Sabtu, 13 Ogos 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


House PK

Posted: 12 Aug 2011 01:06 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Aug 2011 01:06 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Misteri Mismah Dibongkarkan Sinar Harian. Apa Kata Juak-Juak Pakatan Haram

Posted: 12 Aug 2011 12:26 AM PDT

Misteri Mismah yang menjadi omokan dan bahan fitnah ke atas Kerajaan kononya beliau merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diberikan kerakyatan dalam masa 4 jam telah dibongkarkan secara eksklusif oleh Sinar Harian. Tahniah Sinar Harian yang telah berjaya membogelkan rentak tari pembangkang.




("Double click" dan "enlarge" untuk membaca)


Apa lagi juak-juak Pakatan Haram terutama lidah rasmi mereka Malaysiakini hendak cakap. Sudah jatuh tertiarap ditimpa pula tahi. Apa nak jadi dengan puak-puak Pakatan Haram ni. Tak berkarisma waima nak berbohong sekalipun.

Edisi Tengahari : Puak-Puak PAS Pasti Gembira Eli Wong Ucap Selamat Berpuasa

Posted: 11 Aug 2011 10:15 PM PDT

Tersenyum simpul saya apabila melihat iklan EXCO Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar, Kerajaan Pakatan Haram Selangor, dengan "rendah hati" mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah puasa kepada semua Umat Islam di dalam portal Malaysiakini mulai hari ini. Bukan kerana beliau bukan Islam, tetapi masih mengenangkan gambar-gambar "hutan simpan" beliau yang pernah keluar suatu waktu dahulu. Geli rasanya. 



Semoga puak-puak PAS bersyukur dan berbangga dengan ucapan berkenaan. Jangan pula lupa rakan-rakan mereka di perantauan yang berada di Malaysia.


Nurul Izzah Akhirnya Akui Ekonomi Malaysia Lebih Baik Dari Britain

Posted: 11 Aug 2011 05:32 PM PDT



Semalam di dalam soal balas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara mengenai isu perhimpunan haram yang memberikan kemudaratan kepada Negara, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar, yang juga merupakan kakak tiri kepada Farah Affifah Azmin, secara tidak langsung telah memuji ekonomi Malaysia lebih baik dari Britain. Katanya,
"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan."  - The Malaysian Insiders.
Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah peluang pekerjaan di Malaysia adalah banyak dan kadar pengangguran adalah rendah jika dibandingkan dengan Britain. Bagi bahasa mudah YB Nurul Izzah kata, Rakyat Malaysia (baca pendemo-pendemo BERSIH) bukan berdemo sebab tak cukup makan, sebaliknya untuk membolehkan Pakatan Haram berkuasa melalui demontrasi jalanan.  Dalam diam-diam beliau hendak memuji corak pentadbiran Barisan Nasional mentadbir ekonomi, tapi biasalah pembangkang, malu-malu kucing gitu.

waadat

Posted: 12 Aug 2011 01:03 PM PDT

waadat


tangan ghaib di Selangor

Posted: 12 Aug 2011 05:12 AM PDT


Kelmarin Demang lontarkan tanda tanya, mungkinkah ada tangan ghaib dalam isu gereja dan penyebaran agama lain kepada ummat Islam di Tanah Melayu?

Semalam, 30 NGO termasuk bekas komando menyatakan bantahan terbuka terhadap usaha mengkristiankan ummat Islam. Demang lihat jika komando sudah masuk campur, pihak berkenaan lebih baik bongkar sauh dan keluar dari Tanah Melayu ini sebelum terjadi perkara tak diingini.

Hari ini para blogger menyiarkan bukti-bukti bahawa memang terdapat tangan ghaib yang cuba menghalang pihak berkuasa tempatan daripada menjalankan kewajipan mereka.

Lihat di sini usaha menghalang penguatkuasaan undang-undang. Kenapa tindakan yang boleh mengekang usaha penyebaran kristian itu dihalang? Siapa yang menghalangnya? Siapa yang ada kuasa dalam politik Selangor? Siapa yang mendominasi kerajaan Selangor? Siapa yang terhutang budi dengan cina Selangor? Siapa yang dapat jadi MB atas bantuan DAP?

Wah, banyaknya persoalan.

murtad satu pencerobohan ke atas orang Melayu

Posted: 12 Aug 2011 01:34 AM PDT

Jika kita ambil bola dan baling ke dinding, apakah yang akan berlaku? Bolehkah kita ramalkan ke mana bola itu akan melantun?

Bagaimana jika bola yang digunakan itu bola rugbi? Masih bolehkah kita ramalkan arah lantunannya?

Sebenarnya bukan hanya bola yang boleh melantun dan bukan hanya dinding yang membenarkan objek yang dikenakan padanya sahaja berupaya membalik semula.

Banyak lagi benda di dunia ini mampu melantun semula jika tertampan sesuatu yang ia tidak boleh tembusi.

Hal tersebut termasuklah orang Melayu. Jangan fikir orang Melayu itu hanya tahu menyerap dan memerap. Kita bimbang pada suatu ketika orang Melayu terlatah dan sudah tidak mahu peduli apa akan terjadi.

Kita bimbang pada masa itu orang Melayu sudah tidak peduli negara mahu hancur atau mahu jadi apa. Ketika itu, tidak ada siapa yang untung.

Soal akidah sangat sensitif. Kalaupun makin ramai orang Melayu yang tidak peduli tentang akidah namun masih ramai yang sangat peduli dan sanggup berkorban demi mempertahankannya.

Ingat, kita tidak perlu terlalu ramai orang yang sebegitu untuk melakukan kekacauan di negara ini.

Justeru Demang beri amaran agar mubaligh Kristian jangan ambil ringan perkara ini. Lebih baik kita biarkan sebagaimana pegangan ummat Islam, 'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'. Tindakan menyebarkan agama lain kepada ummat Islam di Tanah Melayu adalah pencerobohan yang tak akan dibiarkan orang Melayu.

Jika berlaku sengketa dan huru hara, tiada siapa yang untung.

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Aug 2011 11:28 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Group sokongan Guan Eng sebagai PM Malaysia ...Anwar nak letak mana ?

Posted: 12 Aug 2011 11:03 AM PDT


GPB tak terkejut Group Facebook terbaru yang di create bagi memberi sokongan kepada Guan eng sebagai Perdana Menteri . Pasti  jawapan pemimpin berlidah biawak jika ditanya tentang page terbaru ini pastinya menuduh ini kerja UMNO .

Yang peliknya accound fb rasmi Guan Eng pun like juga group ini . Malah ramai sekali penyokong2 chauvinis DAP like dan sertai group dengan memberi sokongan kepada pemimpin agung mereka ni .

Juak-juak Pakatan yang lain selalu sebut Anwar Ibrahim bakal PM jika Pakatan menang PRU 13 , tetapi macamana sudah ada gerakan yang mahu Guan Eng jadi PM yang mana penyokongnya sudah cecah 12 ribu lebih .

Blog MIM juga dedahkan muslihat besar DAP ...


blog MIM (novandri.blogspot.com) pula mendedahkan usaha pihak DAP yang mahu mengangkat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri sekali gus bakal mengecewakan Anwar yang sekian lama bercita-cita mahukan jawatan itu.

Katanya, impian mereka itu dinyatakan menerusi laman sosial Facebook yang turut dibuat dalam bentuk promosi berbayar menandakan kesungguhan usaha mereka.

"Facebook yang mengagung-agungkan ahli politik DAP itu sudah pasti akan mengeruhkan lagi perhubungan sesama pemimpin pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi di antara Anwar dan Guan Eng. Dan apa pula respons Guan Eng mengenai kewujudan Facebook tersebut?" katanya.

Sehubungan dengan itu, blog tersebut mahukan Guan Eng menyatakan pendirian beliau berhubung laman Facebook tersebut dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak perlu berdolak-dalih kerana rakyat sudah mual dengannya.KLIK DISINI






Syaitan masih berkeliaran di bulan Ramadhan , dah rogol pi simbah asid !

Posted: 12 Aug 2011 10:32 AM PDT


Ingatkan syaitan semua sudah ditangkap di bulan posa ini , tetapi masih lagi ada syaitan bertopeng manusia yang buat keja jahat ini . Sudah la dia sedap balun semasa umat Islam lain sibuk menikmati juadah berbuka puasa,  lepas itu pi simbah asid lagi ke muka .

Ini apa jenis setan la sampai tergamak buat macam ni di bulan Ramadhan ini. GPB simpati betul dengan nasib gadis malang ini . Harap bro POLIS dapat pi tangkap perogol ini secepat mungkin , dapat je mau terajang buang teloq tu ..



KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.

Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.


"Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya," katanya.

Awas wajah 5 Ejen Murtad Melayu yang diburu JAIS !

Posted: 12 Aug 2011 09:38 AM PDT




5 orang diatas adalah individu yang terlibat menarik umat Islam agar murtad, menghalang JAIS semasa pemeriksaan  selama 1 jam , dan  mereka ini telah melarikan diri selain  turut membantu pihak peguam menyorokkan 12 orang yang hadir ke majlis tersebut agar tidak memberi kerjasama kepada pihak JAIS.

 Samada benar atau tidak , muka-muka ini harus dijauhi oleh umat Islam kerana mereka dicari JAIS dalam isu memurtadkan umat Islam  di DUMC .





BukakPuasa kena isi borang soal jawab kat bawah ni?
Klik untuk besarkan imej.

JAIS hanya melakukan pemeriksaan ketika itu sebaliknya difitnah kononnya melakukan serbuan yang ganggu majlis .Fakta yang tidak boleh dipertikaikan ialah mereka terpaksa menunggu beberapa jam di luar premis tersebut hinggalah menyebabkan 3 orang melayu Islam  berjaya dilarikan oleh pihak gereja.


Malik Kassim tak tahu rupanya isu larangan baca Al Quran guna pembesar suara

Posted: 12 Aug 2011 07:25 AM PDT



Jawapan biasa  kerajaan DAP iaitu  terus menafikan campur tangan keputusan Majlis Fatwa Negeri dalam isu larangan penggunaan pembesar suara sebelum subuh . Sedangkan semua orang tahu keputusan yang dibuat  JAIPP  ini tentunya ada tangan-tangan ghaib dibelakangnya .

GPB yakin tekanan dari kerajaan DAP memang wujud terhadap JAIPP  kerana dalil ini masih boleh diperbincangkan . Sekiranya benar lah  bahawa amalan tersebut adalah bertentangan dengan hukum syarak maka tentulah akan ada teguran oleh para ulama-ulama terdahulu  iaitu di zaman kerajaan BN yang tentunya lebih arif berkaitan hal tersebut.

Tetapi larangan ini berkuatkuasa di bawah kerajaan DAP dan negeri-negeri lain tiada masalah pun dalam amalan ini . 

Lihat kenyataan orang kanan Guan Eng , si Malik Kassim dalam isu ini . Yang kelakarnya  Malik iaitu seorang Exco Agama  baru tahu hari ini  keputusan Majlis Fatwa & surat pekililing diedarkan . Itu pun nasib baik lah  Malik baca juga akhbar pro BN iaitu Berita Harian . Dalam haramkah dan suara keldaian mana ada cerita tentang benda-benda ni  . 

Nampak sangat Malik cuba perbodohkan rakyat negeri ini bagi menunjukkan kerajaan DAP tidak  ketahui  langsung pun tentang larangan ini .





Kenyataan Media
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang

YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini. 

Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid
sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh
mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)
Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama.

DAP laknat ! Surat larangan menggunakan pembesar suara waktu subuh didedahkan !

Posted: 12 Aug 2011 06:05 AM PDT


Ini lah surat pekeliling yang diedarkan ke seluruh masjid dan surau oleh kerajaan DAP P.Pinang menerusi JAIPP.




MENGAPAKAH RUANGAN TINDAKAN BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU DI POTONG SEOLAH-OLAH SALAH. APAKAH JAIPP TERPAKSA MENJADI KUDA TUNGANGGAN? SETELAH DINILAI, GUAN ENG AKAN MENGGUNAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIGUNAKAN OLEH LEE KUAN YUEW DALAM MEMASTIKAN SYIAR DAN SUARA SERTA LAMBANG-LAMBANG ISLAM AKAN DIKURANGKAN SATU PERSATU DI PULAU PINANG.PAS PULA AKAN MENJADI PANGLIMA PERANG MEMPERTAHANKAN HAL INI. AYUH!!!!!!!! MELAYU PENANG, BANGKIT SEPERTI MELAYU SELANGOR DALAM ISU JAIS. ORANG YANG SAMA DIBELAKANG TABIR IAITU DAP .-BadarSuci



Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin amat terkejut, kecewa dan marah dengan tindakan samberono Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Katanya, beliau berasa musykil dengan keputusan tersebut kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

"Saya percaya bahawa wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam di negeri tersebut melihat alasan yang diberikan untuk membolehkan larangan tersebut bukanlah sesuatu yang munasabah kerana ada dalil lain yang boleh digunapakai.



Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

"Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Tambahan pula amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

"Dengan adanya bacaan al-Quran sebelum subuh, ia dapat memberi makluman bahawa waktu Subuh semakin hampir apatah lagi dalam bulan Ramadan ini, ia mengingatkan bahawa waktu imsyak juga akan berakhir," katanya lagi.

Tegas beliau, sekiranya benar bahawa amalan tersebut adalah bertentangan dengan hukum syarak maka tentulah akan ada teguran oleh para ulama-ulama terdahulu yang tentunya lebih arif berkaitan hal tersebut.

"Jika bacaan al-Quran ini ditolak dalam Islam kenapa tidak ada apa-apa tindakan oleh para ulama malah mustahil mereka yang berpendidikan lebih tingga dan tahu hukum-hakam dalam Islam akan membiarkan kepincangan sedemikian atas agama tersebut."

Jelasnya lagi, kekecewaannya berhubung perkara tersebut semakin tebal apabila Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim yang memberikan jawapan mengelak seakan tidak bersedia bagi memberikan ulasan berkaitan isu tersebut.

"Itulah padahnya meletakkan orang yang jahil seperti Abdul Malik dalam bidang yang seharusnya disandang oleh orang bertauliah dan berkredibiliti kerana saya tahu bahawa Abdul Malik tidak mempunyai latar belakang yang boleh melayakkannya menjawat Exco ini," katanya.

Tegasnya, ini adalah antara usaha terancang pihak tertentu yang berselindung dalam politik bagi menghina Islam dan meletakkan bangsa Melayu dalam kedudukan yang amat rendah.

"Kita lihat bagaimana isu pembaptisan yang berlaku di gereja Selangor yang dengan mudah membuat Menteri Besarnya memohon maaf kepada paderinya sedangkan JAIS belum pun memberikan sebarang laporan.

"Agenda terancang mereka ini kemudian disambung dengan keputusan oleh JHEAIPP kerana mahu memberikan tekanan dan penghinaan kepada bangsa Melayu dan pastinya inilah kejayaan Dap," tegasnya.

Terang beliau, secara jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

"Dap ini masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama."

Sehubungan itu, beliau menuntut Majlis Fatwa Kebangsaan dan menyeru semua ulama-ulama seluruh negara untuk bersatu dan bersama-sama memberikan keputusan yang sewajarnya berlandaskan kepada dalil yang kukuh demi kepentingan ummah. - MediaUMNO


Kerajaan DAP larang bacaan Al Quran waktu subuh,model Singapura ke 2 kian hampir !

Posted: 12 Aug 2011 04:50 AM PDT


12 Ramadhan 1432H merupakan hari malang untuk umat Islam di negeri yang dikatakan pemerintahan Khalifa Umar Abd Aziz . Bila tiba sahaja bulan yang mulia ini , umat Islam di P.Pinang terus dihina dan diperlekehkan oleh juak-juak chauvinis dan rasis DAP .

Terbaru mereka arahkan JAIPP keluarkan mengeluarkan pekeliling baru melarang menggunakan pembesar suara ketika membaca quran pada waktu Subuh. Mesti ini kerja puak2 chauvinis DAP yang membuat aduan kepada kerajaan negeri dan akhirnya dikuatkuasakan terus larangan ini .

Adakah JAIPP sedar dengan adanya bacaan al-Quran sebelum subuh, ia dapat memberi makluman bahawa waktu Subuh semakin hampir apatah lagi dalam bulan Ramadan ini, ia mengingatkan bahawa waktu imsyak juga akan berakhir,

Yang peliknya , JAIPP dalam suratnya itu menyatakan perbuatan ini menyalahi hukum syarak dan menganggu orang lain di dalam dan luar masjid . Mengapa baru sekarang Majlis Fatwa negeri menjumpai dalil tentang isu ini ? Dulu zaman kerajaan BN tak jumpa ke ?

Sebabnya mudah ini semua angkara Guan Eng dan orang kanannya paling taat Malik Kassim . Kalau umat Islam di qariah2 masjid nak marah, dua orang ini je dalangnya .

 lepas ni Masjid Taman Guar Perahu pun dah tak boleh pasang 
ayat Al Quran di waktu subuh seperti selalunya..



Mula-mula Guan Eng perbodohkan orang Islam  PP  seperti memberi sumbangan kurma ,hamper , berbuka puasa di masjid , beri bonus kepada guru KAFA , elaun Huffaz  ,tetapi yang tersiratnya  beliau cuba hapus perkara yang berkaitan agama Islam

Tak mustahil selepas ini Azan pulak akan dilarang jika ayat Al Quran pun dianggap menganggu orang lain seperti mana di Singapura .  Pulau Pinang kini sudah menjadi  Singapura Utara dan inilah kejayaan utama kerajaan DAP !

Video inside : Ezam akan perangi puak Kristian yang cuba murtadkan umat Islam !

Posted: 12 Aug 2011 03:12 AM PDT







Gerakan Cegah Murtad (GCM) memberi amaran akan melancarkan 'perang' jika isu memurtadkan umat Islam tidak ditangani dengan segera.

Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan ini demi mempertahankan akidah sekiranya mereka tidak berhenti menyesatkan umat Islam.



"Kepada masyarakat bukan Islam, kami tiada masalah dengan anda. Tetapi kita ada masalah besar dengan orang-orang bukan Islam yang biadap dengan agama Islam dan yang cuba menarik umat Islam keluar daripada agama," katanya di hadapan kira-kira 500 orang awam yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau turut menyelar pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang enggan mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan mereka.

"Kita tiada masalah dengan mana-mana Menteri Besar daripada mana-mana parti tetapi kita ada masalah dengan mereka sekiranya sanggup menggadaikan Islam dan Allah semata-mata untuk mempertahankan kedudukan…..begitu juga dengan Ahli Parlimen Shah Alam," katanya.







Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin berkata isu yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bukanlah sesuatu yang baru, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja jika dibandingkan dengan usaha memurtadkan umat Islam diseluruh negara.Malah beliau menolak isu ini dijadikan alat politik untuk kepentingan tertentu.

"Isu ini bukan isu politik, tiada kena mengena dengan Anwar (Ibrahim) atau PAS tetapi ia isu umat Islam. Ini isyarat jelas kita perlu bersatu dalam isu ini dan umat Islam tidak rela akidah dipermainkan," katanya.

Malaysiakini agen pengkhianat Islam 

Beliau turut memberi amaran kepada portal web Malaysia Kini dan The Malaysian Insider agar menghentikan segera provokasi terhadap isu ini jika tidak mahu tindakan keras diambil terhadap mereka.

"Jangan jadi barua…kalau nak cari makan carilah makan ditempat lain," katanya yang bercadang mahu menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan isu ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam berkata semua pihak perlu menghormati tindakan Jais yang cuba membanteras penyelewengan agama di kalangan umat Islam.GCM terdiri daripada kira-kira 45 badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh Selangor yang berjuang melawan isu murtad.

PANAS ! Akhirnya juak-juak Pakatan tersungkur jua di kaki Mismah !

Posted: 11 Aug 2011 10:08 PM PDT


Mismah akhirnya berjaya ditemui !   Ia ditemui oleh  Sinar Harian  yang membuat laporan eksklusif  mengenai benarkah  dakwaan juak-juak haprak PAS , malaysiakini dan juak-juak blogger bahawa Mismah berjaya mendapat My Kad selaam 4 jam sahaja dan terus jadi pengundi  .


Mismah, 47, dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur, kononnya taktik licik dilakukan 'tangan ghaib' pihak tertentu untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

GPB yakin jawapan & penjelasan oleh Mismah ini telah mendedahkan fitnah pembangkang selama ini adalah tidak benar dah hanya memburukkan kerajaan dan SPR .



Akibat darah & nyawa ditaruhkan , Nasrudin dikecam geng PAS Pro Anwar !

Posted: 11 Aug 2011 05:38 PM PDT




Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar).

Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan 'Anwarinas' iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.



Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang 'diserang' apabila berkata: "Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,".

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www. eperjuangan.com, dilihat memberi 'kejutan' bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan 'Anwarinas' apabila beliau berkata: "Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,".

Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.

"Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi," katanya.




Kome GPB

Dalam PAS sudah tiada lagi perjuangan  jihad mahu pertahankan kesucian Islam . Siapa cuba tunjuk pandai dan tegur sikit maka  akan terus diberi tekanan cukup hebat oleh geng-geng Islam liberal dalam PAS  .

Itu pun puak-puak bengong dalam PAS ini masih lagi dok takbir dan bangga merekalah parti yang pejuangkan Islam .  Seperti kata rakan blogger PISAU , darah dan nyawa PAS hanya lah untuk DAP  je ..haha

PANAS ! Jawapan untuk kenyataan Dr Asri tentang isu Zakat

Posted: 11 Aug 2011 04:50 PM PDT



Tulisan Dr. Asri dalam blog tempohari ,  KLIK DI SINI  mengajak umat Islam bermuhasabah diri dalam isu 'serangan' JAIS ke Dream Centre di Damansara Utama. Saya dengan ini terpanggil untuk menulis warkah yang serba kekurangan ini untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca, khususnya umat Melayu yang sudah pastinya diharap beragama ISLAM.

Dr. berhujah dengan mengatakan bahawa pengurusan zakat amat lemah di MALAYSIA, sehingga memaksa umatnya yang miskin terpaksa 'mengemis' di pusat dakwah agama lain. Di situ, mereka berasa amat bahagia, ditatang seperti minyak yang penuh dengan segala keperluan termasuklah kewangan, diberi dengan murah hati. Saya amat terkejut apabila terbaca pendedahan METRO baru-baru ini bahawa seorang ibu tunggal PN. NUR yang beragama Islam menyatakan dia sudah setahun mengikuti program gereja itu bersama-sama dengan 100 orang lagi yang senasib dengannya dek termakan budi bantuan gereja.

Tetapi untuk menyalahkan sepenuhnya institusi zakat bermakna Dr. hanya melihat permasalahan MURTAD ini dari satu sudut sahaja. Dalam pencarian saya di Internet saya terjumpa penjelasan daripada Pusat Zakat Negeri Sembilan yang mengatakan bahawa PN. NUR yang diwawancara oleh METRO itu sebenarnya bukanlah ibu tunggal seperti yang didakwanya. Selain itu, dia juga masih menerima bantuan sebanyak 22 KALI sejak 2006. Kali terakhir ialah pada Julai 2011! 

Ini bermakna (sekurang-kurangnya di Negeri Sembilan mungkin) institusi zakat masih berfungsi menjalankan tanggungjawab mereka membantu golongan asnaf. Cuma yang dikesali mungkin jumlahnya tidak setanding dengan RM2000 yang diberi pihak gereja!

Dalam kes ini, saya berpendapat PN NUR telah tergoda dengan 'janji dunia' sehingga terlupa akan 'janji akhirat'! Hidayah dan iman adalah milik ALLAH SWT, Dia berhak memberi dan mengambil nikmat itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Oleh demikian, patutkah JAIS yang berusaha menyelamatkan akidah dan iman saudara-saudara seagama kita, diperkecil-kecilkan sebegitu rupa?

Dr. juga ada menyebut "Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam". Saya amat bersetuju dengan kenyataan itu. Tetapi untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam bukanlah melalui zakat semata-mata. Tingkah laku umat Islam itu sendiri adalah FAKTOR UTAMA yang lebih besar daripada aspek zakat! Bayangkan jika saya seorang non-muslim yang ingin mendekati Islam dengan bertandang ke masjid, tetapi adegan sebegini berlaku di rumah suci Allah dan dilakukan oleh umat Islam sendiri, apakah niat saya itu masih boleh diteruskan? Adakah logik hati saya akan lebih dekat dengan Islam?

aya berpendapat kita haruslah mengambil iktibar melalui beberapa perkara yang berlaku dewasa ini yang semakin menggusarkan hati saya sebagai seorang Melayu beragama Islam. Apabila pihak berkuasa bertindak menjaga kesucian Islam, KITA SENDIRI pula yang memperkecil-kecilkan usaha murni mereka. Janganlah kerna terlalu taksub berpolitik, kita menggadaikan maruah agama kita kepada musuh-musuh samada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Wallahua'lam.

-DECIMA-

Kolaborasi Malaysiakini - PAS kantoi lagi nak fitnah SPR penipu

Posted: 11 Aug 2011 03:13 PM PDT




Hampir setiap hari portal penipu Malaysiakini spin isu daftar pemilih  untuk memburukkan kredbiliti SPR dan kerajaan .  GPB juga melihat penglibatan PAS juga membantu memperbesarkan isu ini seperti mana isu Mismah yang mana mereka berjaya serah memorandum kepada Nazri .

Benarkan apa yang didakwa wartawan-wartawan yang tiada etika Malaysiakini ini ?

Sebenarnya penipuan mereka lagi sekali  telah dikantoikan dan berjaya dikesan  blogger pro kerajaan .

IKUTI PENDEDAHAN KANTOI PORTAL MALAYSIAKINI INI ...klik di sini 

DIMENSI

Posted: 12 Aug 2011 11:06 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Orang islam murtad - "prinsip hak dan kebebasan..itu pandangan saya"..anuwar pandikutti

Posted: 12 Aug 2011 06:00 AM PDT


Rakyat Malaysia berpandangan bahawa hubungan etnik di negara telah mengalami kemerosotan berbanding situasi lima tahun lalu, demikian menurut hasil kajian terbaru kendalian Merdeka Center hari ini.

Hasil kajian ini muncul ketika negara berhadapan dengan kontroversi terbaru berkaitan dengan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Awal tahun lepas beberapa gereja, masjid dan kuil Sikh menjadi sasaran vandalisme susulan isu kalimah Allah.

Negara akan menyambut ulang tahun sambutan Hari Kemerdekaan akhir bulan ini dan Hari Malaysia pada 16 September.

Kajian membabitkan 1,013 rakyat Malaysia menunjukkan hanya 66 peratus responden berpendapat hubungan kaum berada di kedudukan "baik" — penurunan sebanyak 15 peratus berbanding 78 peratus direkodkan pada 2006. - TheMalaysianinsideanuvajiass



of cozzz!..hasil bantuan anuwar pandikutti & the geng yang sering melaung2kan prinsip mengenai hak dan kebebasan. terutamanya portal2 bangsat milik beliau yang sentiasa membelit2 segala macam isu dan hasutan bermula isu lina joy, siti fatimah @ revathi dan yang terkini iaitu gejala pemurtadan beramai2 yang di lihat semakin berleluasa.

Di bantu pulak oleh fatwa ustad2 ayam penyet dari pasrael yang sentiasa mengelirukan akidah umat islam di negara ni, maka tak hairan lah akan ada saje orang islam terutama mereka2 yang mempunyai iman senipis kulit bawang, ingin 'cuba2, try test' menggadai akidah masing2 demi untuk mengecapi kebebasan!

Kalau dulu Anuwar lebih banyak ber retorik, kini apabila kes DUMC terbongkar, adakah dia akan pertahankan kesucian agama islam atau masih nak ber retorik lagi?? >:]

Omegay: Tangan ghaib terbabit dalam pembatalan penyitaan DUMC

Posted: 11 Aug 2011 10:00 PM PDT


Semalam ramai wartawan hampa setelah menunggu diperkarangan DUMC untuk membuat liputan berkaitan MBPJ yang akan menyita premis DUMC. Bagaimanapun pihak MBPJ telah membatalkan operasi menyita di saat2 akhir.

Align Center
bukti sms yang di terima - ehsan papagomo

Menurut sumber dalaman, tindakan MBPJ yang membatalkan operasi menyita itu disebabkan campurtangan pihak pentadbiran khalid jamban yang cuba menutup kegiatan pemurtadan yang terbongkar tempohari.


Ini terbukti apabila portal bangsat malaysiakini mengeluarkan kenyataan dari pihak MBPJ yang menafikan ada operasi penyitaan seperti di dakwa sedangkan sebelum ini Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ telah mengeluarkan kenyataan berhubung status pembinaan gereja tersebut (klik sini)

sekaligus ini membuktikan pentadbiran Khalid jamban yang di dokong oleh rejim komunis deeayypig dah semakin tertekan. Khalid jamban terpaksa menghadapi kemarahan orang ramai yang rata2 mempersoalkan tindakan pihak kerajaan negeri yang mengeluarkan arahan tutup mulut seperti nak menggalakkan orang islam murtad.

Beliau meminta maaf terhadap penganjur yang melibatkan seorang wanita islam, seperti yang di dedahkan oleh blogger screwkuat, (klik sini) yang menjalankan upacara murtad tanpa mempedulikan perasaan umat islam dan yang lebih teruk lagi meminta pandangan dan campurtangan baginda sultan atas keterlanjuran pentadbiran beliau sendiri!

Sophia..penganjur upacara di gereja DUMC

Situasi kerajaan komunis pimpinan khalid semakin teruk!..sebelum malu besar baik ada baiknya dia letak jawatan jek!

Baca lagi di papagomo dan rbf

IPOHMALAY

Posted: 12 Aug 2011 09:34 AM PDT

IPOHMALAY


Kenapa 2013 Diramal Tahun Kesusahan Umat Islam Malaysia?

Posted: 12 Aug 2011 06:44 AM PDT

Jemaah tabligh telah diingatkan oleh amir-amir mereka di berbagai peringkat bahawa amat perlu bagi mereka untuk meningkatkan aktiviti tabligh mereka pada masa sekarang kerana telah diramalkan, pada tahun 2013, keadaan akan membuatkan amat sukar untuk jemaah tabligh melakukan aktiviti tersebut dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW dan akan menjadi sukar untuk sunnah Rasulullah SAW diamalkan.

Di manakah akan berlaku kejadian dahsyat ini? Adakah di seluruh dunia? Atau di bumi Malaysia ini?

Jika dilihat dari trend kebangangan umat Islam Malaysia dalam berpolitik, tidak mustahil Malaysia akan diperintah oleh sebuah kerajaan pro-sekularisma dan pro-pluralisma atau lebih berbeza, pro-kristian.

Kita sedia maklum bahawa tanah semenanjung telah dilihat sebagai rebutan puak Kristian sejak sekian lama terutamanya yang masih tebal pengaruh Yahudi di dalamnya. Dan sejarah menyebut, Nabi Isa adalah nabi yang diutus kepada kaum Yahudi dan Kristian itu adalah ciptaan beberapa pengikutnya sahaja yang turut terdiri dari orang-orang Yahudi pada ketika itu.

Punca Semenanjung Malaysia direbut ialah kerana di sinilah dikatakan Ophir tempat Nabi Sulaiman mendapat ufti yang tinggi nilainya iaitu emas yang sangat banyak.

Gunung Ledang disebut Mount Ophir sejak 500 tahun lalu dan hanya kembali mendapat nama Melayunya selepas merdeka.

Hal ini telah diketahui oleh orang Arab yang datang mengislamkan rantau ini seawal abad ke 9 sedangkan mereka mampu untuk ke China tanpa susah payah ke meredah samudera

Jadi apa yang akan berlaku ialah, umat Melayu Islam (yang keupayaan analisis mereka rendah) ini akan menjerat diri mereka sendiri ke arah kesamarataan agama yang akan mendaulatkan perjuangan Kristianisasi mereka ke atas Ophir ini.

Tidak hairanlah jika diramalkan , tahun 2013, yakni selepas tumbangnya UMNO yang mengetuai pemerintahan Malaysia dan digantikan oleh pemerintahan samarata bertiga yang berpaksikan kebebasan beragama dan memilih agama ditegakkan atas hak-hak individu, pastinya akan menjadi tahun kesusahan umat Islam Malaysia apabila berbagai undang-undang dipinda oleh kerajaan baru yang akan menekan aktiviti beragama Islam di tanah Semenanjung ini atas nama tiada agama lebih benar dari agama yang lain.

Ini akan berlaku hanya apabila PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Adakah UMNO bersalah? PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum ini.

Kecoh Di Putrajaya Konon Negeri PR Beri Bonus RM1,000

Posted: 12 Aug 2011 05:04 AM PDT


Kecoh di kalangan kakitangan awam di Putrajaya bahawa negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat memberi bonus RM1,000 kepada kakitangan awamnya.

Hakikatnya, Kelantan juga memberi jumlah yang sama dengan formula pemberian saguhati yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Mereka telah dipengaruh oleh dakyah menghasut yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak berkepentingan politik anti-kerajaan yang menjawat jawatan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Lebih hodoh lagi, mereka dibodohkan terang-terang tanpa mereka sedari kerana walaupun bonus RM1,000 sekalipun, Kelantan dengan 3 juta penduduk dan mempunyai hanya 6,000 kakitangan awam yang mereka gajikan, ternyata boleh memberi lebih dari itu.

Malaysia dengan 30,000,000 penduduk mempunyai 1,300,000 penjawat awam. Dari jumlah ini, katakanlah 1,000,000 adalah tanggungan persekutuan di bawah jabatan-jabatan persekutuan di negeri-negeri dan ibu pejabat di Putrajaya, ia menunjukkan kerajaan menanggung 4.3% jumlah penduduk negara ini. Hitungannya sama seperti yang digunakan oleh Kelantan.

Bayangkan Kelantan dengan 3,000,000 penduduk dan 6,000 penjawat awam yang mereka tanggung bersamaan hanya 0.2% , sudah tentulah mereka secara atas kertas berkemampuan untuk memberi bonus berkali ganda lebih tinggi dari apa yang diberi oleh Pusat kepada kakitangan awam bawah tanggungannya.

Ataupun, bayangkan dengan 1,000,000 kakitangan tanggungan Pusat dikecilkan kepada 60,000 sahaja. Bayangkan pula bonus dan gaji kakitangan awam sebesar itu.

Tapi apa boleh buat, Melayu malas mengira.

DAP Memerintah Pulau Pinang Lebih Buruk Dari Pemerintah Singapura

Posted: 11 Aug 2011 06:15 PM PDT

Larang pembesar suara waktu subuh
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2011/08/12

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.

Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan hukum syarak

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Jika pemerintah Singapura melarang azan dilaungkan dari pembesar suara, umat Islam negara tersebut boleh mempertimbangkannya atas alasan, di ceruk manapun negara itu, umat Islam adalah golongan minoriti kurang dari 20%.

Tetapi, jika di Padang Menora, yang dikelilingi perkampungan Melayudengan 99% penduduk Islam pun dipaksakan larangan menggunakan pembesar suara untuk azan dan tarhim di subuh yang hening, ini merupakan penghinaan besar ke atas umat Islam dan lambang kecelakaan sikap DAP Pulau Pinang yang mengatasi perbuatan pemerintah Singapura.

Bayangkan kerajaan PAS Kedah yang mempunyai tampuk pemerintahan sebuah negeri yang sanggup menjilat dan mencium kaki seorang wakil rakyat DAP di negeri itu, dan perbezaannya dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mempunyai seorang wakil rakyat PAS yang diterajang dengan hina dan bukan itu sahaja, umat Islam yang berjumlah 43% di negeri itu turut dijadikan biri-biri peliharaan sang singa. Ia adalah sesuatu yang jelas memalukan umat Islam keseluruhannya.

Itu belum di kira :

1. Isu bantahan DAP ke atas PAS Selangor berhubung serbuan ke atas gereja haram;

2. Isu bantahan DAP ke atas PAS Selangor berhubung penjualan arak;

3. Isu bantahan DAP ke atas PAS KL berhubung konsert artis luar negara;

4. Isu ahli politik DAP melafaz ayat al-Quran secara tunggang langgang dan menerima sorakan PAS;

5. Isu BERSIH dan isu air Selangor (di mana kerajaan negeri merancang menyerahkan projek urus air kepada syarikat Singapura atas nasihat DAP), yang mempergunakan PAS;

6. Isu perempuan DAP yang tidak suci diangkat sebagai pemimpin dan di benarkan berucap dalam masjid oleh puak-puak sesat PAS demi wang ringgit yang bakal dihulur.


Semua ini berpunca dari Nizar Jamaluddin yang dengan jelas, memberi indikasi kepada DAP bahawa, PAS adalah tunggangan yang patuh dan tidak akan sesekali membantah. Ini berlaku 3 tahun lalu. Akibat membantah saranan Mufti Perak supaya PAS dan UMNO pada waktu itu bersatu dan membentuk kerajaan campuran, dan menghina Mufti, PAS hilang maruahnya satu persatu dan tidak siapa dapat membantah bahawa Yang Maha Esa memberikan pengajaran kepada PAS melalui cara yang sangat memalukan.

Insaflah para ahli PAS, adakan referendum seluruh ahli untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Selepas itu, musnahkan parti ini, dan namakan ia dengan sesuatu yang baru, yang tidak lagi membawa sial bulan sebutir bernama PAS.

Tiada ulasan:

Pengikut