Khamis, 14 Julai 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


ADUAN TERHADAP TINDAKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MENGGUNAKAN KEKERASAN TIDAK MUNASABAH TERHADAP PESERTA HIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0 DAN MENAFIKAN AKSES PEGUAM KEPADA TANGKAPAN

Posted: 14 Jul 2011 01:44 AM PDT

ADUAN
TINDAKAN PENGGUNAAN KEKERASAN TIDAK MUNASABAH DAN PENAFIAN AKSES PEGUAM
 DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
&
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)

ADUAN TERHADAP TINDAKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MENGGUNAKAN KEKERASAN TIDAK MUNASABAH TERHADAP PESERTA HIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0 DAN MENAFIKAN AKSES PEGUAM KEPADA TANGKAPAN
 
 
1)              LATARBELAKANG
 
Pada 9 haribulan Julai 2011 suatu Himpunan Aman Bersih 2.0 telah dijadualkan berlangsung pada jam 2.00 petang di Kuala Lumpur. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menerusi kenyataan Media Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam pada 7 haribulan Julai 2011 juga mengalu-alukan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 dan menyeru pihak berkuasa  untuk menghormati kebebasan berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 19 dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) berkaitan kebebasan berhimpun serta menyuarakan pandangan.
 
Walau pun begitu pihak berkuasa iaitu Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengharamkan perhimpunan tersebut tanpa sebarang alasan yang munasabah dan wajar malah mengingkari Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang menitahkan agar pihak-pihak berkenaan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan dengan aman.
 
Beberapa siri tangkapan awal sebelum perhimpunan berlangsung telah dilakukan. Rakyat Malaysia yang dijamin kebebasan bergerak juga telah dinafikan hak mereka malah ada juga yang telah ditangkap dan ditahan di lokap-lokap Polis sekitar Kuala Lumpur. Para peserta Perhimpunan Aman Bersih 2.0 juga telah dikasari anggota-anggota PDRM di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kecederaan fizikal. Para peserta Perhimpunan Aman Bersih 2.0 juga telah dilayan dengan tidak berperikemanusiaan semasa mereka ditangkap. Mereka juga telah disumbat berhimpit-himpit di dalam trak-trak PDRM sebelum dihantar ke lokasi tahanan. Para peguam yang mewakili anak-anak guam telah hadir di beberapa lokasi tahanan tetapi telah dihalang untuk mengakses anak-anak guam sehingga para tahan dibebaskan secara berperingkat.
2)              PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Perlembagaan Persekutuan
 
Perkara 5 (3) – Kebebasan Diri
 
(3)       Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
 
 
Perkara 10 – Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan
 
(1)  Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) –
a.     Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
b.     Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
c.      Semua warga negara berhak untuk membentuk persatuan.
 
 
Seksyen 28(A) Kanun Acara Jenayah
1)     A person arrested without a warrant, shall be informed as soon as may be of the grounds of his arrest by the police officer making the arrest.
 
(2)  A police officer shall before commencing any form of questioning or recording of any statement from the person arrested, inform the person that he may—
(a) communicate or attempt to communicate, with a relative or friend to inform of his whereabouts; and
(b) communicate or attempt to communicate and consult with a legal practitioner of his choice.
(3) Where the person arrested wishes to communicate or attempt to communicate with the persons referred to in paragraphs (2)(a) and (b), the police officer shall, as soon as may be, allow the arrested person to do so.
 
(4) Where the person arrested has requested for a legal practitioner to be consulted the police officer shall allow a reasonable time—
(a) for the legal practitioner to be present to meet the person arrested at his place of detention; and
(b) for the consultation to take place.
 
(5) The consultation under subsection (4) shall be within the sight of a police officer and in circumstances, in so far as practicable, where their communication will not be over heard;
 
(6) The police officer shall defer any questioning or recording of any statement from the person arrested for a reasonable time until the communication or attempted communication under paragraph 2(b) or the consultation under subsection (4), has been made;
 
 
3)              PENGGUNAAN KEKERASAN YANG TIDAK MUNASABAH DALAM MENYURAIKAN PERHIMPUNAN.
Beberapa lokasi Perhimpunan Bersih 2.0 telah dikepung pihak berkuasa PDRM yang berkelengkapan penuh seperti perisai, trak meriam air (water canon), senapang gas pemedih mata, belantan dan gari elastik plastik.
 
Dataran Maybank Jalan Tun Perak
 
Pihak PDRM telah mengepung para peserta di hadapan Menara Maybank dan melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa sebarang amaran bersurai. Para peserta yang mulanya dalam keadaan aman telah bertempiaran menyelamatkan diri daripada gas pemedih mata. Mereka kemudian dikejar pihak PDRM dengan trak-trak meriam air (water canon) sehingga ke Jalan pudu berhampiran Plaza Rakyat dan Hospital Tung Sin. Di sini pihak PDRM telah melepaskan gas-gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Hospital Tung Sin dan juga menembak air asid ke arah para peserta.
 
Ada peserta yang telah ditahan telah diperlakukan dengan ganas. Terdapat peserta yang ditendang dan dipukul. Mereka juga telah diikat menggunakan sejenis gari elastik sehingga menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan. Mereka telah disumbat berasak-asak ke dalam trak-trak PDRM yang telah tersedia untuk mengangkut mereka ke lokasi-lokasi tahan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
 
Terdapat mangsa-mangsa tangkapan yang pengsan di dalam trak polis. Ada juga mangsa tangkapan dibiarkan di dalam trak selama dua (2) jam di lokasi tahana di Lokap Jingjang.
 
 
KL Sentral
 
Laporan yang diterima oleh Bilik Gerakan JUHAM pada hari tersebut mendapati pihak berkuasa PDRM melalui Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mengepung Kompleks Terminal KL Sentral. Orang awam ditahan tanpa sebarang alasan dan budibicara. Mangsa-mangsa tangkapan telah disumbat ke dalam trak-trak yang sudah bersedia mengangkut mereka ke pusat tahanan. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa melalui PDRM telah mempunyai niat dan persediaan untuk menangkap sesiapa sahaja yang berada di kawasan tersebut tanpa alasan yang munasabah dan wajar.
 
KL Sentral yang merupakan tempat tertutup dan hub pengangkutan awam juga telah dilemparkan/ditembak/dilepaskan gas pemedih mata. Keadaan kompleks yang tertutup jelas mengakibatkan ramai orang awam di dalam kompleks tersebut mengalami kesulitan dan kecederaan fizikal. Tembakan gas pemedih mata dihalakan terus ke arah orang-orang awam sehingga menyebabkan kecederaan. Ini jelas bertentangan dengan peraturan penyuraian perhimpunan dan peraturan penggunaan gas pemedih mata.
 
 
4)    PENAFIAN AKSES PEGUAM.
Tangkapan- tangkapan yang dibuat telah ditahan di beberapa lokasi tahanan seperti di PULAPOL Jalan Semarak, Lokap Berpusat Jinjang, Ibupejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras dan Lokap Polis Bukit Jalil. Mangsa-mangsa tangkapan tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan alasan penangkapan dan tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan ke mana mereka akan dibawa. Pasukan peguam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah bersedia di lokasi-lokasi tersebut untuk mengakses kepada tangkapan-tangkapan yang memberikan maklumat tangkapan tetapi telah dinafikan hak tersebut oleh PDRM.
 
Tindakan ini jelas bertentangan dengan Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan dan juga Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah.
 
 
 
 
 
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM) DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA DENGAN INI MEMOHON SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) AGAR MENIMBANGKAN PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT :-
 
·      SUHAKAM menubuhkan suatu Panel Penyiasat seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 12(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 bagi menyiasat penggunaan kekerasan pihak PDRM, layanan buruk terhadap tahanan dan penafian akses kepada peguam semasa dalam tahanan.
 
·      SUHAKAM mengisytiharkan bahawa tindakan PDRM tersebut adalah menyalahi peruntukkan undang-undang negara dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
·      Mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon maaf kepada semua tahanan yang telah dikasari.
 
·      Mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan dalam segala tindakan.
 
·      Mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
 
·      Menasihati dan mengesyorkan Kerajaan menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat penyalahgunaan kuasa serta kekerasan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
 
 
 
 
NASRUDDIN HASSAN
KETUA PEMUDA
Dewan Pemuda Pas Malaysia
 
 
 
 
AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI
PENGARAH
Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Malaysia
12 Julai 2011
9 Sya'ban 1432

Juham lancar Kempen Aduan Keganasan Polis 9/7

Posted: 14 Jul 2011 12:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melancarkan Kempen Aduan Keganasan Polis 9/7.
Pengarah Juham DPPP, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) berkata, kempen itu bertujuan untuk mengumpul segala maklumat dari orang awam berkaitan salah-laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam himpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
"Kempen secara besar-besaran ini adalah susulan daripada aduan rasmi yang telah pihak Juham serahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 12 Julai lalu, di mana Juham telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas pihak polis yang menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli serta segala bentuk kekerasan yang sangat tidak munasabah serta tidak berperikemanusiaan kepada peserta himpunan yang hadir secara aman dan tidak bersenjata," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, katanya peserta himpunan Bersih 2.0 tidak langsung melakukan sebarang provokasi terhadap pihak polis yang menjustifikasikan sebarang tindakan kekerasan digunakan terhadap mereka.
Menurutnya, pihak Juham telah menerima banyak laporan daripada peserta-peserta himpunan yang telah dilayan dengan ganas termasuklah yang mendapat kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital.
Justeru itu, ujarnya Juham mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen itu untuk mengumpul segala maklumat tersebut dan untuk diteliti bagi menjadikan asas tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pihak terbabit.
Beliau berkata, segala aduan berupa maklumat, bukti-bukti bergambar, foto, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline Juham iaitu 016-3126463, 016-3126473 dan 014-6451753 atau melalui email  rasmi Juham iaitu juhampusat@gmail.com dan fanpage fb 'Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia'.
Jelasnya, rakyat harus disedarkan akan hak-hak mereka di sisi undang-undang dan pihak berkuasa pula tidak boleh sewenang-wenangnya membelasah rakyat yang hanya melaksanakan hak-hak mereka yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya lagi, tuntutan Bersih 2.0 adalah tuntutan yang suci murni untuk kepentingan rakyat terbanyak dan pihak kerajaan tidak patut melayan mereka sebegitu rupa.
"Peristiwa ini adalah satu tragedi hitam dalam sejarah hak asasi manusia di negara ini," ujarnya.

PEMUDA PAS SELANGOR HARGAI PENDEDAHAN DOKTOR

Posted: 13 Jul 2011 11:45 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

                        PEMUDA PAS SELANGOR HARGAI PENDEDAHAN DOKTOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan TAHNIAH di atas keberanian dan kesanggupan kumpulan 11 orang doktor daripada Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu untuk tampil menyanggah tuduhan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai dan pihak PDRM yang mengatakan hospital tersebut tidak 'diserang' oleh pihak polis semasa himpunan BERSIH 9 Julai yang lalu. Malahan kumpulan doktor tersebut yang terdiri dari Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong sanggup mengemukakan afidavit bersumpah jika perlu untuk pertahankan kebenaran.  DPPNS cukup berbangga di atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh para doktor tersebut semata-mata kerana ingin menegakkan kebenaran dan mempertahankan nilai-nilai "integriti moral, maruah, dan ketelusan". Sudah pasti pendedahan ini memberikan tamparan hebat kepada PEMBOHONGAN Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang menceritakan perkara sebaliknya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengecam sikap tidak bertanggungjawab Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang telah membuat 'pembohongan'dan penafian kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap isu serangan ke atas hospital terbabit sedangkan terdapat pembuktian daripada saksi-saksi yang ditangkap semasa himpunan tersebut, pelbagai rakaman video, pengamatan dan pemantauan daripada Majlis Peguam dan lain-lain pihak menceritakan kisah yang sebaliknya. Bagaimanakah rakaman kejadian serangan ke atas hospital tersebut telah tersebar luas di laman-laman web dan menjadi tontonan masyarakat sedunia sedangkan pada masa yang sama Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein mengatakan pihak polis juga ada merakamkan kejadian pada hari tersebut tetapi tiada serangan yang dimaksudkan berlaku. Ini merupakan satu BALA apabila pemimpin semakin berleluasa melakukan PEMBOHONGAN dan PENIPUAN semata-mata kerana ingin mempertahankan tampuk kekuasaaan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan keberanian kumpulan 11 orang doktor ini untuk mendedahkan kebenaran sebenar kejadian yang berlaku semasa himpunan BERSIH tempohari tidak akan disusuli dengan tekanan dan ancaman oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap mereka. DPPNS mengharapkan semoga dengan pendedahan ini akan dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa kronik dan rosaknya akhlak pemimpin UMNO/BN yang sanggup mempergunakan institusi awam dan media massa untuk kepentingan mereka selain berterusan BERBOHONG dan MENIPU untuk mempastikan rakyat terus diperbodohkan dan dapat dipergunakan di dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menuntut supaya Y.A.B Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kesihatan dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan secara bermaruah di atas pertanggungjawaban insiden serangan ke atas Hospital Tung Shin dan Pusat Bersalin Cina semasa Himpunan BERSIH 2.0 oleh pihak PDRM pada 9 Julai lalu.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

14 Julai 2011

Tiada ulasan:

Pengikut