Ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena Perasimian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri ke-12 oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, ADUN Skudai memerangkap Ketua Pembangkang pada 22/ 27 Jun 2011
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Keempat Dewan yang mulia ini kedua belas.
Sayai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Banginda Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah Baginda kepada Dewan yang mulia ini pada 23 Jun.
Y.B. Dato' Speaker,
Usaha-usaha perlu dipertingkatkan untuk memajukan kemudahan pengangkutan awam. Banyak masalah pengangkutan awam di persekitaran Iskandar Malaysia perlu diselesai dengan secepat mungkin supaya lebih meyakinkan pelabur-pelabur asing bahawa pihak berkuasa memang berazam meningkat taraf infrastruktur dan mempercepatkan pembangunan di persekitaran Iskandar Malaysia.
Perkhidmatan Bas di Perselitaran Iskandar Malaysia
Perkhidmatan bas awam di persekitaran Iskandar Malaysia sewajarnya dipertingkatkan lagi. Saya telah dimaklumkan bahawa ketiadaan perkhidmatan dari Bukit Indah ke arah Taman Ungku Tun Aminah. Oleh itu, para penduduk meminta perkhidmatan bas di anatara kawasan-kawasan perumahan dan komersil di Skudai perlu dipertambahkan lagi khasnya dari Jusco Taman Universiti, Taman Sri Skudai melalui komplek bas TUTA dan Plaza Tasik hingga pasaraya-pasaraya besar di Taman Sutera dan Taman Nusa Bestari.
Y.B. Dato' Speaker,
Di samping itu, penumpang bas juga mengadu khidmat bas melalui sehala sahaja dari Taman Desa Skudai, Taman Universiti,Taman Pulai Utama, Taman Pulai Flora ke Taman Sri Pulai tetapi tidak melalui kawasan-kawasan perumahan tersebut bila berpatah balik ke arah Johor Bahru. Perkara ini telah dibawa ke perhatian LPKP dan PBT manakala saya masih menunggu jawapan dari siasatan LPKP dan PBT.
Y.B. Dato Speaker,
Saya juga dimaklumkan kebanyakan perkhidmatan bas di JB Sentral tamat pada jam 10 malam berbading dengan jam 11:30 malam sebelum ini. Atas permintaan para pengguna bas, Saya berharap LPKP akan menyiasat serta memastikan keperluan pekerja-pekerja yang balik kerja dari Singapura pada waktu tengah malam terhadap perkhidmatan bas dari JB Sentral ke kawasan perumahan masing-masing dapat diperpuaskan. Jika tidak, mereka terpaksa menumpang teksi dengan tambang RM 30 yang amat berat berbanding dengan pendapatan mereka yang disifatkan seumpama kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.
Y.B. Dato Speaker,
Sebenarnya pengurusan perkhidmatan bas sepatutnya di bawah penjagaan PBT di mana PBT perlu meninjau keperluan penduduk terhadap perkhidmatan bas serta menyeragamkan perkhidmatan bas supaya ianya lebih efisyen dan menjadi salah satu kaedah pengangkutan pilihan terutama. Malangnya, infrastruktur khasnya perhentian bas, perhentian teksi dan penjalan kaki masih perlu dipertingkatkan di kawasan perumahan., contohnya Taman Jaya Skudai, Perhentian Teksi bersebelahan Stesyen Minyak Esso Jalan Shabandar, Skudai.
Y.B. Dato' Speaker,
Saya ingin mengucapakan taniah kepada MPJBT yang telah memulakan kerja membina lampu isyarat di simpang Jalan Kebudayaan 21 dan Jalan Kebudayaan, Taman Universiti. Saya ingin memperingatkan pihak berkenaan bahawa simpang kemalangan jalan raya maut sering berlaku sebab trafik yang paling sibuk adalah di simpang Jalan Kebudayaan-Jalan Kebudayaan 19-Jalan Kebangsaan 19, di mana lampu isyarat lebih sesuai bertapak.
Saya telah meninjau semula dua-dua tapak tersebut serta mendapatkan rumusan bahawa pembinaan lampu isyarat di tapak yang kurang sesuai tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik bahkan kemalangan jalan raya maut dari berlaku. Oleh itu, saya mecadangkan supaya MPJBT mengkaji semula kerja lampu isyarat berkenaan.
Y.B. Dato' Speaker,
Persatuan Pemborong sayur-sayuran dan buah-buahan yang beroperasi di Jalan Shahbandar, Taman Ungku Tun Aminah, Persatuan Pengangkutan Lori dan pelbagai pemborong telah merayu supaya tapak-tapak di Kempas atau berhampiran Linkedua ditetapkan untuk tujuan perletakan lori-lori yang mengangkut barangan ke Singapura. Ini akan memudahkan lalu lintas di kawasan komersil dalam kawasan bandar serta menyelesaikan kesesakan trafik di Tambak Johor. Konsep "zoning" dengan izinnya amat penting untuk melancarkan lalu lintas di persekitaran Iskandar Malaysia.
Y.B. Dato' Speaker,
Intra City Commuter Train
Saya mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri yang meluluskan cadangan Metropolitan Commuter Network Sdn. Bhd. (MCN) untuk membina rangkaian keretapi komuter intra-bandar (Intra-city Commuter Train) di persekitaran Iskandar Malaysia menjelang tahun 2012 dengan kos pembinaan RM 1.23 billion. Adalah tanggunjawab kerajaan memberikan maklumat terperinci kepada Dewan yang mulia ini sama ada rangkaian keretapi komuter ini yang dikatakan akan sampai ke Woodlands, Singapura untuk bercantum dengan sistem MRT Singapura? Berapakah tambang yang akan ditanggung oleh para pengguna ? Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan berfaedah dari segi pengutipan hasil pendapatan daripada konsessi rangkaian komuter tersebut?
Saya mencadangkan supaya bukan sahaja rangkaian komuter ini akan menghubungi kawasan komersil seperti Johor Premium Outlet, Legoland Malaysia, Educity, Hi-Tech Park-Senai, and Lake Hill Resort City, tetapi juga kawasan-kawasan perumahan tertentu yang memperolehi bilangan penduduk padat misalnya Skudai, Kulai dan Ulu Tiram.
Y.B. Dato Speaker,
Saya telah dimaklumkan bahawa pihak Singapura telah bersetujui serta bersedia menyiapkan MRT antara Thomson Line dengan izinnya Singapura dan Iskandar Malaysia. Maka pihak Kerajaan belum memutuskan projek jambatan baru di antara Tanjung Puteri dan Woodlands dan rangkaian LRT dibina dengan secepat mungkin untuk bukan sahaja melancarkan trafik di antara Johor Bahru dan Singapura, bahkan memajukan pelancongan dan pembangunan Iskandar Malaysia.
Industri pelancongan di Malaysia dijangka akan mendatangkan pendapatan RM 104 billion pada tahun 2020. Oleh yang demikian, kerajaan seharusnya lebih peka kepada kelancaran trafik di Tambak Johor dan Linkedua. Pelaksanaan sistem pemeriksaan cap jari biometrik kepada pendatang asingn telah mengakibatkan kesesakan trafik di Tambak Johor dan Linkedua baru-baru ini.
Pelancongan dan Perikanan di Pengerang
Y.B. Dato' Speaker,
Oleh itu, kerajaan sepatutnya mempertahankan sumber ekonomi tradisi seumpama perikanan, pelancongan, industri kecil dan sederhana dan pertanian. Walaupun Petronas ingin melaburkan RM 60 billion untuk membangun Hab Petrokimia di sepanjang pesisiran pantai Johor Selatan, kesan alam sekitar dan sosioekonomi jangka masa panjang sewajarnya dikaji dengan teliti.
Dialog Group Berhad yang melibatkan Kerajaan Negeri Johor dan Vopak akan melabur sebanyak RM 5 billion untuk membangunkan projek terminal minyak di Tanjung Kapal, Pengerang dan dijangka menjana pendaptan nasional kasar (GNI) sebanyak RM 1.6 billion pada tahun 2020.
Laporan DEIA atau penilaian impak alam sekitar terperinci sepatutnya dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini untuk perbahasan selanjutnya sebab nelayan-nelayan di Kawasan Pengerang telah mengutarakan kerisauan terhadap masa depan mereka.
DEIA telah merumuskan bahawa rezeki penduduk kawasan Pengerang amat bergantung kepada perikanan dan pelancongan. Perikanan dijangka mendatangkan RM 3 hingga 5 juta pendaptan sebulan kepada 1,000 keluarga nelayan di kawasan berkenaan atau di antara RM 36 hingga 60 juta setahun. Penghapusan industri perikanan di Kawasan Pengarang bukan sahaja merugikan pendudk di sana, malahan akan menjejaskan bekalan ikan dan makanan laut pada jangka masa panjang.
Kesan-kesan alam sekitar dan sosiekonomi projek berkenaan adalah berikut ini:
(1). Pencemaran Air Laut:
Projek Terminal Minyak berkenaan akan mengakibatkan pencemaran air laut, udara dan kebisingan. Kapal korek akan membuang sisa sebanyak 5,060 ton sehari. Kesimpulan laporan berkenaan adalah pencemaran air laut akan menghapuskan industri perikanan sana serta mengakibatkan pengangguran dan kehilangan rezeki tradisi. Oleh itu,
(2). Banjir sepanjang Sg Kapal dan Sg Buntu;
(3). Pencemaran udara dan kebisingan;
(4). Pelancongan juga akan terjejas dan Tj Kapal Beach Resort terpaksa dipindah;
Malangnya saya telah sering meninjau kawasan berkenaan dan mendapati lokasi-lokasi terbabit amat sesuai untuk pembangunan pelancongan dan perikanan. Tetapi indsutri pelancongan dan perikanan tidak dapat ditambah nilai kerana ketiadaan rancangan kerajaan jangkamasa panjang untuk mempergiatkan industri pelancongan dan perikanan di kawasan sana.
Y.B. Dato' Speaker,
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun Sime Darby Berhad baru-baru diberikan kontrak membuat barang rekaan minyak oleh Petronas sebanyak RM 1.15 billion, Sime Darby terpaksa menjual tapak pemprosesan produk minayak di Teluk Ramunia kepada Petronas sebanyak RM 296 juta selepas setahun Sime Darby mengambil alih dari Ramunia Holdings dengan harga pembelian sebanyak RM 515 juta, oleh itu, Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM 219 juta dalam setahun.
Di samping itu, Petronas terpaksa mengambil alih Hab Petrokimia Tj Bin yang Cuma 40% kerja disiap setakat Mei tahun ini. Pada asalnya dijangka siap pada tahun 2009.
Y.B. Dato' Speaker,
Ini menunjukkan bahawa Industri Minyak dan Gas mempunyai risiko tertentu bahkan modal kerajaan Negeri Johor terlibat dalam projek terminal minyak di Pengerang. Oleh itu, butiran projek berkenaan seharusnya dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini termasuk jaminan projek tersebu akan mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan kepada Perbendahraan Negeri.
Y.B. Dato' Speaker,
Saya telah dimaklumkan bahawa pembinaan 70% projek-projek pembangunan Iskandar Malaysia terlewat menurut jadual.
Walaupun soalan saya berkenaan kerja membina projek-projek pembinaan lebuhraya-lebuhraya di Kawasan Iskandar Malaysia telah ditolak pada persidangan yang lalu, saya terpaksa membangkitkan soalan yang sama di Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Y.B. Dato' Speaker,
Jawapan yang diberikan oleh JKR terhadap Kerja membina Persimpangan Bertingkat Senai (Ke Lapangan Terbang Senai) sebenarnya dijangka siap pada 28 Disember 2010 tetapi gagal disiap menurut jadual asal. Walaupun EOT dibenarkan sehingga 27 Disember tahun ini, projek tersebut masih lewat 40 hari menurut jadual baru.
Bagi Projek Jambatan Kedua Permas Jaya yang tidak dapat siap dibina pada 1 Januari tahun ini, EOT telah dibenarkan sehingga 9 Sepmtember tahun ini.
Y.B. Dato' Speaker,
Bagi Lebuhraya Senai-Desaru bermula 18 Julai 2005, sebaik sahaja Fasa 3 Lebuhraya Senai-Desaru dibuka pada 10 Jun, kesesakan lalu lintas berlaku pula disebabkan sebahagian lebuhraya masih memperolehi satu lorong sahaja pada dua-dua arah.
Walaupun jarak Lebuhraya tersebut sepanjang 77 kilometer sahaja, pembinaannya telah mengambil masa 6 tahun malahan disiap dengan kecacatan kualiti pembinaan yang ketara. Jika pemaju gagal menyiapkan Lebuhraya berkenaan menurut kehendak konsesi, konsesi syarikat berkenaan sepetunya diberhentikan dan dilelong kepada syarikat lain yang berkemampuan kerana Lebuhraya tersebut adalah amat mustahak kepada pembangunan pelancongan dan ekonomi di Johor Tenggara.
Y.B. Dato' Speaker,
IRDA sepatutnya mengambil berat terhadap perkembangan pembinaaan Lebuhraya Pessiran Pantai dan juga Lingkaran Taman Impian Mas-Jalan Pontian di Jejambat Bertingkat Jalan Senai-Jalan Pontian, Skudai yang telah lewat dari tarikh jangka siap Mei tahun ini. IRDA degesa supaya mengambil alih projek tersbut jika pemaju swasta ada kesusahan untuk menghabiskan projek tersebut yang sepatutnya ditanggung oleh JKR.
Y.B. Dato' Speaker,
Di samping itu, kesesakan lalu lintas telah manjadi fenomena harian di Lebuhraya Pasir Gudang. Lebuhraya Pasir Gudang telah bersejarah 20 tahun dan tidak pernah dinaik taraf. IanyaS sepatutnya dinaik taraf dari dua lorong satu hala kepada sekurang-kurangnya tiga lorong satu hala.
Masalah Banjir dan Alam Sekitar
Y.B. Dato' Speaker,
Banjir-banjit kilat berlaku 15 April dan 18 Mei tahun ini di kawasan Skudai termasuk Kampung Poh Chee Leng, Taamn Damai Jaya, Jalam Ringgeng 4 Taman Skudai Baru. Ketiadaan kolam perangkap kelodak di Kem Tentera Skudai dan tapak projek perumahan di sepanjang Sungai Melana termasuk Taman Mutiara Rini dan Taman Mutiara Mas telah dikenal pasti sebagai punca banjir kilat.
PBT dan JPS sewajarnya memperketatkan pemantauan terhadap pemaju sedangkan PAC Parliemn telah meninjau ke Kem Skudai pada 25 Mei serta membuat cadangan kepada KEMENTAH untuk memperbaiki kolam perangkap kelodak di Kem Skudai. Tetapi setakat ini KEMENTAH belum mengambil sebrang tindakan. Apahkah peranan boleh dimainkan oleh kerajaan negeri? Berdiam diri atau mengutarakan penderitaan rakayat kepada KEMENTAH?
Y.B. Dato' Speaker,
Banjir besar pada bulan Januari tahun ini melanda beberapa daerah di Negeri Johor termasuk Segamat, Labis, Ledang, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi serta mengakibatkan kerugian ekonomi dijangka sejumlah RM 3 hingga 10 billion di Negeri Johor. Ekonomi Negeri Johor belum sembuh sepenuhnya daripada banjir besar pada hujung tahun 2006 dan awal 2007. Setiap kali berlakunya banjir besar Negeri Johor akan menanggung kerugian ekonomi yang besar dan kedudukan ekonomi Negeri Johor terpaksa berundur sebanyak 3 hingga 5 tahun setiap kali banjir besar seperti yang berlaku pada awal tahun ini.
Y.B. Dato' Speaker,
Setakat ini Kerajaan Persekutuan belum memperuntukkan wang ikhsan kepada mangsa-mangsa banjir seperti pada tahun 2007 di mana Kerajaan memberikan wang ikhsan sebanyak RM 700 dan RM1,100 kepada setiap keluarga menurut paras air banjir 5 kaki ke bawah atau ke atas. Kerajaan sepatutnya lebih prihatin kepada kesusahan mangsa-mangsa banjir dengan memberikan wang ikhsan secepat mungkin.
Y.B. Dato' Speaker,
Maka rancangan jangka masa panjang untuk mencegah banjir wajar dilaksanakan dengan kadar segera tanpa menyalahkan malapetak semulajadi semata-mata. Usaha-usaha boleh dilakukan untuk mengurangkan kemusnahan banjir, termasuk:
1. Memberhentikan penebangan hutan bekalan kayu kayan secara habis-habisan serta mengurangkan pergantungan kepada kayu balak sebagai bahan mentah perabut dengan bahan gantian lain:
2. Mewartakan hutan-hutan rizab secepat mungkin serta menguatkuasakan pengawalan kerana hutan-hutan dikenal pastikan sebagai "cushion effect" kepada penurunan dan limpahan air hujan yang berlebihan;
3. Memastikan pemaju-pemaju projek pembangunan mematuhi kehendak peraturan di mana kolam-kolam kelodak mesti diwujudkn menurut spefikasi tertentu;
4. Membina empangan-empangan baru di sepajang Sungai Segamat-Muar dan Sungai Johor.;
5. Mendalamkan sungai-sungai dengan usaha mempertahnkan tumbuhuan-tumbuhan yang sedia ada sebagai "buffer zone";
6. Menaik taraf sistem perpertian dan pembentungan air di kawasan bandar;
Y.B. Dato' Speaker,
RM 1.8 billion ringgit akan dibelanja untuk Pelan Transformasi Pusat Bandar Johor Bahru termasuk RM 200 juta bagi membersihkan Sungai Segget. Maka peningkatan taraf sistem pengangkutan di JB Sentral amat diperlukan khasnya menitikberatkan keperluan penjalan kaki dan pengguna pengangkutan awam.
Ramai pengguna tambak Johor merayu kepada pihak berkuasa supaya menyediakan pejalan kaki untuk penjalan-penjalan kaki di anatara CIQ Woodlands dan KIK Iskandar di mana ramai pengguna pengangkutan awam masih lebih menggemari berjalan kaki di antara dua-dua KIK untuk menjimatkan masa perjalanan.
YB Dato' Speaker,
Saya bersetuju dengan usaha mempertingkatkan usaha mengawal keselamatan khasnya di KIK Iskandar dan Linkedua. Tetapi kaedah baru seperti sistem pemeriksaan biometrik perlu dilanksanakan secara berperingkat dan terpilih kepada golongan tertentu dahulu dan dielakkan dilancar semasa cuti sekolah Singapura apabila ramai pelancong merentasi ke Johor Bahru.
YB Dato' Speaker,
Keselamatan pelabuhan masuk dan di sepanjang pesisiran pantai mesti diperketatakan khasnya untuk mengelakkan pendaratan pendantang tanpa izin. Saya pernah meyaksi di mana penumpang-penumpang dapat menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Senai tanpa tiket dan boarding pas kerana pengawal-pengawal tidak memeriksa pas penumpang dan pengenalan penumpang yang ingin masuk ke bilik perlepasan. Sebagai kawasan keselamatan tahap 1, keselamatan Lapangan Terbang Senai sewajarnya diperketatkan lagi.
Untuk menamatkan ucapan penangguhan saya, saya berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan-tindakan segera untuk memperbaiki keadaan pengangkutan awam di persekitaran Iskandar Malaysia dan mencegah berlakunya banjir di seluruh Negeri Johor.
Sekianlah ucapan saya, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan