Pakatan Rakyat |
Posted: 02 Apr 2011 03:20 PM PDT Demokrasi bukan satu sistem yang terbaik. Tetapi buat masa ini, itu sahaja sistem yang ada.Ia sama seperti hukum masbuk bagi orang yang lewat solat jumaat. Seseorang yang sempat mendapat rukuk dalam rakaat kedua imam dalam solat jumaat, adalah orang yang mendapat solat jumaat, dan solat jumaatnya adalah sah. [fiqh manhaji] Hukum sah solat bagi orang yang lewat solat jumaat sekiranya dapat rukuk dalam rakaat Imam itu, bukanlah bermakna orang Islam mesti bertindak dengan selalu datang lambat agar sentiasa masbuk dalam solat jumaat. Tindakan itu bercanggah dengan firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ Maksudnya; [Al-Jumuaah : 9] Namun begitu, sekiranya adalah kes-kes tertentu, seperti terlewat kerana kesebukan kerja, terlalai, tertidur atau sebagainya, maka kelewatannya itu sehingga dia sempat mendapat tamaninah dalam rukuk pada rakaat kedua imam, menunjukkan ia dapat rakaat tersebut. Maka begitujuga situasi gerakan Islam di Malaysia yang menggunakan demokrasi. Ia bukan bermakna demokrasi itu satu sistem yang terbaik [kalau dibandingkan dengan monarki, sudah pasti demokrasi lagi baik]. Tetapi, memandangkan ia adalah satu-satunya sistem yang diamalkan di Malaysia untuk mengubah perlembagaan kepada Islam, maka ia dibenarkan. Lebih-lebih lagi, keterlibatan itu melahirkan banyak kemaslahatan kepada umat Islam, juga pada perlaksanaan Islam itu sendiri. Perlu disedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan perlembagaan sebagai dasar rujukan kerajaan. Pembentukan perlembagaan atau penggubalan terhadap perlembagaan itu tertakluk kepada satu sistem yang bernama demokrasi. Memandangkan pemerintahan pada hari ini tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan, disamping kezaliman semakin berleluasa, tidak dapat tidak perlembagaan yang ada wajib digubal, malahan digantikan dengan yang lebih baik. Ia disifatkan sebagai melaksanakan tugasan amar makruf dan nahi mungkar. mengenangkan perkara itu, cara untuk melakukan tindakan itu hendaklah sesuai dengan manhaj Nabawi yang telah dicerapi oleh para ulama mujtahid yang berkelayakkan. Dalam perbahasan ini, dinyatakan manhaj Nabi SAW dalam melakukan tindakan tersebut adalah seperti berikut; 1- tindakan itu hendaklah bersifat waqie Nabi Muhammad SAW bertindak, sememangnya tindakan itu bersifat waqie. Tindakan yang bersifat angan-angan, ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Ekoran tindakan bersifat waqie itu, wujud dalam sirah beberapa istilah, seperti hijrah, sulh al-Hudaibiyyah, perjanjian aqabah dan banyak lagi. Tanpa keperluan waqie ketika itu, Nabi SAW tidak perlu melakukan sulh al-hudaibiyyah sehinggakan terpaksa melakukan satu perjanjian yang dilihat secara umumnya seperti menguntungkan musuh, malahan mendapat tentangan dari sebilangan sahabat. Begitujuga, Nabi SAW tidak meruntuhkan kaabah, lalu dibina balik pada tapaknya yang sebenar setelah berlaku fath Makkah sambil Nabi SAW berkata kepada Aisyah; لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ Maksudnya; Semua menandakana bahawa tindakan Nabi SAW itu bersifat waqie ketika itu.Dibawah maksud manhaj nabawi juga adalah, bertindak yang tidak melahirkan mudharat yang lebih besar. Kaedah fiqh ada menyebut, "kemudharatan hendaklah dihapuskan sekadar yang mampu". Ia sudah pasti berasaskan kepada sabda Nabi SAW; فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ Maksudnya; Juga sabda Nabi SAW; مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ Maksudnya; Dalam mensyarahkan hadis ini, perkataan Qadhi Iyad telah dinukilkan oleh Im,am An-Nawawi dalam syarah Muslim. Beliau menyatakan; هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا Maksudnya; Jadi, keterlibatan dengan demokrasi di Malaysia dalam usaha menjatuhkan kemungkaran pemerintahan, disamping dalam usaha hendak mengubah perlembahaan yang merupakan dasar pemerintahan adalah satu perkara yang mesti. Tindakan tidak terlibat, akan mengakibatkan kemungkaran pemerintahan yang boleh dikurangkan akan terabai. Ia sudah pasti mengundang kemudharatan yang lebih besar; ia sudah pasti tidak dikehendaki oleh Allah SWT. HARAM QATIE? Ada sebilangan pihak menganggap demokrasi adalah sesuautu yang haram secara mutlak. Lebih sadis, apabila ia dinilai sebagai haram qatie. Hendaknya diperhatikan bahawa penilaian sesuatu disebut sebagai haram qatie adalah bersandarkan kepada nas yang bersifat qatie as-subut dan qatie ad-dilalah, atau zannie as-subut dan qatie ad-dilalah. contohnya solat. Ia termaktub secara qatie as-subut [mutawatir, sebab firman Allah], dan mencapai qatie ad-dilalah sehingga tidak berlaku perbedaan pendapat langsung atas kewajipan solat. Dalam nas itu, disebutkan secara terang kewajipan solat. Ekoran itu, orang yang menyalahi kewajipan solat dikira sebagai murtad; terkeluar dari Islam. Adapun demokrasi, tidak ada satu nas yang qatie as-subut dan qatie ad-dilalah menyatakan pengharamannya. Jadi, tindakan pihak yang menyatakan bahawa demokrasi adalah haram secara qatie adalah tindakan yang salah. Malahan, tuduhan demokrasi sebagai haram qatie, sama seperti mereka melebelkan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagai terkeluar dari Islam. Juga perlu diambil perhatian, larangan yang membawa kepada haram dalam nas ini mempunyai dua bentuk; larangan secara mutlak [An-Nahyu Az-Zati], dan larangan berbentuk sifat [An-Nahyu Al-Wasfi. Larangan berbentuk sifat ini pula terbahagi kepada dua; sifat yang lazim [Al-wasf Al-lazim lahu] dan sifat yang berjiran [Al-wasf Al-Mujawir lahu] dengan larangan tersebut. Contoh bagi larangan secara mutlak adalah larangan makan babi. Ini kerana, babi itu secara zatnya bersifat haram. Adapun contoh bagi larangan berbentuk sifat yang lazim, seperti larangan riba. Ini kerana, asal riba adalah jual beli kerana wujud muawadhad, iaitu pertukaran. Namun, memandangkan wujud sifat-sifat penambahan yang menindas, maka ia dikira haram. Contoh bagi larangan bersifat berjiran pula adalah seperti menunaikan solat dengan pakaian yang dicuri, atau berpuasa pada satu syawal. Dari segi hukum, larangan secara mutlaq dan bersifat lazim ini, tidak timbul perbahasan yang panjang. Tetapi perbahasan fiqh berlaku pada larangan yang bersifat berjiran. Contohnya seperti seseorang yang melakukan puasa nazarnya pada satu syawal; apakah puasanya sah atau tidak. Mengikut mazhab Hanafi, puasa nazar itu sah, tetapi perbuatannya itu haram. Ini kerana, larangan itu berlaku pada sifat [satu syawal], bukan pada zat puasa. Maka begitulah juga demokrasi. Ia bukan larangan dari sudut zat, tetapi ia adalah larangan bersifat berjiran. Ekoran itu, demokrasi yang digunakan untuk menukar hukum Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran adalah haram. Ini kerana, firman Allah; الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا Maksudnya; [Al-Maidah : 3] Tetapi, demokrasi yang digunakan dalam bentuk tanfiz, iaitu perlaksanaan sesuatu hukum Islam seperti mencari pendapat yang rajih dikalangan ulama untuk diadaptasikan dalam pemerintahan, menentukan pertukaran pemimpin dan sebagainya, maka ia dibenarkan. HAKIKAT DEMOKRASI Sesuatu hukum itu, tertakluk kepada hakikat benda. Ia tidak tertakluk kepada nama. kaedah ada menyebut; الحكم علي شيء فرع عن تصوره Maksudnya; Jadi, untuk memastikan sesuatu status hukum, hendaklah dipastikan hakikatnya, bukan dinilai pada ungkapan lidah-lidah manusia yang sudah masyhur, atau istilah-istilah yang sudah menjadi uruf di kalangan masyarakat. Juga, ia tidak boleh dinilai dari sudut namanya yang datang dari non Muslim, maka ia ditolak. Ini kerana, kaedah menyebut; الحكم يدور علي المسوي لا علي الإسم Maksudnya; Demokrasi adalah satu istilah yang berasal dari Yunani. Ia bermaksud, suara rakyat. Demokrasi ini sering disebut sebagai sistem pemerintahan. Didalamnya terkandung beberapa perkara penting, seperti hak bersuara, hak golongan minoriti, rakyat menentukan keputusan dan banyak lagi. perlu diperhatikan, status sesebuah negara itu tertakluk pada perlembagaan yang merupakan sumber rujukan sesebuah negara. Sekiranya perlembagaan itu menjadikan Islam sebagai dasar rujukan negara, sudah pasti negara itu digelar sebagai negara Islam. Maka begitujuga pada yang lainnya. Adapun demokrasi, ia bukan sistem pemerintahan, tetapi sistem pemilihan dalam menentukan sesuatu sistem atau dasar pemerintahan. Dengan maksud, demokrasi mampu menjadikan perlembagaan yang menjadi dasar sesebuah pemerintahan itu bertukar; [jika di Malaysia] dari bentuk sekarang kepada islam menjadi rujukan. Begitujuga, demokrasi merupakan merupakan sistem lantikan seseorang pemimpin dalam sesuatu pemerintahan. Dari itu, sebutan demokrasi sebagai sistem pemerintahan adalah sebutan ringkasan yang perlu dijelaskan lagi. Ia seperti Allah SWT menyebut; وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ Maksudnya; [Yusuf : 82] dalam ayat ini, Allah SWT suruh tanya pekan, walhal pekan tidak boleh menjawab pertanyaan. Dari itu, para ulama menyatakan pada ayat "tanyalah pekan" itu mengandungi kalimah yang tidak termaktub, tetapi difahami secara uruf bahasa, bahawa maksudnya adalah, "tanyalah kepada ahli pekan tersebut" [kalimah ahli ditambah]. Nyata disini, bahawa demokrasi bukan sistem pemerintahan, sebaliknya adalah sistem pemilihan atau penetapan pada sesuautu dasar/sistem pemerintahan, atau seseorang pemimpin negara. Ia sama seperti orang menyatakan SPR merupakan satu sistem penyusunan dalam mengurus pilihanraya, tetapi ia bukan sistem pilihanraya. Ekoran dari itu, nyata bahawa perdebatan demokrasi ini, hendaklah dalam kerangka sistem pemilihan/penentuan terhadap sesuautu dasar pemerintahan, bukan sebagai sistem pemerintahan. LARANGAN DAN DIBENARKAN Pemerintahan islam adalah pemerintahan yang terlaksana hukum Islam. Dengan apa jua bentuk sekalipun, sesuatu pemerintahan itu sudah termasuk dibawah maksud pemerintahan Islam sekiranya terlaksana hukum Islam dalam pemerintahan tersebut. Ekoran itu, kita akan dapati Muawiyyah telah memasukkan elemen monarki dalam pemerintahan islam. tindakan memasukkan elemen itu, tidak mencacatkan bagi maksud pemerintahan Islam. [lihat buku "islam, politik dan pemerintahan] Jika monarki yang mempunyai kuasa individu pun dibenarkan, maka tidak ada sebab mahu dikatakan haram menggunakan demokrasi dalam pemerintahan Islam. Ini kerana, demokrasi tidak tertakluk kepada suara individu, tetapi tertakluk kepada suara rakyat [suara ramai]. DEMOKRASI TERLARANG Dalam artikle lepas, dinyatakan bahawa demokrasi adalah pengharaman berbentuk sifat yang berjiran [Al-Wasf Al-Mujawir lahu]. Jadi, secara zatnya tidak haram, tetapi pengharaman itu berbentuk sifatnya sahaja. Justeru, pembuangan sifat akan mengembalikan kepada hukum zatnya. Lantaran itu, apabila wujud beberapa sifat-sifat, maka demokrasi jadi haram. Antaranya adalah seperti berikut; Pertama; suara majoriti rakyat [demokrasi] tidak boleh digunakan untuk menentukan dalam perkara yang bersifat qatie dan perkara yang diketahui dalam agama secara pasti. Contohnya ; solat, puasa, zakat dan banyak lagi. Firman Allah; إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ Maksudnya; [Al-An'am : 57] Kedua: Suara majoriti tidak boleh digunakan untuk menghapuskan kandungan kitab [Al-Quran]. Firman Allah; أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ Maksudnya; [Al-Baqarah : 85] DEMOKRASI YANG DIBENARKAN Dua sifat yang disebutkan diatas adalah faktor-faktor penyebab demokrasi diharamkan. Namun begitu, apabila dua sifat ini dibuang, maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu harus. Dalam keadaan begitu, demokrasi amat diguna pakai dalam perkara-perkara berikut; Pertama; Suara majoriti digunakan untuk memilih pendapat yang paling rajih. Ia berlaku dalam perkara khilaf, seperti contoh memakai pendapat Hanafi dalam menetapkan kewajipan geran bagi mereka yang meneroka tanah berbanding syafie yang tidak mewajibkan geran. Sabda Nabi SAW, اثْنَانِ خَيْرٌ مِنْ وَاحِدٍ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ مِنْ اثْنَيْنِ وَأَرْبَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ ثَلَاثَةٍ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَنْ يَجْمَعَ أُمَّتِي إِلَّا عَلَى هُدًى Maksudnya; [Musnad Ahmad : 20331] Malahan, apabila berlaku pertembungan antara golongan yang kecil, nabi SAW menyuruh merujuk kepada suara ramai. Sabda Nabi SAW; إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ Maksudnya; [Ibnu Majah : 3940] Dalam menafsirkan maksud "sawad a'zam", Kitab As-Sindi menyatakan; أَيْ بِالْجَمَاعَةِ الْكَثِيرَة فَإِنَّ اِتِّفَاقهمْ أَقْرَب إِلَى الْإِجْمَاع Maksudnya; Imam As-Sayuti dalam menafsirkan "sawad 'Azam"; أَيْ جَمَاعَة النَّاس وَمُعْظَمهمْ الَّذِينَ يَجْتَمِعُونَ عَلَى سُلُوك الْمَنْهَج الْمُسْتَقِيم وَالْحَدِيث يَدُلّ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي الْعَمَل بِقَوْلِ الْجُمْهُور Maksudnya; Al-Munawi pula berkata; (فعليكم بالسواد الأعظم) من أهل الإسلام أي الزموا متابعة جماهير المسلمين فهو الحق الواجب والفرض الثابت الذي لا يجوز خلافه فمن خالف مات ميتة جاهلية Maksudnya; Kedua; ia digunakan dalam tanfiz terhadap hukum-hukum Islam. Seperti, menangguhkan dulu perlaksanaan hukum potong tangan, memandangkan ia boleh mendatangkan kemudharatan dalam perlaksanaan di tahun kelaparan atau seumpamanya. Seperti, kelaparan yang memungkinkan mereka mencuri. Apabila dipotong juga tangan, ia akan mempamerkan laksana hudud dikala wujud shubhat. Ini disandarkan kepada hadis bahawa nabi SAW tidak terus membetulkan kaabah pada tapaknya yang tepat disebabkan rakyat makkah baru sahaja meninggalkan kekufuran. Ketiga; apabila pemerintahan sudah menetapkan perlembagaan islam, maka pemimpin negara boleh digugurkan sekiranya dia melakukan tindakan-tindakan berikut; 1- zalim lalu, ia terserah kepada suara rakyat dalam menentukan kejatuhan atau pengekalan pemimpin itu sebagai pemimpin atau tidak. Firman Allah, وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ Maksudnya; [Hud : 113] SYURA DAN DEMOKRASI Ada sebilangan pihak mengatakan bahawa demokrasi tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah diamalkan oleh Nabi SAW. Malahan mereka mewajibkan kembali kepada syura. Dalam perkara ini, perlu dilihat dalam dua perkara, iaitu Syura dan amalan yang tidak dibuat oleh Nabi SAW. Melihat kepada perlantikan empat orang khalifah Islam selepas kewafatan Nabi SAW, kita akan dapati bahawa cara pemilihan mereka tidak mempunyai satu cara. Tapi, dengan kepelbagaian cara itu, diiktiraf sebagai syura. [Al-Imamah Al-Uzma : 147 – 157] Dengan ini difahami, bahawa yang dikatakan syura itu, sememangnya ia wujud nas kewajipannya. Iaitu firman Allah; وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ Maksudnya; [Al-Imran : 159] namun, ayat ini bersifat umum, tanpa dinyatakan bentuk-bentuk syura secara khusus. Apa yang pasti, dalam kitab-kitab tafsir menyatakan, maksud syura yang merujuk kepada ayat ini adalah, "meminta dikeluarkan pandangan" [Tafsir Al-Jalalain : 59] Apabila dilihat pada amalan sahabat selepas kewafatan Nabi SAW, kita dapati mereka tidak mempunyai satu bentuk yang khusus tentang syura. Malahan selepas datang zaman monarki dan dinasti, bentuk syura semakin bertukar sehingga ia diinstitusikan.Ini menandakan, bentuk syura itu tidak mempunyai satu bentuk yang khusus. Malahan jika dirujuk dalam hadis pula, didapati bahawa Nabi SAW; إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ Maksudnya; [Ibnu Majah : 3940] Dengan ini, dikukuhkan lagi dengan sabda Nabi SAW dalam hadis yang lain, "empat itu lebih baik dari tiga, tiga itu lebih baik dari dua...." NABI TAK BUAT Mengenangkan Bentuk syura itu sendiri tidak mempunyai satu bentuk yang khusus, maka tidak menjadi kesalahan jika menggunakan demokrasi untuk dijadikan sebagai neraca dalam menentu sesuatu keputusan. Ini kerana, tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW, maka ia adalah tertolak. Malahan wujud satu hadis, dari Rifaah bin Rafi' berkata, bahawa mereka solat jemaah bersama Nabi SAW. Apabila bangkit dari rukuk, kedengaran seorang sahabat menambah pada bacaan tasmi' [sami'Allahulman hamidah], dengan membaca, "hamdan kasiran taiyiban mubarakan fih". Setelah solat, Nabi SAW bertanya, "siapakah yang membaca tadi". Sahabat itu menjawab, "Saya Rasulullah SAW' Rasulullah terus menyatakan bahawa baginda nampak beribu-ribu malaikat telah turun telah mengangkat kalimah tersebut untuk dibawa naik kepada Allah. [Muwatta' : 442] Juga satu hadis, bahawa seorang sahabat yang telah bertayammum di musim sejuk disebabkan dia telah berjunub. Perbuatannya itu diketahui oleh Nabi SAW, menyebabkan baginda bertanya. Dia menjawab dengan membaca satu firman Allah; وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا Maksudnya; Mendengar jawapan Amru bin Al-As itu, Rasulullah ketawa tanpa berkata apa-apa pun. [Abi Daud : 283] Dari dua hadis yang dikemukakan ini, kelihatan bahawa tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi, maka ia terlarang. Malahan, ia dibenarkan dilakukan selama ia tidak bercanggah dengan nas yang saheh dan sareh. begitujuga, tidak terkeluar dari kerangka manhaj nabawi, sekiranya melakukan sesuautu tindakan yang tidak digunakan oleh Nabi SAW secara zahir, tetapi mempunyai sandaran dari sudut "khafie an-nas". Jika dilihat pada hadis, bahawa Nabi SAW ada bersabda; مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ Maksudnya; Dalam mensyarahkan hadis ini, as-sindi telah menyatakan maksud dengan "urusan kami ini" adalah selama tidak bercanggah nas yang zahir, dan tidak bercanggah dengan nas yang khafie. [Hasyiah As-Sindi : 1/14] Dengan maksud, sekiranya ia tidak bercanggah dengan nas yang khafie [bukan zahir perbuatan], maka ia tidak boleh diharamkan, malahan ia diketagorikan sebagai masyruk [disyariatkan]. Jadi, demokrasi tidak boleh diharamkan secara mutlak dengan alasan Nabi SAW tidak lakukan. Sebaliknya, dalam keadaan sekarang, iaitu dalam usaha menjatuhkan regim, maka menggunakannya adalah dibenarkan. bersambung Sg Buloh |
Posted: 02 Apr 2011 03:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 April — Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyambut baik jaminan Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, tetapi mendakwa Menteri Besar Pahang itu tidak cukup maklumat untuk memberi jaminan ia benar-benar selamat. Sehubungan itu kata Fuziah, Menteri Besar Pahang perlu mendapatkan satu kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasinya ke atas keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan. "Antara persoalan yang harus telah ditanya oleh Menteri Besar kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera China telah bersetuju untuk membenarkan loji pemprosesan nadir bumi dibina di negara mereka sejak tiga dekad kebelakangan ini," kata beliau dalam surat dihantar kepada Adnan, semalam. Salinan surat turut diedarkan kepada media. Selain itu kata Fuziah, Adnan juga harus bertanya kepada negeri jiran Terengganu yang telah menolak permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung pada 2007. "YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan torium — bagaimanakah ia akan diuruskan dan peraturan apakah yang akan diguna pakai oleh Lynas. "Adakah Solid Radiactive Waste Management yang akan diamalkan oleh Lynas apabila mula operasi akan menepati piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?" kata Fuziah, yang juga Naib Presiden PKR, dalam surat tersebut. Fuziah berkata, Menteri Besar juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yang mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan memandangkan Sungai Balok berada di kawasan Gebeng. "YAB MB juga harus meminta kaji selidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Sama ada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah loji pemprosesan nadir bumi? "Memandangkan loji pemprosesan ini nanti akan menjadi loji terbesar di dunia selain yang ada di China, persoalan di atas adalah amat penting," katanya lagi. "Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab," katanya lagi. Rabu lalu, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu. Kumpulan itu bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan