DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA |
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA BERMAIN ‘SILAP MATA’ Posted: 03 Aug 2011 12:18 AM PDT KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA BERMAIN 'SILAP MATA' Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup risau dan bimbang dengan kedapatan kes baru yang mendedahkan satu lagi kaedah penipuan yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk 'mewarganegarakan' penduduk tetap (PR) bagi menjamin mereka dapat menjadi pemilih/pengundi baru untuk pilihanraya umum ke 13 nanti. Laman sesawang Malaysikini semalam dan hari ini melaporkan bahawa pendedahan yang di buat terhadap penduduk tetap yang mempunyai IC merah MyPR secara 'silap mata' telah menjadi biru MyKad dalam tempoh tidak sampai 24 jam pendedahan di buat. Selain itu nama-nama penduduk tetap (PR) ini juga telah di kesan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor dan beberapa negeri yang lain dimasukkan kedalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku ke 2 tahun 2011 baru-baru ini. Di Selangor ada lebih kurang 1100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS Negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius dan melahirkan rasa kecewa terhadap kerja buat pihak Jabatan Pendaftaran Negara yang cukup tidak beretika dan bermoral ini kerana ianya merupakan satu pengkhianatan terhadap Negara. Sudah pastinya kerja-kerja sebegini pastinya didalangi oleh satu kuasa yang lebih besar yang sudah pasti mempunyai kuasa pemerintahan di dalam Negara ini. Setelah beberapa siri pendedahan yang telah di buat yang membabitkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan beberapa pihak institusi kerajaan dalam usaha untuk membantu dan mengekalkan kemenangan UMNO /BN di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti maka dengan kes pendedahan terbaru yang melibatkan JPN ini akan menambahparahkan lagi kerosakan sistem pilihanraya di Malaysia. Ingatlah bahawa rakyat sudah semakin muak, bosan dan meluat dengan kerakusan dan kezaliman pemimpin UMNO/BN mempergunakan institusi kerajaan di dalam usaha mempertahankan tampuk kekuasaan mereka. InsyaAllah Pilihanraya Umum ke 13 ini akan menjadi medan untuk RAKYAT bangkit dan MENOLAK UMNO/BN. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberikan amaran supaya JPN menghentikan segera kerja buat mereka untuk memberi taraf warganegara secara wewenangnya kepada penduduk tetap (PR) yang secara tidak langsung akan melayakkan mereka untuk menjadi pemilih berdaftar kelak. Pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk mempastikan kerja-kerja 'kotor' ini akan dapat dihentikan dengan membuat laporan polis di seluruh negeri, memorandum kepada SUHAKAM, pihak Kementerian dan juga kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan mengerahkan seluruh ahli PAS untuk hadir melakukan "UNJUK RASA" di pejabat JPN dalam masa terdekat untuk menunjukkan keseriusan KAMI membantah kerja 'kotor' ini. MOHD SANY BIN HAMZAN PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 02 Ogos 2011 | |||
Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen Posted: 03 Aug 2011 12:03 AM PDT Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata. Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara". "Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di di ibupejabat pakatan di Petaling Jaya hari ini.
|
You are subscribed to email updates from DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan