Jumaat, 12 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan BN Pahang lama tak baiki jalan yang rosak teruk

Posted: 11 Aug 2011 05:28 PM PDT



TOLONG BAIKI JALAN BUKIT IBAM ! SAYA salah seorang pengguna laluan Jalan Bukit Ibam menuju ke Muadzam Shah, Rompin. Apa yang ingin saya mahu kongsi menerusi ruangan Rakan Pahang adalah jalan tersebut rosak teruk sejak beberapa tahun lalu dan tidak dibaiki sejak sekian lama.

Terdapat beberapa kes kemalangan hingga meragut nyawa di jalan itu akibat struktur jalan yang rosak teruk.

Ingatkan keadaan itu hanya disedari oleh saya tetapi orang ramai yang melalui jalan tersebut turut meluahkan rasa kecewa mengenainya.

Kalangan yang saya temui memberitahu, jalan tersebut merupakan jalan utama ke Bukit Ibam dan telah berlaku banyak kes kemalangan di situ.

Terdapat kira-kira 3,000 pengguna jalan raya melalui kawasan itu setiap hari termasuk penduduk di Kampung Ibam, Kampung Aur dan kawasan penempatan Orang Asli berdekatan.

Oleh itu, saya berharap masalah ini ditangani segera kerana orang ramai sudah tentu mempertaruhkan nyawa mereka setiap kali melalui jalan berlubang di kanan dan kiri jalan.

Pihak berwajib seharusnya mengambil pendekatan proaktif dengan membaiki atau menurap semula jalan itu.

Saranan ini dibuat kerana jalan tersebut merupakan nadi perhubungan utama penduduk Bukit Ibam ke bandar Muadzam Shah.

MOHAMED SAMIN SALIMULLAH,
Muadzam Shah, Rompin
12 Ogos 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm


PEKERJA ISLAM DI PAHANG TERTINDAS, KERAJAAN BN TAK PEDULI !

Aduan Rakyat Online
9 Ogos 2010

Salam. Pihak syarikat perlombongan bijih besi di KM2 Bukit Ibam seperti mencabar kami dengan menjalankan operasi hingga lewat malam tanpa peduli waktu-waktu umat Islam berbuka serta solat.

Yang pasti tokey nya pasti KAFIR, tapi pihak pengguasa tempatan pasti beragama Islam (mungkin) pun sama tidak pedulikan kemulian bulan Ramadhan.

Pencemaran BUNYI begitu menusuk telinga hinggakan laungan Azan dari masjid tenggelam.

Jalan UTAMA kami pun hancur akibat lori2 besi yang membawa keluar hasil seperti samseng jalanan.

Syarikat perlombongan ini begitu kurang ajar dan kami mungkin akan mengambil tindakan sendiri jika tiada pihak yang cuba mengambil tindakan segera.

Perkara ini terlalu lama berlarutan walau beberapa kali kami menegur.

Harap maklum pihak PTG Rompin,PTG Negeri,JPJ,PDRM, SPRM Pahang dan Pejabat SUK Phg, jangan sampai kami ambil tindakan sendiri.

By: kiramin

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/lombong-besi-cemar-ramadhan

Penyelewengan agihan komputer 1Malaysia di N.Sembilan

Posted: 11 Aug 2011 05:28 PM PDT



KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA ! Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato' Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.

Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang pelajar dengan lebih teperinci.

Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.

Selain itu, ada juga pelajar yang mempunyai penjaga yang berpendapatan melebihi kelayakan yang sepatutnya telah mendapat bantuan ini.

Saya bagi pihak yang prihatin ingin memaklumkan bahawa lebih ramai lagi pelajar di sekolah ini yang layak menerima bantuan notebook antaranya keluarga pelajar yang menerima bantuan PPRT tetapi malangnya mereka tdak diberi perhatian olah pihak sekolah.

Jadi, dimanakah hilangnya keprihatinan guru-guru terhadap anak murid yang susah tetapi mempunyai masa hadapan yang cerah jika pada waktu ini mereka diabaikan?

Diharap dengan aduan ini,pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kita semua maklum bahawa sumbangan notebook 1Malaysia ini adalah berterusan dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekian..

By: ahmad diah - Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011
http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia

PEMBAHAGIAN NETBOOK OLEH KERAJAAN
Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011

Merujuk kepada pembahagian netbook oleh kerajaan bermula 2010 lagi. Pihak kerajaan perlu membuat semakan. Jangan hanya merasa seronok dapat menunjukkan kebaikan melalui dada akhbar sahaja. Kerajaan yang prihatin.

Macam biasa bagi mereka yang dapat tersenyum lebar tetapi apa perasaan bagi yang tak dapat seperti saya.

Asas pemilihan tidak berapa jelas, keluarga miskin sahaja atau ada faktor lain. Sebagaimana yang diadukan ada juga dikalangan penerima dari keluarga yang agak berada. Keluarga yang tak dapat tetapi merasakan mereka layak juga tentu rasa terkilan. Terus tertanam rasa tidak hormat kepada kerajaan.

Miskin juga satu faktor relatif.

Umpamanya pendapatan keluarga RM1,500 dianggap miskin dan layak. Pendapatan RM3,500 tidak layak. Cuba bandingkan siapa lebih miskin. Keluaga A (pendapatan RM1,500) dengan 2 orang anak (sek menengah dan rendah), Keluarga B(pendapatan RM3,500) dengan 8 orang anak ( 3 sek rendah, 3 sek menengah dan 2 IPT).

Perbelanjaan keluarga A lebih besar dalam segala hal contohnya rumah sewa. Keluarga A boleh sewa rumah 2 bilik @ RM450. Tetapi keluarga B terpaksa sewa rumah paling kurang 3 bilik @ RM650.

Untuk perbelanjaan lain, bolehlah congak sendiri. Secara perkapita pun keluarga A @ RM375 berbanding B @ RM350. Jadi jelas disini keluarga B lebih miskin. Jadi saya meminta pihak kerajaan memandang balik .

Disamping pendapatan keluarga, tengok juga jumlah tanggungan. Contohnya saya yang berpendapatan RM3,500 mempunyai 8 anak dan hidup dibandar terasa begitu perit. Jadi kalau dapat netbook free tu rasa legalah sikit.

By: Mohd Norman
http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-netbook-oleh-kerajaan

PEMBAHAGIAN MINI LAPTOP YANG TIDAK ADIL
Aduan Rakyat, 8 Ogos 2011

Saya terpanggil untuk membuat aduan di ruangan ini mengenai pembahagian mini LAPTOP 1MALAYSIA YANG HANYA DI BERIKAN KEPADA ORANG YANG BERADA ,IBUBAPA YANG BERKERJA DI KERAJAAN SEPERTI GURU DAN SEDARA MARA SI PEMBERI?

Kenapa hal begini berlaku sedangkan ramai lagi remaja sekolah yang miskin ank yatim dan piatu tidak di berikan? Adakah ini arahan dari pihak kerajaan atau pihak tersebut yang mengadakan arahan?

Saya rasa amat terkilan kerana kebanyakan yang mendapat bantuan adalah anak-anak guru dan golongan yang berada.

Saya berharap hal ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Terima kasih.

By: hamba allah
http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-mini-laptop-yang-tidak-adil

Tiada ulasan:

Pengikut