Isnin, 1 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Indonesia buat kapal selam tahun 2012, Malaysia?

Posted: 31 Jul 2011 11:10 PM PDT



Jiran kita Indonesia akan mula membuat kapal selam mereka sendiri pada tahun 2012. Sebelum ini Indonesia telah membuat sendiri bot selam, jet pejuang generasi baru, hoverkraf dan kereta perisai. Itu tidak termasuk kapal terbang, helikopter, kapal peronda, senapang tempur juga pembangunan roket sendiri. Apakah Malaysia hanya mampu beli kapal selam Scorpene, helikopter Eurocopter, jet pejuang Typhoon?

Kisah kehebatan industri pertahanan Indonesia pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/03/hebatnya-indonesia-cipta-bot-boleh.html


KAPAL SELAM INDONESIA MULAI DIBUAT AWAL 2012
Kamis, 28 Juli 2011

VIVAnews - Indonesia segera membuat dua kapal selam untuk memperkuat alat utama sistem senjata (alutsista). Dua kapal selam itu, direncanakan mulai dibuat awal 2012 mendatang.

"Awal 2012 sudah bisa mulai dibuat. Kalau tidak keduanya ya dibuat satu dulu," kata Kepala Pusat Komuniukasi Kementerian Pertahanan, Brigjen Hartind Asrin kepada VIVAnews.com, Kamis 28 Juli 2011.

Kapal selam ini, kata dia, akan dilengkapi dengan teknologi terbaru. Namun, dia mengaku tak mengetahui secara pasti teknologi yang akan dipasang di dua kapal selam ini nantinya. "Cari saja teknologi kapal selam paling mutakhir. Itu yang akan kita pasang nanti," kata dia.

Menurut dia, dua kapal itu akan dibangun dengan sistem joint production bersama negara lain. Satu kapal direncanakan dibuat di negara rekanan. Satu lagi dibuat di dalam negeri. "Di dalam negeri akan kita buat di PT PAL, Surabaya," kata dia.

Saat ini, lanjut dia, Indonesia sudah menjajaki sejumlah negara untuk membuat dua kapal selam ini. Proposal pembuatan kapal selam pun sudah di sebar ke beberapa negara yang akan dijadikan rekanan. Namun, dia tak mau menyebut ke negara mana saja proposal itu diberikan. "Tak boleh kita sebutkan, itu bagian dari rahasia," kata dia.

"Yang jelas tim untuk itu sudah kita kirim ke beberapa negara, nanti saja, sabar. Setelah semua fix, baru kita buka."

Hartind mengatakan, kepastian negara calon rekanan itu kemungkinan baru bisa diketahui akhir tahun ini. "Setelah lebaran mungkin sudah bisa diketahui," kata dia.

Hartind pun tak mau menyebutkan berapa anggaran dana yang disediakan untuk pembuatan dua kapal selam ini. Menurut dia, anggaran dana itu tergantung dari negara rekanan pembuatan kapal. "Kita pilih negara yang menawarkan harga paling rendah dengan kualitas yang bagus," kata dia.

Rencana pembuatan kapal selam ini juga telah dipaparkan oleh Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro. Menurut dia, Indonesia harus bisa membuat persenjataan sendiri agar bisa mandiri. Sejauh ini, Indonesia baru memiliki dua kapal selam buatan Korea Selatan. (eh)

http://us.nasional.vivanews.com/news/read/236539-kapal-selam-indonesia-mulai-dibuat-awal-2012

Semakin banyak Bala melanda N.Sembilan, INSAFLAH

Posted: 31 Jul 2011 07:58 PM PDT



Setelah ribut taufan yang begitu luar biasa melanda Port Dickson pada 30 Julai 2011, kini penduduk Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson pula mengalami gangguan bekalan air akibat paip bersaiz 24 inci pecah apabila tebing sungai runtuh berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi.

Apakah dua kejadian ini hanya sekadar fenomena alam semulajadi atau petanda dari Yang Maha Esa untuk kita semua di Negeri Sembilan?

Antara beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009 ialah pengurusan pengambilan pasir yang kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan. Laporan audit tersebut dan beberapa gambar masalah penagmbilan pasir di pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

MAKSIAT DI NEGERI SEMBILAN MENGUNDANG BALA
http://amkns.blogspot.com/2011/06/maksiat-di-negeri-sembilan-mengundang.html

ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA
http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html

BEKALAN AIR PD TERJEJAS TEBING SUNGAI RUNTUH
July 30, 2011

PORT DICKSON – Gara-gara tebing sungai runtuh, sebahagian besar kawasan di Port Dickson mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.

Kejadian yang memecahkan paip bersaiz 24 inci berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi itu juga dijangka menyebabkan gangguan bekalan air terganggu hingga 1 Ogos ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Azlan Abdul Aziz berkata, kejadian tanah runtuh tersebut telah menyebabkan paip bersaiz 24 inci berhampiran LRA Sungai Linggi pecah.

"Kejadian ini menyebabkan kawasan Batu 4 Jalan Pantai-Pekan Port Dickson, Pekan Port Dickson, Lukut, Spring Hill, Chuah, Sua Betong dan Bukit Pelandok mengalami gangguan bekalan air.

"SAINS mohon maaf diatas segala kesulitan yang dialami oleh para pelanggan semasa gangguan ini," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azlan berkata, kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan tebing sedang dilaksanakan tetapi kerja tersebut berhadapan kesukaran kerana keadaan arus deras sungai dan struktur tanah tidak stabil.

Justeru, katanya, sebagai langkah awal SAINS akan menyediakan sumber bekalan alternatif seperti penghantaran air melalui lori tangki ke kawasan-kawasan bermasalah bagi mengurangkan beban kepada pengguna.

Menurutnya, SAINS memohon kerjasama kepada pelanggan agar mengambil langkah persediaan dan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 yang beroperasi 24 jam sehari untuk sebarang bantuan lanjut.

Tambahnya, orang ramai juga boleh mengetahui status terkini gangguan bekalan air tersebut dengan melayari laman web http://www.sainswater.com/ .

Sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/30/bekalan-air-pd-terjejas-tebing-sungai-runtuh/

4 parti politik India dalam BN, Melayu hanya 1

Posted: 31 Jul 2011 07:57 PM PDT



Dalam Barisan Nasional ada 4 parti politik berasaskan kaum India , iaitu MIC, IPF, MMS dan MIUP, itu tidak termasuk KIMMA. Kalau dalam BN ada parti politik berasaskan Melayu selain Umno , bagaimana agaknya?

PALANIVEL DILANTIK MENTERI DI JPM
Berita Harian 1 Ogos 2011

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Perdana Menteri berkata, portfolio dan bidang tugas Palanivel akan diumumkan selepas majlis angkat sumpah diadakan tidak lama lagi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PalaniveldilantikMenteridiJPM/Article

Antara parti politik berasaskan kaum India ialah Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), Malaysia Makkal Sakti (MMS) dan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP).
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menjadi ahli bersekutu UMNO sejak 27 Ogos, 2010.

Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) dilancarkan pada 25 November 2007.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MICbantahkeahlianpenuhpartiserpihanIndiadalamBN/Article

Tiada ulasan:

Pengikut