Selasa, 12 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 11 Jul 2011 11:54 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Facebook: Kit yang perlu letak jawatan bukan PM.

Posted: 11 Jul 2011 02:52 AM PDT

Tadi terbaca tweet Lim Kit Siang dalam Twitter tunjuk bagaimana lebih kurang 100 ribu orang telah mendaftar dalam satu laman Facebook yang diujudkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, mendesak Perdana Menteri untukletak jawatan. Seolah-olah Kit Siang nak memberi isyarat kepada Dato Sri Najib untuk berundur sekarang kerana rakyat sudah tidak mahukan dia.

Ye ke YB Kit?

Mari kita tengok penyokong laman web 4 tokoh politik negara:

Dato Sri Najib Tun Razak 779,724
Nik Aziz 531,223
Anwar Ibrahim 316,637
Lim Kit Siang 77,082.

Bagaimana pulak penambahan penyokong Kit Siang dibandingkan dengan Dato Sri Najib sepanjang minggu lepas di mana Kit Siang dan rakan-rakannya mengasak Dato Sri Najib dengan gerakan haram Bersih? Ini jumlah-jumlah penambahan penyokong Facebook mereka:

Dato Sri Najib Tun Razak tambah 11,580
Lim Kit Siang tanbah 963.

Hari ini 11hb Julai 2011 bagaimana pula?

Setakat penulisan blog ini,

Dato Sri Najib Tun Razak tambah 2,496
Lim Kit Siang tambah 230.

Nampaknya kalau berdasarkan laman rasmi masing-masing, Kit Siang yang perlu letak jawatan. Ada berani kah YB?

Nota: Laman Facebook UtusanOnLine yang menjadi musuh media utama Kit Siang mempunyai penyokong yang jauh lebih besar iaitu 205,555 berbanding Kit Siang 77,082!

Sumber: http://www.famecount.com/facebook-rank/Malaysia

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

Posted: 11 Jul 2011 03:08 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Anuar Petualang Negara - Utusan Malaysia

Posted: 11 Jul 2011 09:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Menurut beliau, orang seperti Anwar tidak akan puas dan sanggup melakukan apa sahaja selagi nafsu dan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.

"Pada 1974, ramai mati kebuluran dan Anwar buat demonstrasi di Kuala Lumpur, zaman Tun Hussien Onn pun buat juga, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad buat juga, lepas itu berehat sementara, negara aman dan selepas keluar buat pula perhimpunan Bersih 1.0 pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini buat lagi dengan penganjuran Bersih 2.0.

"Bagi Anwar dialah manusia sebaik-baiknya, anugerah Tuhan... inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (Bersih 2.0). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengetepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsunya tercapai," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri anjuran Ketua Penerangan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, macam-macam cerita mengenai Anwar tetapi sehingga kini banyak yang tidak dijawab oleh Penasihat PKR itu termasuk yang terbaru mengenai jam tangan Omega.

"Dalam isu video seks, Anwar kerap menyatakan itu bukan beliau walaupun dua pakar forensik video Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 99.9 peratus pelaku dalam video itu miripnya.

"Dulu, Anwar cerita dia kena racun arsenik, tidak cukup dengan itu, suntikan HIV pula. Bagi dia, kita (kerajaan) ini dari zaman dulu sampai sekarang, semuanya buruk dan dialah manusia yang sebaik-baiknya," katanya.

Najib berkata, dulu, Anwar pernah mengatakan Pas bodoh serta menghentam Penasihat DAP, Lim Kit Siang semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO, tetapi sekarang mereka kawan baik yang dipeluknya.

"Kini, dia (Anwar) lihat Barisan Nasional (BN) sudah begitu baik, banyak pilihan raya kecil kita menang, di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sarawak pun kita menang.

"Jadi, dia melihat semua itu, dengan pendekatan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan gagasan 1Malaysia yang semakin diterima rakyat, dia bimbang sekiranya tidak lakukan sesuatu BN akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata, cara terbaik untuk menghadapi ancaman daripada orang seperti Anwar adalah dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.

umno bahagian cheras

Posted: 11 Jul 2011 01:22 PM PDT

umno bahagian cheras


Demontrasi gila 9 Julai ; siasat sumber kewangan Ambiga dan Anwar - Syed Ali

Posted: 11 Jul 2011 02:27 AM PDT

MODUS operandi perhimpunan gila Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah untuk meruntuhkan kerajaan secara kekerasan dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai perancang dibelakang tabir.
Manakala sebilangan besar pemimpn Melayu PAS pula berlagak sebagai pelakon-pelakon 'handalan' bagi memenuhi skrip pementasan yang dirancang Bersih bersama DAP, parti Cina yang memperjuangkan politik perkauman.

Mereka dikatakan sangup mengupah dengan bayaran lumayan kepada peserta demontrasi haram tersebut yang sumber kewangan untuk membiayai perhimpunan itu terus dipertikai oleh rakyat.

"Kita hairan dari mana Bersih dan Anwar memperolehi dana yang tentunya banyak bagi membiayai perhimpunan gila tersebut, apakah punca simpanan peribadi atau perolehan daripada sumber luar ?, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau memberitahu, untuk mengadakan sesatu majlis yang besar apatah lagi perhimpunan gila 9 Julai lalu lazimnya akan menelan kos yang amat tinggi.

"Darimana mereka dapat duit ? apakah ada bantuan dana asing yang berpengkalan di negara Barat terutama negara Yahudi," ujarnya.

Beliau mendakwa Anwar sememangnya mempunyai ramai rakan karib daripada kalangan rejim Yahudi yang memusuhi umat Islam.

Sehubungan itu, beliau mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) segera menjalankan siatan terhadap pengajur perhimpunan gila Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dan Anwar.

"Isu ini harus segera disiasat oleh SPRM dan rakyat tidak mahu lagi menunggu terlalu lama," tambahnya.

Syed Ali turut bersetuju dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rasak bahawa Anwar sememangnya pengkhianat besar dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya lagi, hanya orang yang singkat akal sahaja yang akan selalu gelojoh dan tidak pernah memikirkan kepentingan orang lain dan oleh sebab itu betulah kata Perdana Menteri bahawa " perangai Anwar tidak pernah berubah sejak dari duhulu..."

"Anwar adalah perosak negara dan kesatuan orang Melayu, maka jenis manusia seperti ini sepatutnya sudah lama dilucutkan kerakyatannya," tegas beliau lagi.

Beliau juga turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa ruang demokrasi membolehkan seseorang itu bebas melakukan sesuatu diluar batasan yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Demokrasi bukannya lesen untuk orang gila melakukan kemusnahan kepada keamanan negara, sebaliknya ia adalah satu sistem menjamin kesempurnaan dan kerukunan sesebuah negara," tegasnya.

Justeru tegas beliau, UMNO akan tetap menentang mana-mana pihak yang cuba menghancurkan keamanan negara dengan berselindung disebalik ruang demokrasi.
Selain itu, Syed Ali sekali lagi mengulangi desakannya supaya gelaran 'Datuk' yang dipakai oleh Ambiga dan Anwar dilucutkan serta merta.

"Buat apa lagi berikan kemuliaan kepaad Ambiga dan Anwar sedangkan mereka sendiri melacurkan kemuliaan itu untuk agenda politik pelampau yang menyusahkan kehidupan rakyat," katanya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 11 Jul 2011 11:49 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Ni ke yg digembarkan aman..anda yg provokasi..jgn salah kan org lain…kepala dia YB plak tu!

Posted: 11 Jul 2011 08:08 AM PDT

Anwar & Ambiga kena belasah dengan PM Kita…Kah Kah Kah…

Posted: 11 Jul 2011 07:00 AM PDT

     

Jangan pandang rendah kekuatan UMNO – Najib

Posted: 10 Jul 2011 07:51 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pelbagai pihak terutama pembangkang supaya tidak memandang rendah kekuatan UMNO hanya kerana mampu menganjurkan perhimpunan haram semalam. Dengan kekuatan lebih tiga juta ahli, beliau menegaskan parti itu … Continue reading

Bersih: Alahai…sendiri bikin, Anwar terbaring lesu ‘separuh nyawa’…

Posted: 10 Jul 2011 07:48 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya boleh cakap apa shaaja fasal perhimpunan haram Bersih yang menyebabkan huru-hara dan segala aktiviti harian di beberapa lokasi di ibu negara terhenti bermula jam 11 pagi hingga 5 petang, Sabtu. Ketua Pembangkang itu boleh … Continue reading

Peserta demo Bersih mati kerana komplikasi jantung bukan kerana gas pemedih mata

Posted: 10 Jul 2011 07:47 PM PDT

Polis telah klasifaksikan kes kematian seorang pemandu teksi, Baharuddin Ahmad, juga isteri kepada seorang ahli PKR cabang Setiawangsa Kuala Lumpur yang menyertai perhimpunan Bersih Sabtu sebagai  'mati mengejut'. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kematiannya … Continue reading

Tiada ulasan:

Pengikut