Pakatan Rakyat |
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Posted: 23 Jul 2011 03:49 PM PDT |
Lathhefa Dakwa Imigresen Arah Peguam Tandatangan Dokumen BM, Tengking Pengarah Suaram Posted: 23 Jul 2011 08:00 AM PDT Saya petik:
P/s: Kalau tidak bersalah mengapa halau peguam? AMAT MEMALUKAN! |
Wanita Bersuamikan Lelaki Kacak Cepat "Puas" Posted: 23 Jul 2011 05:00 AM PDT Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih 'cepat' dan 'kerap' mencapai kepuasan ketika berasmara, lapor berita Agensi. Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena-mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan bahawa wanita mahu berasmara untuk hamil. Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya. Responden lelaki diukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita. Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding dengan pasangan yang kurang kacak. Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih kerap mencapai kepuasan ketika atau selepas ejakulasi lelaki. Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka. "Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki maskulin," kata penulis dalam kajian yang disiarkan Jurnal Evolution and Human Behaviour. |
Polis Kata Pajero Polis Tidak Langgar Mat Sabu, Betullah, Yang Langgar Kereta Waja Polis! Posted: 23 Jul 2011 02:00 AM PDT Saya petik:
P/s: Alahai policia! Bagi sesiapa yang mahu melihat video berkaitan dengan insiden Mat Sabu boleh berkunjung ke blog Milo Suam. Dalam perkembangan terkini, pihak polis mengalu-alukan Mat Sabu menyaman mereka. Apa lagi!!!! |
Artikel Washington Post tentang Penahanan Peguam Perancis di Malaysia Posted: 22 Jul 2011 11:00 PM PDT Saya petik: [Washington Post] KUALA LUMPUR, Malaysia - Seorang peguam Perancis dikatakan telah dihantar pulang dari Malaysia pada hari Jumaat, dan kumpulan hak asasi manusia yang diwakilinya menuduh kerajaan menjadi paranoia selepas dia bercakap mengenai perbicaraan kes rasuah yang belum selesai di atas urus niaga kapal selam bernilai USD 1.2 bilion. P/s: AMAT MEMALUKAN! Terjemahan: Pulakdah! |
DBP Jamin Bekal Buku Teks Ikut Jadual, Masalah dengan Dawama Belum Selesai Posted: 22 Jul 2011 09:30 PM PDT Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 23 Julai — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi jaminan pihaknya boleh membekalkan buku teks sekolah rendah dan menengah, nilainya mencecah jutaan ringgit, sebelum sesi persekolahan 2012 bermula meskipun terus dilanda 'perang dingin' dengan syarikat pencetak dan pengedar Dawama Sdn Bhd. P/s: Ambillah semula bahagian yang diswastakan kepada Dawama. Jadilah DBP gah seperti zaman kegemilangannya dahulu! |
[Gambar] Robert Kuok dengan Bot RM13 Bilionnya? Posted: 22 Jul 2011 08:00 PM PDT Saya petik:
|
Adakah Kes Aminurashid Senasib dengan Kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini? Sila Baca! Posted: 22 Jul 2011 06:55 PM PDT
Saya petik:
P/s: Dalam keterangan di atas, pihak polis yang menyiasat kes ini seolah-olah "sengaja cuai" apabila banyak prosedur siasatan tidak dipatuhi atau diabaikan sehingga sukar untuk mengenal pasti siapa yang melakukan tembakan sehingga membunuh Aminurasyid. Adakah nasib Aminurasyid sama dengan TBH dan Ahmad Sarbini? Berdasarkan berita di atas, jalan ceritannya menuju ke arah itu!!! |
Siasatan di Perancis Tumpu Kaitan Altantuya-Scorpene Posted: 22 Jul 2011 06:03 PM PDT Saya petik:
P/s: Patutlah rejim beria-ria menghalau peguam ini. AMAT MEMALUKAN!
P/s: Budak kecil pun tahu membidas kenyataan Zahid: Kalau telus, mengapa halau peguam yang menyiasat kes ini? |
Posted: 23 Jul 2011 03:48 PM PDT ![]() Di sejumlah media Barat, hakikat bahawa penyerang, Anders Behring Breivik ialah pelampau Kristian berhaluan kanan dan bukan individu atau kumpulan ekstemis Muslim kini mendatangkan satu beban berkaitan nilai kewartawanan mereka. Banyak media Barat kini terpaksa berdepan bukti bahawa Islam tidak mempunyai kaitan dengan serangan itu. Akhbar-akhbar berpengaruh seperti New York Times, Washington Post, Financial Times dan Telegraph terjerumus dalam perangkap Islamofobia mereka sendiri apabila sejak awal mengaitkan kejadian itu dengan kumpulan Muslim, tanpa sebarang bukti atau petunjuk yang jelas. Satu contoh jelas ialah kolumnis Washington Post, Jennifer Rubin yang dengan yakin mengaitkan serangan itu dengan kumpulan Muslim, dan mengambil kesempatan mengkritik usaha mengawal peningkatan peruntukan pertahanan Amerika Syarikat. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sendiri dilaporkan memasukkan kejadian itu ke dalam tajuk besar "perang menentang terorisme" yang dipimpin AS. Akhbar seperti Telegraph, walaupun tidak menyatakan dengan jelas, merujuk kepada laporan bahawa ada kumpulan Muslim yang mengaku bertanggungjawab, seolah-olah memberi petunjuk awal tentang siapa yang bertanggungjawab. Selain prejudis yang telah terbina sejak lama dan tidak dapat dikawal, perkembangan ini mendedahkan satu kelemahan besar dalam wacana di media Barat yang mudah menerima perspektif tertentu untuk membentuk segala sudut pandang mereka. Jelas sekali serangan itu dilihat dari perspektif "perang menentang terorisme" dalam dunia "pasca-911" yang cenderung simplistik. Perspektif ini memudahkan kaitan dengan al-Qaeda atau Islam, ekoran pemahaman yang telah lama terbina. Seperti yang pernah dilihat sebelum ini, teroris itu kini cuba diasingkan dengan menyifatkannya sebagai seorang yang bertindak sendiri, atau seorang yang gila, tidak seperti dalam kes serangan melibatkan Muslim yang dengan mudah dikaitkan dengan agama Islam. Kes ini menjadi satu lagi contoh pandangan menyeleweng yang dibina oleh satu wacana yang berjalan atas asas-asas yang salah, sesuatu yang wajar diberi perhatian oleh semua termasuk warga Malaysia yang kini berdepan satu tempoh yang mencabar. Pemahaman menyeleweng terhadap Muslim dan agama Islam kini turut memberi kesan kepada sesetengah pihak di negara kita, menjadikan pandangan mereka selari dengan pemahaman yang dibina atas asas yang salah itu. Kumpulan-kumpulan tertentu, termasuk dalam gabungan parti pembangkang sendiri juga masih kuat dipengaruhi perspektif seperti itu, sehingga mengaburkan pandangan mereka dalam menilai Islam. Kejadian di Norway semalam, dan respons segera terhadap tragedi itu kini dapat dinilai untuk dijadikan pengajaran, untuk berdepan cabaran suasana politik yang menguji pada masa ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan