Salam Perjuangan Posted: 03 May 2011 11:44 PM PDT |
Peghelih La... Posted: 03 May 2011 11:35 PM PDT Rakyat diminta buat penilaian : Pj Posted: 03 May 2011 10:15 PM PDT KANGAR - Rakyat diminta membuat penilaian bagaimana PAS sebagai sebuah parti politik yang tidak berjuang untuk kepentingan diri sendiri, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Menurut beliau, buktinya yang jelas dapat dilihat bila PAS tidak menunda pemilihan parti meskipun berhadapan denga kemungkinan diadakan pilihanraya umum (PRU) pada tahun ini. "Menjelang PRU akan datang rakyat diseru menilai parti-parti politk yang ada khususnya Umno/BN itu sendiri, siapa sebenarnya yang betul-betul jujur nak jaga rakyat, siapa yang sebenarnya berjuang bukan kerana kepentingan diri dan siapa yang berjuang untuk menaikkan taraf hidup rakyat, parti mana? "Maka jawapannya ada pada PAS. Pada tahun ini kita meneruskan pemilihan parti walaupun berhadapan PRU ke 13. Ini membuktikan kita mempunyai persediaan yang baik dan tidak bejuang untuk peribadi. Tidak seperti Umno yang menunda pemilihan parti kerana bimbang berlaku kekacauan di dalam parti mereka menjelang PRU akan datang," jelasnya. Ustaz Hashim berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini, 30 April lalu. | Ketua-ketua Dewan sesi 2011-2013 Posted: 03 May 2011 10:13 PM PDT KANGAR - Muktamar Dewan Ulama dan Pemuda PAS Perlis yang berlangsung 1 Mei lalu menyaksikan kedua-dua syap parti itu mendapat teraju baru bagi penggal 2011-2013. Pada Muktamar ke 34 Dewan Ulama PAS Perlis yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis, Ustaz Idris Yaakub telah dipilih sebagai ketua yang baru dan akan berganding dengan Ustaz Salleh Adam selaku Timbalan Ketua. Manakala tiga muka baru dipilih secara syura untuk menerajui Pemuda PAS PAS Perlis. Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Perlis yang baru. Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua akan menggantkan Ustaz Ya'akub Abu Seman yang akan meninggalkan Pemuda PAS kerana faktor usia. Yussaine akan digandingkan dengan Timbalan yang baru, Ustaz Muhammad Azmir Azizan yang sebelum ini merupakan Setiausaha Pemuda PAS Perlis. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kangar, Meor Hassan Sazali Meor Hajar dipilih selaku Naib Ketua. Pemuda PAS Perlis mengadakan Muktamar kali ke 36 di Dewan Hotel Sri Mawarni Inn dekat sini. Dalam pada itu, Dewan Muslimat PAS Perlis turut mengadakan Muktamar kali ke 36 di Dewan Dato' Dr Haron Din di Kompleks PAS Perlis. Tiada perubahan yang berlaku pada teraju utama apabila Latifah Mat kekal selaku ketua, Haton Othman selaku Timbalan Ketua dan Amnah Abd Rahman sebagai Naib Ketua. | Ajak bersatu, usaha Umno pecah perpaduan PR: Mat Sabu Posted: 03 May 2011 09:10 PM PDT KANGAR - Apabila Umno merasai sudah merasai kuasa politik mereka kian tergugat , pelbagai usaha dijalankan termasuk cuba memecahkan perpaduan di kalangan parti di dalam Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu melihat usaha Umno itu gagal kerana mereka selama ini dilihat sebagai sebuah parti yang gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
"Apabila dah tersepit barulah mereka sebut tentang perpaduan Melayu sedangkan merekalah jenis 'musang berbulu ayam dan ayam berbulu musang'. Merekalah yang bertanggungjawab mengkhianati pelbagai kepentingan Melayu di negara ini.
"Kadang-kadang mereka lupa siapa yang memerintah selama ini. Mereka bercakap seolah-olah kuasa yang ada di tangan DAP, di tangan orang lain sedangkan di tangan merekalah kuasa orang Melayu hilang" katanya berucap di majlis perasmian Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis.
Majlis diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini 30 April lalu.
Menurut beliau lagi, masalah yang dihdapi oleh Umno sekarang ialah untuk mempertahankan kuasa yang dimiliki selama ini sehinggakan sanggup mempelawa DAP untuk menyertai kerajaan Umno/BN.
"Bila dilihat DAP menolak, mereka ajak pula PAS untuk bersatu dengan alasan DAP tidak berjuang Islam, Umno dan PAS pula berjuang Islam.
"Sebenarnya usaha-usaha ini adalah untuk memecahkan perpaduan kita di dalam Pakatan Rakyat kerana mereka melihat hasil perpaduan inilah timbulnya formula baru politik di Malaysia hingga dapat kita kuasai lima buah negeri,"ujarnya lagi | Ustaz Ya'akub: Dekati golongan muda seadanya mereka... Posted: 03 May 2011 06:36 AM PDT KANGAR - Dekati golongan muda dengan menerima seadanya mereka, demikian seruan yang dibuat mantan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Katanya, Pemuda PAS perlu meraikan setiap golongan muda dalam apa jua keadaan supaya mereka dapat mengenali dan mendekati PAS sekaligus memberikan sokongan di dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.
"Jangan biarkan mereka menanam persepsi yang tidak betul kepada kita. Jangan biar mereka menganggap untuk bersam PAS haruslah berkopiah, berjubah atau berserban.
"Jangan biar ada pandangan sebegitu, kita kena rai dan menerima mereka seadanya dan dalam keadaan macamanapun kita kena dampingi mereka," katanya dalam ucapan penangguhan Muktanar Pemuda PAS Perlis kali ke 36, 1 Mei lalu.
Muktamar Pemuda PAS Perlis diadakan di Dewan Hotel Sri Mawarni Inn dekat sini.
Selain itu katanya, pemuda PAS perlu terus mempergiatkan usaha untuk mencari dan mendaftrakan pengundi baru dan mendekati semua pengundi termasuk yang telah didaftarkan oleh parti lain seperti Umno.
"Dekati mereka, termasuk pengundi yang telah didaftarkan oleh Umno/BN. Kita kena berikan perhatian kepada para pengundi khususnya yang pertama kali akan mengundi dalam PRU akan datang,"jelasnya.
Ustaz Ya'akub akan meninggalkan Pemuda PAS kerana faktor usia dan telah bekhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Perlis selama dua penggal dari tahun 2007. | Tips Mengundi Dalam Pilihanraya Posted: 03 May 2011 06:34 AM PDT Petikan Blog Dr MAZARamai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.
Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.
Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa. Baca selanjutnya… | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 03 May 2011 09:41 PM PDT |
Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi Posted: 03 May 2011 09:12 PM PDT AMANAH CIKGU MALA UNTUK SEMUA... Posted: 03 May 2011 06:16 PM PDT Contohi Cikgu Mala, sanggup mengorbankan kerjaya demi memperjuangkan Islam dan keadilah rakyat. Walaupun beliau tidak mempunyai pendapatan tetap, tapi Allah mempermudahkan perjalanannya untuk memberi maklumat dan ceramah kepada rakyat di seluruh Malaysia.
Marandaily memohon kemaafan kerana terlalu lama tidak meng'update' blog ini. Terdapat kengkangan masa yang tidak dapat dielakkan. Walau baggaimanapun, jutaan terima kasih kepada semua pelayat yang terus bersama MaranDaily. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 03 May 2011 07:45 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 03 May 2011 07:31 PM PDT Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri Perkukuhkan Saf Pimpinan Posted: 02 May 2011 10:01 PM PDT AlhamduliLLAH PAS Kawasan Miri telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 pada hari Isnin,2 Mei 2011 bertempat di Dewan Gymkhana Club Miri. Lebih 120 Perwakilan dari 6 cawangan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri telah hadir. Perasmian disempunakan Haji Husam Musa,AJK PAS Pusat merangkap Exco Kerajaan Kelantan. Dalam ucapan perasmian,beliau mengajak seluruh jentera PAS Miri untuk fokus pada kerja dakwah dan siasah menjelam Pilihanraya Umum akan datang. Dengan keputusan meningkat yang diperolehi PAS semasa PR DUN baru baru ini,beliau yakin PAS Miri akan lebih maju dan mantap pada sesi mendatang. Sesi kali ini juga menyaksikan beberapa perubahan organisasi bagi memantapkan gerakerja PAS Miri. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 03 May 2011 07:18 PM PDT TAHNIAH Buat Kepimpinan DPPN Selangor Yang Baru Posted: 03 May 2011 01:29 AM PDT Timbalan Ketua DPPA, Saudara Mohamad Shahril Mohamad Shuhaimi menyampaikan pidatonya pada Muktamar DPPNS Kali Ke 45 Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA) mengucapkan TAHNIAH buat semua pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang baru dipilih dalam pemilihan pada Muktamar dewan itu yang ke 45 yang diadakan pada 1 Mei 2011 (Sabtu) lalu di Dewan Dato' Hormat, Tanjung Karang, Selangor. Semoga kepimpinan DPPNS kali ini akan terus tabah dan bijaksana dalam menjalankan amanah yang diberikan.
DPPA komited untuk terus memberikan kerjasama kepada DPPNS dalam menjalankan kerja-kerja dakwah terutama dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlangsung tidak sampai setahun lagi. ALLAHU AKBAR!! | |
DPP Gopeng Posted: 03 May 2011 03:34 PM PDT Kecam kebiadaban MCA dan perkauman PERKASA Posted: 02 May 2011 07:56 PM PDT Kecam kebiadaban MCA dan perkauman PERKASA Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Perdana Menteri cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Isu 1 Melayu 1 Bumi dilahirkan hasil semangat perkauman Utusan dengan NGO melayu ekstrim bernama Perkasa. Lantaran kesal dengan sikap kaum Cina dan pribumi mengundi DAP di Sarawak menyebabkan kaum rasis melayu dalam Utusan dan Perkasa meraung menyeru kaum melayu bersatu menghadapi kesatuan kaum Cina di Sarawak. Utusan dan Perkasa buta statistic dan daftar undi kerana yang memenanagkan DAP bukan kaum Cina di Sarawak tetapi kaum bumiputera yang sudah muak makan hasil rasuah BN di Sarawak. Jika kaum Cina Sarawak mengundi DAP pun apa pula dosa mereka sedangkan DAP parti yang halal dari segi pendaftaran ROSnya? Adakah Perkasa dan Utusan buta tentang ROS? Kini MCA cukup jengkel dengan kemaraan DAP di Sarawak. Chua Soi Lek terlupa seketika bahawaa MCA adalah parti perkuaman Cina paling terserleh bermula daripada namanya sendiri yang melambangkan nama Cina! UMNO, Perkasa dan Utusan juga terkesima dengan kebiadaban MCA mempertikai hak istimewa melayu dalam perlembagaan. Kini Perdana Menteri menyeru PAS meninggalkan DAP dan pakatan rakyat seolah-olah Perdana Mneteri kita tidak sempat membaca surat khabar mutaakhir ini. Kepada kaum Melayu, kami Dewan Pemuda PAS Gopeng menyeru melihat isu PAS-DAP dengan lebih terbuka dan berfakta. Jika anda menyokong UMNO, UMNO juga bersekongkol dengan parti perkauman Cina dan teah lama menggadai nasib melayu Pulau Pinang kepada Gerakan. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 03 May 2011 03:26 PM PDT PEGUAM NEGARA TIDAK CEKAP ! KATA EX. PRESIDEN MCA Posted: 03 May 2011 02:39 AM PDT Bekas Menteri Tempelak Peguam Negara Tidak Cekap : Kes PKFZ Ditangguh
Masa jadi presiden MCA semua dalam BN dikatakan cekap. Dah pencen dan kena batang hidung baru sedar peguam negara tak cekap. Atau dulu peguam negara cekap berbanding peguam negara sekarang?
Tun Dr Ling Liong Sik yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini secara terbuka berkata tidak harus ada sebarang kelewatan dalam perbicaraan sehingga menyebabkan tertuduh 'menderita'.
Justeru, bekas menteri pengangkutan ini menuding jari ke arah Jabatan Peguam Negara atas penangguhan terbaru kes beliau sehingga awal Ogos ini.
Dr Ling (gambar), 67, bekas presiden MCA mendakwa ketidakcekapan agensi itu tidak sewajarnya menyebabkan pihak lain menderita.
"Anda tidak boleh membiarkan seseorang itu menderita hanya disebabkan anda tidak cekap," kata Dr Ling kepada pemberita di pekarangan mahkamah hari ini.
Kesnya ditangguhkan sehingga 1 Ogos.
Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dari pasukan pendakwaan berkata, pihaknya telah mengenal pasti 23 dokumen mesyuarat Kabinet, bertarikh antaar 24 Mac 1999 dan 4 Julai 2007, tetapi memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran daripada pelbagai kementerian bagi mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkenaan.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang tidak puas hati dengan hujah itu mengingatkan pasukan pendakwaan bahawa penagguhan kali ini adalah yang terakhir.
"Sembilan bulan sudah berlalu. Saya kecewa (pasukan) pendakwaan belum bersedia lagi, sembilan bulan dan mereka masih belum dapat membekalkan dokumen-dokumen yang saya perlukan untuk membela diri saya.
"Apabila kali pertama saya dituduh Julai tahun lalu, saya dikenakan tuduhan yang dirangka dengan baik... saya fikir mereka mempunyai dokumen-dokumen yang (mereka gunakan) untuk mengenakan tuduhan," kata Dr Ling.
Dokumen-dokumen itu termasuk minit mesyuarat Kabinet, jawatankuasa Kabinet dan pasca-Kabinet mengenai projek PKFZ diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, dokumen-dokumen itu akan dikeluarkan pada pertengahan Januari 2011.
"Saya percaya saya tidak bersalah dan saya mahu menghadapi kes ini untuk membersihkan nama saya," kata Dr Ling.
Pada 30 November lalu, kes Dr Ling dpindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari Mahkamah Sesyen.
Ketika itu beliau juga berkata mahu mempertahankan dirinya dan mahukan satu perbicaraan yang cepat.
Beliau menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.
Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Terma-terma dalam perjanjian termasuk:
a) saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;
b) harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;
c) tempoh pembayaran balik berdasarkan "pembayaran tertangguh" 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).
Dr Ling dituduh menipu Kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.
Dengan itu, beliau mendorong Kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan Kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.
Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Dr Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.
Dr Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 September dan 6 November 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Jika sabit kesalahan, Dr Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.
Dr Ling juga menghadapi satu pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.
Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Oleh Shazwan Mustafa Kamal May 03, 2011 | POLIS DICURIGAI MENTERI DALAM NEGERI APATAH LAGI Posted: 02 May 2011 11:57 PM PDT Ustaz Yang Berani Menegur ! Mudah-mudahan ramai lagi seperti beliau ! PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kecurigaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien terlibat dalam kes video fitnah adalah berasas.
Justeru itu, katanya, Anwar mempunyai sebab untuk mengatakan polis turut terlibat dalam video fitnah berkenaan, memandangkan pihak polis berusaha melengahkan siasatan dan menangkap Trio Datuk T- dalang yang menyebarkan video itu. Johari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien, yang mahu menyaman Anwar kerana mengaitkan beliau dalam isu itu. "Apa sebenarnya keutamaan Hishamuddin dalam menangani kes video hitam putih ini. Polis lambat bertindak apabila ketiga-tiga datuk T membuat sidang media mengakui mereka terlibat dalam tayangan video seks ini. Anwar juga telah membuat laporan. Jadi apa bukti yang kamu (polis) hendak lagi. "Sepatutnya Hishamuddin ambil tindakan dengan mengambil prosedur biasa mengikut undang-undang, seperti juga kes-kes yang lain apabila seseorang mangsa mengadu, dan saspek telah mengaku. Polis kena ambil tindakan dengan menyiasat dan mendakwa dia (Trio Datuk t)," ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Menurutnya, trio Datuk T telah secara terang mengaku mendedahkan video tersebut kepada orang ramai, yang nyata bercanggah dengan undang-undang iaitu Seksyen 5, Akta Penapisan filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayang video lucah. "Itu (polis bertindak) terlalu lambat. Pada 21 Mac video ditayangkan, seminggu tak ada apa lagi (tangkapan). Kalau sebagai pemimpin, sudah tentu Anwar mempunyai kecurigaan mengatakan polis terlibat. "Oleh kerana polis lambat bertindak dan orang yang kena fitnah ini (Anwar) merasakan polis mengambil kes ini sambil lewa, sudah tentu dia mempunyai pemikiran bahawa kelewatan ini ada hubungkait dengan polis. "Ini soal maruah. Dia (Anwar) mempunyai sebab musabab yang tinggi untuk mempercayai kelewatan polis bertindak dengan membuat kenyataan besar kemungkinan polis terlibat," tegasnya lagi. Sementara itu, Naib presiden KEADILAN, Dr Mansor Osman pula berkata, beliau yakin Anwar tidak gentar dengan ancaman tersebut. "Kalau benar, biarkan sahaja dia memfailkan saman. Kemudian kita, rakyat Malaysia boleh melihat kemampuannya sama ada wujud bukti bahawa polis tidak berpihak kepada kerajaan yang memerintah," kata Mansor. "Apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional akan 'backlash' kepada mereka, sehinggakan Barisan Nasional sesama mereka sendiri tidak yakin dengan isu tersebut. "Manakala sokongan rakyat semakin tinggi terhadap kita. Ahli KEADILAN semakin teguh pendirian untuk mempertahan parti," kata Mansor. TERBARU dari Pahangdaily ! PETALING JAYA 3 Mei - Tuduhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dibuktikan hari ini. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali (foto) mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk UMNO. Azmin turut mendedahkan gambar Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan. Dalam program 'Seminar Isu- isu Keselamatan Negara Masa Kini' pada 19 Februari lalu, Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukti Aman itu mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam kes video seks dan fitnah liwat 2. Selain itu Abdul Rahman turut mengatakan Anwar sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks". "Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh UMNO. Perkara sama didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. | SKIM MIKRO KREDIT PELUANG RAKYAT BUKIT SENTOSA Posted: 02 May 2011 10:55 PM PDT MAJLIS PENERANGAN SKIM MIKRO KREDIT PEJABAT DUN BATANG KALI, BUKIT SENTOSA 3 MEI 2011 SELASA 9 PAGI (Gambar Sesi ke4 28 April (Khamis 9 pagi Bersama Tuan Hafiz, Pengurus SKIMSEL Cawangan Hulu Sgr dan Sdr Azlan) Semua warga Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dijemput hadir mendengar taklimat berkenaan Skim Mikro Kredit Selangor di pejabat PKR DUN batang Kali - Bukit Sentosa pada hari Selasa 3 Mei 2011 Jam 9pg. Sehingga kini sudah hampir 205 orang telah diluluskan permohonan SKIMSEL ini bagi kawasan daerah Hulu Selangor..Semua dijemput datang. http://pkr-dunbatangkali.blogspot.com/2011/04/majlis-penerangan-skim-mikro-kredit.html | HUYOO ! UIAM JUARA BAHAS ARAB ANTARABANGSA ! Posted: 02 May 2011 08:10 PM PDT Alhamdulihhah ! Kita rakyat Malaysia harus berbangga ke atas UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah memenangi Debat Bahasa Arab di Kejohanan Debat Universiti Antarabangsa yg berlangsung di Qatar baru-baru ini.
UIAM kita Berjaya mengatasi 40 pasukan dari 19 buah universiti yg mewakili 12 buah Negara. Benarkah tiada liputan di akhbar tempatan Malaysia? Kalau benar malang sekali jika Menteri Pelajaran pun meniskus macam tikus tentang kemenangan Universiti itu. Kita maklum media Malaysia tengah sibu dengan citer seks dan video fitnah sehingga berita kedatangan pemimpin China berkenaan perbincangan ekonomi dan perdagangan jiga kurang liputan di akhbar depan media Malaysia . Tengoklah surat khabar Qatar dan Negara Negara Arab boleh muatkan berita kebangaan Malaysia dimuka depan akhbar mereka. Janganlah disebabkan pesertanya bukan orang Malaysia berita tidak disensasikan berbanding liputan F1 yang sibuk dipaparkan walaupun pemandunya bukan rakyat Malaysia. Pelajar pelajar Arab ni belajar di UIAM dan mewakili universiti itu. Yang mewakili UIAM, Mohammed Ahmed Hamood Al Zubaidi, Mohammed Hamood Ali Al Ragawi and Salem Salah Salem. http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=AvantGo&op=ReadStory&sid=5371 http://www.thepeninsulaqatar.com/qatar/150750-malaysia-varsity-wins-qatar-arabic-debate.html | AWAS ! ADU DOMBA OBAMA & FITNAH KEMATIAN AKAN TAMBAH KEROSAKAN DUNIA Posted: 02 May 2011 07:29 PM PDT Dunia Islam dikejutkan dengan berita kematian Osamah Ben Ladin. Orang Islam tidak pasti berita seperti ini sudah keberapa kali diwar-warkan. Sebelum ini, beberpa tahun lalu sudah hebuh mengatakan Osamah Ben Ladin sudah mati. Sudah dibunuh. Yang menjadi juara fitnah menghebuhkan kesyahidan Osamah ialah Amerika Syarikat.
Wajarkan Amerika Syarikat angkat sumpah laknat seperti datuk T(RIO) ? Yerlah untuk menyakinkan bahawa Osamah sudah meninggal dunia. Kini sekali lagi berita Osamah Bem Ladin sudah meninggal dunia tersebar di seluruh dunia. Seperti selalunya orang memberi tahu kematian Osamah ini ialah Amerika. Kali ini dari mulut presiden barunya Borack Obama. Kita jangan tumpukan sangat dengan soal OBAMA ini lawan OSAMA tetapi kita perlu tumpukan perjuangan membela kematian individu yang tidak diberi laporan dan pembelaan yang baik oleh polis dan peguam negara di Malaysia, contohnya kematian Sarbani.
Kata Obama, Osamah mati dalam satu serangan atas arahannya di Obottabad, Pakistan. Katanya serangan itu dibuat setelah tentera Amerika mengadakan pengintipan dan memastikan Osamahberada di situ berminggu-minggu. Ia adalah atas bantuan Presiden Pakistan, Asif Ali.
Apabila Obama mendedahkan bahawa kematian Osamah itu atas bantuan presiden Pakistan maka kita wajar menapis dan meneliti sebaikmungkin menggunakan pelbagai cerakin agar tidak terjebak kepada fitnah adu domba melagakan negara Islam dalam kancah peperangan. Kita perlu peka motif Obama membuka mulut seperti itu adalah tidak lain dan tidak bukan tujuannya hanya inginkan umat Islam berperang sesama sendiri. Ia mahu memberi gambaran bahawa Osamah mati itu kerana orang Islam juga yang mahu mujahidin itu dibunuh. Begitu juga dengan tujuan Amerika Syarikat untuk melariskan penjualan senjata yang sudah banyak stok yang perlu dihabiskan dan penjualan akan meningkatkan ekonominya yang kian merudum dengan bencana Alam yang sebenarnya adalah bala dari Allah. Ini juga adalah hasil sengkokol Ameriaka Syarikat dengan strategi Yahudi yang memang berkuasa dalam mengawal ekonomi dan politik Amerika Syarikat.
sekiranya umat Islam tidak berhari-hati khususnya negara Pakistan maka negara Islam di sebelah Asia Tenggara akan keliru dan boleh mengujudkan pertikaian dan seterusnya peperangan sesama sendiri.
Pada teman Soal Osamah benar-benar sudah mati atau tidak biarlah keluarganya sendiri atau kerabat seIslamnya mengumumkan sendiri jika benar-benar berlaku.
Dalam media TV malam tadi Amerika Syarikat tidak pula memberhentikan kezaliman atas berita kematian Osamah bin Ladin malah akan terus memerangi kununya kuncu-kuncu Osama bin Ladin. Bermakna Amerika masih menggunakan alasan yang sama untuk memerintah dunia dengan alat ketenteraannya sebagai polis dunia.
Bagai kisah video lucah fitnah Datuk T(rio) yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan pelacur itu, ia bukan mudah untuk dipercayai. Kalau benar sekali pun ia tidak akan dipercayai kerana dunia hari ini sudah dibelit dengan pembohongan yang melampau. Apa lagi pendedahan video lucah itu dilakukan sendiri oleh Umno maka tahap keboleh percayaan itu boleh dipertikaikan. Inilah kalau menipu dan makan rasuah terlalu banyak dan kerap maka semangat BN akan berkurap dan rakyat Malaysia nak undi BN lagi jangan harap. | PUTARBELIT PEGUAM NEGARA MEMALUKAN LAPORAN POLIS Posted: 02 May 2011 06:19 PM PDT Mat Zain bin Ibrahim, SAC II G/5776(Retired),
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. Email:iho@rmp.gov.com
28hb.March 2010
YDH Tan Sri,
PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :- MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.
Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.
2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.
2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.
2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi "pertembungan" diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.
LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.
3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.
3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.
3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.
4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.
4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.
5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.
5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.
5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pegawai Penyiasat
5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.
5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.
6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah
6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.
7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara "indemnify" segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.
7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.
7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk "indemnify" kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.
8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.
8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.
9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.
Yang ikhlas, Mat Zain Ibrahim 28 March 2011
dipetik daripada: http://kedahlanie.info | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 03 May 2011 03:21 PM PDT WANITA JMM KURANG AKHLAK TERUS MEMBEBEL Posted: 03 May 2011 01:14 AM PDT
Nampaknya betina JMM terus mengeluarkan artikel bodohnya dalam Utusan Meloya... dan terbaru berkenaan ulasan bodohnya yang menghentak TG Nik Aziz dan DS Azizah pasal isu sumpah sesumpah dalam masjid yang didakwa dikacau oleh penyokong PKR.... yang ko tak tau agama aka kurang agama nak bercakap pasal agama.KUALA LUMPUR 1 Mei – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai pakar putar belit bagi mengaburi rakyat. Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, tindakan kedua-dua pemimpin pembangkang yang mempergunakan imej Islam untuk mengaburi rakyat amat dikesali dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja."Ternyata kedua-dua mereka ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan agama demi memuaskan cita-cita mereka untuk mentadbir Putrajaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. ... ana tak berminat nak tampal semua artikel si kurang akhlak... cukup la korg baca dlm Utusan semalam... memang benawe punye betina!!!"Daripada Abu Hurairah dia berkata: "Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat". | BBC NEWS BUAT KESILAPAN BESAR Posted: 03 May 2011 12:26 AM PDT wakakakaka.... BBC News buat lawak... atau memang Obama sudah mati??? | GAMBAR REAKSI DUNIA SELEPAS KEMATIAN OSAMA BIN LADEN Posted: 03 May 2011 12:04 AM PDT Salah seorang penduduk Pakistan terharu membaca kisah pembunuhan Osama Laden oleh tentera Amerika Para pejuang Afghanistan berhimpun selepas mendengar kematian Osama Laden Penduduk Pakistan berebut mendapatkan akhbar tentang kematian Osama Laden Pelajar University of Taxes merayakan kejayaan tentera Amerika Ini masyarakat Arab-Amerika yang turut merayakan kejayaan tentera Amerika membunuh Osama Laden Di India, rata-rata akhbar menceritakan kisah pembunuhan Osama Laden Masyarakat Tokyo meneliti akhbar kisah kematian Osama Laden
| BN : BARANG NAIK Posted: 02 May 2011 09:51 PM PDT
29 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 3 MEI : Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat.
Akibat dari itu, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat.
Demikian pandangan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George.
"Bila kita nak terjemahkan kenaikan harga atau kekuatan harga kita, Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan perlulah mengadakan satu penanda aras di mana mereka boleh menukarkan kenaikan itu kepada belanja kehidupan sehari-harian kita. Baru ia membawa manfaat kepada pengguna dan tidak bebankan pengguna, lagi"katanya kepada Tv Selangor.
Menurut Dr Jacob, Malaysia merupakan sebuah negara 'unik' yang sering menaikkan harga barangan tertentu apabila pasaran dunia menaikkanya, namun apabila harga diturunkan, kita tidak berhasrat untuk menurunkannya.
Oleh itu katanya, peningkatan nilai ringgit di negara ini tidak memberi kesan kepada rakyat kerana ia tidak meliputi harga barangan di negara ini.
"Kita hendak kerajaan pusat memberitahu apa guna kenaikan ringgit jika tidak membawa apa-apa faedah kepada pengguna.Jadi ini satu cerita yang susah kita nak jawab sekarang. Ini satu soalan yang pakar-pakar boleh jawab,"katanya lagi.
Dr Jacob juga turut mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah perlu bagi membendung harga barangan yang terus membebankan pengguna.
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Najib menjelaskan bagaimana kos sara hidup rakyat semakin melonjak sedangkan Perdana Menteri dengan bangga mengatakan bahawa inflasi negara stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.
Malah Najib juga mendakwa ringgit juga semakin kukuh ekoran asas ekonomi yang semakin baik.
Namun kata Guan Eng timbul persoalan apabila rakyat tidak menerima sebarang penurun dalam harga barangan import dan perkhidmatan.
Tv Selangor/- | TAHNIAH !!!UIA juara DEBAT ARAB Posted: 02 May 2011 09:39 PM PDT
Alhamdulihhah ! Kita rakyat Malaysia harus berbangga ke atas UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah memenangi Debat Bahasa Arab di Kejohanan Debat Universiti Antarabangsa yg berlangsung di Qatar baru-baru ini.
UIAM kita Berjaya mengatasi 40 pasukan dari 19 buah universiti yg mewakili 12 buah Negara. Benarkah tiada liputan di akhbar tempatan Malaysia? Kalau benar malang sekali jika Menteri Pelajaran pun meniskus macam tikus tentang kemenangan Universiti itu. Kita maklum media Malaysia tengah sibu dengan citer seks dan video fitnah sehingga berita kedatangan pemimpin China berkenaan perbincangan ekonomi dan perdagangan jiga kurang liputan di akhbar depan media Malaysia . Tengoklah surat khabar Qatar dan Negara Negara Arab boleh muatkan berita kebangaan Malaysia dimuka depan akhbar mereka. Janganlah disebabkan pesertanya bukan orang Malaysia berita tidak disensasikan berbanding liputan F1 yang sibuk dipaparkan walaupun pemandunya bukan rakyat Malaysia. Pelajar pelajar Arab ni belajar di UIAM dan mewakili universiti itu. Yang mewakili UIAM, Mohammed Ahmed Hamood Al Zubaidi, Mohammed Hamood Ali Al Ragawi and Salem Salah Salem. http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=AvantGo&op=ReadStory&sid=5371 http://www.thepeninsulaqatar.com/qatar/150750-malaysia-varsity-wins-qatar-arabic-debate.html
| hanya kontena selamat dari kiamat Posted: 02 May 2011 09:19 PM PDT
Ust saiful Bahri Penjualan kontena di Taiwan memuncak laris dan setakat ini sebanyak 100 kontena terjual setelah tersebarnya berita bahwa kiamat akan terjadi minggu depan. Peringatan akan berlakunya kiamat di Taiwan ini disebarkan oleh seseorang yang mengaku diri sebagai seorang suci dan mengelarkan dirinya sebagai Guru Wang.
Dia menyebarkan peringatan tersebut melalui blognya dan menyebutkan bahwa Taiwan akan digoncang oleh gempa bumi dengan kekuatan 14 skala Richter dan akan dihentam pula dengan gelombang tsunami setinggi 170 meter pada 11 Mei akan datang.
Wang juga mendakwa bahawa bencana alam ini akan menelan jutaan nyawa, membelah pulau Taiwan, meruntuhkan bangunan pencakar langit Taipei setinggi 101 itu dan menghancurkan Istana Presiden.
Untuk menghadapi bencana ini, dia menyarankan penduduk Taiwan tinggal dalam kontena dan anjuran ini telah membuatkan sebagian warga Taiwan menyiapkan kontena sebagai tempat tinggal.
Di Taiwan satu kontena yang dilengkapi paip air dan elektrik dijual dengan harga RM 16,500. Pihak media juga menemui sebuah desa yang memiliki 100 buah kontena siap untuk didiami. Mereka memasang pintu dan tingkap pada kontena tersebut dan sebahagiannya memasang penghawa dingin.
Namun pihak pemerintah menafikan ramalan Guru Wang tersebut apatah lagi Biro Cuaca Pusat Taiwan menegaskan teori yang disebarkan itu tidak diterima akal kerana selama ini gempa bumi tidak pernah diukur sehingga skala 14 Richter.
Apapun ramalan tersebut tersebar di internet dengan cepat. Gempa dan tsunami yang terjadi di Jepun baru-baru ini telah membuat warga Taiwan kebimbangan dan sanggup melakukan apa sahaja sebagai persiapan menghadapi kiamat yang diramalkan minggu hadapan itu. Macam-macam sekarang. Mungkin itu satu strategi perniagaan untuk melariskan kontena? Selepas ini kontena akan lebih canggih diwujudkan. Mungkin yang kalis peluru, tahan gempa, terapung dan tidak tenggelam. Hah! Macam-macam adaaa!!!
Dulu ramai daripada ahli parlimen BN yang lari bersembunyi ke Taiwan dibimbangi lompat parti semasa 16 sept. agak-agak boleh pakai ke kontena ni untuk selamatkan Umno-BN daripada tsunami yang bakal berlaku dalam pru-13 nanti? Kalau tak pun, diharap kerajaan Malaysia perkenalkan kontena 1Malaysia kepada kerajaan Taiwan untuk menghadapi tsunami. Baru ada sumbangan dan ada klass!
| PM: DUNIA AKAN SELAMAT TANPA OSAMA? YAHUDI & AMERIKA? Posted: 02 May 2011 07:07 PM PDT Apakah kenyataan Perdana Menteri tentang kematian Osamah ben Ladin akan menjadikan dunia lebih selamat? Sedarkah Najib yang keganasan yang berlaku didunia hari ini disebabkan Osama ataupun Amerika dan Yahudi laknatullah... Apakah Najib merestui segala keganasan yang dilakukan oleh Amerika dan Yahudi laknatullah?Semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad 2 Mei lalu. Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. "Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur. Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem. "Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya. Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. "Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya. Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam... Ye ke Osama yang lakukan? atau Najib termakan buah-buah Yahudi? | ISLAM LARANG SEMADI MAYAT OSAMA DI LAUT Posted: 02 May 2011 06:58 PM PDT Islam menentang pengkebumian di laut selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bahawa pengasas dan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden telah disemadikan di laut semalam, demikian menurut jurucakap Universiti Al-Azhar. Laporan Reuters menyebut jenazah Osama telah disemadikan di utara Laut Arab mengikut upacara dan tradisi Islam. Osama terbunuh dalam serangan pasukan AS di timur laut Pakistan awal pagi semalam (waktu Malaysia). "Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb dipetik AFP sebagaimana disiarkan Utusan Online hari ini. Sheikh Ahmed berkata, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semula jadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati. "Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," jelas beliau. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 03 May 2011 01:54 PM PDT TAHNIAH Buat Kepimpinan DPPN Selangor Yang Baru Posted: 03 May 2011 01:29 AM PDT Timbalan Ketua DPPA, Saudara Mohamad Shahril Mohamad Shuhaimi menyampaikan pidatonya pada Muktamar DPPNS Kali Ke 45 Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA) mengucapkan TAHNIAH buat semua pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang baru dipilih dalam pemilihan pada Muktamar dewan itu yang ke 45 yang diadakan pada 1 Mei 2011 (Sabtu) lalu di Dewan Dato' Hormat, Tanjung Karang, Selangor. Semoga kepimpinan DPPNS kali ini akan terus tabah dan bijaksana dalam menjalankan amanah yang diberikan.
DPPA komited untuk terus memberikan kerjasama kepada DPPNS dalam menjalankan kerja-kerja dakwah terutama dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlangsung tidak sampai setahun lagi. ALLAHU AKBAR!! | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 03 May 2011 01:40 PM PDT Keluar Pakatan, Najib Seperti Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul Posted: 02 May 2011 10:42 PM PDT Parti Islam SeMalaysia PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan. Datuk Najib perlu selesai masalah dalaman BN dahulu. Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponan BN mengenai Isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1 Melayu 1 Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami.
Alasan beliau PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP. PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam. PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam. Dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno. Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh bisnes kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS di letakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib suami cikgu Normala bekas calon Tenang. Siapa punya angkara? Sekarang bila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru teringat kepada PAS.
PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat. Kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga. Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali. Malahan merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, bila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.
| |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 03 May 2011 01:27 PM PDT Program Mesra Rakyat DUN Tg Dawai Posted: 30 Apr 2011 07:25 PM PDT Ust Muhamad Musa Al Hafiz Assembilani
Hj Abd Hamid Ibrahim
Kumpulan Nasyid Shoutul Furqan, Madrasah Zubaidiyah
sumbangan peralatan sukan
sumbangan jersi & peralatan sukan
bersama penceramah jemputan
Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9 Pertama dan Terakhir
acara kemuncak bersalawat bersama artis dan penceramah di pentas
pengunjung pameran disebelah siangnya
azhan atan sudah berada di tapak program sejak pagi lagi
berbincang bersama teraju utama program | |
PEMUDA PAS DUN KIJAL Posted: 03 May 2011 11:39 AM PDT |
Dupahang's Weblog Posted: 03 May 2011 11:38 AM PDT Foto Palsu, Amerika Masih Diam. Taliban Dakwa Osama Masih Hidup Posted: 03 May 2011 09:46 AM PDT Dua foto yang dicantumkan Soal Foto Palsu Jenazah Osama Pejabat AS Belum Memberikan Reaksinya Foto jenazah Osama bin Laden, yang diterbitkan sebelum ini, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeza yang disiarkan online dua tahun terakhir. Foto yang didakwa sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu. Beberapa lamanweb akhbar Inggeris [...] | Gambar Osama Yang Terkorban Adalah Palsu Posted: 03 May 2011 07:43 AM PDT http://greenboc.blogspot.com/2011/05/gambar-osama-yang-terkorban-adalah.html Wajah Osama bin Laden yang terbunuh berlumuran darah tersiar luas di internet dan diterbitkan oleh Agence France-Presse. Televisyen Pakistan menyebutkan, foto tersebut belum disahkan secara rasmi kebenarannya. Agence France-Presse (AFP) menyebutkan, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar paling mungkin merupakan pengklonan dan ditampalkan pada gambar tubuh yang bukan milik Bin [...] | Kematian Osama bin Laden : Respon Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Posted: 03 May 2011 07:35 AM PDT 1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 03 May 2011 11:32 AM PDT Respon Tok Guru vs Respon Si 1 Malaysia Posted: 03 May 2011 04:14 AM PDT Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam. TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
DiBawah ini Ucapan dari Pemimpin NEGARA ISLAM 1Malaysia :
1. Kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi di Islamabad, Pakistan hari ini diharap akan membawa sinarkeamanan dan keharmonian kepada dunia sejagat. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2. Najib Setuju Islam ngganas? Keluar tv dan paper yang najib puji tindakan obama bunuh orang islam. Najib ada bukti ke islam osama yang lakukan semua kekacauan sebelum ini?
kenapa pemimpin2 kerajaan puji amerika? Orang islam apa ni? Semua pemimpin ni hidup2 ditipu oleh amerika! Hang memang teruk najib!
kenapa pemimpin2 kerajaan puji amerika?
Baca selanjutnya di (SINI)
| Najib kuda kayu Obama!!! Posted: 02 May 2011 09:49 PM PDT ibnu hasyim KL 3 Mei 11: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'kuda tunggangan' atau 'kuda kayu' Obama apabila beliau berkata 'dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden', dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin semalam. Menurut Bernama, Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. "Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini. Najib juga berkata, kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem. "Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya. Sama tujuan mengenai tuduhan Osama sebagai pengganas, dengan kenyataan Obama Presiden AS di Rumah Putih sebelum ini.. "Keadilan telah dilakukan," kata Obama. "Malam ini, saya dapat melaporkan kepada rakyat AS dan kepada dunia bahawa AS telah melakukan operasi yang menewaskan Usama bin Ladin, pemimpin Al-Qaidah, dan seorang pengganas yang bertanggung jawab atas pembunuhan ribuan orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak, " kata Obama dalam pidato larut malam dari Rumah Putih. " '..dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda..' Suatu kenyataan yang mengampu Obama, seolah-olah AS sebagai kuasa penyelamat dunia, dengan menolak kuasa kekuatan Islam sebagai Khalifah di muka bumi." Kata seorang ulama di Wilayah Persekutuan yang dihubungi Weblog Ibnu hasyim pagi ini.
"Mengenai 'bom syahid' bukan bom bunuh diri, yang melibatkan kanak-kanak, ianya bukan perkara baru, sila lihat fatwa-fatwa ulama termasuk Prof Yusuf Qardhawi." Jelas ulama itu lagi. (IH) Lihat juga fatwa-fatwa berikut..
| |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 03 May 2011 09:54 AM PDT |
PAS Kawasan Gerik Posted: 03 May 2011 09:14 AM PDT |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 03 May 2011 09:08 AM PDT EXCO PENDIDIKAN JADI BAPA ANGKAT PASUKAN KANU UNTUK SUKMA 2011 Posted: 03 May 2011 08:56 AM PDT YB Dr Halimah Ali dilantik menjadi 'bapa angkat' untuk pasukan kanu yang akan bersaing di sukan SUKMA 2011 pada awal Jun 2011 di Precint 6 Putrajaya. Pengerusi Persatuan Kanu menyerahkan proposal kepada YB Dr Hjh Halimah di pejabat EXCO bagi memohon bantuan dan memberi taklimat tentang pasukan kanu yang mereka kendalikan. YB EXCO sempat mendapat laporan perkembangan terakhir dari sudut persiapan untuk mencapai kemenangan. Pasukan Selangor bawah kendalian Majlis Sukan Selangor dalam upacara perasmian dan penyerahan watikah perlantikan kepada EXCO 'bapa angkat'. | |
Dewan Pemuda PAS Tawau Posted: 03 May 2011 07:36 AM PDT |
i n t a n h i j a u Posted: 03 May 2011 07:29 AM PDT SIAPA YANG MENCALAR NAMA ISLAM....? Posted: 03 May 2011 03:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seni Najib Razak seolah-olah bersorak gembira bersama dengan Amerika Syarikat ekoran kejayaan membunuh Osama Bin Ladin tidak disenangi oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Bagi beliau, Najib prejudis dan tidak bertanggung jawab ketika membuat kenyataan dunia akan aman selepas kematian Osama tanpa mengambil kira dasar luar Amerika yang berterusan memerangi umat Islam.
"Bagi saya, PAS sama sekali tidak toleransi dengan keganasan di dunia, namun kegembiraan Najib seolah-olah bersorak sorai bersama Amerika dengan kematian Osama satu perkara yang tidak boleh diterima oleh dunia Islam.
"Imej sebegini sangat buruk di kalangan umat Islam dunia," kata Salahudin.
Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan kematian Osama dalam satu serangan tentera Amerika di bandar Obbottabat, 100 km ke utara Islamabad.
Jenazah beliau kemudiannya disemadikan dengan menenggelamkannya ke dalam laut. Ekoran itu, Najib dalam kenyataannya berkata, kematian Osama akan menyebabkan dunia akan lebih aman, selamat dan adil.
Beliau juga berkata, kematian Osama akan memulihkan nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif yang dibawa oleh pengasas Al Qaeda itu.
Najib berkata demikian selepas melancarkan rumah terbuka Vaisakhi di Dataran Merdeka semalam.
"Bagi saya ini kenyataan yang prejudis dan tidak bertanggungjawab serta mengelirukan dari Perdana Menteri tanpa mengambil kira fakta yang ada," kata Salahudin.
Bagi beliau faktor dasar luar Amerika yang terus menerus memerangi umat Islam perlu diambil kira. -Hrkh | |
Landskap Siasah Posted: 03 May 2011 07:14 AM PDT PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN TANDA KUASA IMPERIALIS BARAT BOLEH DIKALAHKAN. Posted: 03 May 2011 06:01 AM PDT Kenyataan Media Bersama SHURA dan MAPIM 2hb Mei 2011
PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN TANDA KUASA IMPERIALIS BARAT BOLEH DIKALAHKAN. SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia dan MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya operasi pembunuhan As Syahid Osama Bin Laden oleh tentera Amerika kelmarin. Kami juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut. Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang samasekali tidak boleh diterima. Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim. Operasi tersebut adalah gerakan asasinasi seorang sasaran secara uni-lateral ( sebelah pihak )oleh Amerika untuk membunuh seorang yang diburu diluar tanah Amerika yang boleh dianggap paling ganas dan melanggar undang-undang antarabangsa. Ternyata kerajaan Pakistan menjadi talibarut kepada Amerika untuk menjayakan operasi pembunuhan ini yang samasekali tidak dapat diterima oleh umat Islam. Setelah 10 tahun Amerika mengguna seluruh kekuatan dan kapasiti perisikan dan operasi militerinya pada tahap maksima dan menelan belanja berbilion dolar untuk mengesan As Syahid Osama Bin Laden , baru kini Amerika mendapatkan sasarannya. Sebagai seorang penentang kuasa imperialis yang konsisten lebih 37 tahun , As Syahid Osama percaya dan yakin bahawa sebesar dan sehebat manapun kekuatan kuffar yang menzalimi umat Islam seluruh dunia , mereka tetap boleh dikalahkan. Terbunuhnya As-Syahid Osama seperti yang dilaporkan oleh Presiden Amerika Barak Obama , bukan suatu yang dapat dibanggakan oleh mereka . AS dan seluruh kuasa Barat tahu ini bukan perjuangan seorang individu , tetapi bersamanya adalah sebuah kepercayaan dan keyakinan yang utuh untuk melawan bukan sahaja musuh Islam malah musuh kemanusian seluruhnya. Kepercayaan dan keyakinan ini tersemat didada setiap umat Islam yang menentang kezaliman dan cintakan kebenaran. Syahidnya Osama akan melahirkan seribu Osama lagi. Ini pasti akan dilaungkan dan digemakan oleh anak muda yang melihat beliau sebagai pejuang yang dihormati . Kata-kata "Sekarang Semua Kami adalah Osama" !!! pasti akan kedengaran dimana-mana. Amerika sedia maklum isu sebenar kenapa pelbagai gerakan Islam diserata dunia mempunyai sikap menentang Amerika dan kenapa polisi luar Amerika Syarikat ditolak sejak kejatuhan blok Komunis Russia. Seluruh dunia arif tentang hegemoni politik-ekonomi dan militeri yang digerakkan oleh Amerika yang cuba menjadi polis dunia. Rekod jenayah Amerika yang menggunakan operasi perisikan , penangkapan , penyiksaan dan pencerobohan menjadi punca kenapa As Syahid Osama dan seluruh pejuang yang membela hak orang Islam tidak akan menyerahkalah. Operasi tentera Amerika terhadap Iraq , Afghanistan , Pakistan dan sokongan bulatnya kepada Israel yang membunuh ratusan ribu umat Islam Palestin , serta komplotnya mendokong semua pimimpin diktator di negara umat Islam adalah catatan berdarah yang menyebabkan As Syahid Osama tidak dapat berkompromi. Alasan rakyat Amerika dan kerajaan Amerika untuk merayakan kemenangan di atas kematian As Syahid Osama kerana menuntut keadilan keatas serangan September 11 itupun boleh dipertikaikan. Kerana ramai yang mempersoalkan sumber maklumat mengenai punca dan kesohihan serangan September 11 adalah digerakkan oleh Al Qaeda pimpinan As Syahid Osama . Malah banyak analisa pelbagai pakar seperti yang dokumen oleh pengkaji di Amerika sendiri mempersoalkan rumusan bahawa ia direncana dari luar. As Syahid Osama membawa bersamanya sebuah iltizam yang berasaskan sikap Islamnya yang tegas dan tidak berkompromi. Beliau tahu benar bahawa yang dihadapi bukan kekuatan militer tetapi sebenarnya ia berhadapan dengan tamadun salibi Barat bersama zionis Yahudi yang kini menguasai seluruh dunia. As Syahid Osama mempunyai kefahaman mengenai hegemoni politik Barat yang sangat jelas ketika beliau membuat keputusan melancarkan perang ke atas segala simbol kekuatan Barat terutama Amerika. Untuk menuduh beliau secara simplistik sebagai pengganas adalah suatu penghinaan. Seluruh dunia tahu Amerika , Israel , Perancis , Britain dan seluruh koaliasi mereka telah meluluskan tindakan ganas menyerang , mencerobah dan membunuh rakyat negara lain kononnya diatas mandat PBB. Keyakinan beliau untuk berdepan secara fizikal dan sanggup menyerah seluruh kekayaannya untuk berada dibarisan depan berhadapan dengan kekuatan tentera Barat adalah suatu pengorbanan yang tidak akan dipandang kecil oleh umat Islam. Malah As Syahid Osama adalah mujahid Islam yang sangat inspirasional kepada seluruh pejuang yang lain walaupun dengan pendekatan yang berbeza. SHURA dan MAPIM menganjurkan solat ghaib untuk jenazah As Syahid Osama diseluruh negara. Kami menyeru semua ulama , tuan guru , ustaz , aktivis Islam , pemimpin NGO Islam , para imam untuk mengadakan solat gahib jenazah untuk beliau dan mendoakan agar rohnya dikumpulkan bersama para syuhada. Sementara itu SHURA dan MAPIM mengusulkan agar kerajaan Malaysia menyatakan sikap mengutuk serangan tentera Amerika tersebut tanpa rasa takut kerana kami percaya umat Islam bersama dengan seluruh pejuang Islam untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.
Mohd Azmi Abdul Hamid Usat Abdul Ghani Samsudin Setiusaha Agong MAPIM Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) | Hentikan kenyataan dangkal berkenaan kematian Osama Posted: 02 May 2011 07:53 PM PDT Hentikan kenyataan dangkal berkenaan kematian Osama Dewan Pemuda PAS Gopeng merasa kesal dengan kenyataan pemimpin utama Negara kita yang menyatakan keamanan dunia amat diharapkan selepas berita kematian Osama. Adakah beliau terlupa bahawa gejala keganasan atau military action bukan suatu fenomena sebaliknya suatu dielektika yang berlangsung akibat hambatan tertentu seumpama pembersihan etnik, diskriminasi dan tindak balas terhadap kekejaman empirelis? Adakah pemimpin umat islam yang giat mengampu AS yang mengeluar kenyataan bahawa keganasan serata dunia berkaitan dengan kegiatan umat Islam terlupa bahawa punca utama keganasa serata dunia adalah disebabkan penjajahan dan campurtangan pihak kuasa besar terhadap negara-negara umat islam? Terlalu lemahkah otak pemimpin umat islam untuk mengingati kekejaman zionis yang saban hari mejarah tanah umat islam Palestin sehingga menjadi sekangkang kera? Maklumat terkini menyaksikan statistik 1.2 juta jenayah penculikan anak-anak dan wanita yang lemah rakyat Palestin oleh polis-polis Yahudi yang sepatutnya difokuskan keganasan mereka. Catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% daripada serangan pengganas di wilayah AS antara tahun 1980 hingga 2005 dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain). Data yang dikumpulkan oleh Europol menguatkan lagi pernyataan ini. Setiap tahun Europol menerbitkan laporan tahunan berjudul 'Pengganas Kesatuan Eropah: Situasi dan Laporan Trend' dan laporan ini boleh diakses di laman web rasmi mereka. Hasil laporan tersebut jelas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok bukan Muslim; dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Islam. Maksudnya hanya 0.4% sahaja kes sahaja yang berkaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan, diskriminasi dan lain-lain. Namun begitu tidak juga kita mampu nafikan kematian Osama sekadar suatu propaganda AS yang kini kian tenat menapung perbelanjaan untuk memerangi manusia yang mungkin masih wujud atau tidak. Kini hutang AS tertakluk pada jumlah yang dibenar mencecah $14.001 trilion apabila dagangan ditutup, berdasarkan kenyataan harian Perbendaharaan U.S. Obama yang mengeluar kenyataan bahawa keadilan dunia telah tercapai dengan kematian musuh nombor 1 AS itu, kian cuak dengan jumlah kematian dan perbelanjaan dana peperangan anti pengganas yang diwarisi daripada dinasti Bush sebelumnya. AS mungkin tidak akan memberi komen implikasi mengejar manusia bernama Osama, 2 buah negara umat islam Iraq dan Afghan telah menjadi padanh jarahan tentera AS. Kini Libya pula akan diselongkar atas nama membebaskan rakyat Libya daripada tangan Gaddafi walaupun jelas serangan udara berkenaan bermotifkan egoisme dan neo-koloni teradap hasil alam Libya. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng | Kecam kebiadaban MCA da perkauman PERKASA Posted: 02 May 2011 07:43 PM PDT Kecam kebiadaban MCA da perkauman PERKASA Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Perdana Menteri cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Isu 1 Melayu 1 Bumi dilahirkan hasil semangat perkauman Utusan dengan NGO melayu ekstrim bernama Perkasa. Lantaran kesal dengan sikap kaum Cina dan pribumi mengundi DAP di Sarawak menyebabkan kaum rasis melayu dalam Utusan dan Perkasa meraung menyeru kaum melayu bersatu menghadapi kesatuan kaum Cina di Sarawak. Utusan dan Perkasa buta statistic dan daftar undi kerana yang memenanagkan DAP bukan kaum Cina di Sarawak tetapi kaum bumiputera yang sudah muak makan hasil rasuah BN di Sarawak. Jika kaum Cina Sarawak mengundi DAP pun apa pula dosa mereka sedangkan DAP parti yang halal dari segi pendaftaran ROSnya? Adakah Perkasa dan Utusan buta tentang ROS? Kini MCA cukup jengkel dengan kemaraan DAP di Sarawak. Chua Soi Lek terlupa seketika bahawaa MCA adalah parti perkuaman Cina paling terserleh bermula daripada namanya sendiri yang melambangkan nama Cina! UMNO, Perkasa dan Utusan juga terkesima dengan kebiadaban MCA mempertikai hak istimewa melayu dalam perlembagaan. Kini Perdana Menteri menyeru PAS meninggalkan DAP dan pakatan rakyat seolah-olah Perdana Mneteri kita tidak sempat membaca surat khabar mutaakhir ini. Kepada kaum Melayu, kami Dewan Pemuda PAS Gopeng menyeru melihat isu PAS-DAP dengan lebih terbuka dan berfakta. Jika anda menyokong UMNO, UMNO juga bersekongkol dengan parti perkauman Cina dan teah lama menggadai nasib melayu Pulau Pinang kepada Gerakan. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng | |
.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::. Posted: 03 May 2011 03:29 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 03 May 2011 03:15 AM PDT Semakan RDPT, SPR Selangor kena serbu Posted: 03 May 2011 03:01 AM PDT Tepat jam 2.00 petang tadi SPR Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam telah diserbu oleh pembantah-pembantah dari DUN dan Parlimen Negeri Selangor.
RDPT atau Rang Daftar Pemilih suku tahun 1/2011 yang mula di pamirkan pada 28 hb April 2011 dan berakhir pada 4hb May 2011 ini menampakkan kelemahan ketara yang dilakukan oleh SPR menyebabkan kemungkinan ribuan bantahan akan dibuat keatas SPR.
Para pembantah pada kali ini nampaknya sudah benar-benar bersedia dengan bukti yang kukuh bahawa ada terlalu ramai pengundi yang didaftarkan bukan merupakan pemastautin tetap di sesuatu Daerah Mengundi. Baca seterusnya di sini | Andaian DSAI Posted: 02 May 2011 05:22 AM PDT
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkam Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan sebelum Ogos ini bersandarkan tindakan Umno-BN memperhebatkan usaha mengaibkan beliau khususnya dengan menyebarkan video lucah fitnah.
"Saya boleh kata sebelum Ogos (bulan Ramadan). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa," kata Anwar.
Ramadan akan bermula awal Ogos ini manakala sambutan Aidilfitri dijangka awal September disusuli dengan musim menunaikan haji.
Ini bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.
Kepimpinan Umno dilaporkan bersubahat dengan gandingan Datuk T untuk mengaibkan Anwar dengan menyebarkan video lucah yang merakamkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu. Video itu kemudian dimuatnaikkan di Youtube dan ratusan ribu gambar dari rakaman itu dicetak serta diedarkan di seluruh negara.
Anwar menafikan beliau adalah pelaku dalam video itu dan membuat laporan polis. Beliau juga bersetuju supaya kes itu disiasat menerusi hukum Qazaf sebagaimana yang disarankan oleh beberapa mufti termasuk mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail masih belum mengambil tindakan terhadap Datuk T yang merangkumi Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chil dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Mereka sebelum ini mengakui menayangkan video itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu dan mengugut Anwar supaya berundur dari arena politik jika tidak mahu video itu disebarkan.
Anwar memberitahu Malaysian Insider bahawa berasaskan perkembangan semasa, beliau menjangka Najib tidak akan menunggu terlalu lama untuk mengadakan pilihanraya umum sungguhpun mandat kerajaan pimpinannya hanya berakhir April 2013.
Malah, Najib dan pemimpin parti komponen sudah pun membuat beberapa kenyataan yang mencerminkan rasa terdesak untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan memaksa Anwar berundur dari politik dalam cubaan merampas balik majoriti dua pertiga.
Dengan persetujuan Najib, Presiden MCA Chua Soi Lek mengumumkan partinya tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ia ditolak oleh pengundi Cina sebagaimana yang berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.
Najib berkata pengundi Cina harus memandang serius ugutan MCA itu jika tidak mahu melemahkan perwakilan Cina dalam kerajaan.
Pada masa sama, Najib juga menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana, menurut Najib, penyertaan parti Islam itu dalam gagasan pembangkang hanya menguntungkan DAP yang menjadi seteru utama MCA. | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 03 May 2011 03:14 AM PDT OSAMA BIN LADEN : GAMBAR MAYAT ADALAH PALSU Posted: 02 May 2011 11:47 PM PDT
3 Mei - Al-Jazeera melaporkan, Syeikh Hassan at-Turabi, pemimpin Parti Himpunan Rakyat Sudan menyifatkan kematian Osama bin Laden dengan cara tragis seperti ini sebagai menyedihkan dunia Islam, "walaupun ada perbezaan pendapat antara kami, kerana beliau adalah orang Islam" dan Osama lebih rela "syahid daripada ditangkap dan dihina".
Beliau menyatakan cara perjuangan Osama Laden adalah salah dan merosakkan nama baik Islam apabila ia menyerang orang yang tak bersalah untuk menyakiti pihak yang dianggapnya sebagai bersalah.
Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas juga berpendapat demikian namun tetap menyifatkan Bin Laden sebagai 'seorang mujahid muslim daripada kalangan bangsa arab'.
Tentera Amerika masih berdolak-dalik untuk mengeluarkan gambar pembunuhan Osama setelah gambar kepala Osama yang kononnya ditembak disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai 'super imposed'.
Pengkebumian Osama di laut oleh pihak tentera juga menimbulkan debat, ketidakpuasan hati dan lebih banyak 'teori konspirasi'.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan