Pakatan Rakyat |
Posted: 25 May 2011 03:23 PM PDT | Keputusan Perlawanan Dan Kedudukan Terkini Liga Super 2011 Posted: 25 May 2011 09:10 AM PDT | Jangan guna dana KWSP sebagai penyelamat- Abdul Rahman Posted: 25 May 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Abdul Rahman Yusof menggesa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak menjadikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penyelamat apabila berdepan masalah kewangan. Ini kerana wang tabungan tersebut merupakan dana awam yang tidak sepatutnya digunakan sesuka hati. Demikian beliau mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang mendedahkan tindakan Felda memohon pinjaman berjumlah RM6 bilion daripada KWSP. "Kita tidak mahu KWSP dijadikan tempat bail out bagi mengelakkan sesebuah syarikat atau agensi bankrap. Sehingga kini KWSP sebenarnya menanggung kerugian mencecah berbilion ringgit (Untuk menyelamat syarikat tertentu)" kata beliau. Menurut Abdul Rahman, pada 2008, kerajaan turut membenarkan pinjaman KWSP kepada ValueCap Sdn Bhd, sebuah pengurus dana yang dimiliki Khazanah. Tambah beliau, tindakan menggunakan wang KWSP bagi menyelamatkan syarikat dan projek tertentu itu sudah bermula sejak zaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Antaranya Khazanah Holdings Berhad, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd dan projek lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. "Sebenarnya banyak agensi kerajaan membuat pinjaman dengan KWSP, tapi yang terlalu banyak membuat pinjaman adalah Khazanah. Kebanyakan agensi kerajaan dan syarikat swasta membuat pinjaman semasa ekonomi negara berada dalam keadaan tenat," ujarnya. Kata beliau, sekiranya tindakan Felda membuat pinjaman untuk tujuan pelaburan, agensi itu juga perlu menjelaskan apakah bentuk keuntungan yang akan diperoleh. Tegasnya, Felda pernah mengalami beberapa kerugian termasuk pelaburan dalam Felda Global Ventures sehingga mencecah RM250 juta. "Kita tahu bahawa KWSP adalah duit rakyat, Felda buat pinjaman untuk pelaburan tetapi malangnya pelaburan mereka mengalami kerugian. "Apabila rugi, yang menanggung beban adalah peneroka. Sepatutnya Felda menjaga kebajikan peneroka dan bukannya dibebani dengan hutang," ujarnya. Justeru beliau menggesa samada KWSP dan Felda menjelaskan isu itu. "Masalah ini akan makin parah apabila duit rakyat digunakan dan yang menanggung beban juga adalah rakyat," ujarnya. | Kabinet Najib Takut Akan Kebangkitan Rakyat. Posted: 25 May 2011 02:45 AM PDT Kabinet tangguh keputusan subsidi, tarif elektrik Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini. The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai. Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini. Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah. "Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin," katanya ketika dihubungi. | Bila 'utusan' menjadi pedang Umno Posted: 25 May 2011 02:10 AM PDT Sebuah akhbar nasional sudah sah sebagai penyebar khabar fitnah terhadap parti Islam PAS. Paling jelas, acap kali akhbar itu memutar isu-isu yang dicakapkan oleh pemimpin PAS secara songsang. Malah turut menyiarkan tohmahan dan kenyataan prasangka pemimpin Umno terhadap PAS. Akhbar yang dikatakan 'pemangkin fikiran rakyat' itu adalah sebenarnya sudah menjadi surat beracun yang mempamerkan nilai fikiran 'celaru' (mental disorder) tatkala menyiarkan berita dan ulasan terhadap PAS dan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Ia sudah sah sebagai akhbar yang mewakili 'golongan penentang' kepada segala usaha pentadbiran Islam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berat sebelah Terbaru pada 23 Mei lalu, akhbar tersebut sudah menyiarkan tajuk yang berat sebelah dan mengkhianati misi pentadbiran Islam. Ia boleh diibaratkan sebagai 'pedang Umno' untuk memancung kebijaksanaan majoriti rakyat Kelantan kerana memilih PAS dan mengamanahkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar. Sekurang-kurangnya ada empat tajuk ditulis secara tidak adil terhadap PAS. Tajuk itu ialah "PAS peralat pelajar sekolah agama, Nik Aziz racuni pemikiran