New faces make up nearly 90% of Commissioner Mohd Taufek's team
SEREMBAN: Negeri Sembilan PAS Commissioner Mohd Taufek Abdul Ghani has replaced nearly 90% of the state's team of officials with new faces.
"We want to strengthen the team to help realize our mission of capturing more seats in the 13th general election," he told a press conference last night.
"With that in mind, I've appointed an economist, an engineer, a lawyer, a businesswoman, a Felda settler, bankers and an ulama to the team.
"I hope they will translate their experience and skills into running the party in a much more creative way."
The new team will serve for two years.
Mohd Taufek, the state assemblyman for Paroi, is the only PAS member in the Negeri Sembilan legislative assembly. He became PAS commissioner for the state in the recent party elections, replacing Zulkefly Mohamad Omar, who withdrew from the race before the vote.
At last night's press conference, he pledged to emulate his predecessor in working closely with PKR and DAP.
He said the three parties were currently engaged in negotiating for seats to contest in the coming general election.
The new Negeri Sembilan PAS line-up is as follows:
Deputy Commissioner 1: Dr Rosli Yaakop Deputy Commissioner 2: Abdul Rahman Ramli Deputy Commissioner 3: Anuar Azhari Secretary: Mohd Hassan Tamby Treasurer: Ramli Ismail Information Chief: Norazman Ahmad Youth Chief: Khairil Anuar Wafa Women Chief: Fazilah Abu Samah Ulama Chief: Mohd Khairi Zainaldin
BERSIH - KITA SEBENARNYA TELAH MENANG, MEREKA TERPAKSA GUNA TALIAN HAYAT
Oleh: WFAUZDIN NS
JIKA ditanya kepada semua penyokong Perhimpunan BERSIH, adakah mereka bersetuju untuk membatalkan perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 09 Jul ini semata-mata kerana tekanan atau ugutan dari puak penentang BERSIH, sudah pasti mereka semua akan menjawab TIDAK. Tetapi, jika ditanya adakah perlu dibatalkan Perhimpunan BERSIH selepas kita mendapat nasihat dari DYMM YDP Agung, maka tentulah jawapannya bercampor baur.
Secara peribadi, di peringkat ini BERSIH sebenarnya sudah memenangi dari segi moral kerana kita mampu bertahan sehinggakan ke peringkat Istana di mana kita bagaikan `ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Apa pun, saya berpendapat semangat BERSIH harus dikekalkan walaupun akhirnya kita mengambil keputusan taat kepada Raja.
Cadangan yang harus diambil kira oleh Penganjur BERSIH sekiranya Perhimpunan BERSIH `terpaksa' dibatalkan adalah dengan kita menggantikan dengan Perhimpunan Mega dan Ceramah Mega di Stadium Shah Alam pada tarikh yang sama beserta pakaian Kuning BERSIH yang sama. Sejurus selepas ceramah, BERSIH akan menghantar wakil untuk menyerahkan memorandum ke Istana.
Program tersebut mesti diadakan demi untuk `menjaga hati' semua penyokong BERSIH yang telah bersedia untuk ke KL. Ianya juga adalah satu isyarat bahawa BERSIH tetap komited untuk memperjuangkan 8 tuntutan tersebut dan kita boleh buktikan kepada pihak yang anti BERSIH (kotor?) bahawa kita sebenarnya telah `berjaya'. Walaupun kita tahu lebih awal, sekiranya perhimpunan tersebut dibatalkan, berkumandanglah media pencacai menyiarkan berita `Perhimpunan BERSIH tidak mendapat sambutan rakyat'.
Justeru itu, tiada pilihan lain momentum ini mesti dikekalkan dengan pendekatan lain. Kita cabar pihak berkuasa untuk memberikan jaminan bahawa sekiranya perhimpunan ini ditukarkan ke Stadium Shah Alam, mereka harus berani memberikan kebenaran dan tidak cuba menganggunya lagi. Terpulang kepada PERKOSA, Patriot (Pakturut?) atau Pertubuhan Silat Pulut yang lain untuk berhimpun samada bersama kita di dalam stadium mahu pun di luar stadium.
Kita tunggu keputusan pihak Penganjur BERSIH yang dikatakan akan mengadap Ke Bawah DYMM YDP Agung selepas ini. Apa yang pasti, satu kemenangan moral buat kita kerana akhirnya pihak mereka terpaksa menggunakan `talian hayat' mereka yang terakhir. /wfauzdin.blogspot.com
Sebahagian dari artis yang hadir dalam program cocktail bersama artis anjuran Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN DIDIK) di Shah Alam baru-baru ini. Antaranya Itto Blues Gang, Radzi Melissa, Akhil Hayy dan isterinya Waheeda, Blank dan beberapa orang lagi. Agak memeranjatkan kerana rupanya Blank adalah salah seorang Ketua Kampung Pakatan Rakyat di Selangor.
Speaker DUN Kelantan, Dato' Ustaz Nasuruddin Daud berucap merasmikan Sambutan Jubli Perak PASTI As Syakirin diperkarangan bangunan PASTI kampung Bukit Tanah, Jabi. Hadir sama Cikgu Azrin Abdul Majid, bekas Ketua Pengarah PASTI Pusat.
Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini.
Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100, menerima hakikat kini tinggal sehelai sepinggang.
Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa.
Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran.
Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD PAS Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan.
Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD)
Memang memalukan sungguh lelaki ini kerana telah mengambil gambar amoi yang seksi dengan telefon bimbitnya ketika suasana kelang kabut dengan para wartawan yang turut sama menemu ramah model seksi tersebut. Dan yang paling dikesalkan adalah mamat tersebut yang memakai baju kuning 'bersih' yang membuat onar dengan mengambil kesempatan dan peluang sepenuhnya untuk merakamkan gambar 'tuttt' model itu.
Mesti menggembirakan blogger pencacai angkat taik UMporNo bila buat cerita kantoi ini dalam blog mereka....
Tapi ini bukan di Malaysia tetapi di China, pameran automotif selalu dipenuhikan oleh para wanita SPG cantik lagi seksi yang berdiri di sisi kereta atau motor yang dipamerkan. Namun segintir dari mereka yang diusik oleh segelintir lelaki yang ingin memanfaatkan kesempatan dalam kesempitan.
Seperti lelaki berbaju T-shirt kuning satu ini, seperti dipapar di dada akhbar China Car Times, menjadi berita yang paling heboh di blog-blog dan forum internet minggu ini.
Lelaki tersebut memanfaatkan situasi dengan mengambil gambar bahagian tubuh SPG cantik lagi seksi dengan dada yang terbuka. Kejadian itu terjadi pameran automotif Wuhan Auto Show, China yang berlangsung minggu lalu.
Untuk mendapatkan sebuah gambar foto SPG cantik mulus seksi, dia menggunakan handphonenya. Selang beberapa saat kemudian, model tersebut pun menyedari yang ada seseorang ingin cuba mengambil sesempanan padanya.
Model itu yang tidak senang dengan aksi lelaki ini terus menegurnya dan lelaki tersebut terus pergi mengambil gambar untuk koleksinya sendiri. (Sumber)
Datuk Ibrahim Ali berpendapat PERKASA tidak akan memohon mengadap Agong, kecuali dititahkan. Berkenaan dengan sama ada hendak meneruskan perhimpunan PERKASA, jawab beliau, "Kita ikut (tindakan) BERSIH saja. Kalau BERSIH A, kita A. Kalau BERSIH B, kita B," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Bagaimanapun, katanya, pendiriannya itu tidak bermakna tidak akur pada titah Yang di-Pertuan Agong.
Perkara lain, seperti tempat perhimpunan atau permit polis diserahkan kepada 40 jawatankuasa PERKASA untuk memutuskannya.
Ditanya tentang kenyataan Pengerusi BERSIH S Ambiga yang mahu mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim berkata tindakan itu tidak mengikut budaya Melayu.
"Esok kalau ada pihak lain hendak buat tunjuk perasaan, suruh batal, hendak jumpa (Yang di-Pertuan) Agong juga.
"Ini perhimpunan haram, saya rasa ini merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong," kata Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "biadap".
"Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi si matimu."
"Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah s.w.t. memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan takziah kepada AJK PAS Pusat yang juga merangkap Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan , Ustazah Nuridah Salleh (gambar) dan keluarga di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.
Dengan penuh keinsafan kami mendoakan agar Ustazah Nuridah dan keluarga menerima ujian ini dengan bersabar . Mudah- mudahan berkat kesabaran ini mendorong limpahan pahala yang ALLAH sediakan.
Dewan Pemuda PAS kawasan Wangsa Maju juga mendoakan Allahyarham Abdul Aziz sentiasa dalam limpahan keampunan serta mendoakan keluarga Allahyarham akan diganjarkan dengan gantian nikmat dan rahmat yang lebih dari setimpal di atas kehilangan ini. Kami juga berkongsi kesedihan selama anda sekalian merasai kehilangannya.
Wallah Hu A'lam
Mahadzir Bin Abdul Rani
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS kawasan Wangsa Maju
Posted: 04 Jul 2011 01:54 AM PDT
Kenyataan Media Presiden PAS Berhubung Titah Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Menjunjung Kasih Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keperihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.
Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.
Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan parti politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa.
PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan. Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.
PAPA GOMO nama ini perlu kita semua ingat , dia ialah seorang pengkhianat bangsa, pengkhianat bangsa seperti ini perlu dijatuhkan kerana fitnah adalah mainan dirinya.
PAPA GOMO, orang ini adalah sumber rujukan berita harian, rujukan media massa kongkongan umno yang meloyakan, dan hasil beri anak bini nya makan menjadi darah daging datang dari media fitnahnya yang cukup hebat bagi puak umnoporno yang meloyakan itu.
PAPA GOMO badak besar ini sekarang kepanasan, digigit semut kecil , semut kecil itu cuma seorang rakyat yang tak dikenali sesiapa , dan badak besar itu sekarang cuba melakukan apa saja untuk menjaga reputasinya sebagai rujukan media massa umno porno yang meloyakan itu. dan badak besar itu terasa kini kepedihan digigit semut kecil. lalu cuba memijak semut kecil itu dengan apa cara pun.
PAPA GOMO si pencacai no 1 umno rupanya tidak kebal, rupanya tidak gah, rupanya cepat kepanasan, dia tidak digigit kerengga, tapi mengelupur cemas dan kesakitan hanya kerana digigit oleh seorang semut kecil bernama AMK mohd Azuan Ab Rahman..
Ohh dunia, lihatlah kalian, pencacai umno porno no 1 tanah air tidak sehebat yang disangka, sesiapa pun kini boleh mengigit nya, sehingga bisul satu badan dan akhirnya akan rebah.
.... nampaknya Najib masih kehilangan teloqnya apabila offer stadium untuk buat himpunan Bersih 2.0 .... bukannye nak tengok bola..... kenape tak bagi Dataran Merdeka sahaja kepada Bersih 2.0 untuk berhimpun.... ? boleh kita picnic bawak anak beranak sambil gi ebeli belah dekat Sogo dan Jalan TAR....
KUALA LUMPUR, 4 Julai — Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium.
"Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
"Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara," kata beliau.
kalau konsert yang 'lupa pada Tuhan' boleh... kenapa tidak bersih?
PETALING JAYA, 4 Julai — Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, Bersih 2.0 akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong sambil berkata gabungan itu berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang baru sahaja balik daripada mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi ini mengumumkan pendirian itu pada sidang media di sini tengah hari ini.
Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan malam tadi ekoran titah Yang di-Pertuan Agong.
"Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.
"Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia," kata beliau dengan membacakan kenyataannya di sini hari ini.
Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara hari ini untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau enggan menyatakan apabila ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi telah dibatalkan memandangkan baginda menekankan bahawa demonstrasi jalanan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Sebaliknya kata Ambiga, satu pengumuman rasmi akan dibuat sebaik sahaja pertemuan itu menjadi kenyataan.
Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan atas permintaan baginda kelak, Ambiga berkata: "Ya."
Malam tadi gua lihat banyak juga blog2 yang publish Titah YDPA..., syukur Alhamdulillah akhirnya bersuara juga YDPA kita yeaaaa..., ntah laaa.. samada kebetulan atau tidak wa puchitau... sebabnya jam 8.15pm semalam gua sentuh juga pasal YDPA dan Majlis Raja2dan selang beberapa jam Bernama siarkan titah ucapannya..., kebetulan jelah agaknya.. hahaha... ataupun mungkin YDPA sememangnya mengikuti dengan teliti dan terbaca blog gua nih... terima kasih bro...
Yang sebenarnya...., bukan itu yang nak gua taipkan di sini. Persoalannya apa yang YDPA titahkan itu adalah benar sebagai teguran dan nasihat kepada semua rakyat Malaysia... khususnya keraaaaaajaan yang diterajui oleh lahanat2 beEnd... hahaha...
Tanda tanya pada gua... Adakah pemimpin2 beEnd faham dengan apa yang di Titahkan oleh Baginda YDPA...????
hahahaha.... lu orang izinkan gua gelak guling2 dulu.... hahaha...., lu orang bayangkan keraaajaan samseng nih... memerintah ikut cara dan sesuka hati mak bapak diorang jer.... sedangkan perlembagaan negara pun diorang boleh langgar semacam jer... inikan pula setakat Titah YDPA... hehehe... celah gigi jer... beb...
Jenis lahanat yahudi nih mana faham bahasa beb.... sedangkan puak2 yahudi zaman para Anbiya/Nabi2 dulu pun boleh perlekehkan segala ucapan/seruan para Nabi... inikan pula cucu cicit Apco/umPORno diorang... hahaha... bolayan beb....
Kepercayaan kepada Tuhan: umPORno percaya pada Tuhan ke... hahaha.. Tuhan Duit (RM.. RM.. RM) diorang percaya laaaa.... kalau Tuhan Allah... dah banyak terbukti depan mata macam mana puak2 lahanat nih mempermainkan hukum Allah, mempersendakan sunnah serta mempergunakan agama/ulama untuk kepentingan diri, sooo... sendiri mau ingatlah...
Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Kah..kah..kah.. ini lu orang kena tanya MahaFiraun Chedet... dialah pencetus segalanya dan dia juga lebih arif dalam bab Raja2 nih, malahan puak2 umPORno termasuk media2 pencacai diorang pun bersubahat sama.. hahaha.. rajin2 laaaa... selak sejarah bagaimana setianya umPORno kepada Raja2 nih... ooolaaaalaaaa... (tanya pakcik google... nanti terbongkar segala sejarah betapa DERHAKA nya umPORno terhadap Raja/Sultan...)
Keluhuran Perlembagaan: Perlembagaan...??? Perlembagaan apa beb... takda Perlembagaan yang tak dilanggar oleh umPORno nih... habis semua Perlembagaan dilanggarnya, semuanya boleh adjust ikut selera diorang... macam pundek jelah kalau sentuh bab Keluhuran Perlembagaan nih.
Kedaulatan Undang-undang: Perghhhh... yang ni memang tak boleh blah beb..., kalau nak disebutkan mungkin Tun Salleh Abas lebih maklum..., mahkamah/hakim dah jadi macam dildo umPORno jer... boleh main adjust2... hahahaha....
Kesopanan dan Kesusilaan: huhuhu... bab nih buat gua nangis beb... umPORno/beEnd tau ke maksud nih, atoiiii... puak2 samseng kampung dusun nih mana tau erti kesopanan dan kesusilaan... mana tau hormat hak orang/rakyat... semua dibedalnya, tak caya tunggu jelah 9 Julai nanti... hehehe... Demokrasi taik kucing wa cakap luuuu...
Kalau dah Rukun Negara pun puak2 umPORno nih tak boleh ikut.. apatah lagi Rukun Islam... betul tak...??? Siapa yang yakin dengan umPORno nih... hahahaha... memang gilababi wa cakap luuuuu....
Sementelah itu... apatah lagi dengan Titah YDPA;
"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".
Inilah nasib Rakyat Malaysia bawah keraaaajaan beEND.
Apa lu orang ingat titah seruan YDPA di atas tu boleh menusuk ke Kalbu Pemimpin2 beEND ke....???? hahaha... jangan harap laaaa....
PAS mengambil keputusan untuk mengadap Seri Paduka Yang DiPertuan Agung bagi mempersembahkan hasrat rakyat berhubung tuntutan BERSIH bagi membaik pulih demokrasi dan sistem pilihanraya negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dihadapan puluhan ribu hadirin dalam ceramah umum 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang diadakan di Ladang dekat sini, semalam 3 Julai.
"Hadirin sekelian, sekarang kita dengar hasutan itu, hasutan ini, keadaan kita tengok sini kena tangkap, sana kena tangkap,
"Maka kami (PAS Pusat) memutuskan telah hantar berita awal, iaitu (Dato' Seri) Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saya, Dr. Syed Azman (dan) mungkin dicadang beberapa orang (pemimpin) akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung (SPBYDPA),"ujarnya disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin.
Menurutnya, rombongan dari PAS itu akan mengadap dalam masa yang terdekat.
Beliau berkata, pandangan SPBYDPA, sebagaimana titah baginda yang dikeluarkan pada hari ini adalah amat baik.
"(Baginda) minta jaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan rakyat, dan jangan menimbulkan sebarang kerosakkan harta benda dan keamanan,
"inilah Raja Berperlembagaan, yang betul-betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,"jelasnya.
Katanya, permohonan awal dari PAS telah pun dihantar kepada pihak SPBYDPA dan maklum balas akan diketahui samada esok atau lusa.
Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah baginda setelah berlaku penangkapan beramai-ramai rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional berkait dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan.
.... Kami berharap Presiden & Timbalan akan menjadi wakil bagi PAS untuk berjumpa dengan Agong... TG Hadi kan kanceng ngan Sultan Mizan....
PIHAK polis kemungkinan akan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) di semua laluan masuk ke Kuala Lumpur bagi menghalang semua peserta yang akan menghadiri perhimpunan Bersih, Perkasa, Patriot yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Langkah tersebut adalah wajar untuk mengesan mereka yang masuk ke Kuala Lumpur agar tidak memiliki atau membawa sebarang baju 'kuning' atau warna lain yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut serta barang larangan seperti senjata tajam yang dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan.
"Polis telah bersiap sedia sepenuhnya terhadap mereka yang mahu mengambil kesempatan untuk membuat kecoh pada perhimpunan itu kelak.
Jelas beliau, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang cuba menyertai perhimpunan tersebut.
Selain PDRM, pihak berkuasa lain yang terlibat ialah Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
.... mesti power punye hidung anjing nie.... boleh beza warna kuning dengan warna lain....
Penjelasan mengenai program-program terkini Kerajaan Negeri Selangor sangat perlu buat masa ini. Oleh itu, Pakatan Rakyat Petaling Jaya Utara menganjurkan Program Pimpinan Bersama Rakyat pada 4 Julai 2011, Hari Isnin 9.00 malam di Dewan Blok C, Flat PPRT Lembah Subang, P. Jaya.
Oleh itu, rakyat serta masyarakat setempat di jemput hadir beramai-ramai untuk mendengar ulasan-ulasan dan penerangan dari pimpinan negeri Selangor.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merafak sembah merakamkan ucapan terima kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang meminta supaya pihak kerajaan menangani setiap permasalahan yang membabitkan kepentingan rakyat secara berhemah dengan berunding dan tidak mengikut perasaan sepertimana masyarakat yang bertamadun. Titah ini menjurus kepada cadangan himpunan aman BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya pihak kerajaan, pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mematuhi saranan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong agar membuka semula pintu rundingan bersama Sekretariat BERSIH 2.0 bagi mempastikan perjalanan program tersebut berjalan lancar dan teratur. Janganlah pihak kerajaan, polis dan SPR dianggap sebagai orang yang tidak bertamadun hanya kerana ingin mempertahankan keangkuhan dan keserakahan nafsu mereka semata-mata.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sekali lagi mempertegaskan bahawa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan aman rakyat menuntut pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di Malaysia dan himpunan ini akan berlangsung dan berakhir dalam keadaan yang tenang dan baik. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat menyanjungi keamanan dan keharmonian dan menolak sebarang usaha provokasi untuk melakukan huru-hara ataupun kekacauan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia kerana secara tidak bertanggungjawab telah menyiarkan secara berleluasa iklan-iklan fitnah dan berbaur hasutan untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap Himpunan Aman BERSIH 2.0 di dalam media elektronik terutamanya RTM1 dan RTM2. Di dalam iklan-iklan tersebut, himpunan BERSIH 2.0 telah dimomokkan sebagai himpunan haram yang akan menyebabkan kerosakan harta benda, pertumpahan darah, huru hara, kacau bilau dan boleh menyebabkan para peniaga mengalami kerugian. Sepatutnya pihak Kementerian mengeluarkan iklan yang memperjelaskan hak-hak rakyat di dalam Negara yang berdaulat mengikut perlembagaan Negara bukannya memperbodohkan rakyat dengan menyiarkan iklan-iklan "sampah" untuk mempertahankan kuasa pemimpin UMNO/BN.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bertegas bahawa semua gambaran yang ditunjukkan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan rakyat jelata yang cintakan keamanan dan keharmonian yang menuntut supaya sistem pilihanraya di Malaysia ini diBERSIHkan daripada sebarang kekotoran penipuan dan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak yang "gila" untuk mempertahankan kuasa mereka. Sekretariat BERSIH 2.0 telah meminta supaya setiap rakyat yang akan hadir ke himpunan tersebut tidak melakukan sebarang provokasi, ancaman, ugutan, vandalisme ataupun melakukan kekasaran terhadap mana-mana pihak. Sekretariat BERSIH 2.0 juga terbuka untuk berunding dengan pihak-pihak tertentu seperti polis untuk memastikan program tersebut berjalan lancar dan teratur bahkan meminta supaya pihak polis sendiri yang menentukan jalan yang sesuai untuk perarakan himpunan tersebut.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya Kementerian Penerangan Malaysia menarik balik iklan-iklan fitnah tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kebiadapan mereka menyiarkan iklan-iklan tersebut. Sesungguhnya wang rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai telah disalah gunakan oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan diri mereka dan membelakangkan kepentingan rakyat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mendesak Menteri Penerangan, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau orang yang bermaruah dan berintegriti.
2 Julai, Kg. Bukit Sg. Putih - Kerajaan negeri Selangor hari ini terbukti menunaikan janji apabila seramai 127 orang penduduk Lembah Jaya menerima Notis 5A dalam satu majlis yang diadakan di sini petang ini. Notis disampaikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Penerima notis hanya perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM1000 sahaja untuk melayakkan mereka menerima geran sebagai pemilik kepada tanah yang mereka diami. Menurut Tan Sri Khalid, kerajaan negeri akan terus beusaha memastikan agar rakyat negeri ini menikmati taraf hidup yang lebih baik sesuai dengan status negeri Selangor sebagai negeri termaju di negara ini.
Menurutnya lagi, beliau telah mengarahkan kepada semua pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ketua-Ketua Kampung menyenaraikan semua penduduk yang layak menerima sekim ini tanpa mengira latar belakang politik. "Kita bagi kepada semua rakyat yang layak, tidak hanya kepada mereka yang menyokong kita semata-mata".
Bacaan doa oleh Imam Surau Kg. Bukit Sg. Putih
Khusyuk
Ketua Kampung Bukit Sg. Putih, Saudara Abdul Aziz Ishak
Pasti ada yang mencuit hati MB dan hadirin lain ketika mendengan ucapan Ketua Kampung
Dari kiri: Ustaz Tarmizi (Imam Masjid Bandar Baru Ampang), Ustaz Shukri Harun (Nazir Masjid Bukit Indah) & Ustaz Mazlan Awang (Nazir Masjid Bandar Baru Ampang)
Ustaz Radzi Zainon bersama rakan dari Pakatan Rakyat bersama penyokong hadir ke mahkamah majistret Batu Gajah untuk memberi sokongan kepada seorang Saudara Salleh yang ditahan kerana kes baju bersih
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
(Anak muda bermotor yang menyertai Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap)
PADANG TERAP, 4 Julai: Biarpun berdepan sekatan pihak polis, program Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap tetap mendapat sambutan luar jangkaan.
Program anjuran Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan itu adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Bagaimanapun, ia sedikit terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya dipercayai ada kaitan dengan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Setiap motosikal dan kereta peserta digeledah pihak polis bagi mencari sebarang bahan yang ada kaitan dengan Bersih.
Namun polis gagal menemui sebarang benda yang berkaitan dan tidak ada seorang pun ditahan dalam sekatan tersebut.
Sekatan itu juga menyebabkan lebih separuh dari peserta terpaksa berpatah balik.
"Mungkin cari barang yang berkaitan bersih. Ada maklumat bahawa ada pihak ketiga buat laporan ada sepanduk dan poster bersih. Sedangkan tiada rampasan," kata Nasir yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beberapa tokoh anak muda turut dipanggil termasuk Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tokoh indusitri muzik Pak Long (Selagi Ada Rindu), tokoh sukan bolasepak Radhi Mat Din (bekas pemain bola kebangsaan) dan tokoh sukan motor Yasir Said (bekas juara Cub Prix Asia).
Bagi meraikan kehadiran ribuan anak muda itu, seekor kerbau turut ditumbangkan.
Perseta diraikan dengan konvoi terbesar dalam sejarah Padang Terap yang dipimpin oleh Yasir dan Radhi dan Salahudin.
Mereka dikawal dengan kehadiran 20 marshal dengan motorsikal berkuasa besar mewakili KTM Owners Club Malaysia.
Himpunan itu turut disifatkan menjangkaui sasaran biarpun separuh dari mereka berpatah balik.
Keadaan sudah macam kelam kabut dan hingar bangar. Suasana tidak semena-mena sudah menjadi tegang. Sana sini orang bercakap pasal Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9hb Julai nanti. Belum apa-apa lagi pihak polis sudah memulakan siri tangkapan. Ramai aktivis dan ahli-ahli politik khususnya pembangkang telah ditahan. Dipihak kerajaan pula, ramai ahli-ahli politik yang sudah bersiap untuk bersilat dan bergusti. Semuanya bertujuan hendak menggagalkan perhimpunan itu. Apa yang ditakuti sangat sebenarnya tentang perhimpunan itu? Penganjur BERSIH 2.0 telah berulang kali menyatakan perhimpunan ini akan diadakan secara aman. Mereka akan berarak secara aman. Tujuannya hanya untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong berkaitan ketidakpuashatian rakyat terhadap perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR kini. Itu saja. Tidak lebih dari itu.
Tapi, kenapa Kerajaan, khususnya UMNO/BN takut sangat? Sampai mengelabah dan meroyan tak tentu pasal. Ibarat 'kucing mati anak' kata pepatah Melayu, 'berlari kesana tak kena, berlari kesini juga tak menjadi.' Apakah BERSIH 2.0 itu laksana 'lembaga hodoh' atau 'hantu' yang paling digeruni? Sampai segala macam cara telah mula dibuat untuk menghalangnya? Tidak cukup dengan asakan dari media arus-perdana agar rakyat menjauhi perhimpunan ini, berbagai kempen 'memomokkan' perhimpunan ini juga telah dilancar. Pihak polis pula terus beraksi menangkap dan menahan aktivis-aktivis perhimpunan yang rata-rata hanya memperjuangkan kebersihan dan reformasi pada sistem pilihanraya yang ada. Itu saja. Paling terakhir kini, mereka yang pakai baju kuning pula menjadi sasaran. Seolah-olah kerajaan 'fobia' dengan warna kuning yang menjadi lambang gerakan BERSIH!.
Bagi saya, perhimpunan ini hanyalah sekaadar suatu manifestasi suara rakyat yang ingin berarak menunujukkan rasa tidak puashati terhadap Kerajaan, teutamanya SPR tentang sistem perjalanan pilihanraya dinegara ini. Ianya tidak lebih dari itu. Ianya dianjurkan oleh sebuah NGO yang non-partisan, dan tidak memihak kepada mana-mana parti politi. BN juga telah dijemput untuk turut serta, tetapi telah menolak jemputan tersebut dan kini nampak seolah-olah hanya disertai oleh parti-parti politik pembangkang sahaja. Kerana matlamatnya baik kepada semua pihak, ianya sudah tentu mendapat sokongan hebat dari parti-parti i pembangkang. Matlamatnya tidak lain dari menyatakan rasa tidak puashati rakyat agar dilakukan reformasi segera keatas perjalanan sistem piliharaya dinegara ini yang harus lebih bebas, adil dan telus. Sebanyak 8 perkara dasar di perjuangkan, antaranya reformasi undi pos; penggunaan dakwat jari kekal bagi pengundi,, agihan peluang akses kepada media yang lebih bebas dan telus, dan beberapa tuntutan lagi.
Semua tuntutan ini adalah bersifat universal. Ianya bukan sesuatu yang luar-biasa atau bermotifkan politik seperti didakwa oleh Keajaan. Jadi apa yang kita takutkan. Kita patut sokong, asal saja semua tuntutan ini memang sesuatu yang fitrah dan patut sangat diadakan dari dulu lagi. Kenapa kita mesti berhempas pulas menentangnya? Kenapa kita mesti desak agar perhimpunan ini dibatalkan kalau ianya adalah demi kebaikan bersama?
Tak perlulah PERKASA melalak tak tentu pasal menentang perhimpunan ini. Begitu juga Pemuda UMNO tak perlu bersilat sakan untuk menyatakan penentangan terhadap gagasan ini. Maha Guru Omar Din juga tidak perlu mengeluarkan ugutan dan ancaman yang berbaur hasutan, kononnya akan ada 'darah mengalir' jika perhimpunan ini diteruskan.
Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang, berpendirian dan berpengetahuan luas, saya rasa kita patut menyokong gerakan yang dibuat oleh BESIH. Memang menjadi matlamat kita selama ini pun ingin agar piliharaya diMalaysia diadakan dalam keadaan yang telus, bersih dan adil. Bila pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih dan telus, pemilihan kepimpinan yang dibuat menerusi pilihanraya itu akan lebih 'legitimate' dan berintegeriti. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini ada pemimpin yang hanya menang'melalui saluran undi pos' yang entah dari mana datangnya. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini setiap kali piliharaya diadakan, penyalahgunaa kuasa oleh pihak parti pemerintah mengekspolitkan jabatan-jabatan Kerajaan melobi undi dari rakyat. Hampir semua akses kepada media perdana dibolot oleh parti kerajaan sedangkan parti pembangkan g tidak langsung diberi peluang bercakap dan menyampaikan matlamat perjuangan mereka kepada rakyat walau dengan sebaris ayat pun menerusi media perdana yang dibiayai wang cukai dari rakyat.. Ugutan, rasuah dan sogokan mejadi teras dimana-mana pilihanraya. Parti politik pemerintah dengan sewenang-wenangnya menawarkan habuan dan janji manis bagi mendapatkan sokongan dan undi rakyat. Ini belum termasuk bab memperbaikki jalanraya, membersih longkong, membaikpulih bangunan dan mendiriaan surau dan masjid pun dibuat waktu nak pilihanraya.....
Rakyat sedang memerhatikan ini semua. Rakyat bukan lagi bodoh macam rakyat ditahun-tahuan 50an dan 60an dulu. Rakyat kini terdedah kepada maklumat, berilmu dan sudah boleh menilai apa yang betul dan apa yang salah.
Ketakutan yang melanda kerajaan berkaitan isu perhimpunan ini sebenarnya menampakkan yang banyak sangat 'kotoran' yang sedang berlaku setiapkali pilihanraya diadakan. Kalau boleh 'kekotoran; ini mahu dikekalkan demi kesimbungan kuasa politik mereka. Tapi sampai bila ?
Seperti kata pepatah: "Berani kerana benar, takut kerana bersalah". Jelaslah yang pihak keajaan BN sekarang merasa atkut kerana "bersalah". Fikir-fikirkan lah............
Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah di jemput oleh JK Pas Kawasn Tangga Batu, Melaka untuk sessi suaikenal dan berdailog bersama pimpinan kawasan dan AJK Kawasan.
Dalam pertemuan itu, Dr.Rani menegaskan agar ukhuwwah diantara pimpinan dan ahli-ahli perlu dikuatkan dan jangan ada perselisihan faham yang boleh menggugat ukhuwwah ini.
Sekiranya ini dapat dimantapkan dan diutamakan maka apa sahaja halangan di luar parti adalah sesuatu yang akan dipermudahkan Allah bagi kita insyaAllah, ujarnya lagi.
YB Meru, Dr Hj Abd Rani Hj Osman menerima banyak permintaan untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah di beberapa buah masjid dan surau disekitar Shah Alam, Kelang, Sabak Bernam, Kapar dan Tanjong Karang.
Beliau mengambil kesempatan ini untuk memberikan tasawwur atau gambaran Islam yang sebenarnya dan mengaitkan dengan isu-isu semasa yang melanda ummat Islam dewasa ini.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SEREMBAN - Kegiatan mengedar borang peneroka baru Felda adalah sebagai persiapan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menerajui pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas negeri, Abdul Rahman Ramli berkata, tanah milik Felda di seluruh negara dipercayai mencukupi untuk menampung kira-kira 80,000 peneroka baru.
"Kita bukan tawar kepada anak peneroka sahaja, malah untuk bekas kakitangan Felda berpendapatan rendah dan bekas tentera.
"Tindakan itu cuma untuk bantu masyarakat Felda bukan bertujuan pecah-belahkan mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian pada 1 Julai lalu, berhubung kenyataan Pengurus Felda Titi, Salahuddin Mat, yang menyifatkan pengedaran borang peneroka baru oleh pembangkang sebagai taktik bagi meraih sokongan generasi kedua Felda.
Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini.
Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100, menerima hakikat kini tinggal sehelai sepinggang.
Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa.
Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran.
Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD PAS Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan.
Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD)
Entahlah... Mengapa agaknya sesetengah pemimpin negara ini begitu kacau bilau pemikirannya apabila mengulas cadangan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, 9 Julai ini? Bagaimana pula perhimpunan aman tanpa senjata yang dibenarkan Perlembagaan tiba-tiba boleh menjadi ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara sedangkan ianya hanya berlangsung selama 2 hingga 3 jam dan diadakan pada cuti hujung minggu pula. Tak semena-mena, hampir seribu laporan polis dibuat NGO dan pertubuhan politik di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu sedangkan yang terjejas dalam kesesakan lalulintas (itupun jika polis enggan memberi kerjasama) hanyalah penduduk ibukota yang kebanyakannya tentu memilih untuk duduk di rumah jika tidak mahu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Lucunya antara yang membantah adalah Umno, Perkasa dan beberapa NGO pro-Umno, sedangkan merekalah yang saban minggu menganjurkan 'perhimpunan haram' di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan juga Perak ketika negeri-negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat. Ada juga perhimpunan dan perarakan yang membawa pelbagai poster dan sepanduk mengecam kerajaan negeri. Tidak mudah dilupa juga perarakan membawa kepala lembu oleh ahli-ahli Umno Selangor ke Bangunan SUK di Shah Alam. Mutakhir adalah komen dibuat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (yang kini dikenali sebagai "Menteri Curi-Curi Malaysia" ekoran skandal RM1.8 juta akaun Facebook kementeriannya) tentang perhimpunan BERSIH 2.0. Menurut Ng, perhimpunan 9 Julai ini bakal menyebabkan sektor pelancongan negara kehilangan lebih RM1 bilion. Ini kerana, dakwa beliau BERSIH 2.0 boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu. "Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion. "Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur seperti dipetik Malaysiakini. Pelik juga difikirkan bagaimana perhimpunan aman selama 3 jam itu boleh menyebabkan pengurangan 20 peratus pendapatan industri pelancongan? Menurut Ng Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir 'perhimpunan haram' itu sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini. Lihatlah betapa jahilnya menteri berkenaan dalam memberikan hujah sehingga memperlihatkan bagaimana rapuhnya tahap keselamatan negara kita hingga perhimpunan aman pun boleh mengancam nyawa pelancong asing! Adakah Ng berani membandingkan jumlah kemasukan pelancong asing ke Malaysia berbanding negara jiran Thailand dan Indonesia, sedangkan dua buah negara itu lebih kerap menghadapi demonstrasi rakyat? Demonstrasi rakyat di Thailand sebagai contoh bukan sahaja berlangsung selama beberapa jam, malah mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan! Dan adakah pelancong asing telah serik untuk mengunjungi negara gajah putih itu kerana rakyatnya gemar berdemonstrasi? Sudah tentu tidak. Bagi menjawab hujah Ng juga, sukacita disiarkan komen beberapa pembaca Malaysiakini: "Orang pergi BERSIH ingat tak keluar duit ke? Naik bas, naik kereta, itu semua kena pakai petrol. Perut kosong nak kena diisi. Tekak dahaga nak kena basahkan. Itu semua kena beli guna duit! Jangan nak membohong kata akan rugi RM1 billion. RM1.8 juta yang kamu dah rembat untuk akaun Facebook tu apa cerita? *** Ingat kami bodoh?" - Che' Tat Lebih menarik lagi komen seorang pembaca: "Alamak! Yang jadikan kerugian kononnya berbilion ringgit tu sapa? Hangpa jugak.. Cuba bagi dia orang buat demo secara aman, tak payah simbah itu ini. Hangpa yang buat rosak tu semua. Tengok Indonesia, buat demo cool je. Tidak pun polis nak buat kacau bilau... Masa saya pergi ke sana, siap pemandu pelancong bagi tahu hari ni ada demonstrasi pelajar-pelajar. Tapi jangan risau, mereka tak ganggu orang... di sini demonstrasi secara aman... lagi ramai pelancong datang adalah... Malulah! Berbeza betul dengan Malaysia. Tak boleh buat demo langsung. Kalau 'orang depa' buat tak apa pulak... "Cuba bila tv atau radio umumkan hari ini BERSIH akan mengadakan satu demonstrasi secara aman. Sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan tersebut, sila kawal tingkah laku anda agar tidak mencemarkan nama baik negara dan kawasan yang terlibat. Peniaga-peniaga juga digalakkan untuk membuka jualan dengan menempah khemah-khemah jualan. Siapa cepat dia dapat... Bukankah bagus begitu? Dapat tolong peniaga lain. Pasti orang yang berdemo itu lapar dahaga. Lepas berdemo, mereka pergi makan sama-sama. Bukankah bagus begitu? Tak ada kecoh-kecoh. Polis pun boleh makan laksa bawah pokok bersama orang yang berdemo." - Nora Abdullah Begitulah komen-komen bernas pembaca yang sempat dirakam. Soalnya, mengapa Ng dan lain-lain pemimpin BN gagal melihat aspek positif perhimpunan itu. Ketepikanlah sentimen politik sempit dan fobia hilang kuasa. Lihatlah perhimpunan BERSIH 2.0 dari sudut positif. Bagi Ng Yen Yen, cuba bayangkan sejuta pelancong domestik yang bakal membanjiri Kuala Lumpur 9 Julai ini. Semuanya hadir dengan perbelanjaan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Kementerian beliau sendiri tidak perlu membelanjakan walau sesen pun wang negara untuk menarik kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Bayangkan apa yang akan diraih oleh para peniaga dan pusat membeli belah di Kuala Lumpur dengan kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Pastinya premis perniagaan mereka akan bertambah meriah dan kutipan hasil jualan berlipat kali ganda. Apa yang pasti, negara tidak memerlukan pelancong asing untuk menjana ekonomi Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai ini! HARAKAHDAILY
BUKT KATIL, 4 Julai: Ramai di kalangan guru Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merungut kerana dipaksa menghadiri program makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah sekolah Cina di Machap Baru malam ini. "Kami sudah tidak tahan dengan paksaan sebegini, bayangkan kami yang kebanyakan wanita dipaksa hadir pada program tersebut sehingga pukul 12.00 malam. "Ada yang dari Sungai Rambai dan lain-lain tempat yang jaraknya agak jauh dari Machap Baru, kami berasa kesal dengan Jaim dan Kerajaan Negeri Melaka yang seringkali memaksa kami hadir pada program bersama pemimpin," kata seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan. Selain itu, menurut guru tersebut murid-murid sekolah Jaim juga dipaksa balik awal iaitu pada pukul 4.30 petang. Menurutnya, sudah banyak kali sekolah diarahkan ditutup awal hanya kerana program-program bersama pemimpin kerajaan pusat. Apa yang dikesalkan ialah semua guru-guru diwajibkan hadir dan sesiapa yang didapati tidak hadir akan diambil tindakan tegas oleh Jaim. "Masa murid-murid belajar digadaikan hanya semata-mata kerana politik," tegas seorang bapa yang kesal. Menurutnya, satu lagi masalah timbul ialah ibu bapa juga menghadapi kesulitan kerana terpaksa mengambil anak mereka lebih awal iaitu pada pukul 4.30 petang sedangkan majoriti dari mereka bekerja dan pulang paling awal jam 5.00 petang. "Saya risau dengan keselamatan anak saya yang terpaksa menunggu saya mengambilnya agak lewat iaitu sekitar jam 5.45 petang. "Anak saya kadang-kadang terpaksa menunggu saya seorang diri, siapa yang dapat menjamin keselamatan anak saya sedangkan sekarang ini bermacam jenayah berlaku melibatkan anak-anak sekolah," tegas beliau. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan Jaim dan kerajaan negeri Melaka benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kerana masa belajar menjadi pendek selain ianya membebankan guru-guru dan juga mendedahkan murid-murid kepada ancaman keselamatan. "Tindakan Jaim ini benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kita selain ianya membebankan guru-guru yang terpaksa bekerja lebih masa kerana terpaksa menghadiri program berkaitan sehingga jauh malam. "Kita juga bimbang tentang keselamatan anak-anak kita kerana mereka terpaksa menunggu ibubapa sehingga sampai jam 6.00 petang atau mungkin lebih lambat kerana habis kerja pun jam 5.00 petang," kata Yusof. harakahdaily
MIRI, 4 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menjadi tetamu khas PAS kawasan Miri, Sarawak dalam satu majlis makan malam 6 Julai ini.
Majlis ini akan diadakan di Park City Everly Hotel Miri bermula jam 7.45 malam dengan tema "Miri Go Green With PAS".
Majlis ini adalah antara program yang dibuat PAS Miri untuk mempersiapkan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, PAS Miri terlepas untuk menyertainya apabila PAS tidak jadi bertanding di Dun Senadin.
Ekoran itu dalam Muktamar PAS Kawasan Miri baru-baru ini, perwakilan membuat ketetapan melalui usul agar PAS bertanding di Parlimen Miri mewakili Pakatan Rakyat.
Tiket-tiket makan malam boleh didapati melalui saudara Arifiriazul (0138377505) atau saudara Azwani (0133603290) dengan harga RM50 setiap satu.
Selain Abdul Hadi, turut serta menjadi tetamu majlis makan malam ini adalah Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang mendapat undi paling tinggi dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini.
BERSIH 2.0 berkata ia bukan sebuah 'pertubuhan haram' seperti yang diisytiharkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Sabtu lalu.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramniam Pillay berkata manakala bersetuju dengan kementerian dalam negeri bahawa ia sebuah pertubuhan tidak berdaftar, BERSIH 2.0 tidak diperlukan mengikut undang-undang untuk didaftarkan secara rasmi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat gabungan itu di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, BERSIH bukan pertubuhan yang didaftarkan, tetapi gabungan pertubuhan yang sah.
Sabtu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, atas alasan ia operasi tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan.
Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor(MAPPIS) yang dilahirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang menaungi semua sekolah agama rakyat telah berjaya menganjurkan JAMBORI AMAL ISLAMI untuk kali kedua ekoran dari kejayaan tahun lepas. Peningkatan yang membanggakan daripada segi penyertaan sekolah dan peserta di mana 23 buah sekolah menengah agama dengan peserta 1400 orang(100orang guru pengiring). Majlis dirasmikan oleh YAB Dato'Menteri Besar Selangor.
Turut hadir YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan merangkap Penasihat MAPPIS, Naib Canselor UNISEL, Timbalan-timbalan naib Canselor, Pegawai Daerah Kuala Selangor. Tema: Ruhbanun fillail wa fursanun finnahar(Umpama hamba di malam hari dan singa di siang hari)
Sekolah agama rakyat terus menikmati segala perhatian dan bantuan daripada KERAJAAN SELANGOR untuk mempertingkatkan keupayaan sistem SAR agar terus berkembang maju dan melahirkan Insan rabbani yang mampu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini, insyaallah
Pemuda Umno membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Himpunan Patriot akan dibubar, lapor Utusan Online
Sebaliknya, kata beliau, ia mungkin didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara.(malaysiakini)
Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.
Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan BERSIH 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham initelah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi olehpihak berkuasa.PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihanraya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihanraya umum diadakan. Sejak Sekian lama ini,kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se-Malaysia
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai
KUALA LUMPUR: Istana Negara malam Ahad mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh titah khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikanwalaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara,bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlahbumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - BERNAMA
YB Kuala Semantan ,Hj Syed Hamid b Syed Mohamad menyantuni masyarakat kurang kemampuan kelmarin. Di bawah Projek Program 5 Waktu YB, beliau menjelajah ke seluruh ceruk kampung tradisi bagi menyampaikan barang-barang keperluan kepada warga emas dan ahli masyarakat yang kurang mampu.
Projek Jenguk Rakyat ini digerakkan oleh PAS Kawasan dengan dibantu oleh Jentera Pilihanraya Dun dan Halwa.
Program ini mensasarkan menjelang Ramadhan YB dapat menyampaikan sedikit bantuan bagi golongan ini menyambut puasa dengan lebih bermakna.
Seramai 120 orang ahli Amal Pahang telah menyantuni masyarakat sekitar Temerloh kelmarin. Di bawah Program Amal 1Pahang. Antara kerja-kerja amal dan kesukarelaan yang diatur mereka adalah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat setempat di kawasan kejiranan Taman Seri Kemuning, Kg Pangsenam dan Kg Tebal serta Bangunan LKNP di tengah-tengah pusat bandar Temerloh.
Program sehari suntuk ini, juga diselit dengan penyampian sumbangan kepada berpuluh buah keluarga miskin dan kurang mampu. Program ini turut melibatkan YB ADUN Kuala Semantan bersama ahli jawatankuasa PAS cawangan serta jentera Halwa Dun.
Semasa berucap di majlis berkenan YB Adun Semantan Syed Hamid Syed Mohammad memuji dengan sikap, nilai kesukrelawan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda, kerana nilai ini semakin terhakis dalam masyarakat kita.
Ia wajar diteruskan ke seluruh Pahang, jelas beliau.
PEMUDA PAS SELANGOR UCAP TERIMA KASIH KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merafak sembah merakamkan ucapan terima kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang meminta supaya pihak kerajaan menangani setiap permasalahan yang membabitkan kepentingan rakyat secara berhemah dengan berunding dan tidak mengikut perasaan sepertimana masyarakat yang bertamadun.. Titah ini menjurus kepada cadangan himpunan aman BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya pihak kerajaan, pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mematuhi saranan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong agar membuka semula pintu rundingan bersama Sekretariat BERSIH 2.0 bagi mempastikan perjalanan program tersebut berjalan lancar dan teratur. Janganlah pihak kerajaan, polis dan SPR dianggap sebagai orang yang tidak bertamadun hanya kerana ingin mempertahankan keangkuhan dan keserakahan nafsu mereka semata-mata.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sekali lagi mempertegaskan bahawa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan aman rakyat menuntut pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di Malaysia dan himpunan ini akan berlangsung dan berakhir dalam keadaan yang tenang dan baik. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat menyanjungi keamanan dan keharmonian dan menolak sebarang usaha provokasi untuk melakukan huru-hara ataupun kekacauan.
Marang 4 Julai : Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alternatif kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium, maka beliau sebenarnya telah menimbulkan keraguan yang melampau.
Bagi ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah sekurang-kurangnya ada tiga keraguan yang melampau pada situasi sekarang ini.
Pertama ialah sejauh manakah kefahaman pimpinan Umno BN dalam memahami hak-hak yang terjamin didalam demokrasi. Antaranya ialah hak untuk berhimpun secara aman dimana-mana sahaja.
Tetapi Umno menafikannya dengan mengarahkan perhimpunan itu mesti dibuat di stadium.
Keduanya apabila Perdana Menteri tiba-tiba bersetuju untuk membenarkan perhimpunan yang telah diisytiharkan gerakan komunis sebelum itu, maka dengan sendirinya tuduhan Bersih 2.0 adalah alat komunis sebenarnya fitnah.
Dan ketiga, memorandum dari rakyat yang hendak dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, adakah munasabah ianya hendak diserahkan di stadium.
Ketiga-tiga hujah daripada Ustaz Mohd Nor ini, ternyata memerangkap Umno dan kuncu-kuncunya yang sudah tidak berdaya untuk menipu rakyat dengan fitnah-fitnah mereka.
"Ternyata komunis yang mereka kata itu hanyalah dogengan sahaja. Mana mungkin kerajaan akan berkompromi dengan gerakan bahaya seperti komunis atau subversif yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.
Jadi apa makna tuduhan yang mereka buat itu? Soal Ustaz Mohd Nor dan sekaligus menganggap Najib telah mem"bersih"kan Bersih 2.0 dari fitnah
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu turut mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong akan turun mencemar duli ke stadium untuk menerima memorandum itu?
"Ini adalah cadangan yang pelik. Adakah tuanku akan turun ke stadium. Kita nak mengadap tuanku, sepatutnya di istana tempatnya", ujarnya.
Maka dengan itu rakyat sepatutnya boleh menilai bahawa semua tindakan-tindakan Umno ke atas penggerak-penggerak Bersih 2.0 adalah tindakan yang tidak betul.
Beliau kemudiannya menyeru rakyat agar membuka minda mereka dalam memahami isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan