

Ketibaan mereka disambut ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan yang sebahagian besarnya masih belum pulang untuk berhari raya di kampung masing-masing.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus sebelum 9.00 pagi di sini, mereka terus diiring masuk ke bilik tetamu di tingkat lima untuk pertemuan dengan wakil-wakil media.

Setelah sidang media, para aktivis keluar seorang demi seorang dan disambut sebagai wira oleh hadirin yang menunggu di luar. Wajah kegembiraan dan rasa syukur terpancar di wajah terutama apabila bertemu isteri atau suami dan anak-anak yang ditinggalkan.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pentas khas di tingkat yang sama, ketua misi Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar berkata, Masjid al-Aqsa di Palestin, sebagaimana Masjid al-Haram di Makkah, adalah satu lagi bumi suci yang menjadi simbol penyatuan umat Islam di seluruh dunia.

Kehadiran peserta A2G2 di Gaza mengutip seribu pengalaman unik penuh motivasi. Mereka terkejut disambut meriah oleh penduduk di sana dan menjadi tetamu kepada tidak kurang lima pihak berwajib tempatan.

"Kami dijemput bertemu Perdana Menteri Gaza Dr Ismail Haniyeh, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan ahli parlimen Gaza dan mengadakan perbincangan untuk meneruskan jaringan kerjasama seterusnya," jelas Dr Zin yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Mesej beliau ialah misi A2G2 tidak berakhir di sini tetapi akan diteruskan dengan projek-projek yang telah dirancang bersama.

Sepanjang berada di sana, antara yang menarik dan mengharukanbeliau adalah melihat kecekalan perjuangan serta ketinggian akhlak warga Gaza yang tidak menunjukkan realiti kesusahan hidup. Mereka langsung tidak menunjukkan wajah terdesak mengharap bantuan dan simpati daripada luar, bahkan meraikan kedatangan aktivis Aqsa Syarif dengan hangat, seolah-olah tiada apa-apa berlaku berlaku di sekeliling mereka.

Pada hakikatnya, bak kata Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom sebelumnya, Gaza adalah bumi yang tidak pernah tenteram (daripada ancaman Israel).

Pandangan Dr Zin turut dikongsi oleh anggota misi lain yang tidak dapat melupakan kehangatan tangan penduduk Gaza menyambut dan melayani mereka.

Seorang peserta wanita, Noorazian Anidin dalam nada sebak sempat menyampaikan salam kasih sayang daripada para ibu dan anak-anak Gaza buat seluruh rakyat Malaysia.

"Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang menyokong dari jauh. Pemergian saya ke Gaza memberi keyakinan dan motivasi yang kuat untuk terus memperjuangkan bumi al-Aqsa," katanya disambut laungan takbir daripada yang hadir.

Peserta paling veteran, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, 61, secara berseloroh melontarkan cabaran kepada hadirin, "Insya-Allah dengan kembalinya saya pada hari ini, tiada alasan bagi anda semua, khususnya yang berumur bawah 61 tahun untuk menyertai Aqsa2Gaza seterusnya!"

Turut berucap adalah Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor yang menggelarkan ahli keluarga peserta A2G2 sebagai wira sebenar kerana menurutnya, bukan senang untuk melepaskan pemergian peserta ke satu bumi bergolak yang penuh dengan risiko kematian.

Pakatan Rakyat berjiwa rakyat memartabatkan rakyat

Posted: 30 Aug 2011 04:19 AM PDT

Roketkini.com

GEORGETOWN – Hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami antara satu sama lain dapat meruntuhkan tembok perkauman.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Aidilfitri hari ini berkata harapan beliau untuk Malaysia adalah untuk melihat semua rakyat mendapat pembelaan yang wajar dan adil dari kerajaan.

"Harapan saya ialah untuk melihat ibu-ibu tidak lagi menangis kerana melihat anak-anak kelaparan, bapa-bapa tidak lagi mengeluh kerana tidak mampu menyediakan keperluan keluarga, anak-anak tidak lagi kecewa kerana tidak mempunyai buku, pakaian dan barang permainan.

"Dan warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya tidak lagi meratap kerana dipinggirkan oleh orang-orang yang menjadi tempat mereka menaruh harapan," katanya.

Menurutnya, usaha meringankan beban rakyat, khususnya di Pulau Pinang, boleh dilihat dalam program sosial seperti penghapusan miskin tegar, penghargaan warga emas, sumbangan pelajar institute pengajian tinggi awam (IPTA) dan program anak emas, bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat dan para huffaz serta program kebajikan yang memakan perbelanjaan lebih RM40 juta setahun.

"Inilah erti Syawal yang saya harap dapat mengukuhkan semangat kita semua untuk tidak melupakan mereka yang amat memerlukan bantuan, sumbangan dan kasih sayang kita.

"Dengan sedikit tenaga dan keupayaan kurniaan Tuhan, kami telah dan akan terus berusaha untuk melaksanakan yang terbaik untuk semua, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan.

"Marilah kita terus kekalkan kerajaan (Pakatan Rakyat) berjiwa rakyat yang martabatkan rakyat," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus berusaha menunaikan kewajipan kepada rakyat dengan urustadbir CAT – cekap, akauntabel dan telus – yang berlandaskan prinsip "amar maaruf nahi mungkar".

Katanya, urus tadbir baik dan cekap ini telah pun mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan negara seperti oleh Laporan Ketua Audit Negara dan perunding dana kewangan Tan Siok Choo, yang juga merupakan anak kepada Tun Tan Siew Sin dan cucu kepada Sir Tan Cheng Lock, dua negarawan yang ulung.

Malah, menurutnya, Pulau Pinang baru-baru ini dipuji oleh majalah ekonomi antarabangsa "The Economist" dan Transparency International atas usaha melawan rasuah dan mengamalkan sistem tender terbuka.

"Pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba mainkan sentimen perkauman dengan momokan bahawa kontraktor Melayu akan rugi kerana tidak dapat berdaya saing dalam sistem tender terbuka.

"Hakikatnya ialah 100 peratus kontrak Jabatan Perairan & Saliran bernilai RM35.6 juta dan 99.5 peratus daripada kontrak JKR bernilai RM124.2 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

"Nyata sekali bukan kontraktor Melayu yang tidak dapat berdaya saing tetapi kontraktor bersifat kroni yang tak berguna. Inilah matlamat kerajaan Pakatan Rakyat berjiwa rakyat dengan martabatkan rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik," tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih menjelaskan beliau sedar masih ada segelintir orang mahu menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman.

Namun, katanya, kerajaan negeri yakin bahawa Islam yang sebenar menggalakkan umat Islam untuk bersahabat dengan sesiapa sahaja yang berhati ikhlas secara penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

"Itulah sebabnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengulangi jaminan bahawa ia bukan anti-Cina, anti-Melayu atau anti-India tetapi hanya anti-rasuah sahaja," ujarnya. – Roketkini.com

Antara propaganda dan fitnah

Posted: 30 Aug 2011 04:18 AM PDT

Oleh Daing Yahya


Sebagai ejen propaganda, media massa seperti lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia atau media milik rakyat yang dikongkong oleh kerajaan Barisan Nasional, iaitu RTM dan media kawalan BN seperti Media Prima yang menguasai TV3, Berita Harian dan New Straits Times, kerja mereka adalah memanipulasi berita atau maklumat bagi tujuan laba politik.

Dengan menyamar sebagai media massa yang mana lessen penerbitan ditentukan oleh UMNO-BN, memang itulah kerja-kerja politik versi 1Malaysia.

Walau pun definisi propaganda itu adalah usaha memujuk orang ramai menyokong sesuatu pihak, bentuk propaganda yang dipilih oleh versi 1Malaysia ini hanya ada sejenis, iaitu fitnah.

Apa itu propaganda

Pada hakikatnya, propaganda adalah satu manifestasi kerja memanipulasi data atau fakta, baik nombor, ayat, frasa atau gerak-geri pelaku yang ianya digunakan untuk mempengaruhi sokongan umum menerusi persepsi.

Ia dilakukan secara sistematik dengan koordinasi yang cekap dan dengan penglibatan banyak pihak, baik secara profesional atau pun tidak. Matlamatnya ialah untuk terus kekal berkuasa atau mendapatkan kuasa.

Kerja memanipulasi data adalah kerja orang bijak pandai dan pakar dalam bidang tertentu, baik politik, sosial atau ekonomi. Manipulator atau propagandis bukan orang yang tidak bijak, mereka ini rajin membaca, mahir menganalisa dan faham tentang ramalan atau jangkaan kepada sesuatu tindakan.

Ini bermakna propaganda bukan kerja seorang pengampu yang gila glamor atau contract junkies atau pemfitnah yang jahil dalam segala ilmu pengetahuan.

Di Malaysia, inilah jenis propaganda yang menjadi pilihan UMNO-BN yang sengaja memilih untuk menjadi pemfitnah. Kerja menfitnah ini amat mudah berbanding kerja seorang propagandis terlatih yang wajib membaca dan menganalisa sesuatu bahan dengan mendalam.

Kerja menfitnah hanya memerlukan niat dan kreativiti untuk menyalin, menyunting, menampal dan menuduh seseorang secara sembrono. Kemudian, hasil kreativiti yang tidak lengkap ini akan digembar-gemburkan menerusi imej-imej panas atau sensasi di media mereka.

Memang dalam jangka pendek, fitnah busuk ini mungkin berjaya. Tetapi setelah kekal berkuasa atau mendapat kuasa melalui fitnah, pemerintah akan berhadapan dengan masalah sentimen dan kemarahan rakyat yang telah mereka api-apikan.

Lihat sahaja apa yang telah dan sedang berlaku di bumi Arab sekarang. Kenang semula apa yang berlaku di Soviet Union dan negara-negara satelit komunis pada zaman kejatuhan komunisme. Semua ini bencana fitnah sebagai propaganda.

Impian sebagai propaganda

Salah satu model propaganda yang tersusun yang boleh dijadikan contoh ialah sewaktu era Presiden Franklin D. Roosevelt sewaktu Amerika Syarikat menghadapi Perang Dunia Kedua (1939-45). Pada ketika itu kerajaan Amerika menggunakan agensi kerajaan, penulis dan karyawan, pembikin filem Hollywood, stesen radio dan media cetak untuk meyakinkan rakyat bahawa peperangan menentang Jerman Nazi dan Jepun adalah untuk survival hidup mereka demi mengekalkan cara hidup Amerika.

Cara hidup Amerika ini yang dikenali sebagai The American Dream benar-benar terkesan di jiwa rakyat negara itu yang semuanya dari keturunan imigran dari seluruh dunia.

Mereka mengisi makna itu sebagai cara hidup yang ideal, bebas dan merdeka berbanding sistem fasis, komunis dan lain-lain yang bersifat kuku besi yang mengekang kebebasan dan menindas.

Mesej untuk rakyat Amerika ialah idea cara hidup Amerika yang dianggap murni itu perlu dipertahankan dengan menghantar anak-anak muda Amerika pergi berperang di Eropah menentang tentera Nazi dan fasis Musolini dan kawasan Asia Pasifik untuk menumpaskan Jepun.

Bahan-bahan propaganda ini diteliti oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut. Ia melibatkan karyawan seni, penulis dan pengkritik dalam semua bidang. Sekali pun propaganda mereka tidak dapat lari elemen palsu dan fitnah, asas propaganda itu tetap ada justifikasi dan logiknya. Dengan makna lain, mereka bukan hentam keromo.

Jika boleh dibuat perbandingan di antara propaganda Amerika dengan propaganda Adolf Hitler, amat jauh dari segi kualitinya. Walau pun Hitler dikatakan pakar propaganda pada awal pemerintahannya sepanjang 1930-an, apabila Jerman mula menghadapi serangan balas tentera Bersekutu dan gerila rakyat Eropah sekitar 1943, pihak Nazi mula menggelabah.

Fitnah sebagai propaganda

Rata-rata propaganda Nazi tidak masuk akal, simplistik dan tidak ada asas-asas rasional yang kuat.

Propaganda Hitler lebih menyerupai kerja pembohongan dan fitnah.

Nazi mendakwa kaum Yahudi menjadi penyebab orang Jerman tidak maju, mahu merampas hak kulit putih dan sebagainya. Apabila Hitler mendapat kuasa pada 1933, jumlah penduduk Jerman ialah 66 juta sedangkan rakyat berketurunan Yahudi hanyalah 500,000 atau 0.008 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu.

Untuk membangkitkan kebencian Jerman terhadap Yahudi, dakwaan itu disertakan dengan pelbagai slogan termasuk propaganda bahawa hanya kaum kulit putih keturunan Arya yang menjadi tuan di bumi Jerman.

Apabila sebahagian rakyat Jerman mula percaya dengan slogan ketuanan kulit putih ini, ia memudahkan Hitler dan Nazi untuk meminggir dan menindas kaum Yahudi. Mulanya harta mereka dirampas, mereka diasingkan daripada mendatangi tempat-tempat yang dikhususkan untuk kulit putih dan pelbagai bentuk penindasan lain.

Apabila sebahagian besar rakyat Jerman sudah cukup benci dengan Yahudi kerana termakan fitnah dan yakin dengan propaganda bahawa merekalah bangsa tuan di bumi sendiri, mereka memejamkan mata apabila Hitler dan Nazi mula menyembelih kaum Yahudi secara beramai-ramai; semua ini dilakukan atas dasar 'kewajipan'.

Kita dapat lihat dengan jelas ke mana arah tujuan hasil dari dari kerja fitnah ini. Sedangkan ia bermula dari fitnah yang dianggap kecil dan tidak logik. Daripada sekadar memecahkan tingkap kedai orang Yahudi pada tahun-tahun 1930-an, Jerman Nazi dikatakan telah membunuh 6 juta Yahudi termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua sehingga akhir perang dunia pada 1945.

Bukan Yahudi sahaja yang disembelih dan dibunuh, kaum-kaum lain juga menjadi korban Nazi atas dasar ketuanan mulia kulit putih Jerman. Lebih lima juta lagi kaum bukan Yahudi dibunuh Nazi termasuk kaum kulit putih Poland, Gypsy, orang cacat dan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai kaum yang rendah taraf.

Inilah bahana propaganda fitnah.

Hala tuju propaganda UMNO

Dengan itu juga mungkin kita dapat menganalisa ke mana hala tuju propaganda fitnah UMNO ini.

* Logikkah di Malaysia yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam untuk mengatakan DAP sebagai sebuah parti dengan jumlah keahlian kecil begitu berani dan bijak hingga mahu menukar agama orang-orang Melayu menjadi Kristian? Adakah ini cita-cita utama DAP yang terkenal sebagai parti demokrasi sekular?

* Logikkah DAP sebagai parti demokrasi sekular mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian?

* Logikkah DAP sebagai parti demokrasi sosial yang menerima pasaran bebas dengan pemantauan kerajaan bagi memastikan pekerja dan rakyat sentiasa dilindungi, ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara komunis? Di mana logik DAP yang menentang komunisme yang anti-kebebasan dan anti-perniagaan mahu mewujudkan sistem yang ditentangnya sendiri?

* Logikkkah DAP dituduh cauvinis, perkauman dan mementingkan satu kaum sedangkan DAP adalah parti pelbagai kaum dan anti-perkauman? Sedangkan yang sering membuat fitnah itu datangnya dari parti yang hanya mementingkan satu kaum, mahu kepada ketuanan kaum.

Jika pembuat fitnah itu semua mahu menjadi propagandis yang berjaya, dicadangkan mereka meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk membaca buku-buku yang diiktiraf dunia supaya mereka lebih faham apa itu idea sekular, demokrasi sekular, demokrasi sosial, negara Islam, negara Kristian, komunis dan komunisme, serta makna sebenar cauvinis dan perkauman.

Apakah mereka lupa bahawa PAP pimpinan Lee Kuan Yew (yang mana PAP sering dikaitkan dengan DAP) telah bersekongkol dengan UMNO yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman untuk menghancurkan gerakan komunis di Malaya dan Singapura dahulu?

Bawa-bawalah beristighfar, ada banyak lagi perkara yang penting ingin DAP dan Pakatan Rakyat lakukan di Malaysia ini. Memperbaiki pentadbiran negara, memulihkan dasar ekonomi, menyuburkan demokrasi dan kebebasan serta memastikan pelaksanaan keadilan menjadi keutamaan DAP, PAS dan PKR.

Janganlah kerana tidak mampu untuk lakukan ini semua, dicari jalan mudah dengan menabur fitnah yang akan memberi kesan buruk kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Apa guna mendapat kuasa jika rakyat hidup melarat, benci-membenci, malah bunuh-membunuh antara satu sama lain?

Hentikanlah kerja-kerja fitnah terutamanya jika pemfitnah itu mengaku diri manusia beragama. Semua orang sudah beragama, apa perlu sibuk-sibuk hendak menukar agama orang lain. Membuka hati itu bukan kerja manusia. Hanya Tuhan yang menentukan. – Roketkini.com

Kehakiman: Tahniah atas kuantiti, cabaran untuk kualiti

Posted: 30 Aug 2011 04:09 AM PDT

Oleh Muhammad Zir

Kejayaan pihak pentadbiran mahkamah patut dipuji atas pencapaian membanggakan iaitu bilangan kes sivil yang tertunggak di Mahkamah Tinggi dapat dikurangkan daripada 44,873 kes pada tahun 2009 kepada hanya 5,309 kes pada 2011.

Jika dinilai prestasi ini, memang ianya satu pencapaian yang baik sekali.

Kita dapat lihat dengan jelas bahawa, jika kakitangan yang profesional diberi ruang peranan yang kondusif serta sistem kerja yang bebas dari tekanan pihak legislatife dan eksekutif, mereka mampu melaksanakan tugas dan seterusnya mencapai kejayaan dalam urus tadbir perundangan.

Bayangkan jika etika dan profesionalisme ini dipupuk dan dikekalkan semenjak kita merdeka 54 tahun yang lalu, pasti kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dapat diurus dengan cekap dan baik.

Imej badan kehakiman kita pula akan terus dipandang mulia dan dihormati, lebih-lebih lagi kepada masyarakat kita.

Jika semua ini kita kekalkan sejak dahulu, sudah pasti kita tidak akan mendengar lagi rungutan tentang ketidakadilan dan kelemahan sistem perundangan, baik yang melibatkan kalangan orang-orang politik, institusi awam seperti PDRM, SPRM dan pelbagai agensi kerajaan yang lain.

Peniaga dan para pelabur akan lebih yakin dengan sistem kita, maka sudah tentu mereka dengan senang hati berani untuk melabur di Malaysia. Sudah tentu ekonomi kita yang lembap seperti hari ini berjaya diimbang kembali.

Hasil dari semua ini, sudah tentu pada akhirnya rakyat juga yang mendapat faedah. Inilah yang dinamakan kemakmuran.

Dalam pujian dan pencapaian yang bagus ini, apatah lagi sempena Ramadhan dan menjelasng Syawal, kita tidak harus terlalu teruja dengan jumlah pencapaian itu.

Ya, benar ia suatu pencapaian, tetapi itu dari segi kuantiti. Cabaran sebenar atau cabaran yang lebih utama adalah kualiti.

Selain kita mengejar jumlah kuantiti, jangan sekali-kali kita terleka hingga melupakan kualiti sistem perundangan kita.

Kes-kes berprofil tinggi seperti skandal PKFZ, pita Linggam, kes kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini serta adik Aminurashid dan Kugan hinggalah kepada kes Anwar Ibrahim, harus ditangani dengan lebih objektif, telus dan adil.

Kes-kes ini bukan sekadar mengharapkan ianya cepat diselesaikan, malah masyarakat mahu ia dilihat adil dan bukan pendakwaan dan perbicaraan terpilih.

Selain dari jumlah penyelesaian kes yang perlu ditingkatkan, kualiti hakim juga harus ditingkatkan.

Bukan sekadar mengatakan hakim kita bersih tetapi ia harus dilihat bersih oleh umum. Persepsi ini harus dibina dan diusahakan dengan gigih oleh semua pihak lebih-lebih lagi pihak badan pengurusan perundangan kita.

Kita akui, tugas hakim bukanlah tugas yang mudah. Jika akta yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini mengenai pencen penuh untuk hakim itu boleh meningkatkan kualiti hakim dan badan kehakiman kita, masakan kita ingin menolaknya.

Justeru, kita sebagai rakyat selain ingin mengucapkan tahniah kepada badan kehakiman dan perundangan, ingin sekali kita mengharapkan bahawa jangan sekali-kali kita mengabaikan kualiti hakim dan badan kehakiman kita.

Jika kuih-muih sempena Syawal banyak tetapi harganya mahal dan rasanya tidak enak, tentu kita rasa kurang senang. Samalah dengan pilihan tanpa tanggungjawab.

Kuasa memilih beraneka jenis kuih raya itu banyak, tetapi hasilnya amat mengecewakan. Jangan badan kehakiman kita pula menjadi seperti kuih raya. – Roketkini.com

Kerajaan BN Menghina Mahkamah?

Posted: 29 Aug 2011 09:26 PM PDT

Oleh : SHAIMON S JUMADI
WALAUPUN Mahkamah sudah mengiktiraf sebagai hak pemilikan tanah adat (NCR) secara sah, namun malangnya kerajaan Barisan Nasional masih berdegil dan langsung tidak mengendahkan keputusan Mahkamah; malah bertindak lebih ganas dan memberi tekanan yang cukup berat untuk ditanggung oleh semua pemilik tanah adat terbabit.

Aktivis Masyarakat, Galus Ahtoi yang sentiasa mengikuti perkembangan mengenai pembicaraan kes tanah adat yang sering menjadi mangsa rampasan oleh pihak yang bernafsu serakah, tamak dan rakus; menjelaskan bahawa kelmarin (26 Ogos 2011), Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Rahman Sebli telah memberikan kemenangan kepada para pemilik tanah adat (NCR), orang asal khususnya; penduduk kampung Lakang Paitan, Beluran dalam kes pembicaraan tersebut.

Galus yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin antara lain menjelaskan Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Beluran telah mengakui bahawa penduduk Kampung Lakang mempunyai hak melalui Tanah Adat (NCR) tetapi kemudian 'Diterbalikkan' atau diputar belitkan oleh keputusan Pengarah Tanah dan Ukur dengan menggunakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Justeru itu sebuah syarikat yang terbabit dalam pencerobohan tanah tersebut kemudiannya masuk ke kampung dan memusnahkan tanah adat kepunyaan penduduk-penduduk kampung tersebut.

"Saya bagi pihak pemilik tanah adat yang menjadi mangsa rampasan oleh lanun-lanun darat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Kong Hong Ming yang sentiasa bersama-sama berjuang habis-habisan untuk membela nasib penduduk kampung dalam menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak-hak kepada pemilik asal tanah tanah tersebut tersebut," tambah Galus.

Sebagai anak watan Sabah, kata Galus, mangsa terbabit telah bersumpah dengan darah binatang yang dikorbankan bahawa mereka tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti, kerana wakil rakyat yang ada sekarang jelas bersekongkol dengan orang-orang Semenanjung untuk membolot semua harta dan hak rakyat Sabah terutama sekali di kawasan Beluran, khususnya tanah-tanah adat," jelas Galus lagi.

Jui Meng: MCA dan UMNO akan jadi seperti Parti KMT Taiwan

Posted: 29 Aug 2011 09:20 PM PDT


Interbiu ekslusif Naib Presiden PKR Chua Jui Meng tidak meramalkan kepupusan parti Malaysian Chinese Association (MCA), tetapi sebaliknya melihat peluang untuk parti lamanya itu direformasikan, sembuh dan bangkit semula, mungkin selepas satu, dua atau tiga lagi pilihan raya umum, mengikut jejak parti Koumintang di Taiwan.

"Bahkan di dalam kehidupan individu ada naik turun, apatah lagi satu parti seperti MCA dengan beratus-ratus ribu ahli. Tetapi MCA akan terus hidup kerana pertama, ia mempunyai wang untuk membiayai operasinya. Ia juga mempunyai rangkaian yang luas. Anda boleh katakan ia adalah kuno tetapi ia tetap berjaya, "Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Di Taiwan, inilah yang terjadi kepada KMT. Parti DemokratikProgresif yang diketuai Chen Shui Bian yang berkuasa selepas KMT memerintah Taiwan selama lebih 5 dekad. Tetapi Chen sendiri mengamalkan rasuah dan selepas dua pilihanraya umum, beliau telah disingkirkan dan KMT sekarang kembali berkuasa. Tetapi, hanya selepas KMT meraih kembali keyakinan rakyat dengan mengakui ia bersalah dan mengambil tindakan untuk menunjukkan keikhlasannya. "

Rendah diri dan memperbetulkan yang salah

Presiden Taiwan sekarang ialah Ma Ying jeou dari KMT. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat popular yang dikurniakan dengan kekacakkan bintang film. Beliau mempunyai reputasi yang kukuh sebagai reformis, satu imej yang mustahil untuk KMT pada tahun 1990-an. KMT ketika itu dilihat sebagai parti yang paling korup dan jahat. Rakyat Taiwan muak dengan pemerintahan kuku besinya.

Akhirnya , Chen tetap berjaya pada tahun 2000 dan memerintah sehingga tahun 2008.

Terkejut, KMT akhirnya terpaksa merendah diri. Ia telah mengakui bahawa sebahagian aset yang diperolehi melalui cara yang menyalahi undang-undang dan berjanji untuk memulangkannya kepada kerajaan. Walaubagaimanapun, kuantiti aset yang perlu dikelaskan sebagai haram masih menjadi topik perdebatan panas.

Di Malaysia, Jui Meng menegaskan persamaan antara KMT dengan MCA dan juga diperluaskan kepada BN, boss UMNO.

"Sejarah sentiasa berulang," kata Jui Meng. "Ini adalah satu pengajaran yang baik untuk kedua-dua MCA dan UMNO untuk berfikir dan tidak melampau batas mereka sendiri. Pada masa ini, mereka telah kehilangan semua kebijaksanaan dan tiada apa-apa yang anda boleh katakan yang dapat memujuk mereka. Mereka akan meneruskan penipuan mereka untuk terus berkuasa , dan juga merosakkan negara dengan perkauman dan ketaksuban agama.

"Tetapi lebih banyak perbuatan berdosa dan jenayah yang mereka lakukan, semakin sukar bagi rakyat untuk mengampunkan mereka kerana perkara yang hendak dielakkan akan tetap berlaku. Akan ada perubahan kuasa, transformasi politik, masyarakat dan ekonomi dan tiada siapa yang boleh menghentikannya kerana ia sahaja yang boleh berlaku. Selepas 5 dekad pemerintahan buruk, inilah penawarnya. Bisul mesti dipecahkan dan nanah mesti dikeluarkan. "

Tahun-tahun yang sukar dihadapan, hisap darah baru untuk terus hidup

Jui Meng yang kini berumur 68 tahun pernah bertanding jawatan presiden MCA menentang Ong Tee Keat pada penghujung 2008. Namun begitu, beliau telah memberi amaran bahawa MCA perlu melaksanakan pembaharuan drastik termasuk menerima kaum-kaum lain ke dalam parti itu. Jui Meng juga memberi amaran bahawa jika kepimpinan tertinggi MCA terus membodek UMNO dengan mengenepikan masyarakat Cina, maka hanya akan wujud peluang tipis semasa pilihan raya umum yang akan datang untuk mereka dan itu pun akan disia-siakan oleh MCA yang sudahpun menjadi lemah.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 yang lepas, MCA memperoleh prestasi paling buruk yang hanya dapat mengekalkan 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 32 daripada 91 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. Pemimpin-pemimpinnya kemudian berjanji untuk membuat pembaharuan atau untuk bertindak sebagai sumber pembaharuan dalam BN, tetapi usaha mereka gagal setelah dipukul oleh kaum UMNO yang berkeras melindungi pengundi Melayu mereka.

"Inilah perkara-perkara yang saya utarakan dan beri amaran kepada mereka pada tahun 2008. Tetapi kita memandang ke hadapan sekarang dan tidak ke belakang, jadi apa yang penting, adakah MCA mempunyai kepimpinan yang betul untuk membantu arus parti dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata Jui Meng , yang telah berhenti untuk menyertai PKR pada tahun 2009 setelah gagal untuk meyakinkan kepimpinan tertinggi MCA untuk beralih arah.

Ini akan menjadi tahun yang sangat sukar dan apa yang MCA perlukan adalah wajah baru , baik lelaki atau wanita yang mempunyai visi dan kecergasan akal fikiran. Mereka mesti bersedia untuk mengakui kesilapan parti dan dari sana membina semula parti. Jika mereka berkelakuan seperti pemimpin sekarang, Chua Soi Lek, yang terus menegaskan bahawa segalanya OK, maka ia akan memberi risiko kepada MCA untuk terus pulih dang bangkit semula.

Jangan tukar diktator lama kepada diktator baru

Bekas Menteri Kesihatan itu menjangka UMNO mengekalkan jumlah pengundi Melayu mereka walaupun beliau menjangka bahawa UMNO akan menjadi lebih lemah berbanding sebelum ini. Dan pada masa hadapan - dengan PAS, PKR dan DAP yang terus menerus dapat merekrut ahli Melayu - pengundi teras UMNO akan menjunam lebih jauh lagi, dan ia mungkin melalui jalan yang sama seperti MCA dan Gerakan.

Jui Meng berkata beliau tidak berasa seronok dalam meramalkan masa depan yang "suram" untuk kedua-dua parti tersebut dan pakatan BN. Beliau menegaskan bahawa Malaysia memerlukan keseimbangan, sistem dua parti dan menegaskan sekali lagi kejatuhan Chen Shui Bian sebagai pelajaran utama juga bagi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak mengatakan bahawa UMNO tidak akan mampu untuk mengekalkan kerajaan fedeal tetapi ia akan menjadi sesuatu yang sangat sukar. Tetapi sama ada BN terus boleh membentuk kerajaan persekutuan pada GE-13 yang akan datang, saya rasa MCA sudahpun hancur. Tidak ada cara ia boleh pulih kecuali berada di luar BN - dari dominasi UMNO untuk membina semula parti itu. Malah, lebih cepat MCA melakukan ini, lebih baik peluangnya kerana pengundi semakin muda dari hari ke hari dan dengan mudah boleh melupakan mereka untuk selama-lamanya.

"PKR komited kepada sistem dua parti. Ini adalah sesuatu yang PKR boleh jamin kepada rakyat Malaysia. Kita tidak mahu hegemoni politik atau politik menghina. Jika kita tidak komited kepada sistem dua parti , maka kita akan menjadi seperti BN dan ini bukan apa yang kita mahu untuk rakyat Malaysia. Tidak mungkin kita timbulkan persoalan menggantikan seorang diktator dengan diktator yang lain." - Malaysia Chronicle

PSM: Utusan tidak lapor isu sebenar

Posted: 29 Aug 2011 04:52 PM PDT

Timbalan Ketua Polis Negara juga dikritik kerana mengeluarkan kenyataan


PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengecam Utusan Malaysia kerana membuat laporan yang berunsur fitnah kerana memusing fakta isi ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Setiausaha Agongnya S Arutchelvan berkata PSM berpendirian bahawa apa yang ditulis oleh akhbar arus perdana milik Umno itu bukanlah isu sebenar dan terkeluar dari konteks maksud apa hendak disampaikan oleh Mohamad Sabu.

Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kaca mata Umno yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan," ujar Arutchelvan yang mendakwa pejuang kemerdekaan aliran kiri seperti Shamsiah Fakeh tidak direkodkan di dalam buku sejarah.

Pemimpin PAS yang juga dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa bahawa anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 adalah pejuang negara yang sebenar dalam satu ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos, lapor Utusan Malaysia.

Rentetan itu, semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menasihatkan Mat Sabu agar mempelajari sejarah sebelum mengeluarkan kenyataan.

Arutchelvan turut mengkritik Utusan Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia yang memanipulasi kenyataan Mat Sabu.

"Utusan Malaysia dan PDRM juga membuat pelbagai tohmahan dan cerita," kata Arutchelvan berdasarkan pengalaman penahanan 31 anggota partinya pada Jun dan Julai termasuk penahanan enam pemimpin parti di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan Jenayah dan Ketenteraman Awam) 1969.

Kebal bercakap bohong

Ujar beliau, "pengalaman yang PSM belajar ialah Utusan Malaysia kebal bercakap bohong dan tidak ada apa yang boleh dilakukan.

"Begitu juga ada ahli Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan orang Umno seperti (Senator) Ezam (Mohd Nor) yang boleh membuat ugutan berunsur jenayah.

"Tetapi mereka kebal dan tidak ada apa-apa tindakan pun diambil terhadap mereka," ujar Arutchelvan sambil merujuk kepada kegagalan polis bertindak terhadap Perkasa dan Ezam.

Arutchelvan turut meminta agar pihak polis bersikap neutral dalam penyiasatan kes ini.

"Sebagai seorang pegawai polis beliau sepatutnya menyiasat samada kenyataan Mat Sabu mempunyai unsur jenayah atau tidak.

Pemimpin PSM tersebut turut menyelar kenyataan Khalid seumpama kenyataan seorang ahli politik.

"Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti seorang ahli Umno atau ahli politik. Jika beliau ingin menyertai politik, bersaralah dan masuklah gelanggang politik," tegas beliau.

Sementara itu, di Kangar, Mat Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia itu berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya

Posted: 29 Aug 2011 04:43 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata 'terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

"Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri," kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

"Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak," tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.

Rayakan rakyat buat perubahan PRU 13

Posted: 29 Aug 2011 04:35 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: "Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya kita dapat menghayati suasana 'raya' dengan lebih bermakna lagi.

"Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang," kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau berkata, sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak dimainkan di media arus perdana.

Tambahnya, jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga 'rayakan' rakyat dengan menolak kebatilan.

Beliau juga mengajak umat Islam bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dapat mengisinya dengan agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati.

"Setelah kita berjaya menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT," ujarnya dalam perutusan Idulfitri 1432H yang disambut hari ini.

Katanya, Ramadhan diharap dapat membentuk diri mengenali sifat kehambaan kepada Allah SWT dengan lebih mendalam supaya selepas ini akan senantiasa mematuhi setiap suruhan-Nya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, dengan latihan ubudiyah selama sebulan insya Allah telah dapat memenuhi KPI berpuasa iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, LaPAS ingin menasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Katanya, banyakkan bersabar memandangkan jumlah kenderaan yang banyak dan keadaan jalan raya yang sesak sudah pastinya menimbulkan suasana yang tidak selesa namun sekiranya patuh pada undang-undang yang ada, sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan.

LaPAS juga, ujarnya ingin berpesan kepada semua pengguna agar lebih bijak dalam berbelanja bagi menghadapi musim raya.

Serunya, gunakanlah sepenuhnya hak sebagai pengguna supaya tidak diambil kesempatan oleh para peniaga dengan sewenang-wenangnya.

"Berhemahlah dalam berbelanja kerana umumnya pasti mengetahui bahawa janji 'pak menteri' yang harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan hanyalah 'omong kosong' demi untuk 'menyelerakan' halwa telinga rakyat yang mana pada hakikatnya sudah pasti berlaku kenaikan harga barang yang mendadak dek kerana kelemahan kerajaan yang ada," ujarnya.

Dan yang pastinya, kata beliau alasan serupa yang akan di'recycle' oleh pihak berkuasa ialah kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga.

Oleh itu, ujarnya lagi LaPAS menyeru kepada semua agar sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah kembali suasana yang ada kepada yang lebih baik lagi.

Menurutnya, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul namun dek kerana dimonopoli oleh hanya segelintir golongan, maka natijah kenaikan harga barang yang cukup membebankan rakyat tidak dapat dielakkan.

Katanya, dan yang paling menyedihkan lagi apabila yang terpaksa menanggung kesannya adalah rakyat marhaen.

"Sebulan kita membina keimanan, Ramadhan menjadi pembersih hati umat Islam. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432H. Maaf zahir dan batin," ujarnya.

Pemimpin BN tidak risau kajian dakwa populariti Najib susut

Posted: 29 Aug 2011 04:35 PM PDT

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengetepikan kajian terbaru menunjukkan populariti Datuk Seri Najib Razak mengalami penurunan berterusan, sebaliknya yakin Perdana Menteri keenam itu terus menikmati keyakinan rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) berkata beliau tidak percaya yang sokongan akar umbi ke atas perikatan itu dan pengerusinya terjejas teruk memandagkan sokongan kuat terus diperlihatkan oleh rakyat.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

"Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).

Shafie berkata sementara inflasi merupakan isu utama yang perlu ditangani, Perdana Menteri juga telah menunjukkan bahawa beliau komited untuk menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyediakan program Kedai Rakyat 1Malaysia dan inisaitif-inisiatif yang bertujuan mengurangkan beban kewangan.

"Tidak ragu bahawa harga barangan tinggi di sesetengah kawasan, tetapi murah di sesetengah kawasan yang lain. Perdana Menteri melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah rakyat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Anggota Kabinet ini menambah, mereka yang mempunyai pandangan negatif mengenai kepimpinan Najib lebih risau tentang isu-isu kaum dan agama berbanding kos sara hidup.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Donald Lim berkata mereka yang ditemui kelihatan respons kepada perkembangan sejak kebelakangan ini seperti langkah pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0, selain ketegangan antara agama, tetapi menuding ke atas pembangkang yang mempolitikkan isu-isu itu.

"Pembangkang khususnya DAP telah memutar belit isu yang wujud. Malah, isu Jais (Jabatan Agama Islam Selangor), ia menyalahkan BN," katanya lagi.

Timbalan Menteri Kewangan ini berkata inflasi adalah fenomena global yang diakibatkan oleh kenaikan harga barang dan hutang di Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi inflasi di Malaysia masih rendah iaitu sekitar 3.4 peratus berbanding lima peratus di Singapura.

Bekas setiausaha agung MIC Datuk T Rajagopalu berkata, tidak sesiapa pun boleh mempersoalkan kerja keras Najib, yang secara terus-menerus berusaha memastikan rancangan pembaharuan demi kebaikan rakyat.

"Setiap hari Perdana Menteri menjalankan kerja beliau... beliau menggerakkan langkah beliau," katanya lagi.

Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan mengetepikan hasil kajian terbaru yang diumumkan hari ini sambil menegaskan, rakyat masih yakin dengan keupayaan dan kepimpinan Najib.

Timbalan menteri ini mendakwa kaedah kajian yang digunakan kemungkinan ada kecacatan, hanya menemu bual 20 peratus penduduk yang begitu kritikal dengan Najib dan dasar-dasarnya.

"Saya tidak percaya (hasil) kajian," kata Ahli Parlimen Tapah ini.

Menjelang 1 Syawal, KL lengang, trafik lancar

Posted: 29 Aug 2011 04:26 PM PDT

Menjelang 1 Syawal yang dijangka disambut esok, suasana di ibu kota semakin lengang manakala keadaan trafik di Lembah Klang pula lancar berbanding kesesakan teruk tiga hari lalu.

Tinjauan di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara Selatan dan Plaza Tol Jalan Duta serta Lebuhraya Utara-Timur juga mendapati jumlah kenderaan mula berkurangan hari ini.

Seorang pengguna jalan raya yang ditemui Bernama, Liyana Yusoff, 26, mengakui keadaan lalu lintas menjelang sambutan Aidilfitri kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

"Saya dalam perjalanan balik ke Melaka dari Bandar Tun Razak (Cheras), dan mendapati jalan raya tidak dipenuhi kenderaan seperti Sabtu dan Ahad lalu. Tahun ini memang agak berlainan," katanya yang bekerja di syarikat swasta.

Beliau juga berharap keadaan lalu lintas yang tidak sesibuk seperti tahun-tahun sebelum ini turut mengurangkan kadar kemalangan.

Sementara itu Maisara Ahmad, 42, yang memulakan perjalanan balik kampungnya di Taiping, Perak hari ini, berkata beliau memilih hari ini untuk memandu pulang kerana yakin keadaan trafik bertambah lancar.

"Walaupun masih sibuk, tapi keadaan trafik lancar setakat ini," katanya.

Bagi penjawat awam Mazlan Abdul Hamid, beliau memulakan perjalanan selepas menyemak jadual yang diperkenalkan PLUS Expressway Berhad (PLUS) bagi memastikan tidak terperangkap dengan kesesakan.

"Melalui jadual perjalanan PLUS saya mendapati plat kereta saya berakhir dengan nombor ganjil dan boleh bertolak pada waktu tengah hari ini," katanya.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Pudu Sentral mendapati orang ramai semakin berkurangan manakala kaunter tiket pula lengang.

Penjual tiket bas Kesatuan Ekspres yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 41, berkata tiket bas untuk musim perayaan kali ini tidak banyak yang dijual.

Katanya hanya bas menuju ke utara beroperasi esok.

Bagi seorang pelajar, Nurul Syazwa Azmi, suasana balik kampung pada saat akhir lebih menyeronokkan kerana selain perjalanan yang lancar, bas juga tiba tepat pada masa yang dijadualkan.

"Saya berasa seronok dapat pulang berjumpa keluarga di Sungai Petani, Kedah," katanya menambah keterujaan balik kampung saat-saat akhir lebih dirasai berbanding jika balik lebih awal.- Bernama

Sukar dapat minyak tanah, pelita guna diesel, petrol

Posted: 29 Aug 2011 04:23 PM PDT

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan minyak diesel atau petrol untuk menyalakan pelita sempena Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata penggunaan minyak diesel dan petrol dilihat berleluasa di serata tempat terutamanya di kampung-kampung.

hamdan adnan interview 280706 talking"Saya lihat penggunaan kedua-dua bahan ini semakin menjadi-jadi dan rata-rata mereka yang saya temui berkata kesukaran mendapatkan minyak tanah adalah penyebab mereka menggantikan bahan bakar ini," katanya hari ini.

Beliau berkata, penggunaan kedua-dua bahan ini adalah berbahaya dan berisiko tinggi mendatangkan kemalangan kerana jika tertumpah ia mudah merebak dan meletup dengan cepat sekaligus mengundang kebakaran.

"Kanak-kanak gemar bermain bunga api pada musim perayaan dan ini amatlah bahaya sekiranya kanak-kanak dibiarkan mendekati pelita yang menggunakan bahan tersebut tanpa pengawasan orang dewasa.

"Sekarang isu meriam buluh dah tak ada, kita tak mahulah pula isu penggunaan diesel dan petrol dijadikan sebagai ganti," kata Prof Hamdan.

Ibu bapa juga dinasihat agar memastikan keselamatan anak-anak mereka dari aspek kesesuaian pakaian yang dipakai ketika bermain bunga api bagi mengelakkan mudah disambar api.

"Hari raya adalah hari untuk bergembira jangan nanti orang nak raya ada pula mereka yang terlibat dengan nahas gara-gara kelalaian ibu bapa," katanya.- Bernama

Caj rawatan Mat Sabu: PCM buat laporan SPRM

Posted: 29 Aug 2011 04:21 PM PDT

Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuntutan caj rawatan hospital Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).

NONENaib Presiden PCM Huan Cheng Guan (kanan) berkata, siasatan itu perlu dilakukan oleh SPRM kerana terdapat keraguan dalam tuntutan bayaran kos perubatan yang dilaporkan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor itu adalah sebanyak RM5,060.54 sahaja.

Katanya, selain itu tindakan Mohamad didakwa menyalahguna kedudukannya sebagai anggota lembaga pengarah perbadanan itu apabila membuat tuntutan berkenaan.

"Mat Sabu sebagai seorang bekas ahli parlimen layak untuk menerima rawatan kelas pertama di wad hospital kerajaan dan beliau membazir wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di Georgetown hari ini.

Beliau berkata, PCM berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap semua keraguan, kelayakan, cara tuntutan termasuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP kerana meluluskan tuntutan itu.

NONEHuan berkata, Mohamad Sabu didakwa menerima rawatan dari hospital swasta berkenaan akibat kecederaan ketika terbabit dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu dan tiada kaitan langsung ketika menjalankan tugas untuk PBAPP.

Mohamad dilaporkan menerima bayaran balik perbelanjaan perubatan daripada PBAPP baru-baru ini.

Baru-baru ini Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendedahkan mengenai tuntutan kos rawatan Mohamad yang didakwa sebagai menyalahguna kedudukannya sebagai anggota lembaga pengarah PBAPP dengan membuat tuntutan perubatan akibat kecederaan semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur Julai lalu. - Bernama

Utusan gagal batal saman pembelaan MP Seputeh

Posted: 29 Aug 2011 04:19 PM PDT

Utusan Melayu (M) Bhd gagal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk membatalkan pembelaan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam kes saman fitnah terhadap ahli politik pembangkang itu berhubung komennya mengenai makanan disajikan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memerintahkan saman itu menjalani perbicaraan penuh selepas memutuskan Kok mempunyai kes yang kukuh untuk membela dirinya.

utusan malaysia teresa kok story utusan sues teresa kok 151008"Ini bukannya kes yang biasa dan terang-terangan untuk dibatalkan, dan kes ini patut menjalani perbicaraan penuh," kata O'Hara sebelum memerintahkan syarikat akhbar itu membayar kos RM5,000 kepada Kok.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Kok, 47, pengerusi DAP Selangor yang nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim, kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenainya dalam akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Dalam pernyataan tuntutannya, Utusan Melayu mendakwa Kok membuat kenyataan berunsur fitnah itu pada 22 Sept, 2008, apabila beliau mendakwa akhbar itu telah memutar belit kenyataannya kepada media perdana dan dalam blognya mengenai makanan yang disajikan kepadanya semasa ditahan di bawah ISA pada 2008.

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 03Utusan Melayu menuntut, antara lain, mahkamah mengarahkan artikel, perkataan, petikan atau komen berunsur fitnah itu dikeluarkan daripada blog itu.

Ia juga memohon injunksi untuk menghalang Kok (kiri), ejen atau orang bawahannya daripada menerbitkan semula atau menyebabkan perkataan berunsur fitnah itu diterbitkan semula.

Utusan Melayu menuntut ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif serta kos dan sebarang relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Utusan Melayu, memberitahu pemberita yang anak guamnya akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Kok diwakili peguam Sangeet Kaur. - Bernama

Lim: Masih ada yang cuba sempitkan Islam

Posted: 29 Aug 2011 04:18 PM PDT

Kerajaan negeri Pulau Pinang, menyedari masih ada segelintir yang cuba menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman.

azlanNamun Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam perutusan Aidilfitrinya, berkata, Pakatan Rakyat yakin Islam yang sebenar menggalakkan umatnya bersahabat dengan sesiapa sahaja yang berhati ikhlas secara penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

Justeru, katanya hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami antara satu sama lain dapat meruntuhkan tembok perkauman.

"Walau pun ada segelintir orang mahu menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman, kerajaan negeri yakin bahawa Islam yang sebenar menggalakkan kita semua untuk bersahabat dengan penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

NONE"Itulah sebebnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengulangi jaminan bahawa ia bukan anti-Cina, anti-Melayu atau anti-India tetapi hanya anti-rasuah sahaja," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Lim, hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami dapat meruntuhkan tembok yang selama ini memisahkan rakyat semata-mata kerana perbezaan kaum, agama dan cara hidup.

"Harapan saya ialah untuk melihat ibu-ibu tidak lagi menangis kerana melihat anak-anak kelaparan, bapa-bapa tidak lagi mengeluh kerana tidak mampu menyediakan keperluan keluarga, anak-anak tidak lagi kecewa kerana tidak mempunyai buku, pakaian dan barang permainan.

NONE"Dan warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya tidak lagi meratap kerana dipinggirkan oleh orang-orang yang menjadi tempat mereka menaruh harapan," katanya.

Menurutnya, usaha meringankan beban rakyat, khususnya di Pulau Pinang, boleh dilihat dalam program sosial seperti penghapusan miskin tegar, penghargaan warga emas, sumbangan pelajar institute pengajian tinggi awam (IPTA) dan program anak emas, bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat dan para huffaz serta program kebajikan yang memakan perbelanjaan lebih RM40 juta setahun.

"Inilah erti Syawal yang saya harap dapat mengukuhkan semangat kita semua untuk tidak melupakan mereka yang amat memerlukan bantuan, sumbangan dan kasih sayang kita.

azlan"Dengan sedikit tenaga dan keupayaan kurniaan Tuhan, kami telah dan akan terus berusaha untuk melaksanakan yang terbaik untuk semua, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan.

"Marilah kita terus kekalkan kerajaan (Pakatan Rakyat) berjiwa rakyat yang martabatkan rakyat," katanya lagi.

Menurut Lim yang juga ahli parlimen Bagan dan ADUN Air Putih, kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus berusaha menunaikan kewajipan kepada rakyat dengan urustadbir CAT – cekap, akauntabel dan telus – yang berlandaskan prinsip "amar maaruf nahi mungkar".

"Pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba mainkan sentimen perkauman dengan momokan bahawa kontraktor Melayu akan rugi kerana tidak dapat berdaya saing dalam sistem tender terbuka.

azlan"Hakikatnya ialah 100 peratus kontrak Jabatan Perairan & Saliran bernilai RM35.6 juta dan 99.5 peratus daripada kontrak JKR bernilai RM124.2 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

"Nyata sekali bukan kontraktor Melayu yang tidak dapat berdaya saing tetapi kontraktor bersifat kroni yang tak berguna. Inilah matlamat kerajaan Pakatan Rakyat berjiwa rakyat dengan martabatkan rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik," katanya.

Wikileaks: MCA tak boleh akui Cina dipinggirkan

Posted: 29 Aug 2011 04:16 PM PDT

Nigel Aw
MCA pada satu mesyuarat tertutup dengan pegawai diplomat Amerika Syarikat mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

azlanMenurut pendedahan oleh Wikileaks, kabel rahsia antara Washington dan kedutaannya di Kuala Lumpur, memperincikan mesyuarat pejabat politik kedutaan itu dengan naib presiden MCA, ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Kabel yang bertarikh 19 Oktober 2006 itu didedahkan bulan ini.

"Sudah tentu kami dipinggirkan, dari perniagaan yang besar kepada pemilik gerai kecil, semuanya tahu - tetapi MCA tidak boleh mengakuinya," beliau dipetik memberitahu diplomat Amerika.

Ong yang kemudian dilantik menjadi presiden MCA sebelum disingkirkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengikut kabel berkenaan, berkata parti itu terpaksa berdiam diri walaupun rata-rata masyarakat Cina cukup tidak berpuas hati.

NONEOng juga dipetik sebagai berkata bahawa "berdiam diri kadang-kadang adalah jawapan sah yang mampu diberikan" sebagai reaksi kepada rasa tidak puas hati masyarakat Cina terhadap MCA dan Gerakan yang menyokong kerajaan.

Kabel itu memperincikan rungutan bekas Presiden MCA bahawa parti itu sebelum ini boleh mendapat "saki-baki" projek-projek pembangunan Umno tetapi kini terpaksa bergantung kepada ehsan dan cebisan sisa daripada rakan kongsinya yang dominan itu.

"Dulu, MCA pernah n mendapat saki-baki, tetapi sekarang kita hanya berharap mendapatkan cebisan sisa daripada Umno," kata Ong seperti laporan kabel itu.

NONEAntara contoh yang diberikan ialah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di mana tiada satu pun daripada 180 sekolah yang dirancang itu adalah sekolah vernakular dan hanya dua diberikan selepas bantahan daripada masyarakat minoriti.

Menurut kabel itu, Ong juga mengakui rasa tidak puas hati yang sebegitu menebal di kalangan masyarakat Cina terhadap status quo dan bahawa MCA akan menghadapi cabaran paling getir pada pilihan raya umum akan datang.

Kebimbangan mempunyai asas apabila pada pilihan raya umum 2008, separuh daripada kerusi MCA di Parlimen dirampas iaitu hanya mampu mempertahankan 15 daripada 31 kerusi yang dimilikinya sebelum itu. Gerakan yang memerintah di Pulau Pinang tumbang apabila semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi tewas.

Usaha berulang-kali Malaysiakini bagi mendapatkan ulasan Ong masih belum berjaya.

DAP nafi mahu rampas kerusi PKR di Pulau Pinang

Posted: 29 Aug 2011 04:14 PM PDT

Desakan ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor yang mahu PKR menyerahkan sekurang-kurangnya enam kerusi kepada pemimpin Melayu DAP tidak mencerminkan pandangan kepimpinan pusat parti itu, kata pengerusinya Karpal Singh.

NONEMalah, menurut Karpal kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan tidak wajar.

"Kenyataan Zulkifli dibuat secara spontan yang tidak signifikan," kata Karpal dalam satu kenyataan akhbar.

Sehubungan itu, Karpal juga memberi amaran kepada ahli-ahli DAP yang ingin bertanding pada pilihan raya umum akan datang supaya tidak menggunakan taktik yang boleh menyebabkan perpecahan dan syak wasangka di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

"Mana-mana kenyataan yang menyentuh isu-isu berkaitan dengan agihan kerusi pada pilihan raya yang akan datang, harus dan mesti, dikeluarkan oleh kepimpinan pusat DAP, PKR dan PAS serta bukan orang lain. Biarlah hakikat ini difahami, " katanya.

Menurut Karpal, DAP tidak akan merampas kerusi rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat, meskipun ada kerusi yang terlepas akibat daripada tindakan membelot.

NONEKatanya, meskipun PKR menerima kesan akibat paling tadah itu, namun sebahagian besar kempimpinan utama parti itu masih kekal utuh.

"DAP telah membenarkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk terus menjadi ketua pembangkang walaupun DAP kini mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen daripada PKR, selepas pembelotan beberapa ahli parlimen yang tidak mengenang budi itu.

"Bersama-sama dengan DAP, PKR dan PAS, Pakatan Rakyat berada dalam hala tuju yang betul ke Putrajaya."

Sabtu lalu, Zulkifli berkata DAP "tiada pilihan" tetapi memohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi dewan undangan negeri dari PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

zulkifli mohd noor pc 260811 02Dakwanya, sekiranya DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang, ia akan dilihat sebagai parti "anti-Melayu dan cauvinis".

"Beberapa pilihan raya, misalnya di Sarawak, telah menunjukkan, pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR.

"Itulah sebab mengapa DAP perlu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon-calon Melayu," katanya pada sidang satu media.

Populariti Najib tercalar: MCA kurang setuju

Posted: 29 Aug 2011 04:13 PM PDT

Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim berkata kaji selidik yang menunjukkan bahawa tahap kepopularan atau puas hati rakyat terjadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merosot enam mata kepada 59 peratus, bukan perangkaan yang berwibawa.

NONE"Merdeka Center adalah pusat banci dan kaji selidik pendapat. Ia telah menjalankan kajian dan penyelidikan. Saya akui ia sebuah badan bebas, tetapi ia tidak boleh mewakili apa yang kita namakan sebagai autoriti.

"Dalam sektor kewangan, kita ada Standard and Poors dan Morgan Stanley. Bagi Merdeka Center kita boleh melihat dan membuat pertimbangan," kata Lim, yang juga timbalan menteri kewangan.

Katanya kajian Merdeka Center boleh digunakan sebagai rujukan, tetapi cepat untuk berkata bahawa data berkenaan mungkin sangat subjektif.

Menurut badan itu, tahap puas hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan oleh presiden Umno itu pada Jun tahun lalu.

najib and malaysia peopleAntara lain, kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.

Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib menangani dan memngendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.

Lim juga berkata MCA tidak bersetuju dengan kajian badan itu yang mendapati sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan terus merudum.

Mat Sabu: Utusan fitnah saya dan PAS

Posted: 29 Aug 2011 04:11 PM PDT

Abdul Rahim Sabri
Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

mat sabu pc with salleh man 190811"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," katanya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya.

"Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya.

Arahan selanjutnya

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan Aidilfitri untuk memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara berkenaan.

NONEUtusan dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mingguan Malaysia semalam pula menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad yang kebih dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

NONEUtusan turut memperhebatkan gesaan supaya tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini.

Antara yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Tak tahu langsung

Mohamad berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu, beliau "tidak menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis".

"Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu sehingga saya membaca Utusan Malaysia.

NONE"Ini dua contoh rekaan Utusan untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad Indera sebagai komunis dalam ceramah itu.

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar," katanya lagi.

Rentetan laporan media-media milik Umno itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

azlanMengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama itu adalah taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihan Raya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan BERSIH tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," katanya lagi.

Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata

Posted: 29 Aug 2011 04:03 PM PDT

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.azlanHasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

NONEHanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

azlan"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.

Tiada ulasan:

Pengikut