Dewan Pemuda Pas Sepanggar |
Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Sabah Posted: 09 Jun 2011 01:07 AM PDT 8 Jun, Likas: Betempat di Hotel Likas Square, Kota Kinabalu hari ini telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Sabah. Majlis yang julung-julung kali ini telah dihadiri lebih 100 orang guru-guru PASTI dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Sambutan kali ini yang bertemakan 'Guru Wahana Kemenangan Ummah' nyata membuktikan bahawa peranan guru PASTI sebenarnya merupakan pemangkin kebangkitan Islam.
Sebahagian guru PASTI yang mengikuti Mesyuarat Agong MGP Negeri Sabah Majlis sambutan ini diadakan pada sebelah malam yang mana telah diadakan Mesyuarat Agong Majlis Guru-Guru PASTI (MGP) diadakan pada siangnya. Pengarah PASTI Malaysia iaitu Cikgu Hassan Aladi telah sudi merasmikan dan seterusnya menyampaikan anugerah-anugerah kepada mereka yang berkenaan. Semasa ucapan perasmian beliau, beliau mengingatkan bahawa perubahan dan penerimaan PASTI semakin hari semakin mendapat sambutan. Ini terbukti apabila 10 tahun dahulu, masyarakat di Sabah masih tertanya-tanya dimana akan mereka menghantar anak-anak mereka. Numun sekarang pilihan pertama bagi ibubapa untuk pra-sekolah adalah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam atau lebih dikenali PASTI. Beliau pada ucapan telah menggariskan 4 dasar utama bagi tempoh 2012-2016 iaitu: 1. Menjelang 2016 PASTI akan menjadi pilihan UTAMA masyarakat 2. Menggubal ko-kurikulum yang standard dan mendapat pengiktirafan ISO 3. Mempunyai KAMPUS tersendiri sebagai tempat latihan guru-guru PASTI seluruh Malaysia 4. Mempunyai Yayasan Ekonomi tersendiri Pada sesi penyampaian anugerah, berikut adalah kategori Anugerah yang disampaikan dan para pemenangnya: Anugerah Guru Peringkat Negeri - Junaidah Jakla Anugerah Paling Lama Berkhidmat - Pn. Haryati Tumka (15 tahun) Anugerah Guru Paling Aktif - Cik Kasminah Anugerah PASTI Paling Lama - PASTI Nurul Hanani, Tawau Anugerah PASTI Paling Aktif - PASTI Nurul Mawadah, Tawau Anugerah Khas - PASTI Nurul Hasanah, Kota Kinabalu (mempunyai pelajar bukan Islam teramai) Turut sama pada Majlis ini ialah Hj. Aminudin Aling yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu Ketua Pemuda PAS Sabah yang juga Pengarah PASTI negeri Sabah serta Pn. Norhayati Abd. Ghani iaitu Pengerusi MGP Negeri Sabah. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan multimedia dan anak-anak PASTI terpilih. Berikut adalah statistik terkini perkembangan PASTI negeri Sabah: Bilangan PASTI : 58 buah Bilangan Murid : 3470 pelajar Bilangan Guru : 135 orang "GURU WAHANA KEMENANGAN UMMAH" |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Sepanggar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan