Pengikut

Pakatan Rakyat

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 3:24 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 26 Apr 2011 03:18 PM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan

PARTI-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa terlalu hampa dengan keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April lepas.

Diakui memang sukar untuk Pakatan Rakyat memerintah Sarawak pada waktu ini. Ada banyak faktor yang harus dibuat post-mortem, antaranya, persediaan yang tidak maksimum, kekuatan jentera, kedudukan muka bumi yang luas dan jauh di pedalaman, mentaliti rakyat Sarawak, serta suasana kempen yang lebih memihak kepada Barisan Nasional.

Namun, jika diukur dengan kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN, penurunan undi popular BN daripada 63 peratus pada PRN tahun 2006 kepada 55 peratus tahun 2011, menunjukkan graf sokongan rakyat terhadap BN semakin menjunam.

Pilihan raya tersebut sebenarnya merupakan suatu lonjakan yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Pada PRU-12 2008, Pakatan Rakyat menerusi DAP hanya menang satu kerusi Parlimen Bandar Kuching. Manakala pada PRK Sibu pada 16 Mei 2010, DAP berjaya merampas kerusi tersebut daripada BN.

Sabah dan Sarawak merupakan kerusi 'stock-pile' BN. Daripada 222 kerusi Parlimen keseluruhan, Sabah mewakili 25 kerusi, manakala Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen. Kedua-dua negeri ini mempunyai 56 kerusi Parlimen.

Daripada 56 kerusi tersebut, hanya 3 diwakili Pakatan Rakyat, iaitu Bandar Kuching dan Sibu(Sarawak) serta Kota Kinabalu (Sabah).

Komposisi kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN di Semenanjung hampir seimbang. Daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, Pakatan Rakyat mempunyai 79 kerusi berbanding 87 kerusi BN.

Daripada pecahan undi popular BN secara keseluruhan yang dicatat pada PRU ke-12, bagi 222, kerusi Parlimen BN memperolehi 51.4 peratus undi popular berbanding Pakatan Rakyat dan bebas memperolehi 49.6 peratus.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, keseluruhan BN mendapat undi popular sedikit menyusut iaitu sebanyak 51.3 peratus. Maknanya asas kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN pada PRU ke-12 adalah seimbang.

Dalam apa keadaan pun, ketika itu (2008) peluang untuk menguasai Putrajaya pada asasnya adalah 50:50. BN tiada kelebihan yang mutlak.

Sokongan kepada BN semakin menurun

Senario ini sebenarnya sudah banyak berubah. Walaupun kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat bertukar Perdana Menteri pada 2009, namun sehingga kini (selepas dua tahun), keadaan masih tidak memihak kepada BN. Dengan erti kata yang jelas, keadaan untuk BN tidak berubah, malah sokongan rakyat semakin menurun.

Semua fakta ini diperkukuhkan dengan kemenangan 15 kerusi Dun di Sarawak dan 45 peratus undi popular keseluruhan kepada Pakatan Rakyat.

Data ini, jelas menunjukkan hampir separuh kerusi Parlimen di Sarawak yang dikuasai BN (29 kerusi) akan terancam. Ia menunjukkan dengan jelas, para PRU ke-13 nanti, Pakatan Rakyat hampir pasti memenangi 10 hingga 13 kerusi Parlimen.

Harus diingat bahawa pola pemikiran yang membentuk trend pengundian bagi Sarawak dan Sabah adalah sama. Jika 45 peratus rakyat Sarawak mengundi Pakatan Rakyat, tidakkah mungkin peratusan yang hampir sama boleh dihasilkan di Sabah? Memang ada tendency kecenderungan pengundi Sabah ke arah yang sama dengan Sarawak.

Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 kerusi lagi untuk melangkah ke Putrajaya, jika pola pemikiran dan kecenderungan pengundi Sabah sama dengan Sarawak, ada kemungkinan Pakatan Rakyat boleh menang separuh daripada 56 kerusi.

Pada pandangan penulis, setakat ini, jika unjuran data-data ini diambil kira dan pola kecenderungan pengundi Sabah serta Sarawak konsisten hingga PRU ke-13, Pakatan Rakyat boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di sana.

Bagaimanapun ianya masih belum mencukupkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat. Untuk mendapat simple majority, Pakatan Rakyat harus memenangi 112 kerusi. Maknanya, Pakatan Rakyat masih perlu memenangi 10 hingga 15 kerusi tambahan di Semenanjung.

Justeru, ditimbulkan persoalan, dari mana dan bagaimana kerusi-kerusi ini boleh diperolehi? Bagaimana jika diandaikan 79 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat (di Semenanjung) berada dalam keadaan stagnant atau mungkin dimenangi oleh BN.

Faktor kekuatan BN tidak berasas

Harus dilihat, apakah barangkali faktor-faktor yang boleh mendorong kerusi-kerusi Pakatan Rakyat dimenangi oleh BN?

Ada analisis mengatakan bahawa wujud kecenderungan pengundi Melayu dan India, trend mereka kembali kepada BN. Ini diunjurkan daripada beberapa pilihan raya kecil seperti di Manek Urai dan Galas (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Tenang (Johor) dan Kerdau (Pahang).

Persoalan yang dibangkitkan di sini adalah, pertama; Berapa peratuskah undi kaum Melayu dan India, kembali kepada BN? Dan kedua; apakah kenaikan undi BN tersebut, menyebabkan undi Pakatan Rakyat menyusut?

Malangnya kenaikan beberapa peratus undi terhadap BN pada PRK-PRK tersebut gagal menyebabkan undi Pakatan Rakyat merosot. Di sebalik tekanan hebat BN, termasuk sebaran fitnah media talibarut dan rasuah kepada pengundi semasa kempen pilihan raya, Pakatan Rakyat berjaya menokok undi. Yang hairannya di sini ialah bagaimana undi kepada calon BN boleh meningkat dengan mendadak?

Menganalisis faktor ini, penulis mengunjurkan pola atau trend pengundian sejak tahun 1990, di mana, didapati bahawa kecenderungan pengundi memilih parti pembangkang semakin meningkat berbanding parti pemerintah.

PRU 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 menunjukkan trend yang hampir sama, iaitu mereka yang sudah mengundi PAS dan parti pembangkang yang lain, akan tetap tidak akan memberikan undi kepada BN atas apa faktor sekalipun.

Faktor sementara (temporary) yang dibentuk oleh isu yang cuba digasak untuk mengubah pola pemikiran pengundi hanya boleh mempengaruhi pengundi atas pagar sahaja. Hanya pengundi yang tiada ideologi sahaja boleh cenderung mengundi BN, manakala pengundi yang sudah komited dengan idealisme pembangkang, akan tetap mengundi apa sahaja parti pembangkang.

Hanya tiga faktor yang boleh menyebabkan undi BN bertambah, iaitu dari golongan atas pagar,
pengundi yang tidak mengundi tetapi keluar pada hari pengundian PRK dan pengundi dua kali (double entry) seperti yang dikesan berlaku di Terengganu dan beberapa tempat yang lain.

Faktor kedua dan ketiga boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ia barangkali dicetuskan oleh fenomena sementara, yang boleh berlaku dalam bentuk penipuan seperti pemalsuan kad pengenalan dan sebagainya.

Bagi faktor pertama, jika BN hendak menyandarkan kononnya kesedaran Melayu dan India yang dikatakan kembali menyokong BN, daripada kajian penyelidikan badan bebas, hanya sekitar 3 hingga 5 peratus sahaja yang kembali menyokong BN (berdasarkan keputusan beberapa PRK).

Apakah peratusan ini boleh kekal pada PRU ke-13 atau apakah mungkin ia boleh dijadikan asas untuk BN menambah kerusi di Semenanjung?

Sudah tentu peralihan 3 hingga 5 peratus ini terlalu kecil untuk mengubah nasib BN ke arah yang lebih baik.
Lagi pun umum mengetahui bahawa kaum Melayu dan India antara yang mudah dimanipulasi BN.

Manipulasi wujud dengan membiarkan faktor kemiskinan membelenggu mereka. Kemiskinan dan kesusahan untuk mencari makan, boleh dijadikan sebagai umpan setiap kali pilihan raya. Oleh dengan sebab itu tidak hairan jika mereka yang sepanjang tahun hidup dalam kesempitan, akan memberikan undi kepada BN hanya dengan upah RM200 atau RM300 dalam tempoh pilihan raya yang singkat.

Teori dan faktor 'bread and butter' inilah yang menjadi kunci kejayaan BN sekian lama.

Namun faktor ini tidak mampu mempengaruhi semua pengundi atau semua kaum dalam semua keadaan. Ianya terhad kepada kaum tertentu dalam keadaan yang tertentu sahaja. Secara keseluruhannya, anjakan kecil yang diperolehi BN pada beberapa PRK yang lepas, tidak mampu menyambung talian hayat mereka untuk PRU ke-13 nanti.

Kecenderungan pengundi Cina

Satu faktor besar yang bakal mencorakkan perubahan kepimpinan negara adalah faktor pengundi Cina. Jika dilihat kepada PRN Sarawak, calon-calon Pakatan Rakyat yang menang di kawasan Cina, majoritinya sangat besar.

Data-data ini juga boleh dilihat berdasarkan kemenangan calon Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan bandar di Semenanjung misalnya, mencecah angka puluhan ribu majoriti.

Faktor inilah yang bakal membantu Pakatan Rakyat, iaitu faktor pengundi Cina. Hasil daripada PRU 2008 dan PRN Sarawak 2011, data-data menunjukkan bahawa kaum Cina sangat konsisten menolak BN. Penolakan tersebut bukannya sedikit, ianya penolakan yang mutlak berasaskan perolehan majoriti besar calon Pakatan Rakyat dalam kawasan majoriti Cina.

Berdasarkan keadaan ini, daripada 87 kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung, terdapat lebih daripada separuh kawasan Parlimen berkenaan, mempunyai terdapat 30 hingga 40 peratus pengundi Cina.

Ini yang merunsingkan BN sebenarnya. Kenaikan kecil 3 hingga 5 peratus pengundi Melayu dan India kepada BN, akan gagal menampung penolakan pengundi Cina terhadap BN. Pengundi Cina pada waktu ini (sejak 2008) tidak pernah balik kepada BN, malah ia semakin bertambah ke arah Pakatan Rakyat.

Maka, jika trend pengundi Cina kekal kepada Pakatan Rakyat dan menokok beberapa peratus pada PRU ke-13 di Semenanjung, apakah sasaran 15 kerusi tambahan untuk ke Putrajaya, seperti yang diunjurkan tidak boleh menjadi kenyataan? Sudah tentu boleh dan sudah tentu unjuran ini relevan.

Impak besar yang ditunjukkan pada 'kemenangan membanggakan BN' di Sarawak dengan mendapat lebih dua pertiga majoriti adalah kuasa politik dalam BN sudah tidak lagi seimbang.

PRN Sarawak menunjukkan bukan sahaja SUPP, malah parti-parti Cina seperti MCA, Gerakan dan Parti Cinta Malaysia, sudah tiada masa depan dalam BN (sudah tidak ada future).

Kata apek-apek di pasar Satok, parti SUPP, MCA, Gerakan dan lain-lain 'sudah boleh bungkus' macam Pek Mo (Tan Sri Taib Mahmud), 'sudah tak laku'.

Trend pengundi Cina ini cuba dijelekkan pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa kaum Cina mengundi BN kerana faktor rasis.

Mereka cuba memesongkan hakikat bahawa kaum Cina sudah tidak lagi boleh menerima BN dengan memutarbelitkan fenomena ini kepada permusuhan kaum yang semakin menajam.

Mereka buat-buat lupa, kaum Cina yang mengundi calon BN dahulu adalah juga dari parti yang mewakili kouta Cina seperti SUPP, MCA dan Gerakan.

Apakah semasa pengundi Cina mengundi calon BN dari parti Cina SUPP, MCA dan Gerakan sebelum ini, mereka juga bersikap rasis? Menolak BN dan memilih DAP (Pakatan Rakyat) bukannya rasis. Ianya adalah suatu trend konsisten dan anjakan minda kaum Cina yang semakin muak dengan temberang pemimpin Umno-BN.

Hakikat yang harus diakui oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah BN tidak lagi boleh menjadi parti pemerintah di masa hadapan kerana kuasa politik kaum sudah tidak lagi seimbang.

Dalam hal ini tiada pertikaian mengenai kuasa orang Melayu. Orang Melayu masih lagi menjadi peneraju utama. Tetapi sesebuah kerajaan seperti BN, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tidak lagi boleh memerintah dengan baik, tanpa sokongan semua kaum.

Nasihat penulis kepada SUPP, MCA dan Gerakan tidak perlu 'bising' untuk menjuarai perjuangan kaum Cina, mereka harus bersedia untuk dibubarkan kerana, mereka sudah kehilangan ground support.

Terimalah hakikat bahawa masa depan kaum Cina, malah semua kaum di Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat. Hakikat ini tidak ditentukan oleh andaian penulis, ianya adalah kehendak rakyat dan pola kecenderungan rakyat yang dianalisis daripada data-data pilihan raya.

Justeru, pada PRU ke-13 nanti, BN akan diranapkan dan masa depan rakyat Malaysia, adalah bersama Pakatan Rakyat, insya-Allah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Apr 2011 03:07 PM PDT

Kuntilanak di Sumatera

Posted: 26 Apr 2011 07:00 AM PDT


Berita Agensi melaporkan seorang penduduk di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan mendakwa berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di atas dahan sebatang pokok nangka.

Sumber berita yang berasal dari laman Berita8 itu menjelaskan bahawa gambar susuk wanita yang dipercayai kuntilanak itu tidak menampakkan wajahnya tetapi menampakkan rambutnya yang panjang mengurai.

Di Indonesia, hantu kuntilanak (pontianak-Malaysia) dipercayai berasal daripada wanita hamil yang meninggal dunia.

Gambar itu dirakamkan oleh penduduk yang hanya dikenal sebagai Edi pada bulan lalu.

Ingat Cerita Makhluk Asing di Rusia? Rupa-rupanya...

Posted: 26 Apr 2011 05:00 AM PDT

Dunia baru-baru ini digemparkan apabila dua orang pelajar di Rusia didakwa merakamkan bangkai makhluk asing yang dikatakan terhempas di Bumi. Video penemuan tersebut telah dimuatnaikkan ke Youtube dan mencapai hit melebihi 700 ribu dalam masa yang singkat. 

 

Namun, semuanya terbongkar apabila Hilall Timur, 18, dan Kirill Vlasov, 19, yang merakamkan  video penemuan bangkai makhluk asing  di Irkutsk, Siberia itu mengaku bahawa bangkai bukanlah makhluk asing yang sebenar. 

 

Menurut DM, bangkai makhluk asing itu, seperti yang diakui oleh Hilal dan Kirill, diperbuat daripada roti basi (stale bread) dan kulit ayam yang kelihatan seolah-olah makhluk asing. Mereka mengakui hal ini apabila disoal siasat oleh pihak polis yang memandang kes penemuan makhluk asing itu sebagai isu yang besar.


Biarpun palsu, namun pengkaji UFO tempatan, Alex Komanov, dari Rusia UFO Research Centre berkata, "Tubuh mahkluk itu menarik kerana teksturnya mirip dengan entiti biologikal makhluk asing yang sebenar."

 

Menurut jurucakap pihak berluasa Rusia, setakat ini kedua-dua pelajar itu belum dikenakan sebarang tindakan. Pihak berkuasa sedang mengkaji sama ada kedua-duanya melakukan pelanggaran undang-undang atau tidak.

Video tentang penemuan "bangkai" yang didakwa makhluk asing itu boleh ditonton di sini.

[Video] Drama Liwat II: Anwar Ulangi Kes Sayfool Konspirasi Politik

Posted: 26 Apr 2011 03:00 AM PDT

Awas, Sindiket Kebas Duit Guna Nama LHDNM!

Posted: 26 Apr 2011 01:50 AM PDT

Saya petik:

[HD] Seluruh anggota masyarakat di negara ini dinasihatkan berhati-hati dengan e-mel (HASIL refund-payment@hasil.gov.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) ketika melayari internet, apabila ia telah dikesan sengaja diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri wang orang ramai, terutama wang pembayar cukai.

E-mel yang masih muncul sekali-sekala ketika orang ramai melayari internet itu mengatakan para pembayar cukai layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.

Mereka lalu diminta klik kepada http//62.23.69.2/hasil.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka. 

Seorang pelayar internet yang juga pembaca Harakahdaily, Mohd Zamri Hassan, 45, dari Kuala Lumpur menegaskan, pihak LHDNM sememangnya telah pun membuat penafian mengeluarkan e-mel tersebut menerusi surat edarannya sejak 14 Mac 2010 lalu untuk mengelakkan orang ramai terus tertipu.

Menurut beliau, surat edaran tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Korporat LHDNM, Mazlan Wan Chik yang menjelaskan tentang pengesahan LHDNM bahawa e-mel tersebut adalah palsu.

"Sebaliknya, ia merupakan aktiviti phising oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. 

Sehubungan itu, menurut beliau, LHDNM turut menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel tersebut agar tidak membukanya serta menghapuskannya serta dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.     

Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM, katanya dilaporkan telah bertindak pantas dengan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, apabila mengesan aktiviti tersebut dan laman tersebut juga telah dipintas dan ditutup.

"Menerusi surat edaran tersebut turut dijelaskan bahawa kewujudan e-mel tersebut adalah cubaan kali ketiga dari pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu pembayar cukai. Jadi, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak tertipu apabila menerima e-mel tersebut dan e-mel sepertinya," tegasnya. 

Sebaliknya, para pembayar cukai sendiri perlu sedar bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkara itu bolehlah berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Namun Mohd Zamri hairan, walaupun tindakan tegas dan pantas dikatakan telah diambil oleh pihak LHDNM dan pihak bertanggungjawab yang lain, beliau dan beberapa orang rakannya masih lagi terkesan e-mel tersebut yang muncul sekali-sekala ketika mereka melayari internet.

"Saya sendiri mujurlah tidak tertipu kerana cepat dimaklumkan oleh rakan saya mengenai perkara itu yang turut forward surat atau e-mel edaran LHDNM itu kepada saya," katanya. 

Oleh itu, beliau berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan lebih berkesan ke arah mengatasinya agar e-mel tersebut dan yang sepertinya tidak lagi bermaharajalela mengambil kesempatan menipu orang ramai menerusi perkembangan internet atau dunia tanpa sempadan.

 P/s: Sifirnya mudah, jangan percaya kepada sebarang e-mel yang melibatkan duit, keselamatan, dan akaun (bank,e-mel, dan sebagainya).

[PANAS] Hukum Baca Utusan Malaysia HARAM!

Posted: 25 Apr 2011 11:30 PM PDT

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

"Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

"Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

"Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau.

P/s: Jika membaca Utusan itu haram, bagaimana pula mencari makan di Utusan?

[PANAS] e-mel 1Malaysia "Makan" Duit Rakyat Setiap Kali Digunakan oleh Agensi Kerajaan

Posted: 25 Apr 2011 11:00 PM PDT

Saya petik:

[MK] Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut," katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'....

 P/s: Cara baharu "tibai" duit kerajaan dan selamatkan syarikat kroni.

UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN? Biar Betul!!!!

Posted: 25 Apr 2011 10:30 PM PDT

Saya petik:  

[HD] KUALA LUMPUR, 26 April:Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.

Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.

P/s: Kah kah kah! Mission impossible! Kalau terjadi, Malaysia akan kiamat!

Drama Liwat II: 16 Mei Penentuan Sama Ada Anwar Perlu Bela Diri atau Tidak

Posted: 25 Apr 2011 09:26 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selesai mendengar penggulungan hujah daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguam bela yang membicarakan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya selepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguam bela, Karpal Singh dan Sankara Nair. Beliau akan membuat keputusan sama ada perlu memanggil Anwar membela diri atau membuang kes berkenaan.

P/s: Jika ditakdirkan hakim memutuskan untuk mengikut skrip drama ini, maka kita berpeluang mengikuti siri pembongkaran drama ini di mahkamah.

Drama Liwat II: "Dia pembohong tegar. Dia (Sayfool) tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. .." - Sankara

Posted: 25 Apr 2011 08:10 PM PDT

Peguam Anwar, Sankara Nair semalam membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Keadilan Daily.

Menurut Sankara, kepincangan itu menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku. Pertama, Sankara mempersoalkan sebab polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedangkan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.

"Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemukan bulu Saiful di dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut Sankara, Saiful tidak pernah berada di dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwa raya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada di dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.

"Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamera litar tertutup," kata Sankara.

Pejuang "Alif Ba Ta" Cuba Gadai Tanah Rezab Melayu, Diselamatkan oleh MB PKR

Posted: 25 Apr 2011 07:05 PM PDT

P/s: Selamat menyokong UMCO, sejahtera Melayu!

Perogol Ganas Kena 30 Tahun Penjara, 16 Sebatan

Posted: 25 Apr 2011 06:15 PM PDT

Saya petik:

[BH] AYER KEROH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 44 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol dan menyamun seorang pelajar universiti, selain menceroboh asrama siswi di Jalan Tun Mutahir di sini, minggu lalu.

Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, dari Lorong Mata Kuching membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar sebaik tuduhan selesai dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 19 tahun di Kolej Siswi Tun Mutahir, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka pada kira-kira jam 2.20 petang, 18 April lalu.

Bagi kesalahan ini, Mohd Karimi dikenakan penjara 30 tahun dan 10 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun harta milik mangsa membabitkan sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM133, selain mencederakannya sehingga lebam pada muka dan leher di lokasi dan tarikh sama, kira-kira jam 2.25 petang.

Berikutan itu, Mohd Karimi dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, beliau didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah mangsa di lokasi dan tarikh sama, kira-kira jam 2.15 petang. Dia dikenakan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan ini.
 

Terdahulu, ketika merayu hukuman diringankan, Mohd Karimi memberi alasan dia sudah menyesal dan berjanji tidak mengulangi perbuatan jenayah itu.

Mahmoodah bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana tertuduh melakukan jenayah serius yang tidak berperikemanusiaan iaitu merogol dan menyamun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

"Tertuduh sanggup menumbuk muka dan menghentak kepala mangsa ke dinding tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang ketika itu turut menyatakan sedang haid, lalu bertindak merogol mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa trauma dan terpaksa menangguh pengajiannya," katanya.

Abu Bakar kemudian mengarahkan semua hukuman itu dijalankan serentak, menyebabkan Mohd Karimi hanya akan menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 16 sebatan. 

Protes Separa Bogel

Posted: 25 Apr 2011 05:43 PM PDT

 Penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan apabila dia bertekad melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di Taipe semalam.

Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran tentang kempen keselamatan nuklear.

Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.

Walau bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan tidak lama selepas itu. Tubuh penyanyi itu dalam keadaan separuh bogel itu kemudiannya ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Isu keselamatan nuklear semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran kejadian kebocoran yang berlaku di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun sebagai akibat tsunami pada 11 Mac lalu. Sehingga kini loji itu gagal dibaiki menyebabkan berlaku kebocoran radioaktif.

P/s: Fuh!!!!

Comments (0)