Khamis, 11 Ogos 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DUNIACACAMARBA

Posted: 11 Aug 2011 03:16 PM PDT

Pastor dari Malaysia Bakal BERKAHWIN dengan Teman Lelakinya

Posted: 11 Aug 2011 07:30 AM PDT


Artikel menarik untuk bacaan pengunjung DCM. Apa yang menarik? Sudah tentu, pasangan ini akan menjadikan Malaysia lebih terkenal selepas heboh satu dunia membicarakan soal Bersih 2.0.

Rev Ou Yang Wen Feng, pastor gay dari Malaysian sedang merancang untuk berkahwin dengan pasangannya, lelaki Afrika-Amerika. Pasangan ini dilaporkan akan berkahwin penghujung bulan ini atau sekitar awal September depan. Majlis perkahwinan ini dikatakan akan dilangsungkan di New York dan di Malaysia. 

Menurut Ou Yang, pasangannya - produser muzik Broadway - menimbulkan persoalan ini pada 26 Jun lalu, dua hari selepas New York menghalalkan perkahwinan sesama jantina.

"Dia pergi ke gereja, menulis lagu untuk saya. Dia melamar saya pada penghujung lagu di depan orang ramai," kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada AFP.

Ou Yang yang berkhidmat di Metropolitan Community Church (MCC) New York pernah berkahwin dengan wanita sebelum bercerai dengan isterinya yang dikahwininya selama sembilan tahun. Menurut, AFP, Ou Yang dibesarkan dalam keluarga Kristian yang konservatif.



[Wajib Baca] Sikap Sebenar UMCO terhadap Gejala MURTAD - Pengalaman YB Salahuddin Ayop

Posted: 11 Aug 2011 06:04 AM PDT

Saya petik:

[HD] Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.
 

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.
 

"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.

Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.

"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad. 
"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.

P/s:  UMCO sokong judi, kartun hina hudud --- UMCO tolak undang-undang Hudud, undang-undang murtad TIBA-TIBA kemaruk mahu menjadi pembela agama? Ada udang di balik batu!

Jika jurublog pro-UMCO ikhlas memerangi murtad, mereka sepatutnya menyiarkan artikel/pengakuan YB Salahuddin ini!
 

Momokan Kristianisasi dan Mainkan Isu Gereja

Posted: 11 Aug 2011 05:34 AM PDT

Kita menyokong penuh usaha pihak berkuasa menangani gejala murtad. Malah, gejala ini perlu ditangani sebelum menjadi barah dalam masyarakat. Ironinya, isu murtad seperti yang katakan sebelum ini bukanlah baru di negara kita. Menteri Agama UMCO turut memberikan statistik di Parlimen. Dengar khabar, borang permohonan untuk menukar agama daripada Islam kepada agama lain juga menimbun di agensi yang berkenaan. Isu yang sama turut berlegar-legar dari satu ceramah ke satu ceramah sama ada oleh pendakwah atau pun oleh bekas paderi dan sebagainya.


Malah isu beberapa buah gereja yang didakwa sering dikunjungi orang Melayu juga sudah lama kedengaran, iaitu sejak tahun 80-an lagi. Ada yang mendakwa sebuah gereja di Jalan Gasing Petaling Jaya sering dikunjungi orang Melayu. Baru-baru ini, jurublog UMCO turut menyenaraikan nama gereja yang didakwa memberikan makanan secara percuma kepada orang ramai yang turut melibatkan orang Melayu. Justeru, isu ini sememangnya sudah di bawah pengetahuan agensi yang dipertanggungjawabkan.


Mengapa isu ini menjadi begitu heboh kali ini? Itu persoalannya! Media UMCO memainkan isu ini semaksimum boleh, blog pro-UMCO membidas kerajaan Selangor, mengkristiankan pemimpin Melayu yang meragui motif kes ini diperbesarkan dan cara kes ini dikendalikan, malah NGO pro-BN juga bertempik sorak dalam hal ini. Mengapa mereka senyap membisu apabila Menteri Agama UMCO mendedahkan statistik murtad baru-baru ini?

Hal ini dipersoalkan oleh banyak pihak, dan pihak ini bukannya membantah usaha menangani murtad!

Cuba baca petikan berita di bawah ini. Cuba fikirkan juga sebab media perdana memainkan isu ini tatkala isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing dan penipuan daftar pengundi sedang rancak dibicarakan di media pro-PR. Selain isu serbuan gereja, Hassan Ali, PERKASA, dan NGO lain diam membisu dalam hal yang membabitkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Saya petik:

'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali pada Sabah

[MK] Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.

Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".

Yong yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.

"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.

Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.

Jeffrey, yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.

"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma "helah politik"....

Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja

[MK] Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.

Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.

JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".

"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam.

"Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?

"Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi.

Hidangan Babi pada Ruangan "Ramadan Delights", The Star Dipanggil KDN

Posted: 11 Aug 2011 03:35 AM PDT

Saya petik:

[Bernama] Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

 P/s: Alahai!

Bahaya, Mengapa? Peralatan Biometrik Diubah Suai!

Posted: 11 Aug 2011 02:30 AM PDT

Mereka kata biometrik SELAMAT dan CANGGIH!

Hari ini media kerajaan melaporkan:

[Bernama] Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubah suai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P, iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubah suai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

"Kesannya, data yang diambil daripada pekerja dan Pati gagal dimuat naik ke dalam server utama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dijumlahkan dengan statistik lain yang diterima daripada seluruh negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua syarikat pengurus telah diberi amaran keras supaya tidak melakukan sebarang percubaan serupa kerana gangguan sistem ini berisiko mengeluarkan slip Nexcode pendaftaran Pati dengan nombor kod rujukan berganda.

Jika ini berlaku, Pati kelak akan berhadapan dengan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan, katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus yang memerlukan bantuan menyelesaikan kes-kes sedemikian diminta merujuk kepada kaunter setempat KDN di ibu pejabat kementerian yang ditubuhkan sejak 8 Ogos lepas sebagai inisiatif membantu syarikat pengurus menangani masalah teknikal jika masih wujud.

Sementara itu, Alwi berkata jumlah pendaftaran Pati dan Pekerja Asing telah merekodkan sejumlah 1,637,725 orang dan daripada jumlah tersebut, 830,837 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah yang bermula 13 Julai lepas.

P/s: Apa pendapat anda? Adakah biometrik masih lagi SELAMAT dan CANGGIH. Kalau selamat dan canggih mengapa mudah sangat alat itu diubah suai?  


 Apa tindakan yang bakal dikenakan kepada syarikat yang terlibat mengubahsuaikan alat ini. Perbuatan ini adalah suatu bentuk pengkhianatan kepada negara!

Remaja Lelaki Dibelasah, Teman Wanitanya Diperkosa, Bagaimana Kejadian Itu Boleh Berlaku?

Posted: 11 Aug 2011 12:35 AM PDT

Kata orang malang itu tidak berbau...tetapi banyak juga orang yang sengaja menempah bala. Remaja seperti yang diperihalkan dalam berita di bawah ini tergolong dalam kumpulan kedua.

Saya petik:

[HM] REMBAU: Seorang remaja lelaki bukan saja cedera dibelasah sekumpulan lelaki, malah teman wanitanya menjadi mangsa rogol dalam kejadian berhampiran sebuah ladang di Chembong di sini, Sabtu lalu.

Selain itu, dompet mangsa berusia 17 tahun itu bersama sejumlah wang turut dikebas kumpulan terbabit.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, remaja terbabit dan kekasihnya berusia 17 tahun dikatakan menaiki motosikal dari Kota menuju ke Chembong.

"Difahamkan, timbul perselisihan faham antara mereka menyebabkan lelaki itu memberhentikan motosikal berhampiran sebuah ladang untuk berbincang, sebelum tiba-tiba kumpulan lelaki itu muncul," katanya.

P/s: Saya musykil, berhenti motosikal berhampiran dengan kawasan ladang kerana mahu berbincang? Mahu berbincang atau mahu ehem..ehem?

Remaja Suka Bertaruh Wang untuk Sukan Futsal, Tiba-tiba Teringat...

Posted: 10 Aug 2011 11:22 PM PDT

 Penceramah bebas Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz mengulas isu remaja gemar membuat pertaruhan yang melibatkan sukan futsal.

"Niat bertaruh futsal, 'siapa kalah dia bayar' adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian," kata penceramah bebas itu seperti yang dipetik oleh HM

Kata Ustaz Hassan, sukan futsal yang pada awalnya bermanfaat kerana menyihatkan badan namun sikap segelintir remaja yang gemar bertaruh futsal 'siapa kalah dia bayar' menyebabkan jatuhnya hukum haram dan berdosa.


Menurutnya, jika sesuatu permainan itu membabitkan pertaruhan, maka  permainan itu salah di sisi agama kerana mengandungi unsur perjudian namun jika pemenangnya diberikan hadiah yang ditaja pihak penganjur sukan itu diharuskan.

"Begitu juga dengan program Imam Muda, pemenangnya akan menerima hadiah kemenangan yang ditaja manakala yang kalah pula tidak kerugian apa-apa kerana tidak bertaruh atau membayar sejumlah wang untuk menyertai.


"Hari ini kita melihat ramai anak muda gemar bertaruh futsal, yang kalah terpaksa membayar sejumlah wang, yang menang bergembira, maka jatuh hukumnya haram dan berdosa," katanya.

Saya kata tiba-tiba teringat pada tajuk kiriman. Sebenarnya, saya teringat bagaimana kemaruknya Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib meluluskan lesen judi untuk Piala Dunia yang lalu. DCM ada menyiarkan beberapa petikan berita dan artikel tentang hal ini. Lucu-geramnya, selepas diketahui umum, hal itu cuba disorok-sorokkan.


Jika remaja sekarang gemar berjudi, cuba tanya pendapat parti yang bikin kain rentang di bawah ini:

P/s: Kalau bertaruh itu hukumnya haram, apa pula hukum orang yang meluluskan lesen judi serta penyokongnya, sedangkan mereka tahu judi juga tidak dibenarkan oleh agama lain dan pemberian lesen judi itu akan turut merosakkan orang Islam?

[PANAS] WikiLeaks Dedah MENTERI dan PEGAWAI Najib Homoseks, SIAPA?

Posted: 10 Aug 2011 09:38 PM PDT

Saya petik:


Kalau sesiapa yang selalu menjengah blog, baik blog pro-PR  atau pro-BN pasti tahu tentang kontroversi seorang menteri yang didakwa menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada seorang artis suatu ketika dahulu. Lelaki sama lelaki. Itu yang kecoh sekejap. Namun dakwaan WikiLeaks ini mengatakan bahawa ahli Kabinet itu baru dilantik. Siapa? Siapa juga gerangan orang lain yang dinyatakan dalam laporan yang didedahkan oleh WikiLeaks?

P/s: Macam-macam! Siapa yang panas punggung sekarang?

Susulan Budak Meninggal Dunia Selepas Berbuka Puasa

Posted: 10 Aug 2011 09:03 PM PDT

Saya petik:

[HM] KLANG: Pemeriksaan terhadap sampel najis dan muntah berhubung kes keracunan makanan dipercayai turut menyebabkan seorang mangsa daripada sebuah keluarga meninggal dunia di Meru, pada Isnin lalu, disebabkan kuman lain bukannya kolera atau taun.

Sampel berkenaan membabitkan dua keluarga terdiri daripada 11 individu dan lapan daripadanya masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur (ABC) dibeli daripada bazar Ramadan sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, ujian dilakukan mendapati negatif kolera.


"Bagaimanapun, kita tidak melakukan bedah siasat terhadap mangsa yang meninggal dunia iaitu Nurdini Mohamad Ali berusia 11 tahun. 

 P/s: Hati-hati!

[Wajib Baca] Apa Alasan Musa Hassan dan Rodhwan Enggan Ditemu Bual Jika Anwar Ada? Sila Baca...Lucu!

Posted: 10 Aug 2011 07:17 PM PDT

Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! Anda pun pelik!

Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah  akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja.

Kata pihak pendakwaan:

[BH] ....Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.

Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.

Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.

 Anda mahu gelak? Silakan!

Adakah bekas KPN takut kepada Anwar Ibrahim? Adakah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof  takut kepada Anwar Ibrahim? Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. WOW!!!!!!! 

Kedua-dua bekas dan anggota polis pernah memegang jawatan tinggi dalam PDRM, kononnya hebat, tetapi masakan takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Bagaimana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai!

ADUHAI!!!!!

Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian!

Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah!

P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai!

Drama Liwat II: Najib dan Rosmah ke Mahkamah?

Posted: 10 Aug 2011 06:58 PM PDT

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir sama ketika peguam beliau menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi pembelaan kes liwat yang sedang dihadapinya, tetapi tidak boleh turut serta dalam temubual itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membuat keputusan itu dalam kamar semalam, memutuskan Anwar mempunyai hak untuk hadir sama pada sesi temu bual berkenaan selepas mendengar hujah dikemukakan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan peguam Karpal Singh mewakili Anwar. 

Karpal ketika ditemui pemberita berkata, dengan keputusan itu semua saksi yang dikehendaki oleh pihak pembelaan untuk ditemu bual perlu hadir ke mahkamah. 

Beliau berkata, anak guamnya akan hadir sama kerana beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual itu dan pegawai penyiasat kes akan membantu pihaknya mengendalikan prosiding berkenaan.

Katanya, saksi Dr Suresh Naidu, Nik Mahmood Nik Hassan, Datuk Nik Mohd Sidek Nik Abu Bakar, Raymond Yeoh Cheng Seong, Datuk Dr Jayaindran Sinnadorai, Prof Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Omar Malek Ali Marican yang perlu ditemu bual oleh pihaknya sudah berada di mahkamah semalam.

P/s: Jangan teruja sangat.Mungkin ada helah lain!

Bank Negara Malaysia Guna Khidmat Syarikat Konsultan Israel?

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Beberapa hari ini kecoh fasal lambang Star of David, iaitu lambang keagamaan Yahudi pada syiling baru yang bakal dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 


Simbol "Star Of David"
Bendera Israel

Kini, timbul pula isu BNM menggunakan khidmat syarikat konsultan Israel, iaitu HayGroup. Pautan maklumat tentang syarikat ini ada disertakan dalam artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini. Anda klik sama ada mahu merujuk terus ke laman sesawang syarikat itu atau Wikipedia. 

Artikel tersebut merupakan aduan seorang yang mendakwa sebagai kakitangan BNM. Dalam aduannya, dia mengadu bahawa syarikat konsultan ini seolah-olah mengawal pengurusan sumber manusia di BNM. Dakwanya, berlaku pelbagai diskriminasi, penindasan yang melibatkan kenaikan gaji dan pangkat.

Baiklah, orang boleh mempertikaikan dakwaan itu. Mungkin ada yang mendakwa pengadu ini mungkin tidak berpuas hati atau sengaja memburuk-burukkan BNM kerana masalah peribadi. Namun, jika benar dakwaannya, maka sudah tentu kita bersimpati dengan nasibnya.

Poinnya, BNM telah mengupah syarikat Yahudi. Pengadu juga mendakwa syarikat tersebut menerima bayaran yang agak tinggi. Jika benar, maka besar sungguh peranan syarikat Yahudi dalam kerajaan Najib. Kerajaan Malaysia (Najib) mengupah APCO, sistem pengkomputeran PDRM menggunakan khidmat syarikat yang dikaitkan dengan Israel (lawak, DSAI telah membangkitkan isu sejak dahulu lagi- tiba-tiba jurublog UMCO mendakwa membuat pendedahan tentang hal itu.) 

Siang malam, mulut penyokong UMCO membidas Yahudi, menyokong Palestin, menghantar bantuan ke Palestin, namun dalam masa yang sama, kerajaan membayar puluhan juta kepada syarikat Yahudi atas kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh anak tempatan. Sudahlah merendah-rendahkan kemampuan syarikat tempatan, syarikat Yahudi pula dibela dan dikayakan.

Saya petik:

[AduanRakyat] Salam sejahtera,

Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.

Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.
Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai 'strategik' dan 'operation'. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu 'tangan ghaib' yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.-By: G

Seorang pengunjung di Aduan Rakyat memberikan komen (respons) dengan menganggap bahawa pengadu, iaitu G hanya membuat keluahan peribadi bukannya mewakili pandangan majoriti kakitangan di BNM. Hal ini demikian kerana pemberi komen yang mengunakan nama samaran PKA mendakwa bahawa dia juga  tidak mendapat imbuhan seperti dinyatakan oleh pengadu. Namun, PKA yang mendakwa kakitangan BNM itu TIDAK menafikan peranan Hay Group di BNM.

Saya petik:


Kerabu Bersuara ®

Posted: 11 Aug 2011 03:08 PM PDT

Oleh ABD SHUKUR HARUN

WALAUPUN momentum yang menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terus kekal sejak Himpunan Bersih 2.0, masih tetap ada kebimbangan di sana sini yang perlu diberi perhatian.

Yang paling membimbangkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini ialah berita-berita di sana sini yang mendakwa ada para pendatang yang mendapat status sebagai warganegara dan terus menjadi pengundi. Ini sesuatu yang berbahaya dan sama sekali tidak dapat diterima.

Selain itu, penambahan pengundi dari luar dengan tibatiba, atau pengundi 'import' di sesuatu kawasan pilihan raya dan pelbagai lagi. Setakat ini pihak SPR belum lagi memberikan penjelasan bagaimana hal ini boleh terjadi.

Berita-berita yang sangat membimbangkan ini berlaku ketika tidak lama lagi PRU ke-13 sangat hampir. Dalam masa yang sama tuntutan Bersih 2.0 belum menerima jawapan yang konkrit daripada pihak kerajaan, khususnya Suruhan Pilihan Raya (SPR).

Dalam keadaan begini bagaimanakah rakyat boleh yakin bahawa pilihan raya umum akan datang – seperti juga pilihan raya yang lalu - akan berjalan dengan bersih, telus dan demokratik? Dengan apa yang berlaku ini, yang dilihat segalanya berjalan penuh rahsia dan sulit, menyebabkan wujud persepsi umum bahawa pilihan raya akan datang juga jauh daripada bersih dan tidak boleh diharapkan.

Itu belum lagi dengan tuntutan lapan perkara dari Bersih 2.0 yang kini 'tergantung' begitu saja. Lidah tidak bertulang berdolak-dalik, memberikan pelbagai jawapan yang negatif. Kita bimbang, lama kelamaan tuntutan Bersih 2.0 itu beransur-ansur dilupakan dan ini memang diharapkan oleh pihak tertentu supaya pelaksanaan pilihan raya akan terus begini keadaannya.

Sementara itu perlu diingat bahawa menurut kajian, dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen terletak di kawasan luar bandar, lebih 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini tinggal di bandar.

Ertinya, kawasan luar bandar masih sangat perlu diberikan perhatian oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang dijangka bertanding banyak di kawasan tersebut di samping kawasan bandar dan semi bandar.

Ada pendapat mengatakan bahawa momentum Bersih 2.0 banyak berada di dalam bandar saja, sedikit-sedikit di kawasan semi bandar. Justeru, isu Bersih 2.0, kononnya hanya isu Lembah Klang, bukan isu nasional keseluruhannya.

Walaupun pendapat ini tidak benar, wajar kita memberikan perhatian. Maknanya momentum Bersih 2.0 ini perlu dibina secara menyeluruh dari Perlis ke Johor dan juga ke Sabah dan Sarawak.

Pendukung Pakatan Rakyat sangat perlu menerangkan isu ini sejelasjelasnya kepada rakyat baik di luar bandar mahupun di dalam bandar.

Perlu dingat, memenangi hati pengundi di Sabah dan Sarawak sangat penting dalam usaha Pakatan Rakyat hendak memenangi PRU ke- 13 untuk sampai ke Putrajaya. Oleh itu, momentum Bersih 2.0 juga sangat perlu diteruskan di dua negeri itu.

Sementara itu sangat wajar usaha Pakatan Rakyat hendak membekalkan beribu-ribu VCD dan bahan-bahan penerangan mengenai Bersih 2.0 kepada mereka yang hendak pulang berhari raya di kampung untuk disebarkan di sana bagi memberikan penerangan sebenarnya senarion politik yang berlaku sekarang.

Selama ini rakyat luar bandar mungkin mendapat maklumat daripada media yang dikuasai parti pemerintah saja, menyebabkan hal sebenar yang berlaku di ibu negara 9 Julai lalu tidak diketahui oleh mereka.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat di luar bandar ini hanya mendapat maklumat daripada TV, radio dan akhbar yang dikuasai Umno-BN. Ini kerana sudah ramai anak-anak muda di luar bandar menggunakan internet dan mendapat maklumat melalui YouTube, blog, web-site, twitter, Facebook dan sebagai.

Ini bermakna sebahagian rakyat luar bandar, khususnya generasi muda, mendapat maklumat bukan daripada saluran media tradisional.

Dalam hal ini usaha Pakatan Rakyat membekalkan CD dan akhbar alternatif serta bahanbahan maklumat lain masih sangat diperlukan supaya maklumat tersebut dapat diketahui secara meluas.

Bagaimanapun saya tertarik dengan kenyataan Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang menegaskan bahawa pemimpin politik perlu menyedari hakikat bahawa isu-isu asas masih kekal prominen, walaupun optimis dengan peningkatan penyertaan orang awam seperti yang dilihat pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Isu-isu global, katanya, seperti keadaan ekonomi yang semakin buruk akan memberi kesan kepada Malaysia, terutama kepada rakyat, di samping isu lain.

Kepada saya isu kenaikan harga barang keperluan harian yang sangat menekan kehidupan rakyat akan memberi kesan kepada PRU ke-13 nanti. Isu ini adalah 'isu hidup mati' rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah.

Walaupun kerajaan Umno- BN sudah mula memberikan wang dan sebagainya kepada rakyat luar bandar, khususnya kepada warga Felda, ada berjutajuta lagi rakyat miskin yang tidak mendapat perhatian sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Keluhan pemandu teksi, pekebun kecil, keluhan nelayan kecil, keluhan peniaga kecil di tepi jalan, buruh kasar mengenai belanja hidup yang melambung tinggi dijangka memberi kesan dalam PRU ke-13 nanti. Rakyat yang tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dijangka akan menterjemahkan kekecewaan mereka melalui peti undi dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Bridget Welsh, seorang profesor bersekutu dalam bidang sains politik di Universiti Pengurusan Singapura pula percaya bahawa keputusan pemilihan yang akan datang, akan ditentukan oleh golongan atas pagar, yang beliau anggarkan kira-kira 40 peratus daripada pengundi berdaftar.

Beliau berkata, ia juga akan bergantung kepada trend mengundi di kalangan pengundi Melayu dan India dan juga trend di Sabah dan Sarawak - yang dianggap sebagai 'deposit tetap' BN.

Welsh juga menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya, yang menurutnya, tidak memberi peluang yang sama rata untuk pengundi berdaftar menjalankan hak-hak mereka.

Dalam perkembangan terkini, anggota Parlimen Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara 'khianat' itu 'mengancam keselamatan dan kedaulatan negara'.

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar bersama ahli Parlimen Pakatan di di Ibu pejabat Pakatan di Petaling Jaya beberapa hari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Pengikut