Pakatan Rakyat |
Posted: 27 Aug 2011 03:06 PM PDT | Pembantu Rumah Masukkan DARAH HAID dalam MASAKAN Posted: 26 Aug 2011 09:15 PM PDT Cerita yang bisa membuatkan anda termuntah. Cerita dari Temasek. Seorang wanita mewujudkan sebuah laman FB yang dipanggil "Dangerous Maid" untuk memberikan amaran kepada orang ramai bahawa orang gaji bukan selalu menjadi mangsa dera, malah majikan juga kadang kala "didera" orang gaji, lapor AsiaOne.
Menurut Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah itu awal Ogos lalu dan pembantu rumah tersebut sudah tiga kali melakukan perbuatan keji itu. Kakak Low, yang enggan namanya disiarkan, berkata bahawa keluarganya mengupah pembantu rumah tersebut untuk menjaga neneknya. Pembantu rumah itu telah dipindahkan dari rumah kakak iparnya dan bekerja untuk keluarga Low selama lima bulan sebelum perbuatannya terdedah. Semuanya terbongkar apabila bapa saudara Low menemukan sekeping kapas basah yang dipotong dari pad wanita yang tersembunyi di dapur ketika dia membersihkan lantai di kawasan itu. YARRRRKKKKKK!!!!!
| Remaja 15 Tahun Didakwa Guna Pil Khayal untuk Nodai Rakan Posted: 26 Aug 2011 07:16 PM PDT Saya petik:
|
Posted: 27 Aug 2011 03:04 PM PDT Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan. Hasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara. Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru. Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai. Semakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap. Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti. Sebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal". Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan. Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu. Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi. JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan