Sabtu, 28 Mei 2011

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


NAIK TARIF ELEKTRIK BUKTI KERAJAAN BELA KRONI IPP

Posted: 27 May 2011 05:25 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

"BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

"Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal," katanya.

Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

"Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.

"Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif eletrik," katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.

Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar sedangkan fungsi itu sepatutnya diambil alih TNB sendiri.

Kuasa yang dijana IPP katanya, memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB membekalkan 40 peratus.

"Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar.

"Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik," katanya.

Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga.

"Elektrik seperti air, ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat dan tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik.

Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB.

Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar.


Tiada ulasan:

Pengikut