Khamis, 2 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Minta maaf Najib, saya tak dapat undi awak

Posted: 02 Jun 2011 02:08 AM PDT

Najib, saya minta maaf
Saya tak mampu semua kos ini …
Pinjaman rumah selama 30 tahun, pinjaman kereta 7 tahun,
Perbelanjaan pelajaran anak-anak selama 20 tahun.
Harga petrol dan kos sara hidup meningkat.
Tapi pendapatan saya tetap sama ….
Minta maaf Najib, saya tak dapat undi awak.

Demikianlah ayat di atas yang terdapat pada poster kempen pilihanraya DAP, berlatarbelakangkan seorang lelaki di kedai kopi, keseorangan, yang sedang memegang dahi, merenung sambil mengacau secawan kopi.

Pakatan Rakyat perlukan bahan kempen sebegini terutama untuk pengundi Melayu.

Ianya amat mudah difahami dan menusuk jiwa para pengundi.

Masih ada kawasan Datuk Seri Najib tiada elektrik

Posted: 01 Jun 2011 08:34 PM PDT



Masih Ada Penduduk Kawasan Datuk Seri Najib Tidak Dapat Bekalan Elektrik
Aduan Rakyat Online , June 1st, 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Aduan ini entah ke berapa kali diajukan mengenai masalah tidak mendapat bekalan elektrik melalui bermacam-macam saluran termasuklah kepada E-Sistem Maklumbalas Kepada PM dan KKLW.

Kawasan yang dimaksudkan ialah Kg. Permatang Jerik, Merchung yang terletak di Parlimen Pekan DUN Bebar Pahang. Kg. ini telah dibuka lebih daripada 20 tahun yang lalu iaitu sekitar tahun 1989.

Hampir keseluruhan penduduk telah menikmati bekalan air dan elektrik tetapi masih terdapat sebilangan penduduk yang kemungkinan terlepas pandang oleh pihak berwajib.

Bermacam-macam projek kerajaan telah dijalankan di kawasan ini tetapi meliputi kawasan berhampiran dengan jalan raya sahaja termasuklah projek BALB dari KKLW dan projek E-Kasih dari KPWKM. Projek-projek ini disalurkan melalui JKKK tetapi tidak disampaikan dan diagihkan secara telus.

Di kampung saya ini, Kg. Permatang Jerik masih terdapat 6 buah rumah yang belum mendapat bekalan elektrik dan air. Kontraktor yang mendapat tender memasang paip dan tiang elektrik hanya masuk sehingga 1 KM sahaja sedangkan Kg. ini memanjang melebihi 2 KM. Tidak dapat dipastikan adakah masalah ini berpunca dari pihak kontraktor yang mahu untung lebih atau bajet kerajaan hanya untuk 1 KM sahaja.

Kami semua amat berharap dapat merasai kemudahan seperti insan-insan lain juga. Harap pihak berwajib menyegerakan bantuan ini. Usah tunggu hingga musim pilihanraya saja baru nak menjenguk sampai ke dapur.

Terima kasih.

By: Wakil Penduduk Permatang Jerik

http://www.aduanrakyat.com.my/masih-ada-penduduk-kawasan-datuk-seri-najib-tidak-dapat-bekalan-elektrik

Adakah Anda Pembeli Perumahan Terbengkalai ?

Posted: 01 Jun 2011 08:34 PM PDT



Sekiranya anda adalah mangsa Projek Perumahan Terbengkalai yang tidak mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya, sila luahkan kekecewaan anda dalam ruangan komen di http://terbengkalai.blogspot.com/

Di bawah ini beberapa komen dari pembaca blog sebelum ini :

Tiada harapan bagi saya untuk menduduki rumah yang diidamkan selepas berpencen dari perkhidmatan Tentera pada Jul 2011 memandangkan rumah yang dibeli telah terbengkalai. Hendak dikesalkan membuat jiwa rasa terseksa, namun apakan daya hidup mesti diteruskan walau terpaksa menumpang rumah ibubapa atau menyewa. Sebenarnya menjadi tanda tanya mengapa mudah pemaju menjadikan orang lain sengsara sedangkan pembeli telah membayar dengan kaedah pinjaman bank atau sebagainya. Wahai pihak yang berkaitan renung2 masalah projek perumahan Bandar Utama Tampin yang telah terbengkalai..mengapa jadi begini pasti ada yang tidak kena. Harapan saya dan pembeli yang lain adalah impiana untuk menduduki rumah yang diidamkan itu menjadi kenyataan...AMIN
By WARISN9 on 600 Rumah Bandar Utama Tampin 6 tahun tak siap on 8/17/10

salam... saya pun salah seorg drpd pembeli perumahan pinggiran felda. saya pun tidak berpuas hati dan sgt kecewa kerana rumah yang dinanti tidak jua siap. saya ada menghubungi lawyer, tetapi hampa dia seolah-olah melepas tangan dan tidak mahu campur tangan dlm permasalahan ini...saya akan bersama2 menyokong sebarang usaha utk menuntut hak kita....
By fendy5479 on PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN RASAH INDAH DA... on 1/30/10

saya jugak salah sorang pembeli.terima kasih kerana ketengahkan masalah kami.sewa rumah kena bayar load lagi.harap pihak berwajib ambil tindakan
By yan_gemas on Pembeli berang pemaju 'ghaib' on 9/16/09

BeEND mendabik dada maju dalam pembangunan tapi nampaknya, dalam bab pembangunan mereka tidak begitu pandai seperti yang diuar-uarkan..... buat malu boleh lah!!!
By Kuda Perang on Perumahan Terbengkalai di Bagan Pinang , N.Sembila... on 9/15/09

Anwar kata Umno jadikan SPNB lubuk duit

Posted: 01 Jun 2011 08:30 PM PDT



Umno jadikan SPNB lubuk duit - Anwar
2 Jun 2011 - Keadilan Daily

SELAYANG: Campur tangan politik Umno dalam pengurusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menjadikannya pusat membuat keuntungan untuk parti itu, kata Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, SPNB yang diwujudkan pada awalnya untuk menyediakan rumah mampu milik kian tidak relevan apabila peranannya umpama pemaju swasta lain.

"Campur tangan politik dalam pengurusan syarikat tersebut menjadikan SPNB sebagai pusat membuat keuntungan oleh pemimpin Umno. Kerajaan Umno BN mungkin baru tersedar dengan krisis perumahan. Namun malangnya, kekal gagal memahami intipati permasalahan ini.
"Skim Rumah Pertama yang ditawarkan hanyalah memberi kelonggaran kepada orang muda meminjam tetapi gagal menangani masalah sebenar iaitu ketiadaan rumah pada harga berpatutan," katanya dalam Wacana Ekonomi Visi Perumahan Rakyat di Lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

Anwar menegaskan kerajaan seharusnya berperanan aktif memberi imbangan kepada pasaran perumahan yang dikuasai pemaju.

"Kerana itu Pakatan Rakyat dengan jelas di dalam Buku Jingga mencadangkan Perbadanan Perumahan Negara yang bertanggungjawab membina dan mengawal selia penawaran rumah pada harga yang sesuai untuk rakyat," katanya yang juga bekas menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut memberitahu, beberapa projek perumahan terbengkalai peninggalan Umno BN di Selangor berjaya diselesaikan Pakatan Rakyat termasuk isu perumahan di Bukit Botak bernilai RM79 juta dan Alam Perdana, RM120 juta.

"Penduduk di Bukit Botak turut diberikan pilihan membeli rumah yang dibina semula pada harga diskaun RM99,000 berbanding harga sebenar RM170,000.

"Ketelusan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan pendekatan bersepadu semua pihak dari semasa ke semasa membolehkan lebih banyak projek terbengkalai akan diselamatkan," katanya.

Bagi menangani masalah harga rumah terlalu tinggi katanya, kerajaan Selangor melancarkan Rumah Mampu Milik dengan lebih 2,000 unit akan dibina di pelbagai lokasi di negeri itu.

"Ianya Berteraskan konsep mampu dari segi kos dan keselesaan untuk didiami, reka bentuk kondusif dengan keluasan 750 kaki persegi hingga 850 kaki persegi akan ditawarkan dengan kos maksima hanya RM100,000.

"Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS) dan beberapa pemaju swasta dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini dengan keutamaan dikhaskan kepada pembeli berumur 35 tahun dan ke bawah," katanya.

Sumber http://www.keadilandaily.com/?p=14524

Layari Blog Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Pengikut