Jumaat, 19 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Ipoh Timor

Posted: 18 Aug 2011 11:58 PM PDT

Puteri Ipoh Timor


SINGGAH ZIARAH SINAR KASIH RAMADHAN PU3 UMNO IPOH TIMOR

Posted: 24 Jul 2011 08:51 PM PDT


24 Julai 2011 - Anjuran Bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Ipoh Timur (Beliawanis) dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor.Menghantar sumbangan kotak makanan kepada 50 buah keluarga (ibu tunggal, warga emas, fakir miskin) di kampung-kampung sekitar Parlimen Ipoh Timur.

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL PU3 UBIT

Posted: 21 Jul 2011 01:10 AM PDT

PROGRAM : MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL DAN SOLAT BERJEMAAH
ANJURAN : PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR
TARIKH : 21 JULAI 2011 (KHAMIS)
TEMPAT : PEJABAT UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR
MASA : 7.00-10.00 MALAM

Razlan's

Posted: 18 Aug 2011 11:27 PM PDT

Razlan's


Pendedahan Utusan: Pemuda UMNO buat laporan polis

Posted: 18 Aug 2011 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama di sini yang mengajar lagu-lagu berunsur Kristian sehingga boleh dihafal oleh murid-muridnya itu.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan pusat tuisyen itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesucian agama Islam tidak boleh dicerobohi oleh agama lain.
Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) digesa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, terdapat tenaga pengajar dipercayai pendakwah Kristian yang mengajar tuisyen untuk Bahasa Inggeris kepada kira-kira 20 murid.

"Bagaimanapun, apa yang dikesali mereka telah menerapkan ajaran Kristian kepada murid-murid tersebut dengan mengajar mereka menyanyikan lagu agama Kristian serta menayangkan video berhubung kelahiran dan kehidupan Nabi Isa," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Brickfields di sini, hari ini.
Ruangan 'Cuit' Utusan Malaysia hari ini mendedahkan maklumat seorang guru sekolah rendah mengenai kegiatan beberapa muridnya Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Kegiatan tersebut dipercayai telah berlaku sejak lebih enam tahun lalu yang mana golongan anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan sektor Hock Ann di Jalan Klang Lama itu menjadi sasaran mereka.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 18 Aug 2011 11:05 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Sekitar Program Bubur Lambuk UMNO Jalan Enggang

Posted: 18 Aug 2011 08:25 AM PDT

  Pengarah PDM Enggang Utara & Selatan

Tiada ulasan:

Pengikut