pelajar, Perjuangan negara Islam, hukum hudud PAS semakin kabur – Isa, dan Nik Aziz bertopeng imej warak." Munajat dikatakan perhimpunan Memahami tajuk itu, jelas ia mengandungi putaran kerisauan, kekecewaan dan sikap pengecut para pemimpin Umno terhadap kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan "Munajat Anak Muda Kelate", 20 Mei 2011 di Padang Perdana, Kota Bharu (lihat foto). Justeru kejayaan program tersebut telah menjadikan akhbar bergelar 'utusan' itu menjadi semacam cacing kepanasan. Maka terserlahlah segala-gala nilai kumpulan minoriti (puak Umno) yang sedang menentang golongan majoriti (pendukung perjuangan PAS) di Negeri Kelantan. Berdasarkan tajuk "Nik Aziz racuni pemikiran pelajar" apakah ia suatu hakikat? Berdasarkan cara ulasannya, ternyata ia bukan berita. Jauh sama sekali untuk dikatakan sebagai analisis. Jika laporan itu berupa berita, semestinya ia dilapor secara tepat dan benar. Jika ia suatu analisis, sepatutnya pandangan sisi yang dirujuk hendaklah kepada pihak yang pakar. Dukacitanya, akhbar itu sudah mencelarukan pembaca kerana peristiwa sebenar ialah Munajat Anak Muda Kelate siudah dilapor secara salah sebagai perhimpunan pemuda PAS. Sedangkan tujuan munajat itu suci dan tulus bermaksud kebangkitan generasi muda (termasuk remaja) yang insaf untuk bermunajat dan mendengar ucapan pemimpin serta bersama ikon anak muda. Mungkin sifat 'sasau' akhbar tersebut yang bermotif politik seumpama Umno menyebabkan hakikat munajat sudah dianggap sebagai program himpunan 10 ribu jentera Pemuda PAS Kelantan (lihat foto). Demikian pula, pandangan sisi yang dirujuk adalah seorang pemimpin ketua bahagian Umno Cheras yang memang tidak hadir, jauh sama sekali menyaksikan persitiwa tersebut. Ketua bahagian itu jelas seorang pre-disorder kerana mengomen dengan bahasa jahil tentang apa yang berlaku pada program tersebut. Kenyataan ketua bahagian Umno yang pre-disorder itu patut ditolak kerana reaksinya mungkin berpandukan rujukan kepada laporan akhbar tersebut atas tajuk "PAS peralat pelajar sekolah agama" yang jelas tersasar dari kebenaran. Masakan PAS yang memperalatkan pelajar sekolah agama, kerana penganjur program munajat itu adalah Urusetia Pembangunan Belia Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan. Urusetia Pembanguan Belia bukan PAS. Ia agensi Kerajaan Negeri di bawah Exco Belia. Begitu pula Yayasan Islam adalah peneraju utama pendidikan Islam anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Exco Pendidikan. Yayasan Islam bukannya markaz tarbiyah PAS. Maka, akhbar tersebut sudah bertaraf tukang fitnah apabila membaca di sebalik tajuk yang dilapor memetik kenyataan Naib Presiden Umno yang menjaga askar. Naib Presiden itu telah menganggap munajat itu sebagai himpunan meniupkan semangat membenci Umno dan merosakkan pemikiran golongan muda. Dalam hal ini, siapa sebenarnya tukang fitnah – tidaklah pasti. Apa yang pasti, dosa memfitnah itu adalah sama dengan pembunuhan. Begitu dahsyatnya mainan akhbar tersebut. Akhbar itu turut memainkan sentimen kaum yang berlawanan dengan prinsip keharmonian negara tatakala menulis komen sebuah pertubuhan jaringan Melayu yang boleh dianggap sebagai 'kongsi gelap' di bawah tajuk "Nik Aziz bertopeng imej warak." Pemberitaan berbau permusuhan itu telah menyerang secara membabi buta hakikat kejayaan program Munajat Anak Muda Kelate kerana mengaitkan dengan himpunan jentera pilihan raya pemuda. Ia sudah menampakkan keresahan di sebalik ketrampilan generasi pelapis pendukung Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Justeru, akhbar tersebut turut memetik kenyataan dengki seorang bekas Naib Presiden Umno yang pernah disabitkan dengan amalan rasuah politik di bawah tajuk "Perjuangan negara Islam, hukum hudud Pas semakin kabur – Isa." Pemimpin Umno tersebut amat dengki dengan hubungan PAS bersama DAP, tatkala DAP semakin diterima oleh pengundi Cina berbanding MCA. Berdasarkan kenyataan pemimpin Umno yang pernah terpalit najis rasuah itu, akhbar tersebut menyimpulkan PAS sebagai sebuah parti yang keliru dengan matlamat perjuangan sendiri. Maka nampak sangat akhbar itu sudah memperalatkan pemimpin yang kotor menilai sebuah parti Islam berikutan kekecewaan terhadap MCA yang sudah memiliki seorang presiden yang jijik dan pernah mengaku terlibat dengan politik wanita simpanan. Natijahnya, akhbar tersebut patut mengakui bahawa sebenarnya perjuangan Umno itu warisan penjajah yang memisahkan agama dengan urusan pentadbiran. Ia semacam perjuangan bangsa Eropah yang menolak peranan paderi dan gereja dalam urusan negara. Bila mana PAS memakai agama dan menolak fahaman penjajah, maka itulah sebabnya PAS diserang dan dihina di setiap penjuru negara. Meskipun begitu, parti pelampau Melayu itu kecewa dengan sikap rakyat Kelantan kerana menerima PAS. Oleh kerana itu, orang Melayu dan seluruh umat Malaysia mesti menolak Umno sebagai wadah perjuangan nasional. Lantaran Umno ibarat sebuah bahtera yang sudah tidak selamat. Tiada lagi keredaan Allah SWT kerana di dalam bahtera itu dinaiki oleh bangsa yang menentang malah menolak perjuangan Islam, memakai perjuangan Melayu yang sekular. Semoga parti Islam PAS teruss melangkah maju dan Membangun Bersama Islam. http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/05/bila-utusan-menjadi-pedang-umno.html | 10 Soalan MP Kuala Selangor Untuk Kerajaan Najib-BN Jawab Posted: 25 May 2011 01:00 AM PDT (i) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan penggunaan istilah subsidi sebagai 'candu-opium' yang rakyat telah 'ketagihan' kerana berlawanan kebolehgunaannya ketika perlu dalam intervensi Polisi Fiskal –cukai dan subsidi, sesebuah kerajaan sebagai langkah pengimbangan atau 'stabilising measures' bagi menentukan pendapatan dan perbelanjaan dalam belanjawan negara. (ii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan, sementara langkah meningkatkan simpanan SRR (Statutory Reserve Requirements) adalah menasabah dilakukan, Kuala Selangor memohon penjelasan mengapa BNM turut meningkatkan OPR dengan 0.25 percentage point ke 3% yang pasti akan meningkatkan BLR dan kos pinjaman serta berpotensi menjejaskan proses pemulihan (recovery) ekonomi negara. (iii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Menteri Kewangan apakah punca inflasi yang melonjakkan CPI (food and non-alcoholic beverages) kepada 4.7% pada bulan April lalu di sebab oleh faktor 'demand pull' atau 'cost-push' dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. (iv) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri (Menteri Kewangan) menjelaskan rasional kerajaan mengizinkan 'internationalisation of ringgit' atau mengizinkan ringgit digunakan dalam transaksi perdagangan'offshore' dan apa langkah-langkah konkrit kerajaan bagi mengelakkan kesan buruk risikonya atau 'downsides risk'nya dengan izin. (v) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menjelaskan tentang dakwaan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi bahawa ETP dan EPP hanyalah projek-projek besar-mega, yang antara lainya, tidak menangani masalah struktural ekonomi negara sekaligus tidak mampu mengeluarkan Negara dari perangkap 'pendapatan sederhana' dan menjana ekonomi berpendapatan tinggi dan pendapatan per kapita seperti yang disasar dalam Model Ekonomi Baru (NEM). (vi) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menerangkan mengapa Malaysia jatuh 6 tangga dalam kajian 'Dayasaing-Competitiveness' yang dibuat oleh 'The Institute of Management Development (IMD) World Competitive Rankings meskipun lebih baik dalam kajian yang dibuat oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC). (vii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan kajian "The 2010 Prices and Wages report by Swiss bank UBS AG" yang menunjukkan bahawa warga Kuala Lumpur hanya mempunyai 33.8% dari kuasa membeli (purchasing power) berbanding warga New York, 42% kuasa membeli warga London, 33.7% warga Sydney dan 31.6% warga Zurich sekaligus melenyakan persepsi bahawa kos dan saraan kehidupan di negara ini adalah murah. (viii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Perdana Menteri, dengan tidak menggunakan peruntukan ISA dan Akta Hasutan, apakah langkah-langkah yang telah difikirkan kerajaan bagi menangani kegiatan jahat yang sengaja mengapi-api pertentangan kaum dan agama di negara ini, khususnya yang dilakukan Perkasa dan Utusan Malaysia. (ix) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menerangkan kedudukan projek Langat 2 yang bakal menelan belanja RM8.65 bilion bagi menampung kekurangan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putajaya yang dikatakan akan menghadapi margin simpanan yang kritikal pada tahun 2014. (x) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon Perdana Menteri menerangkan kedudukan terkini projek Empangan Bakun khasnya jumlah tenaga yang benar-benar mampu dijana setelah RM12.5 bilion di laburkan, isu keselamatan (safety) empangan itu sendiri, pembeli tenaga dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah dirumuskan oleh kerajaan bagi mengatasinya. | Posted: 25 May 2011 12:30 AM PDT MCA PERLU DIDISIPLINKAN? Ruhanie Ahmad Realiti politik nasional Malaysia kontemporari mendapati MCA adalah antara komponen BN yang sedang terperangkap dengan krisis keyakinan yang serius. Sokongan pengundi Cina kepada parti ini dalam PRU12 adalah buktinya yang paling nyata. Anehnya, sejak PRU12 pada 2008 hingga ke hari ini, MCA seolah-olah gagal mengatasi kemelut ini menerusi mekanisme dalaman yang berkesan. Sebaliknya, MCA kelihatan seolah-olah cuba menggilap semula imejnya yang malap menerusi tindakan serta kenyataan yang boleh meretakkan kejituan BN seluruhnya. Lebih spesifik lagi, sejak era pasca-PRU12, MCA nampaknya terus bertindak menerusi kenyataan yang sentiasa kontra kepada permuafakatan BN dan melukakan hati majoriti orang Melayu. Terbaru sekali adalah kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek selaku Presiden MCA dan Datuk Dr. Wee Ka Siong selaku orang kuat parti yang kini menjadi Timbalan Menteri Pendidikan. Dakwaan terbuka kedua-dua pemimpin MCA ini kononnya Kerajaan BN menyalahgunakan kuasanya dalam pengagihan biasiswa JPA adalah tidak produktif kepada permuafakatan BN, terutama sekali dalam suasana menjelang PRU13. Tindakan kedua-dua individu ini adalah tidak beretika. Ianya menimbulkan pertanyaan berikut: apakah niat sebenar tindakan seperti ini, dan mengapakah MCA memilih tindakan sedemikian rupa? Lantaran itu, kepimpinan tertinggi BN perlu bertindak tegas kepada kedua-dua individu ini. MCA perlu diingatkan bahawa tindakan seperti ini adalah kaunter-produktif kepada BN. Lantas, MCA wajar didisiplinkan dengan serta merta. MCA juga wajar diberikan kata-dua yang tegas supaya seluruh kenyataan dan tindakannya yang menjejaskan permuafakatan BN diberhentikan dengan segera buat selama-lamanya. | PAS dan video seks Anwar Ibrahim — Nik Adha Nik Kamil Posted: 25 May 2011 12:15 AM PDT Perjuangan PAS sebagai sebuah "hizbullah" adalah berlandaskan hukum-hukum Allah swt. Sayugia, PAS menentang segala bentuk fitnah dan zina. Pendedahan video seks Anwar Ibrahim boleh ditakrifkan sebagai fitnah zina. Jika video itu palsu, sebuah fitnah telah direkacipta untuk menganiayai Anwar Ibrahim. Jika video itu benar, Anwar Ibrahim telah melakukan zina. Hitam atau putih, tiada ruang untuk kelabu. Isu video seks ini meletakkan PAS di persimpangan jalan. Isu ini sudah semestinya menguji keikhlasan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan syariat Islam. Setakat ini pendirian pucuk pimpinan PAS masih kabur dan samar mengenai isu ini. Pada waktu sama tiada juga tindakan pro-aktif oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukan kesahihan video tersebut. PAS sepatutnya atas inisiatif sendiri merujuk kepada pakar-pakar video untuk menentukan kesahihan video tersebut yang kini telah tersebar meluas. Begitu juga teknologi canggih seperti pengecaman-muka perlu digunakan untuk mengenalpasti pelaku dalam video itu. Segala usaha-usaha ini bebas dari apa-apa yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Ianya semata-mata untuk membantu pemimpin-pemimpin PAS membuat keputusan yang tepat dan bijak. Sambil memohon kepada Allah swt untuk memberi petunjuk, segala kepakaran yang sedia ada perlu digunakan untuk memberi penentuan. Berserah kepada Allah swt tetapi unta masih perlu ditambat juga. Sebaliknya, apa yang dilihat umum ialah pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang bercanggah-canggah. Mursyidul Am yakin Anwar tidak melakukan zina. Nik Aziz membuat kenyataan tanpa menonton video tersebut. Setiausaha Agung menyeru supaya menunggu keputusan siasatan polis. Mustapha Ali pula membuat kenyataan setelah dikatakan menonton video tersebut. Pasukan polis yang menjadi rujukan Mustapha Ali adalah pasukan polis yang dilabel oleh PAS sebagai tidak adil dan tidak bebas. Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS bersikap seolah-olah isu ini tidak wujud. Calon Timbalan Presiden, Mat Sabu pada satu siding media telah menyatakan tidak akan melayan soalan-soalan mengenai video tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Halim Rahman pula menyatakan bahawa muktamar PAS 2011 tidak akan membincang isu video seks. Ada pemimpin-pemimpin PAS yang sanggup menjadi burung unta yang lebih selesa menimbus kepala dalam pasir. Sama ada mendapat restu atau tidak dari pucuk pimpinan PAS, ahli-ahli PAS dan rakyat biasa tetap akan membincang isu video seks. Implikasi isu ini amat getir bukan hanya kepada keutuhan PAS sebagai sebuah "hizbullah" tetapi rakyat Malaysia turut, khususnya orang Melayu, akan berpecah belah. Yang membuat akar umbi PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat amat gusar, lebih dari kandungan video tersebut, ialah tindak-tanduk Anwar setelah pendedahan dibuat. Banyak persoalan yang timbul: - Mengapa Anwar tidak mengumumkan identiti alibi-alibi beliau? - Mengapa penjelasan Anwar tentang ketidakhadirannya dalam ruang "Twitter" pada masa video dirakam amat mengelirukan? - Mengapa tidak ditunjukkan kepada umum jam Omega, jam yang dikatakan oleh Anwar dan Wan Azizah masih disimpan oleh Wan Azizah? - Mengapa tidak membuat sumpah laknat? - Mengapa tidak membuat ujian "polygraph"? - Mengapa tidak merujuk kepada pakar-pakar yang profesional dan bebas tentang kesahihan video tersebut? - Mengapa Anwar tidak menyaman malu individu-individu yang membuat pendedahan? - Mengapa Anwar gagal untuk mengesahkan persahabatan beliau dengan Eskay Abdullah? Tindak-tanduk Anwar tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak menangani sebarang krisis. Jika sah video tersebut palsu, PAS wajib mengembelingkan segala tenaga untuk menghukum pihak pemfitnah. Dataran Merdeka akan bertukar menjadi Dataran Tahrir. Tidak cukup bumi untuk pemfitnah melarikan diri. PAS secara "default" akan menjadi pemimpin kepada sebuah gerakan massa yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Jika sah video tersebut benar, PAS wajib menyisihkan seorang penzina. PAS akan dianggap sebagai satu parti politik yang berprinsip kerana sanggup mengenepikan kepentingan politik demi menegakkan hukum Allah swt. Sekaligus membuat parti-parti politik yang mengamalkan resam "matlamat menghalalkan cara" kelihatan kerdil bagai melukut di tepi gantang. Isu video seks Anwar Ibrahim bukanlah satu musibah tetapi satu rahmat kepada PAS. Inilah peluang keemasan untuk PAS membuktikan ia benar-benar sebuah "hizbullah'. PAS sebenarnya kini berada dalam keadaan "menang-menang". * Nik Adha Nik Kamil adalah pembaca The Malaysian Insider. | Video seks: Anwar pula saman balas Hishammuddin Posted: 25 May 2011 12:00 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan "Datuk T". Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu. "Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya. "Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac," kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider. Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu. Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit. "Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya. Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat. "Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut," katanya. Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar. Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu. Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan. | Kesian! Rendahnya Pemikiran Menteri Pertahanan Posted: 24 May 2011 11:45 PM PDT Zahid cabar DAP keluar Pakatan Rakyat hadapi PRU-13 BAGAN DATOH, 25 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat. "Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya dipetik Bernama Online malam tadi. Menteri Pertahanan itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Lim Guan Eng semalam, mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah PR jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini. Zahid berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan. | Isu Erdogan: Pemimpin PAS Jangan Jadi Bodoh Macam Pemimpin Umno. Sikap Berpuak Ni Penyakit UMNO Posted: 24 May 2011 11:39 PM PDT Tiada puak Erdogan dalam PAS, kata pemimpin pusat Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pemimpin-pemimpin PAS menolak tanggapan umum kononnya wujud kumpulan Erdogan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu — bersaing dengan golongan ulama yang dilihat 'berpengaruh'. Sebaliknya beberapa pemimpin PAS pusat menegaskan, apa yang wujud adalah kelainan pendekatan digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat. Jelas mereka, walaupun mempunyai pendekatan berbeza, namun matlamat perjuangan mereka tetap sama. "Asas perjuangan PAS adalah Islam, sesiapa sahaja yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunah boleh menjadi ahli PAS. "Bila wujud dasar begitu akan ada pembahagian corak pemikiran. Ini bukan kumpulan, tetapi aliran pemikiran yang mungkin berbeza untuk membawa perubahan," kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad pada forum "Melakar Masa Depan PAS" di sini malam tadi. Ahli Parlimen Shah Alam itu menambah, walaupun pendekatan digunakan berlainan, namun matlamat perjuangan yang ingin dicapai tetap sama. "Aliran ini akan lebih terbuka bila rakyat mula berubah ke arah lebih inklusif dan eksklusif yang mana pendekatan untuk semua yang boleh memberikan gambaran Islam lebih inklusif dan boleh diterima semua jenis manusia. "Ia hanya perbezaan dari segi pendekatan untuk mencapai matlamat yang sama, hanya perbezaan pendekatan," katanya. Pandangan yang dikatakan Khalid itu sealiran dengan seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang mengatakan kumpulan Erdogan yang dikatakan wujud dalam parti Islam itu lebih menjurus kepada pendekatan yang digunakan, bukannya berbentuk peribadi. "Saya boleh katakan yang dimaksudkan dengan Erdogan bukan personaliti atau kelompok, ia lebih menjurus kepada satu pendekatan lebih daripada mengenali peribadi. "Siapa yang dilabel sebagai Erdogan tidak bermaksud untuk menjadi entiti dalam PAS tapi lebih kepada pendekatan yang mahukan PAS ambil pendekatan lebih terbuka," katanya. Jelas beliau, PAS perlu melakukan perubahan lebih agresif terutamanya dari aspek pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan rakyat. "Ini kerana Islam bukan hanya tertumpu kepada Melayu-Islam, ini yang akan menjadi pendekatan PAS... pendekatan yang merentasi semua budaya dan agama. "Dan, dari sudut pengadilan untuk semua, itu lebih penting daripada mengenali siapa Erdogan... istilah yang tepat bagi Erdogan adalah pendekatan yang dibawa. "Islam bukan hanya untuk orang Melayu tapi Islam untuk semua, ia tidak bersangkut dengan latar belakang, jantina, umur, ia hanya merupakan pemikiran bukan personaliti," katanya. Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata melihat kepada situasi politik semasa, PAS perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima pandangan yang dikemukakan. "Garis yang lebih penting adalah satu pencerapan dalam menghadapi politik hari ini iaitu pendekatan yang bersedia untuk melakukan perubahan. "Gerakan Islam mesti berani membuat isytihad dan meneruskan gerakan Islam, ini perbezaan fikiran antara Erdogan yang sentiasa bersikap terbuka, demokrasi yang dapat meletakkan kedudukan Islam lebih baik," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, tiada individu dalam kepimpinan parti itu yang mencetuskan dua kumpulan iaitu ulama dan Erdogan. "Tiada individu tertentu yang mencetuskan Erdogan. "Tapi kita dalam PAS sedia untuk memulakan gerakan perubahan ini," katanya. | Perbalahan Khairy dengan Saifuddin Nasution - Khairy di pihak yang benar. Posted: 24 May 2011 03:47 PM PDT Saifuddin Nasution Setiausaha agung PKR dan Khairy tidak sepatutnya berbalah dalam isu pengurangan subsidi RON95 ini. Bukankah sekarang masing-masing bertujuan untuk mendesak pihak yang berwajib untuk tidak mengurangkan subsidi RON95 itu? Kenapa sudah bersama ingin melihat tidak ada pengurangan subsidi RON95 itu, masih lagi hendak bertelagah. Kenapa dalam niat dan usaha yang sama masih hendak bertelagah. Saya tidak faham. Dalam isu ini saya tidak dapat menerima serangan Saifuddin terhadap Khairy kerana saranan Khairy itu merupakan satu 'favour' yang sangat besar kepada rakyat yang sedang dalam keresahan sekarang ini. Bagi saya semua pihak wajar memberikan sokongan moral terhadap desakan Khairy untuk kerajaan tidak mengurangkan subsidi RON95 buat seketika ini walaupun beliau bersetuju untuk dilakukan penstruktoran terhadap subsidi RON95 ini. Saifudin sepatutnya mengambil isu ini secara objektif dan pandangan Khairy itu sebagai pandangan yang sangat menyejukan hati rakyat. Rakyat mahu mendengar suara-suara di kalangan pimpinan semua pihak yang menyebelahi rakyat yang berdukacita dengan isu pengurangan subsidi ini. Dalam isu ini apa yang diperkatakan oleh Khairy itu benar dan betul selari dengan kehendak ramai. Tidak timbul masalah bermuka-muka Khairy seperti yang dituduh oleh Saifuddin itu. Saifuddin sendiri ada sejarah bermuka-muka itu. Tetapi bukan waktunya untuk berbalah tentang isu bermuka-muka ini. Mahathir bermuka-muka, Najib bermuka-muka dengan kaum-kaum yang berbagai, dan banyak pemimpin yang bermuka-muka dikalangan pemimpin politik dunia ketiga ini. Dalam hal yang melibatkan orang ramai seperti isu subsidi ini, kita wajar melupakan siapa dari pihak mana. Yang pentingnya ialah samada kenyataan Khairy itu wajar atau pun sebaliknya. Bagi saya sebagai Ketua Pemuda beliau memang sepatutnya diberikan dukungan dalam isu ini, melainkan ada pihak samada dalam BN/UMNO atau pembangkang melihat segala-galanya dari sudut politik yang sempit dan kuno. Tidak timbul isu Khairy sombong atau apa, ini isu yang melibatkan rakyat yang ramai. Buat masa ini kerajaan wajar mencari jalan untuk menyelesaikan isu bebanan subsidi ini, tetapi buat masa sekarang kita meminta pengurangan subsidi terhadap RON95 ini ditangguhkan dahulu. Itu sebenarnya yang diminta oleh Khairy kalau bacaan saya itu betul. DAN permintaan itu wajar. Itu jugalah permintaan Saifuddin dan partinya PKR. DAN hanya Khairy dari kepimpinan UMNO yang berani bercakap secara tegas dalam isu ini.Yang lain bercakap berpusing-pusing. Oleh itu, saya hendak bertanya kepada Saifuddin, kenapa nak bergaduh? Silly isn't it? http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/05/perbalahan-khairy-dengan-saifuddin.html |
Posted: 25 May 2011 03:15 PM PDT Oleh ZOMBI KG PISANG Terdapat dua perkara pokok yang perlu diperjelaskan kepada umum berikutan pendedahan terbaru WikiLeaks seperti didedahkan kepada Asia Sentinel yang kemudiannya disiarkan oleh laman web kendalian Raja Petra Kamaruddin iaitu Malaysia Today. Pendedahan tersebut berdasarkan kabel sulit Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia yang dibocorkan. Pendedahan terperinci itu merupakan maklumat mesyuarat pada 5 Februari 2006 yang dihantar kepada Jabatan Negara AS di Washington melalui kabel sulit oleh kaunselor politik Mark D Clark. Pertama ialah peranan yang dijalankan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam konflik bersenjata di negara jiran Malaysia iaitu Thailand. Menurut pendedahan tersebut, Eskay mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pergerakan serta aktiviti puak pemisah Melayu Muslim di selatan Thailand dalam konfliks berdarah dengan kerajaan pusat Thailand yang telah mengorbankan ramai nyawa terutama di pihak puak pemisah akibat serangan tentera kerajaan Thailand termasuk menyerang masjid dan sekolah agama di selatan Thailand yang mempunyai penduduk majoriti Melayu Muslim. Eskay dikatakan telah berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai berpangkat tinggi di Kedutaan AS Kuala Lumpur. Antara lain, Eskay dikatakan berkongsi maklumat perihal aktivis-aktivis puak pemisah Melayu Muslim Thailand yang menetap di Malaysia serta jaringan dan aktiviti mereka. Kedua, malah mungkin lebih mencetuskan persoalan dan kontroversi ialah pendedahan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama ada ketika masih di pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional mahupun selepas disingkirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno dan kerajaan – acap kali dikatakan berhubungan dengan pegawai-pegawai kedutaan AS bagi memberi amaran secara kerap kepada kedutaan AS tentang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Menurut pendedahan itu lagi, kabel sulit yang mengandungi lebih 900,000 perkataan itu merangkumi laporan selama 15 tahun bermula pada tahun 1993 hingga tahun 2008. Anwar, sejak awal lagi dikatakan menganggap Najib sebagai bahaya kepada dirinya dan secara kerap memberi amaran kepada kedutaan AS betapa Najib sering melakukan jenayah korupsi dalam pembelian peralatan pertahanan negara dan menjadi ancaman kepada amalan demokrasi di Malaysia. Menjadi sedikit pelik apabila laman web yang dianggap berwibawa seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider – begitu pantas dan prihatin melaporkan pendedahan tentang Eskay tetapi bertindak menggelapkan pendedahan tentang Anwar walhal tindakan seseorang ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri dan selepas itu, pemimpin utama pakatan pembangkang yang melapor kepada sebuah kedutaan asing tentang seseorang yang menjadi ahli parti politik serta ahli kerajaan yang sama – boleh menimbulkan persoalan yang amat besar. Sekiranya perkara tersebut berlaku sewaktu Anwar menjadi sebahagian daripada kerajaan – tidakkah ini menunjukkan betapa Umno sebagai parti politik utama yang memerintah dalam kerajaan Malaysia tidak mempunyai cara atau mekanisme untuk menangani amalan korupsi ahli-ahlinya. Jika sebagai sebuah parti politik perkara ini gagal ditangani, bagaimanakah pula dari sudut sebuah kerajaan yang memerintah negara? Pada waktu yang sama, apakah kuasa dan peranan seorang perdana menteri ketika itu, malah berlanjutan kepada semua agensi atau jabatan seperti polis, pencegah rasuah dan lain-lain. Jika seorang timbalan perdana menteri bertindak sedemikian, apakah yang dapat menghalang orang lain sama ada menteri-menteri kabinet, ketua-ketua turus tentera, ketua-ketua kementerian dan lain-lain untuk melapor kepada mana-mana kedutaan asing di Kuala Lumpur? Tidakkah tindakan sedemikian sebenarnya amat merbahaya kepada keselamatan negara? Pendedahan tentang Eskay hanya melibatkan peranannya secara peribadi – yang jika diperhalusi tidak melibatkan maklumat sulit negaranya sendiri. Eskay memberi maklumat tentang puak pemisah Melayu Islam di Thailand kepada kedutaan AS di Kuala Lumpur. Barangkali yang dipersoal ialah moralnya sebagai orang Muslim, atau juga risiko yang perlu dihadapinya sendiri akibat peranannya itu. Sebaliknya, jika pemain-pemain politik Malaysia, tidak kira di sebelah pihak parti yang memerintah atau di barisan pembangkang dibenarkan mengadu atau melaporkan perihal seteru politik mereka kepada mana-mana kedutaan asing di Kuala Lumpur, sama ada seteru politik itu berada di dalam parti sendiri atau tidak, tidakkah tindakan sebegini pada tahap paling daif lagi naïf malah amat berbahaya umpama suami isteri anak-beranak bergaduh lalu masing-masing mengadu-domba sekeliling kampong.. opps, serata dunia. Dan soalan cepumas untuk PAS – sebagai parti politik yang mendakwa mendambakan Islam sebagai destinasi perjuangannya yang syumul – apakah pendirian PAS dalam soal seperti ini? Atau seperti isu-isu lain sebelumnya, terutama yang melibatkan seseorang yang menghuni rumah agam di Segambut Heights, PAS sentiasa berpegang kepada keputusan konsensus bersama-sama rakan politik mereka iaitu DAP dan PKR? Zombi Kg Pisang ialah nama samaran seorang pembaca SiasahDaily. Beliau merupakan pemerhati politik tempatan, terutama melibatkan PAS dan hubungan dengan rakan pembangkang lain. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan