Rabu, 22 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri UMNO Kota Marudu

Posted: 21 Jun 2011 07:12 PM PDT

Puteri UMNO Kota Marudu


ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG: Usaha Murni Ahli Parlimen Papar, Puteri UMNO M'sia, Yayasan Pelajaran Mara & PPD, Papar

Posted: 21 Jun 2011 12:06 AM PDT




PROGRAM MOTIVASI DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
&
PENYERAHAN KUNCI RUMAH MESRA RAKYAT
DEWAN DATUK SALLEH SULONG, PAPAR
19 JUN 2011

ANJURAN:
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT P. 175 PAPAR
DENGAN KERJASAMA
YAYASAN PELAJARAN MARA
PPD, PAPAR
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

DIRASMIKAN OLEH:
YB. DATUK ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN
AHLI PARLIMEN P.175 PAPAR
MERANGKAP KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO KM 2011

Posted: 20 Jun 2011 11:51 PM PDT



MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU 2011
DEWAN KOMUNITI, KOTA MARUDU
17 MEI 2011

DIRASMIKAN OLEH:
YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN
KETUA MENTERI SABAH
MERANGKAP PERNGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH

Program JR : Biro Usahawan & Ekonomi 2011

Posted: 20 Jun 2011 11:20 PM PDT




PROGRAM MEMPERKASA MODEL BARU EKONOMI
SEMPENA PROGRAM JUARA RAKYAT BULAN EKONOMI & USAHAWAN
ANJURAN:
BIRO USAHAWAN & EKONOMI, BAHAGIAN UMNO KOTA MARUDU
(PENGERUSI PENGANJUR : TUAN BAINTIN @ ABDUL HALIM ADUN)
&
GAGASAN BADAN EKONOMI MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH (GABEM)
14 MEI 2011
DEWAN, KG. SALIMANDUT
KOTA MARUDU

DIRASMIKAN OLEH:
YBHG. EN. WETROM BAHANDA @ MOHD. FIKRI
KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU

KEYNOTE SPEAKER:
YBHG. TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK, PENGERUSI RISDA


Mesyuarat Perwakilan Puteri KM 2011

Posted: 20 Jun 2011 11:08 PM PDT

Perwakilan Puteri Cawangan Kg. Longob Bersama Exco Puteri UMNO M'sia

Kek Sambutan Ulang Tahun Puteri UMNO Ke-10 & Hari Ibu


07 MEI 2011 (SABTU)
DEWAN PERDANA, SMK KOTA MARUDU II

DIRASMIKAN OLEH
:
YB. DATUK ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 21 Jun 2011 03:08 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BERI PELUANG KEPADA GLC NEGERI UNTUK MELABUR DI AFRIKA

Posted: 21 Jun 2011 07:23 AM PDT

Antara lain, G-20 terdiri daripada Affin Holdings, Axiata Group, BIMB Holdings, Boustead, CIMB Group, Chemical Company of Malaysia, Penerbangan Malaysia (MAS), Malaysia Airports Bhd, MRCB, Maybank, Proton Holdings Bhd, Sime Darby Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, TH Plantations, UEM Group dan UMW Holdings.
Hingga 3 Jun lalu, nilai modal pasaran G-20 itu melonjak lebih sekali ganda kepada RM355 bilion daripada RM159 bilion sejak program transformasi GLC dilancarkan pada 2004.

Tahun lalu, nilai modal pasaran G-20 adalah RM252 bilion, meningkat 65.8 peratus daripada RM152 bilion yang dicatatkan sebelumnya.

PPUBJ : Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan juga terdapat dinegeri-negeri yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan, dari sektor harta tanah hinggalah kepada aktiviti runcit. Walau pun volume perniagaan GLC negeri tidaklah sebesar sebagaimana yang dijalankan oleh GLC peringkat persekutuan tetapi bila kita menyebut perniagaan sahaja soal keuntungan adalah motif utama ditubuhkan GLC tersebut.

Di samping tu, dapat mengujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada syarikat kecil. Pencapaian yang memberangsangkan itu adalah berpunca dari urus tadbir yang cekap dan kakitangan yang dedikasi. Ini sewajarnya dijadikan contoh oleh GLC negeri agar dapat meningkatkan kecekapan CEO berkenaan untuk meningkatkan keuntungan serta dapat beri pulangan kepada kerajaan negeri.

Selain itu, warga kerja yang berkenaan wajar diberikan pendedahan di syarikat swasta dan GLC yang berkaitan agar pendedahan begini dapat memberikan inisiatif serta pandangan serta inovatif bagi memastikan penglibatan sektor semi kerajaan dalam penjanaan ekonomi negara dapat ditingkatkan selain dari FDI. Peranan DDI dilihat semakin penting bagi memastikan model ekonomi baru beri pulangan yang setimpal kepada rakyat dalam konsep rakyat didahulukan.

Malah jika dilihat pada persidangan LID yang baru sahaja berakhir banyak peluang-peluang baru perniagaan yang dapat diterokai di Afrika dan Carribien bagi GLC Negeri untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi pelaburan mereka keluar negara.

BESI YANG BOLEH JADI SAKSI....

Posted: 21 Jun 2011 06:46 AM PDT



video-seks513Ingat balik…Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata video tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah kerana ia BESI.

Kenyataanya di penutup Muktamar PAS baru ini merujuk kepada isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya bagi PAS mereka berpegang kepada hukum Islam yang memerlukan empat saksi.
Ramai yang terkejut dengan kenyataan itu kerana PAS tidak mahu ambil usaha langsung untuk menyiasat soal video itu…sedangkan ia melibatkan soal moral orang yang mereka tunjang untuk jadi ketua.
Namun Selasa di Dewan Rakyat isu video seks Ketua UMUM PKR itu riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen memempersoalkanya dalam perbahasan.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut satu kepastian segera perkara ini agar orangramai tidak keliru memandangkan polis sendiri sudah sahkan video itu tulen.
Beliau bertanya apa kesudahannya isu ini.Katanya pihak Jabatan Agama Islam perlu member penjelasan apakah video boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan Qazaf di mahkamah syariah.
Menurutnya perkara ini penting diperjelaskan.Turut sama bercakap isu itu ialah Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tidak lama kemudian dalam jawapannya mengenai hal berkenaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Masitah Ibrahim menjelaskan bahawa video boleh dijadikan bukti setelah ia diselidiki kesahihannya.
Katanya," seseorang yang menuduh seseorang itu berzina hendaklah mengemukakan empat orrang saksi.
"Walau bagaimanapun jika tidak boleh mengemukakan empat saksi…penuduh boleh mendatangkan bukti...bukti boleh didatangkan dalam laporan DNA,rakaman audio atau rakaman video.

"Namun begitu samaada ia boleh diterima  tanpa siasat terlebih dahulu …semuanya terpulang  kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti-bukti tersebut.
'Jadi dengan penerangan ini video boleh dijadikan bahan bukti….walaubagaimanapun ia perlu diselidiki terlebih dahulu."
Dewan kemudiannya kecoh seketika bila Ibrahim Ali bangun minta penjelasan Timbalan Menteri itu mengenai soal sudah 'diselidiki' itu dalam kontek kenyataan pihak polis yang mengesahkan hasil siasatan videoyang dikaitkan dengan Anwar  didapati tulen.
Dr Masitah berkata," apa yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas itu…saya tidak dalam situasai mejawab  kerana ia dalam bidang kuasa mahkamah  untuk menentukan kesahihan video tersebut.
Ini membuat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR bangun minta penjelasan mengenai kelayakan saksi .Ia dirasai oleh Ibrahim Ali menyindirnya.
Perang mulut tercetus antara mereka hingga Speaker Tan Sri Pandikan Amin Mulia terpaksa mencelah minta mereka berhenti berbalah.-21/6/201

PPUBJ : Bila dah masuk mahkamah rasanya tak perlu diulas...biarlah mahkammah menjalankan tugasnya berdasarkan keterangan dan bukti. Cuma jangan ada yang kata nanti...mahkammah diarahkan pulak untuk buat itu dan ini.....

SENGAJA TAK MAHU FAHAMI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Posted: 21 Jun 2011 06:40 AM PDT


 

  • PDF 
logo-sprKemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding di dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya dipersalahkan di atas keputusan sesuatu pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.
"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV Jabatan Penyiaran Malaysia Sayuti Mukhtar Isnin.
Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya.
Katanya, tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang itu mengundi sekiranya terdapat dakwat kekal di jari, tangan malahan pada badan sekalipun dan tindakan menghalang boleh menyebabkan SPR dicabar mengikut undang-undang.
"Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya.
Bernama melaporkan, Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.
Selepas program itu, Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa SPR sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berbincang bagi menambahbaik perjalanan pilihan raya di negara ini.
"Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih))
"Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya.-20/6/201

BERSIH 2 : AHLI PARLIMEN MAHU TINDAKAN TEGAS DI AMBIL..

Posted: 21 Jun 2011 06:34 AM PDT


Ahli Parlimen mahu tindakan tegas terhadap penganjur Bersih
ISNIN, 20 JUN 2011 21:09 ADMINISTRATOR

Beberapa Anggota Parlimen berkata KDN perlu bertindak tegas dalam menangani perkara itu, dengan mengambil tindakan terhadap penganjurnya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata perhimpunan haram secara besar-besaran boleh membawa padah kerana pasti ada di kalangan mereka yang turut serta dari kumpulan terbabit bertindak di luar kawalan.

"KDN perlu bertindak tegas sebelum perkara-perkara yang buruk berlaku kerana saya percaya ada udang di sebalik batu. Saya percaya ada agenda-agenda kotor di sebalik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih adil dan bersih," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Untuk itu, katanya, beliau menyokong kerajaan memperuntukkan perbelanjaan tambahan kepada KDN kerana kementerian itu memerlukan belanja yang besar untuk operasi menjaga keamanan negara pada setiap demonstrasi.

Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pula mencadangkan sebelum sesuatu itu menjadi lebih parah, aspek "mencegah lebih baik dari berubat" perlu diambil kerajaan, termasuk bertindak menahan penganjur perhimpunan haram itu.-20/6/201e

NI DIA NEGARA KEBAJIKAN UNJURAN KERAJAAN UMNO / BN...

Posted: 21 Jun 2011 05:27 AM PDT

17,177 ketua isi rumah miskin sertai program 1Azam

21/06/2011 4:53pm

KUALA LUMPUR 21 Jun – Program Kemasyarakatan 1Azam yang ditawarkan kepada ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang produktif telah menampakkan keberkesanan dengan penyertaan sejumlah 17,177 KIR sejak diperkenalkan tahun lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie berkata, seramai 82 KIR daripada jumlah tersebut adalah daripada etnik Orang Asli di seluruh negara.

"Memandangkan Program Kemasyarakatan 1Azam masih di peringkat awal pelaksanaan, maka impak keberkesanan program ini hanya dapat diketahui pada penghujung tahun 2011," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di Dewan Rakyat hari ini.

"Mereka akan dipantau oleh pakar yang dipertanggungjawabkan untuk satu tempoh yang ditetapkan dan sehingga pendapatan mereka melebihi ataupun mencecah RM3,500 sebulan bagi tiga bulan berturut-turut," katanya.

Katanya, seramai 44,535 KIR miskin tegar telah dibasmikan pada tahun lepas daripada senarai berdaftar di bawah sistem eKasih.

"Daripada jumlah tersebut, 17,162 KIR terdiri daripada etnik Melayu, 525 KIR etnik India, 398 KIR etnik Cina, 6,338 KIR tenik Iban, 413 KIR etnik Kadazan, 64 KIR etnik Orang Asli dan 19,743 KIR etnik Bumiputera dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak," katanya. – Bernama

TU DIA NEGARA KEBAJIKAN UNJURAN PAS......

Posted: 21 Jun 2011 05:24 AM PDT

Insentif kepada suami yang tidak sembunyikan berkahwin lain

21/06/2011 5:07pm

KOTA BHARU 21 Jun – Kerajaan Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui isteri dan anggota keluarga yang lain.

"Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaccob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

"Apa pun ini masih di peringkat cadangan lagi dan jika dipersetujui, bukan sahaja suami yang akan mendapat penghargaan tetapi kepada isteri-isteri dan anak-anak, mereka juga akan turut mendapat insentif ini nanti," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya. – Bernama

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

DEMO BERSIH : APA KATA ORANG AWAM...

Posted: 21 Jun 2011 05:18 AM PDT


Bersih: Susahkan rakyat, kata pemandu teksi, peniaga

21/06/2011 2:55pm

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pemandu teksi di sini membantah keras satu kumpulan pengacau dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan satu perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana ia menyusahkan hidup rakyat.
Tinjauan Bernama mendapati bahawa para pemandu teksi menuntut agar Bersih membatalkan sahaja niat untuk mengadakan perhimpunan haram itu kerana ia tidak berfaedah dan membuang masa.
Seorang pemandu teksi, Samad Ismail, 43, berkata, perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam.
"Sebenarnya saya nak tanya apa faedah dan tujuan perhimpunan tersebut diadakan dan saya berpendapat perhimpunan bersih itu hanya "bersih" dalam masa beberapa minit sahaja, selepas itu akan jadi kecoh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Samad juga berkata, perhimpunan itu sudah pasti akan menjejaskan pendapatan pemandu teksi di bandar raya. - Bernam

NASIB TIAN CHUA MINGGU DEPAN

Posted: 21 Jun 2011 05:12 AM PDT

Status Tian Chua diputuskan minggu depan – Speaker

21/06/2011 7:15pm

KUALA LUMPUR 21 Jun – Parlimen akan memutuskan status Ahli Parlimen Batu, Tian Chua minggu depan, selepas meneliti semua aspek termasuk keputusan mahkamah dalam kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Parlimen juga secara rasmi berhubung dengan penasihat undang-undang negara untuk memberi pandangan kepada kita tentang apa yang perlu kita buat, dan pada minggu depan saya akan buat perintah terhadap perkara ini," katanya selepas sesi soal jawab berakhir pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menggesa Dewan Rakyat memutuskan dengan segera status Tian Chua, yang didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes berhampiran Bangunan Parlimen pada 2007.

Tian Chua dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha, yang menolak rayuan Tian Chua berhubung sabitan itu, meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan. – Bernama

APA CITER DISEBALIK PENGUGURAN MAHFUZ DAN TAIB AZZAMUDDIN

Posted: 20 Jun 2011 06:20 PM PDT


PAS Kedah gugur Mahfuz dan Taib Azzamuddin
  

 113
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

anwar and azizan pc on kedah penang issues 050709 azizanMenteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan) berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh pegawai khas (penerangan) menteri besar, Musoddak Ahmad, exco pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan setiausaha PAS negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik pengarah pilihan raya PAS Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan exco agama dan pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata jawatan ketua penerangan PAS Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada setiausaha politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat PAS Pusat dalam muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon hari ini.

Beliau berkata Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala exco kebajikan dan pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun Pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS Kedah, kata Azizan.

- Bernama

FAKTA : BERSIH 2 DIBAYANGI PEMBANGKANG ?

Posted: 20 Jun 2011 05:33 PM PDT


Anwar Ibrahim kuasai Bersih?

Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin sekali lagi 'membuat janji' bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini akan dibatalkan jika segala syarat yang ditetapkan pihaknya dipatuhi kerajaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan meminta Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan perhimpunan itu sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Janji itu dibuat ketika berucap di hadapan lebih 2,000 ahli PKR yang menghadiri satu konvensyen pilihan raya anjuran parti itu di Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Anwar berlagak seolah-olah beliau boleh menentukan jadi atau tidak jadi perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Kalau Najib tidak ikut cakapnya, himpunan itu akan diteruskan.

Apa yang menjadi persoalan ialah Anwar sudah mengambil peranan Ambiga. Dan sikap Anwar itu ditegur oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu, "Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak."

Ambiga tidak perlukan Anwar dan PKR kerana Pas sudah cukup komited dengan Bersih 2. Pas juga tidak 'curi' Bersih untuk kepentingan diri.

Bagaimana pula dengan kelayakan Anwar untuk berlagak seperti hero bagi memperjuangkan pilihan raya bersih, sedangkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada November tahun lalu telah dicemari dengan pelbagai penyelewengan.

Masyarakat masih ingat bagaimana ia berpunca daripada tindakan Anwar sendiri yang berpihak kepada 'anak emas' beliau, Azmin Ali yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Perkara itu diakui sendiri oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Nor yang menegaskan, Anwar tiada hak meminta Perdana Menteri menjamin pilihan raya yang adil bagi membolehkan perhimpunan haram Bersih ditangguhkan.

''Kita telah saksikan sendiri betapa rosak dan tempangnya proses pilihan raya PKR. Sehinggakan hari ini, semua isu besar yang ditimbulkan calon-calon yang bertanding masih tidak dijawab," katanya.

Apa yang disebut oleh Ezam itu ada kebenarannya jika dilihat keputusan bekas ahli MPP parti itu, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti. Beliau kemudiannya keluar daripada PKR.

Ketika mengumumkan keputusan itu pada 8 November lalu, peguam yang sentiasa berpegang kepada nilai demokrasi dan tadbir urus yang baik berkata, beliau bertindak sedemikian kerana pucuk pimpinan parti secara aktif membenarkan berlakunya penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan.

Zaid berkata, beliau tidak boleh meneruskan perjuangan dalam pemilihan yang cacat kerana yakin, parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit tidak mampu menawarkan sebarang pembaharuan bermakna kepada rakyat.

Zaid bertindak sedemikian setelah beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan beliau mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.

Membuat desakan sama ialah seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, yang menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguh sehingga tindakan proaktif diambil bagi membaiki segala penyelewengan.

Turut tidak berpuas hati ialah calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin yang telah menulis sepucuk surat kepada Presiden PKR , Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Ketua Cabang Kota Marudu telah dihubungi oleh Anwar sendiri yang 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu.

Selain kekecohan ketika pemilihan MPP, mesyuarat memilih kepimpinan cabang pada September dan Oktober lalu turut penuh dengan kontroversi termasuklah kerusi berterbangan, dakwaan penggunaan samseng dan penipuan kertas undi.

Di Cabang Kota Raja misalnya, calon Ketua Cabang, S. Kottapan mendakwa ditumbuk oleh penyandang jawatan itu, Dr. Xavier Jayakumar.

Pergaduhan besar juga berlaku di Cabang Sabak Bernam, Klang dan Kuala Langat apabila kotak-kotak undi dipecah manakala kerusi dibaling.

Insiden tolak-menolak turut berlaku di Cabang Hulu Selangor apabila 100 ahli parti itu bertindak menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi memasuki pekarangan dewan pengundian.

Perkara sama berlaku di Cabang Bayan Baru apabila ramai ahli tidak berpuas hati kerana kertas fotostat dibenarkan digunakan sebagai kertas undi.

Berdasarkan rentetan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan PKR, kita ingin bertanya adakah parti itu akan turut sama memenuhi segala tuntutan yang dibuat oleh Anwar dan Bersih terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

Antara tuntutan itu adalah bersihkan senarai undi, akses media yang bebas serta adil, hentikan rasuah dan politik kotor. Jika tidak, ia ibarat 'meludah ke langit, kena muka sendiri'.

BIOMETRIK OLEH SPR...

Posted: 20 Jun 2011 05:22 PM PDT


SPR cadang guna sistem biometrik

PUTRAJAYA 20 Jun - Pilihan Raya Umum akan datang bakal menyaksikan penggunaan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik jika cadangan itu dipersetujui.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

''KDN sudah praktikkan kaedah ini untuk warga asing yang hendak masuk ke dalam negara. Prinsip saya kita mahu gunakan pada pengundi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau mengulas antara lapan perkara yang dituntut kumpulan pengacau yang mahu menganjurkan perhimpunan haram atas alasan bagi memastikan pilihan raya yang telus dan bersih menggunakan dakwat kekal.

Penggunaan sistem biometrik kini digunakan secara meluas oleh Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk di seluruh negara sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Abd. Aziz berkata, menerusi penggunaan biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang dilakukan adalah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan bahawa ia dokumen asli.

"Dengan menggunakan biometrik, pemilik kad pengenalan perlu meletakkan jarinya di situ dan maklumat yang keluar pada skrin adalah sama dengan kad pengenalan yang dibawa.

''Sebaik sahaja disahkan, kita akan semak dulu sama ada namanya ada dalam daftar pemilih, jika ada, kita akan keluarkan kertas undi. Selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain untuk membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi di tempat lain," katanya.

Tegas beliau, penggunaan sistem biometrik adalah jalan penyelesaian terbaik berbanding menggunakan dakwat kekal seperti yang digunakan di India dan Indonesia.

Penggunaan dakwat kekal, kata beliau, tidak perlu kerana sehingga kini tidak ada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini dan ia hanyalah tohmahan semata-mata.

BERSIH 2 : PEMUDA UMNO TIDAK GENTAR - RAZALI IBRAHIM

Posted: 20 Jun 2011 05:13 PM PDT


Bersih 2 berdepan tindak balas Pemuda UMNO

PONTIAN 20 Jun - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan haram Bersih 2 pada 9 Julai ini sekiranya tidak mahu ada tindak balas dari pihak lain seperti Pergerakan Pemuda UMNO.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan pihak penganjur yang ingin terus mengadakan perhimpunan Bersih walaupun dibantah pelbagai pihak akan mengundang banyak persoalan dari orang ramai.

Oleh itu katanya, Pemuda UMNO bersedia berhadapan dengan pihak penganjur sekiranya mereka masih terus berdegil, walaupun akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa pada hari itu.

"Pemuda UMNO juga memikirkan tidak perlu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, tetapi jika Bersih tetap berkeras dan tidak berganjak dengan keputusan, kami juga akan mengambil pendekatan serupa.

"Kehadiran kami juga sebagai menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus menjadi sasaran Bersih walaupun penjelasan telah diberikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya anjuran UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran keras polis yang akan menangkap sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan tersebut sama ada di kalangan penyokong atau penentang perhimpunan itu.

BERSIH 2: AMBIGA JADI BONEKA ANWAR ?

Posted: 20 Jun 2011 05:04 PM PDT

Anwar tidak layak arah Ambiga hentikan Bersih

KUALA LUMPUR 20 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mengarahkan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga menghentikan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. Jenapala berkata, Ambiga bukannya 'boneka' Anwar untuk menerima arahan sedemikian kerana perhimpunan haram itu dirancang oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

Sebagai NGO yang bebas, katanya, Ambiga tidak seharusnya mendengar kata Anwar kerana ia hanya akan membuktikan beliau ialah 'pak turut' Anwar.

''Bagi saya, Anwar tidak setanding dengan Ambiga kerana apa yang dikatakan oleh Pengerusi Bersih itu sudah pasti akan dilaksanakan, tidak seperti Ketua Pembangkang itu yang hanya tahu menabur janji kosong," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam yang mendakwa akan mengarahkan Ambiga membatalkan serta-merta perhimpunan haram Bersih sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) secara telus.

Jenapala dalam pada itu berkata, Anwar juga seharusnya mencermin dirinya sebelum mahu menghentikan perhimpunan Bersih itu.

Katanya, ini kerana pemilihan PKR baru-baru ini juga tidak mampu dibersihkan oleh Ketua Pembangkang tersebut.

BERSIH 2 : ANWAR DAN AMBIGA BERTELAGAH ?

Posted: 20 Jun 2011 05:01 PM PDT


Bukti Bersih didokong pembangkang

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau boleh meminta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini dibatalkan, jelas menunjukkan gabungan tersebut bukan didokong suara rakyat.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, perkara itu sebaliknya mendedahkan betapa kumpulan pengacau Bersih yang mendakwa mereka tidak menyebelahi mana-mana parti politik sebelum ini merupakan alat kepada pembangkang.

Katanya, jika tidak kerana Bersih memberi ruang luas kepada pembangkang, pastinya Anwar tidak berani membuat kenyataan sebegitu melainkan beliau merasakan mempunyai pengaruh besar dalam gabungan kumpulan pengacau itu.

"Walaupun Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan mendakwa tiada pihak boleh mengarahkan beliau untuk membatalkan himpunan, kenyataan Anwar itu memberi gambaran seolah-olah ketua pembangkang tersebut mempunyai pengaruh.

"Saya tidak tahu sama ada Anwar tersilap cakap. Tetapi itu menunjukkan memang ada agenda pembangkang di sebalik Bersih. Mereka berkompromi dengan pembangkang dan Anwar merasakan beliau mengawal Bersih.

"Disebabkan itu, adalah jelas Bersih tersimpang jauh daripada matlamat asalnya sehingga menjadi alat kepada pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA), Datuk Nurjazlan Mohamed di pejabat syarikat itu di Bukit Bintang di sini hari ini.

MENGAPA PILIH DEMONTRASI JIKA ADA ALTERNATIF LAIN?

Posted: 20 Jun 2011 04:54 PM PDT

MB Selangor sokong Bersih

SHAH ALAM 20 Jun - Seperti diduga, perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini turut mendapat sokongan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyifatkan perhimpunan haram itu sebagai saluran yang amat penting untuk menyatakan pandangan terhadap kerajaan secara terbuka.

Katanya, sekiranya pihak berkuasa menyekat pihak berkenaan termasuk Bersih, ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya akan mengundang lebih banyak rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

"Pendekatan menyekat (perhimpunan) tidak akan selesaikan masalah. Saya berpandangan menyekat perhimpunan seolah-olah menyekat demokrasi.

"Namun, pada masa sama perhimpunan itu juga harus dilakukan secara tertib," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, Malaysia sepatutnya mencontohi tindakan pemerintah di Indonesia yang membenarkan rakyatnya mengadakan demonstrasi mengkritik pentadbiran republik itu.

Katanya, amalan pemerintah republik itu memberi kesan positif kepada pertumbuhan negara itu sama ada dari sudut sosial atau ekonomi pada masa ini.

Soal Bersih tidak mengambil kira soal undang-undang negara dan ketenteraman majoriti rakyat, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.

"Rakyat mesti bijaksana, tak kan mereka hendak robohkan warung, rosakkan teksi bila adakan perhimpunan," katanya.

umno bahagian cheras

Posted: 21 Jun 2011 01:40 PM PDT

umno bahagian cheras


ANWAR YANG SEPATUTNYA DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN

Posted: 20 Jun 2011 09:44 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SEMALAM
saya telah mengingatkan pemuda UMNO supaya berfikir dua kali sebelum bertembung dengan Himpunan Bersih 9 Julai ini bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Tetapi hari ini, akhbar tempatan melaporkan Khairy mendesak pihak berkuasa menyiasat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan kerana bersikap rasis dengan memainkan sentimen perkauman.

Di lobi Parlimen, Khairy dilaporkan mendakwa bahawa Ibrahim jelas dan nyata membuat ugutan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab.

Ini ekoran kenyataan Perkasa bersama 164 Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) melancarkan perang terhadap Bersih 2.0 dengan membakar gambar Presiden Bersih, Datuk S. Ambiga dan memberi amaran kepada kaum Cina jangan keluar pada 9 Julai ini kerana 'apa sahaja boleh berlaku'.

Nampaknya Khairy begitu 'respon' sekali dengan ketegasan Ibrahim yang memimpin Perkasa, sebuah pertubuhan Ngo yang memperjuangkan kepentingan umat Melayu.

Ada yang berkata, Ambiga yang gambarnya dibakar oleh Perkasa khabarnya 'cukup seronok' apabila Khairy mahu Ibrahim disiasat di bawah ISA.

Alangkah eloknya jika naluri seperti ini juga ditunjukkan kepada beberapa pemimpin utama DAP yang sebelum ini begitu ghairah mencerca, menghina dan memperlekehkan umat Melayu, agama Islam serta intitusi raja-raja Melayu.

Malah sudah pasti ramai yang akan menyokong Khairy seandainya dia juga mendesak KDN supaya menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama menghasut dan memfitnah kerajaan.

Anwar juga pernah memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi saya tidak nampak pun ada yang berubah menjadi 'garang' untuk menyerang Anwar.

Pada hemat saya, Anwar lagi jelas dan nyata menghasut rakyat berbanding dengan Ibrahim yang bangun kerana menentang Himpunan Bersih.

Malah saya juga menerusi blog ini sudah beberapa kali mendesak KDN supaya mengenakan akta ISA terhadap Anwar yang jelas dan lagi nyata menghasut rakyat.

Tetapi sehingga ke hari ini pun Anwar masih lagi bebas mencaci pemimpin UMNO, kerajaan BN dan Perdana Menteri, dan dia juga boleh bersenang hati keluar masuk negara ini tanpa sebarang sekatan.


Sudah beberapa kali juga saya mendesak pihak berkuasa merampas paspot Anwar, tetapi sehingga ke hari ini beliau masih lagi boleh memburukkan kerajaan BN di luar negara tanpa sebarang halangan.



Semalam juga beberapa Ahli Parlimen turut mendesak KDN supaya mengambil tindakan menyekat perhimpunan haram 9 Julai ini kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak selamat dan menjejaskan ketenteraman awam.

Veteran UMNO pun turut bersuara supaya disekat perhimpunan tersebut kerana dikhuatiri mengundang perkara yang memudharatkan.

Kini terpulang kepada KDN untuk mendengar rintihan, permintaan dan kebimbangan rakyat, sepertimana yang pernah saya suarakan sebelum ini.

Pada saya, kesejahteraan rakyat dan ketenteraman negara harus diutamakan daripada menjaga kepetingan politik.

Dalam suasana iklim politik yang agak 'panas' sekarang ini, saya menyeru kepada seluruh umat Melayu supaya bersatu dan berpegang kepada ikatan silaturahim.

Ancaman akan tetap ada dan terpulang cara bagaimana kita menyelesaikannya.

Umat Melayu terutama ahli-ahli UMNO harus bangkit dengan semangat perjuangan kental, tidak mudah mengalah dan tidak pula cepat melatah.

Kita harus menguatkan roh perjuangan bagi memastikan masa depan orang Melayu dan UMNO sentiasa dihormati dan terpelihara.

Siapa lagi yang boleh kita harapkan ?

Waspadalah kerana perpaduan dan kesatuan orang Melayu sentiasa dicurigai dan dicemburui oleh pihak lain.

DAP, parti rasis yang memperjuangan kepentingan satu kaum sentiasa menyemarakkan sentimen perkauman untuk agenda politik mereka.

Bagi DAP hanya ada satu cara sahaja untuk mencapai matlamat mereka, iaitu dengan memecahbelahkan orang Melayu supaya bersengketa sesama sendiri.

Itulah yang sedang DAP lakukan sekarang ini dengan sokongan PAS dan PKR.

Keadaan menjadi bertambah parah bilamana PAS, yang kononnya 'membangun bersama Islam', turut menjadi tempat 'alas kaki' kepada DAP.

Inilah sikap lalang PAS yang tidak mempunyai prinsip perjuangan untuk membela orang Melayu dan umat Islam.

Manakala Anwar, yang sedang berdepan dengan kes liwat bertungkus lumus untuk mengkucar-kacirkan perpaduan Melayu sebagai jalan pintas untuk menjadi PM dengan restu DAP.

Inilah petualang dan 'jembalang politik' yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa.

Oleh sebab itu, Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, adalah kesinambungan agenda politik Anwar untuk berkuasa.

Bagi mengabui mata orang ramai, maka Anwar dan Ambiga mula 'berlakon' kononnya antara mereka tidak sehaluan dalam Himpunan Bersih 9 Julai ini.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 21 Jun 2011 01:14 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Anwar tidak layak arah Ambiga hentikan Bersih!

Posted: 21 Jun 2011 02:28 AM PDT

Anwar Ibrahim tidak layak untuk mengarahkan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), S. Ambiga menghentikan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. Jenapala berkata, Ambiga bukannya 'boneka' Anwar untuk menerima arahan sedemikian kerana perhimpunan haram itu dirancang oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

Sebagai NGO yang bebas, katanya, Ambiga tidak seharusnya mendengar kata Anwar kerana ia hanya akan membuktikan beliau ialah 'pak turut' Anwar.

''Bagi saya, Anwar tidak setanding dengan Ambiga kerana apa yang dikatakan oleh Pengerusi Bersih itu sudah pasti akan dilaksanakan, tidak seperti Ketua Pembangkang itu yang hanya tahu menabur janji kosong," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam yang mendakwa akan mengarahkan Ambiga membatalkan serta-merta perhimpunan haram Bersih sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) secara telus.

Jenapala dalam pada itu berkata, Anwar juga seharusnya mencermin dirinya sebelum mahu menghentikan perhimpunan Bersih itu. Katanya, ini kerana pemilihan PKR baru-baru ini juga tidak mampu dibersihkan oleh Ketua Pembangkang tersebut.

Warna-warni politik
Torashah

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 21 Jun 2011 07:24 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Ambiga Guna Bersih 2 Untuk Populariti Jadi MP

Posted: 21 Jun 2011 05:24 AM PDT

Kita dah biasa sangat dengan kesanggupan pembangkang keluar masuk penjara dan Kemunting demi untuk kepentingan pelaburan yang lebih besar - jadi Ahli Parlimen atau ADUN. Yang dok kata rakyat sana sini tu bohong saja, hakikatnya nak naikkan populariti diri sendiri untuk kempen pilihanraya besok.

im Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng, Mat Sabu, semua ini contoh bekas banduan/tahanan yang kini memegang jawatan paling tinggi sebagai Ketua Menteri dan paling kodi sebagai Timbalan Presiden PAS. Apa jasa beruk-beruk ini kepada rakyat? Hampr tiada, tapi mereka kecap apa yang mereka kecap hari ini sebab kesanggupan keluar masuk penjara dan Kamunting untuk dapat tiket ekspress jadi MP.

Begitu juga dengan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan yang berjaya menjadi ADUN walaupun disaat merengkok di dalam tahanan Kamunting.

Taktik ini nak diteruskan pula oleh Ambiga, (peguam Hindu pro murtad yang cuba-cuba nak berjinak-jinak dengan politik selepas kerjaya sebagai Presiden Majlis Peguam berakhir) melalui Bersih 2. Kita yakin, dalam pilihanraya umum akan datang, Ambiga akan menjadi calon antara PKR dan DAP, takkan dia nak jadi calon PAS pulak sebab impak negatifnya sebagai peguam pro murtad.

Apa jasa Ambiga pada rakyat yang nak melayakkan dia jadi calon MP atau ADUN nanti?

Jawabnya hampir tiada, tapi kerana kecenderungan penyokong pembangkang mengundi populariti lebih dari kebolehan calon atau parti, menjadikan orang seperti Ambiga sebagai 'layak' untuk dipertandingkan dalam pilihanraya umum akan datang tapi harganya itulah, menghadapi tindakan oleh pihak berkuasa.

Ambiga lebih dengan sikap elitisnya yang hanya melayakkan dia duduk dengan orang-orang yang setaraf saja, dia tidak ada langsung ciri-ciri untuk mewakili dan memperjuangkan nasib rakyat kebanyakkan yang pelbagai.

Perhimpunan Bersih 2 yang nak dianjurkannya nanti pun tidak punya merit dan kepentingan mendesak untuk rakyat, nak perjuang apa pasal pilihanraya? Pembangkang dah menang 5 negeri dan kesemua kerusi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (kecuali 1), apa lagi mau?

Apa yang tak 'bersih' lagi tu?

Kesimpulannya, Bersih 2 ini punya serampang banyak mata. Selain untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada kes liwat Anwar Ibrahim, ia juga untuk menaikkan populariti orang tertentu sebagai persediaan dalam pilihanraya akan datang.

Dan, kebodohan orang PAS terutamanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan ini. Kita tengok sendiri ajelah nanti berapa kerat sangat bangsa lain yang menyertai perhimpunan Bersih 2 ni, majoritinya ialah orang Melayu dari PAS dan PKR.

Mereka ini sanggup berhadapan tindakan tegas polis dengan menyedari ada orang lain yang akan dapat kelebihan daripadanya, sedangkan mereka sendiri, tiada apa. Dapat air gatal saja.
Macam itulah bodohnya.

Jangan terpedaya dengan Ulama neraka..

Posted: 21 Jun 2011 03:42 AM PDT

Dalam mencari Islam, kita perlu sedar dan sedia maklum bahawa bukan semua orang yang dilabelkan ulama itu bagus. Bukan semua ulama akan masuk syurga. Jadi sesiapa yang menggelarkan diri mereka ulama haruslah memilih sama ada hendak menjadi ulama yang ke syurga atau ke neraka.

Jangan hanya menilai seseorang itu sebagai ulama dengan hanya dengan melihat luaran saja. Ulama bukanlah boleh diukur dengan serban sebesar bakul dan jubah umpama kelambu. Ulama juga tak boleh dikenali dengan tanda hitam didahi kerana ilmu serta iman tak boleh kita nampak melalui mata kasar.

Ulama ke syurga ialah ulama akhirat. Mereka berjuang untuk menyelamatkan manusia dan umat daripada kezaliman dan kegelapan jahiliyyah samada berbentuk pemikiran sekular ataupun dari pemikiran yang akan membawa kehancuran pada umat.

Ulama yang ke neraka pula ialah mereka yang digelar ulama Suu' atau ulama yang jahat. Mereka ini bolehlah kita labelkan sebagai ulama rice cooker dan juga ulama peti sejuk. Golongan ulama seperti ini hanya akan bersama dengan mana-mana golongan yang dapat menjaga periuk nasi mereka atau dapat menyokong kepentingan peribadi mereka.

Kita harus faham, yang dikatakan sebagai ulama neraka itu adalah lebih teruk dari Dajjal. Ini kerana, mereka-mereka ini mampu menyesatkan dan menyelewengkan umat Islam dengan memutarbelitkan hadis serta ayat-ayat Quran.

Oleh itu.., sebagaimana kita harus berhati-hati daripada fitnah dajjal, maka seperti itulah kita harus berhati-hati dengan golongan ulama neraka dan ulama suu' ini. Dikhuatiri mereka akan lebih menyesatkan dengan ucapan-ucapan serta ceramah-ceramah mereka yang kononnya berlandaskan islam tersebut.

Macam mana kita hendak mengenali ciri-ciri manusia yang dikatakan sebagai ulama neraka itu? Ciri-ciri ulama neraka amat mudah. Mereka ini akan menjadi bisu dalam menyatakan kebenaran dan lebih cenderung kepada kezaliman. Mereka ini hanya mementingkan hal mereka sendiri sahaja daripada memikirkan tentang umat Islam keseluruhan.

Ciri-ciri Ulama suu' pula ialah.., mereka yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman sebaliknya bersekongkol dengan golongan yang mahu menghancurkan masyarakat dan pemerintahan Islam.

Mereka memberi alasan kononnya mahu berdakwah kepada golongan kafir dengan bergabung dengan kumpulan tersebut, tetapi mereka sebenarnya berdusta. Mereka-mereka itu sebenarnya hanya dijadikan sekadar alat untuk puak-puak kafir berkuasa keatas umat Islam lainnya.

Jadi, hendaklah kita berwaspada dan berhati-hati dengan golongan manusia-manusia yang menyamar sebagai alim ulama ini. Apatah lagi jika mereka menggunakan ugama untuk meraih undi didalam berpolitik. Jangan sampai kita terpedaya semata-mata mahu mencari syurga secara mudah..

Sesungguhnya, pahala dan syurga itu tak akan dapat diperolehi hanya dengan sekadar memangkah kertas undi dan juga mengisi borang menjadi ahli kumpulan politik. Jangan terlampau taksub sehingga merugikan diri sendiri kelak..

Tiada ulasan:

Pengikut