Ahad, 31 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Biaqpila

Posted: 31 Jul 2011 03:19 PM PDT

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DIALOG RAKYAT

Posted: 31 Jul 2011 03:17 PM PDT

Sambutan pembebasan EO6: Rakyat tidak boleh ditakut-takutkan lagi

Posted: 31 Jul 2011 02:51 AM PDT

Lim Hong Siang

Keenam-enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, sebulat suara mendakwa bahawa kuasa rakyat yang membebaskan mereka daripada penahanan. Malah, keberanian rakyat untuk turun ke jalan raya pada 9 Julai 2011, dan kecekalan untuk terus mendesak agar EO6 dibebaskan, membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi.

Ahli parlimen Sungai Siput Micheal Jeyakumar Deveraj (gambar kiri, kiri) menjangkakan dirinya bersama rakan seperjuangannya akan ditahan untuk tempoh 60 hari, malah mungkin dilanjutkan kepada dua tahun - namun akhirnya kerajaan terpaksa akur kerana desakan daripada rakyat Malaysia untuk membebaskan mereka.

Micheal Jeyakumar menganggap penangkapan EO6 bertujuan untuk menakutkan rakyat Malaysia agar tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, namun strategi ini terbukti gagal.

Ketika menggulung selepas EO6 yang dibebaskan jam 5.30 petang semalam berucap, Setiausaha Agung PSM Arutchelvan menyimpulkan bahawa "Rakyat Malaysia tidak boleh ditakut-takutkan lagi dengan cerita karut!"

Arutchelvan menceritakan bagaimana PSM sebagai parti yang paling miskin, meraih sokongan ramai selepas penahanan aktivis partinya berikutan perhimpunan BERSIH 2.0. Mereka sempat untuk mengumpul wang sebanyak RM192,000 dalam masa dua jam, untuk mengikat jamin aktivisnya yang ditahan. Malah, selepas penahanan EO6, ada orang yang mengunjungi ibu pejabatnya untuk mengisi borang kemasukan parti.

Kira-kira 400 orang dari latar belakang kaum yang pelbagai hadir untuk menyambut pembebasan EO6 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Satu forum untuk membincangkan Ordinan Darurat dijadualkan untuk diadakan semalam, bertukar kepada perkongsian pengalaman EO6. Forum ini juga bertembung dengan candle light vigil untuk mendiang Teoh Beng Hock, yang diadakan pada 9 malam.

Selepas EO6 berkongsi pengalaman mereka, hampir kesemua hadirin menyertai candle light vigil di tingkat bawah Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH) menambahkan bilangan peserta kepada kira-kira 600 orang. Pengerusi BERSIH 2.0, EO6 dan wakil-wakil NGO turut hadir untuk memberi solidariti kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Rakyat adalah wira demokrasi

Laungan slogan "Hidup Rakyat", "Mansuh Akta Zalim", "Hancur EO", terus kedengaran, malah penyokong PSM menyanyikan lagu "Suara Rakyat" dan lagu "Internasionale" untuk menyambut ketibaan EO6. Selain penyokong PSM dan aktivis sosial, pemimpin politik yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan lain-lain. Puluhan polis berada di sekitar bangunan KL-SCAH, tetapi tidak mengganggu perjalanan aktiviti.

Ketika berucap, AJK PSM Choo Chon Kai menjangkakan bahawa dirinya akan ditahan untuk tempoh yang panjang, namun beliau tidak pernah berasa gentar sama sekali.

"Saya ada kepercayaan kepada rakyat di luar sana. Saya percaya rakyat kita sudah matang," katanya disambut dengan sorakan. Beliau menambah, "Saya tidak merasa kami enam orang ini adalah wira. Wira yang sebenarnya adalah anda semua. Setiap orang, setiap rakyat yang turun ke jalan raya pada 9 Julai. Anda semua adalah wira demokrasi kepada politik di Malaysia ini!"

Penahanan di bawah Ordinan Darurat kali ini tidak melunturkan semangat R Saratbabu, malah beliau telah berjanji kepada dirinya, bahawa beliau akan bersama perjuangan PSM selepas dibebaskan. AP Letchumanan pula berkata, Ketua Polis Negara hanya boleh memenjarakan badannya, tetapi gagal memenjarakan semangat perjuangannya.

Sugumaran a/l Munisamy mengisahkan pengalamannya dalam nada berjenaka, menceritakan betapa lucunya cara soal-siasat pegawai penyiasat. Beliau ditanya soalan apa yang dilakukan pada bulan pertama tahun 1990, diminta untuk bernyanyi, malah pegawai penyiasat cuba membandingkan PSM dengan Parti Komunis Malaya (PKM) - PSM dengan hanya seorang pemimpin berketurunan Melayu, iaitu Nasir Hashim, sementara yang selainnya adalah berketurunan India. Sugu berkata pegawai penyiasat cuba menyamakan situasi ini dengan PKM, yang mana Rashid Maidin seorang sahaja Melayu di kalangan pemimpin PKM, dengan pemimpin selebihnya adalah berketurunan Cina.

Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, turut mengalami pengalaman yang agak sama, di mana pegawai penyiasatnya cuba menyamakan sosialisme dengan komunisme. Beliau yang tidak tahan dengan kenyataan pegawai penyiasat itu berkata mereka telah puluhan tahun ketinggalan, sedangkan kita kini berada dalam abad ke-21.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

LLG: Pimpinan tertinggi SPRM mesti dikena tindakan

Posted: 31 Jul 2011 02:50 AM PDT

LLG

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melahirkan kekesalan tentang laporan Suruhanjaya siasatan Teoh Beng Hock yang membuat kesimpulan bahawa Teoh Beng Hock "di-bunuh diri". Analisis psikologi suruhanjaya siasatan bahawa Teoh berubah daripada kumpulan risiko rendah kepada kumpulan risiko tinggi untuk membunuh diri selepas sesi soal siasat SPRM cuma suatu andaian, kesimpulan bunuh diri tersebut dibuat tanpa sebarang bukti fizikal adalah dangkal dan terburu-buru, melanggar prinsip-prinsip undang-undang yang memerlukan bukti kukuh.

Kesimpulan yang tidak professional ini dibuat oleh lima orang pesuruhjaya yang mempunyai latar belakang professional telah mengecewakan rakyat. Sebenarnya, bagi kes kematian Teoh Beng Hock, rakyat telah ada jawapan di dalam hati, jika kesimpulan suruhanjaya siasatan dan kerajaan terpesong jauh dari persepsi umum rakyat, ia hanya akan merosakkan keseluruhan integriti kerajaan, tidak memanfaatkan usaha transformasi kerajaan.

Kami menyeru kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pimpinan tertinggi SPRM. Dua tahun yang lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said mengatakan Teoh bunuh diri sebelum pihak polis menyempurnakan siasatan. Dia berkata SPRM tidak perlu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kerana ketika itu Teoh tidak lagi di bawah jagaan SPRM. Sekarang, laporan suruhanjaya siasatan telah membuktikan,Teoh belum dibebaskan oleh SPRM pada masa kematiannya.

Jelasnya Ahmad Said telah berbohong dua tahun yang lalu, dia tidak ada sedikit pun perasaan kesal terhadap kematian Teoh, ini membangkitkan kemarahan rakyat! Kami meminta kerajaan mengambil kira tanggungjawab Ahmad Said, merampas segala pencen dan kebajikan penjawat awamnya. Kerajaan mesti menghukum Ahmad Said.

Ketua Pesuruhjaya SPRM kini Abu Kassim pernah mengemukakan surat terbuka kepada keluarga Teoh bahawa SPRM tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kematian Teoh. Tetapi, bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim yang mengakibatkan kematian Teoh, telah dinaik-pangkat ke pengarah SPRM Negeri Sembilan semasa Abu Kassim memegang jawatan ketua pesuruhjaya. Hishamuddin juga hanya digantung sementara selepas laporan suruhanjaya siasatan diumumkan.

Ini menunjukkan Abu Kassim cakap tak serupa bikin, tidak benar-benar mengkaji semula kaedah-kaedah soal-siasat SPRM yang mencabuli hak asasi manusia, SPRM tidak ada sebarang tindakan boleh dikatakan ikhlas dalam tragedi Teoh. Kes kematian kedua pula terjadi dalam tempoh Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya. Kami menggesa Abu Kassim segera meletakkan jawatan atas kematian Teoh dan kes-kes penyelewengan kuasa lain. Jikalau tidak ada seorang pun bertanggungjawab ke atas kematian Teoh dan dikenakan hukuman, kematian di bawah tahanan agensi kerajaan tidak akan dipandang serius, reputasi kerajaan akan dicemarkan.

*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kanan) selaku Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

Sekolah sebagai alat integrasi atau pecah-perintah?

Posted: 31 Jul 2011 02:37 AM PDT

Oleh Adil Mat Selamat


Kewujudan sebuah negara bangsa yang mengamalkan satu dasar pendidikan yang melangkaui sempadan warna kulit, bahasa pertuturan dan budaya merupakan satu cita-cita yang paling besar.

Namun, adakah dasar dan pendekatan kita (baca: kerajaanUMNO-BN) dalam aspek pendidikan, benar-benar ingin membawa aspirasi itu? Jika jawapannya datang dari UMNO-BN, pastilah 'ya'.

Tetapi kita menyanggahnya atas beberapa fakta yang menjadi bukti bahawa dasar pendidikan kita tidak akan menuju kepada satu kewujudan sebuah negara bangsa, sebaliknya digunakan sebagai alat atau mekanisme pecah-perintah oleh kerajaan yang sudah di hujung usia ini, iaitu UMNO-BN.

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mendakwa kononnya kerajaan Perikatan dahulu telah membuat satu keputusan yang betul dengan mewujudkan sekolah aliran bahasa mengikut kaum iaitu Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil/Cina.

Secara zahirnya, tampak permukaannya, memang kita akui idea ini mampu 'membeli' hati dan mimpi indah rakyat mengikut satu-satu kaum, hal ini kaum Cina dan India.

Malah kaum Melayu, khususnya yang mendukung UMNO sebagai wadah perjuangan politik, turut merasa 'selamat' kerana sekolah 'mereka" – sebenarnya Sekolah Kebangsaan untuk semua kaum – dianggap teguh tanpa gangguan kaum lain.

Kesan pendidikan pecah-perintah

Membaca politik permukaan memang semuanya indah dan baik belaka. Tetapi apa yang telah berlaku selepas lebih dari 50 tahun dasar ini dilaksanakan?

Adakah anak-anak kita, malah diri kita sendiri, yang lahir dari sistem ini sangat tinggi idealismenya? Atau sekadar bakal menjadi produk-produk niaga kerajaan UMNO-BN?

Dalam pergaulan sehari-harian, jika seorang warganegara Malaysia dari kaum Cina atau India tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Melayu, apa akan orang Melayu katakan kepada insan seperti ini?

Penulis sendiri pernah mendengar sindiran orang Melayu apabila bertemu seorang India atau Cina yang seperti ini. Jika tidak diketawakan pun, sudah tentu ada yang diperli keras, "kalau tak reti cakap Melayu, balik negerilah". Dan ungkapan ini, sudah sering benar terjadi.

Siapa yang salah selain individu itu sendiri?

Bukankah ganjil, ada orang Melayu mahu kaum Cina dan India belajar dalam sekolah jenis bahasa mereka, dan kemudian jika mereka tidak fasih berbahasa Melayu, maka mereka dikutuk. Tidakkah sikap ini mencerminkan kejahilan sang pengutuk itu?

Bagi seorang politikus atau menteri, adakah setiap tindakan atau keputusannya tidak akan mengambil kira kesan politik bagi diri dan parti mereka? Sudah pasti ini sesuatu yang amat mustahil.

