Sabtu, 9 April 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Ipoh Timor

Posted: 08 Apr 2011 09:17 PM PDT

Puteri Ipoh Timor


PENUBUHAN PERGERAKAN PUTERI UMNO DI CAWANGAN TAMAN TEMARA

Posted: 03 Apr 2011 10:55 PM PDT



TAHNIAH dari kami Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor kerana pada tarikh 2 April 2011 (Jumaat) yang lalu, UMNO Cawangan Taman Temara telah menubuhkan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Taman Temara yang dipimpin oleh Saudari Norazni Binti Idirs bersama barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. Syabas diucapkan.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 08 Apr 2011 03:36 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BIAR POLIS DAN KEHAKIMAN JALANKAN TUGAS MEREKA.

Posted: 08 Apr 2011 07:05 AM PDT

Kastam berhelah, DAP nak menyalah
Lihat betapa tinggi dokumen yang diperolehi. Bayangkan satu hilai itu komisyen sekotak rokok, berapa banyak jumlah terkumpul?

Sebentar tadi, satu sidang akhbar telah dipanggil oleh Pekasa, Cuepecs, Ketua-Ketua Union Kastam Diraja Malaysia, dan lain-lain.

Pihak Kastam membangkitkan untuk bertemu dengan Ketua SPRM. Kononnya mahu bertemu KP SPRM untuk dapatkan keterangan dan jaminan supaya Pegawai yang disoalsiasat tidak dipukul.

Ketua Pengarah KDRM juga nak jumpa PM untuk dapatkan keterangan mengenai isu kematian baru-baru ini. Ketua Pengarah mahu nama si mati dibersihkn dari tuduhan bunuh diri.

Pelik ... macam mana dia mahu mendahului siasatan polis? Kenapa perlu seorang penjawat kerajaan perlu buat sidang akhbar dan dedahkan apa yang mahu dibincangkan dan dituntut?

Cuepecs pun turut serta mahu bertemu dengan KP SPRM pada 12hb jam 3 ptg. Nampak sangat Kastam mahu berhelah. Macam orang tutup kesalahan.

Terdapat juga percubaan dapipada pihak forwarding agent yang cuba menggagalkan usaha SPRM di dalam menjalankan siasatan kes rasuah. Bukankah ini boleh menyelamatkan yang kerajaan berbillion ringgit?

Dengan menggunakan isu kematian pegawai kastam bagi mengalihkan pandangan masyarakat kepada isu kematian pula. Mereka telah sekian lama menipu kerajaan daripada segi pungutan cukai dan mahu rakyat melupakan isu pokok yang sebenarnya.

Mereka sekarang menggunakan pakatan pembangkang dan mempolitikkan isu kematian ini. Masyarakat harus pandai membeza isu kematian dgn isu rasuah dan juga aktiviti haram pihak forwarding agent ini.

Dari maklumat yang diterima selama ini, Forwarding agent yang yang membantu DAP dengan kewangan. Jadi tidak hairan dap begitu bersungguh sungguh mahu mempolitikkan isu kematian ini.

Pada hari ini juga, Pegawai SPRM Mohd Azwan bin Ramli telah membuat laporan polis di IPD PUTRAJAYA.

Azwan mendakwa pada april 7hb, China Press Online telah menyiarkan kenyataan Nga Kor Ming, ahli Parlimen Taiping dari DAP bahawa mengikut statistik 10 tahun, seramai 1,839 orang telah mati semasa dalam tahanan SPRM. Pengadu mendakwa wujud unsur2 fitnah terhadap SPRM.

Kenyataan ini satu pembohongan dan boleh jejaskan kredibiliti SPRM. DAP terus nak menyalah kerana mereka lebih pentingkan politik dari sebenarnya mahu bersihkan negara dari rasuah.

DAP TAK TUNAI JANJI DI PENANG?

Posted: 08 Apr 2011 06:59 AM PDT

Penduduk Flat Padang Tembak tagih janji

Khabar Dari Georgetown

JUMAAT minggu lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng meninjau Flat Padang Tembak di Air Itam. Mungkin disebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan di situ pada keesokan harinya, maka beliau bergegas berkunjung ke flat yang dihuni kira-kira 20,000 penduduk pelbagai kaum.

Dalam lawatannya, Guan Eng melahirkan kesediaan untuk membantu mengecat flat yang dibina pada 1969 itu. Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut tidak dapat dilakukan berikutan penduduk masih berhutang tunggakan sewa dan penyenggaraan sebanyak RM1.6 juta.

Justeru, beliau mengesyorkan kos mengecat dan naik taraf yang dianggarkan RM2.7 juta dibiayai kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak 80 peratus manakala selebihnya ditanggung oleh penduduk.

Namun, bagi Liew Yeow Hooi, 42, tawaran itu diibaratkannya hanyalah 'wayang' Guan Eng. Sudah tiga tahun penduduk tunggu pembangkang tunai janji mahu cat kediaman mereka.

"Semasa dia datang pertama kali ke sini dua tahun lalu, dia janji macam-macam. Nak atasi tekanan air rendah, baiki pendawaian, sampah-sarap tapi satu pun tak ditunaikan. Janganlah buat 'show' (pertunjukan) lagi. Kita rakyat bukan bodoh. Kalau betul ada hati nak tolong, biayai semua kos," katanya ketika ditemui.

Lantas, dia mendedahkan perkara sebenar yang menyebabkannya cukup berang apabila Guan Eng membuat tawaran tersebut. Masih segar dalam ingatan, detik pertemuannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya, empat tahun lalu. Ketika itu dia menjadi Penyelaras Pusat Khidmat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Flat Padang Tembak. Pada pertemuan tersebut, Anwar beria-ia mahu dia membantu PKR merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN).

"Dia beritahu kalau PKR memerintah, Pulau Pinang boleh maju, boleh beri keadilan kepada semua kaum. Dia kata bukan macam BN yang hanya beri tumpuan kepada kepentingan orang Melayu," jelasnya.

Terpedaya dengan kata-kata 'manis' Anwar, Yeow Hooi bertungkus-lumus membantu jentera pilihan raya parti tanpa mengira penat lelah bagi mencapai cita-cita itu.

Pada 11 Disember 2007, Anwar datang untuk berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 2008. Dalam ceramahnya, Anwar berjanji sekiranya pembangkang berjaya menawan Pulau Pinang, sebagai ganjaran kepada penduduk yang mengundi, kesemua sembilan blok di situ akan dicat dengan percuma dalam tempoh sebulan. Ternyata penduduk yang mendengar amat gembira kerana kali terakhir flat berkenaan dicat adalah pada 1995.

Mungkin termakan dengan janji-janji Anwar, ramai mengundi pembangkang pada PRU 12 , menyaksikan Pulau Pinang yang diterajui Gerakan tumbang. Di kawasan tersebut, calon DAP, Liew Ching Tong memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera manakala Jason Ong Khan Lee dari PKR menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga.

Sebulan selepas kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir, Yeow Hooi berjumpa kedua-dua mereka untuk menuntut janji mengecat flat tersebut. "Ching Tong kata, ini bukan janji DAP, ini janji PKR. Jason Ong pula beritahu, pi (pergi) tanya Anwar, dia yang buat janji," katanya yang kini menjadi Ketua Pemuda Pusat Parti Cinta Malaysia (PCM).

Saban hari penduduk flat bertanyakan bila kediaman mereka akan dicat baru. Apa yang telah berlaku kepada penghuni flat berkenaan elok dijadikan pengajaran, jangan lagi pisang berbuah dua kali.

Penulis ialah Ketua Biro Utusan

di Pulau Pinang

Pengundi Sarawak Jangan Kena Temberang Seperti Rakyat Selangor

Posted: 08 Apr 2011 06:57 AM PDT

Pengundi Sarawak Jangan Kena Temberang Seperti Rakyat Selangor
Date 08/04/2011 20:03 Author UMNO Online Hits 13

Print Pdf RSS
SHAH ALAM, 8 April ? ?Rakyat khususnya pengundi Sarawak jangan kena temberang seperti rakyat Selangor?, demikian pesanan dan harapan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus ketika mengulas janji manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini. Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berkata pengundi di Sarawak perlu mengambil [...]

SHAH ALAM, 8 April ? ?Rakyat khususnya pengundi Sarawak jangan kena temberang seperti rakyat Selangor?, demikian pesanan dan harapan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus ketika mengulas janji manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berkata pengundi di Sarawak perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Selangor kerana banyak janji pakatan pembangkang yang sehingga kini gagal ditunaikan.

Pada pilihanraya umum lalu pakatan pembangkang menjanjikan pelbagai elaun kepada rakyat khususunya di negeri Selangor dari bayi hinggalah ke warga emas.

Antara janji tersebut ialah untuk memberi bantuan bulanan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery, RM50 sebulan seorang bagi anak pendidikan pra-sekolah, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa, bonus RM6000 setiap keluarga yang berpendapatan RM6000 ke bawah, turunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan pelbagai janji lagi.

"Ini semua janji kosong yang sehingga kini belum lagi ditunaikan. Sekarang pakatan pembangkang nak jual temberang dan janji kosong kepada rakyat Sarawak.

"Kita harap rakyat Sarawak ambil ikitibar di negeri Selangor, jangan mudah digula-gulkan dengan janji kosong pembangkang. Mereka datang ke sana (Sarawak) penuh dengan tipu helah. Kita tidak mahu rakyat Sarawak tertipu", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pakatan pembangkang yang melancarkan manifesto bagi pilihanraya negeri Sarawak hari ini antara lain menjanjikan bantuan RM200 untuk setiap anak-anak masuk darjah satu, pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun, menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), mengembalikan semula tanah adat Orang Asal dan lain-lain lagi.

Shukor seterusnya berkata janji pakatan pembangkang dalam manifesto itu adalah janji sebelum berkuasa.

"Tapi lepas dapat kuasa lain pula jadinya, macam-macam alasan diberi. Malah di Selangor bukan saja banyak janji tak ditunaikan tetapi soal pendidikan pun dipolitikkan seperti menghalang mewujudkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Hulu Selangor.

"Mereka juga gagal tadbir Universiti Selangor kerana pelajar di universiti berkenaan merosot secara drastik sejak tiga tahun lalu akibat mainan politik yang melampau", ujarnya.

Justeru beliau amat berharap rakyat Sarawak mengajar pembangkang kali ini yang tidak pernah serik membohongi rakyat menerusi janji-janji palsu yang ditaburkan.

PENIPUAN kerajaan Dap di Pulau Pinang ?

Posted: 08 Apr 2011 06:54 AM PDT

ADAKAH RAKYAT SARAWAK AKAN DIPIJAK BEGINI ?
Mari lihat kes PENIPUAN kerajaan Dap di Pulau Pinang satu persatu.

Seorang rakan blogger Sat-D telah mendedahkan PENIPUAN Lim Guan Eng dalam artikelnya `Dividends of anti-corruption'.








Hakikatnya;
  1. keadaan `surplus' dalam laporan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri BUKAN perkara baru, malah telah berlaku sejak 6 tahun yang lalu, membuktikan kecekapan tadbir urus kerajaan BN ketika itu
  2. `silap mata' penurunan pungutan hasil prEmium tanah-tukar syarat 2008, dari RM 35.92 juta kepada hanya RM 19.23 juta dalam penyata kewangan 2009
  3. `silap mata' penurunan kutipan cukai tanah 2008, dari RM 93.04 kepada Tuggakan Cukai Tanah yang bernilai hanya RM 7.24 juta
  4. `silap mata' peningkatan belanja mengurus RM 283.15 juta pada tahun 2008 kepada RM 331.2 juta dalam penyata tahun 2009.
Ini bukan PENIPUAN pertama. Guan Eng juga pernah bermain `silap mata' sebelum ini.

Dahulu Guan Eng pernah ditangkap menipu umat Islam apabila cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan Pakatan Pembangkang aka PENIPU RAKYAT (PR) mengadakan sumbangan yang lebih besar untuk Hal Ehwal Islam. Nyatanya, itu hanya penipuan dan silap mata `accounting' seperti yang dinyatakan oleh tulisan ini 'Peruntukan Hal Ehwal Islam - Pembohongan Guan Eng didedahkan'.

Guan Eng mendakwa kononnya kerajaan PR memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun 2009. Hakikatnya, seperti yang didedahkan oleh Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid, jumlah sebenar yang diperuntukkan cuma RM11 juta, iaitu lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi oleh kerajaan BN pada tahun 2008 (klik).

Ini tidak termasuk PENIPUAN Guan Eng tentang sumbangan Kelab Lumba Kuda dan isu tempat duduknya di sebuah majlis di Bukit Bendera.

DAP penuh PENIPUAN. Lihat bagaimana seorang lagi pemimpin DapMENIPU dalam video klip di bawah. Ini kejadian selepas kerajaan Dap dengan bongkak dan zalim menganiaya pengusaha restoran di Pulau Pinang.

Sumber : Sumandakbayu

MASYARAKAT CINA BERSAMA PM

Posted: 08 Apr 2011 06:38 AM PDT


PM dekati masyarakat Cina

KUCHING 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama masyarakat berketurunan Cina di Padungan di sini.

Jalan Padungan merupakan destinasi pertama kunjungan mesra Perdana Menteri yang berjalan sejauh satu kilometer (km) menyusuri deretan kedai untuk bertemu para peniaga.

Mengiringi beliau ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau kemudiannya menziarahi penghuni Flat Belaga, Simi Ayur, 55, yang lumpuh separuh badan.

Agenda beliau diteruskan dengan kunjungan mesra ke atas penjaja di Pusat Makanan Song Kheng Hai sebelum bersarapan bersama calon BN Padungan, Sim Kiang Chiok.

Sewaktu berada di pusat penjaja berkenaan, beliau turut disapa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berada di situ untuk berkempen.

Sementara itu, seorang peniaga, Sin Chua Huat, 62, memuji kunjungan Perdana Menteri itu yang disifatkannya sebagai mesra rakyat.

Katanya, pendekatan sedemikian perlu diteruskan bagi membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkaitan masalah yang dihadapi mereka secara langsung.

Sentimen pengundi Cina

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Peniaga di Pasar Sentral Sibu sibuk melayani pelanggan masing-masing ketika kempen parti politik sudah bermula sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. - Bernama

Trio Utusan Malaysia tiba di Sibu dari Mukah, lewat petang semalam. Sibu antara bandar Cina yang dihuni etnik Foochow yang dianggap pada pilihan raya kecil sebelum ini menjadi penyumbang kepada kekalahan calon Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun bukan Sibu menjadi perhatian kami buat masa ini meskipun ia menjadi kubu kuat DAP. Tumpuan kami sebenarnya ialah Miri, tempat bertandingnya Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, 75.

Sejak kebelakangan ini khususnya selepas pilihan raya umum lepas, kedudukan SUPP dalam BN Sarawak sebagai parti yang benar-benar mewakili pengundi Cina agak goyah. Ini ditambah dengan sentimen DAP yang sentiasa memainkan isu-isu kecinaan termasuk isu kepimpinan terlalu lama beberapa pemimpin utama negeri termasuk Hong Nam.

Parti pimpinan Hong Nam yang mewakili kaum Cina di Sarawak dikatakan 'kurang menyengat' berbanding dengan DAP yang diuar-uarkan pula lantang bersuara mewakili 'majoriti' kaum itu. Sehinggakan suatu ketika, isu pengunduran Hong Nam yang dikatakan mahu berbuat demikian pada 2008 dimomokkan begitu sahaja oleh DAP di kalangan orang Cina.

Namun, seperti mana tegarnya kewibawaan para pemimpin Sarawak, demikianlah Hong Nam yang tidak mahu mengalah dengan sikap chauvinis DAP dalam memainkan sentimen di negeri itu. Awal bulan ini, Hong Nam mengingatkan 'pihak berkenaan' ketika bercakap tentang Miri yang turut digelar 'George Town' (Bandar George mengambil sempena sumbangan dan jasanya memajukan Miri).

Kata Hong Nam: "Miri tempat kelahiran saya, saya akan mempertahankannya sehingga saya mati. Dan kalau saya mati, saya akan bangkit dari kubur dan menghantui sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat keharmonian Miri."

Hong Nam yang baru sahaja mengejutkan orang ramai termasuk pemberita dengan pengesahannya berkahwin dengan Datuk Lorna Enan Muloon beberapa hari lepas setelah merahsiakannya selama bertahun-tahun untuk menjaga perasaan anak-anak dan anggota keluarga yang lain, akan mempertahankan kerusi DUN Piasau. Beliau ditentang oleh calon muka baru dari DAP, Ling Sie Kiong, 28.

Hong Nam yang menyandang kerusi berkenaan selama enam penggal merupakan Presiden SUPP sejak 1997 dan telah berkecimpung dalam dunia politik selama lebih 30 tahun. Sementara Sie Kong pula merupakan peguam muda berkelulusan undang-undang dari Universiti Sheffield, England.

Anak muda ini, sebaik sahaja selesai menyerahkan borang pencalonan kelmarin berkata: "Saya akan menentang 'gergasi politik'. Ada banyak isu, kita (DAP) akan bawa isu setiap hari melalui sidang media, risalah dan juga ceramah politik kita."

Peranan SUPP pada pilihan raya negeri ke-10 ini penting untuk membantu BN Sarawak mengekalkan rekod bersih selepas kehilangan lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri 2006. Tumpuan BN sepanjang kempen pilihan raya ini ialah mahu merampas kembali kerusi Pending, Padungan, Batu Lintang, Kidurong, Meradong, Kota Sentosa, Bukit Assek dan Ngemah, selain mengetepikan saingan pembangkang di beberapa kerusi yang bakal menyaksikan persaingan sengit. Antaranya di Lingga, Engkilili, Bawang Assan, Ba'kelalan dan Telang Usan.

Dari segi SUPP sendiri, parti itu bertanding di 19 kerusi termasuk 15 kerusi yang majoritinya pengundi Cina. Ironinya, isu yang diberi perhatian oleh pengundi Cina khususnya di kawasan bandar ialah lebih kepada politik baru yang melihat kepada soal tadbir urus. Ini berkisar sama ada kerajaan 'boleh diyakini' dalam mengutamakan soal kepimpinan dan pentadbiran yang cekap , amanah, berakauntabiliti serta bebas daripada salah guna kuasa dan rasuah.

Isu yang sering diuar-uarkan oleh DAP yang dipercayai akan mewarnai kempen pilihan raya mereka kali ini ialah isu pemimpin yang terlalu lama memerintah. Sentimen mereka ialah 'good BN, good Taib' (kalau undi BN, undi Abdul Taib).

Dari segi ekonomi pula, pengundi Cina dikatakan bertumpu kepada soal kekayaan ekonomi, agihannya dan dasar-dasar ekonomi serta pembabitan orang Cina dalam sektor awam.

Selain itu, DAP dan pakatan pembangkang memainkan sentimen siri pertelagahan dalam SUPP serta mempersoalkan 'usia veteran' rata-rata pemimpinnya yang berusia 60 hingga 70 tahun.

"Dikatakan majoriti pengundi Cina tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang tidak benar dan mengutamakan kestabilan dan ketelusan.

"Soal peningkatan kadar jenayah juga menjadi isu, namun di bawah pentadbiran sekarang, kadar jenayah telah turun secara drastik," kata seorang pemimpin negeri kepada Utusan Malaysia semalam.

Selain itu, pengundi Cina juga dikatakan dihambat dengan isu pajakan tanah terlalu pendek iaitu 60 tahun dan isu tanah mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak. Malah mereka juga dikatakan peka dengan pendekatan 'semak dan imbang' (check and balance) serta tidak mahu sesuatu parti itu dilihat terlalu kuat sehingga kononnya dikhuatiri wujud salah guna kuasa di kemudian hari.

Begitu pun, jika diambil kira 'kesempurnaan' yang dituntut oleh pengundi Cina di Sarawak, segala-galanya mungkin dikira 'perlu sempurna' sehingga tidak memungkinkan kesilapan kecil manusia. Ketika kaum dan etnik lain di Sarawak turut memiliki pendirian dan pandangan tersendiri tentang parti pilihan mereka terutama BN, kaum lain pula sewajarnya menghulurkan kesepakatan dan timbang rasa untuk bersama-sama memacu kemajuan Sarawak.

Apatah lagi dengan manifesto BN yang baru dilancarkan di Kampung Bandung, Sibu semalam oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang komited untuk meneruskan usaha BN mahu menekankan tadbir urus yang baik, kalau pun dikatakan itulah tuntutan pengundi Cina. Disebut dalam manifesto itu bagaimana pengurusan kewangan yang baik oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib telah diiktiraf dan diperakui oleh Ketua Audit Negara untuk lapan tahun berturut-turut sehingga sekarang.

Malah, aliran pelaburan antarabangsa terus ke Sarawak meningkat setiap tahun. Pada 2009, ia mencapai RM5.7 bilion berbanding RM1.7 bilion pada 1990. Dengan impak pelaksanaan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang sedang berjalan sekarang, kesan pelaburan antarabangsa ini untuk 2010 hingga 2020 dijangka mencecah RM147.5 bilion.

Cuma yang sepatutnya harus dibimbangi oleh pengundi Cina ialah jika mereka menolak SUPP, yang merupakan komponen BN, maka agak sukar wadah kaum Cina dibangkitkan dalam Kabinet negeri seterusnya ke peringkat Pusat. Suara pengundi Cina perlu diterjemahkan menerusi SUPP yang kini berada utuh di sebelah Kerajaan Pusat

PEMBANGKANG DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN LAPUK ?

Posted: 08 Apr 2011 06:29 AM PDT


Manifesto pembangkang ditempelak

SAMARAHAN 7 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menempelak manifesto pembangkang yang mahu kepimpinan Sarawak diubah sedangkan kepimpinan parti itu juga masih tidak berubah.

Mohd. Shafie berkata, pemimpin utama DAP dan Pas masih tidak berubah sehingga kini walaupun ada pemimpinnya telah berada di jawatan tertinggi melebihi 20 tahun seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mana proses peremajaan DAP dan Pas di mana Karpal Singh masih lagi (menjadi Pengerusi DAP) dan Nik Abdul Aziz Nik Mat juga masih lagi (menjadi Mursyidul Am Pas)?

"Mereka tuntut orang lain supaya meletak jawatan sedangkan mereka sendiri tak letak pun. Ini cakap tak serupa bikin!" katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Kampung Jaie dekat Sadong Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manifesto pembangkang yang mula diedarkan hari ini

AYUH BN TERUSKAN KEMPEN........

Posted: 08 Apr 2011 06:27 AM PDT

BN lancar manifesto pilihan raya


Abdul Taib Mahmud (tengah) menunjukkan Manifesto Barisan Nasional 2011 di Dewan Persatuan Melanau, Sibu semalam. Dari kiri, Awang Bemee Awang Ali Basah, Fatimah Abdullah, James Jemut Masing, Wong Soon Koh dan Dr Annuar Rapaee.


SIBU 7 April - Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifestonya untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-10 dengan tekad terus menjamin masa depan rakyat bersama kepimpinan parti pemerintah tersebut.
Menyempurnakannya di Kampung Bandung di sini, Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, manifesto yang ringkas itu membuktikan kerajaan BN mempunyai rekod-rekod baik pada masa lalu dalam memperjuangkan kehidupan rakyat sehingga berjaya pada hari ini.
Kata beliau, segala jentera kerajaan digerakkan dengan baik selama ini untuk mengubah wajah Sarawak sebagai sebuah negeri yang maju.
''Sebelum membuat keputusan pada hari pengundian, saya berharap anda (pengundi) mendapat iktibar apabila mengimbas kembali setiap pencapaian dan usaha bersama kita selama ini untuk membangunkan Sarawak.
"Kita mahu menjadi maju setaraf seperti Singapura, Jepun, Eropah dan Amerika, maka inilah tujuan kita di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Datuk Seri Najib mahu memastikan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dicapai. Maka peliharalah bentuk kepimpinan sedia ada supaya Sarawak dapat melaksanakan pembangunannya secara terancang," kata beliau dalam ucapannya.
Abdul Taib turut mengingatkan rakyat, parti pembangkang tidak ada keupayaan untuk membentuk kerajaan yang baik dan fakta itu diperkukuhkan lagi dengan senario sebelum pilihan raya yang sudah menampakkan pertelagahan sesama sendiri dalam memilih calon.
''Pakatan pembangkang bergaduh sesama sendiri, bahkan sudah berminggu-minggu mereka mengaturkan soal calon dan akhbar-akhbar menyiarkan mereka bergaduh besar mengenai pemilihan calon sehinggakan Snap tidak lagi mahu bersama dalam barisan pembangkang.
''Selain itu, kita boleh nampak calon-calon yang dipilih untuk bertanding oleh pembangkang, jelas sekali menunjukkan kualitinya tidak disesuaikan dengan apa yang dilaung-laungkan iaitu melaksanakan pemerintahan yang boleh menunaikan janji dan menjalankan program membantu rakyat," ujar beliau.
Kata Abdul Taib: "Tiada pembangunan dapat dilaksanakan tanpa wawasan untuk maju kerana ia ibarat belayar ke laut tanpa sebarang peta."

PEMBANGKANG HANYA MINAT KUASA....

Posted: 08 Apr 2011 06:25 AM PDT

Pembangkang tidak minat

KUALA LUMPUR 7 April - Para pemimpin kanan pembangkang tidak pernah berminat untuk mencari kebenaran kerana apa yang penting bagi mereka adalah untuk berkuasa.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, kebenaran bagi pemimpin kanan pembangkang seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh hanya merumitkan kepentingan politik mereka.

Malah, kata beliau, keempat-empat pemimpin itu juga terlalu menyanjung tinggi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga meletakkan beliau pada kedudukan mengatasi undang-undang.

''Bagi mereka, jawatan Ketua Pembangkang adalah jawatan yang kebal daripada undang-undang negara.

''Anwar boleh berbuat apa sahaja dan sudah pasti empat sekawan ini akan mempertahankan salah laku Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ezam menambah, sekiranya salah laku Anwar yang didedahkan itu tidak mempunyai bukti, empat pemimpin itu dengan cepat akan menuduh bahawa ia adalah fitnah.

Sebaliknya jika ada bukti pula kata beliau, tuduhan itu akan dikatakan sebagai satu konspirasi.

AIR OH AIR DI KELANTAN

Posted: 08 Apr 2011 06:23 AM PDT

200 penduduk berpiket bantah kegagalan AKSB bekal air


SEBAHAGIAN penduduk yang diwakili anggota pertubuhan bukan kerajaan berpiket secara aman di hadapan pejabat AKSB di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.


PASIR PUTEH 7 April - Lebih 200 penduduk termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpiket secara aman di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di sini hari ini bagi membantah kegagalan syarikat berkenaan membekalkan air mencukupi kepada 11,500 pengguna di daerah ini.
Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Kelab Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Pasir Puteh, Mohd. Rusli Jusuh mengadakan perhimpunan selama setengah jam bermula pukul 9 pagi sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Jabatan Operasi Perkhidmatan Pelanggan AKSB, Che Asri Awang.
Memorandum bantahan itu ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama pada majlis penyerahan memorandum bantahan itu ialah bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Che Min Che Ahmad.
Mohd. Rusli ketika ditemui pemberita berkata, memorandum itu antara lain turut membantah caj AKSB yang tinggi tetapi tidak setimpal dengan perkhidmatan disediakan.
Beliau mendakwa, sebahagian besar caj yang dikenakan adalah berdasarkan bayaran tekanan angin menerusi pili, bukannya penggunaan bekalan air.
"Ekoran kegagalan ini, penduduk Pasir Puteh mendesak Kerajaan Pas Kelantan dan AKSB menyerahkan pengurusan air di Kelantan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.
"Langkah sedemikian adalah satu penyelesaian terbaik. AKSB sebelum ini gagal berfungsi dengan baik sehingga membebankan pengguna termasuk pelajar, peniaga kecil dan orang ramai yang menganggap air adalah keperluan utama," katanya.
Sementara itu, Che Asri dalam sidang akhbarnya memohon maaf bagi pihak AKSB kepada penduduk terbabit dan meminta pengguna berjimat cermat menggunakan air.
Menurutnya, bekalan air terputus disebabkan paras air Sungai Rasau yang menjadi punca utama bekalan loji rawatan air di Wakaf Bunut surut secara mendadak sehingga loji berkenaan gagal berfungsi dengan sempurna.

JAWAPAN KEPADA USUL LGE.....

Posted: 08 Apr 2011 06:13 AM PDT


Abu Kassim tak perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR 7 April - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan malah operasi 3B yang sedang dijalankan agensi itu juga akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, peletakan jawatan Abu Kassim tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

"Kenapa perlu beliau letak jawatan? Apa yang berlaku tidak langsung dijangka dan ia bukan kehendak SPRM.

"Saya tidak setuju dengan desakan itu. Apa yang penting kita tunggu hasil siasatan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Sarbani ialah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Mohamed Nazri berkata, kes tersebut masih dalam siasatan polis dan sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas siasatan selesai.

Beliau menegaskan, Operasi 3B akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemonstrasi berhubung perkara itu.

Menurut Mohamed Nazri, kerajaan tiada masalah untuk mencari kebenaran berhubung punca kematian pegawai kastam itu dengan menubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya terdapat keperluan.

"Walau berlaku piket atau protes oleh siapa sekali pun, siasatan tetap diteruskan. Kita tidak hirau kerana apa yang penting adalah kehilangan wang akibat perbuatan sesetengah kakitangan Kastam. Kakitangan yang betul, baguslah tetapi mana yang tidak betul, tindakan akan tetap diambil.

"Kerajaan tidak abaikan kes kematian ini kerana kita juga mahukan kebenaran. Jika ada suruhanjaya diraja dalam kes Teoh Beng Hock, mengapa tidak dalam kes ini? Saya rasa tiada masalah kerana ia melibatkan kepentingan umum dan saya akan bawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet esok," katanya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan kerja dua pegawainya yang meninggalkan penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed seorang diri, sebelum dia ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.

NONEMenurut kenyataan SPRM hari ini, dua pegawai SPRM itu ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar engkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.

Ia ekoran mereka dikatakan gagal berada bersama saksi/pelanggan sepanjang masa ketika saksi/pelanggan berada dalam premis SPRM.

Proses tahan kerja itu, kata SPRM, adalah bagi membantu melicinkan siasatan dan ditahan kerja sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menahan kerja itu dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataertib) (Pindaan) 2002, untuk penyiasatan.

Apabila selesai, hasil siasatan dalaman itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM.

Terma rujukan jawatankuasa aduan itu adalah untuk memantau pengendalian oleh suruhanjaya akan aduan mengenai salahlaku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya.

Ia juga untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan patut.

Semalam, kira-kira pukul 10.15 pagi, Ahmad Sarbani, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.

Sebelum itu, Ahmad Sarbani yang datang sendiri ke pejabat itu telah diiringi seorang pegawai untuk bertemu pegawai penyiasat namun pegawai tersebut telah meninggalkan mangsa dan keluar sebentar bagi mendapatkan pegawai penyiasat.

Namun dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa tiada dalam bilik berkaitan dan setelah mencari di kawasan itu, terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat berkenaan.

8 pegawai Imigresen didakwa

Posted: 08 Apr 2011 06:10 AM PDT


8 pegawai Imigresen didakwa

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 7 April - Lapan pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 83 tuduhan menerima rasuah daripada pemandu feri dan orang perantara membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM122,140 dalam tempoh antara April dan September tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang merupakan penguat kuasa di Bahagian Perkapalan, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang didakwa memperoleh wang suapan itu yang dimasukkan ke dalam akaun mereka atau individu lain sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang warga Indonesia ke negara ini tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Md. Shahrizal Che Dan, 26, Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26, Ahmad Zahed Abd. Alim, 28, Azmir Mahadi, 28, Mohd. Hafiz Zakaria, 27, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, Mohamad Huzzail Ahmad, 31, dan Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca secara berasingan.

Md. Shahrizal menghadapi 31 pertuduhan memperoleh wang tunai berjumlah RM51,760 melalui 31 transaksi di beberapa buah cawangan Public Bank, manakala Nor Shahazlina didakwa menerima suapan sebanyak RM2,900 melalui akaun milik Abdul Razak Khaidir di Maybank Cawangan Pandamaran.

Sementara itu di mahkamah berasingan, Mohamad Izuwanshah didakwa atas 25 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM31,690, manakala Mohamad Huzzail didakwa memperoleh suapan RM500 di hadapan sebuah rumah di Persiaran Seraya, Taman Palm Grove, Klang.

Di sebuah lagi mahkamah, Ahmad Zahed didakwa atas 12 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM13,590, manakala Azmir Mahadi pula didakwa atas enam pertuduhan memperoleh RM5,710.

Mohd. Hafiz pula didakwa atas empat pertuduhan memperoleh suapan RM8,640 dan Mohd. Khairul Haqimie yang sedang menyambung pelajaran pula menghadapi tiga pertuduhan memperoleh RM7,350.

Tiga hakim iaitu Asmadi Hussain, M. Bakri Abd. Majid dan Mat Ghani Abdullah yang mendengar kes itu secara berasingan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin antara RM4,000 dan RM10,000.

Mat Ghani menetapkan esok untuk sebutan kes terhadap Ahmad Zahed, Azmir, Mohd. Hafiz dan Mohd. Khairul Haqimie bagi memutuskan sama ada mereka akan dibicara bersama atau sebaliknya, manakala dua hakim lain menetapkan sebutan kes pada 5 Mei dan 27 April ini.

Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Pada Ogos tahun lalu, sebuah akhbar melaporkan kes kakitangan Imigresen di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang menerima suapan sehingga RM60,000 sebulan sebagai habuan bagi memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram serta melepaskan warga asing dengan pasport yang mempunyai cop palsu atau tiada dokumen.

Tindakan tersebut menyebabkan pintu masuk negara melalui pelabuhan itu mudah dibolosi pendatang haram dari Indonesia.

PM arah siasatan rapi kematian pegawai kanan kastam

Posted: 08 Apr 2011 06:07 AM PDT


PM arah siasatan rapi kematian pegawai kanan kastam

KUCHING 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan satu siasatan rapi yang telus serta profesional dalam kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan melindungi apa-apa maklumat mengenai insiden itu kerana rakyat juga berhak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

Katanya, pada masa ini biarlah kes itu disiasat oleh polis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan adakah ia memerlukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

"Setakat ini apa yang saya diberitahu, dia (Ahmad Sarbani) datang (ke SPRM) secara sukarela untuk menukar kenyataannya yang dibuat sebelum ini, bukan SPRM yang panggil dia.

"Dalam masa SPRM memanggil pegawai penyiasat, beberapa minit sahaja kejadian itu berlaku," katanya.

Semalam, Ahmad Sarbani yang ditahan SPRM pada 1 April lalu sebelum dibebaskan keesokannya bagi membantu siasatan Operasi 3B, ditemui mati di pekarangan Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Dalam Operasi 3B, seramai 62 pegawai kastam ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain.

Sementara itu, Najib berkata, kejadian itu mungkin menjejaskan kepercayaan masyarakat kepada SPRM namun harus diingat bahawa suruhanjaya itu bertindak untuk menyelamatkan wang negara.

Katanya, semua pihak tidak sepatutnya lupa bahawa penyelewengan yang berlaku adalah serius dan berlarutan bertahun-tahun lamanya malah kerajaan sendiri mahu membersihkan nama baik kastam.

"(Kerajaan) tiada apa-apa niat, ini sesuatu yang kita tidak sangka berlaku," katanya.

Najib juga tidak menolak kemungkinan kejadian itu akan mengganggu siasatan Operasi 3B namun ia akan diteruskan demi manfaat rakyat keseluruhannya.

Semua urusan penting SPRM diselesaikan di aras bawah

Posted: 08 Apr 2011 05:58 AM PDT


Semua urusan penting SPRM diselesaikan di aras bawah
08/04/2011 8:38pm

PUTRAJAYA 8 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.

"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, SPRM juga telah mengarahkan supaya pengarah bahagian keselamatan untuk membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan guna sama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan itu dipenuhi.

"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP) sejak dulu lagi yang masih berkuat kuasa.

"Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai.

"Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya. – Bernama

umno bahagian cheras

Posted: 08 Apr 2011 01:23 PM PDT

umno bahagian cheras


Kabinet hari ini dijangka putuskan penubuhan suruhanjaya diraja siasat video seks

Posted: 07 Apr 2011 09:23 PM PDT


MESYUARAT kabinet hari ini difahamkan akan memutuskan sama ada perlu atau tidak penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat pita rakaman video seks yang dikatkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Keputusan tersebut dijangka akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz.

Pelbagai pihak termasuk Badan Bukan kerajaan (Ngo) dan orang ramai sebelum ini mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya tersebut bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.

Pendedahan video seks berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mewakili 'Trio 3 T' telah menggegarkan seluruh negara.

Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pantas menafikan imej lelaki berkenaan bukan dirinya berdasarkan perbezaan saiz perut (buncit).

Dalam pada itu, pengakuan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai jam tangan jenama Omega dalam simpanannya terus menjadi personalan apabila beliau gagal menunjukkan kepada pihak media.

Jam tangan Omega yang didakwa milik Anwar sebelum ini dikatakan telah tertinggal di dalam sebuah bilik yang membawa kepada penemuan video seks lucah membabitkan seorang pelacur asing.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Charas, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengulangi gesaannya supaya kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Beliau turut mencadangkan pelbagai pihak termasuk ketua-ketua parti politik pembangkang termasuk pakar daripada luar negeri dilantik menganggotai suruhanjaya berkenaan.

"Rakyat sedang menunggu hasil siasatan untuk mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang beraksi dalam video lucah tersebut," tegasnya.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 08 Apr 2011 11:07 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERENGGANU, KEBANGGAAN KITA SEMUA

Posted: 08 Apr 2011 02:51 AM PDT

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cuaca kembali cerah. Kebimbangan mengenai kejadian banjir yang berlaku beberapa hari yang lalu kembali reda. Hari ini, kita sangat bersyukur kerana telah dapat menjalani kehidupan tanpa sebarang masalah.

Sesekali berfikir, merenung ... alangkah bertuahnya rakyat kita, khususnya di Terengganu. Sejak sekian lama, Terengganu telah jauh berkembang dan maju. Ia tidak dapat tidak adalah hasil daripada perjuangan kerajaan BN sehingga Terengganu kini berjaya berubah. Hakikatnya, bukan mudah untuk mengubah landskap kemajuan sesebuah negeri, apatah lagi Terengganu yang iklim politiknya berubah-ubah.

Hari ini, bandar Kuala Terengganu dan termasuklah juga di Kuala Nerus, kawasan Parlimen saya, kesesakan sering berlaku. Mengapa?. Pertama, berlakunya peningkatan jumlah kenderaan yang mencerminkan tahap ekonomi rakyat yang semakin baik. Kedua, kemakmuran negeri telah membolehkan rakyat mencari rezeki dengan baik dan sempurna dan banyak lagilah hal-hal yang lain.

Justeru, saya mengakui bahawa kita masih memerlukan kepada lebih banyak strategi pembangunan untuk memastikan ia seiring dengan keupayaan ekonomi dan taraf hidup rakyat. Ia termasuklah menyediakan kemudahan jalan raya dan sebagainya. Harus diingat, bahawa Kuala Terengganu tidak akan lagi seperti sekarang, mungkin dalam tempoh sepupuh tahun akan datang.

Apa pun, dengan pendekatan merakyatkan pembangunan dan pentadbiran, saya percaya bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said akan membolehkan perubahan besar berlaku di Terengganu. Rakyat akan melihatnya nanti.

Apa yang pasti, kerajaan yang ada tidak hanya bercakap tetapi mereka buat.

Apa pun, setiap kelebihan akan hanya dinikmati olehorang-orang yang tahu bersyukur. Berapa banyak pun kebaikan dan kelebihan yang diwujudkan atau dilaksanakan, jika ia dinikmati oleh manusia yang tidak tahu bersyukur, maka semua itu tidak dilihat dengan makna yang sebenar.

Oleh itu, marilah kita semua menjadi orang-orang yang sentiasa bersyukur. Belajarlah dengan kekurangan yang ada di tempat orang lain. Saya percaya, jika itu ada di hati kita, kita akan sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah berjaya membawa perubahan dan kesejahteraan rakyat di Terengganu khususnya.

Bab pembangkang, saya tidak mahu komen kerana mereka telah diberikan mandat pada 1999 -2004, namun menemui kegagalan.

Selamat membaca.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 08 Apr 2011 09:38 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Kemaskini Blog Minggu Hadapan

Posted: 08 Apr 2011 01:29 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 08 Apr 2011 07:22 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


DAP sabotaj kempen BN di Miri Sarawak.

Posted: 07 Apr 2011 07:37 PM PDT

DAP telah mula menunjukkan belang mereka yang sebenar di Pilihanraya Sarawak ini. Walaupun kempen baru saja bermula, tapi ia sudah dicemari dengan permainan kotor yang dilakukan oleh mereka bagi mensabotaj pihak Barisan Nasional.

Di Dun Pujut, Miri Sarawak, poster gergasi milik Barisan Nasional telah dirosakkan dengan amat sadis sekali. Calon Barisan Nasional bagi Dun Pujut, Andy Chia Chu Fatt amat kesal dengan kejadian merosakkan poster gergasinya yang dipasang di hadapan Bulatan Datuk Edward Jeli.

Dun Pujut ini menyaksikan penyandang BN, Andy Chia Chu Fatt ditentang calon DAP Fong Pau Teck yang juga Pengerusi DAP Miri. DAP yang terdesak untuk merampas Sarawak dari kepimpinan BN mungkin terpaksa melakukan apa saja cara termasuklah melakukan taktik kotor sebegini.

Tinjauan mendapati, selain dari poster gergasi calon BN dikoyakkan dan juga dicabut, bendera BN juga banyak dipotong talinya dan juga dijatuhkan. Ini bukti jelas bahawa DAP semakin takut kepada kempen BN yang ternyata berkesan menarik sokongan rakyat.

Berikutan dengan kejadian ini, satu laporan Polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis daerah Miri oleh calon BN terhadap pihak yang mengkhianati kempen yang dijalankan. Kejadian ini nyata tak boleh dibiarkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk terutamanya kepada jentera petugas parti.

Jika tak dibendung lebih awal, kemungkinan besar akan tercetus kekacauan akibat dari jentera-jentera petugas parti yang tak berpuas hati.

Kejadian seperti ini bukanlah yang pertama kali berlaku. Pada pilihanraya negeri 2006, poster BN juga banyak dipotong seperti yang berlaku pada Piliharaya negeri kali ini. Semuanya terjadi dikawasan Dun Pujut, Miri Sarawak.

Dengan kejadian yang berlaku ini, memang jelas menunjukkan inilah budaya politik DAP dan Pakatan yang diimport dari Semenanjung ke negeri Sarawak. Bukan saja DAP mahukan kuasa pemerintahan, tapi mereka juga menerapkan budaya samseng dan juga gengster kepada rakyat negeri ini.

Bagaimanapun, calon BN Sarawak menunjukkan sifat matang beliau apabila menasihatkan penyokong BN-SUPP supaya tidak membalas perbuatan politik kotor pihak pembangkang. Calon BN itu membuat saranan supaya penyokongnya bersabar dan menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis melakukan siasatan.

Rakyat Sarawak perlu menimbang dengan teliti budaya yang cuba dibawa masuk oleh DAP ini. Perlu diingat, budaya DAP adalah budaya ganas dan keji untuk diterima oleh akal yang waras.

Tiada ulasan:

Pengikut