Selasa, 2 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 02 Aug 2011 03:24 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PROGRAM 'MOH KITO BUEK COKELAT' ANJURAN PUTERI UMNO CAWANGAN DURIAN DAUN

Posted: 01 Aug 2011 08:01 PM PDT

Tarikh : 30/7/2011
Masa : 2.30ptg
Tempat : Balairaya Kg. Durian Daun, Masjid Tanah Melaka

Posted: 01 Aug 2011 07:29 PM PDT

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan....

PROGRAM PEMANTAPAN AHLI UMNO & ISU SEMASA

Posted: 01 Aug 2011 07:27 PM PDT


Anjuran Bersama Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah
Tarikh : 24/7/2011
Masa : 8.30pg
Tempat : Al-Khawarizmi, Tg Bidara, Masjid Tanah, Melaka

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

Posted: 02 Aug 2011 01:57 AM PDT

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Sertai Perhimpunan Aman Tolak "Bersih 2.0" Di Bukit Naga, Parlimen Kota Raja

Posted: 01 Aug 2011 04:10 PM PDT


Satu perhimpunan aman telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja dalam menolak perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini. Pakatan Rakyat mengabaikan larangan titah khas Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan, Pakatan Rakyat mengabaikan larangan titah DYMM Sultan Selangor agar tidak meneruskan perhimpunan haram tersebut, Pakatan Rakyat telah merosakkan sumber pendapatan peniaga-peniaga kecil dan seterusnya mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Sertai Demo Di Pulau Pinang

Posted: 01 Aug 2011 04:04 PM PDT


Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Cawangan terlibat dalam demonstrasi gabungan NGO menentang kezaliman Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Menganjurkan Program YB Senator Ezam Menyelesaikan Masalah Tokong Hock Onn, Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam

Posted: 01 Aug 2011 03:54 PM PDT


Satu dialog telah diadakan dengan menemukan Ahli Jawatankuasa Tokong dan masyarakat Cina sekitar Jalan Bukit Kemuning untuk menyelesaikan dilema milikan tanah yang dihadapi oleh mereka lebih 51 tahun. YB Senator Ezam telah pun mengambil tindakan dengan berhubung secara rasmi dengan pemilik tanah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pada 23 Ogos 2011, YB Senator Ezam akan merasmikan jamuan makan malam sambutan 51 tahun tokong ini.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 02 Aug 2011 01:26 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Perutusan Perdana Menteri Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Posted: 01 Aug 2011 11:21 PM PDT

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

1. Salam Ramadhan saya hulurkan kepada semua umat Islam dan semoga Allah mempermudahkan serta menyempurnakan Ramadhan tahun ini tanpa sebarang halangan. Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kerana ia adalah satu-satunya bulan yang disebutkan namanya secara khusus di dalam al-Quran. Menambahkan lagi kemuliaannya, Allah SWT telah mengikat bulan ini dengan Rukun Islam yang ketiga, yakni ibadah puasa. Ramadhan benar-benar salah satu daripada syiar-syiar agung agama Islam. Sambutan dan penghormatan kita kepada Ramadhan adalah tanda ketakwaan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 32 yang bermaksud :-

"Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin."

2. Justeru, kehadiran Ramadhan al-Mubarak ini, merupakan satu rahmat besar yang telah disediakan oleh Allah SWT sebagai satu medan untuk kita semua membina kualiti keimanan dan ketakwaan. Sememangnya, Ramadhan akan kita hiasi siang dan malamnya dengan segala rupa bentuk ibadah dan amalan soleh seperti berpuasa, bertarawih, bertadarus dan mentilawahkan al-Quran, berzikir dan bermunajat. Sudah tentu, antara hikmah segala ibadah ini ialah untuk membangunkan segala sifat dan kualiti terpuji di dalam diri kita.

3. Hakikatnya, bulan ini menggalakkan kita untuk saling bersedekah dan berkongsi juadah. Bulan di mana kita menzahirkan keprihatinan kita kepada jiran dan handai taulan kita tanpa mengira batas kaum dan agama. Inilah masanya juga kita sama-sama berdiri di dalam satu saf untuk solat berjemaah dan bertarawih. Bulan ini juga menganjurkan kita mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama kita. Pendek kata, suntikan perasaan kerahmatan ini amat sesuai untuk membugarkan Gagasan 1Malaysia. Malah ianya membentuk konsep 'Penerimaan' sepenuhnya di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

4. Saya ingin mengingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran dan berbelanjalah secara berhemah pada bulan ini, sesuai dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadhan. Menepati semangat Ramadhan ini juga, maka bagi mengutamakan kebajikan dan membantu meringankan beban rakyat, kerajaan telah menambahkan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

5 Mengakhiri perutusan, bersamalah kita melaksanakan transformasi minda dan jiwa agar Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang sekadar rutinan semata-mata. Bahkan inilah Ramadhan yang akan meningkatkan dan mengubah kehidupan kita selepas ini dengan menjadi hambaNya yang lebih hebat takwanya berbanding sebelumnya.

6. Dengan ini, saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini disamping mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan ini dengan segala amal kebajikan dan ibadah. Semoga Allah SWT melimpahkan kepada kita dengan seribu rahmatNya. Amin Ya Rabbal-'Alamin.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


-YAB DATO' SERI NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK

umno bahagian cheras

Posted: 01 Aug 2011 01:34 PM PDT

umno bahagian cheras


KU LI BUKAN MUDAH DIJUAL BELI

Posted: 31 Jul 2011 10:26 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SALAM Ramadhan dan hari ini (Isnin), umat Islam menjalani ibadat puasa. Mudah-mudahan puasa kita akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sehari dua ini, banyak pihak termasuk media memberikan fokus kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga bekas Naib Presiden UMNO.

Sebelum ini, 'cerita' Ku Li langsung tidak diberikan perhatian kecuali semasa berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas dan isu royalti minyak Kelantan.

Sekarang, secara tiba-tiba nama Ku Li dikaitkan dengan jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika didapati bersalah dalam kes meliwat.

Cadangan melantik Ku Li dibuat hasil perbincangan sulit para pemimpin tertinggi PAS dengan mengetepikan Anwar.

Rahsia itu bagaimanapun bocor dan sampai ke telinga Anwar dan beliau dikhabarkan terlalu marah dan amat kecewa dengan sikap pemimpin PAS.

Anwar yang wajahnya turut dikaitkan dalam isu video seks tidak menduga, PAS secara diam membuat perancangan sulit untuk membawa masuk Ku Li bersama Pakatan Rakyat (PR).

Ini bermakna Anwar, pada kacamata pemimpin PAS sudah tidak boleh dipakai lagi.

Anwar menyifatkan perbuatan pemimpin PAS itu sebagai 'tikam belakang' dan mengarahkan orang kesayangannya, Azmin Ali 'menjejaki' permainan PAS.

Saya melihat perkembangan ini memberikan pelbagai jawapan tersendiri dan yang paling jelas, PR sedang mengalami keretakan dan menunggu masa untuk hancur.

PAS sudah tidak lagi mempercayai Anwar dan PR yang dikuasai oleh DAP dan PKR.

Malah PAS menyifatkan Anwar sekadar liabiliti kepada PR dan akan memberi kesan buruk kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (RU) akan datang.

Dengan kata lain, Anwar sekarang ini sudah tidak berguna lagi kepada gabungan pembangkang, kecuali DAP, yang hanya memperalatkan PKR untuk meneruskan agenda politkk rasisnya.

Pada PAS, Anwar seumpama sebatang kayu buruk


Pada pandangan saya, perkembangan tersebut seperti membayangkan Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.

Oleh sebab itu, secara diam-diam PAS berpakat menamakan Ku Li sebagai pengganti Anwar.

Sebelum ini saya telah jelaskan, pada hemat saya tidak semudah itu untuk Ku Li meninggalkan UMNO dan menyertai PR hanya kerana ditawarkan jawatan Ketua Pembangkang.

Ku Li bukan calang-calang pemimpin dan jatuh bangunnya bersama UMNO menjadi bukti bahawa prinsip perjuangan beliau tidak mudah dijual beli.

Sebagai wakil rakyat yang paling lama berkhidmat, pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Naib Presisden UMNO, saya yakin Ku Li tidak akan mengecewakan harapan rakyat terutama pengundi di Parlimen Gua Musang.

Walaupun beliau pernah keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) sekitar tahun 1980-an, tetapi akhirnya kembali semula kepangkuan UMNO demi kepentingan perpduan umat Melayu.

Kerana itulah, saya berpendapat Ku Li tidak akan mengulangi sejarah lalu yang mana orang Melayu berada diambang perpecahan kerana prinsip politik yang bertentangan.

Sehubungan itu, jika Ku Li menerima pelawaan PR untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang, saya khuatir perpecahan orang Melayu akan berulang kembali.

Selain itu, saya melihat usaha memikat Ku Li pada saat bahang PRU semakin terasa, menunjukkan penyokong pembangkang mula hilang keyakinan dengan kredibiliti dan kewibawaan Anwar.

Malah pada PAS, Anwar hayalah sekadar kayu buruk yang tidak boleh digunakan lagi.

Dan saya berkeyakinan, Ku Li juga tidak mahu dirinya menjadi cemuhan sepanjang zaman sepertimana dialami Anwar.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 01 Aug 2011 11:24 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SALAM RAMADHAN 1432H

Posted: 31 Jul 2011 05:51 PM PDT


Salam Ramadhan Al Mubarak 1432 Hijrah dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.



Ucapan Salam Ramadhan dari Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif

Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran - amaran Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Ikhlas dari

Sarina Sharif

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras

Tiada ulasan:

Pengikut