Rabu, 31 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 31 Aug 2011 02:06 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Salam Aidil Fitri

Posted: 30 Aug 2011 04:42 AM PDT

Sebening air wudhu, sesuci Al-Qur`an, semerdu alunan zikir, sekusyuk solat lima waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam. Andai tangan tak sempat berjabat, jika muka tak sempat bersua, izinkan hati ini mengzahirkan ucapan salam Aidil Fitri kepada semua - kembali kepada fitrah. 
 
"Demi Rakyat", hakikat suatu perjuangan, menjanjikan kemenangan.

Anwar Ibrahim

Posted: 30 Aug 2011 07:51 PM PDT

Anwar Ibrahim


Najib Tersepit Antara Populariti Menurun Dengan Harapan Reformasi Sistem Pilihan Raya Yang Melambung

Posted: 30 Aug 2011 03:08 AM PDT

Merdeka Review

Perdana Menteri Najib Razak kini tersepit di antara pola popularitinya yang semakin menurun, dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang semakin melambung, seandainya dikupas satu hasil soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center, baru-baru ini.

Menurut soal selidik yang dijalankan antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap kepuasan Najib Razak (gambar kiri) memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6% kepada 59% – buat kali pertama di bawah paras 60% dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.  Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72% pada Mei 2010, dan seterusnya menunjukkan pola menurun.

Jatuh pada magnitud yang besar

Populariti seseorang PM pada paras 67% (dua pertiga) mungkin boleh dianggap “agak selamat”, dan “naik-turun”-nya di sekitar angka ini dilihat biasa.  Namun, seandainya data soal selidik ini diteliti, maka Najib perlu berhati-hati dengan pola ini.  Tahap puas hati terhadap Najib jatuh 3% dalam 6 bulan (Mei-Nov 2010), kemudian jatuh lagi 2% dalam empat bulan (Nov 2010 – Mac 2011), 2% lagi dalam dua bulan seterusnya (Mac-Mei 2011).  Tiga bulan kemudian, tahap puas hati terhadap Najib jatuh 6%, bermakna 2% dalam sebulan secara puratanya.

Namun, peratusan tidak puas hati (disapproval rate) terhadap Najib tidak meningkat secara mendadak.  Peningkatannya hanya 6% dalam tempoh setahun, dari Mei 2010 (21%) hingga Mei 2011 (27%), malah kekal di 27% pada Ogos 2011.  Ia mungkin memberi tafsiran bahawa golongan atas pagar yang pada asalnya cenderung untuk menyokong Najib, kini mengubah fikirannya.

Malah, seandainya dianalisa mengikut kaum, tahap puas hati terhadap Najib dari kalangan kaum Melayu jatuh ke bawah paras 70% buat kali pertama sejak Disember 2009; sementara tahap puas hati dari kaum Cina pula mencatat 38%, 11% lebih rendah berbanding hasil soal selidik tiga bulan yang lalu.  Penurunan tahap puas hati dari kalangan Cina mungkin sesuatu yang diduga, namun asakan retorik perkauman terhadap kaum Melayu nampaknya tidak memberi kesan positif untuk Najib – sesuatu yang mungkin di luar jangkaan ramai.  Perlu diambil perhatian bahawa 51% daripada responden tidak terdedah kepada maklumat internet, dan hanya 29% responden mendapat pendidikan tinggi.

Najib mengambil alih tampuk kerajaan dengan tahap puas hati pada paras terendah, iaitu 34% ketika soal selidik diumumkan pada Mac 2009.  Tahap puas hati ini melonjak setelah beberapa bulan Najib mentadbir, menurun semula pada September 2009 (56%), dan pasang surut mengikut isu selepas itu.

Impak BERSIH 2.0

Di samping itu, meskipun gerakan BERSIH 2.0 ditohmah dan dikecam dalam media arus perdana kawalan UMNO-BN, namun tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh gabungan tersebut mendapat sambutan positif daripada rakyat, menurut hasil kaji selidik ini.  49% responden mendakwa dirinya memahami tuntutan BERSIH 2.0, sementara 48% responden tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan mengendalikan isu BERSIH 2.0.

Lebih penting, kesemua empat soalan yang diajukan Merdeka Center berkenaan reformasi sistem pilihan raya, dipersetujui lebih daripada dua pertiga responden, termasuklah penggunaan dakwat kekal (70%), akses media arus perdana untuk semua parti politik (68%), pembersihan senarai daftar pemilih (88%) dan membenarkan pemerhati asing (70%).

Dengan kata lain, kebanyakan responden menyedari kepincangan sistem pilihan raya yang sedia ada, malah menyokong tuntutan BERSIH 2.0 untuk reformasikan sistem ini.

Masalah inflasi rakyat

Selain itu, kenaikan harga barangan menjadi masalah yang paling penting dihadapi bersama oleh ketiga-tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia.  Selain masalah inflasi, kaum Melayu meletakkan gejala sosial sebagai isu yang kedua penting; sementara Cina pula bimbang dengan masalah keselamatan, dan kaum India lebih resah dengan masalah gaji rendah dan kekurangan peluang pekerjaan.

Seandainya hasil soal selidik Merdeka Center ini mampu menggambarkan realiti sebenar, maka mereka yang mahu membacanya dalam perspektif politik akan tertanya-tanya, apakah masa yang paling sesuai untuk Najib mengadakan PRU ke-13?  Sebelum populariti Najib sempat jatuh semula ke jurang, atau memberi masa yang lebih agar imejnya digilap semula?  Persoalannya, mampukan Najib melonjakkan popularitinya tanpa reformasi sistem pilihan raya?

Populariti Najib Pasti Junam Jika Gagal Tunai Pembaharuan Pilihan Raya

Posted: 30 Aug 2011 02:58 AM PDT

The Malaysian Insider

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meramalkan populariti Datuk Seri Najib Razak, yang terus merosot, akan berhadapan dengan paras lebih buruk jika perdana menteri gagal menunaikan janji pembaharuan pilihan raya selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Sementara mereka juga bersetuju dengan kemerosotan berterusan sebagaimana dibuktikan menerusi kajian Merdeka Center dan bukan sesuatu yang mengejutkan, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengambil sikap berhati-hati tentang implikasi persekitaran itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Kata mereka, kedudukan itu tidak semestinya menggambarkan satu peralihan positif yang pasti kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, tanpa pembaharuan pilihan raya dengan segera, pentadbiran Najib (gambar) kemungkinan akan berakhir pada pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan dipanggil dalam beberapa bulan ini.

"Keputusan kajian itu seiring dengan pandangan umum situasi semasa yang tidak memihak buat Najib, ekoran kenaikan harga barang dan kesilapan menangani isu Bersih 2.0," katanya lagi.

"Beliau begitu ketara terdesak untuk memulihkan keadaaan…. (dengan itu) memperkenalkan jawatankuasa pilihan khas bagi pembaharuan pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengkaji untuk membenarkan kesemua rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi dan mempertimbangkan (semula) penggunaan dakwat kekal," kata Lim sambil menambah, "sama ada semua ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum, sesuatu yang perlu (kita tunggu dan) lihat."

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 – lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

"Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam. Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Najib telah kehilangan peluang keemasan untuk menarik sokongan pengundi dan cara beliau mengendalikan isu-isu semasa menjadi asas kepada kemerosotan popularitinya.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga bersetuju dengan pandangan Lim bahawa Najib seharusnya mengadakan pembaharuan pilihan raya menerusi jawatankuasa yang telah disyorkan sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Jawatankuasa pilihan khas (kini berubah) sebagai isu politik dan Najib tiada iltizam politik untuk menjamin bahawa ia akan dilaksanakan sebelum pembubaran Parlimen.

"Beliau telah menembak kaki sendiri, ya, dan mengulangi sikap tidak konsisten dan kurangna iltizam untuk melakukan pembaharuan," katanya lagi.

Pemimpin-pemimpin PKR, Chua Tian Chang dan Nik Nazmi Nik Ahmad menjangkakan keputusan terbaru ini akan mencetuskan panik di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), dan akan menggerakkan taktik-taktik kotor untuk memenangi pilihan raya umum.

"Saya fikir pastinya beliau telah silap dalam tangani Bersih, tetapi tahap popularitinya tidak kaitan besar dengan pilihan raya umum. Kebimbangan saya sekarang ialah, Najib akan membaca keputusan ini dan akan ada lebih kepincangan dalam pilihan raya nanti. Umno akan membaca hasil kajian ini dan jika mereka merancang untuk menghadapinya, mereka akan menggunakan penipuan besar-besaran untuk menang," kata Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu ini kepada The Malaysian Insider.

Nik Nazmi, Pengarah Komunikasi PKR, bersetuju dengan kemungkinan itu tetapi menggesa pentadbiran Najib menganggapnya sebagai satu pengajaran dan menggunakan sebagai langkah memperkenalkan pembaharuan sebelum pilihan raya umum.

Sambil mendakwa jawatankuasa pilihan khas itu kemungkinan hanya "kosmetik", Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia memberitahu, Najib kemungkinan akan tenggelam dalam tekanan dalam parti beliau sendiri dan tidak menunaikan apa yang dijanjikannya.

Najib, tambah beliau, terlalu berhati-hati dan bukan seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sentiasa berakhir dengan perubahan pendirian dalam keputusan-keputusan dasar.

Wee Choo Keong

Posted: 30 Aug 2011 03:19 PM PDT

Wee Choo Keong


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Posted: 30 Aug 2011 05:11 AM PDT

May I take this opportunity to wish all Muslims SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. This auspicious occasion is so special to not only our Malay brothers and sisters but all Malaysians, who spent the beautiful day visiting their Muslim friends. For all non-Muslims, have a pleasant holiday.  

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 30 Aug 2011 11:49 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


What has happened to DBKK Wet Market in 88 Market Place?

Posted: 29 Aug 2011 12:44 PM PDT

marketplace2

It has been 18 months ago since the DBKK Market in 88 Market Place was highlighted. So far there was nosign of any business activities in the wet market. PKR Supreme Council cum PKR SABAH Dr Roland Chia whilst receiving many complains from the hawkers and small traders.

Many small traders and hawkers are keen to set up stalls at the new market , BUT many are still being kicked around like a ball as to the status of the wet market.

Many complainants mainly hawkers and small traders raised questions as to the seriousness of the local authority of setting up another wet market- which is in tandem with the growing population in the highly densed development along Penampang Pintas Highway.

Many of the shoplot owners are also keen to see the wet market operational there with the same concept of a wet market in Singapore whereby there is a close corporation between hawkers and supermarkets.

Many investors actually bought the units because in the development plan – there was a DBKK Market. The additional wet market is for the convenience of the people.

Sabah getting raw deal from Petronas

Posted: 29 Aug 2011 12:42 PM PDT

The oil giant gets a major portion of its wealth from Sabah oil and gas reserves but despite this the state remains one of the poorest in the country.

KOTA KINABALU: Petronas,which gets a major portion of their wealth from Sabah, was taken to task for  spending on luxury projects such as the Sepang F1 racing circuit and a '5-star' hospital for the rich .

PKR Sabah secretary Dr Roland Chia said  Petronas gets a major portion of its wealth from Sabah,but it is spending money millions on lavish projects in the Peninsula while Sabah is right at the bottom in the country's poverty index.

Chia said Petronas had neglected its corporate social responsibility (CSR) to Sabah and has instead indulged in unnecessary projects.

He said Petronas should be using its billions of ringgit following the oil price hike for more meaningful causes, rather than sponsoring sports cars to participate in the F1 Circuit, or continue to finance the accumulated losses incurred by the Prince Court Medical Centre (PCMC) in Kuala Lumpur.

Sabah, the largest gas producer and the fourth largest crude oil producer in the country, has been short – changed and many feel Petronas should do more for the state.

"I urge Petronas to channel their CSR funds for more meaningful causes rather than building a half-a-billion ringgit elite hospital in Kuala Lumpur and continuing to finance the Prince Court Medical Centre.

"The money can  be used by sponsoring community buses for rural school children who needed to walk for 10-20 km to reach their schools in Sabah and Sarawak," he said.

Critics have complained that Petronas spent RM544 million on PCMC and this contrasts with the  RM47 million the company spent over the last 36 years from 1975 to 2011 on its Education Sponsorship Programme (PESP) in Sabah, which works out to RM1.3 million a year.

"This is utterly ridiculous. Sabahans are living in poverty … their poverty index is among the highest in the country and Petronas under the BN government has got their priorities absolutely wrong."

On losses incurred by PCMC, Chia noted that in its most recent annual financial report ended April 2010, the hospital, wholly owned by Petronas, suffered a net loss of RM451 million on the back of a RM82 million revenue.

According to records, the luxury healthcare facility had liabilities and current liabilities of RM749.4 million while its reserves were RM178.3 million.

The hospital which was launched in 2007, made a loss of RM203 million on revenue of RM24 million in 2009 to put its accumulated losses over the two years at RM654 million.

Confirming the construction cost during a question-and-answer session in Parliament, in 2008, Minister in the Prime Minister's Department, Amirsham A Aziz, said the facility was established after the oil company had weighed its commercial returns and the access it provided Malaysians to world-class health services.

He said it was part of Petronas' corporate social responsibility.

"What nonsense are they talking about?" asked Chia.

He said Petronas could better serve the people by building charitable hospitals similar to the Lam Wah Ee Hospital in Penang or the Tung Shin Hospital in Kuala Lumpur to better serve the rakyat of Malaysia.

"I urge the Board of Directors to waste no time and start planning to build a charitable hospital in Sabah  immediately," he said.

Chia, who is also a PKR supreme council member, singled out Petronas executive vice presidents George Ratilal, Mohammed Azhar Osman Khairuddin and Anuar Ahmad for failing in their duties.

He said that as directors on the board they are  earning salaries in millions of ringgit and should resign.

s

Posted: 30 Aug 2011 09:31 AM PDT

s


Ziarah YB.Amirudin Shari ke Rumah Ketua-Ketua Kampung DUN Batu Caves Sempena Eidul Fitri

Posted: 29 Aug 2011 11:29 PM PDT

Rumah Haji Idris, Kg.Nakhoda (Wakil JKKK & Nazir Masjid Kg.Nakhoda )








Rumah Tuan Haji Ramly Jamaluddin, Ketua Kampung Kg.Sungai Tua











Rumah Tuan Haji Othman Omar, Ketua Kampung Kg.Sg.Kertas



Rumah Tuan Haji Nordin Majid, Ketua Kampung Kg.Laksamana




Rumah Tuan Haji Adnan Mohd Yatin, Ketua Kampung Kg.Baru Batu Caves




Rumah Tuan Khalid Mohd Nor, Ketua Kampung Kg.Melayu Batu Caves




Tiada ulasan:

Pengikut