Sejauh mana pertimbangan politik bagi insan-insan yang berkuasa ini?

Sistem satu aliran?

Ada juga didengar cadangan supaya wujud sekolah satu aliran sahaja. Mari pertimbangkannya, sama ada ia bernas atau tidak.

Cuba kita lihat apakah faedahnya jika hanya ada satu aliran sekolah sahaja, dan tumpukan kepada isu bahasa sahaja. Semuanya harus bermula dari sekolah rendah.

Bayangkan sekolah ini mengamalkan dasar wajib mempelajari tiga bahasa, iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa asas dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Inggeris, dan pilihan ketiga sama ada Tamil atau Mandarin (Cina).

Di Sabah, bahasa ketiga diberi pilihan di antara Kadazandusun dan Mandarin manakala pilihan di antara Iban dan Mandarin diberi untuk Sarawak.

Setiap pelajar tanpa mengira kaum dan agama wajib mempelajari kedua-dua bahasa itu, termasuk anak-anak Melayu sendiri, sama ada di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.

Untuk tidak menafikan peluang mana-mana pihak, pilihan keempat juga boleh ditawarkan tetapi ia tidak perlu menjadi mata pelajaran wajib.

Juga tidak timbul masalah penguasaan bahasa jika dimulakan seawal mungkin kerana kanak-kanak dalam usia muda di sekitar enam atau tujuh tahun mudah 'menangkap' bahasa, asalkan pendekatan pelajaran dan pendidikan kena pada tempatnya.

Murid-murid ini akan belajar dalam kelas yang sama, sekolah yang sama dengan perkongsian pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya harus didedah di peringkat rendah lagi, justeru itu tidak akan timbul isu bahasa atau budaya kaum mana yang akan terpinggir.

Ini penting kerana biasanya perkauman bermula apabila pelajar lebih selesa berkumpul atau lepak bersama rakan-rakan dari kalangan pengguna bahasa yang sama. Dari situ akan bermula prasangka kaum yang merebak kepada kebencian yang sebenarnya tidak ada sebarang asas – semata-mata berbeza penggunaan bahasa dan berlainan warna kulit.

Dengan sekolah satu aliran, mungkin dari aspek pentadbiran, pengurusan sistem, malah Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan senantiasa berasaskan tolerenasi dan kefahaman antara kaum, agama, budaya dan disiplin pelajaran. Bukankah ini lebih mendekati pada konsep 1Malaysia?

Yang Melayu tetap Melayu, yang Islam tetap Islam, yang lain tetap dengan kelainannya. Itu keindahan perpaduan dalam kepelbagaian. Titik penyatuannya adalah semangat sebagai warga Malaysia yang berkongsi hidup dalam sebuah negara.

Peluang mengenali antara satu sama lain

Bagi kaum Melayu, inilah peluang mereka untuk mempelajari bahasa Mandarin atau Tamil. Begitu juga dengan anak-anak kaum Cina dan India. Mereka tidak perlu menukar budaya kerana berbeza sekolah.

Amalkanlah budaya dan cara kita tersendiri dalam komuniti yang besar ini. Semua kaum ini adalah 1Keluarga. Tidak perlu malu, sebaliknya belajar menghormati secara praktis.

Tetapi apa akan jadi dengan SRJKC/T? Dirobohkan atau dimusnahkan? Sudah tentu tidak. Ia hanya terserap menjadi sekolah satu aliran. Dan, bajet membuat sekolah 'jenis' ini boleh digunakan untuk membangunkan sistem, pentadbiran dan latihan kepada semua guru-guru.

Tentu syaratnya juga perlu serius. Sistem yang ada sekarang perlu rombakan besar-besaran. Pengambilan pelajar untuk maktab perguruan serta universiti yang menawarkan kursus perguruan perlu berasaskan kepada merit, dan tidak boleh lagi bergantung kepada warna kulit dan kepercayaan agama.

Jika kerajaan Perikatan dahulu mengamalkan dasar ini, sudah pasti murid-murid, termasuk kita dan ibu bapa kita, yang keluar dari sekolah satu aliran itu mengusai sekurang-kurangnya tiga bahasa sekali gus.

(Dalam pada itu pun, sudah ramai kaum Cina dan India serta kaum-kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang menguasai tiga bahasa walau pun berbeza sistem persekolahan – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih)

Apabila pelajar yang menguasai tiga bahasa memasuki kolej dan universiti, sudah pasti tradisi keilmuan itu akan lebih hebat. Bukan sahaja bahan-bahan rujukan serantau serta sebenua dapat dibaca dan ditelaah, malah perbezaan budaya dan kepercayaan agama dapat difahami antara satu sama lain yang bakal menjadi teras penyatuan dan jati diri 'bangsa Malaysia'.

Berakhirkah perkauman?

Jika ini berlaku, parti-parti politik yang ditubuh dan berjuang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC, tentu tidak akan mendapat tempat di hati masyarakat. Malah parti-parti ini bersama kumpulan-kumpulan kaum seperti Perkasa akan menjadi tukun di dasar laut, tenggelam dan berkarat.

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) juga mungkin tidak akan menjadi apa-apa isu lagi.

Cuma berhati-hati sedikit adalah unjuran 'sekolah satu aliran' di kalangan kumpulan kaum yang sebenarnya lebih berniat untuk menafikan kewujudan SRJKC/T daripada mewujudkan satu sekolah yang mengajar pelbagai bahasa dengan guru-guru pelbagai kaum yang cekap dan pakar dalam bahasa masing-masing.

Kerana itulah, walau pun indah cadangan satu aliran, ia sentiasa menimbulkan kecurigaan di kalangan kaum bukan Melayu. Sama seperti kedudukan ironi Bahasa Melayu – orang Melayu mahu semua rakyat mengamalkannya tetapi ada Melayu yang enggan 'membebaskan' Bahasa Melayu untuk menjadi bahasa semua kaum.

Maksudnya, dari tafsiran orang Melayu seperti ini, Bahasa Melayu itu adalah milik Melayu dan semua yang lain harus dipaksa menggunakan bahasa ini. Keadaan ini menimbulkan kegelisahan di kalangan bukan Melayu, yang turut menjadi alasan sesetengah mereka yang 'malas' belajar dan berinteraksi dalam Bahasa Melayu.

Suasana ini juga perlu diubah dan menjadi pra-syarat sebelum sekolah satu aliran pelbagai bahasa dapat dilaksanakan.

Cadangan ini hanyalah impian peribadi penulis. Ia bukan pandangan rasmi mana-mana parti politik. Malah ia bukan percubaan untuk melobi mana-mana pihak. Ia hanya idea seorang penulis yang ingin melihat anak-anak kita bersatu hati berjiwa merdeka tanpa menjadi mangsa pecah-perintah UMNO-BN. – Roketkini.com

Second Layer Kecewa!

Posted: 31 Jul 2011 01:41 AM PDT

MSO

Menjelang tengah malam ini sekurang-kurangnya dua maklumat mengenai kedudukan dan masa depan politik Najib Razak yang masuk ke dalam telinga dan kepala saya sungguh kurang menyenangkan. Entahlah kenapa terjadi demikian pula. Hampir serentak pula maklumat ini saya perolehi. Kerana sumber yang menyampaikan sangat boleh dipecayai dan tidak mudah untuk menyangka ianya satu provokasi menjadikan saya tetanya-tanya sendiri, apa jadi dengan Najib?

Saya merasakan ia benar dan sangat boleh diyakini. Isu nya bukan soal cincin permata berlian bernilai RM24 juta. Saya tidak berminat pun untuk bercakap soal cincin. Bagi saya apalah nak hairankan sangat dengan cincin permata berlian sebesar kepala lutut budak baru lahir.

RM24 juta apalah sangat kepada orang kaya. Selalunya orang miskin dan papa saja mempersoalkan dan rasa pelik dengan cincin semahal itu. Bagi orang kaya atau ada hubungan dengan orang kaya dan ada kuasa boleh bertindak ia tidak sedikitpun menghairankan.

Usahkan cincin berharga RM24 juta, lebih mahal dari itu pun mampu dan boleh dimilikinya. Bukan saja arnab sebesar betis, arnab sebesar kerbau pun boleh dibelinya. Kita tidak pun perlu mengeluarkan wang sendiri atau korek dari tabung Tabung Haji, tidak perlu, kalau kita ada kuasa dan mempunyai pengaruh ia boleh didapati dengan cara lain. Misalnya ada orang yang tolong belikan untuk kita sebagai hadiah.

Jadi isu yang hendak saya selongkarkan ini ianya bukan masalah cincin permata belian yang sebesar kepala lutut yang kalut diperkatakan oleh sesetengah orang hari ini.

Ianya masalah lain. Bersangkutan dengan pentadbiran dan kepimpinan Najib. Mengenai keupayaan Najib untuk mencapai keberhasilan sebagai PM. Elok saya dedahkan agar ia menjadi pengetahuan Najib. Mudah-mudahan dengan beliau tahu perkara ini beliau bertindak lekas. Kalau nasib baik tindakan itu boleh membendung masalah yang akan menimpa dirinya bagi memperpanjangkan masanya sebagai PM.

Pertama, ialah mengenai kajian yang dibuat oleh sebuah NGO yang terdiri daripada bekas-bekas ahli Parlimen Malaysia yang menunjukkan kedudukan Najib khasnya dan UBN waktu ini tidak begitu baik. Dalam mesyurat ahli badan itu semalam, orang penting masing-masing menyatakan kebimbangan kepada kedudukan UBN. Masing-masing tidak yakin yang UBN akan terus menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-1.

Rasa tidak yakin ini banyak dan bercampur-campur. Salah satu ialah sokongan orang Cina yang semakin kuat kepada Pakatan Rakyat. Dalam masa sama orang India yang sebelu ini nampak memperlahankan jeritan mereka menentang kerajaan, sudah memalingkan muka semula kepada Pakatan Rakyat.

Lantaran itu perkembangan ini menyebabkan mereka tidak yakin Najib mampu mempertahankan legasi kekuasaan UBN. Kepimpinan Najib yang pada mulanya dilihat ada kekuatan sedikit berbanding dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ternyata meleset.

Sehari ke sehari Najib semakin lemah dan tidak mampu membuktikan keupayaannya selaku pemimpin nombor satu negara ini. Selain itu Najib juga dibelit dengan masalah-masalah lain yang menjejaskan dirinya sebagai PM. Segala macam slogan laungan dan ikrar yang dilapazkan sebagai menggambarkan Najib hebat, menurut sumber itu ia hanya palsu semata-mata. Semuanya dilakukan dengan da baksis dan bukan ikhls yang keluar dari hati nurani rakyat.

Lantaran itu sesuatu hendak dilakukan oleh Najib. Paling berat kata NGO itu sekiranya Najib gagal memulihkan diri dan maruah kepimpinannya dalam masa terdekat Najib perlu berhenti sekiranya Umno dan BN hendak diselamatkan. Kalau tindakan drastik ini tidak dibuat UBN akan bermasalah besar. Mereka juga merumuskan sambutan atau pun tepuk sorak yang diberikan kepada Najib kinibukan asli tetapi ia adalah rakaman yang akan dimainkan ke mana saja Najib turun.

Perkara ini khabarnya serius. Ia disuarakan sendiri oleh individu-individu yang berpengaruh dalam kerajaan malah satu masa dulu merekalah menjadi penasihat kepada bekas PM. Pandangan dan juga analisis yang dibuat oleh mereka ini sebelum ini hampir semua menjadi kenyataan. Misalnya mereka pernah meramalkan yang UBN akan kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum lalu, ternyata tepat.

Menurut sumber itu beliau sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh NGO berkenaan. Katanya NGO itu akan menemui Najib dalam masa terdekat dan akan memberi kata dua. Sekiranya Najib enggan mematuhi Ngo itu akan mengambil tindakan yang bakal merosakkan kredibiliti Najib sebagai PM. Kegagalan Najih membaikpulih imenya dan menjadi UBN menang akan membawa kepada tuntutan supaya Najib berundur!

Saya tanya bebeapa kali sumber itu adakah ini ada kena mengena dengan cincing permata berlian sebesar kepada lutu, jawabnya tidak.

Perkara kedua ialah mengenai rasa kurang selesa pendokong Najib yang dikenali dengan pasukan second layer - barisan kedua yang menjadi pesukan pertahanan kepada Najib. Second layer ini berfungsi menjadi menjaga dan mengawal pengaruh Najib di negeri-negeri. Pasukan ini betindak menjadi pemantau, double chek terhadap apa-apa menenai perkembangan dan kedudukan Najib. Dalam masa sama ia menjadi penasihat kepada politik Najib dan mengatur strategi politiknya.

Pasukan ini diwujud untuk memastikan Najib berada dalam keadaan baik dan memberi maklumat tambahan kepada Najib. Pasukan second layer ini bukan terdiri dari pemimpin Umno yang kuat membodek, memberi maklumat menggembirakan Najib, sebaliknya bersikap kritis. Dalam kata lain pasukan ini bertindak sebagai pengkritik Najib.

Pasukan second layer ini diketui oleh seorang General yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno di PWTC yang menjadi penasihat politik Najib dan juga yang menggerak perang saraf untuk Umno.

Akhir-akhir ini katanya pasukan ini sudah tidak senang dan betah lagi dengan sikap dan perkembangan diri Najib. Pandangan dan nasihat yang mereka berikan tidak lagi dipakai oleh Najib. Ini menyebabkan pasukan second layer ini kecewa dan mulai mual dengan Najib.

Maklumat ini diberikan oleh sumber lain bukan dari Ngo bekas-bekas ahli Parlimen BN tadi. Ia datang dari dalam ibu pejabat Umno sendiri. Menurut sumber itu tindakan ini akan diambil sehari dua ini. Katanya sekiranya Najib tidak mahu peduli atau menerima segala nasihat dan rumus dibuat oleh second layer ini, menyebabkan pasukan ini akan dibubarkan. Mereka tidak lagi akan jadi badan pemantau dan pengawal politik Najib.

Nampaknya sehari ke sehari masalah dihadapi Najib semakin bertambah. Selain dari masalah yang ditimbulkan oleh isterinya baik berkaitan dengan cincing, soal queen control dan sebagainya ia juga turut dilonggoki oleh masalah-masalah hilang kepercayaan oleh para pengawal dan penasihatnya sendiri. Perkembangan ini semua menunjukkan Najib sedang dirundung masalah dan bermasalah.

Apakah dengan segala macam masalah yang melingukunginya kini Najib berani untuk membubarkan Parlimen? Atau beliau terpaksa membubar Parlimen untuk menghalalkan kelemahan beliau sebagai pemimpin? Hujan

Pesakit mental dikenal pasti bakar HKL

Posted: 31 Jul 2011 01:39 AM PDT

BERNAMA

Kebakaran yang berlaku di Bilik Isolasi Pesakit Mental, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala lumpur (HKL), awal pagi semalam dikenal pasti berpunca daripada tindakan seorang pesakit mental memulakan kebakaran dengan menggunakan pemetik api yang ada padanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata punca kejadian pada 12.30 pagi itu diketahui melalui pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) di bilik itu.

Katanya ekoran itu api merebak dengan pantas serta mengeluarkan asap tebal sehingga menyebabkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan tergendala.

"Petugas hospital cuba memadamkan api dengan alat pemadam api dan mengeluarkan pesakit. Bagaimanapun api merebak dengan pantas sehingga meragut nyawa pesakit mental berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Hasan berkata, sebelum kejadian, pesakit mental itu yang bertindak agresif telah dibawa oleh polis dengan diringi dua anggota keluarga ke Jabatan Kecemasan pada 10.15 malam.

Beliau berkata pesakit itu yang pernah menerima rawatan di HKL ditempatkan di Bilik Isolasi Pesakit Mental selaras dengan Prosedur Operasi Standard bagi pesakit mental yang agresif.

Katanya pesakit lain serta petugas Jabatan kecemasan telah dipindahkan keluar sehingga api berjaya dipadamkan oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat jam 12.55 pagi.

Dr Hasan berkata kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di jabatan itu tergendala selama 94 minit dan disambung semula pada 1.20 pagi dan kerosakan hanya melibatkan bilik tersebut.

"Tidak ada pesakit lain atau kakitangan hospital yang tercedera akibat kebakaran. Pemeriksaan bedah siasat pada mayat pesakit itu mendapati punca kematiannya adalah "tersedut asap tebal"," katanya.

Dr Hasan menjelaskan bahawa kematian berpunca kebakaran hanya melibatkan pesakit mental itu sahaja dan bukan dua orang seperti dilaporkan sesetengah akhbar tempatan.

Katanya ini kerana dua kematian lain di unit berkenaan pada ketika itu adalah akibat kemalangan jalan raya.

"Pihak kementerian kesal dengan kebakaran itu dan melahirkan rasa simpati kepada anggota keluarga yang terlibat dan kementerian juga akan membuat penambahbaikan dan tindakan bersesuaian jika hasil siasatan mendapati sebarang kelemahan dalam pengendalian kes," katanya.

Sultanah Johor: BERSIH 2.0 telah 'dirampas'

Posted: 31 Jul 2011 01:34 AM PDT

Lee Way Loon Selepas tiga minggu perhimpunan BERSIH 2.0 dilancarkan, perdebatan mengenainya terus berlarutan dengan seorang ahli kerabat diraja bertitah pertubuhan menuntut pembaharuan pilihan raya itu telah diramapas oleh kumpulan dan individu tertentu.

NONESultanah Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, bertitah meskipun niat asal perhimpinan BERSIH adalah tulen atau ikhlas, namun ia telah diambil alih oleh pihak lain.

"Mereka telah dirampas oleh kumpulan dan individu lain, idea asal mengenai pilihan raya umum dan ketelusannya telah hilang," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menjawab soalan daripada seorang pelajar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia kali ke-5 di Hotel Kuala Lumpur Hilton pagi ini.

Raja Zarith Sofia, yang juga adalah Canselor Universiti Teknologi Malaysia, menasihatkan pelajar agar tidak mempercayai semua yang dilaporkan oleh media mengenai perhimpunan BERSIH itu.

Sebaliknya, titah baginda, mereka perlu menentukan sendiri mana yang benar dan cuba menilai sendiri sebanyak yang mungkin mengenai perkembangan di negara hari ini.

17 orang botakkan kepala untuk tuntut keadilan

Posted: 31 Jul 2011 01:30 AM PDT

Susan Loone dan Low Chia Ming Seramai 17 orang di Pulau Pinang hari ini secara sukarela mencukur rambut dan janggut mereka sebagai membantah penggunaan undang-undang kuku besi Ordinan Darurat (EO) yang membolehkan tahanan tanpa perbicaraan.

penang hari shaving protest 300711 soh sook hwa head shavingMereka terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita yang membantah penggunaan EO ke atas enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keenam-enam tahanan itu, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, dibebaskan semalam selepas ditahan selama 28 hari.

PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Kumpulan 17 sukarelawan itu tiba pada sekitar jam 8.30 pagi di gerai makanan pasar Bayan Baru dan disertai oleh ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin, yang merupakan wakil rakyat kawasan itu bagi menunjukkan sokongannya.

Mereka yang 'membotakkan' kepala termasuk dua ADUN DAP - Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) dan Koay Teng Guan (Sungai Pinang) manakala ahli majlis Pulau Pinang (MPPP) Mohd Rashid Hasnon mencukur janggutnya.

penang hari shaving protest 300711 three female participantsTiga wanita yang juga menyertai majlis hari ini adalah ahli jawatankuasa pusat PSM - Soh Sook Hwa, Loo Que Lin dan Yap Soo Huey.

Lima pendandan rambut dari Weiny Hair Studio menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma juga sebagai tanda sokongan.

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan

Posted: 31 Jul 2011 01:20 AM PDT

Kuek Ser Kuang Keng Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

shad saleem faruqi ukec student summitMenurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan," katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

azlanWalaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi "lembaga keselamatan khas" dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

NONEMenurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah "tidak betul".

SPRM K'tan nafi tak berani siasat kes babit k'jaan PAS

Posted: 31 Jul 2011 01:13 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya tidak berani melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan kerajaan PAS Kelantan.

Pengarahnya Nasaruddin Mohd Nor berkata sebagai contoh, SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan dakwaan kes penyelewengan dalam projek Bazar Tok Guru.

Katanya siasatan kes Abdul Ariffahmi yang merupakan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun selesai dengan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan.

"Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak kita telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi. Kita dapati tiada unsur rasuah," katanya.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengarah SPRM Kelantan yang baru disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, di Kota Bharu hari ini.

Di majlis itu, Nor Rasmi Shaari yang sebelum ini timbalan pengarah SPRM Perak menggantikan Nasaruddin yang bertukar ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian kecemerlangan dan profesionalisme.

Umno gagal tunjuk teladan Islam

Posted: 31 Jul 2011 01:07 AM PDT

Fakhri Ali

SUNGAI PETANI: Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam.

Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.

Menurut beliau lagi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.

"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.

"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.

"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.

"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara.

Usia Najib sebagai PM bakal berakhir?

Posted: 31 Jul 2011 01:03 AM PDT

Ismail Hashim
SHAH ALAM: Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik.

Salahuddin menyatakan bacaan politik ini melalui ucapan dalam Majlis Ceramah Istiqbal Ramadhan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini malam tadi.

Pada sebelah siang, program menjual 500 batang lemang diketuai Ketua PAS cawangan, Haji Halim Omar telah berjaya mengisi dana Ramadhan sebanyak RM6000.

Menjelaskan isu Najib, Salahuddin berkata, amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.

Katanya, sewajarnya sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.

Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan oleh berbagai media alternatif.

"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.

"Apatah lagi dengan sikap isteri beliau yang sangat berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh semua isteri perdana menteri sebelum ini.

"Jika Muhyiddin pernah sebutkan agar Pak Lah berhenti sebagai perdana menteri dalam mesyuarat tertinggi Umno, tidak mustahil sekali lagi beliau akan berbuat demikian kepada Najib," tegas Salahuddin.

Menurutnya, terdapat banyak pihak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan itu dalam membawa diri sebagai perdana menteri dan isteri.

Lebih-lebih lagi, bila munculnya isu cincin berharga RM24 juta, beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya dalam membeli belah ketika di luar negara, meskipun diragui kebenarannya, tetapi ramai orang Umno yang tidak suka.

Meskipun perkara ini dinafikan oleh Najib, persoalan yang timbul sekarang, kenapa beliau terus melakukan lawatan ke negeri-negeri yang didahuluikan dengan membatalkan cuti di luar negara.

"Saya melihat ada sesuatu yang sedang dibimbangi Najib sehingga beliau terpaksa turun ke negeri-negeri sekarang bagi melihat dan memastikan tahap sokongan kepadanya kembali pulih.

"Jika beliau sendiri menghadapi masalah dalaman dalam parti sendiri, bagaimana mungkin beliau akan terus mampu menjadi seorang pemimpin negara yang baik dan berkesan," soal Salahuddin.

Kebanyakan Negara Arab, Timur Tengah mula Ramadan esok

Posted: 31 Jul 2011 12:58 AM PDT

KAHERAH — Pihak berkuasa di kebanyakan negara rantau Timur Tengah mengisytiharkan Ramadan bermula esok, membolehkan umat Islam menunaikan ibadat berpuasa selama sebulan.

Kenyataan rasmi dikeluarkan di Mesir, Arab Saudi, Lebanon, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Kuwait, Qatar dan Yemen mengatakan bulan Ramadan bermula esok, lapor laman msn memetik AP hari ini.

Menurut laporan itu, perbezaan politik dan pertikaian agama antara negara-negara majoriti Sunah dan Syiah di rantau itu juga kadangkala memainkan peranan dalam menentukan tarikh permulaan bulan Ramadan.

Tahun ini, cuaca musim panas yang agak panjang dikhuatiri menjadi cabaran kepada umat Islam berpuasa.

Bagi mengurangkan mereka yang berpuasa berhadapan dengan cuaca panas, pegawai-pegawai Palestin di Tebing Barat dan Gaza berkata mereka akan mempercepatkan sejam tempoh berpuasa, bermakna waktu berbuka puasa datang sejam awal.

Mengikut laporan awal minggu ini, Malaysia akan melihat anak bulan Ramadan 2011 hari ini dan tarikh permulaan puasa akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Pengumuman akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam ini.

Seniman Negara Syed Ahmad meninggal dunia, 82 tahun

Posted: 31 Jul 2011 12:54 AM PDT


KUALA LUMPUR— Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamalmeninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

Menurut laporan Bernama Online, perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Allahyarham menerima anugerah Seniman Negara pada 1995.

Pada 1955 hingga 1956, beliau meneruskan pengajian di Institute of Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni disusuli dengan pengajian di School of Art Institute of Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 1963 hingga 1964 sebelum mengikuti pengajian Sarjana di University of Hawaii dalam bidang seni pada 1973 hingga 1975.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Mengikut laman web Arkib Negara, Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni sehinggalah ke hari ini.

"Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasil-hasil karya beliau untuk tatapan umum. Di antara tema pameran beliau ialah Antara Langit & Bumi, Ruang dan On & Off King's Road," kata laman itu.

Seniman Negara ini telah mencipta nama di persada dunia seni dengan pelbagai genre hasil karya seninya.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong perkenan menyaksikan pameran Syed Ahmad Jamal di Balai Seni Lukis pada Oktober 2009. — Foto ihsan The Star

Ketika pameran bertajuk 'Pameran Syed Ahmad Jamal: Pelukis yang diadakan pada 2009, yang mengumpulkan lebih 300 hasil karya agungnya bermula dari era 1950-an, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkannya:

"Nilai karya seni dalam pameran ini mencecah lebih daripada RM 10 juta. Ini menunjukkan Malaysia juga ada karya yang tinggi nilainya," kata Rais.

Antara karyanya yang paling mahal dalam pameran ketika itu ialah Semangat Ledang.

Dalam temu bual dengan media ketika itu, apabila ditanya mengenai sumber inspirasi hasil-hasil karyanya, Syed Ahmad memberitahu, beliau mendapat ilham daripada cetusan manusia dan peristiwa seperti peperangan di Hiroshima (Jepun), barang-barang bersejarah dan reformasi."

"Pelukis akan meraikan sesuatu situasi dengan melukis.

"Itu adalah cara kami untuk meluahkan perasaan," kata Syed Ahmad.

Hadiah pakaian dalam tindakan biadab, kata bekas presiden Abim

Posted: 31 Jul 2011 12:53 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR— Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan "hadiah" berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.

"Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

"Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

"Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu," katanya.

Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata "hadiah" itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.

"Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

"Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami," katanya.

Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima "hadiah" itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.

Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.

"Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.

"Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik," katanya.

Penjaga gol Harimau Malaya Khairul putus tunang

Posted: 31 Jul 2011 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR — Kegagalan skuad Harimau Malaya meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia merupakan satu tamparan hebat kepada penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat walaupun beraksi cemerlang ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai "Apek" rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas dikaitkan dengan orang ketiga dalam hubungan dengan Elia, Khairul Fahmi, 22, nekad menceritakan perkara sebenar bagi menjelaskan kemelut yang melanda dirinya.

Mengikut laporan Metro Ahad, anak kelahiran Kelantan ini menjelaskan, fitnah yang dilemparkan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain di laman web dan blog adalah tidak benar sama sekali.

Kata Khairul Fahmi, disebabkan fitnah itu hubungannya dengan Elia semakin renggang.

"Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan ini kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan, selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

"Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas," katanya.

Khairul Fahmi telah memutuskan pertunangannya dengan Elia pada Khamis lalu.

"Kerana isu berkenaan hubungan saya dengan Elia semakin renggang. Malah sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

"Selain itu beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa gambar yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia," kata Khairul Fahmi.

Jelasnya, hubungan dengan Dahlia tidak lebih dari seorang kawan selain mengakui turut mengenali keluarga gadis itu.

"Namun Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan) malah saya juga rapat dengan keluarganya.

"Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

"Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain," jelas Khairul Fahmi.

Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Elia, Khairul Fahmi yang pernah menerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010 berkata dia sebenarnya masih menyayangi bekas tunangnya itu.

Katanya, keputusan untuk memputuskan pertunangan dengan Elia adalah pilihan yang tepat untuk menyelesaikan semua masalah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma bila keadaan bertambah kerus dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

"Kini selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin ini keputusan tepat dan saya sudah berbincang dengan Elia. Namun dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak," katanya.

Tegas Khairul Fahmi, keputusan yang dibuat itu tiada kaitan dengan orang ketiga tapi dibuat atas dasar mahu menjaga hati semua pihak terutamanya keluarga Elia.

"Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita yang tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayang.

"Lagipun masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas saya perlu segera menyelesaikannya," katanya.

Tambah Khairul Fahmi, dia akan memberikan fokus sepenuhnya kepada bola sepak selain berharap tiada lagi kontroversi tentang dirinya.

"Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan," katanya.

Pada perlawanan timbal balik menentang Singapura, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal gagal bangkit menebuskan kekalahan pada perlawanan pertama yang menyaksikan Malaysia tewas dengan agreget 4-6.

Suhakam terus gesa undang-undang tanpa bicara dimansuh

Posted: 31 Jul 2011 12:19 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR— Berikutan pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari Jumaat lalu, Suhakam mengulangi gesaan agar Putrajaya memansuhkan kesemua undang-undang penahanan tanpa bicara.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata pihaknya berpuas hati dengan tindakan Putrajaya membebaskan kesemua enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan sejak 2 Julai lalu.

"Suruhanjaya berpuas hati kerana kerajaan telah memberi maklum balas positif terhadap saranan yang telah dibuat oleh banyak pihak termasuk dari suruhanjaya supaya keenam-enam tahanan itu dibebaskan.

"Sesungguhnya menjadi harapan kami agar penahanan secara arbitrari tidak berulang di masa hadapan kerana ia bertentangan dengan masyarakat yang bebas dan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau mencadangkan kepada Putrajaya agar memansuhkan semua undang-undang penahanan tanpa bicara dengan menggantikan dengan undang-undang baru.

"Suruhanjaya berharap kerajaan memansuhkan kesemua undang-undang penahanan pencegahan dan menggantikannya dengan satu undang-undang baru yang berfungsi menurut keperluan keselamatan negara, di samping mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat," katanya.

Kelmarin, selain Dr Jeyakumar, lima yang lain iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P. Letchumanan, 49; anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M. Sukumaran, 50; timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25, telah dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Najib liabiliti paling besar buat Umno, kata MP PAS

Posted: 31 Jul 2011 12:17 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

"Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.

"Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya dalam tulisan terbaru beliau.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia.

"Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

"Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

"Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

"Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya.

Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib.

"Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.

Krisis Dawama-DBP, lebih 400 pekerja diarah cuti tanpa gaji

Posted: 31 Jul 2011 12:12 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Syarikat konsesi mencetak dan mengedar bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dawama Sdn Bhd telah mengarahkan kesemua pekerjanya, dianggarkan lebih 400 orang, mengambil cuti tanpa gaji bermula esok ekoran masalah kewangan dihadapinya.

Notis itu yang menggariskan pertikaian dengan DBP sebagai alasan, agensi terletak di bawah Kementerian Pelajaran, sebagai punca kepada tindakan tersebut.

Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit.

The Malaysian Insider menghubungi Dawama beberapa kali, tetapi tiada respons daripada pengurusan mengenai perkembangan terbaru ini.

Tindakan mengejutkan pekerja ini diambil ketika umat Islam memasuki bulan Ramadan, dijangka esok. Majoriti pekerja Dawama beragama Islam.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd Zainal Awit berkata, pihaknya menerima notis berkenaan Khamis lalu mengatakan semua pekerja perlu bercuti tanpa gaji sehingga pertikaian dengan DBP selesai.

"Bila pertikaian itu akan selesai, bila kami boleh balik bekerja, kami tidak tahu... tetapi kami diminta mengambil cuti tanpa gaji, bermakna tiada gaji, tiada tarikh bila ia akan berakhir," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Zainal berkata, mengikut notis yang dikeluarkan kepada kesemua pekerja, Dawama mengatakan bahawa pihaknya sedang berhadapan dengan pertikaian ekoran keingkaran DBP mematuhi konsesi yang dimeterai satu dekad lalu.

"Sehingga pertikaian ini diremedikan, kami diminta mengambil cuti tanpa gaji... sampai bila? Esok, lusa sudah mula bulan Ramadan, kemudian Hari Raya Aidilfitri," kata beliau yang turut terkejut bagaimana majikannya boleh berhadapan dengan masalah kewangan sedangkan "maklumat kami menunjukkan syarikat sepatutnya membuat keuntungan sehingga RM60 juta setiap tahun."

"Dawama mencetak dan mengedarkan buku teks, buku dan majalah, di mana ia sepatutnya tidak rugi. Tetapi kami difahamkan ia berhadapan dengan masalah termasuk tidak mampu membeli kertas," kata beliau yang mengakui pernah mengadu isu itu kepada Kementerian Pelajaran.

"Tetapi, disebabkan tindakan itu, saya telah digantung tugas selama 14 hari dan apabila saya mula balik untuk bekerja Khamis lalu, kami terima notis ini," katanya lagi.

Esok, kesemua pekerja Dawama akan berkumpul pdi pekarangan ibu pejabat Dawama di Hulu Klang untuk membuat pendirian dan tindakan susulan mereka.

The Malaysian Insider membawa laporan pada 27 Jun lalu, DBP dan Dawama berhadapan dengan 'perang dingin' — dipercayai meruncing bulan lalu di sebalik isu kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan agensi itu sejak beberapa tahun lepas.

The Malaysian Insider juga difahamkan pengurusan kedua-dua entiti itu kini memasuki satu persekitaran yang sangat parah dengan dikatakan tidak dapat bersemuka dalam menyelesaikan isu mereka, sekali gus meletakkan DBP dalam keadaan serba salah.

Sumber itu juga berkata, hubungan tidak mesra itu wujud selepas DBP memutuskan untuk melantik pihak ketiga bagi mencetak buku-buku teks agar ia dapat dibekalkan kepada sekolah menjelang Ogos.

Malah difahamkan 'perang dingin' DBP dan Dawama meruncing sehingga ke tahap menutup 'pintu' kepada pengurusan agensi itu ekoran selepas kata dua Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz baru-baru ini — yang memberi satu tempoh kepada Dawama agar melakukan penambahbaikan dalam mengatasi masalah kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan sejak beberapa tahun lepas.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

Dua minggu lalu, Termuzi memberi jaminan buku teks akan tetap sampai di sekolah sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Kini, DBP sedang menggunakan khidmat pihak ketiga untuk mencetak buku-buku teks dan 10 majalahnya termasuk edisi bulan Julai yang tidak dapat dicetak dan diedarkan awal bulan ini.

Tiada ulasan:

Pengikut