Parti Islam Semalaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dip otong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.
Pas bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
Alasan Datuk Seri Najib yang mangatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.
Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.
Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad. Pas menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
UMNO terus menyuntik agenda dan propaganda parti di tempat pendidikan,20 Mei 2011 ,Menteri Pelajaran rasmi mesyuarat perwakilan UMNNO di dewan Sekolah Menengah kebangsaan Syed Ahmad Kuala Nerang,dan Wanita UMNO Bahagian bermesyuarat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang,kali ini kita dapat melihat warga pendidikan terus dimanupulasi sehabis-habisnya sehingga melibatkan murid-murid. he he syoknya..banyak duit ..PPD boleh join dengan ADUN UMNO buat program ni..duit rakyat ker..rekod lama UMNO di Padang Terap ni pernah guna duit syarikat anak syarikat kerajaan negeri ,STDC untuk parti hampir RM 97,000!
Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.
Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.
Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.
Kejadian demam denggi di Taman Tasik Jaya, SEREMBAN sejak kebelakangan ini meningkat secara mendadak beberapa minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan hampir 5 kes minggu lepas sahaja.
Pihak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membuat semburan dan melihat keadaan sekeliling. Namun bilangan nyamuk di kawasan ini masih tinggi, secara rambangnya kami merasakan punca perdana masalah ini, adalah pembanggunan projek perumahan di kawasan sekeliling.
Isu denggi ini mula mendadak sejak penebangan hutan dikawasan sejeliling taman, dan apabila tapak projek di kawasan ini dimulakan dalam jangka masa 2 tahun.
Laporan saya ini bukan berniat untuk meminta projek ini diberhentikan, namun pihak pemaju harus menjaga kawasan sekeliling untuk mengelak daripada berlakunya pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan tapak projek.
Saya berharap pihak tuan/puan mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan kes demam denggi di kawasan ini
BERTEMPAT DI MADRASAH ISLAHIAH MEMALI KG MEMALI 11/5/2011 RABU(MALAM PEMUDA) MULA 7.20 MALAM-11.00 MALAM NAQIB OLEH UST ROSHIDI PENGERUSI LUJNAH TARBIAH
Posted: 19 May 2011 03:55 AM PDT
DPPB SESI 2011-2013
ZIARAH KEMATIAN AKTIVIS PAS CAWANGAN KG HANGUS KUPANG BALING PADA 11/5/2011 JAM 6.30 PTG
DI KENALI SEBAGAI PAK DIN MERUPAKAN SEORANG PENGGERAK DAN AMILIN PAS, SENTIASA BERSAMA DALAM PROGRAM DAN PILIHANRAYA2 KECIL SERTA HADIR MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS KAWASAN BALING (berbaju Putih sedang pegang gambar calon dun galas)
Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.
Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.
Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.
Kejadian demam denggi di Taman Tasik Jaya, SEREMBAN sejak kebelakangan ini meningkat secara mendadak beberapa minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan hampir 5 kes minggu lepas sahaja.
Pihak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membuat semburan dan melihat keadaan sekeliling. Namun bilangan nyamuk di kawasan ini masih tinggi, secara rambangnya kami merasakan punca perdana masalah ini, adalah pembanggunan projek perumahan di kawasan sekeliling.
Isu denggi ini mula mendadak sejak penebangan hutan dikawasan sejeliling taman, dan apabila tapak projek di kawasan ini dimulakan dalam jangka masa 2 tahun.
Laporan saya ini bukan berniat untuk meminta projek ini diberhentikan, namun pihak pemaju harus menjaga kawasan sekeliling untuk mengelak daripada berlakunya pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan tapak projek.
Saya berharap pihak tuan/puan mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan kes demam denggi di kawasan ini
Aktiviti pembersihan hutan paya gelam dan pembinaan prasarana ternakan udang i-SHARP oleh pemaju Blue Archipelago Berhad di Kampung Nyatoh, Permaisuri, Setiu mula 'menempiaskan hasil' kepada penduduk di sekitar Kampung Rhu Sepuluh dan kawasan berdekatan apabila populasi kera yang sebelum ini menjadikan kawasan hutan ini sebagai habitat semulajadi mereka mula menunjukkan 'protes' di atas kerakusan tangan-tangan manusia mengorbankan kedamaian alam sekitar yang dihuni mereka sekian lama demi keuntungan projek i-SHARP yang dikatakan akan mencecah ratusan juta ringgit setahun.
Kehilangan habitat asal ditambah lagi dengan kerancakan kerja-kerja pembinaan memaksa populasi kera ini berkeliaran menjadikan kawasan kampung sekitar terutamanya di Kampung Rhu Sepuluh yang mula dilanda fenomena baru yang menganggu keselesaan dan ketenteraman serta rasa bimbang para ibu-bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Abang Him dalam satu program i-BANTAH
Ketua PAS Cawangan Rhu Sepuluh yang mesra dipanggil Abang Him ketika menghubungi Pengerusi i-BANTAH semalam memaklumkan, projek belum lagi berjalan, udang belum lagi diternak malah meninjau secara umum kerja-kerja pembinaannya, kelihatan masih jauh lagi untuk disiapkan tetapi kumpulan kera 'berkunjung' menjadi tetamu baru yang tidak kami undang bukan setakat mula menganggu kehidupan seharian penduduk malah kami yang sedang sembahyang berjamaah di surau pun turut sama dikunjungi kera-kera yang melompat masuk ke surau.
Ternyata kebimbangan yang berulang kali disuarakan i-BANTAH berkaitan impak alam sekitar dan ekosistem terhadap perlaksanaan projek i-SHARP ini mula menampakkan kenyataannya.
Antara kebimbangan berfakta yang berulang kali disuarakan i-BANTAH, tetapi terus dipandang sepi pihak berwajib:
Kemusnahan Habitat Bagi Hidupan Liar
Hutan Gelam Air Tawar adalah habitat bagi spesis kera serta hidupan liar terancam seperti Tapir (Tapirus indicus), Tenggiling (Manis javanica), Kongkang (Nyticebus coucang), Bangau China (Egretta eulophotes dan Burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus). Spesis hidupan liar terancam seperti tuntung juga menerima impak kerana tuntung bergantung kepada kawasan tersebut untuk bertelur. Jelas! Kera antara yang terawal menunjukkan 'protes'! Pertarungan merebut kepentingan antara alam dan manusia tidak akan berakhir dengan situasi menang-menang. Yang kuat akan menang dan ada yang akan menjadi korban.
Kemusnahan Kawasan Pembiakan Hidupan Laut
Pengaliran sisa buangan (effluent) dari projek i-SHARP yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi disebabkan penggunaan air laut sepenuhnya, akan mengubah ekosistem Sungai Chalok dan Sungai Setiu serta Lagun Setiu lalu menjejaskan hidupan di dalamnya. Lagun Setiu di samping merupakan kawasan pembiakan hidupan laut, juga merupakan tempat perlindungan dan asuhan bagi pelbagai hidupan laut seperti ikan, udang, ketam, siput dan kerangan yang menjadi sumber pendapatan nelayan. Tabung Perlindungan Hidupan Liar Dunia (WWF) cawangan Malaysia menyatakan kira-kira 60% anak ikan kerapu dan benih tiram untuk ternakan di Malaysia datangnya dari kawasan Setiu. Tempiasnya belum lagi dirasakan lantaran ternakan udang belum lagi bermula, tetapi ianya akan menyusul. Ketika itu siapa yang akan tampil memikul tanggungjawab terhadap kemusnahan ini?
Air Sungai Menjadi Toksik dan Tercemar
Ubat-ubatan dan baja yang digunakan dalam industri akuakultur mengandungi bahan kimia. Sebahagian daripada bahan kimia ini adalah toksik kepada hidupan laut dan menjurus kepada kemerosotan sumber laut. Selain itu ia akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah dan permukaan. Sisa akuakultur yang mengandungi kandungan bahan nutrient, bahan kimia dan ubat-ubatan yang dialirkan ke sungai juga akan menjejaskan kualiti air sungai. Kandungan nutrient daripada najis dan makanan udang yang tidak dimakan menggalakkan pertumbuhan alga (eutrofikasi) yang akan mengurangkan kandungan oksigen di dalam sungai. Kekurangan oksigen di dalam sungai boleh membunuh hidupan di dalamnya.
Sangkar Penternakan Ikan Penduduk Tempatan Terjejas
Terdapat projek akuakultur dalam sangkar dijalankan penduduk setempat di kawasan hilir Sungai Setiu seperti penduduk Kampung Fikri. Sangkar-sangkar akuakultur milik penduduk tempatan ini akan terjejas akibat dari pengaliran air sisa buangan kolam udang seperti pencemaran bahan kimia, penyebaran penyakit serta peningkatan kadar kemasinan air sungai.
Kehilangan Tanah Pertanian
Sebanyak lebih 200 ekar tanah yang diusahakan untuk aktiviti pertanian di Kampung Banggol telah diambil untuk menjalankan projek akuakultur ini. Saguhati antara RM3,000 – RM5,000 yang dibayar untuk satu lot tanah RTB dengan keluasan 2.4 ekar tak banyak memberi makna berbanding kehilangan pergantungan petani kepada hasil pertanian yang dimusnahkan menyebabkan mereka kehilangan sumber pencarian. Walaupun dijanjikan peluang pekerjaan di kawasan projek, tetapi tinjauan Pengerusi i-BANTAH mendapati buat masa ini tenaga kerja dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja masih mendominasi. Janji adalah suatu janji tetapi situasi semasa itu yang dilihat.i-BANTAH tidak menyatakan pemaju berbohong, tetapi mohon diberikan penjelasan.
Banjir
Kawasan yang sedang dibangunkan adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Chalok dan dilimpahi air ketika musim banjir. Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai jutaan ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tunggulah musim tengkujuh akan datang dan phenomena ini cukup akan menjadi kebimbangan.
Hakisan Tanah dan Pemendapan Tanah
Kegiatan pembersihan tanah dan penambakan tanah serta pembinaan infrastruktur i-SHARP telah dan akan menyebabkan berlakunya hakisan dan pemendapan di Sungai Chalok. Hakisan tanah yang disebabkan oleh aktiviti pembukaan tanah ini meningkatkan pengaliran sedimen ke dalam sungai dan menyebabkan pemendapan di dalam sungai sekaligus mengeruhkan Sungai Chalok.
Masalah Sosial
i-SHARP digembar gemburkan akan menjanjikan sebanyak 1,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Peluang pekerjaan sebanyak ini adalah mustahil untuk dijawat penduduk tempatan. Sekiranya peluang-peluang pekerjaan ini tidak dipenuhi, potensi untuk mendapatkan pekerja warganegara asing adalah tinggi. Kenyataannya telah mula terserlah. Jemputlah meninjau di kawasan projek walaupun kita adalah tetamu yang tak diundang tetapi kita adalah rakyat yang berhak mengetahui apa yang sedang berlaku di sekitar kita. Lihatlah siapa yang sedang bekerja. Kebanyakkannya Indonesia, Bangladesh dan Kemboja! Ini akan menyebabkan perubahan struktur sosial tempatan dan adalah tidak mustahil akan berlakunya masalah sosial dan kejutan budaya di kawasan setempat.
Akhirnya, kenapa pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said hanya mengembar-gemburkan kemegahan projek yang masih samar kononnya untuk menjadikan Setiu sebagai hub pengeluaran udang terkemuka tetapi membisu dengan kesan negatif yang mula dirasai penduduk.
Lantaran itu, i-BANTAH mengulangi tuntutan ini kepada pihak kerajaan negeri kerana pengurnian ribuan hektar tanah kerajaan kepada pemaju Blue Archipelago Berhad dengan status pajakan selama 30 tahun bukan suatu isu remeh :
1.Kerajaan negeri harus memberi penerangan menyeluruhstatus sebenar projek ini kepada rakyat termasuk risiko yang bakal dihadapi penduduk.
2.Kerajaan harus mengkaji semula Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA) yang dikeluarkan kerana DEIA yang telah dikeluarkan mempunyai banyak keraguan.
KAJANG: Seorang kakitangan sebuah restoran kerugian lebih RM11,000 selepas dipukau dalam kejadian di sebuah bank di Tanming Jaya, di sini kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari restorannya di Jalan Duta Mas ke bank berkenaan untuk memasukkan wang keuntungan jualan, namun dipukau seseorang tidak dikenali sebelum menyerahkan wang dalam sampul itu dalam keadaan tidak sedar.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 32, berkata, dia ditugaskan memasukkan wang keuntungan jualan ke dalam bank setiap hari.
Katanya, penyelia restoran menyerahkan wang itu di dalam sampul kepadanya dan sebaik tiba di bank itu, dia terus dipukau.
"Saya tidak sedar langsung dan tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan yang memukau hingga sanggup menyerahkan sejumlah wang kepada mereka.
"Saya hanya ingat wang jualan itu diberi penyelia di dalam satu sampul dan saya perlu memasukkan wang itu ke dalam bank seperti biasa, namun nasib malang menimpa apabila dipukau orang tidak dikenali," katanya di sini, semalam.
Roslan berkata, dia hanya menyedari kehilangan wang itu pada waktu petang selepas penyelianya meminta resit bank.
"Pada masa itu, kepala saya pening dan berada dalam keadaan bingung sebelum menyerahkan sekeping kertas kepada penyelia saya yang kemudian terkejut kerana keadaan saya tidak terurus.
"Berikutan keadaan saya, penyelia itu menyuruh saya pulang berehat, namun hingga kini saya masih kebingungan dan tidak mampu mengingati apa yang terjadi," katanya yang berharap individu tidak bertanggungjawab ditangkap.
Menurutnya, dia tidak dapat mengingati apa-apa dan kini masih dalam keadaan bingung dan tidak terurus kerana memikirkan kejadian itu.
Katanya, laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat di Balai Polis Batu 9, Cheras.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan laporan dan siasatan sedang dijalankan.
Mesej yang pertama : " Salam Amk - Prgrm Anjuran AMK MALAYSIA. Ketua Amk Malaysia Shamsul Iskandar Md Akin akan ketuai ' Himpunan Suara Keadilan Angkatan Muda Tolak Fitnah Politik akhbar Utusan 1Malaysia - Sokong Suara Keadilan'. Jumaat 20 Mei jam 2.30ptg Depan Pjbt Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin KL Pudu.
Pelbagai acara simbolik boikot Utusan - kempen sokong akhbar Suara Keadilan akan dijalankan. Tk.Rozan Biro Penerangan Amk Malaysia. "
Mesej kedua :
Pemuda UMNO & NGO Melayu akan turun ke Pejabat Utusan Mal d jln Chan Sow Lin dlm menyatakan sokongan serta menghantar MEMO bahkan Pemuda UMNO bersedia utk bertembung dgn pemuda AMK yg d katakan akan hadir bersama, pd Jumaat ini jam 230 ptg 200511, mohon pejuang2 UM BERKUMPUL d Dewan UMNO Bhg Cheras Jln Peel (Pusat Rekreasi Cheras) jam 1230 tghari, prog seterusnya d beritahu d lokasi nanti, MOHON D SEBARKAN, WIP - GAPS
Mesej ketiga:
Kita sudah BERTEKAD DGN IKRAR MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.. AYOH KELUAR AHLI PERKASA, WP DAN SGOR, KELUAR RAMAI RAMAI PD 2OHB MEI JUMAAT JAM 2.3Optg (selepas solat jumaat) DI JALAN CHOW SOW LIM, 500 ela dari Pejabat UTUSAN MALAYSIA..Angkatan Muda Keadilan Mahu Ganyang UTUSAN..Ini puak2 barua yg jadi alat DAP dan kumpulan boneka Anwar. Mereka nak datang utk tunjuk perasaan thdap Utusan. Satu Usaha Biadap. UTUSAN MILIK MELAYU, SUARA MELAYU DAN SATU2NYA MEDIA YG BELA MELAYU. AYOH KORBAN SEDIKIT MASA DEMI PERJUANGAN. PERHIMPUNAN KITA AMAN, ELAK PROVOKASI DAN JAGA UNDANG2 NEGARA. KITA BERHIMPUN HANYA UTK MEMPERTAHANKAN UNDANG2. ALLAHU AKBAR! ~IRWAN FAHMI, KETUA WIRA PUSAT.
.....Apa tindakan Polis/ FRU.... ? Rasanya Polis akan menghalang AMK dari berhimpun dan membenarkan PERKASA!!! Kita tengok je la keadilan Polis kita esok!!!
Untuk makluman sebelum ini memang para peniaga di wajibkan membeli Kanopy dengan Persatuan aka PEKIDA dengan kadar harga RM450 satu unit kanopy 8x8. Walaupun terdapat rungutan mengenai harga yang terlalu mahal namun para peniaga membayar RM450 kepada Pihak persatuan kerana tidak mahu di panjangkan kepada pihak yang berkenaan.
Namun kali ini berbeza apabila para peniaga merasakan tindakan Persatuan yang mengurus bazar Uptown Danau Kota keterlaluan dan sungguh KEJAM sama sekali.
Bayangkan harga sebelum ini yang di jual persatuan Penjaja dengan harga RM450 sebulan telah di naikkan dengan kadar harga RM650 seunit Kanopy. Alasan yang di berikan kali ini adalah kerana Kanopy yang baru ini berukuran 8x12 kaki.
Lebih memeranjatkan Paksaan di lakukan kepada para peniaga dengan menyatakan Jika peniaga tidak membeli kanopy yang di jual persatuan maka para peniaga yang tidak membeli itu TIDAK BOLEH MENJALANKAN PERNIAGAAN.
Hebat benar kah Persatuan '******'? Persatuan Penjaja Peniaga MELAYU? Ini bukan lagi Membantu Melayu sebaliknya MENINDAS para peniaga di Uptown Danau Kota yang 99% adalah peniaga Melayu.
Mohon DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan Menghalang dari Penindasan yang cuba di lakukan oleh pihak Persatuan kepada para peniaga Uptown Danau Kota dan kita juga minta pihak DBKL menyiasat mengapa begitu tinggi harga yang di kenakan ke atas Kanopy bersaiz 8x12 kaki yang mana sedangkan di pasaran harganya tidak sampai RM300. JANGAN BEBANKAN RAKYAT, PARA PENIAGA PUN RAKYAT JUGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN DENGAN MENGHISAP DARAH PARA PENIAGA YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.
KUALA LUMPUR, 19 Mei — PAS mempersoalkan penggabungan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan Bank Muamalat sambil menyifatkan ia tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada bank Islam terawal itu.
Kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau percaya tindakan penggabungan itu adalah satu usaha untuk "menyelamatkan" Bank Muamalat.
BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd.
"Saya cukup bimbang berlaku satu lagi budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat di mana BIMB Holding mahu mengambil alih atau beli atau bergabung dengan Bank Muamalat.
"Apa guna Bank Islam mahu bergabung dengan Bank Muamalat? Apa faedahnya? Bank Islam ada 115 cawangan di seluruh negara, apa guna mahukan lagi Bank Muamalat, kalau cawangan sikit, baru ada rasional tapi Bank Islam ada rangkaian di seluruh negara, begitu juga dengan Tabung Haji," kata Salahuddin pada sidang media di sini.
Justeru beliau percaya, kemungkinan penggabungan itu disebabkan Bank Muamalat mengalamai masalah besar.
Pemegang saham terbesar Bank Muamalat adalah DRB-HICOM iaitu 70 peratus saham dan baki oleh Khazanah Nasional Bhd.
"Saya harap Bank Muamalat telus dalam isu ini, mesti nyatakan status kewangan dengan jelas, kena beritahu apa sebenarnya yang berlaku pada Bank Muamalat . . . kalau ada masalah, apa masalah? Dan, apa guna Bank Islam mahu mengambil alih bank bermasalah ini?
"Saya bimbang penggabungan Bank Islam dengan Bank Muamalat ini akan menjejaskan potensi dan masa depan Bank Islam yang mungkin diarah oleh tangan-tangan ghaib," katanya.
JMM desak agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar mengambil tindakan keatas Malaysian Insiders... kami desak agar JMM ambil tindakan terhadap Utusan dan JMM sendiri...
(Ana tak berminat nak petik semua dari wed JMM) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa SKMM kini sudah tidak mempunyai sebarang peranan dan seolah-olah sudah kehilangan taring.
Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, dakwaan tersebut berasas kerana SKMM gagal mengambil sebarang tindakan ke atas portal berita The Malaysian Insider berdasarkan beberapa laporan yang dibuat JMM sebelum ini.
Menurutnya, laporan JMM ada asasnya dan pihaknya mempunyai bukti kukuh di mana portal berita tersebut memang terkenal dengan artikel biadab yang cuba membangkitkan isu perkauman terutama bersifat anti-Melayu dan kerajaan.
Macammane la Menteri Agama sekoq nie boleh dakwa yg semata-mata tulisan HALAL (seperti sebelah) itu adalah keluaran Korea Federation Halal Comittee? Semalam JAKIM dakwa benda tue dalam proses.... tup-tup hari ini dah sahkan logo 'HALALA' tue.... cepat betul Jakim gie korea buat inspection kat kilang depa...
YAN: Logo halal pada kotak susu 1Malaysia yang diragui statusnya sejak mula diagihkan secara percuma kepada pelajar sekolah mulai 11 Mei lalu disahkan sebagai produk yang mematuhi prosedur dan piawaian halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum diedarkan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata meskipun produk berkenaan dikeluarkan di Korea, ia mematuhi piawaian halal berdasarkan penilaian JAKIM dan badan Islam di negara itu.
Katanya, banyak produk keluaran badan Islam dari negara luar ketika ini dijual menggunakan logo halal selain logo yang dikeluarkan JAKIM, namun ia tetap perlu mematuhi peraturan dan piawaian negara ini sebelum boleh dipasarkan.
"Ada badan Islam luar negara yang mengeluarkan produk mereka sendiri dan kini dipasarkan secara meluas di Malaysia, namun ia memenuhi piawaian serta peraturan ditetapkan JAKIM.
"Dalam hal ini, JAKIM sendiri membuat pengawasan dan penilaian terus terhadap produk itu sebelum ia boleh dipasarkan sebagai produk halal.
....... ini logo halal yang dikeluarkan oleh Korea Muslim Federation Halal Com.....
.... tak tau berapa banyak benda syubhah yang dihalalkan BN masuk ke dalam perut anak-anak kita...?
SHAH ALAM : Seksyen 298A Kanun Keseksaan boleh dikenakan ke atas ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali kerana mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci, niat jahat atau memudaratkan ekoran pengisytiharan perang salib yang dibuatnya.
Namun menurut N Surendran melihat kepada perkembangan semasa dan pengalaman lalu, adalah tidak mustahil seseorang yang membangkitkan isu sensitif dan menimbulkan ketegangan seperti Ibrahim akan terlepas daripada tindakan perundangan.
" Malangnya kuasa mutlak untuk membuat tuduhan adalah hak peguam negara. Dan kita tahu peguam negara berpihak kepada kerajaan," kata Surendran.
" (Namun) kesalahan itu jelas dan itu bukanlah tempat atau hak Nazri untuk melepaskan Ibrahim Ali. Undang-undang dan sistem keadilan jenayah di negara ini perlu diteruskan," tambah Surendran lagi.
Menteri Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri semalam berkata, tidak ada tindakan yang boleh diambil ke atas Ibrahim kerana kenyataan seumpama itu sudah menjadi norma di Malaysia pada waktu ini.
Katanya, walaupun kenyataan itu mungkin tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim Ali.
"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," Nazri dipetik sebagai berkata kepada portal Malaysiakini.
Ibrahim pada 14 Mei lalu dalam satu ceramah di Kampung Changkat Gombak berkata, sekiranya orang Kristian meneruskan agenda seperti yang didakwa Utusan Malaysia, beliau akan melancarkan perang salib ke atas penganut Kristian.
Sebelum Nazri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien membayangkan ugutan Ibrahim untuk melancarkan perang salib bukanlah sesuatu yang memudaratkan.
Hujah beliau, ugutan itu hanya "mencerminkan tahap pemahaman yang berlainan".- TVS
Tahniah Malaysiakini, jadi portal berita nombor 1 di Malaysia untuk bulan April walaupun disekat kerajaan semasa pilihanraya Sarawak. Eh.. No 1 macam Siti pula. Malaysiakini portal berita bebas mengalahkan pesaingnya media haprak kerajaan. Ia disahkan oleh Persatuan Digital Rakyat Malaysia (MDA)
Dengan 2.7 juta pelawat unik pada April, Malaysiakini mendahului the Star (2.4 million), Harian Metro (1.6 million) dan Utusan Malaysia (1.3 million).
Utusan Rugi RM6.893 Juta Suku Tahun Pertama SHAH ALAM 18 MEI : Ketika akhbar lain mencatat keuntunganm Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebelum cukai RM6.893 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.
Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.
Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.
"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya.TVS
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yasin merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.Menurut beliau RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu. PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat.
Kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunansebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it'am (bantuan beras kepada orang miskin). Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat.
Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat.
PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin BN, tugas pemimpin (menteri) ialah khadam rakyat, bukan tuan rakyat. Khadam yang dibayar dengan imbuhan yang besar setiap bulan tidak kurang RM15,000 mestilah berbaloi untuk memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Rakyat tidak cemburu dengan imbuhan yang diperolehi, dengan syarat mestilah dibayar dengan pembelaan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya, bukan dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.
Jika tugas sebagai pemimpin hanya untuk ambil gaji dan beku otak untuk fikir menyelesaikan masalah rakyat, maka lebih baik diberi kuasa kepada mereka yang buta huruf . Apa tidaknya, gaji diambil, pembaziran dan ketirisan dibiarkan, apabila kerajaan tidak ada wang maka dibeban kepada rakyat.
Kenapa jalan pintas yang diambil untuk tarik subsidi sehingga barang keperluan rakyat naik mendadak? Kenapa pemimpin BN tidak memerangi rasuah dan pembaziran?. Pemimpin BN tidak pernah mengambil nasihat dan memperbaiki segala teguran yang diberi setiap tahun seperti pembaziran dan ketirisan.Teguran Ketua Audit Negara seperti negara kehilangan wang sebanyak RM28 bilion kerana ketirisan, sebanyak RM888 bilion wang haram hilang daripada negara perkara ini yang perlu diselesai dahulu.Sebelum potong subsidi rakyat kena potong dulu projek yang tidak menguntungkan majoriti rakyat seperti Menara Merdeka 100 tingkat (RM5 bilion), upah APCO Yahudi RM77 juta setahun, subsidi untuk IPP sebanyak RM 19 bilion setahun, Permata RM111 juta setahun.Kemana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion). Jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain. Ini tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya. Persoalannya kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu? Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat.
ALOR SETAR, 15 Mei - Benarkah sejarah berupaya menanam semangat jati diri dan cintakan bangsa serta tanah air? Sama ada benar atau tidak, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah telah berjaya menarik para pelajar sekolah menengah sekitar Alor Setar mengikuti seminar yang berlandaskan sejarah serta ketamadunan tanah air.
Usaha murni ini telah berjaya merapatkan generasi baru terutama para pelajar dengan generasi lama terdiri daripada pakar sejarah serta ahli-ahli persatuan sejarah.
Sejarah akan berubah selagi ada pengkaji dan penemuan artifak baru-baru ini sangat menggemparkan kerana berjaya membuktikan tamadun Melayu Semenenjung bermula di Kedah semenjak abad ke-4 Masihi.
Ini berdasarkan penemuan kilang melebur bijih di Kampung Cemara, Jeniang dalam Daerah Sik dan kompleks industri besi di Sungai Batu dalam Daerah Kuala Muda.
Demikian diberitahu Prof Dr Mokhtar Saidin dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia pada ceramah Tamadun Kedah Sebelum Islam dengan tajuk 'Sumbangan Kompleks Sungai Batu Kepada Kerajaan Kedah Tua Kurun Pertama hingga ke-4 Masihi' di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Kedah.
Katanya, semua bukti itu lahir dalam bentuk struktur binaan dan barangan perdagangan seperti seramik, manik, kaca dan porselin.
"Contoh batu-bata serta arang yang terdapat di situ dihantar ke makmal di luar negara dan keputusan menunjukkan contoh itu terhasil pada awal abad ke-4 Masihi dan aktiviti peleburan besi sejak kurun pertama hingga ke-14 Masihi lagi," katanya di hadapan para pelajar dan peminat sejarah berjumlah 200 orang.
Menurutnya, struktur senibina pengkalan atau jeti tepi sungai menunjukkan aktiviti perdagangan yang pesat serta struktur organisasi masyarakat yang tinggi sehingga terdapat antara mereka ahli geologi yang mampu mengenal besi mentah untuk dilombong dan dibawa ke tapak Sungai Batu untuk dileburkan bagi pelbagai kegunaan.
Masyarakat setempat ketika itu sudah ada yang bertindak sebagai arkitek membina jeti, bangunan beserta dewan, bilik makan selengkapnya selain bahan ini diniagakan kepada pedagang luar yang singgah di Sungai Batu.
Berikutan itu katanya, penemuan itu mendedahkan kepentingan Kedah Tua di Lembah Bujang dalam kajian tamadun awal rantau ini khasnya dan dunia amnya.
Katanya, rekod awal menyatakan kerajaan Kedah Tua meliputi keluasan sekitar 400 kilometer di sempadan bahagian Selatan Bukit Mertajam, Utara Bukit Choras, Barat Selat Melaka dan di Timur Lebuhraya Utara Selatan.
"Kajian menunjukkan Kedah Tua berlangsung sejak akhir kurun ke- 4 hingga ke-14 Masihi dengan pembahagian kawasan mengikut masa. Perkembangannya dikaitkan dengan bukti pelayaran Selat Melaka yang digunakan sejak zaman sebelum Masihi memungkinkan Kedah Tua wujud sebelum abad ke 4 Masihi lagi," katanya.
Bukti ini diperkukuhkan dengan kajian aras laut kuno di Kedah Tua didapati pada kurun pertama hingg ke-3 Masihi, muara Sungai Merbok letaknya di sekitar Sungai Batu.
"Kajian yang dilakukan pada tahun 2007 menemukan jumpaan batu-bata di permukaan ladang kelapa sawit dan di kiri kanan jalan raya Semeling ke Merbok yang memberi sumbangan bukti Sungai Batu adalah kesan tinggalan tamadun Kedah Tua," katanya.
Seminar itu dirasmikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib yang diwakili oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Dr Zahidi Dato' Zainal Rashid. Turut hadir Yang Dipertua PSMCK Dato' Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf.
Saya gembira mengikuti proses pemilihan kepimpinan parti yang berjalan lancar. Ahli PAS yang telah mendapat tarbiah begitu memahami bahawa jawatan adalah satu amanah, dan bukan kebanggaan. Namun,terdapat pelbagai scenario yang sering mewarnai pemilihan kepimpinan. Ada yang mengatakan `hanya menawarkan diri'. Ada juga yang tidak mahu dilantik jawatan dalam parti. Sehingga, terdapat sahabat yang terpaksa memegang extra jawatan.
Teringat saya saat kemenangan PAS di Terengganu dan berjaya memerintah negeri. Tiba-tiba muncul ramai `tokoh' yang mendakwa pendokong perjuangan. Sebelum ini tak nampak kelibat mereka. Mereka `tawarkan diri' memegang jawatan parti dan seterusnya cuba untuk mendapat tempat dalam beberapa `kekosongan' dari serendah-rendah `jawatankuasa syura rakyat' (JSR) di peringkat kampung, hingga ke peringkat negeri. Iktibarnya, pentarbiyahan perlu berterusan. Kemilau kebendaan bisa mengubah haluan. Tragedi di Uhud, ketika pejuang melihat timbunan harta rampasan, perlu sentiasa dalam ingatan.
Kini, sudah setahun saya bertugas di Kedah, di sebuah negeri yang MBnya daripada PAS. Dalam kesempatan lain, saya ingin berkongsi warna-warni pemerintahan PR. Walaupun saya hanya menumpang tuah `Kedah Sejahtera', banyak yang saya belajar. Semasa menjalankan tugas, saya berkesempatan mengunjungi banyak kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan. Depa semacam tak mengiktiraf YAB DS Ustaz Azizan. Saya baru sahaja balik dari MIDA. Di lobi pejabat mereka, tergantung gambar pemimpin negara, tapi tak sudi meletak gambar MB.
Program rasmi pertama yang saya hadir melibatkan YB PAS ialah Kulim Industrial Tennants Association (KITA) Annual Gathering pada 20 Oktober 2010. VIP yang hadir memberikan ucapan ialah YB Dato' Ir. Hj. Amiruddin Hamzah. Saya puji melihat kemampuan beliau berucap dan bermesra dengan tokoh-tokoh industri di Kulim. Sebelum naik ke pentas, beliau sempat bersalam dengan saya dan tetamu yang lain. Waktu itu isu panas ialah kenaikan tarif air oleh SADA (Syarikat Air Darul Aman). Beliau dilihat mampu mengawal suasana.
Pada 27 November 2010, kami menghadiri `Sedim River Cleaning Program'. Seorang pemuda yang baru dilantik sebagai penghulu mukim telah memberikan ucapan aluan mewakili penduduk Kg. Sedim. Saya yakin dia dilantik selepas PR memerintah Kedah. Ucapan dan perwatakan beliau adalah menarik dan menepati kehendak majlis. Apa yang ingin saya sampaikan ialah Allah menjanjikan kemenangan kepada Islam. Justeru, para Pemuda perlu bersedia kerana mengisi sebuah kemenangan adalah amanah yang berat.
PROGRAM : Sambutan Hari Ibu JKP MPAJ Zon 12 Tarikh : 15 Mei 2011 Hari / Masa : Ahad / 4:00ptg Perasmian Oleh : YB Tuan Hj Khasim Bin Abdul Aziz *Ceramah Motivasi oleh Dr. Rubiah Hamzah
GUA MUSANG,19 Mei: Pagi semalam kelihatan dua bas disewa khas bagi membawa penduduk Orang Asal dari Kuala Betis, Jias dan Lambok berhimpun di hadapan Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang.
Selain itu beberapa orang lagi datang dengan motosikal. Jumlah keseluruhannya sekitar 100 orang yang ditaja pihak tertentu kononnya bagi membantah Ladang Rakyat.
Apakah benar isu Ladang Rakyat yang dibantah mereka, sedangkan di kawasan terbabit belum ada projek perladangan milik Ladang Rakyat dijalankan.
Penghulu Orang Asal di Gua Musang, Anjung Alang berkata, penduduk Orang Asal diangkut khas datang dari beberapa penempatan untuk berhimpun di sini semalam.
Katanya, setiap mereka diberi duit antara RM5 hingga RM10 sebagai sagu hati kerana datang ke perhimpunan tersebut.
"Isu sebenar bukan berkaitan Ladang Rakyat sebaliknya bantahan terhadap perobohan rumah ibadat yang dibina di tanah rezab kerajaan beberapa tahun lalu.
"Pihak tertentu membawa penduduk Orang Asal dari beberapa penempatan untuk berhimpun di sini dan bukan berkaitan isu Ladang Rakyat seperti dilaporkan media," katanya di sini.
Difahamkan isu perobohan sebuah rumah ibadat tersebut dibawa ke mahkamah oleh pihak tertentu dan sudah diselesaikan kerajaan negeri.
Beberapa media hari ini melaporkan seramai 500 penduduk Orang Asal dari 40 kampung di pedalaman berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang menyerah memorandum menuntut supaya menghentikan pengambilan balik tanah adat mereka.
Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin berkata, memorandum yang diserah penduduk Orang Asal kepada kerajaan negeri pada Febuari lalu bukan berkaitan isu Ladang Rakyat.
"Isu sebenar mereka mahu kerajaan negeri mengiktiraf tanah adat untuk masyarakat Orang Asal dan tidak timbul projek perladangan di bawah Ladang Rakyat.
"Lagi pun isu syarikat yang memajukan projek Ladang Rakyat di Pos Balar sudah diselesaikan apabila tiga penduduk Orang Asal yang memiliki enam batang pokok getah disodok syarikat telah dibayar pampasan.
"Setiap seorang mendapat sebanyak RM1,200. Jadi isu tersebut tidak berbangkit lagi," katanya.
Malah kata beliau dakwaan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof kononnya kerajaan negeri merampas tanah milik Orang Asal tidak berasas sama sekali.
Sementara itu di Kota Bharu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sehingga kini telah memberi kelulusan sebanyak 78 lot kepada penduduk Orang Asal di Gua Musang.
"Selain itu kerajaan negeri sedang berusaha mewartakan melalui Seksyen 62 Kanun Tanah Negara di empat kawasan di Gua Musang.
"Ini termasuk seluas 428 ekar di Pos Jedip, di mana susun atur dan pelannya sudah siap cuma kita hanya menunggu pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengukur," katanya di pejabatnya hari ini.
Selain itu, katanya sebanyak 600 ekar lagi di Pos Blau, Kuala Betis, 3,500 ekar termasuk di Tanah Tinggi Lojing akan direzabkan untuk masyarakat terbabit.
Oleh itu beliau menasihat Orang Asal tidak mudah diperalatkan pihak tertentu bagi memburukkan kerajaan negeri.
Pada April lalu Suhakam mengakui kerajaan Kelantan prihatin terhadap masyarakat Orang Asal di mana usaha sedang dilakukan bagi mewartakan kawasan penempatan mereka.
KUALA TERENGGANU, 19 Mei: Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kasim Ahmad, 74, (gambar)kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi di rumahnya di Kampung Tuan Mandak, Pekan Batu Enam.
Beliau meninggal dunia di sisi isteri keduanya, Puan Zainab Awang, 41, dan anak-anak setelah diserang penyakit angin ahmar hampir sebulan lalu dan pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.
Ustaz Kasim yang juga Bendahari Dewan Ulamak PAS Terengganu meninggalkan dua balu, Puan Noraidah Sulaiman dan Puan Zainab Awang bersama 13 orang anak hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua isterinya.
Jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid at-Taqwa, Pekan Batu Enam yang diimamkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang yang disertai oleh kira-kira 1,000 orang selepas solat Asar tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Limah.
Semasa hayat, beliau yang dilahirkan pada 11 September 1937 di Kuala Rompin, Pahang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 1972 hingga 1975 dan Pengerusi Tetap PAS Pusat.
Selain pesuruhjaya negeri, beliau pernah diamanahkan sebagai setiausaha, bendahari dan ketua penerangan PAS negeri, Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.
Selain itu, beliau juga merupakan Bendahari Pembangunan Ma'ahad Darul Quran (MDQ) Rusila dan Pengerusi Koperasi Insaf Negeri Terengganu (KoINSAF).
Antara pimpinan PAS yang menziarahi allahyarham pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua dan Setiausaha Muslimat PAS negeri, Safinah Jusoh dan Raja Endun Raja Abdul Rahman, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri, Dr B Chandran dan Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang.
Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada enam beradik juga pernah menjadi Exco Kerajaan Terengganu pada 1972 hingga 1974 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pucuk pimpinan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat khas malam ini antaranya untuk membincangkan pertandingan untuk jawatan utama dewan itu dalam muktamar akan datang. Sehingga ini, tidak ada calon ketua pemuda yang mengesahkan pertandingan untuk jawatan yang disandang oleh Nasrudin Hassan itu. Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau menolak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS biarpun dicalonkan. Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau bagaimanapun memberitahu, akan bertanding merebut kerusi timbalan ketua. "(Bertanding) ketua pemuda tak kot, timbalan sahaja,"katanya yang juga ahli parlimen Jerai. Selain beliau, dua lagi calon yang layak bertanding jawatan nombor satu sayap pemuda PAS itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat. Azman ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan tersebut, bergantung kepada keputusan rasmi Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Nasruddin Hassan. "Saya ambil sikap begini, kalau Ustaz Nasruddin nak kekal, saya tak lawan, saya akan bagi laluan mudah. "Kalau dia kata nak berundur untuk diberi calon lain, saya akan lawan. "Apapun saya tunggu pendirian rasmi Ustaz Nasruddin dahulu,"katanya. Seorang lagi calon, Suhaizan pula berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding atau tidak jawatan tersebut. "Saya belum buat keputusan lagi. Lagi pun masa panjang lagi. "Malam ni ada mesyuarat khas pemuda, dan saya akan bincang dahulu," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor. Sementara itu, keputusan rasmi calon yang bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran dari Jawatankuasa Pemilihan 2011. Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: Ketua 1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz 2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB 3. Nasruddin Hassan, usaz 4. Suhaizan Kaiat Timbalan Ketua 1. Ahmad Sabki 2. Azman Shafawi 3. Firdaus Jaafar, YB 4. Mohd Nor Hamzah, YB 5. Nasaruddin Hassan 6. Nik Abduh Nik Aziz 7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 8. Riduan Mohd Nor 9. Suhaizan Kaiat Naib Ketua 1. Azman Shafawi, Ustaz 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Kamaruzaman Mohamad 4. Khairi Faizi Kamil 5. Mohd Nor Hamzah 6. Mohd Sany Hamzan 7. Nasir Zakaria, YB 8. Nik Abduh Nik Aziz 9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 10. Riduan Mohd Nor 11. Sabki Yusof 12. Suhaizan Kaiat
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Bekas calon Naib Presiden PAS sessi lepas, Mujahid Yusof mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan itu kali ini manakala Ketua Penerangan, Idris Ahmad sahkan akan bertanding.
Dalam kenyataannya kepada Harakadaily hari ini, Idris mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan itu dalam muktamar kali ini.
Dengan pengesahan ini, sudah dua calon mengesahkan bertanding iaitu Idris dan Salahudin Ayub manakala Mujahid Yusof mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan itu.
Dalam kenyataan bertulisnya kepada Harakahdaily, Mujahid berkata, buat masa ini beliau belum mampu membawa pertanggungjawaban di tahap tersebut namun untuk masa hadapan "saya serahkan kepada Allah dan kepada ahli untuk menilai prestasi saya."
"Walaupun demikian saya bersetuju menerima pencalonan untuk jawatan AJK PAS Pusat dan selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus berkhidmat untuk parti demi agama, bangsa dan negara," kata beliau.
Dalam Muktamar 2009, Mujahid bertanding jawatan naib presiden tetapi tewas. Namun begitu beliau menang jawatan AJK PAS Pusat.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pula berkata, beliau akan mempertahankan jawatannya itu kerana menganggap tidak layak untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi.
Seorang lagi naib presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya Ahad ini melalui satu sidang media yang akan diadakan. Beliau kini berada di Singapura untuk menyertai satu majlis di sana.
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pula akan membuat keputusan 24 Mei nanti iaitu dua hari sebelum tarikh tutup pengesahan penerima pencalonan ini sebagaimana yang ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan 2011.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak juga belum membuat sebarang keputusan sehingga kini. Ketika ditanya wartawan dalam sidang medianya tengahari tadi, beliau berkata akan membuat keputusan selepas menerima surat pengesahan pencalonan dari JK Pemilih, beritahu Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid.
Selain naib presiden, Azizan juga layak untuk bertanding timbalan presiden dan juga AJK PAS Pusat.
Bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa juga belum membuat sebarang keputusan dan mengambil sikap tunggu dan lihat dahulu. Selain naib presiden, sebagaimana Azizan, Husam juga layak bertanding timbalan presiden dan AJK.
Ketika dicalonkan sebagai presiden oleh PAS Kawasan Bukit Bintang, Husam menolaknya dengan membuat kenyataan sokongan penuhnya kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan berkata beliau hanya akan bertanding AJK sahaja.
Jawatankuasa Pemilih PAS 2011 memaklumkan, 14 calon layak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.
Enam dari mereka turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden iaitu timbalan presiden sekarang, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Selain mereka, turut layak bertanding jawatan naib presiden adalah:
1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan) 2. Mahfuz Omar (naib presiden) 3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) 4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) 5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat) 6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat) 7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak) 8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat).
Jumlah VCD lucah yang didakwa Anwar telah dirampas oleh PR mencapai jumlah 6532 keping. Satu jumlah yang begitu banyak. Paling teruk dan paling hina ia diedarkan sempena majlis solat Hajat, diedar oleh mereka yang mendakwa pembela Islam.
Paling sedih juga pengedarannnya video lucah itu dihalalkan polis atas nama UMNO kerana polis hanya membiarkan dan membutakan mata pengedaran itu berlaku. Sejarah baru Malaysia, pengedaran video lucah dibenarkan. Paling menghairankan juga penyebar video lucah boleh terlepas dari tindakan polis.
Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan
Salah satu tindakan keji Umno untuk mengekalkan kuasa dan kelucahan melampau UMNO. Pihak PR mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum. Takkan tak reti pula, pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini. Takkan main balun aje!!
Jadi kepada pihak UMNO, lawanlah secara jantan!! Takkan nak merosakkan masyarakat dengan video lucah.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menziarhi jenazah Moksu, isteri mantan ADUN Chukai dan bekas YDP Kemaman Ustaz.Hj.Awang Dagang. yang telah kembali ke rahmatullah pada lebih kurang jam 3 pagi, Khamis 19 Mei, 2011.
Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan diampubkan oleh Allah SWT serta dimasukkan dikalangan orang-orang yang solehah.
PEKAN 19 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis berpegang kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak.
Beliau memberitahu pemberita demikian di Istana Abu Bakar di sini hari ini semasa ditemui selepas mengetuai 155 penerima darjah kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Khalid berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi polis mendedahkan perkara itu.
"Banyak kali saya dah beritahu mengenai perkara ini, saya pun tak faham kenapa orang ini tak faham-faham bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan kita membuat pendedahan. Jadi kalau undang-undang tak benarkan, tak bolehlah," katanya ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak supaya polis segera mendedahkan identiti pelaku itu. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia Online 19 Mei 2011 (Khamis)
Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013 sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, baru-baru ini.
Ketua Pemuda
1.Ustaz Nasrudin Hassan
2.Azman Shapawi Abdul Rani
3.Suhaizan Kaiyat
4.Firdaus Jaafar.
Timbalan Ketua
1. Ahmad Sabki 2. Azman Shafawi 3. Firdaus Jaafar, YB 4. Mohd Nor Hamzah, YB 5. Nasaruddin Hassan 6. Nik Abduh Nik Aziz 7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 8. Riduan Mohd Nor 9. Suhaizan Kaiat
Naib Ketua
1. Azman Shafawi, Ustaz 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Kamaruzaman Mohamad 4. Khairi Faizi Kamil 5. Mohd Nor Hamzah 6. Mohd Sany Hamzan 7. Nasir Zakaria, YB 8. Nik Abduh Nik Aziz 9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 10. Riduan Mohd Nor 11. Sabki Yusof 12. Suhaizan Kaiat
AJK
1. A. Latif A. Rahman, Ustaz 2. A. Zaidi A. Mutallib 3. Abd Ahmad Kerdee 4. Abdullah Karim 5. Adram Musa 6. Afnan Hamimi Taib Azamuddin 7. Ahmad Izzat Syauqi, YB 8. Ahmad Sabki Yusuf 9. Ahmad Yahya 10. Akmal Kamaruddin 11. Anuar Ali 12. Azlan Iskandar Mirza 13. Azman Shafawi 14. Baihaqi Atiqullah 15. Fadli Ghani 16. Fadli Shaari 17. Fadly Ramly 18. Faizol Mohd Salleh 19. Firdaus Jaafar, YB 20. Firdaus Masod 21. Hafiz Musa 22. Hasbullah Ridwan 23. Muhammad Azmi 24. Herman Shamsudin 25. Johari Othman 26. Kamal Shaari 27. Kamaruzuman Abdullah 28. Kamaruzzman Mohamad 29. Khairil Faizi A. Kamil 30. Khairil Nizam, Ir. 31. Khairul Anuar Wafa 32. Khairul Fahmi Mt Som 33. Khalil Abd Hadi 34. Lahirul Latigu 35. Mior Isfandy 36. Mohd Fuad Othman 37. Mohd Nasai Ismail 38. Mohd Nor Hamzah 39. Mohd Sany Hamzah 40. Mohd Suhaimi A. Aziz 41. Nasir Zakaria, YB 42. Nazri Chik 43. Nazri Din 44. Nik Abduh Nik Aziz 45. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob, Dr 46. Ramadhan Fitri Elias 47. Riduan Mohd Nor 48. Rolsy Alany 49. Safarizal Zalleh 50. Salman Salleh 51. Sanusi Mohd Nor 52. Suhaizan Kaiat 53. Supyan Md Nan 54. Syed A. Kadir Al-Jufri 55. Taufiq Ghani, YB 56. Wan Asrul Effendi W. Mohamed 57. Wan Sukairi 58. Yuhaizad Abdullah 59. Yusaini Yahya, Ustaz 60. Yusni Mat Piah 61. Zaharuddin Mohamad 62. Zamakhsyari 63. Zamri Zainudin 64. Zawawi Abu Hasan 65. Zuhdi Marzuki, Dr. 66. Zulkifli Ahmad 67. Zulqarnain Lukman 68. Zuraidin Abdullah
Pengerusi Tetap
1. Aris Awang 2. Azman Shafawi 3. Misbahul Munir
Timbalan Pengerusi Tetap
1. Aris Awang 2. Kamal Shaari 3. Misbahul Munir 4. Nor Azli Musa 5. Ramli Sidom 6. Ridwan Mat Nor
Pemeriksa Kira-kira
1. Jamil Saring 2. Muzammil Hafiz 3. Adram Musa
Bagaimanapun keputusan muktamad calon yang bertanding akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran.
19 Mei - Semua dijemput solat jenazah ke atas Allahyarham al-Fadhil al-Ustaz al-Mujahid Haji Kassim Ahmad, veteran, bekas kepimpinan utama dan aktivis PAS Terengganu selepas solat Asar di Masjid at-Taqwa, Batu Enam pada hari ini. Al-Fatihah.
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Ramai tak puas hati
Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.
Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.
"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.
Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.
"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan