Jumaat, 26 Ogos 2011

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


PANDUAN PERATURAN PENERBANGAN..

Posted: 25 Aug 2011 10:27 PM PDT

Artikel 9: Bagasi

9.1 Item Yang Tidak Boleh Diterima Sebagai Bagasi Atau Dibawa Dalam Bagasi:
Kami berhak untuk enggan mengangkut Bagasi atau item yang didapati dalam Bagasi seperti berikut:
  1. Item yang tidak dikemaskan dengan betul dalam beg pakaian atau bekas yang sesuai demi memastikan pengendalian yang selamat dengan penjagaan dan pengendalian biasa; 
  2. Item yang mungkin membahayakan pesawat atau individu atau harta benda dalam pesawat, seperti yang dinyatakan secara khusus dalam Peraturan Barangan Berbahaya oleh Organisasi Penerbangan Awam (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan dalam Terma & Syarat dan Syarat Kontrak;
  3. Item yang pengendaliannya dilarang oleh undang-undang, peraturan dan perintah yang berkuat kuasa bagi mana-mana negeri atau negara yang pesawat akan diterbangkan dari, ke atau melalui.
  4. Item yang menurut pandangan munasabah kami tidak sesuai untuk diangkut atas sebab berat, bentuk, saiz atau sifatnya;
  5. Item yang mudah pecah atau cepat rosak;
  6. Haiwan yang hidup atau mati;
  7. Mayat manusia atau bangkai haiwan;
  8. Makanan laut segar atau disejuk beku atau daging lain dengan syarat item seperti ini boleh dibawa dalam kapal terbang sebagai Bagasi  Yang Didaftar Masuk hanya jika kami berpuas hati ia dibungkuskan dengan betul. Hanya kotak stirofom dan/atau pendingin yang mengandungi makanan kering/tidak mudah rosak dibenarkan untuk didaftar masuk selepas pemeriksaan kandungannya oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Sekiranya Penumpang enggan diperiksa, kami berhak untuk menolak bagasi tersebut. 
  9. Senjata api dan peluru
  10. Bahan letupan, gas mudah bakar atau tidak mudah bakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian semula pemetik api), gas yang disejukkan (seperti silinder juruselam yang berisi, nitrogen cecair), cecair mudah bakar (seperti cat, pencair, pelarut), pepejal mudah bakar (seperti macis, pemetik api), peroksida organik (seperti resis), racun, bahan boleh berjangkit (seperti virus, bakteria), bahan radioaktif (seperti radium), bahan pengkakis (seperti asid, alkali, raksa, jangka suhu), bahan bermagnet, bahan pengoksida (seperti peluntur); dan/atau
  11. Senjata seperti senjata api antik, pedang, pisau dan item antik lain yang serupa dengan syarat item seperti ini mungkin dibenarkan dalam Bagasi Yang Didaftar Masuk menurut budi bicara mutlak kami atas alasan yang sangat istimewa. Ini tidak boleh dibawa ke dalam pesawat atas apa jua sebab sekalipun.
Jika mana-mana item yang dirujuk dalam mana-mana bahagian perenggan ini dibawa sama ada ia dilarang untuk dibawa sebagai Bagasi atau tidak, pengendaliannya akan tertakluk pada caj, had atau liabiliti dan peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini yang berkenaan dengan pengendalian Bagasi .

9.2 Barangan berharga dan mudah pecah:
Para penumpang tidak seharusnya mendaftar masuk item seperti ini sebagai Bagasi. Jika mereka mendaftarkannya masuk sebagai Bagasi, para Penumpang bersetuju bahawa mereka menanggung risiko mereka sendiri apabila menghantar barangan ini untuk pengendalian. Item seperti wang, barang kemas, logam berharga, barangan perak, peranti elektronik, komputer, kamera, peralatan video, telefon bimbit, instrumen boleh niaga, sekuriti atau barang berharga lain, pasport dan dokumen pengenalan, hak milik, artifak, manuskrip dan lain-lain item seperti ini.

9.3 Hak untuk diperiksa:
Atas sebab-sebab keselamatan dan sekuriti, kami mungkin memerlukan anda melalui pemeriksaan, sinaran-x atau jenis pengimbasan lain ke atas diri atau Bagasi anda. Kami berhak untuk memeriksa Bagasi anda semasa anda tiada di situ jika anda tiada, untuk tujuan memastikan sama ada anda memiliki atau sama ada Bagasi anda mengandungi item yang tidak boleh diterima atau dilarang. Jika anda enggan mematuhi penggeledahan atau imbasan seperti ini, kami berhak untuk enggan mengangkut anda dan Bagasi anda tanpa membayar balik tambang kepada anda dan tanpa sebarang liabiliti lain kepada anda. Sekiranya pemeriksaan atau imbasan menyebabkan kecederaan kepada anda atau kerosakan kepada Bagasi anda, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kerosakan tersebut kecuali perkara yang sama disebabkan oleh kesalahan atau kecuaian kami.

Jika perlu, anda hendaklah menghadiri pemeriksaan Bagasi anda, sama ada diperiksa atau tidak oleh kastam atau pegawai kerajaan lain. Kami tidak bertanggungjwab ke atas kerugian atau kerosakan yang dialami oleh anda disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi keperluan ini kecuali disebabkan oleh tindakan atau peninggalan oleh pihak kami yang dibuat dengan niat untuk menyebabkan Kerosakan atau secara serampangan atau dengan pengetahuan bahawa ia mungkin menyebabkan Kerosakan.

9.4 Bagasi yang didaftar masuk:
Bagasi boleh didaftar masuk 2 (dua) jam sebelum perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Setelah penghantaran Bagasi untuk didaftarkan masuk, kami akan menjaganya dan mengeluarkan Tag Pengenalan Bagasi bagi setiap buah Bagasi Yang Didaftar Masuk. Bagasi Yang Didaftar Masuk hendaklah mempunyai nama atau pengenalan peribadi anda dipasang dengan kukuh padanya. Bagasi Yang Didaftar Masuk akan dibawa dalam pesawat yang sama dengan anda kecuali kami memutuskan untuk mengangkutnya dalam penerbangan alternatif atas sebab-sebab keselamatan, sekuriti atau operasi. Jika Bagasi anda yang Didaftar Masuk diangkut dalam penerbangan yang berikutnya, kami akan menghantarnya kepada anda dalam tempoh yang munasabah setelah ketibaan penerbangan tersebut, kecuali undang-undang yang berkuat kuasa memerlukan anda mengemukakannya untuk kelulusan kastam.

9.5 Fi Luggage Upsize™:
Fi Luggage Upsize™ dikenakan bagi pengendalian setiap item Bagasi Yang Didaftar Masuk. Kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter dan rangka bantuan berjalan dibawa secara percuma. Fi Luggage Upsize™ boleh diprabayar pada kadar yang dinyatakan dalam Laman Web kami di bawah tajuk Maklumat Perjalanan apabila anda membuat penempahan dalam talian. Jika anda ingin menambah Bagasi yang Didaftar Masuk ke tempahan anda atau menambah Bagasi Yang Didaftar Masuk pada tarikh kemudian anda boleh melakukannya dengan menghubungi pusat panggilan Tiger Airways sehingga 72 jam sebelum berlepas. Secara alternatif anda boleh membeli peruntukan 15 kilogram Luggage Upsize™ di lapangan terbang semasa mendaftar masuk dan anda akan dikenakan bayaran seperti yang dinyatakan dalam Laman Web kami di bawah tajuk Maklumat Perjalanan. Sebarang Bagasi yang Didaftar Masuk yang melebih had Luggage Upsize™ anda akan dikenakan caj pada kadar Lebihan Bagasi Yang Didaftarkan Masuk semasa seperti yang dirujuk di bawah.
Kesemua Bagasi yang Didaftar Masuk masih tertakluk pada peraturan kami berhubung saiz maksimum dan tertakluk pada keadaan dan had yang terkandung dalam Terma  & Syarat kami.
Sebarang Bagasi yang Didaftar Masuk yang melebihi 30 kilogram akan dikenakan fi Lebihan Bagasi Didaftar Masuk semasa, seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 9.6.

Luggage Upsize™ tidak termasuk peralatan sukan – lihat Pendaftaran masuk peralatan sukan.

Kesemua fi Luggage Upsize™ yang dibayar tidak boleh sama sekali dipindah milik dan dikembalikan. Misalnya, jika anda membatalkan penerbangan anda atau Bagasi anda didaftarkan masuk di kaunter tidak melebihi amaun yang dipilih, fi yang dibayar tidak boleh dipindahkan kepada Penumpang lain atau dikembalikan kepada anda.

9.6 Lebihan bagasi yang didaftar masuk:
Anda akan perlu membayar caj untuk pengendalian bagi Bagasi yang Didaftar Masuk yang melebihi Luggage Upsize™ yang anda telah beli, pada kadar yang dibentangkan dalam Fi dan Caj kami. Kadar Lebihan Bagasi yang Didaftar Masuk mungkin berbeza dari semasa ke semasa dan akan disediakan dalam Fi dan Caj kami atau daripada kami apabila anda meminta dan disediakan di kaunter pendaftaran masuk. Pengendalian kesemua lebihan Bagasi yang Didaftar Masuk adalah menurut budi bicara kami dan tertakluk pada ketersediaan ruang.

9.7 Bagasi yang tidak didaftarkan masuk:
Hanya 1 (satu) Bagasi serta beg tangan atau beg komputer riba tambahan dibenarkan dibawa dalam kabin pesawat dengan syarat ia tidak melebihi  dimensi 54sm X 38sm X 23sm dan dengan syarat ia tidak lebih berat daripada 7 kilogram. Bagasi seperti ini hendaklah muat dimasukkan di bawah tempat duduk di hadapan anda atau dalam kompartmen simpanan yang terdapat di dalam kabin. Item yang ditentukan oleh kami sebagai mempunyai berat atau saiz berlebihan atau bersifat menjelikkan tidak dibenarkan dimasukkan dalam pesawat.
Objek yang tidak sesuai untuk diangkut dalam kompartmen karga tidak akan diterima untuk diangkut dalam kompartmen kabin kecuali sebaliknya diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini atau dengan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu. Pengangkutan objek seperti ini boleh dikenakan bayaran secara berasingan.
9.8 Pemungutan dan penghantaran bagasi:
Anda hendaklah memungut Bagasi anda sebaik sahaja ia disediakan untuk pemungutan di destinasi anda. Jika anda tidak memungutnya dalam tempoh yang munasabah, Bagasi tersebut perlu disimpan di premis kami, kami mungkin mengenakan fi penyimpanan. Jika Bagasi yang Didaftar Masuk tidak dituntut dalam tempoh 3 (tiga) bulan dari masa ia disediakan kepada anda, kami boleh melupuskannya tanpa sebarang liabiliti kepada anda. Hanya pemegang Tag Pengenalan Bagasi yang diberikan kepada Penumpang semasa Bagasi tersebut didaftar masuk, berhak untuk penghantaran Bagasi . Jika seseorang yang menuntut Bagasi tersebut tidak dapat mengemukakan Tag Pengenalan Bagasi tersebut, kami akan menghantarkan Bagasi kepada individu tersebut hanya jika dia membuktikan sehingga kami berpuas hati bahawa dia berhak terhadap bagasi tersebut, dan jika perlu oleh kami, individu itu hendaklah memberi sekuriti yang memadai untuk melindungi kami daripada sebarang kerugian, ganti rugi atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh kami akibat penghantaran tersebut. Penerimaan Bagasi oleh pemegang Tag Pengenalan Bagasi tanpa rungutan semasa penghantaran adalah bukti prima facie bahawa Bagasi tersebut dihantar dalam keadaan baik dan menurut kontrak pengendalian di antara kami.

9.9 Lain-lain Syarat:
Lain-lain syarat yang berkaitan dengan pengendalian Bagasi anda, termasuk tetapi tidak terhad pada pengendalian peralatan sukan dan instrumen muzik, boleh didapati di Laman Web kami pada halaman "Bagasi".
Go To Top 

# Syarat Tertakluk kepada Syarikat Penerbangan yang dinaiki.
Go To Top

Tiada ulasan:

Pengikut