Ahad, 7 Ogos 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو

Posted: 07 Aug 2011 07:07 AM PDT

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو


Remaja sekarang tiada adab

Posted: 06 Aug 2011 12:03 PM PDT


Budak-budak zaman sekarang tak sama macam budak dulu-dulu, yelah dah moden, segala-galanya mudah, budak budak sekarang pantang susah sikit, banyak komplen, lembik. berbeza dengan budak-budak zaman dulu. Kalau tengok dari segi penggunaaan bahasa langsung tiada hormat dan 'cakap lepas tak bertapis'. Sungguh memalukan.

Sekarang ni, budak-budak zaman sekarang banyak terpengaruh dengan tingkah laku, pengucapan, gaya personaliti pelakon di kaca television. kalau watak yang baik, maka baik la jadinya, kalau jahat watak yang dibawa dan artis tersebut mempunyai pengaruh yang kuat, maka akan menjadi ikutan, mahu dari gaya dan kata-kata dari skrip.

Bukan nak menyalahkan filem & drama dikaca TV, tapi ini realitinya, sebagai contoh, filem KL Gongstor(bukan nama sebenar) yang mendapat sambutan hangat oleh remaja-remaji, dengan memaparkan barisan pelakon hebat! sehinggakan tingkah laku, gaya serta ucapan pelakon tersebut, menjadi ikut-ikutan, sampaikan terbawa-bawa dalam urusan seharian dan tak menggambarkan sebagai seorang muslim dan budaya masyarakat malaysia, yang mana secara tak langsung sedikit sebanyak, boleh menyinggung perasaan bagi yang sensitif. yelah, berpada-padalahlah. Ibu bapa perlulah pantau, jangan sampai ramaja-remaja atau anak anak kita, semakin biadap dan tiada adab, akibat pengaruh dari media elektronik ini.

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 07 Aug 2011 07:05 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


SEKINCHAN - REMAJA MENUNGGANG MOTORSIKAL TANPA LESEN MEMANDU TERBABIT KEMALANGAN

Posted: 06 Aug 2011 09:45 AM PDT

SEKINCHAN – Kemalangan membabitkan dua buah motorsikal di persimpangan Taliair Tujuh Sungai Leman petang semalam menyebabkan seorang penunggang warga emas mengalami cedera parah di kaki kanan, manakala seorang lagi penunggang hanya mengalami cedera ringan.

Menurut orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila sebuah motorsikal penunggangnya seorang remaja menunggang secara laju dari Tanjong Karang mengarah ke Sungai Besar gagal mengelak motorsikal warga emas terbabit yang sedang melintas untuk pergi ke masjid. Orang ramai dan penduduk tempatan yang berada di tempat kemalangan juga telah membantu mangsa yang cedera sementara menunggu ambulan tiba. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hopital Tanjong Karang manggunakan ambulan.

Ketika disoal di tempat kejadian, remaja terbabit yang berasal dari kampong Haji Razali Tanjong Karang dalam perjalanan untuk pergi ke rumah saudara di Sungai Besar dan tidak memiliki lesen memandu.

Kemalangan juga menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalulintas, namun anggota polis dan polis trafik yang tiba ke tempat kemalangan dapat mengawal keadaan lalulitas lancar semula.

Keadaan kedua-dua motorsikal yang terbabit kemalangan petang semalam.

Keadaan lalulintas ketika di tempat kejadian di Taliair 7 Sungai Leman, Sekinchan.

Keadaan salah seorang penunggang (Warga Emas)yang
terbabit kemalangan parah sebelah kaki kanan sedang
dibantu penduduk sekitar dan orang ramai sementara
meunggu ambulan tiba.

bumiyang

Posted: 07 Aug 2011 03:37 AM PDT

bumiyang


Dr Hasan Ali - Saya Rela Dipecat, Tunggu Apa Tindakkan Pas!!!

Posted: 06 Aug 2011 10:39 PM PDT

Bukti 911 Angkara Yahudi???

Posted: 06 Aug 2011 08:28 PM PDT

Dah Bayar Zakat Fitrah?

Posted: 06 Aug 2011 06:52 AM PDT

Politik Harian

Posted: 07 Aug 2011 03:26 AM PDT

Politik Harian


Isu Gereja DUMC: Haji Hadi Lebih Sayangkan Lim Kit Siang Dari Perjuangan Islam

Posted: 07 Aug 2011 02:17 AM PDT


Seperti apa yang aku katakan sebelum ini... Bukan menjadi satu rahsia lagi Pas hanya bukan sekadar budak suruhan, rupa-rupanya lebih teruk daripada apa yang disangkakan. PAS sekadar mempunyai "taring palsu" yang boleh dicabut sesuka hati oleh sekutunya.

Sumber memberi tahu, Pimpinan PAS telah mengesa agar Hassan Ali memohon Maaf diatas kebiadapan nya menyerbu Gereja tempoh hari. Hassan Ali tidak sepatutnya membelakangkan sekutu DAP dalam hal ini dan sewajarnya sebarang tindakan dari Hassan Ali perlu dirujuk kepada parti terlebih dahulu.

Hassan Ali sekali lagi dipaksa menutup mulut oleh pimpinan PAS dan dari ini maka jelaskan kepada kita semua PAS sudah tidak relevan dalam memperjuangkan apatahlagi mempertahankan Islam. PAS tunduk dan akur pada DAP Kafir demi meraih undi si Kafir dan ini jelas pada kita PAS sudah semakin hancur menjadi Barua kepada DAP.

Hassan Ali dilaporkan terus keluar dari bilik mesyuarat dan enggan ditemubual sebaliknya menyatakan Presiden Parti akan membuat kenyataan berhubung pekara tersebut.

Kenyataan yang tidak masuk akal! Haji Hadi persalahkan UMNO/BN pula? Rakyat bukan bodoh untuk diperbodohkan oleh puak PAS!

PAS hari ini mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru. Jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

"Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

"PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,"katanya selepas pada sidang media di sini.

Beliau terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat. Tambah Hadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam. Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Lim Guan Eng Gelabah Gara-Gara Rahsia Harga Barang Naik Terbongkar

Posted: 07 Aug 2011 01:30 AM PDT


Sahabat Generasi Pejuanga Bangsa (PB) dari Penang hari ini memberitahu anjing pengesan puak DAP dapat menghidu dengan pantas berhubung isu pendedahan klip video yang menceritakan kenaikan harga barang sebenarnya disebabkan oleh parti DAP. Pendedahan tersebut disiarkan melalui You Tube bukannya TV3 atau RTM.

Sehubung dengan itu hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng DAP terpaksa menjawab isu tersebut hingga disiarkan di muka hadapan Akhbar Sinar Harian.

Menurut Sahabat PB apa yang DAP takut sangat video di You Tube yang baru lebih 25,000 telah views hingga perlu jawab di sidang media ? Blog Hanief buat banyak video memburukkan BN dan UMNO sekali di you tube, ada ke pemimpin UMNO pi buat sidang media marah seperti Guan Eng ini ?

Nampak jelas mesej yang cuba disampaikan dalam video itu memang benar la sebab Guan Eng dan DAP telah melompat !

Kata PB lagi, tak perlu la Guan Eng putar belit dan bercakap seperti lidah biawak dengan menyatakan video ini cuba menimbulkan ketegangan kaum. Semua kaum ada di dalam video itu dan kita faham mesej yang ia cuba sampaikan tentang isu kenaikan harga barang.

Memang benar DAP lah punca segala kenaikan harga barang di negara ini, mereka arahkan penyokong-penyokongnya terdiri daripada pemborong, supplier, peruncit ini naikkan harga barang supaya nanti rakyat marah kepada kerajaan .

Agenda jahat sebenarnya dibuat oleh DAP yang jelas main politik kotor !

Tonton video tersebut disini...

Syabas PB, Lim Guan Eng sekarang hampir TKO! Hari-hari kena palam dengan blogger Penang hahaha!

Khabar Angin Rombak Exco Kerajaan Negeri Pahang Tidak Benar

Posted: 07 Aug 2011 01:00 AM PDT


Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan khabar angin kononnya beliau akan melakukan rombokan kecil exco negeri tidak lama lagi.

Beliau menegaskan, tiada sebab untuk melakukan rombakan tersebut memandangkan semua anggota exco telah menjalankan tugas dengan baik.

"Soal rombakan exco tidak timbul sama sekali. Saya berpuas hati dengan semua anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

"Berita tersebut mungkin sengaja digembar-gemburkan atau hanya cakap-cakap kedai kopi yang tidak boleh dipakai,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Titipan Kasih di masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung Simpang Pelangai semalam.

Jangan tak tahu politik kedai kopi pun sama hebat dengan politik di Parlimen, boleh gegar satu negara bro...

Tangguh! : Anwar Sentiasa Elak Bela Diri, Sebab Tiada Alibi

Posted: 07 Aug 2011 12:00 AM PDT


AIDCNews – Sejak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri pada 16 Mei hingga ke hari ini, Ketua Umum PKR itu dilihat berusaha mengelakkan dirinya daripada tampil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Sudah dua kali mahkamah telah menetapkan tarikh untuk Anwar membela diri namun kedua-duanya dirombak oleh pihak Anwar dengan permohonan-permohonan baru supaya akan wujud bicara dalam bicara sehingga berjaya mengelakkan Anwar tampil beri keterangan bela diri.


Kali pertama, mahkamah tetapkan pada 6 Jun hingga 30 Jun, namun empat hari menjelang tarikh membela diri, pada 2 Jun, Anwar membuat permohonan baru untuk menggugurkan hakim. Klik di sini

Pada 6 Jun, hakim membuat keputusan tidak akan mengundurkan diri kerana tiada merit dan ini merupakan percubaan ketiga Anwar mahu menggugurkan hakim.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Zabidin membenarkan permohonan barisan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut selama 37 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah menetapkan pada 13 Julai untuk prosiding bermula semula.
Klik di sini dan di sini

Pada 6 Julai, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar terhadap keengganan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah membuat keputusan tersebut setelah menimbangkan hujah-hujah pihak peguam bela dan pendakwa raya.

"Kami berpendapat tidak ada sebab kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Jun lalu," katanya.

Susulan keputusan mahkamah menolak rayuan itu, peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menangguhkan sebutan pada 13 Julai ini.

Bagaimanapun, Hasan tidak membenarkan permohonan Karpal tersebut. Klik di sini, sini dan di sini
Anwar berjaya menangguhkan diri daripada membela diri dengan permohonan menggugurkan hakim selama 40 hari iaitu dari 2 Jun hingga 13 Julai.

Pada 13 Julai, mahkamah sekali lagi menetapkan tarikh baru untuk Ketua Umum PKR itu membela diri iaitu dari 8 Ogos hingga 26 Ogos.

Namun 14 hari sebelum tarikh Anwar membela diri pada pada 26 Julai dan 1 Ogos Ketua Umum PKR itu membuat dua lagi permohonan baru untuk menemu bual 15 saksi terlebih dahulu, sebelum beliau membela diri. Klik di sini dan sini

Nampaknya Anwar kembali mengulangi taktik lama seperti yang pernah dilakukan pada 6 Jun lalu iaitu membuat permohonan baru untuk mengelakkan dirinya memberi keterangan.

Bermakna pada 8 Ogos, sepertimana yang ditetapkan Anwar membela diri terpaksa ditangguhkan kerana mahkamah terpaksa membicarakan kedua-dua permohonan Anwar untuk mendapatkan 15 saksi tersebut.

Persoalannya kenapa Anwar kelihatan keberatan untuk membela diri ?

Kenapa beliau sentiasa mengelak dan sentiasa mencari helah untuk menangguh-nanguhkan kes ?

Sebab yang paling besar adalah Anwar Ibrahim tidak ada alibi untuk mempertahankan dirinya. Klik di sini dan sini

Kita tunggu apa langkah Anwar seterusnya…

sumber AIDC

Plat No “KDA 1” Bernilai RM112,200

Posted: 06 Aug 2011 11:00 PM PDT


Nombor pendaftaran kenderaan "KDA 1" mencatat sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sebagai nombor yang paling tinggi dibida iaitu dengan harga RM112,200 oleh individu kenamaan di negeri ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, selain "KDA 1", antara nombor pendaftaran lain yang dibida dengan harga yang tinggi ialah "KDA 11" dengan nilai RM18,480; "KDA 212" (RM11,100) dan "KDA 118" (RM1,010).

"Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan ramai yang beratur di kaunter bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

"Jumlah kutipan yang diperoleh oleh JPJ daripada nombor "KDA 1" hingga "KDA 9999" ialah RM762,601.90," katanya selepas merasmikan kaunter online JPJ di Stadium Darul Aman di sini semalam.

Menurutnya, nombor pendaftaran KDA telah habis ditempah dan kini nombor pendaftaran KDB pula dibuka untuk tempahan mulai Rabu ini hingga 17 Ogos.

Tunggu tunggu..! Aku pun nak tempah KDA 916 Untuk Anwar Ibrahim
"Bodek Sikit Supaya Dapat Jadi MB Kedah Lantikan..."

SimplySiti Tiada DNA Babi

Posted: 06 Aug 2011 09:37 PM PDT


Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.

Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

"Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.

"Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM," ujarnya dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Sabtu.



Siti menjelaskan tuduhan sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu telah mendakwa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.

"SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti.

"Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini.

"Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami," ujarnya.

Jelas Siti, pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini.

Ni mesti puak pembangkang punya kerja sebar fitnah!!

Pemuda UMNO Selar Kerajaan Pakatan Pembangkang Robohkan Asrama Yayasan Selangor

Posted: 06 Aug 2011 09:00 PM PDT

Pen. Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, ini membuktikan kerajaan Selangor tak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana nak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan.

Adakah ini model negeri kebajikan yang sering diwar-warkan pakatan pembangkang? Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan membuktikan mereka kerajaan berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini.

Menurut Datuk Megat, "Menteri Besar, Tan Sri Khalid memandang remeh kewujudan Yayasan ini malah mengabaikan asrama dan pembelajaran anak-anak murid Yayasan, tiada pembelaan darinya.

"Inilah yang saya katakan, inilah kemungkinan modul negeri kebajikan pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR negeri Selangor."

Asrama Yayasan Selangor selama ini telah memberi khidmat bakti melahirkan insan "khamil", kini hendak dirobohkan semata-mata dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. Semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan ada pihak mengaut keuntungan peribadi.

"Saya percaya, alasan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab sekadar "wayang dan lakonan" bagi kerajaan Tan Sri Khalid terus membodohkan rakyat Selangor.

"Tiada pembelaan oleh kerajaan selangor terhadap satu institusi yang cukup murni, yang selama ini menjadi harapan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang pintar tapi kurang kemampuan wang ringgit untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Ini membuktikan Tan Sri Khalid dan kerajaannya tidak ada rasa tanggungjawab sosial kepada anak-anak Selangor ini yang bernaung di bawah Yayasan," tambahnya. -Pemuda UMNO

Ahli Puteri UMNO Kini Cecah 360,000 Orang Mantop!

Posted: 06 Aug 2011 08:00 PM PDT

Dato' Siti Nurhaliza Tak Nak Join PU3 Ke?

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata usaha agresif pergerakan itu dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakanitu kini mencecah 360,000.

Jelas beliau pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.

"Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan," katanya.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri UMNO akan menjadi nadi kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat.

Sumber: UMNO-Online

Isu Gereja DUMC: Hasan Ali Rela Di Pecat Dari Parti "Kluk Klek"

Posted: 06 Aug 2011 07:00 PM PDT


Bukan menjadi satu rahsia lagi Pas hanya bukan sekadar budak suruhan, rupa-rupanya lebih teruk daripada apa yang disangkakan… Ingatkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempunyai taring, namun sekadar "taring palsu" yang boleh dicabut sesuka hati oleh sekutunya.



Inilah nasib pemimpin PAS... DAP gertak sikit PAS dah goyang.... Hasan Ali keluar sahaja lah dari PAS, berjuang dengan bebas untuk agama bukan untuk Parti yang "kluk-klek".

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membidas Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat hari ini dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Menurut sumber, Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Blogger Pembangkang Dah Start Balun Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim, Azmin Ali Dan Hasan Ali

Posted: 06 Aug 2011 06:00 PM PDT

Tak boleh pakai punya blogger...
habis duit berjuta.. last2 balun aku balik!

Nampaknya isu serbu Gereja DUMC menjadi backfire pula kepada pemimpin pembangkang apabila blogger pro-pembangkang sendiri mengutuk pemimpin mereka secara terbuka. Aduss panas telinga beb....

Berikut adalah diantara luahan dari blogger Penarik Beca (http://penarikbeca.blogspot.com) dan BlogList Malaysia (http://bloglistpolitik.blogspot.com) :



Balik kepada cerita Ustaz bodoh. Saya rasa dalam Jais bersepah-sepah jenis Ustaz bodoh. Sebab tu depa selalu buat keja bodoh. Jais tak pernah saya nampak naik darjah dari dahulu hingga sekarang. Dok bodoh situlah.

Alangkah malangnya jika hal ehwal agama Islam ditadbir oleh jenis-jenis Ustaz bodoh.

Dalam perang pun tak boleh kita langgar dan serang rumah ibadat orang bukan Islam. Kalau pun konon ada bukti ada berlaku pengembangan agama, bukti tu kena disiarkhabarkan dahulu semua semua umat Islam boleh sedar - sentiasa alert. Bukan main serbu rumah ibadat agama macam segerombolan lebai bangang. Cuba tunjuk dalam sejarah Islam kalau Nabi s.'a.w.w. pernah mengkasari rumah ibadat agama lain? Mengaji agama, tapi tak reti agama. Lepas tu berlagak pulak macam pandai sangat.

Kalau ada bukti depa nak kembangkan agama Kristian kepada orang Islam, nak simpan buat apa? Bagi tau kepada seluruh dunia. Pastikan bukti itu tak boleh orang dispute. Beyond reasonable doubt. Kalau betul ada bukti, hampa ingat orang Islam nak duduk diam?!!

Lagi pun, kalau ada bukti, perbuatan itu bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Kalau ada bukti, awat dok bodoh sangat dan tak dakwa dalam mahkamah?!

Tak pa la Jais tu. Dah bodoh, nak buat lagu mana. Dr Hasan pun sama - saya tidak pernah nampak dia cerdik. Jenis kalau Umno pun puji dia, jenis tu dah tak boleh ambil kira dah.

Tapi yang saya nak kata padan muka ialah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Hari tu, bila PAS dah tak lantik Dr Hasan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, dia dah ada sebab untuk gantikan Mamat tu dengan orang lain. Tapi dia nak tunjuk baik, tunjuk gentleman konon, walaupun dah macam-macam Dr Hasan kata kat dia (saya dengar sendiri rakaman pertemuan Dr Hasan dengan Pemuda PAS di Selangor).

Kalau setakat Dr Hasan Ali pun Khalid lembik dan tak boleh buat, Azmin Ali tak payah cakap la. Sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim panggil mengadap bagi tounge lashing cukup-cukup untuk pastikan Azmin tak digugat macam sebelum pemilihan PKR dulu, habislah Khalid!

Dilihat cerdik dan tak ada rekod rasuah sahaja tak cukup, Khalid. Rakyat juga perlukan Menteri Besar yang tegas dan berani walaupun terhadap jenis macam Azmin dan Anwar sekalipun. Ni dengan Dr Hasan Ali pun tak berani! - Penarik Beca

Emmr hentam dah ok, tapi sayang bahasa yang di gunakan oleh blogger pembangkang ini begitu teruk dan kasar sekali... Inilah sebenarnya ajaran yang di bawa oleh Puak Pakatan Pembangkang.

Info-MIM

[video inside] Pengumuman Harga Barang Naik Tengah Malam Ini

Posted: 06 Aug 2011 09:13 AM PDT




BERSIH. Dari Hati yang bersih... Utamakan rakyat.  Menolak pakatan rakyat dan rakyat dahulukan. Beli barangan dengan harga murah Di Kedai 1 Malaysia.

Anwar Ibrahim Memburukkan Nama Malaysia Di Luar Negara

Posted: 06 Aug 2011 08:00 AM PDT

Anwar telah berjumpa dengan Estrada pada 5 Ogos 2011

Pihak berkuasa perlu merampas pasport antarabangsa Anwar Ibrahim bagi menghalang Ketua Pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

Ini juga bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia




Baca kenyataan Anwar di bawah, dan disini juga..

"Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan," kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

"Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong," kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding.

"Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding," ujar Anwar.

Anwar keluar negara, mencanang cerita bohong dan fitnah supaya orang percayakannya. Di Arab dan Eropah, Anwar sudah tidak boleh lagi cari makan. Sebab tu dia ke negara Asean, minta pertolongan dan bantuan dari dana-dana tertentu. Thailand dia tak pergi, sebab ke Thailand kalau dia pergi pun untuk 'membuang air' saja.

Tujuan Anwar kesana-sini sebenarnya semakin terdesak dan cuba untuk meraih simpati ketika PRU-Ke13 hampir tiba.

Info-KedahkeKL-Online:

Baca juga Artikel di bawah:

Sekali Lagi, Azmin Kena Penampar Jepun Wan Azizah
Nurul Izzah Terdesak, Heret Najib & Rosmah Ke Makamah

Mahfuz Omar Cedera Terlibat Dalam Kemalangan?

Posted: 06 Aug 2011 05:47 AM PDT

Mahfuz Omar juga dikenali sebagai Mr Bean 

Mr. Bean cedera ringan terlibat dalam kemalangan hahaha.... Bukan Mahfuz lah yang terlibat dalam kemalangan tersebut... Ini real punya Mr Bean hahaha... Aduih, kurang pahala aku hari ni....

LONDON 6 Ogos - Aktor komedi Britain, Rowan Akitson yang terkenal dengan watak Mr. Bean, telah keluar daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan ekoran terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok, semalam.

Akitson yang mengalami kecederaan bahu selepas kereta F1 McLaren yang dipandunya tergelincir di sebatang jalan dekat Haddon, timur England, sebelum melanggar sebatang pokok dan terbakar.

Pelakon berusia 56 tahun itu sempat keluar dari kawasan kemalangan sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut. - AFP

Apa-apa pun jom kita view aksi Mahfuz Omar dalam The Making of "Mr Bean or Mr Bengong".

Sinopsis cerita mahu rampas kerusi MB Kedah

Langkah seterusnya cucuk & tikam belakang Azizan
untuk rampas title MB Kedah

Seterusnya hahahaha! no komen... lu pikiiiirr laaa sendiri!

SENJALIZA

Posted: 07 Aug 2011 03:05 AM PDT

SENJALIZA


1Hassan VS 2Khalid @2K

Posted: 06 Aug 2011 07:39 PM PDT

Hi..Tengah SMS @ MENYURUH 2K ker - 2Khalid?
Sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".
Inilah kenyataan Dr Hassan Ali. Bagaimanapun ianya "NOT GOOD ENOUGH" kepada DAP.
"Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat."Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,".
Bagaimanapun tindakan Dr Hassan ini sememangnya tidak disenangi DAP terutama pemimpin DAP seperti Ronnie Liew dan Teresa Kok yang ternyata selama ini dingin dengan Dr Hassan Ali. Dr Hassan, dengan demikian, terpaksa menghadapi 2Khalid. Kalo di Selangor 2Khalid ini disebut Khalid Gagap dan Khalid Gereja. Dalam apapun keadaan, 2Khalid ini sentiasa angkat dan junjung pemimpin  DAP dan 2anak-beranak yang tengah SMS mereka. (lihat gambar di atas), 2anak-beranak yang sibuk tanguh-tangguh plus dolak dalik dan 2anak beranak lagi yang mengaku "king".

MB Gagap pula sudah mula bergagap dengan mengeluarkan kenyataan yang bunyinya mengancam Dr Hassan dan MENJUNJUNG ARAHAN DAP!. Inilah Menteri Besar Pujaan Hati Pakatan Pembangkang..Anda tak nampak cucuk di hidungnya tapi anda tahu dia dicucuk hidung dan menjadi Pak Turut Besar!

Rasanya 2KHALID ini kenalah diberi status "REST" oleh Rakyat Selangor dalam PRU13 kelak> Jika tidak HIDUNG MEREKA AKAN berdarah (sebab terlau kerap dicucuk)

RELATED
-12 MELAYU ISLAM BERBUKA D GEREJA : KENYATAAN RASMI HASAN ALI !! 
-Kes Gereja GMDU: Memang ada usaha memurtadkan penganut agama islam: Dr Hassan Ali 

tunku

Posted: 07 Aug 2011 03:01 AM PDT

tunku


HOW TO SPEND RAMADHAAN

Posted: 06 Aug 2011 09:00 AM PDT

The month of Ramadhaan is the season of Divine Blessings. It is the month of purification and meant for annual renovation of the inner spiritual qualities. It is a golden opportunity for every Muslim to strengthen his Imaan, purify his heart and soul and remove the evil effects of the sins committed. This month invites a Muslim to minimise his mundane involvements and maximise the acts of worship. One should plan his schedule for this month beforehand, so as to spare maximum time for 'ibaadah.

Below is a brief list of the acts which should be carried out in Ramadhaan with due care:

1. To offer every prayer with congregation in the Musjid.
2. To rise up a little earlier than the exact time of suhoor and to offer the Salaah of Tahajjud. There is no prescribed number of the Tahajjud prayer, yet, it is better to pray 8 rak'ats.
3. To offer the nafl (optional) prayers of Ishraaq (two rak'ats after sunrise), Dhuhaa (Four rak'ats which may be performed at anytime after Ishraaq before noon) and Awwaabeen (six rak'ats after Maghrib).
4. The recitation of the glorious Qur'aan. No specific limit is prescribed, but one should recite as much of it as he can.
5. To remember Allah frequently through different prophetic recitations, such as the following: Subhaana Allaah wa bihamdihi subhaana Allaahu al-Adheem, Laa hawla walaa quwwata illaa bi-llaahi al-aliyy al-adheem, subhaana Allaahu wa alhamdulillaah wa laa ilaaha illa Allaahu wa Allaahu Akbar, Astaghfiru-llaah lladhee laa ilaaha illaa huwa al-hayy al-qayyoom wa atoobu ilayhi, Allaahumma salli alaa muhammadin al-nabiyy al-ummiy wa-alaa aalihi wa-sallim tasleeman. Apart from reciting these phrases, one hundred times each, at a particular time, they may also be continued frequently throughout the day, even if one is engaged in some light work, when walking and when in bed.
6. Prayers and supplications (du'aa): No particular prayer is prescribed. One can pray for everything he needs both in this world and in the Hereafter. However, the supplications of the noble Prophet sallallahu alayhi wasallam are so comprehensive that they encompass all that a Muslim can need in his life and after his death. It is therefore, much advisable to pray to Allah Almighty in words used by our noble Prophet sallallahu alayhi wasallam. There are several books wherein these prophetic supplications have been compiled. Below are the names of two books which should be kept by every Muslim in his home and be used for praying daily: Al-Hisnul Haseen by Allaamah Al-Jazri and Munaajaat-e-Maqbool by Maulana Ashraf Ali Thaanvi
7. Giving Sadaqah (charity): Apart from paying Zakaat, which is obligatory, one should also spend optionally in Ramadhaan to the best of his ability. It is reported in authentic Ahaadeeth that the noble Prophet sallallahu alayhi wasallam used to pay special attention in Ramadhaan to look after the poor and help them financially. Therefore, a Muslim should give as much money in Sadaqah as he can afford.

سڬالاڽ موڠكين

Posted: 07 Aug 2011 01:34 AM PDT

سڬالاڽ موڠكين


Isu Murtad

Posted: 06 Aug 2011 11:01 PM PDT

Artikel Ustaz Ridhuan Tee yang turut menyatakan kebimbangan beliau tentang isu murtad Dan gereja di Damanasara Utama

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku.

Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.

Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal.

Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Hanya RM1000,

Posted: 06 Aug 2011 03:55 PM PDT



Berilah pendidikan agama kepada anak-anak kita supaya aqidahnya tak mudah terpesong......Berilah pendidikan duniawi secukupnya supaya mereka tidak mudah menjadi kufur.

Islam terancam!

Posted: 06 Aug 2011 11:35 AM PDT


Portugis, Inggeris, Belanda dan Jepun boleh menjajah kita secara fizikal dan penjajahan pemikiran tetapi mereka tetap gagal mengugat akidah umat Islam. Usaha secara halus dan diplomasi sentiasa terus berjalan secara senyap dan terbuka. Awas!

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Aug 2011 01:26 AM PDT

Taipingmali (tm)


Masalah lemah Bahasa Inggeris kepada lepasan SPM

Posted: 07 Aug 2011 12:31 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri menyuarakan rasa tidak puas hati tentang pencapaian Bahasa Inggeris kepada pelajar lepasan SPM telah 13 tahun belajar bahasa tersebut dan mahukan satu kajian dibuat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu satu kajian dilakukan untuk melihat semula masalah yang dihadapi pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Menteri Pelajaran itu memaklumkan arahan telahpun dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran kerana penguasaan bahasa tersebut adalah penting kerana merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

"Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Saya sendiri tidak mampu menjawapnya," katanya.
Muhyiddin berpendapat rata – rata pelajar merasakan mempelajari Bahasa Inggeris adalah tidak penting sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah terutamanya ketika di peringkat awal universiti.

Kelemahan lepasan SPM dalam penguasaan bahasa ini amat ketara sekarang kerana banyak faktor, antara yang dapat dikesan oleh TM ialah;
  1. Zaman dahulu bilangan pelajar lepasan SPM atau MCE adalah sedikit jumlahnya. Ini kerana pelajar yang kandas dalam common entrance semasa berada di peringkat rendah tidak lagi dinaikkan ke sekolah menengah dan mereka kekal sebagai pelajar cicir, ini dasar penjajahan British.
  2. Kemudian selepas sistem pelajaran diambil alih oleh kerajaan daripada penjajah, common entrance dihapuskan dan pelajar di nilai pada peringkat SRP atau LCE. Pelajar yang gagal dalam peperiksaan tersebut akan menceburi sektor pekerjaan kolar biru.  
  3. Jumlah pelajar yang naik ke tingkatan 4 berkurangan 50-60 peratus mengikut persekitaran persekolahan. Pada zaman ini sistem persekolahan menengah mempunyai 2 aliran. iaitu aliran Inggeris dan alisan Melayu. 
  4. Pelajar Melayu pada awal tahun 60an dan 70an dinafikan hak mereka untuk belajar bahasa Inggeris secara halus. Seorang calon SPM walau pandai macam mana pun bahasa Inggeris nya ia hanya layak mendapat Pangkat  gred 7D.  Hanya calon MCE layak mendapat gred A1 atau A2.
  5. Sistem berubah lagi bila MCE dihapuskan, waktu ini semua calon SPM layak mendapat markah tertinggi iaitu A1, tetapi bagi pelajar di sekolah kampung pencapaian masih rendah kerana faktor persekitaran.
  6. Ini salah satu sebab paling utama, bilangan pelajar di sekolah mission school seperti Treacher, Methodist, Convent, St George semakin berkurang diperingkat rendah dan menengah. Pelajar Melayu semakin gemar menghantar anak mereka ke sekolah sekolah menengah kebangsaan, SMBP, Mara dan lain-lain
  7. Pelajar Cina juga sudah mula menjauhkan diri dari sekolah mission kerana tertarik dengan politik Dap yang mahukan orang Cina belajar di sekolah Cina sehingga ke peringkat menengah dan tinggi (Pre-U).
  8. Di SMJKC ramai anak-anak Cina bukan saja gagal menguasai bahasa Inggeris tetapi penguasaan Bahasa Melayu juga ditahap amat teruk. Lihat wakil rakyat DAP di Dewan Rakyat dan Dewan Dun.
  9. Pelajar di mission school masih kekal dihuni oleh anak-anak India, Benggali, Cina modern bukan jenis  typical china dan sedikit Melayu.
  10. Pelajar Melayu kekal dengan sikap anti penjajah dan enggan berkompromi dengan bahasa ini terutama bagi mereka yang terpengaruh dengan dakwah Al-Arqam, Abim, parti politik Pas dll.
  11. Hari ini pelajar yang lulus 1 pelajaran dalam Pmr pun dibenarkan naik ke tingkatan 4 dan mereka inilah yang menyebabkan pencapaian bahasa Inggeris merosot  apabila dibuat peratusan penilaian.
  12. Faktor persekitaran seperti  tempat tinggal pelajar juga memainkan peranan penting. Anak-anak orang bandar Melayu, Cina, India dll lebih terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa pertuturan di rumah, tempat bermain, tuisyen, sekolah dan sebagainya. Mereka lebih gemar membaca buku-buku Inggeris, menonton filem Inggeris, berinteraksi dengan internet, menggemari muzik-muzik barat dan boleh dikatakan corak hidup mereka lebih orang putih dariorang putih.
  13. Jika kita buat tinjauan kepada pelajar kampung atau sub-urban atau suburb, ia bercampur-campur mengikut latar belakang keluarga. Ada yang hari-hari membaca buku, majalah dan akhbar Inggeris dan ada pula yang baca 2 buah buku (fiction)  bahasa Inggeris setahun.
  14. Perpustakaan juga hari ini kurang bahan-bahan bacaan Inggeris seperti tahun-tahun 60an dan 70an. Ambil contoh perpustakaan Taiping Perak. Dahulunya banyak bahan-bahan bacaan seperti Bambino, dennice the menace. bat man, popular mechanic, popular science, national geography dll, hari ini dibawah pentadbiran perpustakaan negara semua majalah tersebut digantikan dengan majalah tempatan berbahasa Melayu.
  15. Buku-buku fiction bahasa Inggeris hari ini juga amat mahal sedangkan ianya menggunakan kertas sayur yang memang murah. Tidak hairanlah minat membaca buku beralih kepada internet. itu pun kepada mereka yang berminat sahaja. Anak kampung  internet pun hanya berpeluang melayari di sekolah , itu pun bergantung kepada guru. 
  16. Guru bahasa Inggeris juga dibebani dengan tugas-tugas perkeranian yang membebankan mereka dan tumpuan untuk menyediakan carta-carta dan alatan mengajar semakin terhad. Setiap hari ada saja benda yang nak di key-in ke dalam sistem online.
  17. Methodology pengajaran bahasa Inggeris pun tidak dibuat secara betul seperti mana atau sewaktu guru-guru dilatih di institut perguruan. Masa latihan mengajar sahaja mereka rajin buat macam-macam alatan dan gajet tetapi selepas bergelar guru dan disahkan jawatan masuk kelas hanya bawa buku teks dan buku rujukan tanpa sebarang carta atau gajet.
  18. Ada guru yang hanya bergantung kepada soalan ramalan yang 99 peratus ( soalan tepat) untuk Upsr, Pmr dan Spm. Pengajaran dalam kelas juga lebih berorientasikan pandang,dengar dan tulis kurang aktiviti berkomunikasi. 
  19. Hanya yang mempunyai latarbelakang yang hebat sahaja akan menonjol dan mewakil pelbagai pertandingan bahasa inggeris seperti choral speaking. pelajar yang kelas hujung terus ditinggalkan.
  20. Cukuplah tu...

Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.

Posted: 06 Aug 2011 11:27 PM PDT

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.
http://ridhuantee.blogspot.com/2011/08/awasi-dakyah-kristian.html

Tidak izin walau ceroboh seinci

Posted: 06 Aug 2011 09:18 PM PDT

Oleh ROZAID A. RAHMAN dan IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


DIKATEGORIKAN sebagai kawasan paling sensitif ekoran ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang berlaku di Pulau Pandanan dan Pulau Sipadan sejak lebih sedekad lalu, Pulau Danawan kini diberikan perhatian penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi ATM, kerajaan menyalurkan bantuan tidak kira di bandar, luar bandar atau pulau-pulau termasuk rakyat atau bukan rakyat selagi mereka berada di bumi Malaysia.

"ATM juga akan sentiasa mengawasi perairan ini dan tidak akan mengizinkan walaupun seinci tanah pun diceroboh oleh pihak asing," katanya tegas.

Ahmad Zahid berkata, ia adalah jaminan rasmi Kerajaan kerana selain menjaga keselamatan dan memantapkan benteng pertahanan, kawasan-kawasan yang agak jauh dari bandar perlu diberikan keprihatinan dari segi pembangunan infrastruktur.

"Atas dasar kemanusiaan, kita membantu tanpa mahukan sanjungan atau pujian. Apa yang dilakukan ini tidak disalahtafsirkan. Keprihatinan kami adalah ikhlas.

"Sejak 2005 sehingga kini tiada insiden membabitkan kumpulan bersenjata yang memasuki atau bergerak aktif di sekitar perairan Timur Sabah," katanya.

Jelasnya, para penduduk di kawasan perairan dapat menjalani kehidupan dan aktiviti harian dengan bebas tanpa gangguan yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Sementara itu, Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman pula berkata, pulau-pulau di perairan Timur Sabah merupakan aset penting negara.
Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman.


"Amat penting bagi semua kawasan dikawal seketatnya daripada ancaman luaran mahupun dalaman demi menjaga keamanan negara," katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata, Op Pasir melibatkan semua aset di bawah Kementerian Pertahanan terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara di bawah Markas Tugas Angkatan Bersama 2 (MTAB2).

"Pendekatan bersama merupakan konsep penggabungan aset daripada ketiga-tiga perkhidmatan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi tersebut.

"Pada masa yang sama, kita mengadakan kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)," katanya.

Op Pasir juga meliputi inisiatif konsep rondaan mesra dan program bertanya khabar berikutan kepentingan menjalin hubungan dengan masyarakat setempat.

Selain itu, ATM melaksanakan program khidmat masyarakat atau Program Jiwa Murni bagi membantu masyarakat setempat khususnya di kawasan pedalaman secara berterusan dan konsisten.

BUKTI PAS TUNDUK KEPADA DAP SELANGOR

Posted: 06 Aug 2011 09:13 PM PDT

Nampaknya Pas sekali lagi terpaksa bermuasyarat untuk memutuskan apakah FATWA yang harus diumumkan kepada pengikut Pas seluruh negara dalam isu serbuan JAIS.

Pas sekali lagi campur tangan dalam urusan pentadbiran JAIS. Hairan kenapa dalam isu Ahmadiyyah dan Qardiani Pas mendiamkan diri tetapi bersabit isu serbuan di DUMC Pas terpaksa mencari fatwa baru. Apakah wujud tekanan daripada pihap DAP?

Tindakan Pas menunjukan mereka dalam keadaan terdesak untuk mencari pengaruh dan sokongan. Menentang JAIS bererti tunduk kepada DAP. menyokong JAIS bererti menentang DAP dan tunggulah azabnya dari DAP dan Pluralisme Pkr,

Ahad Ogos 7, 2011
PAS Pusat Bincang Isu JAIS Serbu Gereja


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya Ahad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.

"Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga mendapat penjelasan daripada PAS Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat PAS di sini pada pukul 10 pagi.

Dr Hasan, exco hal ehwal Islam negeri, bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selepas mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam pada majlis itu.

 Tunggu ! Nak tonton drama Pas Pis Pus dalam episod seterusnya.............

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/08/12-melayu-islam-berbuka-d-gereja.html

JAIS YANG SENTIASA DITENTANG

Posted: 06 Aug 2011 08:23 PM PDT

Ajaran Sesat Ayah Pin

Posted: 06 Aug 2011 08:13 PM PDT



kesesatan Ayah Pin telah dieksploit oleh pihak lain

Khalid Gereja naik baran dengan Dr Hassan Ali

Posted: 06 Aug 2011 04:09 PM PDT

Source: Malaysiakini - Jimadie Shah Othman (View expressed here is solely the opinion of the source)

Selangor PAS will demand an explanation from state exco member Hasan Ali over the latter's defence of the controversial Jais raid on Damansara Utara Methodist Church (DUMC) this week.
generation 709 220711 khalid samadSelangor PAS deputy commissioner Khalid Samad (left) however said that they will only comment on the matter after all the relevant information is in hand.

"We hope for all to exercise wisdom over this issue. We reserve comment until we get hold of the Jais report and top state leaders will meet with Hasan Ali to get his explanation," said the Shah Alam MP.

"We will see what is the evidence that he claims there is (to justify Jais' raid)," he added.

He said with the exception of "one leader", no one amongst them (PAS leaders) has raised the question of the alleged conversion of Muslims in relation to the DUMC event.

Hasan yesterday claimed that Jais had "proof" to back their disruption of the multiracial dinner at the church on Wednesday.
This came shortly after after Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim had expressed his regret over the incident and given assurances to the community.
NONESpeaking at a press conference at his office in Shah Alam, Khalid stressed that violation of places of worship of any faith is condemned in Islam.

He added that the presence of Muslims in a church does not mean that there was any proselytising as even the prime minister had recently visited a church.

"Najib (Abdul Razak) met the Pope at the Vatican, the biggest church in the world," he said.

He added that such acts of trespassing into places of worship only cause strains between communities.

"I just came back from Gaza where Israeli (troops) trespass into mosques. We object to this and feel bad about it. I believe that those of other faiths feel the same (about their places of worship)," he said.

He added that the fact that some participants were said to have tried to escape by the back door does not necessarily mean that any wrong was committed.

"That's a normal reaction. When someone storms into a place, people will run because they become scared," he said.
In a statement yesterday, Hasan, who is Selangor exco member in charge of Islamic affairs said that Jais, which falls under his purview, had "proof" to back their disruption of the multiracial dinner held at the church on Wednesday.

He claimed that preliminary investigations found evidence of "proselytisation".

This came shortly after Selangor MenteriBesar Khalid Ibrahim had expressed his regret over the incident and given assurances to the community.
 

Khalid gagap berang dengan JAIS dan Dr Hasan Ali

Posted: 06 Aug 2011 04:03 PM PDT

Cerita 1
azlan
Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," katanya.

Menteri besar menegaskan bahawa kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.



Cerita 2
Yuletide with the Senior Citizens CG of DUMC Thursday 20/12/2007

Yesterday night ( 20/12/2007) , I attended the Senior Citizens Home-E at the concourse of Dream Centre. We brought along our neighbour, Ms Yong and her friend, Mr.Ling.

Food was good and the caroling was fun. We had a good pretty,sassy and nubile violin player. There was a video show and two testimonies. The guests exchanged gifts and played games. All the old folks had fun.

In my mind, looking at the senior citizens,I know that I am approaching their state of physical and mental frame. Many were frail and weak and walked with supports and caregivers in tow. I wonder how many will be with us in Christmas 2008?

Whatever it is, 'tis the season of giving for our dear Lord, Jesus gave us his life that we may live forever more.

God Bless and have yourself a very merry, merry blessed Christmas and a bountiful New Year 2008.

by Heartsong

Cerita 3

Usaha terbaru Pas menjatuhkan Najib.

Posted: 06 Aug 2011 06:57 AM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.1

PAS malu besar isu Gereja

Posted: 06 Aug 2011 02:09 AM PDT

Sebagai komponan Pakatan Kapir Harbi dan Pakatan Pluralize party, Pas tersebut di tengah-tengah antara hidup dan mati.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar A Samad, berkata. Semua pihak tidak wajar menuding jari dan isu ini terlalu sensitif.

PAS Parit Buntar Mujahid Yusuf juga mahukan semua pihak diam dan jangan membuat apa-apa ulasan provokatif yang membolehkan ia kearah fitnah dan bohong.

Mujahid juga telah melanggar hak asasi manusia kerana menyekat kebebasan bersuara. Pas perlu akur dan menerima saja sebarang kritikan dan celaan yang dibuat oleh media.

Pas yang pakar manipulasi dan pakar fitnah terpaksa menunggu laporan JAIS pulak untuk buat sebarang keputusan.

Semua pemimpin besar Pas seperti Mat Sabu, Mat Put, Din Pudu, Khalid Gereja terpaksa zip mulut bukan kerana bulan puasa tetapi kerana malu besar.

Dahulu merekalah yang mengutuk UMNO yang membantah penggunaan Kalimah Allah di gereja.

Khalid Ibrahim pula kata dalam Selangor Times, dia kesal dengan apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church's (DUMC)

Senior Pastor Daniel Ho kata, lebih kurang 30 anggota polis dan JAIS menyerbu mereka tanpa waran dan ia bertentangan dengan artikel 10 perlembagaan persekutuan.

Ho kata, majlis jamuan itu dihadiri oleh 120 orang termasuk 15 Melayu. Ia adalah jamuan mempromosikan keamanan, harmoni, unity dan menggunakan alasan konsep 1 Malaysia.

Tambah Ho, jamuan itu bukan jamuan agama tetapi untuk sukarelawan yang mempunyai Aids/ HIV.

Tuan Ibrahim Tuan Man pula ada cerita menark di Harakah dan secara sinikal tidak setuju dgn tindakan geraja tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Daniel Arif

Posted: 07 Aug 2011 01:22 AM PDT

Daniel Arif


2 Pack Battery Kit For Olympus E-5 Digital SLR Camera Includes 2 Extended (1800 Mah) Replacement BLM-5 Batteries + LCD Screen Protectors + MicroFiber Cleaning Cloth in Boise

Posted: 04 Aug 2011 10:00 AM PDT

Store 2 Pack Battery Kit For Olympus E-5 Digital SLR Camera Includes 2 Extended (1800 Mah) Replacement BLM-5 Batteries + LCD Screen Protectors + MicroFiber Cleaning Cloth

2 Pack Battery Kit For Olympus E-5 Digital SLR Camera Includes 2 Extended (1800 Mah) Replacement BLM-5 Batteries + LCD Screen Protectors + MicroFiber Cleaning Cloth

Zoom

  • This Kit Includes Some Of The Essential Accessories You Need To Take Full Advantage Of Your New Olympus E-5 Digital SLR Camera.
  • (Qty. 2) Hi Capacity Lithium 1800mAH Replacement extended Battery For Olympus BLM-5
  • ButterflyPhoto Micro Fiber Cleaning Cloth - Safely Removes Fingerprints and Dust, Cleans Without Chemicals
  • Deluxe Universal 5 LCD Screen Protectors

Read full description

 

2 Pack Battery Kit For Olympus E-5 Digital SLR Camera Includes 2 Extended (1800 Mah) Replacement BLM-5 Batteries + LCD Screen Protectors + MicroFiber Cleaning Cloth

Price: $29.95

Belantan

Posted: 06 Aug 2011 11:47 PM PDT

Belantan


Isu serbu gereja - JAIS ada alasan kukuh!

Posted: 06 Aug 2011 12:31 PM PDT

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

"Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

"Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan," kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

"Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai," katanya.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "Quran" dan "pray" diselitkan pada ucapan di majlis itu.

"Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Larikan diri

"Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang," katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

Bukti serbuan JAIS berasas

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau 'bawah tanah'.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan 'bawah tanah' ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Nampaknya Dr. Hasan Ali berseorangan dalam menangani isu ini. Atas ketegasan mempertahankan tindakan JAIS, beliau kini diasak kiri dan kanan oleh para penentang beliau baik dari dalam mahupun juga dari luar parti PAS! MB Khalid mahukan JAIS menyiapkan lapuran tentang serbuan tersebut dan akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Sultan Selangor manakala PAS Selangor melalui Khalid Samad sendiri menuntut penjelasan dari Dr. Hasan Ali.

Demi memartabatkan Islam dinegara ini, tindakan tegas JAIS haruslah dipuji. Samada JAIS berada di bawah kerajaan BN atau kerajaan PR, yang pentingnya mereka menguatkuasakan undang-undang Islam. Pegawai-pegawai JAIS ini menjalankan tugas mereka kerana Allah swt dan ketegasan Dr.Hasan Ali mempertahankan tindakan mereka atas prinsip berani kerana benar. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 06 Aug 2011 11:46 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


POLITIK PAS LEMAHKAN ISLAM

Posted: 06 Aug 2011 10:41 PM PDT

PANAS : INIKAH BALASAN YANG SEPATUTNYA DITERIMA OLEH DR HASSAN ALI

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan"...

Empayar Pemuda

AZLI SHUKRI

Posted: 06 Aug 2011 11:41 PM PDT

AZLI SHUKRI


Hassan Ali Dizalimi

Posted: 06 Aug 2011 11:04 PM PDT

Percayalah - Dengan nama Allah Yang Maha Besar - Dr Hassan Ali berada di pihak yang benar. Beliau menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Serbuan JAIS dilakukan setelah mendapat laporan daripada orang ramai, di samping mempunyai bukti-bukti yang shahih. Soalnya, jika pihak Gereja memang berada di pihak yang benar, mengapa perlu menunggu sehingga satu jam baru diizinkan pihak polis dan JAIS masuk ke dalam Gereja untuk membuat siasatan? Dan jika 12 orang Melayu itu tidak bersalah, mengapa perlu melarikan diri melalui pintu belakang? Pihak Kristian di Malaysia jangan berbohong lagi - usaha untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia sememangnya telah dirancang sangat rapi sejak dari dulu lagi, hampir semua orang tahu isu ini. Jangan berselindung atas nama kebebasan beragama. Usaha kristianisasi memang wujud di negera ini. Apa-apa pun syabas Dr Hassan Ali. Allah bersama kamu. Takbirr! Allahuakbar!

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu. Akhbar milik Umno Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk "Saya rela dipecat."

"Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor," kata Hasan.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama. Beliau berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Tindakan Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku. Dilihat sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.

Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif. Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno.

"Dalam profram itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak bahan bukti," kata wakil rakyat PAS ini. Beliau berkata pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya.

Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais. Beliau juga menafikan pihak berkuasa telah melakukan "serbuan" ke atas gereja itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara "berbuka puasa" di gereja itu.

Nak Tutup Genting Highland Ustaz? PAS Kedah Pun Kecut Kena Sergah DAP

Posted: 06 Aug 2011 08:05 AM PDT

Tulisan Dahsyat Zulkifli Noordin

Posted: 06 Aug 2011 03:05 AM PDT

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)
(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia)

Salam 2 all.

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Sebab Ada Bukti Kukuhlah JAIS Buat Serbuan! Faham?

Posted: 06 Aug 2011 02:02 AM PDT

Inilah akibatnya apabila kemaruk sangat mahukan undi kaum kafir - akhirnya jual agama Allah dengan sesuka hati. Terdahulu Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat mengkritikan tindakan JAIS, tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Selangor pula campur tangan melanyak JAIS, tidak cukup lagi dengan itu, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pula menghentam JAIS - sekarang ini tidak pasal-pasal JAIS pula yang jatuh berdosa! Sudah terang lagi jelas bukti wujudnya cubaan untuk memurtadkan umat Islam, para pemimpin PAS tetap membisu seribu bahasa. Dalam kepala otak mereka hanya ingat undi, undi dan undi! Kuasa, kuasa, dan kuasa! Islam hancur lantak korang la..janji UMNO kalah! Itu yang sebenarnya mereka fikirkan. Yang ini seorang lagi, anak Nik Aziz, tak sabar-sabar mahu komen, tidak boleh bersabar sikit ke? Tunggu sehingga laporan siasatan lengkap daripada Dr Hassan Ali, barulah komen.

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan "kuasa dan hak." Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati.

Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

"Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.

"Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abdul berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu. Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum. Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak. Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Ditanya bahawa Jais mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan itu, Nik Abduh bagaimanapun berkata, "ia undang-undang sudah lama, sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan selesaikan secara berdialog."

"Semua pihak berkuasa perlu mengikut undang-undang yang ada termasuk Jais, ia hanya undang-undang tapi dalam isu yang membabitkan agama ini lebih baik selesaikan konflik ini dengan cara perbincangan.

"Dengan cara pertemuan dan perbincangan ia boleh diselesaikan," katanya sambil menambah, mahu menunggu hasil laporan Jais sebelum mengeluarkan sebarang komen lain. Beliau juga menyerahkan kepada PAS Selangor untuk selesaikan perkara itu.

Semalam PAS Selangor berkata akan memanggil Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam dalam program anjuran Harapan Komuniti itu. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Wajib Sebar!

Posted: 05 Aug 2011 11:46 PM PDT

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan. Sumber Blog Ridhuan Tee Abdullah

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 06 Aug 2011 11:36 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Wan Azizah: Azmin Belum Akil Baligh Lagi...

Posted: 06 Aug 2011 07:18 AM PDT

Presiden pkr, wan azizah memberi komen yang paling best pasal azmin ali, dia kata azmin ali belum akil baligh lagi, haahaahaa nak tergelak aku bila dua madu ni bergaduh.

Kata wan azizah, azmin seorang pendendam dan bercita-cita terlalu tinggi dalam parti, sehinggakan dia dilihat seperti tidak matang (belum akil baligh) lagi dalam politik, malah wan azizah secara sinis mengatakan azmin lah punca ramai ahli parlimen dan adun pkr melompat parti dek kerana keegoan dan sifat kebudak-budakan azmin.

Wan azizah terus menghentam azmin dengan mengatakan yang azmin suka bertelagah dengan pemimpin pkr lain dan itu menjadi punca krisis dalam pkr.

Sebenarnya pada pendapat aku, apa yang wan azizah nak cakap tu ialah, azmin tak fit nak jadi timbalan presiden pkr dan tak cukup fit nak gantikan dia, tapi biasalah orang perempuan, dia cakap berlapik, apa pun bila seorang presiden parti dah bersuara pasal perangai timbalannya, bermakna ada sesuatu lah yang sedang berlaku dalam parti tu.

APANAMA

Posted: 06 Aug 2011 11:24 PM PDT

APANAMA


DELAYED... or perceived?

Posted: 06 Aug 2011 12:35 PM PDT





             

Malaysia's Anwar loses bid to remove judge

June 6, 2011, 2:38pm
KUALA LUMPUR (AFP) – Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim failed in his third bid Monday to remove the trial judge in his drawn-out sodomy case.
The 63-year-old is on trial over allegations that he sodomised a 25-year-old former aide at an upmarket apartment in June 2008. He says the accusations are politically motivated.
"This is a very fundamental issue, an issue of justice... Where is the test of bias?" Anwar told reporters outside the High Court courtroom after his legal team unsuccessfully argued Judge Zabidin Mohamed Diah was biased.
"We have not been able to even interview the list of witnesses offered to us, and you expect us to go in the dock and defend ourselves? Defend from what when a decision has been made?" said an agitated Anwar.
In seeking the judge's removal, Anwar's counsel Karpal Singh told the court that Zabidin had effectively convicted Anwar before the opposition leader had given his defence.
Last month, the judge ruled that Anwar had a case to answer after finding the prosecution's main witness -- the accuser -- "credible". That decision amounted to a prejudgement, Anwar's defence team say.
Karpal said the prosecution was also delaying the trial by allowing Anwar's lawyers to interview only five of the 25 witnesses it had promised, including Prime Minister Najib Razak and his wife.
They met Mohamad Saiful Bukhari, the man allegedly sodomised by father-of-six Anwar, after the purported incident.
Throwing out the latest bid to have him removed, Zabidin told a packed courtroom: "I find the application by the defence to be without any merit and therefore I hereby reject the application."
Government prosecutor Mohamad Yusof Zainal Abiden argued that there had been "no prejudgement and there is no bias" because the judge had done his job in evaluating the evidence and concluded the evidence was strong enough to establish a case against Anwar.
Anwar's lawyers said they will appeal the ruling and the trial will resume on July 13.


And then ... 

Karpal ticks off those calling for speedy sodomy trial
Saturday, August 06 @ 08:01:30 CDT
Sodomy II's lead counsel slams attempts by GAPS and others to pressure the courts to expedite Anwar's trial to 'seek justice' for Saiful.
Pressuring the court to rush Anwar Ibrahim's sodomy trial amounts to contempt of court as it interferes with the administration of justice, said Karpal Singh.

The lead counsel in the ongoing Sodomy II trial was referring to attempts by pressure groups such as Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) to speed up the trial.

"Anwar Ibrahim's trial should be allowed to proceed without any interference from any quarter," said Karpal (
right) in a statement today.

"Neither Suhakam nor GAPs or for that matter anyone else should make any public statements with regard to the course the trial has taken or should take."
Karpal explained that pressuring the judge to speed up the trial "would amount to contempt of court because such action would interfere with in the administration of justice".
"Anwar as every right to exhaust the legal remedies open to him under the law to prove his innocence," he said.
Star today reported GAPs urging the courts to expedite the trial, following complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan's father Azlan Mohd's decision to seek Suhakam's intervention on Wednesday.

"Suhakam is the best platform to advise the chief justice to expedite the case. There should not be any more delays," 
Star quoted GAPS chairperson Hamidzun Khairuddin saying.



He also reportedly said this ...  in a statement that is.

Anwar's right
In his  statement issued today, Karpal warned that neither GAPS nor Suhakam, or anyone else for that matter should make public statements pertaining to course of the trial.
Saiful's father Azlan Mohd has sought Suhakam's help last Wednesday to determine what could cause the case to be delayed further.
On May 16, the High Court ordered PKR supremo Anwar to enter his defence. The defence case is set from next Monday until Aug 26.
Karpal explained that Anwar's applications to trial judge and appeals to the Court of Appeal and Federal Court on issues of law were in the exercise of that right.
Indeed he said as a result of the appeals, the law has been developed with setting forth important precedents.
He said the trial judge should be left without any interference to decide upon defence applications in the course of a trial.
Hence, he said Anwar's trial should be allowed to proceed without any interference from any quarter.
"Anwar has every right to exhaust all legal remedies open to him under the law to prove his innocence," said the Bukit Gelugor parliamentarian.

Not so many moons ago, he said ... mmmmmm watch the YouTube recording below lah! 


and below is what HE has been saying since many moons ago ... 



If found guilty of sodomising a former aide, Anwar could be jailed for 20 years, in effect ending his political career.
The 62-year-old Anwar has repeatedly denounced the trial, saying the charges had been trumped up by political opponents looking to end his challenge to the government.
PM blamed
Speaking to reporters outside the court on Tuesday, Anwar blamed "the machinations of the dirty, corrupt few" and accused Najib Abdul Razak, the prime minister, and the premier's wife Rosmah Mansor, of being responsible for the trial.
Anwar said that both Najib and his wife had met his accuser and had interfered with the legal process.
"They were personally involved in this conspiracy and frame-up. We have evidence that Saiful Bukhari was in the house with Rosmah and met Najib a few days before he lodged the police report," Anwar said, referring to his 25-year-old accuser.
He added that his defence team planned to call the prime minister and his wife as witnesses.
Najib, who was deputy prime minister at the time, has acknowledged Saiful visited him but says it was in connection with a university scholarship.
The government has denied any interference and has promised that Anwar will receive a fair trial.


 THIS is among the stronger sentiments engulfing a vast section of Malaysians. While some may want to engage in endless double-talk many want nothing but the truth. (I'm sure the Bar Council would agree with me here)


DID Anwar Ibrahim  sodomise Saiful, his former aide cum tea-boy ? 


Only the Court of Law could give us an answer, so let the trial resume without any DELAYS ... real or perceived as YB Karpal says.
 





Site Meter

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Aug 2011 11:21 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Lagi Kisah Gerakan Murtad Kristian. PAS Tetap Membisu.

Posted: 06 Aug 2011 10:59 PM PDT

Nur tiada pilihan

Oleh SURAYA ROSLAN
BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
SEREMBAN: "Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja," kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

"Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu," katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

"Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

"Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak," katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

"Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.
"Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya," katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

"Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

"Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam," katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

"Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup," katanya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Nurtiadapilihan/Article/artikelMA

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita penuh.

Peliknya PAS masih membisu dalam hal ini. Tiada satu pun kenyataan mereka menentang gerakan murtad sebaliknya ramai pemimpin PAS menentang tindakan JAIS yang membendung gejala murtad.

MyMassa akan bongkarkan siapa pemimpin PAS yang kononnya menentang gerakan murtad pada masa mudanya sebaliknya dialah juara menyokong gerakan murtad ini. Pendek kata, dia sendiri telah 'murtad' daripada perjuangannya.

*Tungguuuu....

GEMPAR! Isu IC Merah Didaftar Sebagai Pengundi: PAS Kantoi Lagi.

Posted: 06 Aug 2011 09:31 PM PDT

Harakah Edisi Terbaru


Mulai minggu lepas, PAS mula memainkan propaganda mereka bahawa terdapat satu projek yang dibuat oleh BN untuk mendaftar pemilik IC merah sebagai pengundi.

Persoalannya, benarkah itu projek BN atau PAS yang mendaftar penduduk tetap kemudiannya menyalahkan BN?

Kami ada bukti video bahawa penduduk tetap sebenarnya ada yang menyokong pembangkang dan digunakan oleh mereka sebagai balaci politik. Saksikan bukti video ini.



Terima kasih kepada blogger Double Y yang mengupload video ini.

PAS kantoi lagi. Bukan susah untuk mereka mengumpulkan pengikut mereka yang ber'IC' merah ini untuk didaftarkan sebagai pengundi. Jika BERSIH pun pengikut import PAS ni sanggup turun, apa la sangat nak tipu SPR.

*Sempena bulan Ramadhan ni, banyak tembelang PAS pecah. Berkat solat hajat PAS supaya diberikan petunjuk telah berhasil. Allahuakbar!

Pegawai Daerah Bakal Calon PKR di Selangor?

Posted: 06 Aug 2011 08:31 PM PDT



Kenal tak dengan D.O ini.

D.O Hulu Selangor ini dikatakan salah seorang yang bakal jadi calon PKR pada PRU akan datang. Maklumlah PKR Hulu Selangor takde calon berwibawa. Masa PRK dulu pun pakai calon import dari Kelantan.



Baik punya mamat ni membodek Faekah. Mamat ni kerja takde bagus sangat tapi sebab pandai membodek, Hulu Selangor sentiasa dipandang positif oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri.

Hasil bodekan Norhisham, Daerah Hulu Selangor dapat award.


Korang tanya la orang Hulu Selangor macam mana keadaan kat sana. Suka-suka hati naikkan cukai pintu. Renovate sikit dah sampai surat untuk naikkan cukai pintu. Diorang bukan kira rakyat tu susah ke tidak.

Senang betul kerja dengan Khalid ni. Pandai bodek, senang la dapat habuan. Yang bodek cepat naik pangkat atau boleh jadi calon, rakyat juga kena tanggung musibat.

Posted: 06 Aug 2011 07:31 PM PDT



Akibat politik cuba nak campur tangan dalam urusan akademik.
Universiti swasta yang satu masa dulu unggul pun makin lingkup.

Ini ke yang mereka banggakan bila biarkan mahasiswa berpolitik.

Ini ke yang akan jadi bila AUKU dihapuskan.

Pilihan ditangan anda. Pilihlah yang memajukan negeri bukannya yang melingkupkannya.

ISLAM DULU KINI DAN SELAMANYA DI MALAYSIA

Posted: 06 Aug 2011 06:34 PM PDT


Kemajuan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada sejauhmana komitmen pemimpinnya untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Alhamdulillah Malaysia merupakan antara negara yang amat unik dalam pelbagai sudut. Selain mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya serta kefahaman ia memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Selagimana ia tidak berlawanan dengan perlembagaan negara serta menyentuh hak-hak keistimewaan yang telah ditetapkan.

ISLAM AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

Islam merupakan agama bagi Persekutuan sepertimana dipersetujui bersama sejak penubuhannya. Di samping itu Perlembagaan memperuntukan penganut agama–agama lain bebas untuk beramal, berpegang dengan amalan dan kepercayaan masing-masing. Tidak ada sesiapapun boleh mempertikaikan kefahaman serta hak seseorang yang lain selagimana ianya dilaksanakan mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan.


 Sifat unik inilah yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang boleh diteladani oleh negara-negara lain termasuk negara Islam utama dunia.

Konsep al-wasatiyyah atau kesederhanaan yang diamalkan selama ini, pada asasnya diperkenalkan untuk memberi gambaran sebenar terhadap Islam khususnya kepada masyarakat Islam dan amnya kepada masyarakat yang lain di Malaysia. Malaysia adalah antara negara di dunia yang mencanangkan dan melaksanakan konsep kesederhanaan. Ini membuktikan kepada mata dunia bahawa semua bentuk keganasan tidak diterima sama sekali di dalam negara ini. Konsep syura atau berbincang di dalam melaksanakan sesuatu tindakan merupakan cara yang sering diamal bagi mendapatkan keputusan yang membawa keuntungan kepada semua pihak. Oleh sebab itu, setiap dasar yang hendak dilaksanakan adalah hasil dari konsep yang telah diperkenalkan di samping menjadikan al-Quran dan al-Sunnah serta kesepakatan para ulama' sebagai sumber rujukan utama.

ISLAM SEBAGAI AGENDA PEMBANGUNAN NEGARA

Islam diterapkan dalam agenda pembangunan negara secara menyeluruh terutamanya dari aspek sikap dan membentuk masyarakat yang unggul berteraskan prinsip-prinsip Islam yang syumul dan lengkap. Pelaksanaannya bukanlah satu retorik atau cakap-cakap kosong yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat, malahan ianya dilaksanakan secara berhemah dan berhikmah kepada seluruh ummah tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan budaya. Islam diutuskan bagi membentuk sahsiah manusia. Walaupun ia adalah agama untuk amalan orang Islam namun syafaatnya boleh dicontohi oleh seluruh manusia kerana Islam adalah untuk umat sejagat.

Penerapan nilai-nilai murni dalam pentadbiran kerajaan pada satu ketika dulu disambut baik oleh semua masyarakat. Ini kerana ia membawa manfaat kepada mereka dalam apa keadaan sekalipun. Konsep bersih, cekap dan amanah adalah antara berpuluh-puluh slogan yang telah diciptakan. Perkara tersebut sudah pun menjadi dasar kerajaan dan merupakan satu anjakan pradigma yang telah mencorak serta membentuk segala program dan agenda kerajaan.

Pada masa ini terdapat pihak yang memberikan pelbagai tafsiran mengenai Islam. Oleh sebab itu, lahirlah pelbagai persepsi berbeza daripada masyarakat yang wujud kerana ingin memahami persepsi tersebut. Namun semuanya itu dapat diatasi melalui konsep kesederhanaan yang diamalkan, sekaligus menolak sebarang sikap dan tanggapan berbeza.

Hasilnya setiap pendekatan yang diamalkan dapat diperjelas walaupun pada awalnya masyarakat mempunyai persepsi yang berbeza hasil daripada pandangan dan tafsiran yang dikemukakan oleh pelbagai golongan terhadapnya. Pada umumnya kita mengetahui bahawa masyarakat Malaysia sangat terdedah kepada tafsiran gambaran dan pandangan yang pelbagai itu.

KOMITMEN NEGARA TERHADAP PENGHAYATAN ISLAM.

Minat kepimpinan melalui penghayatan Islam dapat dibuktikan kepada perkara-perkara berikut antaranya:
i-             Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam. Rujuk perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut al Marhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Allahyarham telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan "Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan" maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.
ii-            Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.
iii-           Urusan Pentadbiran Islam menjadi tanggungjawab di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PANDANGAN ULAMA' TERKENAL DUNIA.

Bagi memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama' mengenai kepentingan konsep negara Islam. Perlu dimaklumi terlebih dahulu bahawa konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama'-ulama' terkemudian. Walaupun sebenarnya negara Islam tidak terdapat dalam nas yang jelas dari al-Quran dan al-Sunnah. Ia merupakan perkara-perkara yang telah dibangkitkan hasil daripada kefahaman ulama' yang berkaitan mengenainya. Ada pelbagai definisi yang diberikan oleh ulama' mengenai negara Islam antaranya;

i.              Muhammad bin Hasan As-Syaibani mengatakan:
bahawa "negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya".
ii.            Muhammad Abu Zuhrah:
menjelaskan "negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim".
iii.           iii. Dr Mohammad Sa'id Ramadhan al- Buty ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan:
"pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam".

KESIMPULAN

Berdasarkan kepelbagaian definisi yang dinyatakan maka konsep negara Islam dapat disimpulkan sebagaimana berikut:

Negara Islam ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman. Ini termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agamanya masing-masing. Di samping itu setiap rakyat wajib untuk mempertahankannya. Di antara contoh lain yang menggambarkan kepada negara Islam ialah dengan pengiktirafan dunia kepada Malaysia melalui keanggotaan O.I.C sejak mula lagi ia ditubuhkan.

Begitu juga dari segi pelaksanaan pentadbiran negara yang berasaskan kepada ajaran Islam termasuklah di dalam bidang perundangan yang telah melibatkan undang-undang sivil dan syarak. Negara ini juga telah mempraktikan sistem baru seperti perbankan Islam, al-Rahnu dan sebagainya dengan memperkasakan bidang muamalat dan ekonomi Islam sebagai salah satu daripada tuntutan ajaran Islam.

Di dalam bidang pendidikan pula, terdapat persepaduan antara tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah sehinggalah setiap pegawai dan kakitangan kerajaan dibentuk melalui pemurniaan sahsiah mereka kepada nilai-nilai murni Islam dengan tidak mengambil kira perbezaan agama dan bangsa.

Kesungguhan menghayati ajaran Islam dapat dilihat melalui usaha bersungguhsungguh kerajaan membebaskan umat Islam dari terjerumus ke kancah khurafat dan tahyul serta ajaran sesat dan meragukan. Isu-isu akidah ini telah diberi perhatian serius dengan memberikan penjelasan dan penerangan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengannya. Pemakanan dan kepenggunaan umat Islam di negara ini dipastikan halal sepenuhnya. Malaysia merupakan di antara negara di dunia yang menitikberatkan masyarakatnya melalui penghayatan akidah, syariah dan akhlak umat Islam sehingga ke hari ini.

Paling ketara dan jelas adalah dengan penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Mufti yang membuktikan komitmen berterusan kerajaan menobatkan agama Islam di negara ini. Oleh sebab itulah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 3-4 Februari 1986 memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan segala pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam. Di samping itu perancangan dan perlaksanaan program kerajaan selama ini memanfaatkan semua rakyat sudah jelas membuktikan kebajikan rakyat merupakan keutaman komitmen kerajaan.

Kempen Yang Gagal! KBS dan AADK Ambil Perhatian.

Posted: 06 Aug 2011 05:32 PM PDT


 Pengedar dadah pun pakai baju Kempen Belia Benci Dadah.



Jadi, secara tak langsung membuktikan bahawa kempen ini gagal. Jangan hanya berjaya pada peringkat pelancaran sahaja tapi pelaksanaan pun KBS dan AADK kena pantau jugak.

*Sekali sekala tegur Kerajaan BN. Marah tapi sayang.

AS-SAJDAH

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT


MUQADDIMAH SURAH AS-SAJDAH
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 30 ayat. Dinamakan surah "As-Sajdah" (Perihal Sujud), kerana pada ayat 15 ada diterangkan perihal orang-orang yang beriman dan sifat-sifat mereka yang terpuji, iaitu apabila mereka mendengar ajaran Kitab Allah – Al-Qur'an mereka segera menerimanya dan mengamalkannya lalu "sujud" sebagai bersyukur kepada Allah Ta'ala yang telah mengurniakan mereka dengan "nikmat Islam" yang tidak ada bandingannya.
Ayat itu juga ialah ayat "Sajdah" iaitu disunatkan sujud selepas membaca atau mendengarnya.
Intisari kandungannya: Pada mulanya Allah Ta'ala menerangkan kebenaran Nabi Muhammad (s.a.w.) dan kebenaran Al-Qur'an yang diwahikan kepadanya, lalu ditegaskan dasar tauhid dengan mengemukakan sebesar-besar dalil yang membuktikan keesaan Allah Ta'ala dan kekuasaanNya ialah seluruh alam yang terbentang luas itu yang telah diciptakanNya dalam "enam masa".
Kemudian ditegaskan bahawa Allah Ta'ala hanya memberi taufiq dan hidayah kepada orang-orang yang telah diketahuinya sedia berusaha untuk beriman dan beramal salih, sedang orang-orang yang kufur ingkar dengan pilihan dan ikhtiar mereka sendiri setelah diterangkan kepadanya: mana yang benar dan mana yang salah, maka balasannya – sebagaimana yang dijanjikan – ialah azab seksa yang tidak terperi.
Ditegaskan lagi: Bahawa turunnya wahi kepada Nabi-nabi itu bukanlah suatu perkara yang belum pernah berlaku. Kedua – Kitab yang diturunkan oleh Allah Ta'ala adalah untuk menjadi hidayah petunjuk. Ketiga – sesiapa yang menerima Kitab itu dengan sempurna, berhaklah ia menjadi pemimpin jika ia berusaha dan bersabar.
Setelah itu Allah Ta'ala menegur kaum kafir musyrik: Mengapa mereka masih berdegil mendustakan ugama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) kepada mereka? Padahal mereka kerap kali berulang alik melalui negeri-negeri yang telah dibinasakan oleh Allah Ta'ala kerana kederhakaan penduduknya, dan mereka dapat melihat bekas-bekas peninggalan kaum penderhaka yang telah dibinasakan itu?
Semasa orang-orang kafir musyrik bertanya secara mengejek-ejek: Bilakah datangnya hari kemenangan kamu wahai orang-orang Islam? Maka Allah Ta'ala perintahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) menjawab: Bahawa hari kemenangan itu akan tiba dengan tidak syak lagi. Pada hari itu – hari kiamat – tidak berguna lagi bagi orang-orang kafir iman mereka sekiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh untuk bertaubat.

Masjid Masih Jadi Medan Politik PAS.

Posted: 06 Aug 2011 07:07 AM PDT


Perkara ini bukan sesuatu yang baru.

Tiap-tiap tahun mesti berlaku.

Dekat tempat aku, sebelum ni tazkirah yang berunsur politik dibuat lepas solat terawih. Lepas ramai makmun yang meninggalkan surau lebih awal sebab tak suka dengan tindakan tersebut, puak-puak yang menggunakan agama untuk kepentingan politik buat pertengahan solat terawih. Ertinya mereka buat selepas 4 rakaat.

Bila itu pun ramai makmun yang pulang awal dan sambung solat terawih di rumah, mereka tukar dengan buat tazkirah politik dalam masjid sebelum solat sunat terawih. Keji tak keji. Walaupun makmun tak suka tapi puak-puak gila kuasa tetap teruskan. Yang lebih menyedihkan adalah penyampai tazkirah tersebut diimport dari luar. Benda ni membuatkan perpecahan secara tak langsung dalam kariah kat tempat aku.

Aku yakin bukan tempat aku je benda berlaku. Kalau ada berlaku kat tempat korang, sudi-sudikanlah kongsi kat sini ye.

*Kesian kat warga tu yang terpaksa menunggu lama sebab tazkirah politik yang melalut-lalut.

Surat Dari Abah 4

Posted: 06 Aug 2011 06:01 AM PDT


  Menemui Syam dan Suraya sekeluarga di London,

Apa khabar di sana? Bagaimana cucu-cucu abah, Ahmad dan Syukri, seronok mereka belajar di tadika di London? Abah berharap semoga pendidikan liberal tadika di London dapat menyemai dan menyuburkan minda mereka.

Syam dan Suraya,

Abah rasa terpanggil untuk menulis surat ini kepada engkau dan juga khususnya kepada Suraya, isteri engkau. Ada dua cerita yang mendorong abah menulis surat mengenai kemajuan wanita di Malaysia. Pertamanya, cerita mengenai kaum wanita di Arab Saudi dalam Majalah Times keluaran bulan Julai 2011 yang menceritakan bagaimana wanita Arab Saudi sedang berjuang untuk mendapatkan hak memandu kereta sendiri. Keduanya, pengumuman YAB Perdana Menteri di Parlimen Malaysia pada penghujung Jun 2011 bahawa Kerajaan akan melaksanakan dasar sekurang-kurangnya 30% pengurusan tertinggi di sector korporat dipegang oleh kaum wanita.

Mengenai cerita kaum wanita di Arab Saudi sedang berjuang untuk mendapatkan hak memandu kereta sendiri, abah rasa wanita di Malaysia tentu rasa pelik dan geli hati. Apa salahnya wanita memandu kereta? Tidak terlintas di dalam hati mereka perkara sekecil ini pun wanita tiada hak di Arab Saudi. Di Malaysia, usahkan memandu kereta, juruterbang jet pejuang TUDM pun ada yang wanita. Begitulah kedudukan kaum wanita di Malaysia berbanding dengan kedudukan kaum wanita di negara-negara Islam lain. Dalam semua bidang, wanita di Malaysia diberi peluang seluas-luasnya.

  Sejak kita mencapai kemerdekaan lagi Kerajaan telah menetapkan dalam Perlembagaan dan undang-undang serta melaksanakan tradisi memberi peluang dan kedudukan yang saksama kepada kaum wanita. Sejak awal lagi kaum wanita diberi hak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti hak mengundi, hak untuk belajar daripada peringkat sekolah, kolej dan universiti sama dengan kaum wanita.

Pada masa kini, kaum wanita telah mendahului lelaki dari segi bilangan mahasiswa di universiti-universiti iaitu melebihi dari 60%. Di universiti juga, pencapaian kaum wanita lebih cemerlang iaitu 60% daripada pemegang ijazah kelas pertama adalah terdiri dari kaum wanita. Pada masa kini, 47.3% kaum wanita terlibat dalam bidang pekerjaan. Dalam perkhidmatan Kerajaan pula, wanita kini memegang lebih 30% jawatan dalam bidang pengurusan tertinggi Kerajaan. Di antara jawatan-jawatan yang dipegang oleh wanita ialah Gabenor Bank Negara, Naib Canselor Universiti, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Profesor-profesor di universiti-universiti tempatan. Dalam bidang professional tertentu seperti bidang pendidikan dan perubatan, kaum wanita telah mengatasi kaum lelaki dari segi bilangan. Dalam sector swasta, Malaysia menduduki kedudukan ketujuh tertinggi di dunia dari segi jawatan-jawatan kanan yang dipegang oleh wanita dalam kajian yang dibuat oleh Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton.

Tradisi membangun kaum wanita juga tidak dibuat secara paksaan tetapi dibuat secara sukarela dan menerusi penerapan nilai-nilai Islam. Sebagai contoh yang terbaik ialah tiada paksaan kepada kaum wanita Islam untuk memakai tudung. Mereka memakai pakaian yang selaras dengan Islam mengikut kehendak diri masing-masing tanpa ada paksaan dari Kerajaan.

Abah menulis surat ini sekadar mengingatkan bahawa kaum wanita patut merasa bersyukur dan bertuah tinggal di Malaysia kerana diberi kedudukan dan peluang yang sama dengan kaum lelaki. Masih banyak negara Islam tidak memberi peluang secara komprehensif kepada kaum wanita. Kerajaan semasa di Malaysia akan terus mengukuhkan tradisi memberi kedudukan dan peluang untuk membangunkan kaum wanita dalam semua bidang di masa-masa akan datang. Kadang-kadang kita lupa dan mengambil sikap biasa sahaja kepada perkara sedemikian. Lihatlah sendiri Suraya yang memiliki Phd dalam Kejuruteraan Mekanikal iaitu satu bidang pengajian yang dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki. Oleh kerana Kerajaan mengamalkan tradisi membangunkan kaum wanita secara saksama, maka Suraya dapat berpeluang mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya menjadi pensyarah di universiti.

Salam dari Abah dan Emak. Semoga Sham, Suraya dan cucu-cucu abah sihat dan ceria sentiasa.

 Abah


Ramadhan Al-Mubarak : Bulan Kemaafan dan Keampunan

Posted: 06 Aug 2011 05:01 AM PDT

Dua orang negarawan, Tun Mahathir dan Tun Abdullah (gambar dari Mstar)


Ramadhan memang bulan kemaafan dan keampunan. Betul tak?

*Ada sesiapa nak komen pasal benda ni tak.

Gambar Yang Boleh Buat PAS Meroyan.

Posted: 06 Aug 2011 02:31 AM PDT

Selama ini PAS amat berbulu dengan akhbar Utusan.

Macam-macam gelaran yang diberi kepada akhbar Utusan oleh penyokong PAS. Antaranya adalah penyebar fitnah dan Utusex.

Malah ada pemimpin PAS yang sanggup mengharamkan baca Utusan.

Teruk sangat ke Utusan ni? Kalau teruk, kenapa imam Mekah sanggup mengimami jemaah di sini.


Imam Mekah tu bro. Bukan tahap wali selipar tapi tahap imam yang dihormati seluruh dunia Islam.

*Makin meroyan la PAS lepas ni.

Murtad: Umat Islam Digoda Dengan RM1000!

Posted: 06 Aug 2011 01:31 AM PDT

Mudahnya pihak Kristian berdakyah dengan muslim di Selangor.

Klik untuk besarkan imej


Untuk pengetahuan pembaca MyMassa, agama adalah bidang tugas kerajaan negeri. Jadi, apa yang Kerajaan Negeri Selangor dah buat untuk counter dakyah Kristian. Kata dah bagi macam-macam, jadi negeri Kebajikan, takkan la umat Islam terpaksa mintak bantuan gereja?

Kalau macam ni gaya PAS bersama-sama DAP dan PKR memerintah, makin teruk la rakyat Selangor jadinya. Baru perintah negeri dah kucar-kacir macam ni. Bayangkan kalau mereka menang di Parlimen?


*Padah tukar slogan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan sebab dah sah-sah Negara Kebajikan berasal dari Kristian.

Klik untuk besarkan imej

Isu Gereja Selangor : Khalid Ibrahim Dilaknat Sampai Mereng.

Posted: 06 Aug 2011 12:30 AM PDT



Kes serbuan di Gereja oleh JAIS sangat kukuh di pihak JAIS. Bukti semua dah ada. Yang tak tau cerita boleh dapatkan akhbar harian media arus perdana. Jangan cari dalam Harakah sebab PAS bukannya perjuangkan Islam tapi kebajikan termasuk kebajikan umat Islam yang nak murtad.



Apa yang kami nak kongsikan kat sini adalah kemerengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

MB serah laporan kepada Sultan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyerahkan laporan penuh berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, Rabu lalu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor semalam menyatakan penyerahan laporan itu dan tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas menerima laporan daripada Jais.

"Sebaik menerima laporan Jais, saya akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak berulang," katanya.

Abdul Khalid berkata, sehingga tindakan diambil dan isu berkenaan diselesaikan, semua ahli Majlis negeri itu dilarang membuat sebarang kenyataan berkenaan isu itu.

"Seperti dikatakan semalam (kelmarin), kami kesal dengan kejadian itu.

"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBserahlaporankepadaSultan/Article/index_html

Cuba baca betul-betul berita kat atas, Khalid Ibrahim mintak Sultan beri nasihat kat dia? Apa kejadah MB Selangor ni. Sepatutnya dia sebagai MB bagi nasihat kat Sultan bukan Sultan nasihatkan dia.


Nampak sangat dah mereng. Kalau dah tak reti sangat buat kerja, letak je la jawatan wahai Khalid Ibrahim. Derhaka namanya suruh DYMM Sultan Selangor bagi nasihat kat dia. Besar sangat ke jawatan MB sampai Sultan jadi penasihat?

*Apa guna ada penasihat punya la banyak kat pejabat MB kalau semuanya tak boleh pakai. Yang harganya seringgit tu mana pergi. Makin gaji buta ke. MB Selangor ni pun bangang jugak sebab sebagai MB, dia patut mintak nasihat EXCO yang berkaitan bukannya Sultan. Itu pun nak kena ajar ke.

LUQMAN

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

MUQADDIMAH SURAH LUQMAN
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 34 ayat. Dinamakan surah "Luqman" (Perihal Luqman) kerana kisah mengenainya ada disebutkan pada ayat 12 dan ayat-ayat yang berikutnya.
Intisari kandungannya: Dalam permulaan surah ini Allah Ta'ala menerangkan perihal orang-orang yang berjaya dan berbahagia yang telah mendapat hidayah petunjuk Al-Qur'an dan mematuhi ajarannya. Kemudian diterangkan perihal orang-orang yang ingkar.
Setelah itu diterangkan perihal Luqman, seorang hamba Allah yang salih, yang telah dikurniakan Allah Ta'ala dengan ilmu pengetahuan dan hikmah kebijaksanaan. Luqman telah menasihati anaknya supaya menjauhi perbuatan syirik, dan supaya ia mengerjakan amal-amal salih serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Semasa menerangkan kisah Luqman dengan anaknya, Allah Ta'ala menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan wajibnya mereka menjauhi perbuatan syirik. Kemudian diperintahkan supaya tiap-tiap seorang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya yang tidak akan dapat dibalas budinya, lebih-lebih lagi ibunya. Setelah itu ditegaskan bahawa orang-orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah Ta'ala dengan ikhlas dan tenang tenteram hatinya kepada apa yang telah ditakdirkan baginya, sesudah ia berusaha dengan bersungguh-sungguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, bermakna ia telah berpegang kepada simpulan tali penyelamat yang teguh kukuh, iaitulah ugama Allah.
Sebagai penutup ditegaskan, bahawa Allah jualah yang mengetahui dengan tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok, (samada baik atau jahat), dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.

The Unspinners

Posted: 06 Aug 2011 11:15 PM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 06 Aug 2011 11:07 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Kena Tengok Video Ni Khasnya Ahli PAS !!!

Posted: 06 Aug 2011 06:58 PM PDT



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

PISAU.NET

Posted: 06 Aug 2011 09:43 PM PDT

PISAU.NET


Anwar Sentiasa Elak Bela Diri, Sebab Tiada Alibi

Posted: 06 Aug 2011 12:53 PM PDT

AIDCNews – 7/08/11 – Sejak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri pada 16 Mei hingga ke hari ini, Ketua Umum PKR itu dilihat berusaha mengelakkan dirinya daripada tampil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.


Sudah dua kali mahkamah telah menetapkan tarikh untuk Anwar membela diri namun kedua-duanya dirombak oleh pihak Anwar dengan permohonan-permohonan baru supaya akan wujud bicara dalam bicara sehingga berjaya mengelakkan Anwar tampil beri keterangan bela diri.


Kali pertama, mahkamah tetapkan pada 6 Jun hingga 30 Jun, namun empat hari menjelang tarikh membela diri, pada 2 Jun, Anwar membuat permohonan baru untuk menggugurkan hakim. Klik di sini

Pada 6 Jun, hakim membuat keputusan tidak akan mengundurkan diri kerana tiada merit dan ini merupakan percubaan ketiga Anwar mahu menggugurkan hakim.


Bagaimanapun, Hakim Mohd Zabidin membenarkan permohonan barisan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut selama 37 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.


Mahkamah menetapkan pada 13 Julai untuk prosiding bermula semula.

Klik di sini dan sini

Pada 6 Julai, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar terhadap keengganan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.


Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah membuat keputusan tersebut setelah menimbangkan hujah-hujah pihak peguam bela dan pendakwa raya.


"Kami berpendapat tidak ada sebab kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Jun lalu," katanya.


Susulan keputusan mahkamah menolak rayuan itu, peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menangguhkan sebutan pada 13 Julai ini.


Bagaimanapun, Hasan tidak membenarkan permohonan Karpal tersebut. Klik di sini, sini dan di sini

Anwar berjaya menangguhkan diri daripada membela diri dengan permohonan menggugurkan hakim selama 40 hari iaitu dari 2 Jun hingga 13 Julai.


Pada 13 Julai, mahkamah sekali lagi menetapkan tarikh baru untuk Ketua Umum PKR itu membela diri iaitu dari 8 Ogos hingga 26 Ogos.


Namun 14 hari sebelum tarikh Anwar membela diri pada pada 26 Julai dan 1 Ogos Ketua Umum PKR itu membuat dua lagi permohonan baru untuk menemu bual 15 saksi terlebih dahulu, sebelum beliau membela diri. Klik di sini dan sini


Nampaknya Anwar kembali mengulangi taktik lama seperti yang pernah dilakukan pada 6 Jun lalu iaitu membuat permohonan baru untuk mengelakkan dirinya memberi keterangan.


Bermakna pada 8 Ogos, sepertimana yang ditetapkan Anwar membela diri terpaksa ditangguhkan kerana mahkamah terpaksa membicarakan kedua-dua permohonan Anwar untuk mendapatkan 15 saksi tersebut.


Persoalannya kenapa Anwar kelihatan keberatan untuk membela diri ?

Kenapa beliau sentiasa mengelak dan sentiasa mencari helah untuk menangguh-nanguhkan kes ?

Sebab yang paling besar adalah Anwar Ibrahim tidak ada alibi untuk mempertahankan dirinya. Klik di sini dan sini

Kita tunggu apa langkah Anwar seterusnya…

sumber AIDC

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 06 Aug 2011 09:43 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Kuliah Yayasan Ta'alim

Posted: 06 Aug 2011 08:51 PM PDT

Video : BERSIH 2.0 Membinasa Negara

Posted: 06 Aug 2011 02:45 PM PDT

Anwar Burukkan Malaysia di Filipina

Posted: 06 Aug 2011 08:20 AM PDT


Estrada, kawan baik Anwar turut sama ingin datang berkempen di Malaysia. Dalam kenyataannya di University of the Philippines di Diliman, Quezon City., Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin terhakis dan rakyat negara ini tidak mendapat pilihan raya umum yang bebas selain media yang juga tidak bebas dalam melaporkan berita.Anwar turut mendakwa terdapat 200,000 warga Indonesia didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia. Mengapa Anwar tidak bercerita sama bahawa isterinya pun mempunyai nombor kad pengenalan 71?

Anwar turut mendakwa kes liwat keduanya yang akan bermula semula pada Isnin ini berkemungkinan akan dilengah-lengahkan sehingga pilihan raya umum akan datang. Siapa yang tangguh kes liwatnya? Anwar sendiri yang menangguhkan kes tersebut dengan pelbagai alasan, helah dan tipu muslihat.Sudah 65 kali kes liwat ditangguh dalam masa 3 tahun. Ini satu sejarah bagi satu-satu kes yang dibicarakan di mahkamah. Pihak Human Right Watch dan Amnesty International tidak adil jika tidak memberikan hak kepada mangsa dalam kes liwat ini.


Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim (L) is greeted by former Philippine president Joseph Estrada (R) prior to a press conference in Manila on August 5, 2011. Speaking at a forum during a visit to the Philippines, Anwar Ibrahim warned on August 5...

Anwar telah berjumpa dengan Estrada pada 5 Ogos 2011.

Wan Azizah Pun Pendatang Asing Juga?

Posted: 06 Aug 2011 03:08 AM PDT

NO KP: 521203 71 5190



Bukan hanya Saifuddin Nasuiton, Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali sahaja, malah Wan Azizah pun diadapati memiliki kad pengenalan kod 71. Ini bermakna Wan Azizah juga diimport dari luar negara dan berstatus Permanent Resident (PR). Baca pendedahan lanjut yang dilakukan oleh RBF.

Patutlah mereka pilih nama Pakatan Rakyat (PR) untuk pakatan mereka kerana hampir semua status pemimpin mereka adalah berstatus PR. Tidak hairan juga mengapa mereka tidak kisah tentang Ketuanan Melayu dan mahu perjuangkan ketuanan rakyat. Apa mereka kisah kerana kad pengenalan mereka pun berstatus 71.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Aug 2011 09:36 PM PDT

r b f

Posted: 06 Aug 2011 07:25 PM PDT

r b f


Isu JAIS-Gereja: Adakah Umno dan Media Akan Menjadi Mangsa Pas Lagi ?

Posted: 06 Aug 2011 03:38 PM PDT

Setiap kali timbul isu yang membuatkan Pas tersepit antara kepentingan agama dan bangsa dengan kepentingan undi untuk mereka , maka pendirian yang paling selamat sekali mereka lakukan adalah menyalahkan Umno dan media masa.

Isu kandang babi mega di Morib, isu rampasan arak di Shah Alam, isu kuil juga di Shah Alam, Isu Kalimah Allah, isu pemimpin DAP masuk Masjid dan Surau, isu pemimpin DAP mempermainkan ayat Quran, isu negara kristian di P.Pinang, isu pemimpin DAP tak pakai songkok dan macam-macam lagi. Semuanya disalahkan Umno sedangkan yang mencipta masalah adalah mereka dan rakan-rakan mereka.

Isu yang terbaru yang masih segar dalam ingatan kita ialah isu penutupan kelab malam di Kedah sepanjang bulan Ramadhan. Yang buat keputusan untuk menutupnya adalah Kerajaan Pas Kedah dan yang buat keputusan untuk membatalkannya adalah Pas Pusat. Tapi tak semena-mena Umno dan media masa pula yang menjadi mangsa dalam isu berkenaan. Umno pula yang dipersalahkan semata-mata nak tutup 'kemaluan' mereka.

Hari ini Pas sekali lagi tersepit antara kepentingan agama dengan kepentingan mendapatkan undi dalam isu JAIS-gereja yang sedang hangat di Selangor.

Pas dijangka akan mengadakan mesyuarat pagi ini dan akan umumkan pendirian mereka selepas mesyuarat berkenaan.

Pada jangkaan anda adakah Umno dan BN atau pihak media masa sekali lagi akan menjadi mangsa Pas ?

Saya berpandangan , ya.

Jika tidak banyak , sikit pun mereka akan cuba sedaya upaya untuk memalitkan Umno dan BN atau media masa dalam konflik berkenaan sepertimana konflik-konflik yang lain sebelum ini.

SelangorKu: Paderi Didahulukan JAIS Dibelakangkan

Posted: 06 Aug 2011 07:52 AM PDT

Petikan dari malaysiakini
Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
Itulah sikap seorang ketua kerajaan yang beragama Islam di negeri Selangor.

Sepatutnya dia perlu terlebih dahulu mendapatkan laporan dari JAIS yang juga agensi di bawah pentadbirannya, kemudian barulah dia hubungi paderi berkenaan.Kalau JAIS salah barulah dia nyatakan kekesalan atau minta maaf.

Tapi dalam hal ini suasana sudah menjadi terbalik hanya semata-mata hendak jaga dan hendak kejar undi dari kristian dan juga kerana takutkan DAP.

Saya tak mau mengulas panjang-panjang. Sekarang semuanya telah terbukti depan mata kita. Fikirkan sendiri apa akan jadi kepada kita sekiranya mereka-mereka memerintah negara ini kelak.

Politik mereka sudah melebihi had dan batasan....

Sri Tri Buana

Posted: 06 Aug 2011 07:09 PM PDT

Sri Tri Buana


Isu Murtad dan JAIS.

Posted: 05 Aug 2011 09:48 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 06 Aug 2011 03:29 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


AMBUSH Gereja..., Tan Sri Khalid Menyorok Bawah Kain Teresa Kok....

Posted: 06 Aug 2011 01:46 AM PDT

Khalid Gagap memang bongok dan bengap! Bikin malu Melayu-Islam sahaja di Selangor!

Kontroversi ekoran penyerbuan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama, menyebabkan Khalid Gagap jadi tidak tentu arah. Khalid Gagap kelihatan terlalu takut dengan kuasa Kristian yang terdapat di dalam kerajaan negerinya, sekalipun kuasa Kristian tersebut bukannya Methodist sebaliknya Katholik.

Khalid Gagap dah keluarkan arahan, semua Exco tidak boleh keluarkan kenyataan berhubung kontroversi itu. Dan dia sendiri akan menghadap KDYMM Paduka Sultan Selangor. Nampak macam baik sangat la...

Masalahnya, Khalid Gagap dah berlunjur dulu sebelum duduk. Siasatan belum selesai. Laporan daripada JAIS baru saja diarahkan, Khalid dah kelam-kabut nak menghadap Sultan.

Nampak sangat takutnya si Gagap pokemon ini kat kuasa Kristian dalam pentadbirannya. Yang dihairankan, kalau bab umat Islam dan urusan agama Islam, ambil mudah sungguh si Gagap ni. Tapi kalau tersentuh sikit saja kat Kristian sekalipun yang bermazhab Davidian, si Gagap akan kelam-kabut.

Hujah Hasan Ali ada asas. Kehadiran 15 orang yang beragama Islam dalam majlis tersebut, ada asas dengan dakwaan bahawa usaha pemurtadan cuba dilakukan pihak tertentu. Kenapa si Gagap lebih takut gereja diserbu berbanding usaha memurtadkan umat Islam?

Sekali gus timbul pula tanda tanya, adakah bantuan wang ringgit dari dana awam Selangor untuk BERSIH 2.0 sebenarnya mempunyai dalang Kristian? Kan BERSIH 2.0 didalangi oleh puak-puak yang sangat menyokong pemurtadan umat Islam dan diketuai pula oleh Ambiga yang sudah diketahui menyokong desakan agar kerajaan Malaysia membenarkan umat Islam murtad dan anak-anak yang berusia 18 tahun dibenarkan memilih agama masing-masing tanpa terikat dengan Perlembagaan Persekutuan?

Yang paling tidak boleh diterima ialah bila ada pula pemimpin PAS yang kata, tindakan JAIS dan Hasan Ali akan menyebabkan perpecahan kaum dan permusuhan agama di Selangor... kalau tentang orang Islam, semuanya kena tunduk dan mengalah... tapi kalau yang buat onar orang bukan Islam, semuanya perlu di atas prinsip toleransi...

Ini yang nak diharapkan Pakatan Rakyat membela umat Islam berlandaskan Perlembagaan Persekutuan? Boleh mimpi sajalah....

[taken from Blogger frenHouse PK]

HOT n Spicy..!! Nurul Izzah TAK NAK Jumpa Senator Ezam Mohd Nor....

Posted: 05 Aug 2011 09:05 PM PDT

SKuala Lumpur, 6 Ogos - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir ke mahkamah bagi kes fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Izzah berkata, Najib dan Rosmah perlu berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka yang terpalit sebagai dalang dan konspirasi dalam kes tersebut.

"Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan," katanya.

Ditanya sekiranya Najib dan Rosmah berdolak dalik untuk tidak hadir ke mahkamah, beliau yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyifatkan tindakan itu hanya akan memburukan lagi imej pemimpin negara itu yang sememangnya sinonim dengan karektor pemimpin BN.

"Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan respon positif daripada Perdana Menteri," Nurul Izzah berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media dengan Persatuan Komuniti Peniaga Brickfields (BBCS) semalam .

LG pun pelik dengan sikap manusia akhir zaman... Dalam videoklip kat bawah nie, Nurul Izzah yang beria2 kata Papa dia ade dengan they oLz masa waktu yang dikatakan liwat berlaku. Tapi kenapa Izzah dengan mama dia Wan aAzizah takut nak jadik saksi..??

Apa kaitannya pulak kes liwat Saiful dengan PM kita Datuk Sri Najib dan isterinya Datin Sri Rosmah..? Kalau betul Izzah badi alasan "sebab Najib ade jumpa Saiful" sebelum kes nie meletop.., then what about Senator Ezam..?? Dalam few of our blogger fren punya report and stories pun ade kisah Ezam jumpa Saiful, kenapa takut nak panggil Ezam jugak sebagai saksi..??

Nampak tak..? Tujuan nak babitkan nama PM semata2 nak rakyat jadikan cerita kat kedai2 kopi, jadik topik hangit minum teh tarik " fuyoo.., PM kena pergi court kes liwat Anwar laaa.., kita tengok PM berani pergi ke tak..? "

melayuangkat

Posted: 06 Aug 2011 03:17 PM PDT

melayuangkat


Kesian orang Melayu...

Posted: 06 Aug 2011 10:35 AM PDT

Awal Ramadhan di Selangor tahun ini meletup dengan kes JAIS yang dikatakan 'menyerbu' sebuah Gereja yang kononnya sedang menjamu 12 orang Islam berbuka puasa.  Entahlah, mengapa pulaklah Gereja ni beria-ia sangat nak bagi makan orang Islam sedangkan orang mereka pun ramai yang susah juga yang patut mereka jamu.  Yang Melayu tu pun 2 X 5, macamlah tak ada tempat lain untuk berbuka puasa...

Seperti dijangkakan isu ini mestilah mula-mula sekali dilihat dari sudut Politik.  Siapa yang bersalah, Apa yang patut dibuat dan Apa yang sepatutnya tidak dibuat.  Dan seperti biasa mestilah ada yang Melenting!!! Dan yang melenting mestilah mereka yang ada Kepentingan Politik. 

Macamlah orang Melayu sekarang dah tak cukup masalah. Dengan masalah lama berkarat seperti dari dadah sehinggalah ke trend baru liwat meliwat sekarang ini kes murtad..

Kesian orang Melayu...mana silapnya ya?  Sepatutnya derngan begitu ramainya Ustaz Ustaz, Ustazah Ustazah, sekolah sekolah Agama, Madrasah Thafiz yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan isu murtad tidak patut timbul langsung.  Berbanding dengan tahun 1960an dulu susah nak cari guru mengaji.  Kalau ada di kampung pun adalah guru guru mengaji dari Indonesia.  Ustazah pun hanya pakai skarf tidak bertudung labuh.  Tapi jarang benar dengar orang yang murtad, apa tah lagi nak dekat gereja memang tak pernah langsung berlaku.

Jika benarlah apa yang ditulis di blog blog betapa terdapat pergerakkan mengkristiankan orang Melayu maka inilah malapetaka yang paling besar menimpa orang Melayu, Amatlah amatlah mendukacitakan...

Kalau dah sampai tahap beginilah permasalahan orang Melayu dan masih lagi UMNO dan PAS nak bertelaggah dan tidak mahu berbaik baik, entah bala apa lagilah yang mereka tunggu untuk menyedarkan mereka BERSATU PADU..

INIlah PETANDA dari Allah Aza Jallah..Allah yang Maha Esa, Maha segalanya...Its is the clear signal.  Orang Melayu tidak ada pilihan, kalau mahu berjihad inilah ruangnya inilah masanya.  Tolonglah jangan main main dalam isu Agama.  Ingatlah, janji Allah itu benar dan balasanNYA juga benar.

Di Ramadhan yang suci ini, setiap kali Pak Imam berdoa untuk "Muslimin dan Muslimat", hati ini sentiasa terdetik mendoakan agar orang Melayu di Malaysia ini bersatu.. tak kira dari apa parti politik mereka.  Lebih lebih lagi UMNO dan PAS.  .Jika mereka boleh mendoakan sesama sendiri walaupun dalam Doa lepas solat Tarawikh, InsyaAllah, pintu pintu hati mereka yang di atas akan terbuka memimpin jutaan yang dibawah bersatu padu dan jitu.  Perpaduan dan Kejituan, yang bakal digeruni puak kafiruan yang beragenda menghancurkan umat Islam.

WaAllahuAlam..tidak salah berdoa..hanya itu yang mampu dilakukan...

tun faisal dot com

Posted: 06 Aug 2011 01:52 PM PDT

tun faisal dot com


Akhbar Cina: Dong Jiao Zong terus jadi penghalang satu aliran dan menipu

Posted: 06 Aug 2011 07:00 AM PDT



Video: Merealisasikan Sekolah 1Aliran


Terjemahan akhbar Cina di bawah menunjukkan kumpulan pelobi sekolah Cina, Dong Jiao Zong terus menerus menjadi penghalang kepada penubuhan sekolah 1aliran dan lebih buruk lagi menghasut dan menipu rakyat dengan mengatakan seolah-olah SJKC dianak tirikan.

Dong Jiao Zong menipu bila mengatakan "jika kita perbandingkan antara sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina, dengan serta merta kita dapat bezakan polisi kerajaan mempunyai double standard "kelas ke-2"."

MCA, Gerakan dan masyarakat pendidik Cina di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menghentikan pembohongan dan hasutan yang jahat ini serta menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sebenarnya telah diberi layanan yang adil oleh kerajaan.

Dalam tahun 2007, direkodkan bahawa terdapat 307 buah Sekolah Kebangsaan berstatus bantuan modal. Dari segi layanan kerajaan, semua sekolah berstatus bantuan modal, baik Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan mendapat layanan yang sama.

Malangnya pelobi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat, seolah-olah hanya SJKC yang perlu dibantu kerana dianak tirikan oleh kerajaan sehingga menyebabkan semua bantuan kewangan dari masyarakat, terutamanya masyarakat perniagaan Cina hanya pergi ke SJKC dan bukan Sekolah Bantuan Modal yang lain. Ini akhirnya mengakibatkan keadaan sekolah-sekolah ini jauh lebih dhaif dari SJKC Bantuan Modal, walaupun berada bersebelahan dengan SJKC.

Dalam tahun 2007 juga direkodkan terdapat 406 SJKT dan 150 SJKC bertaraf Sekolah Kerajaan yang mendapat bantuan penuh dari Kerajaan. Bagi 406 SJKT dan 150 SJKC ini, mereka menikmati layanan yang sama seperti mana-mana Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan, baik dari bajet pengurusan, mahu pun bajet pembangunan. Apa yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan dari segi guru, geran per kapita, pembaikan, pembangunan dan lain-lain lagi turut diterima oleh SKJC dan SJKT berstatus Sekolah Kerajaan ini. Jadi siapa yang dianak tirikan? Siapa kelas ke-2?

Kenapa menipu Dong Jiao Zong?!!

Dong Jiao Zong mesti membuang pemikiran sempit dan bersifat rasis jika mereka jujur untuk membina masyarakat malaysia yang bersatu padu. Dong Zong perlu menonton filem Nasi Lemak 2.0 Namewee supaya faham bahawa masakan mereka akan jadi lebih enak jika mereka meninggalkan sifat KECINAAN yang keterlaluan dan berfikiran terbuka untuk merencahkan masakan mereka dengan acuan Malaysia.


Terjemahan berita Sinchew Daily News
Dong Jiao Zong-sekolah-sekolah rendah Cina?
m/s 14; 28 Julai 2011

Sekolah Rendah Cina Masih Dalam Kedudukan Kelas ke-2: Jiao Zong Menyeru Supaya Lepaskan Polisi Pendidikan Yang Sempit

'Jiao Zong menyeru kepada pihak kerajaan supaya lepaskan polisi sempit dalam pendidikan, mulakan dengan mata sudut pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan cara pembinaan dan perkembangan sekolah rendah kebangsaan pada sekolah Cina, tambah bina sekolah-sekolah rendah Cina mengikut perkembangan dan pertambahan nisbah jumlah penduduk.'

27hb Kuala Lumpur, Jiao Zong berkata, jika kita perbandingkan antara sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina, dengan serta merta kita dapat bezakan polisi kerajaan mempunyai double standard "kelas ke-2".

Jiao Zong hari ini semasa membuat laporan kenyataan tentang (pembinaan dan perpindahan sekolah rendah Cina) menyeru pihak kerajaan mesti lepaskan polisi sempit yang menjurus kepada polisi pendidikan satu aliran, mulakan dengan pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan sistem pembinaan sekolah rendah kebangsaan untuk diterima pakai dalam pembinaan dan penambahan sekolah-sekolah rendah Cina.

Ini termasuk pihak kerajaan perlu bertanggungjawab semua kos pembinaan sekolah yang termaktub di dalam kawasan taman perumahan yang disediakan untuk tapak-tapak sekolah untuk kegunaan bangunan sekolah pelbagai aliran, perlu sistematikkan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina yang berpatutan dan wajar serta mendapat penyelesaian yang normal, supaya dapat selesaikan masalah kekurangan sekolah rendah Cina yang paling asas itu.

Dalam laporan itu menunjukkan, walaupun pihak kerajaan membuat penambah baikkan dalam pembinaan sekolah rendah Cina serta perpindahan tempat sekolah rendah Cina, tetapi ia masih lagi jauh berbeza daripada apa yang masyarakat Cina mahukan, apa yang masyarakat Cina mahukan ialah layanan sama kepada semua aliran sekolah, mendapat pembangunan yang adil dari segi pendidikan bahasa ibunda.

Semua Polisi Pendidikan Perlu Diubah Diperingkat Dasarnya

Laporan itu menyatakan, pihak kerajaan perlu ubah dasar polisi pendidikan, sepatutnya beri jaminan melalui kertas yang bertulis, sehingga ke hari ini, polisi pendidikan negara ini masih tidak membuat sebarang perubahan, semua orang risau kerana mungkin ada kaitannya dengan kuasa dan keperluan dalam politik.

Dalam laporan itu menegaskan, memberi peruntukan, memberi tanah dan membina sekolah itu semuanya adalah tangungjawab pihak kerajaan, sama juga seperti bina sekolah rendah kebangsaan, semua kos pihak kerajaan sendiri yang membiaya serta memberi peruntukkan dan memberi tanah sehingga sekolah siap dibina. Tetapi sebaliknya pada sekolah rendah Cina pihak kerajaan tidak memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul.

Dalam laporan itu juga dinyatakan, walaupun mendapat peruntukan dari pihak kerajaan, pihak sekolah rendah Cina masih lagi hadapi masalah kawasan tapak sekolah, sehinggakan pembinaan sekolah Cina tidak dapat dijalankan dengan lancar serta hadapi halangan.

Dalam laporan itu juga menghuraikan: sekolah rendah Cina di Puchong Selangor terlalu ramai sehingga sesak, sekolah rendah Chin Chi di Bentong Pahang pula terpaksa dipindahkan ke kawasan itu kerana untuk mengatasi kesesakan murid, tetapi sehingga ke hari ini proses pemindahan kerana tiada kawasan tapak, sekolah tersebut tidak dapat dibangunkan dan tidak nampak sebarang kemajuan.

Umat Islam dirasuah untuk murtad bukti pemimpin Islam PR dan negeri berkebajikan PR gagal! #saveSgor

Posted: 06 Aug 2011 12:12 AM PDT


Apa nak jadi dengan umat Islam Selangor? Pastinya amalan merasuah untuk penganut agama Islam menukar agama sudah berleluasa di negeri Selangor. Segalanya ini membuktikan bahawa pemimpin Islam PR di negeri Selangor gagal dalam melaksanakan tanggung jawab mereka untuk memelihara aqidah umat Islam di negeri terbabit. Lebih malang lagi, ini adalah satu lagi bukti bahawa pemimpin PR hanya beretorik tentang soal negeri berkebajikan. REALITInya mereka gagal menghalang amalan rasuah untuk menukar agama yang berleluasa di negeri Selagor kerana mereka tidak mengotakan janji mereka dalam PRU2008 untuk membela golongan miskin dan terpinggir!

Ayuh SELAMATKAN SELANGOR!



Laporan BERITA HARIAN: 6 Ogos 2011

Ketika 'diselamatkan' daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

"Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan. Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad," katanya kepada Berita Harian, semalam

Murtad - gejala bahaya dalam PKR atau kerajaan PR Selangor? #saveSgor

Posted: 05 Aug 2011 10:54 PM PDT




Nampaknya portal berita dan blogger pro-pembangkang sedang berusaha mengalihkan isu serbuan JAIS dengan menjadikan Hassan Ali sebagai kambing hitam dan menyalahkan UMNO sebagai dalang dalam isu ini. Seolah-olah jentera media Kerajaan PR Selangor sedang berusaha untuk menutup masalah yang lebih besar dalam negeri Selangor, iaitu gejala murtad di kalangan umat Islam.

Ini bukan sesuatu yang asing kerana sebelum ini formula yang sama pernah digunakan untuk menutup isu salah guna kuasa dan korupsi pemimpin pembangkang melalui gerakan mensensasikan kematian Teoh Beng Hock dan meletakkan kesalahan serta dakwaan membunuh Teoh Beng Hock kepada SPRM dan kerajaan pusat.

PKR dan kerajaan PR Selangor perlu menjadi lebih bertanggung jawab dengan tidak menyembunyikan kes-kes Melayu murtad dan syirik di dalam PKR dan negeri Selangor. Ahli PKR sekarang tidak sedar dan tahu bahawa beriman dan menganut ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme boleh merosakkan aqidah mereka. Mereka sudah tidak faham di mana kedudukan Islam dalam aqidah dan kehidupan mereka. Lebih bahaya lagi, apabila Melayu di dalam PKR sudah keliru untuk membezakan antara ad-Din dan ideologi ciptaan manusia serta Allah yang diimani umat Islam dengan Allah yang menjadi ganti nama, gejala murtad sebenarnya amat hampir dengan mereka.

Kita telah memberi amaran sebelum ini; apabila mereka berimamkan Golongan Pemurtad, mereka sebenarnya sedang mengambil risiko seperti ini. Maka jangan salah sesiapa jika anak sendiri menjadi mangsa kerana kita degil dan tidak mahu mendengar amaran Allah dan Rasul-Nya. Renungi maksud hadis Rasulullah saw di bawah supaya menjadi peringatan kepada kita semua:

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang engkau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".


Baca di bawah untuk fahami kisah di sebalik serbuan JAIS;



BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan



KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau 'bawah tanah'.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan 'bawah tanah' ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

"Pendakwah atau pastor tidak pernah memaksa saya memasuki agama mereka, tetapi menggunakan cara paling lembut dan halus dengan tidak berputus asa memujuk selain terus membantu sehingga akhirnya saya terhutang budi dan akur mengukti program keagamaan mereka yang kebiasaannya diadakan dua kali seminggu."

"Kami diberikan kitab Bible versi bahasa Melayu dan turut dibekalkan pita rakaman kecil mengandungi nyanyian keagamaan supaya dapat menghafal sebelum didedahkan dengan ceramah yang kandungannya lebih menolak Islam dan Nabi Muhamad SAW", katanya ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.

Wanita itu turut memberikan beberapa kitab Bible dan risalah yang dimilikinya kepada wartawan sebagai rujukan dan mengaku dia sudah menghafalnya serta kini di peringkat pembelajaran yang agak tinggi selain sudah menjalani upacara pembaptisan.

Menurutnya lebih memeranjatkan pastor berketurunan Melayu yang sudah lama menyertai agama kumpulan itu turut memberi ceramah.

"Amat sukar kami yang Islam keluar dari kumpulan ini kerana mendapat bantuan lebih daripada mencukupi dan berterusan. Siapa yang tidak mahukan wang…kalau pihak berwajib seperti jabatan agama dan kebajikan masyarakat tidak terlalu banyak birokrasi mungkin ia boleh dibendung", katanya.

Menurutnya, jika ingin membendung perkara ini daripada terus berlaku, pihak berwajib sepatutnya lebih sedar dan menjalankan tanggungjawab dengan menjaga kebajikan golongan miskin dan memerlukan bantuan.

"Semua pihak perlu prihatin terhadap fakir miskin, ibu tunggal dan mualaf supaya mereka tidak beralih memohon bantuan kepada pihak agama lain", katanya.

Media melaporkan beberapa penguatkuasaan Jais dan polis menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya, Rabu lalu, selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Pemeriksaan mendapati 12 orang beragama Islam menghadari majlis itu, namun tiada tangkapan dibuat dan mereka diarahkan hadir di Bahagian Penguatkuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Merujuk Perlembagaan Persekutuan Artikel 11 (4) Undang-Undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-Undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.


Metro: Sogok Wang Gadai Akidah

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.

Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.

Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru' oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat' jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika 'diselamatkan' daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

"Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan. Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

"Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia," katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan 'minuman istimewa' diikuti upacara pembaptisan – Berita Harian

Sikap `double standard' dan `jumpy' Majlis Peguam dalam kes JAIS bukti ia `political tool'? #saveSgor

Posted: 05 Aug 2011 07:52 PM PDT




Dalam serbuan JAIS, nampaknya nada dan kenyataan Majlis Peguam berubah seratus peratus. Agaknya bagaimanakah nada Majlis Peguam jika serbuan ini dilakukan di negeri-negeri di bawah kerajaan BN? Belum apa-apa, Majlis Peguam sudah melompat untuk mempertahankan kerajaan PR Selangor dan Menteri Besarnya.

Sikap Majlis Peguam ini menguatkan lagi persepsi di kalangan rakyat bahawa Majlis Peguam hanya alat PR, tidak bebas dan tiada pendirian, melainkan hanya berupaya memuntahkan apa yang disuapkan kepada mereka. Jelas, Majlis Peguam ada masalah integriti!

Baca juga:

Serbuan Jais ke Gereja: Wanita Melayu Mengaku di Pujuk Cara Halus?

Edisi Subuh: Faekah Husin murtad





logo letterhead left-right_2.png

Press Release
Celebrate freedom, not fear

The Malaysian Bar deeply deplores the action by the Jabatan Agama Islam Selangor ("JAIS") who, with the assistance of Polis DiRaja Malaysia, rudely interrupted a thanksgiving dinner hosted by a community-based non-governmental organisation and held at Damansara Utama Methodist Church two days ago.

We welcome the statement of regret offered by the Menteri Besar of Selangor over the incident, and his call for JAIS to furnish a detailed report on the incident. We trust that appropriate disciplinary action will be taken if JAIS officers are found to have exceeded their authority in this regard. The civil authorities cannot allow the Islamic department to wantonly disrespect the fundamental rights and liberties of all citizens to gather and associate freely with one another.

Especially in this month of Ramadhan, one would have hoped that the Islamic religious authorities in Selangor would have focused their attention on more constructive pursuits rather than the disruption of a community thanksgiving dinner that brought together people of various races and faiths in peace, harmony and unity. This is the true spirit of Malaysia which we must value, uphold, protect and defend.

We know of no prohibition in law against Muslims entering the premises of a Christian church, nor of being part of the audience in a thanksgiving event held in such a place, even if such an event were to contain certain religious elements such as prayer and singing. By conducting such a raid, video-recording a part of the event, rummaging and removing the contents of garbage bags and then taking down the particulars of Muslims found in attendance, treating them as though they had somehow broken the law, JAIS has besmirched the good name and sullied the hard-earned reputation of Malaysia and her peoples for multi-racial, multi-cultural and multi-faith acceptance.

This action on the part of JAIS, coming so closely after the insensitive public service announcements released by television station 8TV, does not bode well for the future of inter-racial and inter-faith harmony in our country. If, after almost 54 years of independence in Peninsular Malaysia, a state Islamic authority and a national television company can still display a form of arrogant authoritarianism and callous condescension in their actions, then we must collectively ask ourselves where we have failed as a nation. Moderation has increasingly given way to mindless orthodoxy, and those in authority have parted company with common sense.

Let us all recommit ourselves, in this mutual month of Ramadhan and Merdeka, to a practice of faith or belief that will free our lives from fear, and a pursuit of ideals that will free our thoughts from binding shackles, both of which our forefathers struggled so hard to achieve.


Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

5 Aug 2011



Kenyataan Penuh Hassan Ali di bawah:

KENYATAAN AKHBAR DATO' DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan 'pray'.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.


Tiada ulasan:

Pengikut